Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Friday, December 11, 2020

Kek Sedap By I Bake You. Hehe.

Assalamualaikum..

Hi semua. Sorry sebab dah lama tak update blog. Sebulan ada kan? Ramai yang DM I lepas tu marah-marah sebab I dah lama tak update blog. I memang super busy menyelamatkan dunia. Kan sekarang I dah baking? I mengambil kata-kata Forumers yang cakap 'Rumah dah baru, dapur dah besar tapi Brownies pon buat yang pre-mix je'. SO menyahut cabaran tu, I pon start taking orders and all and now tengah mengasah skill baking and start buat cakes yang lebih mencabar macam Square Red Velvet and Icing Cake as well. So, look at the bright side, I nak ucapkan terima kasih pada Forumers yang kutuk tu. Kalau tak sebab kutukan tu, I rasa sampai sekarang tak jadik apa pon. I owe you guys! Thank you (^-^).

Semalam paling hectic days untuk I. Really. I penat giler sampai I nanges. P E N A T  G I L E R.  Kekadang kalau orders banyak, malam pon I still bake. Esoknya pukul 4.30am I dah bangun. Non stop baking kekadang membawak ke petang. Sakit belakang tak payah cakap la. Sebab I buat semua alone. I ada cakap dekat Intan suruh dia tolong settle pinggan mangkok lepas tu kata Intan 'Bayar by hours la Kaksu. Minimum Intan duduk rumah Kaksu 6 jam'. Dia nak charge sekali time yang dia duduk-duduk tu. Macam ni Tauke Balak pon boleh miskin. Hahahaha. 

Impian I nak ambik 1 day off, lepas tu nak pergi massage, buat kuku, buat facial and all. Tapi tengok jadual and orders, rasanya takkan berlaku la dalam seminggu dua ni. But Alhamdulillah semua OK je and I happy beyond any words I can describe. I happy boleh bake sebab memang dah lama pasang impian nak baking. Disebabkan nak settle Order cakes and pakai braces, I dah lost dalam 10-11kg. Nak makan pon tak sempat. Last month yang I kena admitted tu, from I punya self-diagnose, InsyaAllah I OK. Haha. Doktor-doktor I memang berbulu je kalau cakap pasal follow up treatment and medicine sebab nanti I cakap 'I punya self-diagnose, InsyaAllah I OK and I decide to stop the medicine'. Dapat dengan Doktor Shahrul, ditunjalnya kepala I. Sampai hati. Anyways loveliesssss, I nak share beberapa cakes yang I dah buat. Enjoy and please jangan jilat screen laptop/computer OK?


Yang ni 9x9 Square RV. I letak Kit Kat Balls and Kinder Bueno. Konsep topping cake ialah apa yang ada dalam peti ais. Kekadang plan nak letak Kit Kat Balls, tetiba eh mana semua dah hilang???? Pastu bila tanya Shein 'That's my shokolat Mama'. So apa ko nak cakap? Yang ni RM65 starting price. Nak tambah Nutella, Berries etc for RM5.00/item

Monday, November 2, 2020

Brunch at Tapestry

Assalamualaikum..

Since MCO ni memang dah jarang kan dapat makan dekat luar sedap-sedap? Hehe. Sembang. Padahal ada je. Tapi kekadang muka kodok, malas nak snap gambar. Tapi haritu pergi Tapestry tengok cantik je, so rugi kalau tak ambik gambar. Orang panggil apa eh tempat stylo macam ni? Ha, Cafe Hipster! Kat KL ni Cafe/Restaurant Hipster dah tak terkejar dah. Melambak-lambak. Tapi nak cari yang ada betul-betul special sampai menusuk hati macam susah. I haritu tengok cerita Chef dekat Netflix, terus teringin nak makan pull beef dengan smoked ribs. Sedapnyaaaaaa. Mat Saleh kalau masak nampak sedap je. Terliur I tengok Cuban Sandwich. Makan panas-panas perrrghhhhh. Kat KL mana nak cari Cuban Foods eh? Tapi taknak fine dining. Nak Food Truck. I kan, kalau I kaya. I nak bawak all street foods around the world dekat satu tapak Food Truck. Original resepi yang takde infuse apapa tapi Halal. Kalau boleh Chef pon kena dari negara asal. Cool kan? Buat ala-ala Carnival punya park. Wow. Sound like a plan kan? Sesapa nak invest boleh email I. Hahahahha.

Anyway, I datang Tapestry ni dengan Ellis sempena dengan birthday I. Dah lama tak jumpa Ellis. I miss her dearly. 2020 ni banyak sangat menda yang mengejutkan berlaku. MCO sampai dua kali. I rasa macam 2020 habes macam tu je. Dulu masa sekolah rendah, selalu cakap pasal Wawasan 2020. Cakap ada kereta terbang la apa la. Tipuuuuuuuuuuuuu. Tetiba Covid yang melanda habes lumpuh satu dunia punya ekonomi. Time ni la Sazli cakap 'Mama best kan kalau time Xmas pergi US?' Sembang. Nak naik kapalterbang pon takot. Nak pergi US konon. Hahahaha. Now sambung MCO sambung lagi 2 minggu. Shein pon will continue online learning yang end macam online class tu aku yang kena attend. Pffffft. Kejap kang 'Mama, Mama, Mamaaaaaaaaaaaaa'. Kekadang Sazli pon sama naik. Ya Allah dua orang jantan kat rumah ni cukup hingaq dah. I tak boleh imagine orang ada anak 4 macam mana. Salah sorang tu manakan boleh tengok kalau memasing tenang. Si Shein dah diam, Sazli kacau. Saz dah diam, Shein baring atas muka dia. Hish!


BTW, I suka ambient Tapestry ni. Luas, selesa. Foods pon OK. Time MCO ni, takde masalah pon nak pergi sebab kawasan dia luas so banyak meja yang available.

Monday, October 19, 2020

Bubblebee Icecream and Macau Scam?

Assalamualaikum..

Orang lain dah berzaman makan Bubblebee, I semenjak yang kecoh-kecoh kata Bubblebee tu Macau Scam yang set up baru la terhegeh-hegeh nak makan. Memula tak terpengaruh sebab Intan cakap tak sedap, biasa je. Lepas tu De I cakap rasa 'wangi' macam makan perfume, Ama officemate I pon cakap biasa-biasa je so I pon macam malas la. Lagipon biasalah, skeptical sikit dengan product local. Ada rasa macam 'sedap ke macam termpat lain?' Lepas tu ada one day, I turun kat tempat Dyba, tengok Kak Ani ada beli. So I try la. Dalam dia ada Cornflakes, memang la I sukaaaa. Lepas sesudu, sesudu I makan. Tak sedar tetiba termakan banyak. Price wise I rasa Bubblebee ni takde mahal sangat tapi delivery charge dia memang sampai RM20.00 so kalau nak order beramai-ramai tu agak worth it la. But kalau takat beli satu je, tak payah. Tak berbaloi. Bubblebee punya cawangan pon takde berapa banyak sangat and yang ada kat Ampang ni pon haritu I tengok, dah tutup. Dari situ la I tau yang sebenarnya Bubblebee ni bukan own by orang yang disebut-sebut terlibat dengan Macau Scam tu, tapi orang Macau Scam tu yang bukak franchise. Yang ni kalau ada nkorang dengar pasal wrong info, betulkan OK? Suspect Macau Scam only franchise bukan brand owner. Kita kena kesiankan brand owner, susah payah dorang build the brand and Netizen sesenang tu nak kill business orang. Jangan seronok sangat OK tengok kejatuhan orang. Tak baik macam tu.

Actually I baca jugak la dalam sosial media etc pasal Netizen yang kecam geng-geng Macau scam ni. Pasal kes lompat pagar SPRM tu semua, kekayaan tak masuk akal etc. Pastu cakap pulak Si Shuib dengan Sarah pon terlibat and habes semua nkorang google harga harta menda Si Shuib ni termasuk jam dia harga beratus ribu segala. Actually, to be frank bila tau pasal Macau Scam ni yang dikatakan terlibat tu ORANG MELAYU I ada la rasa bengang. Baca pulak yang terkena tu kekadang orang kampung tua-tua yang dah simpan duit lama. Habes beratus ribu and juta pon ada. Pastu puak-puak Scammer ni berbelanja macam takde hari esok. Duit melambak-lambak. Beli handbag berpuluh ribu sekali shopping dengan boleh sponsor kawan-kawan pergi oversea dari top to toe rasa macam 'mewahnya hidup dengan menipu orang' TAPI bagi I netizen cuba bawak bertenang. Selagi takde pertuduhan, takde bicara, tak masuk mahkamah and tak didapati bersalah, jangan le cepat menjatuhkan hukuman eh? Bawak-bawak bertenang.

But bagi pandangan I sendiri pon, dah kalau dalam lokap SPRM pon boleh lepas panjat pagar hurm... A bit suspicious la. Dah tu, Polis tak tangkap ke? Adoi la. Zaman sekarang ni mahkamah pon dah kalau masuk campur politics, jadi susah jugak nak percaya. Anyways.. Tadi nak cerita pasal Bubblebee sebenarnya.



Favorite I. Golden Series Ice Cream. Dalam dia siap ada honeycomb. Harga dia is RM13.90. I kasik 5 bintang. Sebab memang sedap. Ice cream honey, ada honey, ada cornflakes, ada bubble. For me memang sedap lah. S E D A P. I want now please!

Wednesday, September 30, 2020

Ayam Ketuk 3 Jempol Yang Sedap!

Assalamualaikum.

Sapa kat sini suka makan Tiga Budak Gemok dengan Ayam Gepuk Pak Gembus angkat tangan! Kalau nkorang suka makan dedua ni, but tak boleh decide nak makan yang mana satu I ada jalan penyelesaian. Jawapannya ialah Ayam Ketuk 3 Jempol! Sapa yang tak pernah try lagi, boleh la try lepas I share experience I makan dekat sini. Teringat-ringat pulak la kesedapan dia. I ni memang pantang sikit kalau makanan yang ala-ala spesis Ayam Penyet. Memang itulah yang I akan makan. Sebab tu dulu kalau keluar dengan Kaklong, if dia tanya I 'Dik, nak makan kat mana?' I akan jawab dengan tayang gigi je. I sama la macam Izzah. P A N T A N G dengar Ayam Penyet! Hahahaha. I rasa I ni kalau hari-hari makan Nasi + Sambal OK je boleh hidup. Dah ni pulak ada Ayam Ketuk 3 Jempol setel masalah I. Sebab apa? Sebab I memang hantu kicap. So sini ada ayam masak kicap. Dah ada Ayam Masak Kicap, macam mana pulak dengan Sambal Penyet? Jangan risau sebab Sambal Penyet pedas berdesing pon ada jugak. Siap ada Telur Dadar, Sup, Tauhu and Tempe. Bagi I, Combination Ayam Ketuk 3 Jempol ni paling brilliant and paling kena dengan tekak I and complete among semua jenis set nasi macam ni.

Set dia pon murah. Macam yang I makan ni ada Ayam Kicap, Sambal, Telur Dadar, Tauhu and Tempe Goreng, Keropok and Kobes + Air free flow + Nasi tambah free flow and Sambal boleh tambah ikut suka hati cuma RM11.90 je. Murah giler kan? But Air and Nasi Tambah free flow ni available untuk dine in aje. Set yang I makan ni, yang paling mahal among set lain tau? Tu pon RM11.90 jeeeeeee. Set lain pon ada, nanti I share dekat bawah. Paling murah set dia RM9.90 je. Sapa kata dekat KL RM10.00 tak boleh makan sedap? Boleh jeeee. Yang penting kena la pandai pilih. Dekat Ayam Ketuk 3 Jempol ni dengan RM9.90 complete semua dengan air sekali. Muraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!! Huwaaaaaargghhh muraaaaaaaaaah (terbalikkan semua meja sebab murah sangat hahahaha)


Pujaan hatiku. Set Ayam Ketuk 3 Jempol. Sedapnyaaaaa! Sambal dia pon memang terbaik la. Kalau nkorang nak tau, masakan dekat sini is made to order tau? So semua yang dia serve ialah yang fresh belaka. Ayam baru goreng serve panas-panas, sambal baru gesek. Semua fresh. Set Ayam Kicap ni RM11.90 termasuk air.

Wednesday, August 19, 2020

Ikan Bawal Kelapa Sawit

Assalamualaikum..

Actually I dah lama dah nak makan Ikan Bawal Kelapa Sawit ni. Selalu nampak orang upload masuk dalam IG. Nampak macam sedap and Sazli memang a big fan of Ikan Goreng panas-panas macam ni. Fifie pon cakap kalau balik Penang, dia wajib makan dekat sini. Sapa pernah makan? Bagi I, makan kat sini boleh dikatakan sedap sebab Ikan dia goreng panas-panas and fresh jugak. Gulai dia pon sedap and I love the ambient. Makan bawah khemah, surrounding dengan Kelapa Sawit so dia ada feel ala-ala kampung tapi haritu ada yang komen dalam IGS cakap, avoid datang time peak hours sebab 1) orang ramai 2) panas lit-lit. Masa yang I datang haritu I rasa dah over waktu lunch. Kitorang sampai dalam pukul 2.00pm macam tu so orang takde ramai sangat. Senang nak dapat parking and tempat. I tengok kat sini, Cina and India pon makan jugak. 

Menu dia simple je. Ada Ikan Bawal dengan Kicap Pedas, ada variety of gulai and ada jugak Kari Kepala Ikan tapi yang tu cepat habes. Kalau nak makan Kari Kepala Ikan kena datang awal. Makanan sampingan yang orang selalu ambik is Telur Masin, Ulam-Ulam and Sambal Belacan. Lauk-lauk lain macam takde pulak tapi bagus la. Kang kalau melambak lauk lain dah pening nak fikir apa nak makan. I tak reti makan kalau ada lauk banyak. Kang pusing-pusing I ambik Ikan Goreng + Sambal Belacan + Taugeh. Hahahaha. So bila lauk tak banyak, kita focus on Ikan Bawal je la. Ikan kami ambik sorang sekor. Senang takyah rebut-rebut. Kicap boleh curah atas dia or boleh letak dalam bekas asing. Kalau I, I prefer kicap curah atas ikan tu, lagi sedap!


Kitorang ambik Ikan Bawal, Pajeri Nenas dengan  Gulai Ikan sikit. Settle semua ye? Selera I makan. Ingat weekend ni nak masak macam ni la. Simple and kena je combination dia.

Thursday, August 6, 2020

AYAM PENYET THE RETURN

Assalamualaikum..

Haritu setelah sekian lama, dapat la kitorang keluar berempat. Teringat masa dulu dekat Menara. Lunch hour makan sama-sama, hingaq nak mampos. Tapi Kaklong takde la. Sebab now dia dah jadik Cikgu Lalika (Tadika) so lunch hour dia tak sama macam kitorang. Agak susah la nak kumpul sama-sama macam ni sebab semua kitorang dah lain-lain company and dah ada kawan-kawan lain. Intan, Dyba, Izzah and I. SEMUA dah tingkat lain-lain and tak sama dah. Dyba paling setia dengan department lama. Sayang betul dia dengan Kak Ani. Hahahaha. But ada masa, kitorang akan kumpul la and cuba curi masa untuk jumpa sekejap-sekejap. So haritu, kitorang janji nak makan dekat Sunway Putra Mall. Takde specific place pon. Biasalah perempuan, soalan 'Nak makan kat mana, nak makan apa?' paling susah nak jawab. Kita pergi je dulu and decide kemudian. Time ni semua orang tak boleh bagi jawapan. Berani la kan tanya I sebab kalau tanya I, I sure akan jawab 'Ayam Penyet!' Hahahahahahahahha.

Intan memang dah berbulu dah dengan Ayam Penyet tapi memandangkan penyokong Ayam Penyet I berdiri teguh di belakang (Izzah) so dia takde pilihan, terpaksa ikut. Nak terkeluar bijik mata Intan masa I cakap Ayam Penyet. Dia cakap 'Kaksu ni kenapa eh dengan Ayam Penyet?' Pastu I tanya dia balik 'Apa masalah Intan dengan Ayam Penyet?' Lepas tu dia cakap. 'Tak cukup dengan office lunch hour nak makan Ayam Penyet, Food Panda dekat rumah pon nak Ayam Penyet jugak. Eeeeee tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa'. HAHAHAHAHAHA Kaklong pon sama. Dulu kalau keluar berdua dengan I, dia akan tanya. 'Dik, nak makan apa?' Nanti I tak jawab, I senyum je tayang gigi lepas tu dia cakap 'Aduhhhhhhh, Ayam Penyet la tu!' Sebab tu la, kalau dengan I nak makan, decide awal-awal. Sebab kalau tanya nak makan apa jawapan dia ialah AYAM PENYET WAHAHAHAHAHAHHAHA.

Sapa eh haritu cakap dekat I, Ayam Penyet ni Petani Indonesia makan sebab dia takde duit. So dia makan la Nasi + Ikan/Ayam Goreng + Sambal + Ulam. Hari-hari makan menda yang sama je. Tapi betul tau? Ni memang makanan ruji macam pekerja-pekerja kontrak Indonesia. Masa rumah Mak kat kampung dulu kan? Pekerja Indon memang hari hari haaaaaaaaaaaaaaaaari makan Ayam/Ikan Penyet ni. Tapi dorang akan makan dengan Tempe and Tauhu. Tempe and Tauhu ni compulsory, kena ada. Yang Tauhu tu, lagi bacin, lagi dorang suka. Taktau la kenapa.


Dyba peminat Udang. So dia order la Udang. Ayam pon dia suka, tapi daging dia tak makan. Sama macam Anny. Anny kalau makan daging, dia akan hisap juice dia je lepas tu hampasnya dia keluarkan balik. Macam orang makan tebu. Hahaha.

Monday, July 13, 2020

Happy Birthday Fifie

Assalamualaikum..

Since I jumpa Fifie a week after dia punya birthday so lambat la sikit dapat celebrate birthday dengan dia. Fifie punya birthday 19th Jun memang la I akan ingat sampai bila-bila sebab sama dengan I punya wedding anniversary. Memula plan nak makan dekat Momotalo sebab Fifie suka makan dekat situ tapi Momotalo rupanya close every Monday. Cis! So kitorang change la venue to Burnin' Pit. Location dia dekat depan Momotalo tu je. Syok jugak nak try dekat sini boleh makan smoked beef. Dorang akan smoked daging for more than 12 hours. Kat sini yang popular is dia punya Beef Brisket la. Selalu tengok dalam TV Mat Saleh smoke daging lama-lama macam ni. Imagine daging kat luar nampak macam hangit-hangit tapi inside tender and juicy. Perrrghhhh!! I pon takde la beria sangat dapat makan sebab pakai braces kan? Jamah-jamah la Fifie punya. Sauce dia pon semua sedap-sedap. One more, if kita datang masa birthday month kita, kita akan dapat discount as well tapi I tak ingat la berapa. 10% kot? Hahahaha.



Birthday Girl makan Beef Brisket 200 gram. Yang ni harga dia RM44.00 je. If suka makan daging boleh je order lagi berat tapi minimum is 200 gram lah. Sedap daging dia. Juicy inside tapi hanget-hanget sikit kat luar. Makan dengan Roti and cili jeruk tu. Sedap! Grilled veggie tu order asing, RM7.50

Thursday, June 18, 2020

Teriyaki Sauce by Japonas. Sedap!

Assalamualaikum..

Sapa suka makan Beef or Chicken Teriyaki? Kalau ada yang suka makan, I nak suggest nkorang masak Teriyaki guna Homemade Sauce dari Japonas Homemade Sauce ni. Sedap and senang. Tak pedas, tanpa bahan pengawet, pewarna or MSG. Kalau dalam peti ais boleh tahan sampai sebulan and kalau letak dalam frozen boleh tahan 3 bulan. Sebotol tu kalau untuk 2-3 orang makan boleh guna untuk 4 kali masak la untuk I sebab I suka kuah banjir. Korang boleh masak guna semua protein macam Ayam, Lembu or Seafood. Boleh makan dengan sayur macam Taugeh or Cabbage with Carrots and Mushroom. Cara nak masa pon senang. Memula panaskan minyak, lepas tu masukkan any protein. Dah half cook, curahkan sos teriyaki. Siap! Macam I, I suka dia pedas sikit so I letak blackpepper sauce dalam 2 sudu. Sapa yang taknak tak payah. Garam, gula apa semua tak payah letak dah. Nak garnish ikut suka korang macam mana. 

Sazli suka kalau I letak crunchy garlic atas dia. Makan dengan taugeh. Taugeh pon I masak ala-ala Jepun la sikit. Letak sesame oil dengan Garlic Powder. Pair dengan dua ni dah cukup dah. Sedap! Kalau Ayam tu korang gula la boneless type. Senang nak makan. Daging pulak, guna batang pinang so dia tak liat or beli yang quality sikit macam Striploin or Ribeye. Sekarang ni banyak dah kan daging premium yang murah seketul RM15.00 - RM25.00 tu (berat approx dalam 220gram). Korang tengok kat FB ada banyak or beli dekat Sejadi. Website dia dekat sini. Daging dekat sini InsyaAllah semua lembut. Maksudnya korang boleh just panaskan minyak and masukkan terus daging. Tak payah nak rebus macam daging yang kita masak untuk buat rendang/gulai semua tu. For me untuk seketul jenis Australian Grass Fed or Tenderloin tu is good for 2 person. Preparation time is less than 15 minutes siap semua dah boleh makan dah.



Beef Teriyaki (Kuah Banjir) menggunakan Teriyaki Homemade Sauce by Japonas dengan Taugeh Goreng lebam. Hahahahaha.

Wednesday, June 17, 2020

Kottu Roti

Assalamualaikum..

Belakang office kitorang ni ada satu Kedai Mamak tau? Tak sure apa nama dia tapi kitorang biasa panggil Kedai Dubai je. Situ Roti Canai dia semua sedaaaaaap giler! Intan suka makan Roti Canai + Kuah Kari banjir dengan telur half cook letak dekat atas tu dua biji. Roti Telur, Roti Sardine pon semua sedap. Maggie Goreng pon sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaap! I suka jugak makan dekat sini. But kadang-kadang kita tukar la makan dekat Kedai Mamak A1 or makan Mihun Goreng Bodoh dekat V3. Situ Mihun goreng dia simple je tapi sedap. Makan dengan Sambal Tumis and Telur Goyang but no matter how sedap all foods yang ada dekat area Office I ni, meanwhile I have to say goodbye. Sampai lah I dah biasa dengan braces I ni. Ni dah masuk seminggu, I dah boleh la makan macam Maggie Sup. But telan jer la. Nak gigit apapa semua tak berani. Ada masa I beli je Kek la, Cookies la, Durian la. Bukan dapat makan pon tapi sajeeeeeeeeeeeeeee beli sebab nak isi masa lapang. Hahaha. Semalam I beli Durian sebiji. Isi kuning, tapi tak ingat apa nama durian tu. Makan seulas je. Si Shein taknak sebab dia sekarang eksyen nak Musang King je. Tau pulak tu yang bukan Musang King. So nanti I buat Tempoyak jer la kot?

OK sambung cerita pasal kedai Mamak belakang office I ni. Kat sini ada jual Kottu Roti. Sapa pernah dengar? Basically it's a roti canai yang dicincang halus lepas tu dia masak macam Mee Goreng Mamak. Nak ayam boleh, daging boleh, telur pon boleh jugak. Dalam dia letak carrots and bawang besar lepas tu ada rasa macam rasa kari-kari sikit. Ya Allah sedapnyaaaaa! Kottu Rotu ni actually takde dalam Menu tapi haritu Farhan tanya boleh ke masak, Mamak tu cakap boleh. Lepas tu berjangkit-jangkit dekat kawan-kawan office yang lain. I tak boleh la rasa banyak, rasa macam sesudu je macam tu. Cita-cita I, nanti bila dah comfortable dengan braces ni, I nak order Kottu Roti double dengan Telur Goyang. Perrrrrghhhhh! I ada Google pasal Kottu Roti ni. Actually Kottu Roti ni is Sri Lankan punya Street Food. Resepi dia ada macam-macam lah but kalau dekat Malaysia I believe dia masak macam buat Mee Goreng Mamak je. Untuk resepi original korang boleh tengok dekat sini. Kalau Sri Lankan original resepi dia akan letak Sri Lankan Curry Powder and a few type of chili powder but compulsory ada dalam dia carrots and daun bawang.


Kottu Roti

Tuesday, April 21, 2020

Restoran Beriani Asif With Geng Serai

Hi everything, I post balik entry ni sebab
1) Macam teringin nak makan Asif, 
2) Rasa rinfu dengan Geng Serai
3) Sebab lapar

publish : 17/1/2018
re-publish : 21/4/2020


Assalamualaikum.

Tachiu la Ongkaya Aliah bawak I makan sedap dekat Restoran Beriani Asif (Pakistani Restaurant) dekat lorong-lorong gelap area Bukit Bintang sana ni. Sini best la wei. Restaurant ada aircond and semua pon sedap. Seriously, restaurant ni memberi I different thought and view of Nasi Beriani gitchew. Kalau sebelum ni, if Boss I nak makan Nasi Beriani untuk jamuan apapa dekat office memang tak la I nak sentuh. Sebab I tak suka makanan hari raya (bersantan). I suka yang sambal-sambal cenggitu. Ongkampung kan suka makan sambal-sambal ni? Kalau Hari raya tu, if Mak masak Kari, yang sebelum masuk santan, I mintak asing. Makan dengan kicap, lagi sedap. Punya taknak ada santan. Hahaha. I memang tak berapa suka Beriani ni sebenarnya. Macam Nasi Minyak, Nasi Kandar, Nasi Tomato pon I tak berapa suka. Ada la tingin sesekali yang maybe once a year camtu. Yang I suka hanyalah Nasi Ayam Penyet, duit yang banyak untuk shopping serta tido dalam bilik yang sejuk ada blanket comfy macam hutel. Eh, tu dikira jugak ke? Hahahaha. Bongok I. Sini memang sedap. Sedap yang REALLY SEDAP. SERIOUSLY. Korang kena try jugak sini one day. Lepas tu jangan lupa order Cheese Naan as well. Pon sedap. Dia punya Mango Lassi pon sedap jugak. Kaw and fresh. Price pon takde la mahal sangat. Semua between RM10-RM30.00++ je macam tu. Kalau tengok menu dekat sini yang paling mahal is Lamb Karahi RM35.00 and yang lain below RM30.00 pon, so tersangat affordable. Masa memula Aliah cakap Beriani I macam terkejut la jugak sebab dia tu mana boleh kedai panas-panas kang nanti muncung sedepa. Sekali datang sini baru I tau. No wonder la Drama Queen ni suka. Selesa and ada class rupanyaaaaa. Tak sangka dekat lorong-loronng macam ni tetiba ada restoran best. Jom tengok gambar.


Yang ni Mango Lassi. Ambik satu jug terus. Harga satu jug RM15.00, satu gelas RM5.00 so kalau nak berbaloi lepas ni korang datang 3-4 orang ambik 1 jug je. Kalau tak abes, paksa minum sampai habes jugak sebab membazir amalan syaitan. Ini guna mango fresh eh? Please. (Dah I nak belagak kenapa)

Wednesday, March 25, 2020

Work From Home - Day 7

Assalamualaikum.

Baru masuk Day 2 Work From Home. As for now, I OK la lagi (tapi ada la rasa nak muntah sebab terperap je dalam rumah). Memang occupied je all the time sebab nak settle house-chores and kerja office and at the same time nak tengok Shein punya online kerja sekolah as well. Dah la ada deadline. Submit dia kena daily OK? Rasa macam tak sempat je. Ramai je colleague yang cakap actually WFH ni lagi penat compared to datang office. Nak lagi emak-emak yang ada anak kecik. Kerja pon ye, kerja rumah pon nak kena settle, masak semua pon still kena buat BUT ini je cara untuk kita semua putuskan rangkaian Covid-19 ni. Kalau tak, nanti jadik la macam Itali. Taknak kan? So semua orang kena la dengar arahan Kerajaan untuk stay at home and jangan keluar. Hanya kita yang boleh bantu diri kita untuk stop penularan virus penjahat ni.. OK sambung balik later. I nak masak.

Hi. welcome back.

Lepas almost seminggu baru edit entry ni. Hahahahaha. Busy and penatnya lah duduk rumah. Dah la asyik masak je. I rasa lagi 2 minggu macam ni, maybe I dah boleh jadik peniaga dekat Bazar Ramadhan. Ni esok Sazli request nak makan Kuih Lopes. Tengok berjaya ke tak. Suruh beli kelapa parut untuk golek kuih lopes, dia bedal beli macam nak makan kenduri. Haritu lagi comel, suruh beli bawang lepas tu stressed kenapa bawang tu ada size kecik, sederhana and ada color kuning. Masuk kedai keluar kedai (sebab I ada dalam kereta) lepas tu tunjuk I bawang 4 biji. 'Betul ni kan Mama?' Betul memang la betul, tapi 4 biji tu memang dapat sekali masak je la. Hahahahaha. Tapi kata Sazli yang size tu, 4 biji je ada. So dia beli lagi seplastik yang size kecik, lepas tu seplastik yang kaler kuning (Bawang India). Pandai pon. Ya Allaaaaaaaaaaaaaah tak sangka dah survive Day 7. OMGGGGG. I rasa I makin putih sebab tak main panas and makin gemok sebab kerjanya makan je pagi petang siang malan. Hahahah. Nah I share masak masa Day 1 Movement Control Order ni.


Sambal Ikan. Kemain kurus Ikan Kembong I. Entah-entah Ikan Selar. Tapi buat sambal ni, memang sedap. Walaupon nampak Ikan I macam berenang dalam minyak. Oh well, kerja company minyak, so minyak kena la guna banyak. Hehe. Nak resepi jugak ke acane ni?

Tuesday, March 17, 2020

Nasi Ayam Lagi

Assalamualaikum..

Sabtu and Ahad haritu memang kitorang mereput je kat rumah. Takde buat apapa. Dua hari bedal makan Nasi Ayam. Memula Sabtu tu, Kak Fiza and Abang Amri datang. Ahad pulak family Cikgu Khairi pulak datang. Semua pasal Covid 19 ni la. Paranoid giler nak keluar. Especially pada Shein lah. Friday haritu pon dia tak sekolah. Dia cakap dia tired. Sekolah pon this week boleh balik at 1.00pm sebab ada test untuk bebudak Year 3 keatas. Sekolah pon cakap, if the kids rasa tak sihat boleh stay at home but pembelajaran akan berjalan macam biasa. (Tapi harini dapat memo sekolah tutup. Semalam je la sehari Shein sekolah). Naseb la Sports Week dah settle 2 minggu lepas, kalau tak I rasa memang semua kena postponed. Nak pergi kenduri and all pon sekarang rasa macam takot. Sazli Ahad tu I mintak dia beli ayam dekat Giant Ampang pon, dia cakap tetiba rasa macam tak sihat. Hahahaha. Paranoid. But memang betul pon last week, ada kedai yang kena tutup sebab staff PUI (People Under Investigation) for Covid 19.

I rasa Covid 19 ni makin serious and jadik lagi gelabah bila ada orang yang terlalu banyak free time and create unnecessary panic untuk orang lain. Amenda la. Cuba la bagi right info and get the facts right before spreading dalam WhatsApp. Bukan la nak kata I tak concern about Covid ni tapi be smart. Facts kena ada. Lepas tu Do's and Don'ts kena follow. Selalu cuci tangan, elakkan things yang boleh buat kita terdedah pada virus and most important jangan selfish. Kalau baru balik dari travel especially dari negara-negara yang tinggi kes Covid and lepas tu ada selsema, demam and batuk JANGAN LA DATANG KERJA AND EXPOSE ORANG LAIN DENGAN PENYAKIT. Elakkan la berkumpul beramai-ramai. Jangan jugak jadik penyebab untuk dijangkiti or menjangkiti. As or now dekat Malaysia takde lagi kes kehilangan nyawa and I hope jangan la ada. Kang nanti lagi la huru hara. But malam tadi dah keluar dah dalam TV pasal Restricted Movement Order. Malas nak cakap lagi la pasal Covid ni. Rasa macam bengang. Anywaaaaaaaaaay nak cakap, Nasi Ayam I sedap. I guna resepi I sendiri dekat sini.




Nasi Ayam ni resepi dari Mak Azizah. Sazli cukup happy I mewarisi resepi ni. Very simple je. Tapi InsyaAllah sedap.

Tuesday, March 10, 2020

Satay Madura Sedap Di Ampang. (I love Ampang)

Publish : 25 Jun 2015
Re-Publish : 10 Mac 2020

Assalamualaikum…

Semalam masa on the way nak pergi ke Flat Taman Dato’ Ahmad Razali tu, I dah berdebar-debar sebab takot kalau Abang Motor jual Satay Madura/Satay Indon tu takde. Masa nak masuk simpang I dah menjerit melompat dalam kereta, pastu Sazli kata, ‘Bubu adaaaaa!’ Eh, tetiba Sazli sama excited. Kelmarin masa orang ajak eksyen bukan main. Cakap nafsu la apa la. Pui! Tak sempat nak berenti kereta betul-betul I dah terjun keluar. Hahahaha. Bongok giler. I tanya abang satay tu, dia ada hari-hari ke? Kata dia, dia memang ada hari-hari. Open business dari pukul 4.00pm sampai 9.00pm every day. I tanya dia, naper tak jual dekat Bazaar Ramadhan, kata dia nanti regular customer dia carik dia dekat sini, kalau tadek kecewa pulak. Betul jugak kan?

Abang tu orang Indonesia. Dia meniaga guna motor yang dimodified jer. I tengok dia buat kerja pantas. Zup zap zup zap dah siap. I duduk je dekat sebelah dia tak gerak-gerak. Walaupon kena simbah muka dengan asap pon takpe. I redha.  Sebab I memang nak sangat-sangat makan Satay Madura ni. Dah kat tekak dah. Memang semalam kata la kalau tadek, I memang nanges and taknak makan menda lain dah. Kitorang beli Satay Kambing 15 cucuk. Satay Ayam 10 cucuk. Satay Kambeng for me and Sazli and Satay Ayam for Mak and Bapak. Harga dia RM1.20/cucuk untuk Satay Kambing and RM1.00/cucuk untuk Satay Ayam.

I agak, harga dia agak mahal tapi bila makan, puas hati giler! Kuah dia pekat, rasa dia perfect! Yang Satay Madura dekat Ukay Perdana dia letak asam limau kasturi, yang ni tadek. Tapi still rasa dia untuk tekak I is superb! Yang penting, harini nak repeat lagi beli. Lagipon John terliur tengok I letak gambar dalam FB pagi-pagi. Dia kata kalau letak petang boleh la tahan. Ni pagi-pagi dah letak. Berbuka kan lambat lagi? Hahahahahha. Lawak la hang John. Macam budak darjah satu. Satgi Lie bawak kat hang Satay ni, hang bagi aku upah. Aku tak kira. Hang bagi la apapa, janji ada. Kalau hang tak bagi upah, lepas ni aku takmau dah tapau makan kat hang. Ok?

Satay Kambing Madura di Flat Taman Datok Ahmad Razali, Ampang

Wednesday, February 19, 2020

Subway Yang Sedap!

Assalamualaikum..

Harini I nak citer pasal Subway lah. Ingat lagi duluuuu masa zaman lunch dekat JJ AU2 (8 tahun lepas), kalau beli Subway kemain meriah gemok sandwich and meleleh-leleh sos hingga ke siku  konsep dia, sampaikan segala jenis Sandwich rasa sama je. I perasan dulu kalau burger mesti nak sos banjir, sandwich pon konsep dia mestilah sama kan? Kalau makan lambat, memang soggy la roti tu. Lepas tu rasa semua sama je. Sazli dari dulu kalau makan burger/sandwich memang dia mintak kurang sos. Sama la macam I. Now makan wrap ke, sandwich ke, burger ke kalau sos meleleh I rasa macam potong giler. Apeni banyak sos? Tak sukaaaaaaaaaaa!! Now baru rasa ada betulnya Sazli cakap 'Sos banyak ni kill the taste'. Sama jugak kalau makan apapa letak kicap, also dia cakap kill the taste. Yang tu setakat ni I tak setuju sebab I memang hantu kicap. Apapa kena letak kicap. Termasuk Laksa and Tomyam habes segala I letak kicap. Hahahahaha.

I agak, memang bertahun dah la I tak makan Subway. Tingat dulu zaman masa mula-mula makan Subway, I ikut je apa orang depan letak. Dia mintak ketchup dengan mustard pon I ikut je. Masa tuuuu I rasa macam apeni? Apesal kuah tak banjir? So I tak happy makan. Tu yang sampai fasa makan Subway nak all veggies except pickles and all sauce except mustard. Siap BBQ sauce extra. Bila I start makan sandwich dekat O'Brien slowly la I accept yang sandwich tak semestinya kena letak sos cili/sos tomato untuk rasa sedap. Masa tu I akan guna honey mustard dengan Ballymaloe sauce je. Until lately ni Subway ada offer Ultimate Cheesy Garlic Bread, terus jadi favorite I. I boleh makan Subway everyday lepas I dapat this one delicious combination.


Ultimate Cheesy Garlic Bread Subway ni ada 2 jenis. Either Ultimate Chicken or Ultimate BMT. Dua-dua pon sedap. I biasa guna roti Italian, veggies letak lettuce and onion only. Sauce pulak ranch and sweet onion je. Dah. Sedap! Nanti nkorang try OK?

Friday, February 7, 2020

Cucur Udang Shahul Hamid, Kepala Batas

Assalamualaikum..

