Monday, January 8, 2018

Ms Shariffah Birthday Lunch at Melting Pot Concorde

Assalamualaikum..

I ingat lagi New Year Eve tahun ni paling sedih rasanya. I duduk rumah, layan fire work sorang-sorang dekat balcony (dah la nampak  sipi-sipi je - sedih). Sazli lepas tahlil untuk Arwah Tok dekat surau bawah, dia terus keluar pergi kawan. Shein pulak dah kepenatan melayan I petang tu pergi salon semua so dia tido awal lepas makan. Jadiknya Mama beliau terasa begitu tuweeeeee New Year eve tak buat apapa. Haha. Naseb baik masa I whatsApp Intan, dia cakap dia pon dekat rumah jugak so adalah geng tuwe hahahah. Dyba up sikit, dia pergi countdown dekat Citta Mall - kemain. I ingat last year lepak dengan Shariffah and Reham family’s dekat Green House. Tapi takper la, Tok pon baru je meninggal. Macam tak berapa kena nak besuka-ria sangat. Sepatunya Ahad-Isnin tu pun plan nak check in dekat Amverton dengan Ongkaya Aliah, tapi terpaksa postpone. Dia pon dah left group sebab merajuk tapi 3 saat je, lepas tu kena invite balik. Hahahahaha. 1st Jan tu, baru la kitorang keluar lepak for coffee jejak ke dinner dekat Melting Pot, Concorde. Sazli nak treat Ms Shariffah for her belated birthday. Lagipon dah lama tak jumpa sebab dia pergi Bangkok holiday dengan Aina and Reham. Semua bawak family. Naseb la kitorang tak ikut sebab kalau tak sure susah nak arrange sebab Tok passed away masa minggu yang dorang pergi tu. Bumped into one of the readers tapi biasa la readers I, takde der nak tegur I. Nanti dia akan PM dekat IG/FB or WhatsApp cakap ternampak I tapi segan tak tegur T_____T Korang memang kan? Taknak bagi I perasan artist sekali sekala. Menyam.


Kitorang datang petang dalam 3.30pm. High Tea buffet dah abes and Dinner buffet start 6.30pm so order ala-carte je la. I ordered Pizza. Thin crust, of coz la I suka. Tapi makan 2 slice je sebab dah kenyang. Dah kenyang tapi menggatal nak order.



Favorite Sazli. Ane! Fettuccini Carbonara kuah banjir sato!


Mr David ordered this. Amenda entah nama. Vegetarian menu. 


Meanwhile nak tunggu Dinner buffet start kitorang jalan-jalan la dekat Lobby. Saje kill time. Makan hati nak ajak Shein bergambar. Dia bukan nak pon. Susah betul! Ni je yang paling cantik. Walaupon gegar, I masukkan jugak. Haha.


Ni harga Dinner, High Tea and Supper dekat Melting Pot Concorde Hotel KL.

Since kitorang semua dah kenyang makan tadi, so only Shariffah and Rayyan je la yang ambik Dinner Buffet. I dah try lompat-lompat mampatkan isi dalam perut but tak boleh nak isi dah. Sedangkan Pizza pon abes 2 slices je lepas tu nak ambik lain pulak for buffet memang tak la, memang membazir.  I pon jenis tak pandai la makan buffet. Usually I akan ambik dua kali je lepas tu dah. Tak larat dah. Macam MIL dia pandai makan buffet. Duduk lama-lama pon takpe. Sama macam Sarahbanon. Ambik sikit-sikit but slowly and consistent. Macam I kalau dah lapar zap zap zap siap makan. Hahahaha. Shein sebelum datang sini dah makan Hainan Chicken Rice dengan I, setel 1 portion. Sampai sini makan sandwich, lepas tu makan fruits and bread banyak giler. Risau I perut dia meletup. Balik umah mintak eat lagi. OMG Shein, bela saka ke?


Kalau makan dengan Ms Shariffah and Mr David please expect more veggies and fruits. Shein boleh makan. Semua. Termasuk cherry tomatoes ok? Bangga sangat Mama beliau. Sawi jenis pahit pon dia telan, petai pon. Cuba kalau dengan Mama dia. Haraaaaaam nak makan. Hahahah.


Ni Shein makan SEMUA. setel. Siap ask for more Stonery (Strawberry). Dekat BBI dorang memang teach to eat everything dalam plate with fruit at one time. Tu nampak bread kan? Makan dengan fruits. Kekadang Rayyan makan white rice mix with watermelon.


Ni Si Rayyan kutip semua berries for garnishing temasuk cherries. Hahaha. 


Ms Shariffah and Mr David. Not just a Headmistress/Admin/Teachers at BBI but also a brother and sister pada Sazli and I. Shein without failed akan tanya Ms Shaaaaarrifa and Tidavi (Teacher David – with slang) kalau weekend. Sikit-sikit kalau I buat dia macam cubit ke apa kan? Nanti dia cakap ‘Why you do that mama? Sakeeeeey (sakit). I call Ms Ms Shaaaaarrifa Tidavi. Slap you!’ HAHAHAHHA. Kalau si Noah (Cucu GF Mak) pulak panggil ‘Mr Wabbit’. Memacam jenis nama Mr David dapat. Hehe.


Oh ni second plate ye? Selamat selesai semua. Kuat Shein makan now. Sebab tu dia debab. Kekadang dia mintak eat, I malas nak layan. Dalam kereta selalu mintak ‘Nokom Sleep’. Nokom = dukung. Dia suka la duduk mengangkang atas peha I, tangan rangkul leher I. Tido dekat dada. Ya Allah punya berat, kekadang rasa macam nak pecah dada. Tapi I suka dapat macam tu. Rasa sayang sangat. I love you Shein. You jangan la buat perangai malas mandi ye? Biar Mama sorang je malas mandi. You tak payah ikut. Haha.


Rayyan, Shein and Siti Nohaliza.


TQ Shariffah for this bracelet.


Kitorang lepak dinner sampai la 10.30pm macam tu. 7 jam dekat Concorde baik buat khemah sekali dekat sini. Hahahaha. Best la sebab ada orang nyanyi-nyanyi so ada la entertainment and Shein pon boleh lari-lari so takde la boring sangat.

For Ms Shariffah, Happy Birthday to You. Wish you a year filled with happiness, fun, laughter and love. Your love and affection to others were really great in helping people and needy. Their blessings will always be there. Please don’t stop to be an amazing person. Ever. You selalu cakap dengan I ‘If one day we both not friend anymore, I hope…. Bla bla bla.’ WHAT NO FRIEND ANYMORE? You stuck with me forever and you have no choice. You have to keep me and I will not stop bugging you around, doing mess, annoyed you and susahkan you. You know that. Sazli, Shein and I love you so much. HAPPY BIRTHDAY!

-eNd-

No comments: