Showing posts with label FIKCLES. Show all posts
Showing posts with label FIKCLES. Show all posts

Thursday, March 24, 2016

Kek Tunang Ayang, Huda and FIKCLES

Assalamualaikum..

Thank you Huda sebab merealisasikan Kek Pertunangan Ayang and Eddy Sabtu lepas. Puas I fikir nak kek yang macam mana (Biasa la… Makcik yang over macamkan I yang bertunang haha). Kata Kaklong dia taknak Fondant Cake sebab bertunang je. So I pon Google-google gambar and end up ternampak Korean Flower Buttercream Cake dekat blog mana entah, terus send gambar tu dekat Huda and mintak dia buat. Kata Huda dia tak pernah buat kek bunga lebat-lebat macam tu tapi dia akan cuba. I encourage Huda untuk buat and I yakinkan yang dia boleh buat as always sebab dia ni memang tangan berseni and banyak idea nak deco cake.

Tema cake is pink and baby blue and I bagi Huda a few contoh and finally below is the result. Lawa and sweet sangat nampak kek ni. Thank you Baby! I know you can do it! Cantik sangat sangat sangat (^_^)

Harga kek ni, Huda pon taktau nak letak berapa. Dia suruh I yang letak harga. Asal boleh je ko ni kan Huda? Haha. Kata Huda kalau Korean Flower Buttercream yang bunga 4-5 kuntum is RM150.00 tapi yang lebat macam Kakyang punya tu, dia kata taktau nak letak berapa RM. Haha. So sapa yang tanya berapa harga ke Kakyang last time, tak dapat la I nak menjawab. Yang tu korang kena tanya Huda terus. Pada sapa yang berminat, korang boleh Google gambar kek korang or bagitau apa warna tema, nanti Huda buatkan. I love both cake. Yang sarat bunga pon cantik, yang simple sekuntum dua pon cantik.

Korean Flower Buttercream Cake by Huda for Ayang and Eddy's Engagement

Monday, December 21, 2015

FIKCLES with Mak and Bapak

Assalamualaikum..

Setelah 18 tahun Mak nak pergi makan dekat FIKCLES, semalam la baru kitorang sampai dekat sana. Imagine la makan tahun jugak Mak nak sampai ke Fikcles. Plan banyak kali kot? Last minute ada je la yang membuat plan kansel. Tapi I selalu la tapau untuk Mak kalau I makan dekat sini. Dia punya favorite is Salted Egg Squid Wrap dengan Sliders. Masa last 2 weeks kot Huda ada terserempak dengan Bapak dekat Kudu masa depa tengah beratur nak beli Nasi Kandar. Balik tu Bapak habaq dekat Mak, lepas tu dia lagi la suka and tak sabar nak pergi Fikcles. Lagipon selama ni kalau birthday sapa-sapa memang kitorang kan sign mati ambik kek dengan Huda. Haha.

Semalam kebetulan Bapak also tak main golf so dia kata dia pon nak ikut. I ingat Bapak ‘demam’ sebab dia memang takder der nak makan jauh-jauh sampai dekat TTDI. Dia kan forever Ampang punya orang. Hahaha. Kat Ampang pon always tempat yang sama je kitorang pergi. Kata Bapak, ‘Bapak pi ni sebab ada Shein. Kalau dengan hangpa tak pi pon takpa’. Haha. Gile eksyen Bapak. Nak ikut kitorang tu cakap jer la nak ikut. Ni nak eksyen-eksyen dah kenapaaaaaa? Kitorang datang lunch hour. Gerak dari Ampang dalam 12.00pm, sampai sana just nice Abang Sham tengah perform. 

Kitorang duduk dekat luar sebab Bapak kata dia tak tahan duduk dalam, hingaq sangat. Kata Bapak, ‘Ooo Sham Kamikaze ka tu? Ha. Bapak kenai dia’. Mak pon tak tergezut, sebab sejak bila Bapak kawan dengan musician ni? Sekali Bapak cakap, ‘Aku la kenai dia, dia tak kenai aku. Sama macam Najib jugak la’. Menyiraaaaap je Mak.


Memang dah lama I nak try air ni. My all time favorite is Green Tea Frappe. Yang ni nama dia 'Master Yoda'. Korang dah try ke belum? Try la weh sebab sedap gilerrrrsssssss!!

Tuesday, November 24, 2015

FIKCLES - Menu air baru yang sedap!

Assalamualaikum..

Mintak perhatian semuaaa orang kampung. Sebelum I nak share apa yang I bakal share ni, I nak mintak mahap dekat semua kalau ianya bakal mengundang korang merana jiwa. Hihi. So far, masa I share dengan close friend dalam WhatsApp group, belaka la menyumpah I. Sebenarnya sebelum I kena baaa alip (bak kata Shanom), Huda dulu dah kena dengan I berkandang-kandang. Tapi kali dia share gambar mesti akan berakhir dengan makian. Astaghfirullah. Kesabaran senipis bawang la when it comes to mouthwatering foods and dessert ni. Pakkal la bukan bulan puasa. Kalau bulan puasa ni, memang ada yang Pc/Laptop dah kena tendang ni. Hahaha.

