Assalamualaikum..
Tak abes lagi cerita pasal Raya ke? Raya kan
sebulan? Weekend ni last kopek la untuk pergi memana open house. I ada dapat a
few invitation, kita tengok mana yang melekat. Macam last week, tak dapat pergi
mana sebab Kaklong tak sihat and Mak pon ada dekat sini. Raya ni sebenarnya seronoknya
kalau boleh hias rumah cecantik, ada langsir baru and ada bekas kuih raya atas
meja. Lepas tu terima tetamu and masak sendiri. Lagi best kalau dapur besar and
boleh buat cooking show (tak abes-abes berangan hahahaha). Dulu masa zaman umur
belas-belas asal raya Mak cabut kusyen, lepas tu pasang langsir, hias rumah
dengan bunga, buat spring cleaning cuci tingkat semua, best sangat rasa. 2 3
hari menjelang raya is my favorite time la. Lain sangat feel dia. Cuaca biasa
cantik je, ada bau asap orang bakar lemang tak pon bakar sampai. Sebok memasing
buat kerja. Yang takde kerja pon sebok kehulu-kehilir (I ler). Nanti kalau
pergi Bandar Pusat, orang ramai lepas tu rasa macam best sangat suasana hari
raya sebab kereta banyak, kedai pasang lagu raya kuat-kuat. Malam raya kita isi
kuih dalam jar, lepas tu tingkap pon boleh bukak. Tengok orang main bunga api
semua. Raya yang best, memang la dekat kampung dengan family. I hope nanti, Mak
umur panjang so that Shein dapat feel suasana beraya dekat kampung waktu dia
umur belas-belas sama macam I J
InsyaAllah. Raya tahun ni, I sempat beraya dengan a few kawan-kawan sekolah.
Jumpa pon setahun sekali je pun… Seronok jugak. Kawan-kawan sekolah I takde
yang close pon. Memang andau-andau jumpa setahun sekali je. Other than that,
takde. Tapi selagi ada umur, InsyaAllah kumpul time raya ni kita kekalkan.
Ni
bukan kawan sekolah, tapi kawan office. Sapa tak kenal Intan. Now dia dah abes
exam. Nak tunggu result je. Ada ke tak #intancelebration
kali ni eh? Hahaha. Intan datang beraya dengan I Raya Ke-6 dekat rumah MIL
bawak Nordin (Bukan nama sebenar). Jumaat tu Intan kerja lagi, so lepas office
dia singgah datang. Dah 5 kali datang pon taktau2 kat mana rumah Mak Sazli.
Geram jer!
Ehem-ehem.
Siapa tu Intan? I ada buat Burito’s time ni, so jamu la Intan dengan Burito’s.
Intan memula mintak pizza, I suruh dia makan dulu. Tak kenyang baru order
pizza. Intan ni kalau dengan Pizza memang berhantu.
Raya Ke-4 I beraya dengan kawan-kawan sekolah. Raya
Ke-2 dorang ada buat Gathering, tapi clash dengan BBQ I dekat rumah so tak
dapat la join. Masa Raya-4 Nik Rafisah buat makan-makan kat rumah dia, so
kitorang pergi la. Tak ramai pon yang ada. Beberapa kerat je. Gambar pulak tak
berapa nak ok so taknaklah share. Hehe. Dari rumah Nik, kitorang ke rumah Azdi.
Azdi baru sampai dari Kelantan time tu, kata dia tengah malam balik KL sebab
esoknya nak kena kerja T____T. I ni naseb baik takde masalah nak cuti raya and
masalah kena kerja time raya. Kalau tak, mesti sedih.
Dengan
Nik otw nak ke rumah Azdi
Azdi
yang ada janggut tu. Sebelah dia kawan sekolah tapi I lupa nama sebab tak
sekelas. Boleh? Hahahaha. Ni masa beraya dekat rumah Azdi. Dulu masa sekolah Di
selalu cakap macam ni time Trawikh. ‘Salallah…
Salamun alaik… Lepas makan, boleh balik…’. Lagi satu, ‘Now you see it, now you do. Makan nasik, lauk budu’. Hek ko!
