Showing posts with label Shein Iskandar (7 tahun). Show all posts
Showing posts with label Shein Iskandar (7 tahun). Show all posts

Tuesday, September 8, 2020

'Hotel House' Staycation For Sheindong

Assalamualaikum.

Last week kan Shein dah start masuk new term? Hari-hari dia tanya bila nak duduk 'Big Hotel House'. Taknak 'Small Hotel House'. Kalau Small Hotel House tu rumah kitorang la. Abah beliau pon cair. Shein cakap nak 1 2 3 4 5 days dekat Big Hotel House. Kira punya kira, Sazli ajak check in Jumaat, check out Isnin. I cakap tak boleh la sebab I nak basuh kain, nak siapkan tempahan kek. Cecece semenjak try-try buat cake ni kemain kan? Margin untung tidak la banyak mana tapi kepuasan tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kekadang I rasa macam penat sangat sangat sangat. Especially hari kerja. Start baking dalam 930pm. Siap semua dalam 1230am sebab nak prepare, tunggu kek masak, kemas dapur semua. Lepas tu  if nak pulun sehari 4 biji, pagi 345am dah kena bangun sebab nak kasik siap ngam-ngam untuk I hantar Shein pergi sekolah. Kekadang terfikir, amenda aku buat ni? Hahahaha. Seriously margin untung buat kek marble ni bukan la banyak mana. Kalau guna pure butter tu, lepas tu chocolate pulak nak guna Hershey's, lepas tu drizzle dengan Nutella ada la RM8-RM10.00 je untung satu kek. Dah tu pulak ada yang mintak discount. Huwaaaaa. 

Sapa eh haritu tanya I, 'Kaksu, Kaksu tak cukup duit belanja ke?'. Hahahah siot je! I buat sebab I happy.. Penat memang penat tapi I puas. Nanti I calculate la macam mana nak maximize kan keuntungan. I pulak taknak kalah beli bahan. Nak premium je semua. Orang Kek Marble letak dalam bekas plastic transparent je tapi I nak letak board, kotak. Tu naseb baik I tak kasik pisau sekali. Hahahahahaha.

Anyways, back to the stay-cation, kitorang pilih Double Tree Hilton dekat sebelah Intermark tu je. Jalan Ampang. Jarak dari sini ke rumah kitorang kalau tak jem dalam 10 minutes macam tu je. Punya la dekat. Tapi lantaklah. Janji hotel. Hahahahah. I pon suka la sini. Senang nak makan, tak payah bawak keluar kereta sebab Sheindong nkorang cakap 'Eat, Sleep and Swimming only Mama'. Dia taknak jalan, taknak keluar makan apa semua taknak. Nak baring tengok TV and mereput dalam bilik. Naseb baik la sini connect dengan Intermark, takde la I pening sangat memerap dalam bilik. Boleh la keluar pergi Jaya Grocer. Tu yang tetiba bawak balik Pisau Pizza, Food Coloring semua. Hahahahaha.

Best friend dua orang ni. Sazli la melayan Sazli swimming. Sejak dah besar ni, makin senang la nak handle. Suka la Shein dapat duduk Big Hotel House cuma tu lah, taknak keluar. Ajak beli ice-cream pon taknak. Kalau turun makan kat Intermark tu, muka ketat je. Tak abes-abes tanya 'Bila nak go to the room Mama'.

Monday, August 24, 2020

Shein and Golf

Assalamualaikum..

Shein kan dari kecik lagi dah di dedahkan dengan golf oleh Baba dia? Baba dia ada la belikan Shein kayu golf untuk dia pukul-pukul depan rumah since dia 3 years old lagi. Makin lama kan dia makin besar? So makin kuat swing. Now it's time to bring Shein to Driving Range. Biasa dia pukul dari laman rumah Baba ke kawasan lapang sebelah rumah je. So haritu Saz bawak Shein pergi Driving Range. Masa first time tu OK la dia. Mood OK, so swing apa semua cantik je. Masa kali kedua Saz pergi dengan Shein and Baba dia, mulalah serba tak kena. Tak pandai la, sakit tangan la, sakit kaki, sakit perut, cat scratch lah, thirsty lah apa lah tok nenek semua keluar. Hahahahaha. Shein ni, time dia ada mood semua OK. Time takde mood, buat apa pon tak boleh but now semenjak dah remaja nak kawen ni, banyak dah la dia tolerate and dah banyak la dia mengalah. Boleh di bawak berbincang dah. Kalau tak dulu, tak puas hati baring terus tengah jalan. Takde bincang-bincang dah.

