Showing posts with label Japanese. Show all posts
Showing posts with label Japanese. Show all posts

Friday, March 4, 2016

Makan Sedap di Ozeki

Assalamualaikum..

I selalu kan share yang I makan dekat Ozeki Tokyo Cuisine ni? Kalau dah lama tak makan nanti jadi rindu. I agak dorang pakai mandrem. Hahaha. I suka giler makan dekat sini. Makanan dia memang variety tapi yang I order balik-balik menda yang sama sebab rasa macam can never get enough of dia punya Teppan Teishoku. Sedap gilers ok? Tak pernah I makan yang sesedap macam ni. Since 13 years ago masa Japanese Boss I bawak makan dekat sini the taste never change. Kaklong pon selalu join I dengan Boss Jepun (Masa kerja Pahang dulu) dinner dekat sini siap bawak Ayang. Ayang kecik lagi time tu and Kaseh still dalam syurga lagi. 

Sekarang Ayang dah besar and dah nak bertunang dah dengan Edy kawan sekolah I. Time tu Kaklong mana reti makan Sashimi lagi. Bila sampai Sashimi Moriawase depan mata dia, Kaklong telan air liur je. Dah la ada this one time Fuke-San orderkan dia escargot lepas tu kata Kaklong, 'Siput Babi apa boss ko kasik aku makan ni Kochep?' Hahaha. Masa tu macam tak boleh nak masuk ke tekak Sashimi dengan escargot ni. Sekarang cuba ko kasik? Sekor salmon pon boleh habes, sedozen escargot licin sekelip mata. hahahaha.

Dish dekat sini Japanese infuse with Italian. So ada la caviar, escargot, ada spaghetti as well tapi infuse Japanese la. Next time I nak try order yang lain pulak. Bagi I, dekat sini harga dia boleh tahan, tak mahal sangat except for dia punya Sashimi. But worth it to try sebab sashimi dia sangat fresh. Let say korang ada RM50.00 boleh je makan dekat sini. Tapi takyah mintak appetizer and dessert. Minum pon air sejuk je. Hahahah. Kesian giler. Sebab sini Teppan Chicken Teishoku dengan Teppan Seafood Teishoku tak sampai RM40.00 pon. I really recommend this restaurant kepada penggemar makanan Jepun. Kena try ok? Jom tengok gambar. Gambar banyak sebab ni I pergi 2 kali. Dinner dengan Ellis last week dengan Lunch with Kaklong semalam.



Yang ni is Teppan Seafood Teiskoku. Korang tengok pon dah tau sedap. Complete ada Udang, Sotong, Salmon, Crab Stick and veggies. Makan dengan white rice lepas tu dapat miso sup, chawan mushi (steam egg custard) as well. Memang kenyang. RM39.00

Friday, February 12, 2016

Dinner at Nobu with Ellis and Anny

Assalamualaikum..

Jumaat malam lepas, I dengan Ellis and Anny dinner sama-sama dekat Nobu KL, Level 56 Tower 3 KLCC sempena dengan Anny dah nak bersalin anytime soon ni. Si Anny and Ellis la cakap nak makan dekat tempat exclusive sikit sebab nak pakai lawa-lawa and bawak clutch bag, (belagak dorang ni haha) so kitorang pon short list kan la mana nak try. Samaada Nobu KL, Marini’s on 57 KLCC, Troika Sky Dining or Thirty8 Grand Hyatt. Ellis cakap restaurant ni listed dalam Kuala Lumpur 10 Best Restaurants 2016. Korang klik sini untuk tengok full list. One of the restaurant tu, depan office I je. Marble 8 Steakhouse, so yang tu I dah keluarkan siap-siap from list. Macam Marini’s on 57 and Troika Sky Dining tak berapa convenience untuk kitorang sebab dia macam ada session. First session 6.00pm – 8.00pm and second session 8.00pm to 10.00pm so agak rushing. Ellis dah pernah makan dekat Thirty8 Grand Hyatt so kitorang sebulat suara pilih Nobu KL. I la paling suka sebab sini makanan Jepun. Heeeee.

Korang kena try makan dekat sini one day. Sebab makan dekat sini sedap and suasana malam sangat la romantic. Boleh nampak KL Tower and kawasan sekitar dengan jelas. Datang malam la best sebab memang lawa. Kalau tak gayat, boleh makan tepi tingkap macam kitorang. Jangan lupa buat reservation for secure seat. Tapi child bawah 12 tahun is not allowed. Sini kalau Jumaat, Sabtu malam usually penuh. Foreigner suka la makan dekat sini and masa malam kitorang datang tu, kitorang je Malay clan. Yang lain semua Italian, Japanese, Korean etc. Actually Nobu ni is franchise restaurant. Ada banyak dekat tempat lain jugak macam dekat Miami, New York, LA, Beijing, Dubai, Mexico, Budapest, Doha, Moscow and many more around the world. The Matsuhisa restaurants own by Matsuhisa family while Nobu Restaurant are co-owned by Nobu, Robert De Niro, Meir Teper, Drew Nieporent and managing partner Richie Notar.

Nobu-san ni pernah menang award from Japan Society for his achievement in food culture. Baca biography dia dekat sini macam mana dia nak start the restaurant memang agak susah. Pernah gagal and bangkit balik sampai la sekarang dah terkenal diseluruh dunia and sangat berjaya. Ayah dia meninggal masa umur dia 7 tahun and Mak dia jaga dia lepas tu. Lepas habis sekolah dia kerja dekat Matsue Sushi and rezeki dia, dia telah dijemput oleh regular customer - Peruvian entrepreneur untuk bukak Japanese Restaurant dekat Peru. Lepas tu dia pindah ke Alaska untuk bukak restorant dia sendiri tapi gagal serta merta sebab musnah dalam kebakaran. Lepas tu pulak dia pindah ke LA and try nasib dia kat sana dan berjaya bukak his own restaurant ‘Mitsuwa’ dengan ‘Osbou’ dan bermula dari tu la dia mula dikenali dan paling menarik masa tahun 1995, dia collaborate pulak dengan Robert De Niro untuk jadik partner dia lepas dia berlakon dalam filem Casino and dia jugak pernah belakon dalam Austin Power : Goldmember and Memoir of Geisha.

Kemain Nobu ni, semua dia nak try. Dah kaya tu dah la, nak berlakon pulak buat apa. (Dengki) hahahaha. Dah jom tengok apa yang kitorang order haritu. Order banyak sebab portion dia kecik-kecik je. Bento pon ada tapi kitorang taknak makan bento malam ni.


New Style Salmon Sashimi ni sedap giler. Anny jeling-jeling je sebab tak tahan kitorang cakap sedap. Dia kan pregnant so tak boleh makan raw fish. Tapi akhirnya tertewas. Hahaha. Harga dia RM50.00

Monday, November 2, 2015

Makan Makan Makan Makan at Sushi Zanmai

Assalamualaikum..

Sebelum Intan tanya lagi pasal entry kitorang makan-makan dekat Zanmai Sushi Jumaat lepas, baik I update. Stresssssed ok! Hahaha. Si Intan memang, kalau ada gambar dia kan? Nanti selang 30 minutes dia call and tanya, ‘Kaksu, bila nak keluarkan citer pasal yang ada Intan tu’ Menyirap je kan? Anyway, kitorang pon sebenarnya memang dah lama giler tak makan Japanese Food. Bila suap tu ada la menggigil-gigil sebab jakun.com kecuali Izzah la. Muka dia macam monotonous je. Nak kata suka tak, nak kata tak suka pon tak. Dia boleh la makan Japanese Food ni walaupon banyak bunyik kata ocha tu tawar la apa la. Haha. Untuk Izzah, 3 bulan sekali boleh la kot dia ikut kitorang makan Sushi? Kalau dia taknak, dia boleh tinggal makan dengan budak HR nama Aizat tu.

