Tuesday, September 3, 2019

Nasi Ganja Ipoh and Soukhascarves Merdeka Offer

Assalamualaikum...

Harini muka I dah sunburn sebab semalam baru balik dari Lost World of Tambun melayan Si Sheindong korang berendam dalam air. Tapi naseb baik la tak berapa gelap sebab I pakai Sunblock. Ni jap lagi I nak pergi buat PRP Treatment pulak dengan Dr Hanafiah. Dah lama tak buat sebab I busy menyelamatkan dunia. Kata Dr. Hanafiah, lepas sunburn la bagus buat PRP so that nanti kulit cepat elok balik. Cuma lepas buat PRP muka kita kena free chemical for 48 hours so tak boleh pakai apapa. Nak cuci muka pon kena guna air sejuk je. I tau ramai readers I dah try buat PRP dengan Dr Hanafiah kan? Pandai je korang amek gambar Doktor curi-curi lepas tu send dekat I. Kena cakap terima kasih dekat Dr sebab offer korang the best price, OK? Untuk sesapa yang ada masalah jeragat, I sangat recommend korang buat PRP ni. Kaklong I pon tengah dalam treatment jugak cuma dia la tak berapa nak consistent. Kalau dia consistent, dah Nora Danish dah dia sekarang. Hahahaha. Previous review pasal Dr Hanafiah and PRP boleh baca dekat sini.

Anyways, ada permintaan mintak I cecepat buat entry Ipoh and Tambun ni. Nanti laaaaaaa. Kasik I bernafas sikit. I janji later I will share my experience makan-makan dekat Ipoh. Tu pon tak puas sebab kitorang pergi pon 2D1N je. Nak puas makan kat Ipoh ni kena pergi 5D4N. Melampau kan? Macam pergi Bali pulak. But sini memang SYURGA makanan la. Seriously makanan dekat sini sedap-sedap. Untunglah Anny selalu dapat balik Ipoh. Tak pernah pulak I dengar dia cerita makan kat sini sedap. Takpon Si Anny ni memang minat dia takde kearaah makan. Dekat Ipoh ni, with limited time, dapat la I merasa makan Nasi Ganja. Memang sengaja taknak makan dari KL sebab nak kasik space untuk Nasi Ganja. Kitorang berdua sama-sama first time makan dekat sini. Kata Sazli 'Rumah Tumpangan mana la Waze bawak kita ni?'  Hahahaha.



Ni la Nasi Ganja. Korang kalau datang IPOH wajib makan ni tau? Simple je. Nasi dia portion sikit je. Ada Ayam, Kuah kari campur, timun dengan Telur Masin. I go die now.



Untuk semua pembaca acah-acah peminat I, kena beli Naemah Series ni sorang 5 helai sebab now ada offer sempena Merdeka. Sehelai RM62 sahaja INCLUDE POSTAGE. Valid dari 31 August - 16 Sept. OK?

Pada sapa yang dah beli, TQ soooooo much! Nanti soon InsyaAllah I akan keluar plain series pulak. Tu pon tengok la bila I dah betul-betul Free. Now ada a few incoming project masih perbincangan. Kalau sayang I, doakan semua smooth untuk I OK? Kekadang fikir, Ya Allah apa susah sangat nak jadik kaya ni? Aliff Syukri tu selamba je sependa selai RM1k. Pundek betul. Korang kalau ada idea nak share dengan I pasal menda yang nkorang rasa tengah IN and nak I explore kasik tau eh? I kalau boleh nak menda yang relate dengan makan je. Sebab dah minat makan, so senang aku bukak je kedai makan sendiri. Lepas tu aku tukang beli. Hahahahahahaha.  

-eNd-

1 comment:

Unknown said...

jangan keliru nasik ganja ngn nasik wanggei tau
apa pun nasik ganja mmg win la
lagi satu must try restoran hollywood
nti kalo datang ipoh roger akk ya