So haritu masa Saz, Shein and Baba ke KDE. I decide nak pergi sana tapi jogging. Boleh tahan gigih sebab actually kalau 5.30pm ni memang panas lit-lit lagi. Nak pulak jogging kat kawasan perumahan yang takde pokok, memang panas lah kan? I pon taktau dari mana datang kegigihan I untuk jogging sampai ke KDE. Hahahaha. Jogging ni padahal boleh tahan la tragedy dalam hidup I but alang-alang dah menyusahkan diri/perasaan sebab menda-menda bodoh and tak masuk akal dek penangan jogging ni, baik kita kasik sampai kurus. Tapi masalahnya sekarang, bilanya yang nak kurus? Hahahahaha.


Incik, perut tu cover sikit pwease? I love you Shein. Abah dia kalau siapkan gini la jadiknya. Pakai Tshirt sekolah. Aci boleh je. Hahahaha.

Thursday, August 13, 2020

Pasal Shein

Assalamualaikum..

Si Shein ada masa minggu ni and minggu depan je sebelum dia start new term and masuk sekolah on 24th August ni. Kemain nko begembira eh Shein? Besenang lenang dekat rumah membesarkan diri. I perasan, time PKP ni badan Shein memang naik sangat sangat sangat. Mana la tak naik kalau Mama dia ada memanjakan beliau dengan makanan. Makan bersuap segala. Nak Kek Coklat, zaaaaaapppp dapat. Nak makan apa request je. Mama beliau berusaha la buatkan. Ice cream lah, apa lah. Nanti nak kena try baju sekolah dia. Takot tak muat je ni. Kasut pon I agak kena beli lain jugak. Hahaha. Now pon I memang suruh dia makan sendiri je. Dari bulan 3 makan bersuap. Ngangaaaaaa je mana la kan tak debab? Malam semalam I nampak dia makan sendiri, sikit la dia makan. Malam pon I tak bagi la dia makan nasik dah. No no no. Ice cream pon dah pesan dekat Saz jangan bagi dia makan banyak sangat. Lagipon kalau debab sangat mana la nak hensem Shein. Dulu masa you slim, hensem je Mama tengok.

Macam Shein ni naseb la dia jenis minum air kosong je. Apapa nak ice water. So not too bad lah. Kalau makan nasi, lepas tu minum air manis pulak lagi la susah nak control berat badan dia. Semalam I timbang dia, berat 42.5kg. Pastu dia boleh cakap 'Mama, I'm so heavy. Gomok! Ketiak busuk!' HAHAHAHAH. Ngek la Shein. Lepas tu bila I timbang nanti dia cakap 'Mama, you fat too. Go run now!' Kejam sangat statement dia ni. Mana la boleh compare your weight dengan my weight. E! Shein tak sekolah dari March. 5 bulan wei tak sekolah. Fuiyoooooo!! Bahagia dia. Yuran pulak takde discount. Class buat through Zoom start pukul 9.00am memang tak la Shein nak bangun. Lepas tu kalau dia join class pon, sudahnya macam I pulak student, dia duduk tepi. Banyak cantik kan? Now nak masuk sekolah ni, I rasa lega banyak la. Memang bebudak kena sekolah, sebab kalau tak sekolah tetiba macam jadi bebal. 


Ni dia sorok Kek Coklat yang I buatkan untuk dia. Kek Coklat Shein I guna pre-mix je. Senang. Bancuh dengan telur and minyak, siap! Shein ni mana dia kisahkan apa rasa. Janji coklat. Semua sedap. Tu jari tu tengok debab-debab. I selalu je gigit. Geram!

Friday, July 17, 2020

Main Layang-Layang di Kepong Metropolitan Park dengan Sveta and Hamirah

Assalamualaikum..

