Tuesday, September 25, 2012

Europe Tour - Day Seven (Verona, The Place Where Romeo & Juliet Fall In Love)

Ok baiklah. Kembali pada entry Europe Tour - Day Seven yang tak habes-habes ni. Perut pon dah memboyot, entry Europe tak jugak habes di siapkan. Harap-harap la sempat tulis sampai bersalin. Kalau tak  sempat siap takper, lepas pantang sambung balik. Bak kata pepatah melayu 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. 

Pekasam? Arrrghhh!! Sedapnya ikan sepat pekasam. Goreng dengan bawang besar, petai pastu cili padi. Makan dengan nasik panas. Lauk tu jer. Selera hoi! Sian sangat diri ini, dah tiada istilah makan sampai kenyang/bersandar sebab sekarang kan I dah tak boleh makan banyak-banyak. Nanti semput. Ni dah beberapa kali jugak mengadu kan? Manja kan? Rasa macam nak lempang tak?

Back to the topic. Pasal Verona. *Terus buat muka serius. Tak menahan.

Kitorang pergi Verona dari Venice. Sempat la sampai sebelum malam. Memang best la Verona ni. Damai jer rasa. Cuaca pon tak sejuk sangat. Just nice. Tak sejuk, tak panas... Tapi orang memang ramai giler la... Rumah Juliet ni belakang butik-butik barang branded and local dekat pekan Verona ni. Dicelah-celah butik tu, masuk lorong sikit, pastu ada rumah Juliet. Cool kan?

Serba sedikit tentang Verona.

Verona ialah sebuah bandar di Veneto yang terletak di sebelah utara Itali dengan jumlah penduduknya seramai 265,000 orang dan merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang paling popular di Itali kerana warisan artistik, pameran tahunan, persembahan opera serta terkenal dengan sejarah kisah percintaan agung Romeo & Juliet :) Awwwwww.... Terus rasa romantik jer kat sini tau?

Masa memula jejak kaki dekat sini, I rasa macam mimpi jer sebab sebelum pergi Itali ni, I 2 3 kali tengok dvd "Letter to Juliet" sebab nak ambik mood and tak sangka boleh sampai dekat sini. Pemandangan masa nak sampai dekat Verona ni tak payah cakap la lawa macam mana. Dengan ladang anggur saujana mata memandang... Hurmmmm...... *Pejam mata depa tangan. Eh. Tu iklan Salem.

Ni la rumah Juliet. Dekat balconi ni la Juliet akan berdiri and Romeo phewwit-phewwit dia dari bawah. Btw, Romeo & Juliet ialah satu karya agung kisah tragedi percintaan yang ditulis oleh William Shakespeare. Ada yang kata mitos, ada yang kata kisah benar...

Karya ini dipercayai ditulis diantara tahun 1591 - 1595. More info pasal karya Romeo & Juliet ni sila klik sini. Tak larat nak tulis semua. Sebab banyak sangat version Romeo & Juliet ni. Karya asal memang William Shakespeare, tapi lepas tu kena olah sana sikit, sini sikit. Pementasan merata dunia, filem bagai sampai la karya tersebut kadang-kadang dah menyimpang dari paksi.


Ramai giler orang dekat sini. Berebut-rebut nak ambik gambar and beli mangga kunci pastu kunci dekat pagar dinding sekeliling rumah Juliet ni. Dekat dinding pon banyak vandalisme orang conteng-conteng. Tapi dalam filem "Letter to Juliet" tu takder pulak tunjuk dinding conteng-conteng. Nak ambik gambar pon tak kuasa. Sebab sayang.... Naseb la lantai semua masih bersih. Kalau tak, memang potong mood la. 

Ini patung Juliet. Orang Itali kata kalau nak cinta mekar sepanjang masa, kiter kena pegang tetep dia. Sebab tu kaler kat tetep dia tu macam cerah. Habes kena raba dengan orang ramai. Giler bapeng segan nak pegang sebab dimaklumkan Bapak yang tukang ambik gambar ni, pastu Sazli pon pegang bawah sikit jer. Ala malu-malu manja. Haha. Bodoh ni! Pastu kan, tetep dia kan, besar sikit yang sebelah kiri. *Terus check tetep sendiri. Korang pon kan? Haha.

