Assalamualaikum..
Korang
ada baca tak pasal kebakaran dekat Kg Baru last week? Ada 15 rumah terbakar and
one of the rumah tu, kawan I kenal. Cleaner yang bekerja dekat tempat dia stay.
Kesian sangat. Semua barang dekat dalam rumah dia habes musnah terbakar
termasuklah duit untuk dia renew permit kerja. Sehelai sepinggang. Baju uniform
yang dia pakai tu je yang dia ada. Dia ada anak umur 5 tahun, dah masuk sekolah
dah. Sebaya Shein. Kak Yati cakap, dia bersyukur anak dia selamat walaupon
takde apa dah yang tinggal. Kesiannya.. Kesian dia kerja penat-penat and lepas
tu semua habes terbakar. Imagine kat mana dia nak tinggal dengan baju semua takde,
duit pon terbakar. Ya Allah…. Tak boleh imagine I especially bila fikir pasal
anak dia yang sebaya Shein tu. Mesti banyak duit yang dia nak guna untuk cari
tempat tinggal and sediakan basic thing untuk dia dan anak dia. Penat kerja
simpan duit, lepas tu habes musnah terbakar semua. I believe mesti tough hidup
untuk dia dan anak dia sekarang ni. I manage to get Kak Yati punya bank account
number. Let say kalau korang nak bagi sumbangan apapa, InsyaAllah I boleh
sampaikan terus pada Kak Yati or korang boleh email I untuk I bagi handphone
number dengan Bank Account dia if let say korang nak berurusan dengan dia
directly. Nak publish dekat sini kang takot pulak kot ada apapa hal, sian dekat
Kak Yati.
Kebakaran di Kampung Baru pada 29 December 2017. Photo taken from here.
One of the victims is Kak Yati and anak dia,
I
tau readers I semua baik-baik. Ingat tak apa I selalu pesan? Be Kind and Have
Courage? Buat baik tak kisah lah pada sesiapa pon. Jangan kira agama, bangsa,
keturunan semua. Kita semua kan makhluk Allah? Disisi Allah kita semua sama je.
Takde pon dia cakap Orang Malaysia Bantu Orang Malaysia je. Foreigner tak payah
tolong. Bantu lah sesiapa dalam kesulitan dan kesusahan InsyaAllah nanti bila
masa kita susah dan dalam kesulitan, InsyaAllah urusan kita pulak dipermudahkan
Allah. Kan? Bantuan tu pulak jangan diukur dengan berapa nilai yang kita bagi.
Sikit pon takpe, asalkan ikhlas. OK? Lagipon kalau kita bersedekah, pintu-pintu
rezeki kita lagilah terbukak luas. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita akan
dapat. Lebih-lebih lagi kalau kita bagi bantuan pada orang yang benar-benar
memerlukan. Macam I la, tingin sangat nak Macbook Air. Kot ada sesiapa yang
kesian boleh jugak bagi sumbangan. Hehe. Eh macam tu pon boleh ke? Gurau jeeeeeeeeeeeeeee.
I
nak share sikit hadis pasal sedekah.
Nabi SAW bersabda:
Sedekah dapat memadamkan
panasnya alam kubur
Sedekah dapat menambah harta
kekayaan
Banyak
kan manfaat yang kita dapat dengan sedekah? Hatta dengan bersedekah sebiji
kurma pon dapat jauhkan kita dari api neraka. Tak dapat sedekah banyak, sikit
pon takpelah. Lebih-lebih hari Jumaat macam ni. Penghulu segala hari. Sekian
perkongsian dari Ustazah Siti Suraya. Ok dah. Kalau sesapa nak bagi sumbangan
atau bantuan kepada Kak Yati boleh email I dekat surayasulatin@gmail.com Ok? Nanti I akan
share No HP and Acc Bank Kak Yati. Semoga dengan bantuan kita yang sedikit,
akan bantu Kak Yati dan anak dia meneruskan hidup dengan lebih selesa.
InsyaAllah.
-eNd-
No comments:
Post a Comment