Dah lama dah tengok dalam Facebook pasal orang main Layang-layang dekat Kepong Metropolitan Park. Kebetulan memang Mira memang biasa jogging dekat sana so I pon bawak lah Shein pergi sana. I pergi lepas musim PKP2 and tengok orang ramai macam biasa je. Takde sosial distancing and tak pakai mask. Konsep dia redha je la (not good). Actually yang naik main Kite ni Shein tapi yang berusaha keras is Sazli la. I memang failed main Kite. Tak maunya naik. Sama la macam Hamira. Penat je lari, last-last tak naik pooooooon. Hahahah. Habes semua orang kitorang lamnggar. Dah macam Badut pon ada. Eeeee tak faham la macam mana nak bawak naik Kite ni tapi Hamira dengan I nampaknya masih tak give up. Haritu masa beli Kite, siap cakap dekat Nyonya tu 'Kalau tak naik, boleh tukar ke?' Dia cakap boleh. Lepas tu Nyonya tu cakap, 'Kalau tak naik juga, saya tolong you naikkan'. Hahahahahaha.

Masa yang first time pergi tu, Si Sveta pon redha je Mummy dia tak berjaya bawak naik Kite sampai dia cakap 'It's OK, We play invisible Kite'. Lepas tu dua beranak tu buat tangan macam konon-konon kite naik lah. Macam tarik-tarik benang lepas tu Sveta cakap 'Tengok mummy, Kite kita dah naik tinggi'. Sian kan? Tapi yang masa datang first time tu, Alhamdulillah Kite Hamira lagi suka berenang-renang di tanah dari di Udara. Hahahaha. Dia confuse dia punya function. Sebab dia ada tail, so dia fikir dia ikan. Tak payah terbang, berenang je dekat rumput. Hamirah salahkan Kite tu, tapi orang lain pakai yang sama, naik je pulak? Sazli memamg pro and take the flying kite as serious business. Berjaya naik sampai atas paling tinggi dalam dunia. (gitu exaggerate). Si Shein pon sangatlah happy, tapi lepas tu dia lagi seronok main Bubble dengan Sveta. One thing eh, nak datang sini kena bawak RM100.00 S E B A B - dekat sini macam Pasar Malam. Ada jual makanan, air, ice-cream, keropok dan macam-macam lagi. Lepas tu ada Bubble lima hengget sebesen, ada Bubble Pistol, Ada aeroplane and macam-macam lagi. Dapat anak sejenis Sveta semua menda dia nak, so bawak duit lebih tauuuu?


Dah bosan main Kite, main Bubble pulak. Kalau cuaca baik, angin laju semua, memang best la datang sini. Fun sangat. Jangan lupa bawak tikar sebab nak duduk. Kalau takde tikar, boleh beli dekat sana. RM20.00 satu. I pon boleh jogging. 1 full tasik dapat dalam 4km. 

Thursday, January 30, 2020

Shein's CNY Celebration at School

Assalamualaikum..

Last week ada CNY Party dekat sekolah Shein. Sehari sebelum party barulah I gelabah tetek cari baju dia. Biasa la kan last minute? Tak last minute, tak la Suraya nama dia. Lambat-lambat baru la dramatic sikit hidup. Baru thrill (thrill nenek engkau hahahah). So balik kerja, I terus pergi Sogo. Itu pon sebab ada readers cakap kat Sogo ada. Yang tempat lain jauh-jauh macam Tesco Puchong, memang tak la I nak pergi. Happy sangat I bila ada baju tu. I memang failed bab nak predict Shein punya size. Setakat ni 80% akan terkecik sebab I bajet, Shein ni tak debab kot? Macam baju CNY ni I ambik size 10. OK la kan untuk budak 10 tahun. Sekali bila Shein try, senteng segala seluar and baju. Tuuuuuuukar balik. Dari Ampang, I kena pergi Sogo semula. Naseb la dah hebat nak pergi sana sebab laluan ke Sogo sama macam I nak pergi kerja.

Sampai Sogo, tengok warna merah size 12 dah takde. So I ambik la warna beige je. Lagipon Amoi tu cakap tak warna merah pon takpe sebab tahun ni tahun Tikus. So I pon macam dah malas nak fikir, ambik je la. Dah tukar tu excited la sebab dalam hati, Shein mesti suka ni. Tak sabarnyaaaaa nak balik rumah.

