Assalamualaikum..
So masa first day sampai tu, malam dia kitorang keluar la dinner. Petang tu masa mandi dekat kolam, dah order makan beria. So takde la lapar sangat malam tu sebenarnya. Tapi mengada nak keluar jugak sebab dah kata Ipoh, kena la keluar meladi. Si Shein, masa malam ni dia tak 100% sihat lagi. Sian pulak tengok dia tak berapa aktif. Tapi masa Jumaat pagi tu, dia dah OK dah. Mintak nak mandi pool and makan pon dah banyak. Dah back on track. Siap cakap dekat Sazli. 'Abah, no small hotel house (small hotel house tu rumah kitorang). I want big hotel house, swimming, watch tv, swimming, watch tv and eat at kedai'. Shein ni memang kaki meladi la. Hahahha. Kalah Mama. Dah tu, kalau nak balik KL bermasalah sikit. Ni I update time ready nak check out. Sementara Sazli siap mandi. Si Shein dah tanya 'We not go home kan Mama?' Si Sazli dah goyang. Dia ajak sambung check in dekat KL pulak. *slapforehead. (Tapi tak jadi sambung check in. Sebab I yang taknak. Mengada la ko Shein manjang nak tido hotel).
Untuk malam ni, kitorang try dekat STG. Taktau STG tu stand for what. Kalau dekat kampung I, STG tu Sungai Tekam Getah. Hahahahaha. Konsep STG ni macam ala-ala English Colonial. Dia punya specialties is tea. Lepas tu makanan dia is western la opcoz. Since tak berapa nak lapar, I order sikit je. Tak beria sangat. Konsep dia, makan ni sebab nak kill time and try tempat makan baru la. Untuk ambiance I kasik 5 star sebab memang cantik. Dessert dia pon sedap. I tried dia punya Tiramisu but makanan lain, so-so je. Salad dia tu, bila makan terasa macam 'Eh, I ni manusia ke kambeng?' Hahahaha sebab dressing dia almost takde. Dia letak smoked salmon dengan salad semata. Geram je.
Actually order ni sebab Si Shein ingatkan ni Milo Dinosaur. Hahaha. But sedap la Tiramisu ni. Harga dia RM16.00
Ni bangunan STG ni. Cantik!
The entrance. Suka Shein sebab ada Xmas punya decoration.
Ni dekat bahagian dalam. Ada banyak tea.
I terpengaruh dengan cerita Boys Over Flower. Dalam cerita tu ada minum air ni. Nama teh ni is Shanghai Fairy. Memula seketul macam tu je, lama-lama dia kembang. Rasa tak sedap pon. Pahit. RM13.00 untuk 1 jug kecik ni.
Kecik je bekas air ni. Cantik kan deco sini?
Smoked Salmon Salad. RM28.00. I tak suka sebab I tekak melayu, nak kena ada dressing banjir. Ni pokok semata-mata. Hahaha.
French Baked Escargot. RM24.00 untuk half dozen.
Belgian Waffle. RM16.00
Sejuk dalam ni. So selimutkan Shein dengan blanket busuk dia yang bau kambeng tu. Hahahahaha. Shein still badan tak berapa OK malam ni. So dia tak berapa huru-hara sangat. Bagus jugak.
Sian birthday boy tak sihat sangat.
Tengok la dia ni kan? Sikit punya susah nak ajak ambik gambar, Menggeleding menggeliat. Geram je. Eksyen dia ni. Nama nak Shein je. Sebut sangat pon tak betul, 'Sanat sanat'. Hahahahah. Cute.
Best friend.
OK. Overall I rasa makanan dekat STG ni so-so je la. or maybe I order menda yang salah. Lagipon apa je sangat kitorang order. Untuk ambiance I kasik 5 star. Sesuai untuk couple baru kawen yang malu-malu nak makan untuk datang sini. Yang makan jadik agenda no 2, dating agenda no 1 so boleh datang sini. Dessert dia I nampak macam sedap. I kasik 3 star. Ni je cafe/restaurant yang I try dekat Ipoh untuk this trip sebab Saz cakap, kalau nak makan macam spaghetti semua, baik makan kat KL. Kat Ipoh kita makan local foods la. Betul jugak. But next time I nak try makan dekat Restaurant Harry Potter tu. Nampaknya kena pergi lagi la Ipoh.
STG Tea House Cafe
2, Jalan Taman Kinta, Taman Chateau,
30250 Ipoh, Negeri Perak
-eNd-
No comments:
Post a Comment