Korang pon, kalau sesapa yang suka makan Japanese Food boleh datang Zanmai Sushi ni sebab kat sini makanan dia sedap and harga dia pon tak la mahal. Stendet Sushi King jer pon. Cuma dekat sini wayyy sedap and banyak variety of foods. Pada yang tak boleh makan raw fish, ada je makanan lain yang dimasak. Dia punya Soba pon sedap! Next time I nak order soba jugak, dengan Sukiyaki, dengan Summer Roll dengan Salmon Sashimi. Eh. Tetiba banyak pulak ko tingin eh? Hahahaha. Salad dia pon sedap tau! Tu pon kena masukkan dalam list. Kalau nak puas hati, bungkus je sekali dengan Restoran Zanmai Sushi tu letak depan rumah. Ikan tepi. Kata Sazli, ‘Bila nak pergi Sushi Zamani?’ Memacam nama la yang Sushi Zanmai ni dapat. Sushi Zamani la, Salmon Banzai la. Haha.


Yang ni nama dia Summer Roll. Salmon Sushi dalam dia ada mayonnaise and top dengan amenda rangup tu entah. Sedap giler. 6 ketul for RM18.80. WAJIB order tiap kali datang sini.

Friday, August 14, 2015

White Peach and Uni at Ozeki

Assalamualaikum..

Saiko giler pepagi I Google gambar buah Peach dengan Peach Picking dekat Japan sebab semalam aaaarrrrr punya pasal. Semalam masa makan dekat Ozeki, dorang rekemen makan Peach Salad. Bapak la sedap ok? Buah peach tu ialah yang TERPALING sedap I pernah rasa! It’s white a peach from Japan. Kata dorang peach ni setahun sekali je ada. Memang musim dia setahun sekali je pun. Sebab tu rasa dia sangat lah manis, sangat la sedap dan wangi. Urrrggggghh taktau nak put into words macam mana sedapnya peach semalam. Nikmat dunia Allah bagi makan buah peach yang sesedap ni, Alhamdulillah.. Untung la sapa duduk Japan boleh petik buah peach ni dekat ladang.

Actually that is one of my dream. I dah cakap dekat Sazli, please one day bawak la I petik apple, orange, anggur or peach dekat ladang mana-mana dekat oversea. I teringin sangat-sangat. Nanti bulan 10 pergi Korea, I nak cari la mana-mana ladang buah yang dekat (accept strawberry), if sempat I nak pergi jugak petik buahhhh. Bukan nak makan sangat pon, tapi macam syok giler. I kalau dalam tv ada iklan orang petik apple/orange or tengok dalam AFC ada orang petik lemon bergenang air mata. Memang teringin sangat. I sangat simpati pada I. I harap Bapak, Mak and Sazli akan tunaikan permintaan I nak petik buah ni one day. (Tetiba semua orang dah kena drag masuk dalam ini cerita) Hahahaha.


Peaches

Thursday, July 9, 2015

IFTAR at Ozeki

Assalamualaikum..

Eee ni tak suka makan bawang waktu sahur, nanti mulut rasa kuda la. Sazli suka goreng telur lepas tu letak kicap, bawang + cili padi atas telur tu. I pon tumpang sekaki, tu yang I makan bawang mentah tu. Pagi tadi bangun tidur, rasa tekak kering giler + rasa kuda. Tu yang kumur-kumur time gosok gigi lama je. Hahahaha. Tingat dulu masa sekolah darjah 1 or darjah 2 macam tu, kekadang ayah tak ambik balik dari sekolah sebab ada hal. I jalan kaki dari sekolah ke rumah dalam 3 km jugak. Panas terik and jauh pulak tu. Nak sampai dekat rumah macam nak merangkak rasa. Dengan beg lagi berat. Sian giler dekat I. Kalau dah panas terik + penat, memang dahaga giler.

Bila mandi, I jirus air dari atas kepala, mana yang turun dari kepala tu I minum slurrrrpppp Hahaha. Konon tak sengaja la. Tapi tetap consider puasa ok? Ada sekali tu lagi best, I minum air kolah dari dalam gayung. Habes setengah gayung rasa lega. Burrrrrppp sendawa kuat. Mandi tak sejam, tak sah. Tau la panas terik kat kampong macam mana. Dengan atap zink, rumah memang la bahang lain macam. Memang dugaan giler berpuasa dekat kampong. Bila fikir balik, dah kalau minum segayung air tu baik makan nasik je. Tapi TETAP consider puasa. Bodoh giler. Hahaha.