Mulai dari ESOK (24 November 2015 - Selasa) FIKCLES will come out with new drinks menu yang semuanya sedap, meleleh merembes merewcik-rewciks and rich with flavor and superbly delicious! Ada 4 jenis kesemuanya. Chocolate Madness (Chocolate Frappe), Master Yoda (Green Tea Frappe), Pink Panther (Strawberry Frappe) and Snow White (Caramel White Chocolate). So kepada menggemar combination ice blended, dessert and coffee well this is the time to try this new menu. 4 varieties of drinks ni sesuai untuk semua orang. Tak suka chocolate? Takpe kiter ada White Chocolate. Green Tea lover macam I pon happy la sebab FIKCLES also put this on their menu. Sapa yang suka rasa buah pon tadek hal sebab ada flavor strawberry. Haaaaa. So tadek alasan dah. Kena serbu FIKCLES now. OK? Kalau tak I NO FWEN WITH YOU.

Dah ready nak tengok gambar? Hamek ko!


Chocolate Madness (Chocolate Frappe) Chocolate frappe, chocolate wafer, marshmallows, cookie crumbs, pretzels, chocolate sauce.
RM18.90

Friday, November 6, 2015

Banana Nutella Marshmallow and Rock Nite at FIKCLES

Assalamualaikum..

This Banana Nutella Marshmallow thing yang I makan dekat FIKCLES macam dah menghantui fikiran I. Blardihel sungguh. Since tadi I dah kidnap 2 bijik pisang dari Kak Ani (Kakak meja belakang) and dekat rumah I dah ada Nutella and Roti so balik karang I nak beli Marshmallow dekat Max Value and esok pagi, InsyaAllah boleh la breakfast dengan menu ni. Wooo hoooo!! Harap Sazli sayang I lebih sebab buat breakfast sedap untuk dia. Kalau dia taknak makan sebab dia kata fattening or whatever, memang I lingkupkan roti ni depan dia. HAHAHAHAHA. So kiter tengok cita-cita I yang satu ni akan menjadi kenyataan atau tak.

Good luck!


Imagine marshmallow kalau panas dia akan cair kan? Lepas tu melt in your mouth dengan pisang and nutella. Memang good combo. Taip ni pon dah orgasm. LOL. Go get this at FIKCLES. RM8.90 sahaja.

Tuesday, November 3, 2015

New Update and Promotion at FIKCLES

Assalamualaikum

Last week on Sunday sesambil layan ‘Kugiran Kampung’ by Sham Kamikaze and Friends dekat FIKCLES, I and ada a few blogger lain dapat try ‘Seafood Platter’ which is menu of the month dekat FIKCLES as well. Kepada Abang Taufik, berani ko cakap Sham Kamikaze tu Kugiran Kampung??? Padahal Abang Sham tu legend ok? Kalau dia goreng main guitar nati dia petik sampai dekat ketiak (habes fret) lulz. Imagine I buat gaya main gitar tapi petik dekat ketiak macam mana. Haaaa. Gitu dia punya power. Ko ada? Takat pandai main kompang jangan sembang kencang sangat la. EH. Tu aku! Hahaha.

Korang pon tau I dengan FIKCLES ni memang macam sign mati la. Mana boleh tak pergi lama, takot meroyan. Lagi la kalau sampai waktu tingin nak makan Lontong Goreng yang dah sampai dekat tekak tu, I sanggup je datang waktu lunch dari KL ni ha. Bawak kereta berdesssupppp terus sampai TTDI. Lepas makan baru la rasa lega. Hahaha. Anyway untuk readers kesayangan, today I nak share dengan korang apa dia FIKCLES punya latest update and promotion yang korang kena tau. OK?

Birthday Promotion

If korang datang makan dekat FIKCLES masa bulan birthday korang, korang akan dapat 30% discount from total bill. If kata la korang nak sambut birthday dekat sini, FIKCLES boleh sediakan simple decoration macam balloons and all FOR FREE with minimum 15 packs. Korang boleh order jugak kek dari Huda as well. Tapi yang ni kena bayar la. Hehe. With prior notice of coz. Deco cake boleh check dekat IG @nurhudasamsudin

Kata la kalau ada budget lebih and nak buat lagi meriah, FIKCLES boleh provide Event Management which is korang boleh la buat theme birthday party and aktiviti lain. Yang ni boleh dibawak berbincang dengan Event Management la. Tadek hal. Menda boleh bawak bincang.

So, korang boleh buat Birthday Party dekat FIKCLES yang boleh memuatkan 70-100 orang dengan bayaran sebanyak RM500 untuk waktu bukan peak hours (3.00pm – 6.00pm) and RM1,000.00 waktu peak hours (lunch and dinner) dan harga itu ialah termasuk makanan. Best giler kan? Kira memang murah sangat-sangat. Menu apa, boleh call FIKCLES directly.

Private Event

FIKCLES juga offer if korang nak buat private event macam Product Launching, Cat walk modeling pakaian and tudung and many more. Harga sama macam yang I share dekat atas tadi. RM500 untuk waktu bukan peak hours (3.00pm – 6.00pm) and RM1000,00 waktu peak hours (lunch and dinner) dan harga itu ialah termasuk makanan.

