Thursday, January 30, 2020

Shein's CNY Celebration at School

Assalamualaikum..

Last week ada CNY Party dekat sekolah Shein. Sehari sebelum party barulah I gelabah tetek cari baju dia. Biasa la kan last minute? Tak last minute, tak la Suraya nama dia. Lambat-lambat baru la dramatic sikit hidup. Baru thrill (thrill nenek engkau hahahah). So balik kerja, I terus pergi Sogo. Itu pon sebab ada readers cakap kat Sogo ada. Yang tempat lain jauh-jauh macam Tesco Puchong, memang tak la I nak pergi. Happy sangat I bila ada baju tu. I memang failed bab nak predict Shein punya size. Setakat ni 80% akan terkecik sebab I bajet, Shein ni tak debab kot? Macam baju CNY ni I ambik size 10. OK la kan untuk budak 10 tahun. Sekali bila Shein try, senteng segala seluar and baju. Tuuuuuuukar balik. Dari Ampang, I kena pergi Sogo semula. Naseb la dah hebat nak pergi sana sebab laluan ke Sogo sama macam I nak pergi kerja.

Sampai Sogo, tengok warna merah size 12 dah takde. So I ambik la warna beige je. Lagipon Amoi tu cakap tak warna merah pon takpe sebab tahun ni tahun Tikus. So I pon macam dah malas nak fikir, ambik je la. Dah tukar tu excited la sebab dalam hati, Shein mesti suka ni. Tak sabarnyaaaaa nak balik rumah.

Sampai je rumah, I bukak-bukak pintu bilik, terus dia tanya I, 'Mama, where is my Gong Xi Ni shirt?' Bila I tunjuk dekat dia, dia cakap 'Tapi saya nak warna merah'. Lepas tu sulking. Huwaaaaaaaaaaaaa. Why???? Tau tak Mama susah payah dah untuk baju ni. Shein merajuk wei, dia macam tak happy. Asyik sebut nak warna merah. 'Tapi.... Tapi...' Punya banyak dia punya tapi. Sazli pulak jadi kesian kat I and cakap kat Shein. 'Sian Mama, penat pergi tukar baju Shein'. Naseb baik la Si Shein punya merajuk tak lama. Lepas tu dia dah OK. But, I still saspen untuk esok pagi. Ya Allah dengan Shein ni memang hari-hari berdebar je. Takot silap I dekat mana-mana nanti dia moody and tak happy. Itu la kita berdua apapa memang pecintaan sangat pegang tangan hug pujuk memujuk semua. Cakap I love You tu memang all the time lah.


Fit him well! Size 12 ye. Besar benar ko ni Shein.


Actually pagi tu dia macam ada la muka moyok. Sebab 'Saya nak warna merah'. Tapi I pujuk dia cakap 'Cantiknya sayang! Nanti at school got Lion Dance ke? Do you like Lion Dance? Can Mama come over to your school?' Gila lah, masa dalam kereta tu I paling peramah sebab taknak dia teringat pasal Baju Merah lagi. Sampai je sekolah.....


Merah 90% hahahaha. Tu yang Shein tetiba taknak jalan. Keras je.. Lepas tu dia cakap kat I 'Told you Mama. Its red shirt'. 

I pon tak layan dia bercakap lepas tu kata 'Hurry up Shein, Ms Hanna and Ms Ashika waiting for you.' Sebelum tu mintak dia posing. Zap zap zap 10 keping snap, sekeping je boleh guna. Jadik la buat kenangan. Meriah giler tengok semua pakai baju raya. Ada jugak yang pakai kaler gold and beige ni tapi tak ramai. Takper lah, janji ikut tema. 


Memula I ambik ni. Cantik kan? Tapi sendat, senteng semua. Shein tak muat.


So ambik yang ni. Memang tak ceria sangat warna dia, tapi boleh la.. Janji ada.

Harga untuk sepasang ni is RM100.00. Ok la, nanti boleh pakai lagi. Tapi taktau la bila. Shein ni baju dia yang tema-tema Cina India semua ni pakainya sekali je. Lepas tu mana pakai dah. Baju Melayu boleh jugak buat pakai-pakai time kenduri. Baju macam ni nak pakai masa bila? Nanti bulan ni I dah nak kena cari baju raya untuk Shein pulak. Biasa buat Baju Kurung Johor je untuk dia. Sebab kalau cekak musang nanti dia rimas. Shein, besar sangat dah ni. Tapi makin besar, makin la manja. Now dia sensitive sangat. Tak boleh marah sangat-sangat nanti dia taknak kawan. Merajuk pon dah pandai belama-lama. Nak kejut mandi pon dah ada cara dah. Dulu zaman I tak berapa pandai, konon nak tegas la. 'Shein wake up! What time now Shein? Takkan la hari-hari Mama nak kena kejut macam ni. You big boy already'.

Tak jalan. Lagi dia moody ada. Nanti go to school tak happy. So now apa yang I buat is kejut dia dengan kasih sayang.. 'Baby... Wake up.. Lets go shower with Mama OK? Do you want a 'nokom sleep?' Nanti dia pejam mata cakap nak. Nanti dukung la dia letak atas dada (walaupon nak pecah rasa sebab dia debab) and gosok-gosok belakang dia sambil puji-pujian melambung tak masuk akal. 'Wanginya baby Mama... Baik sangat ni.. Good boy dia... I love you sayang'. Lepas tu kena makesure ada two way conversation so tanya balik, 'Do you love Mama?' Nanti dia reply la cakap 'I wuv you Mama'. Then geletek sikit-sikit, gomol-gomol dalam 2-3 minutes, then dia happy nak bangun. 

Pee pulak kena peluk dari belakang. OMG anak I memang manja and romantic like that. Kepada bakal GF good luck di ucapkan. Hahahahaha.

So bila buat macam tu memang it's work. Really. Tak guna nak marah-marah pagi-pagi buta stressed tak tentu hala. Nanti end up semua pon takkan happy.... Korang try la jugak eh? I rasa happy je do everything for Shein. Now pon dah 7 years old. Berapa lagi je la masa kita ada untuk jadi the only Princess to him. Tak lama dah. Sekarang ni kita lah yang dia paling sayang. Semua nak kita. Esok dah 9-10 tahun, bercakap pon dah taknak. Semua dah taknak. So selagi ada masa ni, enjoy the moment. Penat, stressed semua akan ada tapi tak lama. Nanti esok bila dia dah taknak kita, kita jugak yang menyesal. Ishk, I cannot imagine la kalau Shein sayang orang perempuan lain selain I. Sedih wuwuwuwu.

-eNd-

No comments: