Monday, September 24, 2012

Sedikit cerita tentang makan dan tips pasal makanan perempuan mengandung (Cukup berilmiah kan tajuk entry?)

Salam...

Harini takder mood nak update pasal Europe Tour so kiter sambung pasal makan-makan lagi jugak la eh? Ok tak? Sebab kalau cerita bab makan, I semacam ada semangat yang berkobar-kobar la. Haha. Yang tak lalu makan sekejap jer, time mabok dulu. Yang ni ada la 6 juta kali kot I dah ulang cakap. Aku sendiri bosan.

Update sikit pasal pregnancy, harini I ada simptom baru. Semput. And jugak kerap berak. Makan jer berak, makan jer berak. Dah la toilet opis I ni yang duduk tak boleh buang air besar, so kena la turun ke tingkat bawah pinjam toilet dorang. Pastu sekian la lepas berak kena panjat tangga pulak nak naik opis sendiri. I jadik semput semacam la. Mengah toksah cakap. Tak sangka pulak athlete jadik macam ni. Athlete? Pui!

Dulu ada penyakit taknak berak. Sampai seminggu terperam tahik dalam perut sampai kena makan ubat sembelit la. Sampai sebesen berak lepas makan ubat sembelit tu. Skarang dah jadik lain. Macam-macam hal. 

And talking about makan semasa pregnant... Ada sorang adik anon yang tanya pasal makan raw fish/food during pregnancy. Sebetulnya memang wanita mengandung tidak digalakkan untuk makan raw food. Macam steak medium rare, salmon sashimi, sushi etc. Sebabnya makanan mentah ni ada bakteria menda entah. Google sendiri kalau rajin. Hehe. Tetapi tidak digalakkan tu tidak la bermakna tak boleh, tapi lagi bagus dielakkan and kalau kata la kalau teringin sangat, boleh makan tapi jangan la berlebih-lebih.

I ada tanya doktor I, kata dia... 'its ok, u still can eat what ever u wanna eat but in a small portion, sebab makan apa pun kalau dah terlebih jadik tak ok, I dont trust pregnant woman cannot eat pineapple, durian, sugar cane etc. Its  just a superstitious from orang dulu-dulu'. SO. I mengambil pendekatan, makan la apa sahaja asalkan jangan berlebihan. But tapai, nenas, rebung memang I elak jauh-jauh. Sebab tajam kan? Kalau ikut Mat Saleh, mana ada pantang makan masa mengandung and dalam pantang pon. Semua makan jer. Orang Jepun pun memang makanan ruji dia sushi, sashimi. Sihat walafiat malah panjang umur jugak kan?

So, its up to U and fikir mana logiknya. Sebabnya bab pantang makan ni semua kadang-kadang dah jadik subjektif and boleh buat gaduh sebab masing-masing nak ikut teori masing-masing. Event doktor pon kadang-kadang pendapat mereka berbeza..  Mana yang baik kiter ambik and mana yang rasa tak ok, letak jauh-jauh.... :) Ha... terus kasik nasihat macam mak-mak jer kan?

So now kiter check out beberapa gambar yang I put on my instagram. Kalo sesaper ada Instagram add la titew. Hew-hew. Tak malu kan promote diri sendirik macam ni... Heeeeeeee.....


Biasa makan dekat Johny's tak? Kalau biasa makan, next time order fish roll ni. Sedap giler. Isi ikan, roll dengan daun ketumbar and carrot. Boleh buat sendiri kat rumah kalau ada tempat grill and steamboat macam Mysara Isarazip. Ha, amek ko, terus letak nama penuh. Haha. Masa I makan ni, I pergi dengan Intan and Dyba. Dah pesan awal-awal, sorang ambik 2 jer. I pilih awal, amek yang paling gemok. Haha.

Yang ni pulak, Si Intan bawakkan I tadi. Spaghetti bolognese and carbonara. Terus up masuk dalam Instagram and lepas tu Si Filla yang jugak tengah mengandun sekarang ni komen sedih-sedih sebab terliur dengan menda ni. Cian dia...... I sangat memahami perasaan dia. Kalau dah teringin tu, boleh buat nanges kalau tak dapat. Mengada sangat. Macam nak lempang diri sendiri pon ada. Malu la I pada diri sendiri. 'Abang' dulu taff tau? Mana ada selalu drama air mata berlaku dalam kehidupan seharian. Skarang ni, ko letak orang umur 70 depan I, selamba je nanges keluar air mata. Bodo nih! Jatuh reputasi ai.

Yang ni pulak, gambar I baru-baru ni. On Saturday. Dengan Ema dalam jamban. Dalam jamban pon boleh jer ambik gambar. Nak tunggu dapat angle elok macam ni, ada la 10 keping ambik baru ok. Sekejap hidung 'M', gemok pipi, dagu lapan dan sebagainya. Tu yang kening aku sebelah kontot apa kes????

Oooo. Ini Wana. Nayang I. Bizi dia sekarang dengan insurance dia tu. Nak jumpa pon dah susah. Sekejap ke Kelantan, sekejap ke Kelantan. Eh, kerap benar pempuan ni pergi Kelantan. I agak, dia ada bf la kat sana. Suspicious btol. Kepada Nayang, jika anda membaca entry ni,  sila belanja aku makan Sushi mahal. Sekian terima kasih.

Ok dah. Sekian sahaja. Sakit belakang sakit belakang!

-EnD-

P/s : Ending sekarang ni memang biasa biadap macam ni kan? Main bye jer. Haha.

11 comments:

Filla said...

Aku baru nak twit ke apa ke nak tau boleh ke tak makan raw salmon ke apa.. sebab aku takut nak makan.. ye tak ye kan orang jepun tu itu je makanan diorang.. elok je? hahah.. ok nanti nak makan mentah.. gi laut tangkap.. hempas2 ikan terus kunyah.. memang styleeeee...

