| Tengok budak taknak kalah baju merah skirt merah tu. Haha. |
Thursday, December 5, 2013
Kenangan Pasal Menari
Tuesday, February 21, 2012
Malam Khidmat Bakti 2012 (skema sangat ni tajuk entry)
Phewwww.. Finally show dah habes and sangat berjaya *bunyik macam bagus kan? Macam ala-ala artis pulak ada show bagai. Ko mampu? Haha.
Ala, kasik can la dekat I sekali-sekala. Please.
Meh I cerita kronologi disebalik 'show' malam tu dekat Grand Season dari awal, sampai la kehabes.. Tak baca siap korang. Jangan mengada-ngada nak scroll2 tengok gambar jer. Aku tampar kang.. **Ni statement untuk Intan.
Kiter semua sepatutnya berada di Grand Season untuk full rehearsal at 3.00pm, konon nak practice awal, so I mintak all 'dancers' untuk berada disana pukul 12.00pm. Sekali, hamekau! I sendiri sampai hutel pukul 2.00pm. Ngeeeee... Atas kesilapan teknikal I lambat sebab sebab sebab, Si Sarah la tak burn cd lagu menari lagi. So, kena pegi opis dulu and tunggu dia siapkan semua menda. Urut tetek dada tau I dengan Sarah ni. Sabar jer la. Hari buat show baru dia nak burn cd. Ni kerja last menet yang betul membunuh ni.
But well, kiter rock star/artis popular on demand sekarang kan? Lewat 2 jam tu biasa la. Tu pon naseb baik I still ada mood nak perfome. Kalau I dah takder mood, terus I kensel semua show I, macam mana? What??? Payment nak balik? Itu I taktau. U talk to my manager and lawyer *kibas rambut. Wah!!
Menanti Sarah dengan penuh kesabaran dalam kereta bersama pengacara "Sembang Sumbang" Intan Dayana. Show I dengan Intan dalam Sembang Sumbang akan I update kemudian. Jangan lupa nantikan kemunculan kami berdua. Yeah! Tak sangka cita-cita untuk menjadik pengacara/pembaca berita akhirnya tercapai. TQ kepada semua yang memberi sokongan selama ni.. Kepada peminat I diluar sana, I love U all. Haha. Layan je layan jer.
Orang pergi dinner pakai kasut tinggi 4 inch. Intan pergi bawak selipar tebal beli dekat Danau Kota ni jer. Siap ada tanah yang tak tahan tu. Imej sebagai artis tak jaga langsung. Ini memalukan ni kalau wartawan semua tau ni, masukkan dalam Melodi, habesla reputasi kiter. 'seorang artis popular yang mengacarakan rancangan yang mendapat rating tinggi pakai selipar di majlis anugerah'. Tak ke malu tu? Haih.
Sampai je dekat hotel, terus kiter buat full rehearsal. Macam biasa la, full rehearsal musti la huru-hara. Semua panic. Tapi well well well, muka musti menten. Tangkap gambar tetap gembira.
Lepas tu... Kiter semua naik bilik and bermekap-mekapan. Pastu ada seorang tu macam obses dengan diri sendiri, asyik duduk depan cermin. Pastu ber'camwhore' bagai sampai berejam. Apa nak jadik la. Eh. Tu macam mengata diri sendiri jer? Haha. So! How do u fine our make up kali ni? Santek tak? Suka sangat dia mekap mata. Sapa pandai mekap mata, dia adalah mekap artis yang hebat. Kalau dia suka makan makanan jepun, itu bonus. Taktau la apa kena mengena.Tapi nak cakap jugak.
Full dress and ready to buat persembahan yang pertama. Yang 3 orang dekat depan tu, adalah dimaklumkan semua lelaki sejati. Entah kenapa dalam gambar nampak macam golongan 'patah' tangkap gambar kepit-kepit. Adoi la. Tak market langsung. Susah la macam ni.Yang tengah tu paling tak menahan kan? Senyum macam mintak lempang jer.
