Wednesday, February 14, 2018

Tart Nenas Debab by Huda and Shiendong !

Assalamualaikum..

Tachiu Huda Baby, akhirnya dapat jugak I makan Tart Nenas Debab dia selepas seminggu menunggu. Tadi Huda datang deliver dekat I sengsorang sebab dia cakap Shinta tengah menggentel inti tart nenas. Bagus Shinta, multitask tau dia? Semua menda boleh buat. Masak pon sedap. Tingat dulu dia punya Ayam Penyet. Perrrrghhh I memang sejenis pantang jumpa dengan Ayam Penyet pulak tu. I tengok Huda kemain sekarang makin cantik semenjak masuk gym ni. Jeles I. Jeles in a good way la sebab kasik inspirasi untuk kurus jugak. Bukan sejenis jeles tengok orang cantik lebih sikit lepas tu busuk hati unfriend dekat FB. Tu nama dia busuk hati. Hahaha. Kaklong, Dyba, Intan and Izzah dah rasa and dorang cakap sedap! Kata Kaklong ‘Dik, dulu aku buat Tart Nenas macam ni la Dik. Sedap macam ni lah. Aku nak order, bila boleh dapat? Aku nak dengan kadar segera’. Ewah engkau? Dia ingat dekat ke jarak Setia Alam dengan KL ni macam Menara Felda – KLCC jalan kaki sekentut dah sampai? Dah la confident cakap Tart Nenas dia sedap sama macam ni. Haahaha. Kata Huda, next order sapa nak dia boleh deliver area KL Tuesday/Wednesday Ok? So sapa yang terlepas order this time, boleh order next batch. Kumpul la order banyak-banyak kasik berbaloi sikit untuk Huda delivery. Ok?  Tachiu kepada readers Chooyaya yang selalu support Huda punya business. On behalf of Huda I nak cakap TQ sangat. Reader’s ke, hater’s ke semua dediam order dengan Huda. Dengan aku taknak kawan, dengan Huda nak pulak. Pundek. Hahaha.


Tart Nenas Debab by Huda. Kemas je buatan dia. Pastry dia rapuh, rangup, cukup rasa semua. Perfect! Inti dia pon sedap. Jangan menyesal Cik Salmah. Yerla, dengan Mah pon dia cakap macam tu. *Tetiba dialoq filem P Ramlee.



Debab kan? Satu balang ni ada lebih kurang 40 pcs. Harga RM30.00. I suggest kalau beli, jangan beli sebalang sebab tak berbaloi. Nanti cepat abes. Nak puas hati makan, beli 2 or more lepas tu sorok. Makan sorang-sorang. Hahahaha.


Huda bagi I rasa dia punya Kek Pisang Moist. RM30.00 untuk size 7x7 ni. Kalau potong bite size dapat 32 pcs. Sedapnya lahai. Wangi and fluffy. Ni kalau dapat makan dengan eskrem vanilla samadengan pengsan.


So apa laaaaaaaaagi. Dah alang-alang order Tart Nenas tu, apa kata order sekali Kek Pisang Moist ni. Serious eh, takkan dapat kat tempat lain. TAK AKAN. Read my lips ‘T A K - A K A N’. Memang I tak pernah lagi makan Kek Pisang sedap macam ni. Yerla kan, korang tu bukan I taktau. Cakap Kek Pisang je lepas tu mula la buat muka sebab konon-konon Pisang-pisang ni Ongtue je makan, eh hello???? Ni lain Ok? Ni Kek Pisang Urban tau? Hahahaha. Si Intan lagi bongok. I cakap Kek Pisang, Kek Pisang dia asyik la cakap Kek Guna Hangus. Memandai je. Siap confident kata dia tau Kek Gula Hangus macam mana. Buah Pelaga pon sebut Buah Telaga ada hati nak argue dengan Kaksu. Pui! So, pada sapa yang nak order boleh direct WhatsApp Huda dekat 019-7165687 ok? Deal dengan dia terus. I bukan Agent Kek Huda. I kawan Huda and I paksa dia jadik kawan I and tak boleh lebihkan orang lain, sebab Huda I punya sorang. Hahahaha.


Nah, I kasik gambar bonus. Si Shein harini last day at School and pakai Chinese Costume outfit sempena CNY Celebration. Tengok la Abah beliau pakai bedak capok-capok. Dah macam Raja Kapur. ‘Sekarang aku dah cantik, kau suka aku tak? #Kakyangbongok


Peace!

Shein ni kalau dengan Sazli, semua pon boleh. Amek gambar pon mau. Cuba dengan I? Haraaaaaaaaaaaam dia nak. Hahaha. Gaduh lagi ada. Dia dengan I manja lebih, tido dah la jenis himpit-himpit orang. Kekadang I campak je dia kesana sikit lepas tu dalam mamai-mamai Shein cakap ‘Aduh, sakit yaaaaa’ HAHAHAHAH padan muka. Sapa suruh himpit Mama sampai Mama EVERY NIGHT TIDO SEJENGKAL? Anyway, ada company yang dah start cuti for CNY esok. Untunglaaaaaaaaaaaaaaaaa dah cuti. Esok I kerja lagi macam biasa. Tadi Dyba tanya ‘Kaksu, esok office kita tak half day ke?’ I jawab ‘Kita kan orang Islam, mana sambut CNY?’ Terus Dyba diam. HAHAHAHAH. Untuk yang bercuti, selamat bercuti Ia eh? I ada dekat KL je. Area Bangi Golf Resort. Duduk dekat Holiday House CT and Zairi (Kaya boleh la ada Holiday House). Macam malas nak mengadap jem semua. Baik duduk KL je. KL pon best apa? Terutamanya Ampang. Okbye.

-eNd-

No comments: