Assalamualaikum..
Jalan KL lengang je harini. Kalau hari-hari macam
ni kan best? Takde la banyak sangat babi keluar time dalam pemanduan. Hahahaha.
I agak maybe sebab banyak company yang dah start cuti for CNY kot? Sebab tu la
jalan lengang. Macam I begitu gigih bekerja. CT haritu jerit-jerit dekat I
cakap CNY start cuti Khamis sampai Isnin depan. Memandai je kasik I confuse.
Padahal I kerja lagi harini. Tapi I ada kenalan yang kerja dengan majority
pekerja Chinese yang cuti start harini and masuk kerja semula Rabu depan. Lama
giler kan? Untuk CNY Holiday ni, kitorang takde any plan pon cuma InsyaAllah
start malam ni, family CT, family Aliah Ongkaya and family Shariffah
bersama-sama dengan family I akan berada di Bangi Golf Resort untuk activity
makan/masak/main daun/buang masa serta berangan spend time sama-sama dekat
sana. Ok la, dapat main masak-masak and kid’s dapat berkawan and mandi kolam.
Dari duduk rumah aku tengok engkau, engkau tengok aku lepas tu gaduh (Ni I
dengan Shein) so kira ok la walaupon tempat persinggahan tak jauh dari KL. TQ
CT and Zairi sponsor tempat. Ni rumah dorang sebenarnya. Jimat pon jimat takyah
sewa hotel. Dorang mintak I jadik tukang masak. Semalam bila I listkan apa nak
beli, Zairi cakap ‘Ni nak kena RM400.00
ke satu family ni?’ Sebab list nak beli je dekat 50 item. Hahaha. Yerla
kata nak suruh I masak kena la ada semua bahan dengan segala bawang merah,
bawang besar, bawang putih semua. naseb bawang ada 3 jenis je, kalau ada bawang
oren, bawang hijau, bawang biru pon semua I suruh beli. Kata CT dia nak makan S
E M U A yang I letak dalam IG/Blog. Sempat ke CT oooi? Kang gemok komplen aku.
Haritu beria pagi minum shake je, konon nak kurus. Tengok 4 hari ni sure naik 3
kg. Hahaha.
Sekadar
Gambar Hiasan – I ambik dekat IG Jamie Oliver. Nampak cantik and colorful kan
sandwich ni semua? Nampak cantik ni, rasa dia tak tau lagi macam mana. Kalau
sandwich letak cheese dengan tomato je memang tak la I nak makan.
Harini I rasa happy pon ada, sedih pon ada. Sedih
sebab baru bayar Roadtax and Insurance Snow White. I rasa macam RM2,000.00
poorer. Walaupon tu kereta I and memang I yang kena bayar, I tetap sedih jugak.
Yang ni takde sapa akan faham. Tapi InsyaAllah pempuan akan faham la sebab dia
rasa ‘Ni RM2,000.00 ni macam-macam boleh
beli ni’. Hahahaha. Tu bab sedih. Bab happy pulak, I rasa happy sebab dapat
restrore iPhone 6 I ke iPhone x ni by my own. I buat sendiri semua OMG I sangat
kagum dengan diri I. Tapi Ain ada la bantu I jugak. Dia kasik I link cara macam
mana nak encrypt/restore henpon tu. Now apa yang ada dalam iPhone 6 SEMUA
sebijik masuk dalam henpon baru. Happynya! Cuma ada rasa terkilan sebab if I
buat dari awal, mesti WhatsApp I yang tak boleh backup sebab memory almost full
tu berjaya di selamatkan and I takde lah susah payah nak kumpul balik data-data
customer dari sources lain. Cuma proses dia sangat lama. Malam tadi I start at
11.30pm sampai 1.50am baru siap encrypt and pagi tadi sambung pulak restore and
took me about 3 hours to complete everything. If la I buat dari awal kan? Sebab
iPhone x ni dah sebulan lebih kot I ada, only now I pakai tu pon sebab bengang
Shein pergi delete WhatsApp yang I tak backup tu. Gone semua. Ain ajar, kalau
nak elak kena delete, masukkan dalam folder. Yang dalam folder tak boleh delete.
So dah terlambat la. Anyway, amacam, impressed tak dengan I? Ke korang semua
memang dah tau nak restore henpon ni sebenarnya? Ke I je yang kodok sebab baru
tau sekarang? Oklah takyah jawab. Nanti I down. Haha.
-eNd-
No comments:
Post a Comment