Ingat senang nak handle bebudak lelaki ni? Selepas aksi tolak menolak sepak terajang dengan they oll's ni, akhirnya baru la dapat memakaikan mereka bedak, blusher dengan lip gloss. Tu pon tangan dorang terpaksa kena ikat. Dan hasilnya... Tara...!!!!!
Hantu Cina. Yes! Yang Demok je jujur. Kak Su dia pesan, 'Jangan lap liptik!'. 2 orang dah kemam-kemam bibir all the way dari bilik ke stage. Napi je buat 'E' sebab takot liptik habes. Yang tu, KPI boleh kasik tinggi sikit. Yang lagi 2 orang tu, boleh dicadangkan untuk dipotong bonus setengah bulan gaji.
Kali ni kitorang sempat mekap and on-time jer siap. Tak macam last time. CEO dah ada kat stage, kitorang dalam bilik lagi tengah mekap. Kali ni sempat lagi la baca doa belakang pentas. Baca doa sebelum menari. Ko mampu? Tapi cambiaso, ada la soklan bodo sebelum start menari. 'Kipas kena bukak ker tak eh? Pusing time 4 ker, time ?' Jam-jam ni la baru nak tanya kan? Padahal sebelum ni dah berlatih lapan ratus nam puluh juta kali. Acaneh?
Persembahan pertama was awesome bebeh! Rasa macam almost perfect. Time last pose, semua kipas bergoyang sebab ketar. Haha. Tapaham. Bebudak laki pulak, banyak kot skip step. Susah payah I taip step dorang, 'payung cangkok kanan 4 kali, payung cangkok kiri 4 kali, lenggang 4 kali, pusing kanan 4 kali etc, last sekali baru joget lapan kali'. Sudahnya, time buat persembahan, dorang suka-suki potong semua, pastu joget setempat lapanbelas kali T_______T Sabar jer la.
Habes jer persembahan pertama, terus kitorang naik bilik semula, and bersiap untuk pakai kostum yang kedua pulak. Lagu hindustan. Lagu hindustan, tapi pakai skirt ala cheer leader singkat. Nasib baik pakai legging, kalo tak CEO I memang hat etek. Pastu paling tak menahan, ikat rambut tepi omel-omel konon macam wonder girl la sangat kan? Dah. Ni sah-sah salah konsep sangat ni. Tak besar gayung pulak reben atas kepala tu. Saksikan!
Wonder Girl sangat kan? Ooo... Kalo ada yang inquiry, I dok tengah and pakai skirt kaler lain sebab takder pair time menari. Sebab konon paling tinggi. Padahal paling gemok sebenarnya. Haha. Tengok, sekarang rahsia sudah pecah. I nak perkenalkan the dancer's. Dari kanan ke kiri, baju kuning Sara, Intan, Siti, Yours Truely, Ros, Diba Gee. Kesayangan semua <3
Persembahan rasanya ok, cuma distracted by choker tu. Dah la berat, bila meloncat-loncat, dia hempap-hempap dada. Senak pulak rasa. Pastu ada yang perasan bila I selalu pandang kiri kanan. Sebab nak pesan dekat dorang 'senyum, senyum' dengan 'lepas ni lompat ke gelek?' Haha. Sebab takot salah step. Taknak banana fruit two time macam last time.
Habes jer persembahan, baru la lalu nak makan. Tapi nak makan apa kalau semua menda dah kena angkat dengan bangla/nepal yang kerja dekat situ. Dah la dia asyik duduk belakang Intan tanya dah habes makan ke belum. Yang paling biadap, dia tanya Intan time bising sebab suara Os kuat sangat, 'Finish already?' Intan pon jawab, 'no no'. Dia bajet Intan tak paham lantas mengulang, 'makan habis suda?' Ko tengok? Kwahaja tu. Sambil-sambil je hina Intan. Apa dia ingat English Intan tak bagus ker? Haha.
Last but not least, mari mencuci mata tengok gambar orang ramping ni. Ira and Sara. Memang makan hati. Harap dengan makan banyak-banyak tetapi selalu berdoa, akan jadik kurus macam ni jugak. SO, berdoa berdoa berdoa.