Eh, entry ni nak share dengan korang pasal bukak puasa dekat Ozeki the other day. Lama giler tak makan dekat sini. Ada la sebulan lebih kot? I love Ozeki! Ni memang one of my fav Japanese Restaurant dekat KL. Dia punya konsep tadek sushi gerak-gerak tu, tapi makanan dia sedap. I paling suka bento dia. Dalam satu set semua ada. Ada nasik+miso+buah+egg custard+ayam/seafood/daging. Memang sedap. And sashimi dia pon fresh. Fruit juice dia pon sedap. Harga dia pon tak berapa mahal. I rasa dah ada 2 3 kali I share makan dekat sini. So jangan nak jemu pulak. Hehe. Usually makan yang sama except for kekadang I try dia punya maki. Maki also good. Satu set ada 6 tu, size dia gegemok macam Shein. Makan tu saja dah kenyang. Dah jom tengok gambar.


Teppan Seafood Set - RM33.00. Ellis makan ni. Abang Yut makan Chicken Teppan. I makan sushi je. I diet (pui).

Thursday, June 11, 2015

Udon dan Rakan-Rakan

 Assalamualaikum…


Today rasa macam tak sihat. Actually batuk dari malam lagi. Pagi tadi bangun dah ada sore throat, badan dah seram sejuk. Dah la esok start Sukan Syarikat dah. Acane ni? Hesh. I betul-betul rasa nak sihat kalini. So pagi tadi, gagahkan diri. Makan ubat and tak layan demam. Hopefully by esok badan dah 100% sihat la, sebab esok malam I ada game badminton. Hope kalah la, sebab kalau menang dah kena masuk final Sabtu malam. Sabtu malam tu plak ada pertandingan karaoke. Nanti kang dah pepenat main, kena nyanyi pakai baju sukan dengan badan kepam. Tak artis la. Hahah. Tapi I sekarang ada masalah anxiety la. Ketar-ketar suara bila mula start menyanyi, tapi kalau dah naik syeh, microphone taknak lepas dah. Hahahaha.

Si Intan kata tahun ni dia taknak masuk karaoke. Dyba pon taknak. Dorang kata dorang nak jadik backup singer jer, tak pon nak jadik tukang menari jer dekat belakang. Haha. Bongok. ‘Izah (Ahli kumpulan baru) kemain pilih lagu Ning Baizura je. Tetiba tadi kata nak tukar lalu nasyid sempena bulan puasa tak lama lagi T___T So, tomorrow I’ll be away for 3 days ok? Probably hari Selasa baru I online sebab Isnin tu rasanya mesti flat habes badan, but I will try my best untuk update blog, mana tau ada yang rindu ker, kan? 

BTW, harini I nak share gambar makanan. Macam dah lama tak share gambar makanan. Ni semua gara-gara Diana Ishak (Green Apple) share video pempuan Jepun makan sebesen udon dalam entry dia dua minggu lepas, terus tengahari Jumaat tu I ajak bebudak ni makan udon. Jom tengok gambar. 



Dyba punya. Asari Ramen. Harga dia RM19.70

Tuesday, March 31, 2015

Ozeki with Hana

Assalamualaikum..

Semalam masa I share gambar lunch dekat Ozeki dalam group, Mira terus tak puas hati. Kata Mira, ‘Kenapa kalau dengan Mira Sushi King je? Kalau Hana boleh makan dekat Ozeki?’ Lepas tu Min jawab, kata Min, ‘Sebab Maksu takot kau pau dia la’. (Tenkiu Min tolong jawab. Haha) Lepas tu I jawab, ‘Yerla Mira, Hana kan pakai lawa. Takkan nak makan dekat Sushi King’. Hahaha. Kata Mira, ‘Yerla, Aku macam muka tak mandi sokmo. You wait you wait aku habes pantang nanti’.

Pastu I jawab acuh tak acuh, ‘Yerla, tunggu jer la’. Hahaha. Terus dapat bunguks dari Mira. Mira ni dia jawab nak kompiden je. Lepas pantang la apa la. Sentut jer. Dari dulu pon muka ‘masam busuk’ jer. Haha. Actually Mira memang mandi tapi dia ada masalah muka busuk. Konsep dia, mandi ke tak, muka memang jenis macam mintak lempang je. Tu mata panda tu dah 16 tahun Maksu suruh ‘do something’. Kang suruh pergi Aesthetic Clinic, her husband doctor pangkah plak. Ni nanti Elfie keluar eye cream ko tak beli siap ko Mira.