Dah banyak kali dah John, Paklah, Cikgu Khairi and Apit cakap pasal Coq Udang Shahul Hamid ni. Pastu bakar-bakar dalam group. Sampai I pon teringin so I ada la ajak Sazli makan dekat Langgaq. Rasa macam dah sedap sangat dah Coq Udang dekat situ. Sekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaali haritu dapat makan dekat Shahul Hamid terus rasa macam OMG apeni sedap sangat??? Letak sependa ke apa? Hahahaha. Yang kat sini, special dia is kuah dia la I rasa. Kacang dia tu macam roasted and warna dia pon macam dark. Coq Udang dia pon macam rangup and portion dia untuk satu hidangan just nice. Ada Coq Udang, Tauhu and Timun. Harga dia dalam RM3.50 kot? I pon dah lupa. Sazli kalau order, dia taknak Tauhu. Semua Coq Udang je. Boleh jugak pon.

Tapi one thing, sini kedai Mamak la. Bukan Melayu. I ada a few kawan yang tak boleh makan kat Mamak. Tak suka. Pening la apa la. Ngada je. Kalau Dyba tu kalau kat Kedai Mamak dia order air kotak je. Hahaha. Kanik langsung tak boleh. Lalu pon dah pening. Duluuuu I pon tak berapa suka. Tapi lama-lama OK je. Nak pulak makan Nasi Kandar. Peeeerggghhhh. Rugilah Kanik. Tak kenal maka tak cinta tau? Untuk orang Penang untunglah dapat makan Coq Udang sedap everyday. Haritu I makan breakfast kat sini. Awal dah ada dah Coq Udang. Kalau dapat makan yang panas-panas lagi best. Yang dah sejuk tak berapa kaw. Mamak kat sini kekadang dia eksyen. Mintak goreng yang baru, dia buat muka. Geram je.


Cucur Udang Shahul Hamid, Kepala Batas.

Wednesday, January 8, 2020

Lunch With Airin at Momotalo (Lagi)

Assalamualaikum..

Bila check cholesterol level, I pelik kenapa I punya tinggi. Tapi tengok balik apa yang I makan well no wonder la kan? Mengada-ngada nak buat pelik. Dah kalau seminggu 2-3 kali makan red meat memang la cholesterol tak OK. Dengan donut lah, process food semua lepas tu buat-buat hilang ingatan kenapa cholesterol tinggi. Ko dah kenapa? Lagilah semenjak kenal dengan Momotalo ni lagilaaaaah kerap makan daging. Hadoi. Ni pon I seram nak check my cholesterol level. Last was 7 kot? Alang-alang tu I nak share sekali dekat sini 6 jenis makanan yang mengandung cholesterol yang tinggi. Biar berilmiah sikit entry makan-makan I ni. Hahaha. Makan sedap ye jugak, tapi kesihatan kena jaga. Kita ni dah tuwe, kena beringat sikit. So harap semua orang insaf. Anyways, 6 makanan yang mengandungi cholesterol jahat ialah:-
  1. Daging Merah. Lembu ke, kambeng ke semua masuk kategori ni.
  2. Protein Tanpa Lemak. Contoh, Ayam yang dibuang kulit. Some Ikan and kerang. Pon ada cholesterol jahat
  3. Process Foods macam makanan dalam tin semua tu termasuk la roti, cereal semua tu. Biskut-biskut nak buat much. Jajan-jajan semua.
  4. Susu yang di proses macam cheese, yogurt, mayonnaise, butter.
  5. Kuning Telur.
  6. Lemak Trans. Donut paling banyak guna lemak trans. Fries, kerepek-kerepek pon banyak lemak trans. Apa itu lemak trans, boleh baca dekat sini. Kot la tak paham.
Tengok pada list ni, kalau dah semua tak boleh makan jawabnya kena makan sayur rebus je la. Kan? Jangan buat main dengan cholesterol sebab sinilah punca pada penyakit stroke and sakit jantung koronari. Tersumbat jantung tau kalau cholesterol tinggi? Jangan buat main. I pon bila baca and study pasal cholesterol ni jadik insaf la sekejap. Tapi kang jap lagi nak makan Sushi Buffet dekat Jogoya. Hadoi. Hahaha. Sebelum kita pergi lebih jauh tentang cholesterol, I share la jugak yang makan dekat Momotalo dengan Airin last time.


Airin makan Lamb Short Ribs With Bone. Tak ingat la berapa RM set ni. Rasanya dalam RM60.00 kot?

Friday, January 3, 2020

First Entry For 2020. Still Pasal Makan. Haha.

Assalamualaikum..

Happy New Year! Tak sangka kan pejam celik dah 2020. I rasa macam baru je New Year 2019 tetiba eh dah 2020. Time running so fast, kan? So macam mana dengan azam nkorang tahun lepas? Dah tercapai ke? Cita-cita paling susah nak capai - kurangkan berat badan. Yang tu acane? Dah tercapai ke belum? Ke masih debab lagi? Hahahahha. Tapi takpe. Korang jangan give up ok? Tahun ni ada lebih satu hari sebab tahun lompat, so ada extra satu hari untuk kurangkan berat badan. So InsyaAllah akan tercapai. Tak kisah la apa pon azam tahun baru nkorang, I doakan semoga tahun 2020 ni lebih baik dari tahun 2019 untuk kita semua. InsyaAllah...

Anyways.. Cakap pasal diet and nak kuruskan badan, I rasa Shein la yang paling kena watch out dia punya foods intake. Dia ni kalau melayan nafsu makan dia memang apa pon tak jadi. Semalam kata Sazli, dia dah makan dekat Pegaga. Lunch time. Pukul 5.00pm ask for one more round rice. Lepas tu semalam, lepas balik kerja I terus direct ke KLCC sebab Shein nak makan 'square ice-cream' (Chocolate crepe dekat Salon Du Chocolate). Dah la kedekut dia punya, sipi-sipi pon taknak bagi I rasa sikit. Malam tu, ewaaaaah ada hati nak mintak soup (maggie mee) pulak. Hahahaha. Pandai buat suara manja, 'Mama, saya lapar...' Tapi I dah tak bagi dah la. Kang ada yang meletop perut dia tu kang.


BTW, masa cuti X'mas, Si Shein ajak makan one more round of Octopus. Bagus Shein. Macam tau-tau je Mama craving for Wagyu. So this time kitorang tak ambik set sebab dah kenyang. Kitorang try ambik 100gram Wagyu. Yang ni nama dia Atsukiri Zabuton. Puas hati! Sedap giler!

Friday, December 20, 2019

Shein's Birthday Vacation - Part IV (Funny Mountain Tau Fu Fah and Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan)

Assalamualaikum..