Selesai sudah la acara joget-joget untuk tahun ni. Tunggu hujung tahun pulak untuk family day... Katanya tahun ni tema movie character. I nak jadik poison ivy. Boss kena sakit jantung ker, apa ker, tak kira. Nak jugak. Haha.
-eNd-
Wednesday, November 30, 2011
Family Day Office - Part III
Friday, November 25, 2011
Family Day Office - Part II
Thursday, November 24, 2011
Family Day Office - Part I
Masa sampai je, after check in, kiter semua ada game bola sepak pantai. Semua kena pakai kain batik/pelikat. Dah la mokcik tak pandai pakai kain batik, lantas mengikat seperti nenet-nenet. Ikat simpol. Hehe. Gambar nanti later I letak. Siap video bagi boleh la semua ketawa bergembira bersama-sama menyaksikan wanita bermain bola sepak macam piranha kejar mangsa. Jenis takder der nak main defend striker. Nampak bola, serbuuuuuuu!!!
I saspek, I ada la temakan 2 sudu pasir sebab sepanjang game mulut sebok becok nak bercakap. Taktau pulak yang pempuan kalau sepak bola, sepak sekali dengan pasir. Harap-harap dekat pasir tu takder yaik kucen. Kalau tak, selamat.
Yang ni time sukaneka. Ada lari dalam guni, imbang buku atas kepala, tarik tali dan macam-macam lagi jenis sukaneka yang membuatkan kiter kelihatan bongok. Mas paling tak menahan. Taknak kalah tu! Orang besukan, dia nak belawa-lawa pakai cekak ada reben. Haha.
Isteri pon sama naik.
Oh, lupa nak kasik tau... Yours truly ialah juara keseluruhan untuk team perempuan. Team Sazli pulak dapat number 3. Tu nampak muka bangga tu. Berbaloi-baloi la makan pasir 2 sudu pendek kata.
Lagi tak kelakar kalau kolam 4 kaki pon boleh lemas. Haha. Apa pandang-pandang? Tampar kang!-EnD-
Thursday, October 27, 2011
Kembali Bizi Di Tengah Hari Untuk Menari
Monday, January 31, 2011
Rehearsal Tari Tualang Tiga (Gemok Tapi Kompiden)
Ni time rehearsal... Bongok jerk nampak kan?
Tak teror menari takper. Gemok takper. Janji kompiden ! Ingat ni !!! Grrrr
-EnD-
Sunday, January 30, 2011
YEay !!! Semua Liptik merah tanak kalah !
Blame in on the sound engineer ! Que lagu 6 second awal, dia tak masukkan. So, sekarang bayangkan bila ada yg duduk, ada yang berdiri. Tapi, naseb baik la after that semua dah dapat catch up but disappointed still... !! Setan sungguh. Aku jumpa dia, aku bunuh! (Garang kan?) Now I understand how 6 second sangat-sangat penting dalam hidup I.
Nanti I apdet video eh? (Matilah dah syok sendiri. Pasal dah tau macam mana nak upload video dekat Utube, nanti semua aku nak masukkan dalam blog) Haha
Ni masa persembahan kedua (lagu Endang yang ada orang tu cakap macam gaya cuci kain tu kan kan kan) Masing-masing liptik taknak kalah ok? Selagi boleh merah. Kalau boleh juga nak pakai dekat gigi supaya bila senyum nampak macam vampire) Seram tak seram tak?
Team gemok, (kecuali Ira yang duduk sebelah I, dia terpaksa masuk team ni pasal dia tinggi ya amat) Yang obvious gemok mestilah yang duduk depan sebelah Ira tu.-EnD-
Thursday, January 27, 2011
Rehearsal Tarian Endang *Malu kentang!
Ada satu lagi tarian, Tualang Tiga but tu nanti la I masukkan eh? Tak pon tunggu jer masa hari berlangsungnya upacara. (Bajet majlis penganugerahan pangkat Datok ke apa ni?)
Enjoy !
*Lari laju-laju keliling rumah untuk cover malu. Vavi.
-EnD-
Wednesday, January 26, 2011
Gemuruh Jiwa... Semangat Membara....
