Showing posts with label Office Activity. Show all posts
Showing posts with label Office Activity. Show all posts

Thursday, October 3, 2019

Badminton Piala En Azman Ahmad (Yang Kalah Tu)

Assalamualaikum..

Last week Sabtu, I main Badminton untuk team Downstream - Badminton Piala En. Azman Ahmad. Satu team 5 kali main. Double Lelaki, Double Pempuan, Double Veteran, Double Open and Mix Double. Ye ke macam tu susunan dia? Memandai je I. Yer la kot? Hahahaha. Kita training dua kali je. Sebab star, tak payah training banyak-banyak kali. Gitu. Confident. Hahahaha. Actually Badminton is not my forte. I punya konsep, pukul tu janji lepas net je. Takyah nak main beria konon ada skill bagi depan ke, belakang ke. Tak payaaaaaaaaaah. Kalau nak buat macam tu jugak mesti tak menjadi punya.  Its either out, or tak lepas net terus. Kitorang masa grouping dah dapat team power. Imagine eh, I satu group dengan Kaklong. Kaklong I dah la main untuk Team National Company KSRF wakil Kuala Lumpur. I pulak main badminton kekadang ada skill tanduk, tepis guna bahu, bontot dah kat belakang, tapi tangan dengan bola tangkis tetinggal kat depan lagi. So boleh imagine tak macam mana I main? Kelakar la jawabnya.

Tapi kata Kaklong, I dah improve banyak dah. Pukul pon dah kuat. Dulu kelaut biru. Dia cakap kalau main tiap-taip hari boleh lagi tu lagi pandai. Makanya main pon setahun sekali, acane kan? I takde cita-cita pon nak main beria Badminton ni. Saja suka-suka je pon. Macam I, asal namanya sport yang berpeluh, I suka je. Pandai ke tak, itu belakang cerita. Main pulak, tak pernah pon fikir nak menang ke apa. Penyertaan yang penting (cecece sembangggg). Haritu masa dekat sana, Shahril tanya I 'Eh Suraya, nko pandai main badminton ke?' Lepas tu 2 game I menang, keluar court terus I cari dia nak bagitau menang. Geram je. Pastu sapa entah tanya, I tak ingat. 'Eh Su, Kaklong you pandai giler main badminton kan?' Lepas tu senyum kambeng. I terus tanya, 'Apa maksud you?' Nak mengata aku la tu. Haha. Grouping tu, dari 3 game 2 I menang kira OK la kan? Korang taktau pulak time game I, penyokong semua macam mana. Kalah final OK? Hahahaha.



Team Downstream. Baris depan dari kiri : Intan, Wahida, Fida, Ummi and Siti Nohaliza
Baris belakang tak payah la intro. Tak penting. Haha.

Monday, September 30, 2019

Cerita Pasal Office Event

Assalamualaikum..

I actually nak share entry my company punya event last week lepas tu macam biasa sebab gambar banyak sangat yang pilih, sampai I pon taktau nak masukkan yang mana satu sudahnya jadik malas nak pilih and lambat la nak update. Si Zuhri dah tanya, bila entry event kita nak masuk dalam blog Kaksu? Hahahahahaha. Actually event ni on 17th September. Last week punya cerita. Sebelum basi and semua berkubur duduk dalam draft, so better I update sekarang but gambar dari 60 juta tinggal ni je yang I masukkan. Actually, this is a big event untuk company I. It’s a smart partnership. Kebetulan, ada jugak readers I yang kerja dalam company lagi satu tu, so dia tau la yang I jadik Emcee sebab masuk dalam company dia punya portal. Actually Fifi la yang banyak usaha untuk menjayakan event ni. I tolong assist sikit-sikit je. Lepas tu paling bangang, boleh offer diri nak jadik Emcee. Yerla, dulu cita-cita nak jadik Pembaca Berita tak kesampaian. Emcee pon emcee lah! Hahahaha. Confident pulak tu. Dah la semua in English. I sedang Bahasa melayu pon boleh fumble, ni kan pulak English. Presence jadik pree-sence. HAHAHAHAHA. Masa dry run tu, I memang cold feet sampai bebudak ramai yang dah gelabah. Boleh ke I buat? But masa hari betul, al-hamdulillah semua OK. Fumble mestilah ada tapi yang boleh dimaafkan.