Kalau ada duit lebih, apa salahnya beli handbag ker barang 2 dekat LV kan? Kalau takder duit, duduk diam-diam lepas tu ambik gambar depan butik pon boleh!

Oooohhh. Dekat sini pon ada macam flea market. Pastu boleh beli fridge magnet banyak-banyak. Best la. Bersih jer kawasan dekat sini...


Mintak maaf, cuma nampak sipi-sipi jer hot chocolate yang sedap yang I bagitau dekat entry lepas...  I love Verona so much. Bayangkan kalau duduk sini, hari-hari boleh lepak chill minum kopi, sambil tengok orang lalu lalang, cuaca pon best. Best sangat! Lagi best bila Bapak belanja minum siap snack and mushroom soup spaghetti bagai. Alasan, 'Segan la Bapak, beli air jer pastu nak guna toilet restoran dia, kiter empat orang kot'. Boleh tak? Lepak minum sebab masing-masing nak kencing. Mahal kot kos nak berak/kencing. Haha.


Menjelang senja, kiter semua gerak ke Milan.. Dinner dulu sebelum balik hotel. Perjalanan memakan masa selama 1 jam dari Verona ke Milan. Sebab cuaca sejuk, maka perut lekas lapar walaupun baru jer lepas makan. I masa ni memang dah nak down sebab kata Marco (Tourist Guide from GT Tour) yang kiter akan makan Italian lagi. Taknakkkk!!!! Masa turun bas, I nampak restoran Jepun terus ajak Sazli pergi sana. Rindunya sushi....!!! Tapi. Gulp. Harga mahal nak mampos. Seketul sushi ni harga dalam RM9. Campur-campur semua, skali dengan sashimi kena dalam RM90. Bapek la mahal! Tapi sushi punya pasal, abang rela. Muuaaaah!

Oh. Eskrem Magnum White Coklat sebagai selingan. Memang takde dekat Malaysia T_____T

Btw, lepas menghabiskan RM90 untuk sushi and sashimi yang sekali ngap jer habes, maka kaki melangkah kedalam restoran and guess what? Makan makanan Thailand! Ada nasik, ada tomyam, telur dadar, sayur bagai. Jahat tau Marco? Time ni mood dah ilang sikit. Tapi sekejap jer la mood ilang. Nasik kot? Helllo??? Nasik dengan telur dadar sangatlah heaven!

Lepas dinner, kiter semua balik ke hotel. Nama hotel tu As Hotel Cambiago, Milan. Ada banyak bunga cantik dekat sini. Tu nanti, I cerita next entry ok? Day 7 ni I rasa macam fresh giler. Dah la dapat pergi Venice, dapat handbag Bapak bagi, pastu dapat lepak minum kopi dekat Verona yang cool dan jugak dapat makan nasik. Ya Allah... Bersyukurnya.....

**Yang paling bersyukur sebab dapat makan nasik sebenarnya. Yang lain tu auta jer. Haha. Okbye.

-EnD-

7 comments:

Anonymous said...

abang, kalau ada lebih FM tu anto le kat adik kat sini...adik ngidam ni...hehehe..kakmasyp

eda said...

hehehehhehe kasu ...
amek gmbar silang kaki tu sbb nak nmpak kurus ke atau tahan tencing ??? heheheheh kasu tak marah kan kan kan kan kan kan kan kan kan kan kan kan ....sedapnye sashimiiii tuuu ..

Chooyaya! said...

kak mas : ala baby.... sorry.... abg dah habeskan semua FM tu.... nanti abang ganti dengan menda lain ok?

Chooyaya! said...

eda : jahat taw??? silang kaki tu sebab tahan kencing merangkap konon style la.... tamao kawan! :p

eda said...

hahahahahahhahahahaa
sgt pasan okay .. dua gmbar sama style hehehe ....
kwn la kwn la abangggg ... auwww ..

Chooyaya! said...

dowannnn fwen!!!!

Anonymous said...

Good post but I was wondering if you could write a litte more on this subject?
I'd be very thankful if you could elaborate a little bit more. Appreciate it!
my web site - reasons for swollen feet and ankles

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...