Assalamualaikum…
Harini 27
October 2015 ialah birthday Intan yang ke 25 (+6) hahahahah. Untuk
Intan, semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya didunia dan diakhirat serta
dipercepatkan jodoh. Korang kena aminkan doa I ni. Sebab kalau 44 orang yang
amin, InsyaAllah doa Intan akan makbul. Mana tau kan? Takper Intan, jangan
sedih. Bak kata Abang Isman Hijjaz, Ziana Zain kawen pon umur 34 tahun. So Intan
ada banyak masa lagi ni. Nanti kawen-kawen jer zaaaappp terus mengandung kembar
3. Potong terus Dyba dengan Sarabanon. Hahahaha.
Birthday girl pagi-pagi dah bagi dalam group. ‘Intan nak makan pitzzzzaaaaaa’. Maka
Izzah pon sentap. Bosan dah dia denga pitza so birthday girl dengan hati yang
sedih offer nak belanja pitza dengan syarat tak lebih RM100.00, konsep dia
memang sapa punya birthday dia kena belanja. Gitu. Hahaha. Tapi I ada jugak la
contribute 30% sebab teroder melampau. Order dengan nafsu biasa la, semua menda
nak. Semua menda sedap. Dah la harini ada Hari Puspanita dekat office ni, so
kitorang pon turun tadi dekat dewan. Janji taknak beli, nak window shopping
tapi sekian harap maklum. Segala Kicap, Wonder Cheese, Air Limau Kasturi siap
Ayam Penyet dengan Keropok Lekor Cheese pon kitorang beli. Kah kah kah.
(Kitorang tu sebenarnya I sorang jer kbye).
Anyway, harini kitorang order Domino’s Pizza.
Kitorang ambik Cheese Burst Pizza Deal. So nanti akan dapat 2 large pizza.
Crust boleh pilih yang ada extra cheese. Mesti ambik yang thin crust. If not
rasa macam makan tepung je. Intan pilih Meat Mania and I pilih my all-time
favorite, Spicy Bilis. Lepas tu ambik lagi Dynamic Duo dengan Cheesy
Breadstick serta Banana Kaya Dessert yang kesudahannya I sorang je cakap sedap.
Buta rasa dorang ni.
Meat Mania. Extra cheese. Semua orang suka yang ni.
Spicy Sambal. Sedap tau ni? Kata Izzah tak sedap sebab ada Ikan Bilis. Eh, ko apa tau? Pizza Ikan Bilis la sedap. I boleh makan pizza ni sorang-sorang je. Tadek hal. Janji thin crust. Ada Ikan Bilis lawan dengan capsicum anda lada merah bapak la sedap. Tapi kena ingat, thin crust ok?
Dynamic
Duo. I makan drummet tu dengan Kicap Pedas Enaq. Bapak la layan!
Cheesy
Breadstick ni Dyba yang nak. I dah tak larat nak makan.
Inilah
Banana Kaya Dessert. Sedap ni kalau makan time panas-panas. Seriously.
Ni
la I makan drummet dengan Kicap Pedas Enaq.
Memang
sedap giler la Kicap Pedas Enaq ni.
Makan dengan pisang goreng pon sedap. Ni kalau buat
BBQ cicah kicap ni pon I rasa dah cukup dah. Tenkiu la kepada sesiapa yang
cipta Kicap Pedas Enaq ni. Sebab beliau amatlah sedap. Kata kakak yang jual
kicap ni tadi, Kicap Pedas Enaq ni premium packaging. Mahal sikit la pack macam
ni. Ok la kak. Janji sedap, I ikut jer.
Intan
sebelum makan siap buat tarian celebration lagi yang macam cheerleader tu.
Sayang Dyba tak sempat nak record.
Ni
je yang Dyba sempat record. P I Z Z A. Pizzzaaaaaa!! Hahaha. Intan memang dah
boleh jadik mascot Pizza dah. Kata dia kalau makan pizza hari-hari pon takpe.
Dia ok jer. Memang ponnnnn. Budak ni memang hantu pizza!
Time
ni Intan sebok nak terkam dah. Dengar tak I cakap, ‘No, ambik gambar dulu’. I
pon beria la amek handphone nak snap. Sekali salah henpon. Hahaha. Macam ni la
kitorang kalau nak makan ok? Huru haraaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Semua serupa tak
makan 2 hari.
Intan
dah tak sempat-sempat nak pegang pizza. Makan separuh, lepas tu letak ambik
drummet. Letak drummet, amek pulak pizza yang lain. Sian sangat tengok dia.
Si Sarabanon ni amek gambar gegar!
Birthday Girl dengan Pizza berpisah tiada.
Lepas dia kenyang makan, dia sendawa bapak la kuat.
‘Burrrrrp!’ I jeling dia lepas tu
Intan jawab, ‘Ni kan birthday Intan??’
Tak lama lepas tu I pulak sendawa and Intan jeling. Lepas tu I jawab, ‘Kaksu kan Kakak?’. Lepas tu Dyba pulak
melawan sendawa kuat and Dyba pon jawab, ‘Dyba
kan mengandung?’ Masing-masing ada je alasan nak sendawa kuat-kuat.
Hahahaha
Linchennnn
semua kata ko!
Ko
dah kenapa Sarabanon? Izzah also kelihatan kekenyangan to the max.
Sekian setel hal Intan dan pizza. Lepas ni kalau
dia mintak nak makan pizza lagi semua orang buat pekak je. Jumaat ni kiter nak
makan dekat Sushi Zanmai pulak. Nak paksa Si Izzah makan Japanese Food. Izzah
kata dia tak boleh nak masuk makanan Jepun. Takper, dia datang Japanese
Restaurant last time dengan wrong person. Kali ni datang dengan aaaaaabangggg
InsyaAllah abang janji Izzah akan suka. Kepada Intan, Happy birthday once again
sweetheart. Semoga semua impian akan jadi kenyataan. We love u Neelofa!
-eNd-
6 comments:
sdp tuh ... hmmmmm
Adda syuhada : memang seeedap
Su...samaaa..kita pun teramat poling inlov dgn spicy sambal thin crust. sangat mencintai antara satu sama lain! ok tu je nk komen. *lai ailio*
hamboi sedapnya . heheh comel je tarian tu >,<
Nur Aishah: hi 5 ka! kite pon suka giler!
Mommy Cici : memang sedap and mengundang ok dominos ni
tq kak su for the small party.. mentang2 intan kata order la apa apa pun.. dia order dessert la roti la.. nasib dia bg contribution 30rm utk party tu. tq guys.. love u
Post a Comment