Unknown said...

komen 1: ending cam tuh ktini pun dh berjangkit sbb ktini rasa lagi ekfektif sbb bokpe nk bermukadimah bagai.. penutup jer pung

komen 2: makan sambal tempoyak kalo berlebihan pun boleh memudaratkan.. tanya tekak sambil tepuk perut tuh tgk takat mana blh masuk. I pernah mkn sampai tersandar tau, makan rendang jer pun sbb masa tuh kt jpn pulak yg buat adalah mak kawan yg dtg jadi tak ker gila kejap dpt rendang yg air tangan org tua masak???

komen 3: ktini still naik beskal walaupun masa tuh dh masuk 5bulan lebih.. jauh ler nk g check so mari kita kayuh beskal. sejuk2 nie takde sape nk dok lama2 kt luar. org mengandung jln mmg lambat tp kayuh beskal laju.. jadi kalau sue mana 1 pilihan. lambat pastu smpai klinik dh beku birat sbb sejuk atau cpt walaupun sejuk tp takdelaa smpai birat2 dek sejuk.. lgpun kakak ktini ckp dia mengandung dulu pun naik beskal... masa thn 80an

komen 4: hari2 ker sue makan raw fish?? takkan.. kalau hari2 mmg tak baguslaa. kalao takat seminggu sekali oklaa. ktini dulu pun seminggu 3-4kali jgak ker lebih hahahaa.... dhlaa makan jelah apa2 yg sue nak, kalau tak selamat takyah makan. jg ikut ktini, ktini gamble jer.. yatim piatu mmg begini hahaaa

aishah jamrek said...

betul la kot doc cakap macam tu..lgpun badan kita tak sama..ada yg boleh terima, ada yg tak..so kena study body sendiri cemana..

Chooyaya! said...

Filla : Sebelum aku mengulas dengan lebih lanjut, aku nak tanya nko. Semenjak bila nko dah makan raw salmon ni? Bukan dulu ko tak makan ker? Cis! Aku dah ketinggalan rupanya.... Siap nak pergi laut sendiri, hempas ikan and terus makan pulak tu. giler bedebanssss. Nko masa mengandungkan Acih ngan Ani, macam mana pola pemakanan nko? Adakah nko bantai semua or ko ada elak certain2 food? Macam aku cakap la, hal pantang makan time bersalin ni dah jadik subjektif. Ada yg kata boleh, ada yg kata tak. So aku rasa, terpulang la pada badan kiter sendiri... Kiter study badan kiter mcm mana and kiter tau apa yg badan kiter boleh and tak boleh terima. Gitu. Panjang lebar aku explen dah macam pakar pemakanan dah.

Chooyaya! said...

Kak Tini : Wah, siap kayuh basikal lagi la teror. Tak semput ker? Su cepat mengah/penat la. Tu baru naik tangga muka dah naik biru-biru, kalau naik basikal taktau la bagaimana. Mungkin pengsan ditengah jalan barangkali. Tapi salute la ngan Kak Tini dapat bertahan dgn cuaca sejuk, mcm Su ckp la. Su mmg kalah dengan sejuk. Hilang mood ok? Terus nak ngamok2.

Pasal raw fish tu, idak la makan hari2 Kak Tini. Mahal kan? Skali makan dua orang dah rm60. Kalau nak makan hari2. seminggu dah jadik rm420. Pergh! mahal sangat tu. Su biasa makan paling banyak pon 3 kali la.. Tu [paling banyak. Biasa once a week la. Tapi portion tak la banyak. Makan sikit jer kasik lepas gian. Sazli la skarang yang over makan salmon. Gewam tau?

Chooyaya! said...

aishah : btol... badan kiter macam tak sama... macam kaksu, kalah dengan menda2 berangin. kalau makanan sedap2 ni takde pantang langsung. cumanya skarang kalau makan banyak sikit, nanti badan lengoh and tak selesa. itu sajok.

Filla said...

hoi pakar sangat haha.. masa Acih aku skima gila.. tak minum air gas langsung, minum air kelapa hujung pregnancy nk bg kulit anak cantik katanya.. makan buah delima nak bagi mata anak cntik.. tpi tu semua masa Acih.. amsa amaani aku tibai je.. yang ini lagi lah aku main tibai ;)

Unknown said...

alaa sue kayuh beskal pun bukan payah bertolak. kalo jln kaki mmg mengah, naik tangga apantah lagi.. ktini suka musim sejuk walau bila nk kencing rasa nk pecahkan jamban duduk tuh sbb cam duduk atas ais. lgpun semua sama jer nmpak debab sbb pakai baju tebal. cuba time summer, makan hati tgk diaorg sana langsing2.. nway makan jer apa sue rasa nk makan.. selagi tak memudaratkan sudah.. tp kalo tgh sedap reti ker kita nk berhenti?? hahahha...

Chooyaya! said...

Filla : ko makan main tibai je makan masa mengandungkan ani dan dia jadik secomel, segebus tu? ko mmg takder minum soya ker apa la kira? al hamdulillah.... ada harapan anak aku comel jugak walaupun susu segelas pon tak penah habes... sekian terima kasih...

Chooyaya! said...

kak tini kira kuat dan hebat la boleh kayuh basikal. tak kira, nak cakap jugak kak tini kuat.... pasal makan ni, malam su dah tak boleh makan la kak tini. perut sendat. nak enjoy makan pon ala2 jer.. sebab nanti kalau kenyang sangat, su tend to memuntahkan balik makanan. sebab nanti susah nak bernapas and rasa tak selesa.

mama bosan said...

Tau xpe.hehe