Pages

Friday, March 13, 2020

K.O.Y.A.K

Assalamualaikum..

Ramai jugak yang tanya, lama dah ke I tak jumpa Anny? Jawapan : Jumpaaaaaa je. Selalu. Paling lama tak jmpa dua minggu. Call tu almost everyday jugak lah. Tak lama, sekejap mesti kitorang bercakap. Gambar je yang takde sebab Anny dia tak suka dah ambik-ambik gambar sebab dia bajet Victoria Beckham. Hahahaha. Sapa yang follow Anny punya IG pon sure perasan habes semua gambar dia, dia dah delete. Yang nampak muka dia sipi-sipi je yang dia tinggalkan. Hahahahaa. Bebaru ni, I mintak la Anny share sikit pasal 'Koyak'. Macam mana dia hadap orang yang suka mengutuk. Yang kenal pon tak, bercakap dengan kita pon tak eh tetiba nak kutuk. Ko aperhal? Tak pon Si Pengecut keyboard worrier yang sanggup guna fake ID untuk mengutuk kita dalam any sosial media. Jom baca apa Anny nak share.

********************************************************

Suraya suruh aku buat entry pasal kutuk sebab hati dia koyak kena carik-carik kalau dia baca orang kutuk dia di blog.. Tapi Suraya ni fast learner. Sehari sebelum tu, aku lepak ngan dia dan cakap yang kita patut rasa gembira kalau orang mengutuk kita. Dan beliau ada sedikit kuat masa kena kutuk keesokkan harinya hahaha.

Siapa yang tak koyak kalau kena kutuk. Ni dah dikira mendera perasaan. Aku pun boleh koyak kalau dengar orang mengutuk mengeji kita. Aku ni dah la jenis tak campur orang sangat. Kawan pun sikit-sikit je. Bila kadang orang buat gurau kasar pun hati aku boleh koyak. Ada orang boleh accept gurau-gurau kasar tu maybe kawan rapat.. But for me yang super sensitive ni, not all the time kau boleh gurau. Kalau kau buat gurau kasar dengan boss kau pun,boss boleh accept ke? Takkk kannn??





So macamana aku hindarkan untuk dikutuk ni..
  • Aku kecilkan circle aku. Aku taknak salahkan orang lain yang mengutuk aku terang-terang dan diam-diam ni. Aku avoid kawan dengan mereka yang mulut celupar. Selalunya jumpa pasal kerja sahaja. Kalau pasal kerja, kau celupar aku boleh accept. Sebab aku jenis celupar time kerja. Celupar macam mana? Aku suka hentam kalau ada salah, pastu minta maaf. Sebab aku kalau salah pun, aku akan cepat minta maaf. Aku takde simpan-simpan. Lepas tu aku boleh gurau-gurau sembang mcm biasa ngan orang tu. Ada orang boleh accept,ada yang tak boleh. Orang nak kutuk aku pasal kerja aku, tiada masalah. Yang mana positif, aku ambil as challenge. Aku akan improve. Aku dengar orang kutuk yang negatif, aku akan usaha sampai orang tu kutuk yang positif pulak haha.
  • Social media ni umpama kau mengexpose diri kau untuk dikutuk. Aku orang meniaga, aku kureng sikit nak expose private life aku kat orang. Tapi sebelum meniaga dulu pun, aku jenis tak suka expose. Aku akan tapis-tapis apa nak letak kat insta. Nak buat caption pun berpeluh-peluh fikir. Kalau kau tak suka dengar benda negatif, tak suka orang kutuk dan mengeji, jadi kau kena kurangkan expose dan kaji apa yang boleh dan apa yang tak boleh kau paparkan pada public. Kalau dah tau sejenis hati koyak, kau takpayahlah jadi public figure. Kalau semua benda orang kutuk kau nak terasa, baik dok diam-diam je.
  • Kenapa aku kata, kita kena syok kalau orang mengutuk mengeji kita. Sebab kadang apa yang orang gambarkan pasal kita tu, umpama menggambarkan diri dia.

Contoh eh..

“Sedarlah diri tu kerani cabuk je, konon nak cakap english pun tak betul”

Nampak tak orang tukang kutuk ni level apa? Dahla mengata orang kerani, dah tentu-tentu pekerjaan dia confirm tak hebat mana. Adakah pekerjaan beliau architect, engineer, doctor atau akauntan yang tinggi sikit dari kerani tu yang mengutuk orang begitu? Dan mengutuk orang cakap english pun tak betul..? Adakah beliau anak menteri duduk new york berbelas tahun baru pulang ke malaysia? Haha Kau level apa ni kutuk orang macam tu? Dengki sangat tu..

Jadi... Kita tak perlulah rasa koyak sangat kalau dikutuk dihina. Yang penting hati kita kena kuat dengan cara train mental kita dengan aktiviti-aktiviti berilmiah, selalu cari orang-orang susah untuk dibantu, selalu menangis mengingatkan dosa.. Semua cara ni boleh ubatkan hati..

Adakah point-point adinda memberi manfaat? 

Sekian,
Anny Arifin

-eNd-

No comments:

Post a Comment