FIKCLES also provide Live Band. Charge is depends on client requirement macam berapa lama korang nak and macam mana korang nak live band tu. Nak penyanyi and Abang Sham main guitar je ke or siap nak drum segala. No fixed amount kata Abang Sham. Yang tu korang kena bincang dengan dia la. Tapi InsyaAllah harga mampu milik. Hehe.


Kugiran Kampung & The Rock Night

Ini bukan Kugiran Kampung sembarangan ok? Live band by Sham Kamikaze and Friends. Dorang main every Selasa malam (8.00pm – 10.00pm) and Ahad tengahari (12.00pm – 2.00pm). So sesambil makan, boleh la berhibur dengan persembahan dari Sham Kamikaze. Dah la dia hensem. Kbye. Oh one more thing every month, Sham Kamikaze and Friends akan buat persembahan untuk The Rock Night which is dorang akan mengembalikan nostalgia rock 80’s and 90’s yang mana sekarang ni susah nak cari. No specific date sebab dorang nak menambahkan excitement and element of surprise. Next one will be on 6 Nove 2015 (malam) so korang kena call Fikcles and reserve tempat. Takde cover charge. Sesapa pon boleh datang. Tadek hal. FIKCLES is generous like that. Yeah!!
  
Catering

fikcles juga buat outside catering. Pilihan menu adalah bergantung kepada budget pelanggan. Fikcles juga menyediakan fresh brew coffee untuk outside catering. Menu dijamin sedap. I pernah makan FIKCLES punya finger foods, semuanyaaaaaaaaaaaa sedap especially salted egg wrap. Memang menyirap dia punya sedap

So, korang take note ok untuk promotion and latest update by FIKCLES ni. If rasa macam berminat, boleh call FIKCLES untuk set appointment for further discussion. Nak test food ke, nak tengok quation or check menu ke tadek hal. Semua boleh deal. InsyaAllah korang akan puas hati sebab FIKCLES is own by good-hearted person. 100% by Muslim and dijamin Halal. Location pon best, restoran pon cantik. Apa lagi ko nak ha???? *Tetiba garang. Anyway, jom check out apa yang kitorang makan the other day. 


SLIDERS
Three mini - beef burgers with 100% beef patties, caramelized onion, mozarella cheese, beef bacon, lettuce and tomatoes. 
Price : RM21.90

Friday, September 18, 2015

Makan Sedap Di FIKCLES

Assalamualaikum..

Sebab asyik siang terbayang malam merindu pada Lontong Goreng Fikcles, sesambil nak rasa Roasted Chicken yang tengah promo dekat Fikcles sekarang ni, so I pon datang Fikcles yang jauh dari Ampang ni ha. Kebetulan masa datang tu, Huda and Abang Taufik ada so memang berborak sampai bergegar la Fikcles. Tak sedar rupanya ada kawan FB dekat meja sebelah tengah perati perangai. Hahaha. Naseb tadek adegan korek hidung lepas tu selet bawah meja or nganga luas-luas korek daging ayam celah gigi. Hahaha. Kemproh! (Kemproh ni kalau bahasa Jawa = Pengotor). Lama jugak lepak this time sampai tutup la Fikcles. Cara lepak tu macam esoknya takyah kerja. Hebat sangat.


Lepas makan haritu, malam I tido senyum je. Sebab puas makan. Next time nak kena makan Spaghetti Prawn Olio pulak. Ni pon dah teringat-ringat. Susah la macam ni Huda kalau hari-hari aku angau dekat Fikcles. Kata Abang Taufik, dia suruh I bukak Fikcles by SURAYA dekat Ampang. Senang takyah meroyan nak datang ke TTDI lagi dah. Bukak Franchise dekat sana. Ok Abang Taufik, tadek hal. Bak uweeeeeet RM2.00 juta. Skali dengan pekerja semua siap. Ok? Hurm.. Nak bukak dekat mana eh yang orang ramai? Ok. Bukak kat Ampang Point la. Dekat Coffee Bean tu. Corner lot la baru cara and poyo. Lepas tu halau Coffee Bean suruh bukak dekat tempat lain. Hahahahaha. Melampau.



I makan Roasted Chicken. Harga untuk quarter ni is RM17.90. Korang boleh pilih nak Herbed Buttered Rice or Mashed Potato. Roasted Chicken ni come with Mushroom Fricassee, Homemade Apple Jam dengan Charcutiere Sauce. 

Thursday, September 17, 2015

FIKCLES lunch set - Puyuh Penyet

Assalamualaikum..

Orang-orang TTDI or sesapa yang kerja area sana memang kena always check Fikcles punya Lunch Set Promotion dekat IG dorang everyday sebab hari-hari dorang tukar menu and offer semua makanan yang sedap, kenyang dan value for money. Lunch set promo ni come with dessert and ice lemon tea for only RM12.90 sahaja. Memang murah sangat la. Pakkal la I kerja KL. Kalau kerja TTDI memang sign mati dekat Fikcles je. Dah la I tak pernah jemu makan their Lontong Goreng. Memang bercinta habes dengan Lontong Goreng Fikcles. 



Lunch Set Fikcles. Puyuh Penyet dengan nasi, tempe and tauhu goreng, keropok ikan and sambal. Come together with dessert and ice lemon tea for only RM12.90. Selected day only.

Friday, August 21, 2015

Fikcles Loyalty Card Programme

SPECIAL ANNOUNCEMENT
FROM FIKCLES


Fikcles Loyalty Card


Assalamualaikum..

Tadi Haizan call I, dia cakap dia OTW nak pergi Fikcles. Dia tanya nak makan apa? I macam biasa will recommend sesiapa yang first time datang to try Lontong Goreng, Salted Egg Squid Wrap and Mushroom Junkie. Lepas tu untuk drinks of coz forever Pina Colada. Kek tak payah cakap la. Huda buat memang la sedap. But if korang tanya, I suruh korang makan dia punya Brownies dengan Vanilla Ice-Cream. Memang sedap! Lepas tu second visit baru la try menu-menu lain. Seriously Lontong Goreng Fikcles memang thorrrrbaek! I selama ni pandang sebelah mata je. Ramai feedback dari customer yang datang, dorang cakap memang dorang datang Fikcles only for Lontong Goreng je.


Brownies



Lontong Goreng



Salted Egg Squid (Wrap)



Mushroom Junkie

Actually Lontong Goreng ni makanan orang Johor, so sapa-sapa orang Johor tau la macam mana sedapnya Lontong Goreng ni kan? To be frank, I tengok gambar memang tak terliur. Huda pon dah 2 3 kali rekemen, tapi I beralasan je each time, tapi bila one day tu Sazli cakap Lontong Goreng Fikcles sedap giler, baru la I terhegeh-hegeh makan. Korang rasa dulu, baru tau. I selalu order extra pedas. Memang sekejapan dah licin makan. So ingat korang, datang Fikcles jangan lupa order Lontong Goreng ok? Dengar cakap I ni, tak usah nak degil sangat. Grrrrrr…

Anyway, harini I nak share dengan korang pasal Fikcles punya Loyalty Card. Bagus untuk sesiapa yang selalu pergi Fikcles especially yang kerja area TTDi. Now Fikcles keluarkan satu Loyalty Card yang korang boleh dapatkan di Fikcles sendiri. Spend RM30.00 keatas korang akan dapat 1 stamp. Kalau complete 5 stem, korang akan dapat FREE 1 plate any kind of pasta dishes. Setiap 1 kad ni boleh muat 10 stamp. Maksudnya kalau dapat 10 stamp ni, korang akan 2 pasta. Kan ke best tu? Korang boleh guna stamp ni anytime dekat Fikcles except for bila dorang cuti time Hari Raya Puasa and Hari Raya Puasa. Kata lah kalau ada apapa yang tak faham, korang boleh direct tanya staff Fikcles pasal Loyalty Card ni.

Loyalty Card ni dah available dekat Fikcles ok? Dah boleh grab now. For more info and updates pasal Fikcles, korang boleh check out Fikcles Instagram. OK?

FIKCLES

11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-7732 4885


-eNd-

Monday, August 17, 2015

Roasted Chicken at Fikcles

Assalamualaikum..

Korang dah try belum Roasted Chicken dekat Fickles? If belum try lagi bolehlah berbuat demikian sebab promotion Roasted Chicken ni only valid for this month je ok? Lepas tu dah takde dah. Nanges la ko kat situ, takkan ada dah roasted chicken ni. Hahahaha. If ada yang terlepas pandang pasal promotion ni, I dah ada update dekat sini. Just untuk korang punya information, Roasted Chicken ni come with Herb-ed rice, Mushroom Fricasse, Homemade Apple Jam and Charcutiere Sauce. Ada 3 size. RM38.90 (Family Meal), Half RM24.80 (Share for two) and quarter RM17.90 (Individual meal). Makan yang individual t upon dah more than kenyang. InsyaAllah.

-eNd-

Roasted Chicken at Fikcles. This one is individual size. Only RM17.90 :)

Monday, August 10, 2015

Roasted Chicken Promotion at FIKCLES

Sticky Post
Scroll for new entry


Assalamualaikum…

Perhatian kepada semua penggemar ayam seluruh dunia, Fikcles now tengah buat “Roasted Chicken Promotion”. Promotion ni start dari 8th – 31st August 2015. If korang nak makan roasted chicken ni, dorang available in all day dining menu. Maksudnya dari breakfast sampai la ke dinner ada menu ni. Kata la harini korang dah teringin bebenor nak makan roasted chicken, tapi waktu lunch tak available, cuma boleh datang Fikcles time breakfast jer, korang jangan risau sebab time breakfast pon roasted chicken ni dah ada. Tadek hal. Order jer, nanti zaaaapppp dah ada depan mata. Actually Fikcles memang come with special menu for monthly promotion, and bulan ni they come out with this Roasted Chicken. Must try ok?

Roasted Chicken ni is homemade Brine Roasted Chicken With Dry Rubs. Maksudnya dorang guna a mixture of ground spices dilumur pada ayam ni sebelum  dipanggang. So nanti bila ayam ni masak, kulit ayam akan jadik rangup and more flavorful than any of perapan biasa and menyerap sampai la keisi. Rangup diluar, lembut and tasty didalam. Mat Saleh memang suka guna method dry rubs ni sebab memang sedap. Kiter kat Malaysia memang jarang-jarang la dapat makan ayam panggang dengan dry rubs ni sebab tak popular dekat sini. Macam I pon if bakar ayam, memang perap basah-basah. So, if korang nak tau rasa dia macam mana kena la datang sendiri Fikcles. 


Roasted Chicken at Fikcles. Tengok pon dah tau sedap. Perrrggghhh!!


If korang nak beli sekor, and makan dekat rumah (take away) pun boleh. They also available for half and quarter. Kalo lapar boleh makan separuh, tadek hal. Makan pagi, kenyang sampai esok pagi. Haha.  This Roasted Chicken accompanied with Herb-ed Butter Rice, Mushroom Fricasse, Homemade Apple Jam and Charcutiere Sauce. Complete meal. Ada carbs and protein, InsyaAllah kenyang. Harga untuk whole chicken is RM38.90 (Family Meal), Half RM24.80 (Share for two) and quarter RM17.90 (Individual meal) Semua set ni memang dapat all yang I tulis tadi tu. 



Ikut Malaysian punya selera, so this roasted chicken come with herb-ed rice disamping bahan-bahan sampingan yang lain. Kenyang!




Fikcles August Promotion - Roasted Chicken


So, apa tunggu lagi? Boleh la datang Fikcles untuk try bulan ni punya promotion “Roasted Chicken”, lepas tu jangan lupa bagitau sahabat handai, jiran tetangga dan sanak saudara. OK? If takot takde table, boleh call for reservation. Kang nanti dah datang jauh-jauh dengan open heart and empty stomach, tetiba full house. Mau nanges dekat situ pulak. Orang makan ayam, ko makan kaki. Kahkahkah. For any information and update pasal Fikcles, jangan lupa (asyik jangan lupa jer) check out dorang punya Instagram ok?

Fikcles
Address : 11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


-eNd-

Monday, June 29, 2015

Lontong Goreng Sedap Nak Mampos dekat Fikcles!

Assalamualaikum..

Hari semalam I bukak puasa dekat Fikcles. I, Sazli dengan Shein jer bertiga. Sebab nak pergi ialah kerana Sazli bagitau I, last 2 weeks dia makan Lontong Goreng dekat Fikcles, sedap giler! Sambil explen dok geleng-geleng kepala. Dah kalau macam tu, memang sungguh la sedap. I tanya dia, rasa macam mana. kata Sazli, susah nak cakap rasa macam mana tapi sedap la. ‘Dalam dia ada apa?’, Susah nak cakap jugak. Dah kalau semua susah nak jawab macam mana? Hahaha. Sazli memang jenis tak reti nak explen.

Dia bukan tau apa ada dalam makanan tu, janji sedap. Haritu I buat kicap campur bawang and cili potong, kata dia sedap sangat. ‘You suruh orang yang meniaga dekat kedai makan tu, belajar dengan you macam mana nak buat kicap cili sedap macam ni’. Dia tak tau padahal I guna Kicap Kipas Udang Merah + Bawang Besar + Lada Kecik + Limau Nipis jer. Hahahaha. Mana ada apa resepi rahsia ke apa. Sebab biasa kan kat kedai-kedai Mamak, cili potong dia dengan kicap cair je. Memang la tak sedap.

Fikcles ada buat Ramadhan buffet tau? RM30.00 je sekepala. Menu utama dia is Mix Grill. Ada beef, ada lamb shoulder grilled. Makan dengan coleslaw dengan grilled potato. Lepas tu menu sampingan ada variety of bruschetta, ada mee goreng, kuih muih traditional, cakes, keropok ikan, papadom, bottomless fruit juice and many more. Tapi I tak sempat la nak ambik gambar sebab bizi melayan Shein yang macam-macam hal tu. Nanti I mintak Huda gambar and later I share ok? RM30.00 nett is worth it ok? Makan la ko dekat situ sampai terbelahak. Tempat solat disediakan. Untuk mengelakkan dari tak dapat meja, korang boleh la book dulu.

Semalam only Sazli yang makan buffet tu sebab I memang target nak makan Lontong Goreng je. Air mestilah Pina Colada. Tadek tempat lain yang sedap Pina Colada macam dekat Fikcles. Masa sampai Lontong Goreng tu, belum waktu berbuka. Aroma dah masuk dalam hidung. Bapak la sedap. Terbau-bau udang kering dengan bawang goreng. Bila berbuka jer, I minum air seteguk terus zaaaaappp suap.. Masa first bite, rasa macam bergenang air mata sebab SEDAP GILER! Lontong Goreng ni sebenarnya masakan Johor. Nasik Impit masak dengan rendang ayam yang hancur tu. Ada rasa pedas, rasa udang kering, bawang goreng, sedap giler! Perfect sangat rasa dia. Makan dengan papadom dengan telur goreng. Perrrghhhh!!


Lontong Goreng dekat Fikcles. Tengok gambar pon dah tau sedap. Now dah la baru pukul 10.00am. Huwaaaaaaa

Wednesday, April 22, 2015

FIKCLES Lunch Promotion only RM12.90 (with dessert)

Assalamualaikum..

Semalam balik dari kerja, menggelupur pergi peti ais sebab nak makan balance wrap salted egg dari Fikcles the other day. Haha. Sama macam perangai Shein dah I. Masuk-masuk umah terus menerpa peti ais. Tak dapat coklat, kek or chipsmore, dia amek botol kicap hulur dekat I. HAHAHAHAHAH. Ngek Shein. Kesian jugak kadang-kadang tengok Shein. Nak-nak semalam, asyik berulang je ke peti ais sebab ada kek birthday Sazli tu. Dia mana kira apa. Dia cekut macam tu jer. Makan berdiri sambil bukak peti ais ok? Perangai sapa la ko ikut ni Sheinnnnnn?

I memula tak kasik Shein makan kek tu sebab dekat Sekolah Shein sekarang, cikgu tak bagi junk food, sugar segala. Dorang bagi organic food je. Makan pon vegetarian pasta. Poyo la kau Shein. Hahahaha. Skali dekat rumah dia bermaharaja lela makan coklat kek segala tak ok jugak. Ni jangan Principle dia tetiba baca blog ni dah. Mampos I.

Sazli balik dari jogging semalam tanya dekat I, ‘Bubu, ni bekas apa ni?’ I cakap, ‘Ohh… Tu bekas I makan wrap Fikcles tu’. Pastu dia kata, ‘Alaaaaaaaaaaaaaa Papa dulu cop!’. Hahahahaha terus jalan seret kaki sebab keciwa tak dapat makan wrap. Padan muker. Nenenenene. Semalam I panaskan wrap tu atas kuali, lepas tu makan sambil pejam-pejam mata. Layan giler babi nak mampos kot? Kwahaja btol Salted Egg Wrap Fikcles ni. Harini I nak share la gambar. Saje malas nak meroyan sorang-sorang. Hehe.


Salted Egg Squid wrap ni memang layan habes kot? Makan pulak dengan salad and fries tu. Sabar je la I. Sedap tahap urut dada. Korang kalau datang sini TOLONGLAH makan Salted Egg Squid ni ok? 

Thursday, March 26, 2015

FIKCLES Cakes!

Assalamualaikum..

I ni peratikan ajer perangai Huda ni. Kecik besar kecik besar je I pandang dia. Hari-hari dia upload gambar kek dalam IG dia. Sentut betul. Hahaha. I dah bergenang-genang air mata each time tengok dekat henpon. Tau jer la, kekadang bila datang Fikcles, I mesti makan nak banyak jer. Sampai 2 3 jenis entrée. Sampai tadek space anymore untuk dessert. Nak lompat-lompat setempat nak padatkan dalam perut also cannot eat anymore. Tapi time waktu-waktu macam ni, tengok Huda masukkan gambar kek rasa nak jotos jer dia. E!

Minggu depan I nak datang la Fikcles. Nak kena datang jugak! Tak boleh jadik. Dah sebulan lebih kot tak pergi? Sazli tu je yang selalu pergi. Dia kalau tingin jer zaaappp dah sampai Fikcles. Opis dia dekat area Subang so macam tak jauh sangat la kalau nak ke TTDI. Haritu kata dia, nampak Elly dekat sana. I tanya Sazli, ‘You hensem tak tadi?’. Sazli jawab, ‘I macam ni je la. Biasa jer’. Alololo. Of coz la you hensem. Kalau tak hensem I tak nak la you. Ok. Salam.

Malam tadi I garuk-garuk kepala sebab uban pendek kalau tumbuh kan gatal? I tanya dia, ‘Papa, you gatal kepala tak uban tumbuh?’ Nak tau dia jawab apa? ‘I tadek uban. So tak gatal’. Confident sangat! Hahaha. Padahal uban dia tu ada yang sama panjang dengan rambut dia kot? Hahaha. Sorang lagi yang confident ialah KakYus. Dia masukkan gambar dia dengan kawan dia dekat FB lepas tu caption tak menahan, ‘Like yang ke-100 akan dapat makan bersama Kakyus, Suraya dan Huda di Fikcles minggu depan’. HAHAHAHHAHA. Nanges I gelak. Dia ingat kitorang ni artis la yang ada orang nak makan sama?

Dah la selepas 24 jam, ada 16 like jer kot? [Ok. Tanam kepala dalam tanah]

Anyway, disebabkan I taknak only I sorang jer yang meroyan tengok kek-kek Huda yang dia letak dekat Fikcles, so I nak share dekat sini dengan korang. Dengan ucapan, ‘Marilah kiter merana bersama-sama’. OK? Kek-Kek Huda ni memang sedap. Sapa yang pernah makan, tau la macam mana. So takyah cakap banyak, jom check it out!