Sampai je rumah, I bukak-bukak pintu bilik, terus dia tanya I, 'Mama, where is my Gong Xi Ni shirt?' Bila I tunjuk dekat dia, dia cakap 'Tapi saya nak warna merah'. Lepas tu sulking. Huwaaaaaaaaaaaaa. Why???? Tau tak Mama susah payah dah untuk baju ni. Shein merajuk wei, dia macam tak happy. Asyik sebut nak warna merah. 'Tapi.... Tapi...' Punya banyak dia punya tapi. Sazli pulak jadi kesian kat I and cakap kat Shein. 'Sian Mama, penat pergi tukar baju Shein'. Naseb baik la Si Shein punya merajuk tak lama. Lepas tu dia dah OK. But, I still saspen untuk esok pagi. Ya Allah dengan Shein ni memang hari-hari berdebar je. Takot silap I dekat mana-mana nanti dia moody and tak happy. Itu la kita berdua apapa memang pecintaan sangat pegang tangan hug pujuk memujuk semua. Cakap I love You tu memang all the time lah.


Fit him well! Size 12 ye. Besar benar ko ni Shein.

Friday, January 17, 2020

An evening at Eco Ardence With Mira and Sveta

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu, I ikut Sazli pergi main bola dekat Eco Ardence. Situ Shein suka la sebab macam-macam menda boleh buat. Situ ada park, ada tempat makan etc. I pernah cerita dalam blog dekat sini. This time lagi best sebab ada Hamirah as well. Dia bawak Sveta, I bawak Shein. Cuaca pulak sangat cantik. Last time masa datang tu hujan so leceh la jugak sebab habes basah sependa semua. Kali ni cerah je. Pulak tu ada Lion Dance, Nyanyi-nyanyi sempena dengan CNY, memang meriah! Game pon I tengok makin banyak. Dalam hati 'Cukup ke bawak RM200.00 ni?' By the time nak balik duit tinggal limablas ringgit. Tu pon naseb baik masa beli Eskrem dekat Jaya Grocer guna Debit Card kalau tak minus duit. Nak bawak manusia nama Shein kat sini kalau takat ada RM50.00 je tak payah la sebab confirm takkan cukup punya. Dah la dia jenis lepas makan nak kena dessert. Dessert dekat Cafe/Restaurant eh, bukan yang beli dekat Flea Market. Ikut perangai sapa ko ni Shein? Eh. Hurm. Okbye. Hahahaha.

Kitorang sampai dalam pukul 6.00pm and sampai umah dekat lewat malam jugak la. Saz ada bola. Lepas siap bola, dia makan and mandi lepas tu baru gerak balik. Tachiu Mira sebab sanggup datang jauh-jauh sampai ke Eco Ardence ni. Dah pesan siap-siap kena bawak duit sebab dekat sini kalau nak main-main semua pakai cash and kat sini takde ATM (Sorry, ada ATM. Dekat dengan Kedai Mamak sebelah Pharmacy). Korang kalau duduk area sini, boleh datang bawak family. Best tau? Dekat sini, Shein incharge. Kita semua kena ikut je cakap dia, mana dia nak start dulu. Sveta tu dia panggil 'Adik' and dia bahasakan dia 'Abang Shein'. Awwwww Shein. Sweet sangat dia ni. Dah ready nak jadi Abang ke tu?


Sampai-sampai memula main panjat-panjat dekat playground lepas tu sewa basikal, pusing keliling taman. Sewa RM15 kot untuk satu basikal. Shein ambik satu, Kitorang semua ambik satu basikal naik 3 orang. 

Friday, January 10, 2020

Shein Masuk New Term

Assalamualaikum..