Lepas tu Mira, fashion rambut kapok Vanida Imran is so last year. Please do major make-over will ya? Potong la rambut pendek kasik fresh look. Mira kan tall? Pinggang ramping, body figure hour glass. Takyah usaha keras sangat dah nampak sexy tapi tu lerrrrrrrrrrrrrrrrrr. Number 1 tu, mata panda tu please Mira? Lepas tu diet. Lepas tu kulit kusam please la disiplin sikit pakai product muka and please potong rambut. Semak dah aku tengok rambut kau. E!

Dah la sampai Mira dah nak habes pantang I tak tengok-tengok lagi Irina Svetlana. (Nama anak Mira Svetlana. Jangan tiru eh korang?). Kata Mira, ‘Woi Maksu, anak aku dah nak masuk sekolah darjah satu dah ni. Bila nak datang tengok?’. Jawapan : Ko dulu tengok Shein masa dia 5 bulan? Apa ada hal??? Hahahahah. Sabar eh Mira, Maksu tengah bizi menyelamatkan dunia ni. Ahad nanti Maksu datang la tengok Svetlana. Pastu nak tengok la kemajuan Mira punya badan. Kata Mira dia hari-hari makan singgang ikan. Tak kurus taktau la. Takper, kiter tunggu Ahad ni.

Panjang pulak intro pasal Mira, padahal nak bagitau Lunch dengan Haha semalam. Seharian pilih tempat nak makan. Dari Chili’s sudahnya ke Ozeki. Naseb Hana kata New Style Sashimi tu sedap. Dia kata sedap, tapi dia makan 2 keping. The rest lagi 10 I yang makan. MUAHAHAHAH. Tapi Hana sangat la kurus. Masa pregnant debob giler, now dia breastfeed baby dia, berat 40-41kg je. Bapak la best. I berat 40kg rasanya masa darjah-darjah kot? Sian I Haha. 


New Style Sashimi. Harga RM78.00
I baru je makan ni, tapi tak pernah jemu sebab ianya bapakla sedap.

Wednesday, February 11, 2015

Finally OZEKI !!

Assalamualaikum..

Selepas 23 juta tahun tak datang makan dekat Ozeki, finally dapat jugak makan dekat sini. Yayyy!! Bapak la suka dan gembiranya I. Kan I pernah cakap New Style Sashimi dekat sini terrrpaling sedap I pernah makan dalam dunia? I dengan kaklong kalau mengadap sashimi dekat sini diam je menekun makan. Tak boleh bercakap dah sebab sedap sangat. Kata Kaklong, macam mana eh dalam dunia ni ada orang boleh cipta  sashimi yang macam ni? Sebab sedap gilerrrrrrssssss. Arrghhhhhh!!! Macam nak tarik-tarik rambut punya sedap dia tu. Hahaha.

Kali ni I datang dengan Ellis. Kitorang plan nak makan dekat sini dah 15 tahun kot? Ni baru dapat. Harga makanan dekat sini affordable. Tak la mahal sangat (kecuali sashimi). Depends la apa yang korang order. Tapi kalau Set Bento dia is less than RM30.00 dah boleh dapat. Kenyang pulak tu. Tempat dia pon exclusive and cantik. Sesuai la kalau nak treat kekawan or family for birthday kalau dorang suka makan Japanese Foods. Korang boleh check out gambar, alamat semua dekat bawah entry ni. Restauran ni Halal. Jangan risau.


Yang ni nama dia New Style Sashimi. Dalam dia ada sashimi yang dia slice macam Carpaccio. Ada salmon, white tail, tuna etc. Lepas tu dia rendam dalam sos yang masam-masam ni, and atas dia garlic goreng, peppercorn yang muda, rumput menda ntah yang kaler coklat tu, fish flakes ke eh? Entah. Tapi yang pasti memang sedap nak mampos. Yang ni I close up. Harga dia RM78.00 jer.