Chocolate Cake With Cream Cheese and Ganache



Red Velvet


Banana walnut with cream cheese frosting and butterscotch drizzles


Chocolate Cheese Cake with Belgian Dark Chocolate and Butterscotch


Victoria Sandwich


Lemon Cake with Ganache, Swiss Meringue and Lemon Curd


Chocolate cake with peanut butter frosting & shaved chocolate



Red Velvet Cupcakes


Chocolate cupcake with chocolate butter-cream frosting and drizzle butterscotch


PB and Chocolate Brownies


Double Chocolate Brownies and Rocky Roads


Bread Pudding with Vanilla Ice-Cream


Caramel Cheesecake with Crushed Cookies


Chocolate Cake with Peanut Butter Frosting

So, acane? I agak dalam ramai-ramai orang yang baca ni, Rish la yang paling merana. Sebab dia tu minah teringin. Jap lagi kang ada jer la dia bagi dalam group, ‘Korang, jom malam ni makan kek dekat Fikcles’. Confirm! Hahahaha. So pada sesiapa yang tak pernah lagi pergi Fikcles, korang kena pergi ok? Selain dari kek-kek ni ada macam-macam lagi makanan sedap dekat sana yang I kongsi dekat sini and sini. And kalau nak order kek untuk birthday, wedding or any function Huda still buat. Korang contact je dia sendiri dekat Huda punya Facebook. Bagitau korang reader’s Chooyaya nanti Huda kasik discount. Ok. Yang ni I memandai. HAHAHAHA.

FIKCLES
11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-7732 4885

-eNd-

Monday, February 23, 2015

Makan Sedap Di FIKCLES - PART I

Assalamualaikum..

Ada satu hari ni, I memang dah nekad dalam  diri ‘Harini nak makan banyak-banyak dekat Fikcles’. So dari pagi I memang tak makan apa. Malam sebelum tu pon sengaja je berlapar-lapar sebab nanti nak makan banyak-banyak. I dah bagitau Huda earlier, ‘Huda, esok aku nak makan baaaaaaaaaaanyak-banyak. Ko standby’. Huda gelak je. Kata dia, ‘Ok Laling, ko datang jer. Nanti aku bagi ko makan sampai muntah. Ajak la kawan-kawan sekali’.

Haaa bagus, nampaknya Huda faham la konsep kalau nak bergemok kena la datang dengan kawan-kawan yang kiter nak dorang gemok sekali jugak. Dalam kepala terus teringat Si Filla, Elly and Peej. Antara kawan-kawan blogger yang I kenal dari dorang tak glemer sampai memasing dah artis dah sekarang ni. Naseb baik walaupon dah bloggerati tapi masih sama perangai. Tak eksyen. Sebab ada je I tengok blogger yang macam kaduk naik junjung. Dia punya eksyen, mengalahkan artis  ok? Menyampah. Blogger jer kot??? Ko nak eksyen tak tentu hala dah kenapa? Culture shock sangat. Tapi Filla denga Elly tak la macam tu. Dorang baik. Korang, nak Uweeeeet!!

I kenal dorang ada 5 tahun dah kot? Masa kenal Elly, dia pon tak kawan rapat lagi dengan Filla and Peej. Cuma Peej je yang baru 2 tahun kenal. Tu pon Filla yang kenalkan. Tapi Peej tadek haritu, dia ada wedding kena attend. Filla dengan Elly je available. Pon boleh la. I pon ada ajak Yuyu Zulaikha, Fouziah Gous dengan Ezzaty (Cousin Saz) So I dah pesan awal-awal, ‘Korang pakai cantik-cantik. Ada artis datang sekali’. Biasa la. Taknak kalah. Haha.

I bawak Sazli, Shein dengan Ellis sekali. Ellis tu dia kata, dia Manager I so dia kena ikut mana I pergi. Sebok jer. Haha. Melampau kan I? Belum jadik Pembaca Berita dah ada Manager. Ko ada ? Hahahha.


I yang memula sampai dengan rombongan Cik Kiah I. Later baru Filla dengan Elly sampai. Sampai-sampai terus bebudak ni kata nak makan. Tak sempat apa dah. Memasing tak breakfast katanya. Bila menu sampai, boleh je dua orang tu berebut nak order Aglio Olio. Padaghal ada 18 juta lagi makanan lain. Last-last Sazli suggest, order je lain-lain lepas tu kiter sharing la. Boleh rasa macam-macam jenis. Semua sebulat suara setuju. Jom check out apa yang kitorang order.


Yang ni Gamberi Aglio e Olio. Harga dia RM18.90. Kepada yang suka makan pedas, I rekemen korang makan ni. memang sedap. Portion besar, lepas tu udang pon besar. Rasa pulak cili padi hiris kecik-kecik, sekali tergigit perrrrghhhh. Nora bagi 5  bintang!


Yang ni Sazli order. Linguine Carbonara. Dalam dia ada mushroom dengan white sauce yang tak muak pon bila makan. Nak order kuah banjir pon boleh. Time order tu pesan pada waiter nak kuah banjir. Yang ni Harga dia RM15.90


Korang kalau datang Fikcles kalau tau order Mushroom Junkie ni korang akan menyesal seumur hidup. Over tau? Hahaha. Tapi so far sapa yang pernah rasa Mushroom Junkie ni memang semua akan cakap sedap. Si Filla dengan Elly pon dok meratib time makan. 'Wei, sedap wei. Aku suka n'. Harga dia RM12.50. Ingat I pesan. Order yang ni ok?


Kitorang makan 5  orang. Sekali dengan Shein. Sebok je nak join, Habes semua menda dia experiment masuk dalam air. Lepas tu minum. Lantak la ko Shein, janji bahagia tak mengamuk dah. Aman damai kitorang makan. Filla. Aku kidnap gambar dari blog ko eh? Bak duit.