Shein dah start masuk new term Sekololah Selasa haritu. Punya la beria paksa dia tido Isnin malam tu. Pukul 9.00pm semua dah tutup lampu lepas tu Shein cakap 'I still cannot sleep Mama'. Tekebil-kebil dia kena paksa tido. Hahahah sian dia. Kitorang punya kiraan normal like everybody does, Shein ni kena bagi dia puas tido, the next day baru la dia tak cranky time bangun nak pergi school tapi ada je jugak dia dah tido dari 8.00pm sampai 6.30am, cranky jugak pon. Hahahaha. Sejenis kuat tido Shein ni. Sama la dengan Mama. Tido la 20 jam ke, tetap rasa macam tak cukup tido. Orang minum kopi boleh stay up sampai 3 pagi relax je tak ngantuk. Tapi I, bagi la double shot espresso ke tetaaaaaaaaaaap letak kepala kat bantal, tetiba sampai Hong Kong dah. Nak pulak ada Shein ni, takde takot apa dah nak tido. Tak kisah dah pon Sazli nak balik pagi ke kalau ada bola, tido tetap tido. Dah tu tak ambik masa lama pulak tu nak kasik lelap. Itulah kelebihan kita berdua Shein. Kita kena bangga. Hahahaha.

Tapi ada masa nak stay up, kekadang sampai 2.00am pon tetap gigih nak tengok TV. Tengok keadaan jugak. Kekadang kalau tido awal before 10.00pm nanti jaga 4.00am tekebil-kebil taktau nak buat apa. Nak lipat kain malas. So layan la tengok Odah The Vass dalam Instagram. Tengok dia masak macam sedap je semua. Anyways, tadi nak cakap pasal Shein sebenarnya. Hahahaha. I saspen jugak masuk term ni, muat lagi ke baju-baju Shein. Alhamdulillah for PE and Uniform dedua pon OK. Seluar je la macam sedut jubor sikit. Cawat dia jadik pendek. Anak aku dah la runjau. Hahahaha. Sekolah pon buat berperingkat. Start dengan untuk Primary dulu baru la Secondary. I tengok macam tak ramai yang pakai checkered pants/skirts. Haritu ada la tengok sorang dua bebudak Secondary pakai new uniform, skirt dia pendek giler macam dalam cerita Anime Japan fuiyooooo. Yang I suka new uniform ni is baju dia Polo Cotton. Which is takyah risau baju kusam ke apa sebab Shein ni dia bukan pergi sekolah dia bukan berjalan tapi maybe dia berguling tu yang kotor hitam habes baju dia.. Satu lagi, socks dia dah warna hijau wooooooo. Takde dah white socks tu. Tu jenis nak rendam dalam clorox pon susah sebab dia ada line kuning tulis 'Sayfol'. Tu yang jadik banyak stoken di hilang semua tulisan. Hahaha. Baju, Seluar, Stoken semua I beli 5 pasang each. Selamat Isnin-Jumaat. Malas aku nak fikir kena basuh baju tetengah minggu.


Eiiii ebab-ebab Mama ni. Dia ada la mintak nak Enjit-enjit 'Somot' tapi mana nak larat wei.  Tak sudi I nak enjit somot with you Shein. Ni mau dah masuk 30kg dah ni. Lama tak timbang. Hari Selasa ada PE so mintak red ball and nak pakai cap. OK Boss!

Friday, December 20, 2019

Shein's Birthday Vacation - Part IV (Funny Mountain Tau Fu Fah and Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan)

Assalamualaikum..

I ada la baca orang review pasal Tau Fu Fah sedap dekat Ipoh. Dalam kepala I, takde la fikir apapa sebab TAU FU FAH JE KOT? Amenda yang special sangat pasal Tau Fu Fah kan? Melambak pon ada jual kat Pasar Malam. Until I try sendiri lepas tu terus rasa macam mana eh boleh ada Tau Fu Fah yang sesedap macam ni? Simple je Tau Fu Fah dia. Makan suam-suam dengan air gula putih tu. Gula Melaka takde pon. Tapi texture dia lembut, bila masuk tekak rasa smooth je. Takde rasa macam kapur kelat-kelat tu. Susah la nak describe macam mana sedap dia. OMG amenda la yang sedap sangat ni? No wonder la viral and beratur panjang. Tau Fu Fah Funny Mountain ni memang the best Tau Fu Fah in Ipoh.