I ada la baca orang review pasal Tau Fu Fah sedap dekat Ipoh. Dalam kepala I, takde la fikir apapa sebab TAU FU FAH JE KOT? Amenda yang special sangat pasal Tau Fu Fah kan? Melambak pon ada jual kat Pasar Malam. Until I try sendiri lepas tu terus rasa macam mana eh boleh ada Tau Fu Fah yang sesedap macam ni? Simple je Tau Fu Fah dia. Makan suam-suam dengan air gula putih tu. Gula Melaka takde pon. Tapi texture dia lembut, bila masuk tekak rasa smooth je. Takde rasa macam kapur kelat-kelat tu. Susah la nak describe macam mana sedap dia. OMG amenda la yang sedap sangat ni? No wonder la viral and beratur panjang. Tau Fu Fah Funny Mountain ni memang the best Tau Fu Fah in Ipoh.

So I suggest untuk nkorang yang ada plan nak datang Ipoh soon, please masukkan Tau Fu Fah Funny Mountain ni dalam itinerary and WAJIB try OK? Kat sini ada jugak jual Air Soya dengan Air Cincau as well. I beli juga air soya dia. Memang sedap. Tau Fu Fah dekat sini nak makan terus boleh, take away bawak balik pon boleh jugak. Tapi nak best, makan terus la. Feel sikit. Duduk bersepah depan kedai, sambil cangkung pon ada. Baru nikmat. Harga RM3.00 untuk semangkok. Tau Fu Fah Funny Mountain ni bukak setiap hari dari 10.30am sampai habes. Masa I datang haritu around 3.30pm, satu tong besar tu dah tinggal dalam satu inch je. Tapi I rasa, sure dia buat banyak punya.


Tau Fu Fah Funny Mountain Ipoh. Sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!!

Wednesday, December 18, 2019

Shein's Birthday Vacation - Part III (Hokkaido Icecream Puff)

Assalamualaikum..

Seksa jiwa tengok balik gambar-gambar masa makan dekat Ipoh. Seriously Ipoh, banyak tempat makan yang sedap-sedap. Haritu I sempat try Taufufa. Punyalah sedapppppppp tapi tu nanti I akan share dalam next entry. Konsisten nampaknya I update pasal Ipoh trip ni. Biasa semangat up entry 2 je, lepas tu kelaut. Hahahahaha. Actually masa I share pasal Hokkaido Ice-cream puff ni ramai orang pelik cakap tak pernah nampak. Location dia tak jauh pon dari Nasi Ganja Yong Suan tu. Just a few blocks away je. I pon takde masuk ni dalam itinerary tapi Sazli yang tolong carikkan. Dia cakap dekat Ipoh kena la try makan local foods. Kalau nak makan kat Cafe Hipster, KL pon ada banyak. Betul jugak. So masa tu, kitorang baru siap makan Taufufa, Saz terus ajak makan Dimsum, giler ke apa? Kang ada yang muntah dekat sini kang. Tapi kalau dessert OK. I memang kaki dessert. Tak makan nasik pon takpe, janji makan manis. 

Nak sampai dekat sini, yang seksa is parking je la. Kena pusing-pusing and kena sabar baru dapat parking. Kat Ipoh ni I perasan mostly memang kedai makan cina. Tengok dorang punya gambar Chee Chong Fun menyirap je. Tapi kena hati-hati. Sebab kang tetiba dalam menu 'Chee Chong Fun with Crispy Pig Skin'. One more, kedai-kedai makan sedap ni usually run but Chinese. Macam New Hollywood tu memang kedai cina pon. Termasuk lah Funny Mountain Taufufa tu. Nak elaborate more kang jadi panjang issue ni. So pilihan ditangan masing-masing. Ikutkan Nasi Ganja tu pon bukan kedai Melayu. I tak sure India or Mamak. Anyways... Jom layan gambar-gambar kedai Hokkaido Ice-cream Puff ni.


Kedai dia tengah-tengah. Macam kedai lama je. I suka. Nampak classic. Didalam gambar kelihatan percintaan sejati Shein and Sazli. Jalan all the time berpelukan macam tu lah. Sampai nak berjalan pon susah.  Clingy Shein ni. Nak pulak time deman ni. Meleset je. Kekadang tido pon nak atas muka kita. Muka ye? Bukan dada. M U K A.

Monday, December 16, 2019

Shein's Birthday Vacation - Part II (STG Tea House Cafe)

Assalamualaikum..

So masa first day sampai tu, malam dia kitorang keluar la dinner. Petang tu masa mandi dekat kolam, dah order makan beria. So takde la lapar sangat malam tu sebenarnya. Tapi mengada nak keluar jugak sebab dah kata Ipoh, kena la keluar meladi. Si Shein, masa malam ni dia tak 100% sihat lagi. Sian pulak tengok dia tak berapa aktif. Tapi masa Jumaat pagi tu, dia dah OK dah. Mintak nak mandi pool and makan pon dah banyak. Dah back on track. Siap cakap dekat Sazli. 'Abah, no small hotel house (small hotel house tu rumah kitorang). I want big hotel house, swimming, watch tv, swimming, watch tv and eat at kedai'. Shein ni memang kaki meladi la. Hahahha. Kalah Mama. Dah tu, kalau nak balik KL bermasalah sikit. Ni I update time ready nak check out. Sementara Sazli siap mandi. Si Shein dah tanya 'We not go home kan Mama?' Si Sazli dah goyang. Dia ajak sambung check in dekat KL pulak. *slapforehead. (Tapi tak jadi sambung check in. Sebab I yang taknak. Mengada la ko Shein manjang nak tido hotel).

Untuk malam ni, kitorang try dekat STG. Taktau STG tu stand for what. Kalau dekat kampung I, STG tu Sungai Tekam Getah. Hahahahaha. Konsep STG ni macam ala-ala English Colonial. Dia punya specialties is tea. Lepas tu makanan dia is western la opcoz. Since tak berapa nak lapar, I order sikit je. Tak beria sangat. Konsep dia, makan ni sebab nak kill time and try tempat makan baru la. Untuk ambiance I kasik 5 star sebab memang cantik. Dessert dia pon sedap. I tried dia punya Tiramisu but makanan lain, so-so je. Salad dia tu, bila makan terasa macam 'Eh, I ni manusia ke kambeng?' Hahahaha sebab dressing dia almost takde. Dia letak smoked salmon dengan salad semata. Geram je.


Actually order ni sebab Si Shein ingatkan ni Milo Dinosaur. Hahaha. But sedap la Tiramisu ni. Harga dia RM16.00