Hahahaha.
Ni
family jiran sebelah rumah. Anak/Cucu anak Arwah Cik Asfari.
Now dorang beraya dekat Jengka selepas berbelas
tahun tak balik. Riuh la sikit bunyi dekat sebelah. Dulu rumah tu disewakan.
Now Cik Jam (wife Cik Asfari) repair balik rumah tu, kemas semua so anak
beranak dia boleh la berkumpul beraya bersama. 5 dari kiri tu nama dia Idris
tapi kitorang panggil Andong. Now dia Ustaz dekat Sabah. Mengajar dekat sana. Belajar
sampai ke Mesir, jadi Ustaz sebab permintaan Ayah dia. I memang saspek dah dia
jadik Ustaz kalau dia dah besar nanti sebab dulu dah ada tokoh walaupon nakal
nak mampos. Suka bergusti dengan I. Memang manjang gaduh. I remember pergi
sekolah Andong bonceng dekat belakang. I wanita, I yang kena bawak dia. Bengang
je, dah la berat. Kerja sekolah dia pon kekadang I buat. I remember main
masak-masak dengan dia sampai kuali hangit, I remember main khemah-khemah
sama-sama. Kejar ayam, main pondok-pondok semua. Dulu memang selalu la datang
main-main kat rumah Andong. Arwah Cik Asfari panggil I ‘bini’. Nanti kalau I datang Cik Asfari cakap ‘Andong, Bini ko sampai ni’. Takpon, ‘Biniiiiiiiiii meh makan’. Hahahaha. Cik Asfari orangnya baik… Anak-anak dia tahun ni semua dapat kumpul
beraya sama.
Balik
dari rumah Azdi, I pergi beraya rumah Mak Itam. Dekat Jengka 1 jugak. Kebetulan
dapat sama dengan Mak masuk rancangan. Si Shein ni, dah la taknak kasik
kerjasama bergambar lepas tu sebok nak amek gambar. Ngah and Ayiel time ni nak
balik dah KL. Sempat jumpa sekejap.
Esoknya.
Mazli and Ijal pulak datang beraya dekat rumah. Malas dah nak berbaju raya.
TShirt pon ok.
Ijal and Mazli ni sama la geng dulu masa sekolah.
Ni diantara kawan lelaki I yang close la. Pergi camping pengakap sama-sama
dekat Tasik Chini and Taman Negara. Lepas sekolah Ijal and Lee duduk sama
jugak, tetiba tak lama Lee kawen dengan adik Ijal nama Jun. Dulu masa sekolah,
Lee suka la kirim salam dekat Jun, Ijal suka kirim salam dekat Da adik Azdi.
Hahahaha. Bongok memasing. Jodoh pulak Lee dengan Jun, tak pepasal jadik adik
ipar Ijal. Kah kah kah. Sama macam kes I la, tetiba Edy jadik anak buah I. Tau
dulu, baik buli dari zaman sekolah. Sekolah dulu ada kenangan manis, kenangan
pahit. Dulu I muka memang ‘cop’ suka kacau BF orang *rolling eyes. Sian I,
walaupon tak bersalah tapi redha je laaaaaaaaaaaaa. Hahahaha. I happy je bila
ingat balik. Kelakar pon ada. I don’t really have a close friend. Geng pon ada
banyak. Ada geng belajar, geng sekelas and geng nakal. Close pon dengan
Kasmawarni. Dulu dia cantik, selalu la I jadik postmen. Now taktau apa cerita
dia. Sekolah dulu I aktif jugak. Perkhemahan Pengakap la paling best. Masuk
pertandingan masak semua. Tapi gambar taktau dah kemana. Nanti kena korek balik…
Kenangan semua tu.
-eNd-
No comments:
Post a Comment