So I suggest untuk nkorang yang ada plan nak datang Ipoh soon, please masukkan Tau Fu Fah Funny Mountain ni dalam itinerary and WAJIB try OK? Kat sini ada jugak jual Air Soya dengan Air Cincau as well. I beli juga air soya dia. Memang sedap. Tau Fu Fah dekat sini nak makan terus boleh, take away bawak balik pon boleh jugak. Tapi nak best, makan terus la. Feel sikit. Duduk bersepah depan kedai, sambil cangkung pon ada. Baru nikmat. Harga RM3.00 untuk semangkok. Tau Fu Fah Funny Mountain ni bukak setiap hari dari 10.30am sampai habes. Masa I datang haritu around 3.30pm, satu tong besar tu dah tinggal dalam satu inch je. Tapi I rasa, sure dia buat banyak punya.


Tau Fu Fah Funny Mountain Ipoh. Sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!!

Wednesday, December 18, 2019

Shein's Birthday Vacation - Part III (Hokkaido Icecream Puff)

Assalamualaikum..

Seksa jiwa tengok balik gambar-gambar masa makan dekat Ipoh. Seriously Ipoh, banyak tempat makan yang sedap-sedap. Haritu I sempat try Taufufa. Punyalah sedapppppppp tapi tu nanti I akan share dalam next entry. Konsisten nampaknya I update pasal Ipoh trip ni. Biasa semangat up entry 2 je, lepas tu kelaut. Hahahahaha. Actually masa I share pasal Hokkaido Ice-cream puff ni ramai orang pelik cakap tak pernah nampak. Location dia tak jauh pon dari Nasi Ganja Yong Suan tu. Just a few blocks away je. I pon takde masuk ni dalam itinerary tapi Sazli yang tolong carikkan. Dia cakap dekat Ipoh kena la try makan local foods. Kalau nak makan kat Cafe Hipster, KL pon ada banyak. Betul jugak. So masa tu, kitorang baru siap makan Taufufa, Saz terus ajak makan Dimsum, giler ke apa? Kang ada yang muntah dekat sini kang. Tapi kalau dessert OK. I memang kaki dessert. Tak makan nasik pon takpe, janji makan manis. 

Nak sampai dekat sini, yang seksa is parking je la. Kena pusing-pusing and kena sabar baru dapat parking. Kat Ipoh ni I perasan mostly memang kedai makan cina. Tengok dorang punya gambar Chee Chong Fun menyirap je. Tapi kena hati-hati. Sebab kang tetiba dalam menu 'Chee Chong Fun with Crispy Pig Skin'. One more, kedai-kedai makan sedap ni usually run but Chinese. Macam New Hollywood tu memang kedai cina pon. Termasuk lah Funny Mountain Taufufa tu. Nak elaborate more kang jadi panjang issue ni. So pilihan ditangan masing-masing. Ikutkan Nasi Ganja tu pon bukan kedai Melayu. I tak sure India or Mamak. Anyways... Jom layan gambar-gambar kedai Hokkaido Ice-cream Puff ni.


Kedai dia tengah-tengah. Macam kedai lama je. I suka. Nampak classic. Didalam gambar kelihatan percintaan sejati Shein and Sazli. Jalan all the time berpelukan macam tu lah. Sampai nak berjalan pon susah.  Clingy Shein ni. Nak pulak time deman ni. Meleset je. Kekadang tido pon nak atas muka kita. Muka ye? Bukan dada. M U K A.

Monday, December 16, 2019

Shein's Birthday Vacation - Part II (STG Tea House Cafe)

Assalamualaikum..

So masa first day sampai tu, malam dia kitorang keluar la dinner. Petang tu masa mandi dekat kolam, dah order makan beria. So takde la lapar sangat malam tu sebenarnya. Tapi mengada nak keluar jugak sebab dah kata Ipoh, kena la keluar meladi. Si Shein, masa malam ni dia tak 100% sihat lagi. Sian pulak tengok dia tak berapa aktif. Tapi masa Jumaat pagi tu, dia dah OK dah. Mintak nak mandi pool and makan pon dah banyak. Dah back on track. Siap cakap dekat Sazli. 'Abah, no small hotel house (small hotel house tu rumah kitorang). I want big hotel house, swimming, watch tv, swimming, watch tv and eat at kedai'. Shein ni memang kaki meladi la. Hahahha. Kalah Mama. Dah tu, kalau nak balik KL bermasalah sikit. Ni I update time ready nak check out. Sementara Sazli siap mandi. Si Shein dah tanya 'We not go home kan Mama?' Si Sazli dah goyang. Dia ajak sambung check in dekat KL pulak. *slapforehead. (Tapi tak jadi sambung check in. Sebab I yang taknak. Mengada la ko Shein manjang nak tido hotel).

