Republish 28 Feb 2023
Tuesday, February 28, 2023
Resepi Spaghetti Al-Fredo
Republish 28 Feb 2023
Thursday, February 9, 2023
I Miss London
Assalamualaikum..
Quick one. Selepas sebulan lebih I balik dari Europe, baru nak share new entry harini. Itu pon entry pendek je. Tapi now dah mula rindu pada Europe. Especially the weather lah sebab you know, your country so hot! Hehe. I rindu Switzerland lah especially tapi kalau dapat repeat London pon dah OK sangat dah. Sini senang sikit nak naik train sebab guna bahasa English, so senang nak faham. Tempat makan pon kita dah tau la mana yang sedap and halal. Malaysian biasa duduk area Bayswater atau Paddington sebab kat sini senang nak cari makanan halal and kedai jual bahan mentah pon cuma walking distance je. I ni berangan la kan, kot ada rezeki nanti, kita nak pergi London setahun sekali. Ewah!! Takyah la shopping apapa (tak janji). Cukup la sekadar kita kat sana, lepak minum kopi kat small cafe. Jalan-jalan dekat Portobello Market, sambil berangan masuk kedai buku dekat Nothing Hill and makan donut. Portobello Market cukup la sebab Borrough Market tu macam sesak padat sangat la. Nak bergerak pon susah.
Masa kat sana, kitorang ada a few jumpa dengan Malaysian punya celebrity. Jumpa Scha and Awal, Eina Azman and family (tapi tak tegur la sebab dia macam feeling orang kenal dia, sambil Live beli DIOR kat Harrods) and jumpa kembar football player yang kawen dengan Ayu Raudhah tu. Rizalman pon stay tak jauh dengan kitorang. Masa yang kitorang dekat Hyde Park tu, dia pon kat sana, tapi takde pulak terserempak. Kat London kitorang stay 10 hari. Memang best sangat kat sana, walaupon apartment Felda yang kitorang duduk tu berlaga bontot kalau selisih tapi actually, London punya stay la yang kitorang relax sikit. Pagi breakfast dekat hotel, makan sosej dengan roti paratha jenama Kawan also orange juice. Shein balik Malaysia, dia taknak makan Nasi Laymaks (according to him) and Roti Canai sebab dia kata itu bukan breakfast. Amboi.
Wednesday, December 14, 2022
Bye Bye Malaysia
Assalamualaikum...
Setelah 6 bulan Shein meratib 'Bila ke nak pergi Home Alone vacation Mama?' Akhirnyaaaaa petang ni InsyaAllah kitorang akan berlepas ke Switzerland dari KLIA transit dekat Abu Dhabi. Itinerary penuh actually I pon taktau lagi hahaha. Sebab yang sediakan ialah Aliah and Khatig. Kitorang pergi ni sendiri punya arrangement. Kalau nak harap I dengan Sazli, memang kitorang taktau apapa. Naseb la ada personal travel agency ni, so dapat la merasa private tour. Hahaha. Actually, kalau pergi sendiri ni kena ada banyak knowledge tau? Takat macam I ni, memang takkan jadi apapa. Ikut je la mana-mana travel agency. I rasa kalau nak ke Switzeland ni ada macam pass ke amenda entah. Kan? Nantilah kalau I rajin, I share apa yang patut OK? Tapi tak janji la bila. Ingat tak yang Korea punya trip dulu I janji nak up kan? Sampai kesudah tak siap pon entry tu. Hahahah.
Anyways, jap lagi aku nak naik kapalterbang ni macam mana? Huwaaaaa. Dah la total dalam 15 jam macam tu. Keras la I dalam plane ni nanti. Jangan la ada turbulence ke apa, ada yang I pengsan terus ni kan? I dah standby dah ubat tidur ni. Sejam sebelum depart, I telan la ubat. Dengan harapan nanti atas kapalterbang I ngantok and tido je. Shein nanti pepandai la Sazli nak handle macam mana. Doakan semua OK untuk I ye? Yang penting biarlah smooth je perjalanan I. Jangan la nak turbulence ke apa ke. I tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nak fikir OOTD memang syok. Ni yang nak naik kapalterbang ni kang macam mana? Ya ampun....
-eNd-
Friday, December 2, 2022
Home Alone Vacation
Assalamualaikum..
Lagi 2 minggu InsyaAllah kitorang akan ke Europe. We call it as Home Alone Vacation. Ni Shein la cakap sebab dalam cerita Home Alone kan ada snow? Dia cakap nak celebrate birthday dia dekat tempat ada snow. Macam tu je dia mintak guys. 'Mama can I celebrate my birthday dekat tempat ada snow?' Hahahaha. Sembarangan je dia. But kebetulan pon kitorang plan nak pergi Europe Trip since dah lama tak berjalan jauh. Last was Korea rasanya. Eh, ke Phuket eh? I pon dah lupa. Tapi Oversea memang dah lama la tak pergi. Covid lah apa lah kan? I pon suka je takyah travel jauh ni. Aku takut naik kapalterbanggggggggggggggggg. Huwaaaaa. Ni dah la 14 jam segala. Ya Allah, mati la I. Hahahaha. Trip this time kitorang akan ke Switzerland, Paris, Amsterdam and 10 days dekat London. Kitorang lama dekat London sebab I nak X'mas and New Year dekat sana. Mesti best sebab ada parade and all. Sesapa yang ada plan ke tempat-tempat yang I pergi ni, kita jumpa kat sana eh? Nanti boleh picnic dekat Hyde Park and shopping sayur dekat Borough Market. Kita Malaysian kena bersatu hati! *tetiba
Si Sheindong nkorang makanya hari-hari la tanya bila nak naik aeroplane. Halah... I pon dok counting days. Bukan excited nak holiday, tapi takot nak naik kapakebang (according to shein). So far preparation 70% dah siap. Kitorang pergi time winter so baju-baju memang kena beli yang baru lah. Dengan winter jacket segala. Ini semua cost! I banyak beli dekat SHEIN je. Kemain dengan skirt, leggings and boots. Boleh la perasan macam Anne Hathaway dalam Devils Wear Prada. I suka kat SHEIN ni. Murah pon murah. Ni tinggal nak carikan Shein Winter Jacket je. Susah-susah kita share je la Shein sebab size pon sama dengan Mama. Senang. I punya baju, seluar, kasut semua now sama size dengan Shein ye? Kekadang I pakai shirt dia, dia pakai shirt I. Senang. Hahaha. Ya Allah besar dah Shein. Sikit je lagi nak sama tinggi dengan I tapi dia punya manjaaaaaaaaaaaaaaaaaa subhanallah. Kita kalau baring tengok TV, meleset-leset. Si Shein ni kalau boleh dia nak masuk dalam perut I je.