Yang ni nama dia Sliders. Harga dia RM19.90. Korang kalau makan ni kalau boleh habes memang terror la. Sebab Sliders ni la, Sazli sanggup datang dari office dia ke Fikcles sebab tak tahan tengok gambar Huda letak dalam IG. Hahaha.


Specialnya burger ni, beef patty dia is home-made ok? Fikcles buat sendiri. Rasa daging dia memang juicy and tender. I suka giler. Layered dengan salad and beef strip and ada rasa manis dari  caramelize onion, and ada cheese. Makan lepas tu pejam mata. Lepas tu air mata meleleh sebab sedap sangat. Damn la. Bila taip ni pon ailio I menjejes.


Yang ni tiap kali datang dekat Fikcles so far, I tak pernah tak order. Kalau tak makan kat sana pon, I tapau bawak balik. sapa suruh sedap sangat? Yang ni korang takkan boleh jumpa dekat mana-mana except dekat Fikcles je tau? Nama dia Salted Egg Squid Sandwich. Harga dia RM17.90. Sotong goreng telur masin, balut dengan wrap and dalam dia ada salad yang krup krap rangup. Perrrghh. Cakap banyak tak guna. Datang la rasa sendiri. 


Paling best konsep Fikcles ni ialah 'Hearty Breakfast' which, korang boleh order menu breakfast yang korang nak dari pagi sampai ke malam. Tadek hal. Tapi yang complimentary juice and coffee cuma available dari 8.00am - 11.00am sahaja. Order makan, minum free. Best kan?


Yang ni nama dia Banana Nutella Grilled Sandwich. Harga dia RM8.90. Macam mana simple sandwich ni rasa dia heaven giler? Dalam dia ada nutella, banana dengan marshmallow. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


Si Filla dengan Elly nak gerak awal. Si Filla nak amek Kasih balik dari tusyen. Siap tapau Sliders lagi untuk Kasih sebab perut kitorang dah nak meletop makan melambak-lambak tadi. Tenkiu korang teman I makan harini. Sesekali jumpa macam ni memasing berebut-rebut nak bercakap. Ni memang kena repeat jumpa lagi ni.


Nanti kiter deting sesame lagi eh? I lantik Ellis la jadik manager kiter 3 orang. Sebab dia terror bab marketing. Habes semua orang nanti dia bagitau yang kiter ni blogger. Macam semua orang dalam dunia kenal kiter. Hahaha. Bongok Ellis.


FIKCLES TTDI


Anyway, kepada semua readers and silent readers blog I ni, kekalau tak pernah lagi datang Fikcles and nak rasa sendiri kesedapan makanan yang I share dekat sini sendiri selain dari merana cuma dapat bulatkan mata lepas tu air mata bergenang mengadap screen, ni alamat dorang. Guna waze jer pon boleh. Paling senang. Taip je Fikcles TTDI. Nanti dia akan hantar korang sampai depan pintu Fikcles.

FIKCLES
11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-7732 4885

If rasa nak selamat, boleh call number telefon tu untuk buat reservation dulu. Mana tau kot dorang ada private party tengah buat ke? Nanti melopong je mulut tak dapat nak makan dekat sini. Dorang tutup setiap Isnin. Hari lain bukak. Jangan lupa tu. Operation hours dari pukul 8.00am – 11.00pm.

Fikcles selalu buat promotion tau? Korang kena follow Fikcles Instagram dekat sini untuk update dengan dorang punya promotion and event from time to time. Kalau sesapa yang kerja dekat area TTDI, korang boleh datang time lunch. Dorang ada Business Set Lunch Promotion. (Weekdays only). Choices of Main Course with Dessert for only RM12.90. Murah tuuuuuuuuuuuuuuuu!!! Memang berbaloi-baloi sangat. Korang boleh amek BSLP ni dari pukul 12.00pm – 2.00pm only. Waktu lain tak valid.

Lepas tu if korang datang sini, check in Fikcles dekat FB or masukkan gambar dalam Instagram and mention @Fikcles, korang boleh dapat less 10% from total bill ALSO jangan lupa Hi-Tea discount for dessert sebanyak 20% dari pukul 3.00pm – 6.00pm with any purchase on hot beverage.

Fikcles also offer event seperti dibawah,

  • Hi Tea Buffet Package
  • Buffet Dinner Package
  • Set Menu Dinner Package
  • Catering
  • Birthday Celebrations
  • Seminar/Meeting



If korang kerja office and nak kelainan makan selain dari executive canteen korang, boleh la order dekat Fikcles, dorang ada team yang boleh buat delivery untuk semua package diatas. I pon dah try nasik minyak dari Fikcles Catering masa Cukur Jambul Nouman, bapak la sedapnya.

Ok. I dah tau dah, lepas ni kalau nak buat any event macam cukur jambul ke, birthday ker, I amek service dari Fikcles je la. Sebab dah tau dorang punya quality makanan macam mana. Tak payah risau bab sedap ker tak sedap. Tak payah nak pening-pening kepala.

Last but not least, Selamat Menjamu Selera di FIKCLES!

-eNd-