Dulu-dulu kan waktu sekolah, kalau jadik pengawas macam cool jerk. Boleh geledah buku orang lain semasa sport check and jumpa surat cinta kepada sesama rakan sekelas, abang senior dan pemandu bas juga. Coolness wo!
Ok ok. Kembali kepada topik asal.
Yang lawaksnya pagi semalam, hantu makan (I ler tu) tetiba jerk tak lalu nak breakfast, tak lalu nak lunch (tipu sikit-sikit) just bcoz of masa ni Boss kecik nak tengok kitorang punyer progress menari so far macam mana.
Getting ready ! Kelihatan tembam disitu sungguh!Banyak pengorbanan telah dilakukan untuk make this thing happen, diantaranya tidak makan malam lagi, makan nasik tengah hari cuma separuh and ambik banyak sayur serta diet yang lebih bersungguh-sungguh dalam tempoh 2 3 minggu ni dan kurang makan. (Makan sangat penting ok)
Cepgu menari dah pesan, dancer tak boleh gemok-gemok. Fine Kak Nira, fine ! Tanak kawan! *Sambil jalan hentak-hentak kaki.
So, ada sapa-sapa tak yang nak tengok video masa rehearsal angkat tangan!
-EnD-
Monday, January 17, 2011
Penari Paling Bizi ( La Sangat )
Mana tak aku jalan ngengkang. Dah la gemok. Peha besar kayu balak, tapi cikgu menari suka nak kasik step yang kena banyak duduk. Duduk bukan bersila atau bertimpuh, tapi duduk macam duduk antara dua sujud tu. Selama 4 menet ye sayang-sayag semua. Ni untuk tarian kedua (endang).
Sekarang tolong bayangkan macam mana kaki I nak menampung berat badan I ni? Tidak ke penderaan secara mutlak disitu?
Sakit sangat kaki ni... (Manja tak mengadu sakit kaki banyak-banyak kali? Haha) Naik tangga pon mengengkang jerk. Mesti orang tuduh I kena abuse. Bulsit ! But inilah harga yang I kena bayar untuk jadik penari profesional. Ewah ! Profesional la sangat kan?? Asyik-asyik mintak cikgu menari tukar step pasal tak reti-reti. Lembap nak mapuh!
Gettin' ready ! (Tengs Kak Nira pasal kasik I pakai baju kaler fav ni - Fav la sangat! )So far, 4 hari practice, 90% tarian pembukaan (Tualang tiga) kitorang dah dapat catch up. Today baru start untuk tarian endang pulak. Ini semua persembahan untuk this coming 28.
-EnD-
Friday, April 23, 2010
Ok. janji ni yang last. OK?



Siapa yang tercepat ni, Syira atau Azian? Sorang dah menunduk, sorang tegak lagi. Belasah jerk la. Janji semua gembira di hari raya.
Syira cik accountant. Kata Intan, Syira menari dah ada step, tapi aci boleh jerk. Janji step betul. Lenggang lenggok takda pon takper.. Haha.
Sarah the marketing officer yang masa mula-mula kenal terasa nak tolak jatuh dari tangga pasal muka kerek giler. Tapi bila dah selalu bersama, ternyata senteng jugak. Pasal Sarah suka makan salmon sashimi, kaksu consider kiter geng la.
Intan the secretary gembira jerk dapat pakai costume India. Jelas kegembiraan sampai la dia atas stage.
Aini budak praktikal - Geng Selulit I
Tarian kedua, Satu Malaysia! Lekas spot yang mana satu I
Ok semua, clap your hand and all hot girls in the house put your hands up in the air.. Put your hands up in the air! Wak lu!
After dah tukar baju, terpaksa I membongkokkan badan supaya kakak belakang dapat masuk gambar jugak. Yang penting, perut kembar 3 tidak kelihatan kerana di cover oleh lengan. Yes lah!
Artis jemputan. M Daud Kilau. Walaupun kurang gembira kerana Syarikat memilih artis yang tidak sebaya but this man is very talented walaupun baju dia buat I silau lah.-EnD-