Untuk malam ni, kitorang try dekat STG. Taktau STG tu stand for what. Kalau dekat kampung I, STG tu Sungai Tekam Getah. Hahahahaha. Konsep STG ni macam ala-ala English Colonial. Dia punya specialties is tea. Lepas tu makanan dia is western la opcoz. Since tak berapa nak lapar, I order sikit je. Tak beria sangat. Konsep dia, makan ni sebab nak kill time and try tempat makan baru la. Untuk ambiance I kasik 5 star sebab memang cantik. Dessert dia pon sedap. I tried dia punya Tiramisu but makanan lain, so-so je. Salad dia tu, bila makan terasa macam 'Eh, I ni manusia ke kambeng?' Hahahaha sebab dressing dia almost takde. Dia letak smoked salmon dengan salad semata. Geram je.


Actually order ni sebab Si Shein ingatkan ni Milo Dinosaur. Hahaha. But sedap la Tiramisu ni. Harga dia RM16.00

Thursday, December 12, 2019

Shein's Birthday Vacation - Part I

Assalamualaikum..

Happy 7th birthday Shein sayang! Semoga Shein membesar jadi anak yang baik, sihat tubuh badan, dalam lindungan Allah selalu, sayang pada semua yang sayangkan Shein. Semua doa yang baik-baik Mama doakan untuk Shein. Sayangggggg you sangat tau? Walaupon kadang-kadang rasa geram tapi teringat Fifie cakap, 'Berapa lama je budak-budak nak meleset dengan kita.. Paling lama pon sampai 10 tahun je, lepas tu dorang dah taknak dah tidur sekali dengan kita. Masa kecik-kecik ni, kitalah cinta hati and orang yang paling mereka sayang sekali. So kena hargai waktu sekarang ni. Lepas tu, kita memang takkan dapat dah'. Seriously macam a slap dekat muka I tau? Sebab kadang-kadang bila I buat kerja rumah especially, I jadik geram dekat Shein sebab mana kita nak buat kerja eh, situlah dia duduk. Kekadang nak tolong sama. Dah Mama beliau jenis becinta dengan penyapu. Kalau orang kacau, memang la berasap. Tu bila I nak lipat kain cepat-cepat eeeeeh dia boleh mintak izin nak duduk atas riba. Takpon nak main iPad dekat betul-betul tempat yang I bentang kain untuk lipat. Geraaaaam je.

Shein pulak jenis suka tanya kenapa kenapa kenapa, why why why. Peramah like that. Kekadang kelam kabut kita nak bersiap, kemana-mana dia mengekor je. Halang laluan kita nak lalu sampai nak tersungkur bila jalan. Terus I jerit sampai nak terkeluar anak tekak. Sazli memang dah paham sangat dah I memang tak suka 'semak-semak' bila tengah buat apapa. Takyah tanya/peramah. I memang takkan layan. Kalau jawab pon macam nak carik gaduh. Hahahahha. Anyways, untuk birthday Shein tahun ni kitorang bawak dia pergi 'Big Hotel House' dekat Ipoh. Dah bagitau advance 2 hari so hari-hari-hari dia tanya bila nak pergi big hotel house. Tapi a day before nak pergi, boleh pulak dia demam. Asalnya batuk sebab over makan anggur sampai membawak ke demam. Now pon tak kebah lagi. Sian pulak tengok Shein tak enjoy mandi kolam. Tadi Sazli tanya, nak mandi kolam tak. Dia cakap taknak.. Sian anak Mama.


Boss dia kenalah duduk belakang. Shein sekarang dah naik pangkat. Dia duduk depan dengan Sazli. Kecuali bila dia nak tido, dia mintak nak duduk dengan I lah dekat belakang.