Pages

Tuesday, June 14, 2022

CHOOYAYA IS BACK!

Assalamualaikum..

Halo halo haloooooooo. Nak kopi ke milo? Apa kabar semua? Tachiu sooooo much sebab hari-hari sudi lagi masuk dalam blog I walaupon dah 2 bulan tak update (sekarang time edit ni dah setahun lebih sebenarnya). Rasa macam blog ni dah tak relevan je. Kang aku update ade ke yang nak membaca? Tapi tengok statistic hari-hari beribu jugak orang singgah. Ada nampaknya readers baru meninggalkan komen marah-marah especially entry makan-makan. Haha. Ni kalau readers lama ni, dia dah faham dah I macam mana. But takper, untuk yang baru baca, selamat datang ke blog I ni. Nak tau more pasal I, boleh click dekat sini. Kat situ I ada share 20 facts about me OK?

Anyways, tak sangka kan, dah setahun dah kita hidup dalam norma baru (Time I draf entry ni on Feb 2021, now dah June 2022 WOW) MCO after MCO. Tahun ni macam harapan je nak beraya dekat kampung. Dah ada dah kan announcement yang cakap lepas raya baru boleh rentas negeri? Rasanya 2020 and 2021 ni boleh kira dengan jari, berapa hari je I dapat balik kampung spend time dengan GF. Ni Shein baru start term break 2 weeks, ingat nak balik la kampung jumpa Mak tapi tak boleh rentas negeri celah mana yang nak balik kampungnya... Mak pon al-hamdulillah sihat. Semenjak ada perabut baru ni, dia cakap hari-hari sapu sampah. Hahahaha. Semangat lettew kan? Langsir pon tak lama lagi siap. Semangat la Mak beraya tahun ni. Lagi best kalau kitorang dapat balik beraya. Tapi tu lah, taktau macam mana lagi. Besar harapan memang raya dekat Ampang je lagi tahun ni. Hurmm... Sedihnya.... 

Tahun ni, kita punya tema is black. Sazli yang nak. Dia cakap tahun ni dia nak pilih tema. So dia pilih black. 


Raya Tahun 2022 tema MERAAAAAAAAAAAAAAH

OK. SAMBUNG TULIS BALIK LEPAS SETAHUN EMPAT BULAN.

Ko tengok punya lama draf entry ni. Dari tema hitam raya 2021, tahun 2022 selamat tema merah dah pon. Hahaha. Took me forever to publish this entry. Sebab macam-macam menda yang jadi dalam masa setahun dua ni. Imagine dari WFH - Some drama kat tempat kerja - Penjual Kek di @_ibakeyou and jadik Dealer Avenys and now I dah masuk kerja balik and dah ada pekerja dan office sendiri. Thank you everyone yang bagi impact dalam hidup I, buruk mahupun baik - now I rasa I almost let go semua and I bersyukur sangat-sangat dengan apa yang jadi, sebab kalau tak kerana semua tu, I takde dekat tempat I sekarang. For some yang follows my Instagram, maybe dah tau dah update serba sedikit pasal I, yang tertanya-tanya semua but I prefer keep some for me sebab I tau, tak semua orang faham kita and simpati mahupun be happy for us but one thing I learned - Good Deeds Will Be Rewarded.

Percaya tak masa I dengan Intan jobless dulu, kita buat charity bagi anak-anak yatim makan. Seronok sangat. I kumpul duit belanja anak-anak yatim ni makan dari sale jual Cake @_ibakeyou. Collection Jumaat - Ahad. SEDEKAH SEMUA hahahaha. Takde sikit pon I simpan untuk diri. Ada satu time ni masa sama-sama dah tak makan gaji kan? I remember duit lat-lat tinggal seratus dalam account bank (lepas tolak duit nak bagi makan anak yatim, duit rolling beli barang cake) tetiba nak makan Durian Musang King. Ni duit ada Seratus je ni, abes tekak nak durian sedap je. Fikir balik, 'Dah la miskin takde duit, lagi nak makan Durian Musang King'. Eeeee la kan budak dua orang ni! Hahaha.

Sazli biasa bagi allowance I dalam awal bulan. Dulu kita masa kerja makan gaji, duit kalau ada kasi habes semua. Jangan simpan. Kata la esok 25hb gaji and dalam bank ada RM1,000, kena habeskan ye? 'Hello Intan, Kaksu ada seribu ni. Kena habeskan semua. Jom!' Lepas tu entah menda-menda la habeskan kat Watson/Guardian sebab kena habeskan semua duit ni. Tak boleh simpan. Esok nak masuk gaji lain pulak. Astaghfirullah. Memang sejenis tak sediakan payung sebelum hujan langsung! Mengambil kira pepatah melayu 'Ulat Dalam Batu Pon Boleh Makan'. Sedangkan I perlu ingat, Ulat dia tak makan Durian Musang King. Hahahaha.

Tapi semua tu dah lepas. All the hard time jobless, baked cake 15 biji sehari takde pembantu, tido 2 jam sehari, nanges sebab terlalu penat, semua dah lepas. Lepas tu join Avenys and jadi Dealer. Agent beratus orang, orders melambak-lambak, postage 7 hari seminggu, packing almost 18 hours daily, dari take orders, packing, postage SEMUA BUAT SENDIRI Ya Allah I fikir balik, mana kekuatan I dapat masa tu? Makan entah kemana, tido entah kemana... Ada sekali tu masa Year End Sale, masa bungkus barang, I cried. 'Ya Allah, banyaknya order. Dah la. Aku penat sangat ni, huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa' Punya sombong, dapat order pon nanges sedangkan orang lain nak dapat jual 1 menda pon susah.

I belajar semua ni. I observe and I ambik semua yang baik-baik so that I can improve something dalam hidup I. I cuba nak let go things tanpa rasa sebal dan dendam sebab I tau hidup ini hanya sementara. I cuba nak maafkan semua orang yang hurts me. Not easy. Tapi I cuba. Untuk semua-semua diluar sana yang sekarang tengah face a hard time, InsyaAllah All is Good and You Will Be OK. Over the time, kita akan kembali kuat and tak sangka, kita boleh tempoh semua tu. Trust me. 

Untuk yang masih ingat I, thank you so so much! Thank you for all the love and support. I masih your Chooyaya yang mengada dan kuat makan. Nothing changed pon.... Doakan semua will smooth for me OK? InsyaAllah I akan cuba update blog ni sekerap mungkin. Maybe once a week. OK tak? Jangan lupa share posting ni and pesan pada semuaaaaaaaaaaaaaaaaa orang, letak dalam IGS and Whatsapp Status cakap CHOOYAYA IS BACK! Hahahah. 

-eNd-

4 comments:

  1. Yeayyy..Choyaya is backkk!...
    Semoga Suraya terus success...semoga ALLAH permudahkan segala urusan u...Aamiin...
    Ala..twice a week boleh tak?pleaeeee hehehe...

    ReplyDelete
  2. Welcome backkkkkkk!! tak kisah la update seminggu sekali ke sebulan sekali ke janji update tauu

    Moga terus sukses ya dalam semua perkara dan dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
  3. ohmaigad macam tak cayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. Welcome back kak sueeee.....

    ReplyDelete