Assalamualaikum..
OK la, sambung balik entry makan dekat Ipoh yang kelmarin. I tengok gambar ni pon menung je. Rasa macam, bestnya kalau KL ada semua ni. I memang suka makan Kway Teow Goreng. Lagi-lagi yang rasa smokey-smokey macam tu. Asal namanya Kway Teow I suka. Tak kisah la dia tu akan banjir or kering dedua pon I suka. Tapi taugeh I nak yang rangup-rangup and dia tak boleh lembik overcooked. Tu je syarat dia. Kalau tak, I don't like. I suka seafood punya Kway Teow. Kerang ke, Udang ke, Sotong ke.. Tak kisah. Either one. Lepas tu warna dia kena gelap la. Banyak kicap. Kalau warna cerah I tak suka. EH banyak pulak penerangan pasal Kway Teow. Anyways, harini I nak share entry makan-makan dekat Restaurant New Holly Wood, Ipoh. Sini, is a must place to go kalau korang datang Ipoh. Dia restaurant tapi banyak stall kecik-kecik jual Dimsum, Kway Teow, Nasi Lemak, Chee Chong Fun, Mee Kicap, Roti Goyang, Roti Canai and eh banyak lagi lah. Restaurant ni own by Chinese tapi foods variety sesuai untuk semua bangsa. Cina, Melayu, India. Soalan biasa yang I akan dapat each time makan kat tempat macam ni, 'Halal ke, ada certificate halal ke?' Jawapan I : Restaurant ni takde certificate halal tapi semua makanan dekat sini ialah halal. Takde pork, takde lard. Kalau nak argue more, silakan. Tapi jangan tanya I lah OK? Buat siasatan sendiri sampai ke dapur semua, mana beli bahan etc.
Nak argue kenapa tak makan restoran melayu, kenapa makan makanan orang cina masak and nak racist, boleh. Tapi dengan orang lain. Dengan I, I takkan layan. Sebab I dah sick and tired with some mentality orang yang tak habes-habes nak cakap pasal menda-menda macam ni. B O S A N. Ada yang cakap, selagi tak darurat, takkan makan makanan yang 'Orang Kafir' masak. Well, you want like that, you go for it OK? I OK je nak makan tempat macam ni. Asalkan takde jual menda haram, cukup. Kedai Nasi Lemak tepi jalan pon, ada ke certificate halal? Takde kan? So tepuk dada, tanya selera. I suka makan makanan Jepun, India, China, Western semua. SO? I tak siasat pon apa agama orang yang masak but I yakin Halal, I go for it. Eh, emos pulak cakap pasal ni. Dah jom layan gambar makanan yang I sempat ambik je. Yang tak sempat ambik tu, imagine la sendiri. Hahahaha.
Kway Teow Goreng dia. Nampak sedap, tasted also good. Portion just nice. Bagus portion sini takde besar sangat. Senang nak makan 2 3 jenis. Hahahaha. Harga dia taktau la. Rasanya RM4.50 - RM5.00 je k0t?
Chee Chong Fun ni nampak bodoh je kan? But SEDAP GILER! Ada ayam, ada udang. 1 tak cukup. Order je 2 terus. Nanti queue panjang giler.
Mee Kari dia so-so je. Sedap lagi yang Kaklong masak. Usually kalau Mee Kari Cina ni sedap dari ni. Yang ni macam ada kureng sikit. Taktau kat mana.
Dim sum dia OK. Sedap. Rasa Dimsum kat tempat lain jugak.
Ada banyak jenis.
Ni pon sedap.
Datang sini kena try roti goyang ni tau?
Yong Tau Foo sini memang to die for. Sedap!
Petang tu, lepas makan Nasi Ganja, Sazli ajak makan kat sini terus. Esok pagi repeat for breakfast pulak.
Si Shein macam biasa la, mana ko bawak TETAP ROTI CANAI and nak kari kari kari dan kari. Cucu Pakistan sorang ni. Kari tu macam blood dah. Kena ada. Hahahaha.
Ni la rupa Restoran New Holly Wood. Kemain nama nak Hollywood je.
Sini kalau korang nak datang for breakfast, kena datang awal sebab memang always full house. Kata Sazli, tak pernah lagi kalau datang sini semenjak 10-15 tahun lepas yang tempat ni tak penuh. All the time penuh. Time breakfast memang pack. Kalau datang petang-petang tu dah lengang la. Meja banyak sampai ke belakang-belakang sana. Nak cakap pon kena jerit-jerit sebab kalau cakap macam biasa nanti tak dengar sebab sini memang dah macam pasar. But, I still enjoy my foods so very much. Kalau ada baby bawah setahun, tak berapa sesuai sebab a bit stuffy here. Petang OK la. Kalau lunch, I tak sure macam mana keadaan dia. Nanti kalau datang lagi Ipoh, I nak makan Mee Kicap dia pulak. Haritu tak boleh dah nak sumbat dah sebab kitorang ramai, so makanan banyak la order lain-lain jenis so makan sharing je semua. Sana sikit, sini sikit sudahnya kenyang. Restoran ni bukak everyday, 7.00am - 10.00pm. OK? OKbye.
Restoran New Holly Wood
Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
-eNd-
2 comments:
Kak.. try ipoh kuehtiow soup.. dap2.. kat restauran blkg dia to pun sdap.. klau ptg p belah blkg.. nsi goreng dia dap2.. asam laksa ayam taugeh pun sedapp
halal bukan pada tiada babi sahaja..fahami apa itu halal dalam islam..salam
Post a Comment