Masa semua dah dalam dewan, dah ready untuk I punya queue, TIME TU LAH BARU I NAK GOOGLE ‘HOW TO OVERCOME NERVOUSNESS’. Hahahahaha. Tapi menjadik la. Ada orang cakap, kalau nervous time nak bagi speech, pegang pen. Kekonon semua aura tu akan transferred to the pen. I dah try. Tak menjadik. But I guna 1 method ni. I temukan ibu jari and jari telunjuk and tekan kuat-kuat (sampai sakit la kuku aku). So my mind set dah cakap yang I can control my nervousness by doing that. Dari tangan shaking, sampai dah takde rasa apapa. All gone. So bila dapat overcome that feelings, I dapat control la diri dari terus fumble tak tentu hala. Tu kalau ada lagi next event right after memang I saspek I akan berangan terus jadik DJ yang pakai headphone dekat kepala tu, hahahaha over kan? Masa memula tu I dah plan dah, kalau beria sangat gelabah, I nak pengsan je. Senang. Hehe.



Ni la kitorang punya team dari my company sekarang. Duduk dari Kanan : Yapp, Diana, Siti Nohaliza, Hanin, Aireen and Fifie. Berdiri dari belakang is Zubair, Amran, Zuhri, Intan (Eh Intan sesat ke apeni) and Dzarif.

Thursday, August 29, 2019

Bowling DOPSB 2019. Ulasan dari Team Captain Yang Bottom Three.

Assalamualaikum..

Sabtu haritu company I buat Bowling Tournament. Ni first time untuk tahun 2019 ni. I pon baru first time join and kalini jadik organiser as well. Semua went smooth alhamdulillah kecuali team I kalah teruk. Dapat number 6 dari 8 kumpulan. HAHAHAHA bongok giler kan? I tak boleh la tengok muka Zubair dengan Anas. I rasa nak gelak sebab kitorang kan masa cabut undi lepas tu dapat sama group, semua excited and happy giler tau? Paling best boleh cakap kat Anas, 'Boleh dapat number 1 ni Anas. Akak target best player woman. Pastu grouping kita lekat ni Johan or Naib Johan'. CONFIDENT. HAHAHAHAHA. Sekali first game, I dapat 70 je. MUAHAHAHHAHAHAHAH bangang giler kan? Adoi I cannot brain this. Memang kelakar habes rasa. Macam mana eh boleh terfikir nak menang sedangkan Daus tu satu game dah dapat 200. Sedang kitorang campur-campur semua pon markah tetap sedih dan sendu. Hahaha. Tapi takpe laaaaaaaa dapat No 6 out 8 group sebab Farhan dapat No last. HAHAHAHAHA. Team kitorang memang main banyak gelak je. Si Zubair time ni la nak practice baling hook. TIME NI LA KAN? Lepas tu dah la dia cute, masa nak baling tu dia macam lari-lari anak. Kekadang time baling kuat giler macam marah benar. Kedegangggg!! Tapi tak strike pooooooon. Ke kiri la, ke kanan la perginya. Yang I pulak lagi la, sebab dah banyak gelak and main-main so kelaut terus semuaaaaaa. Spare ada la dapat 2 3 kali tu pon naseb-naseb. Strike takde langsung. Ya Allah I sangat bangga dengan pencapaian I harini. Ni memang yang paling terrrrrbaik I pernah dapat. Ko tengok, time nak impressed team-mate, time ni la kepundek I main. Adoi. Tapi takpe, I rasa team kitorang menang bab baju la sebab kita semua pakai baju Batman. Tachiu En Shahril susah payah pergi belikan dekat Uptown Cheras. Doploh lima ringgit je satu... Anas pakai baju lain sebab dia ingat dia ketua la tu. Padahal overall markah dia sorang je tak kira sebab paling sikit. Anas, Anas dah kecewakan Akak. Dapat Top 5 dah kira OK dah. Ni bottom 3 OK? HAHAHAHAHA.



Dari Kiri : En Shahril, Siti Nohaliza, Zubair and Anas. Team Batman! Bottom 3 and proud. Hahahaha.

Thursday, August 8, 2019

Pelancaran Kedai Delima

Assalamualaikum..

Hari Isnin haritu office I buat Majlis Pelancaran Kedai Delima dekat kitorang punya building sekarang. So that senang la kalau staff dekat sini nak beli barang-barang keluaran Delima Oil Products. Harga dekat sini pon murah sangat berbanding dengan harga dekat tempat lain. Untuk Minyak Saji 5kg harga cuma RM17.50 je. Murah giler! Kalau dekat Giant pon tak dapat harga ni.  Untung la Staff FGV. Selain dari Minyak Saji, DOPSB pon ada barang-barang lain macam Sos Cili, Sos Tomato, Kicap, Margarine, Spread and macam-macam lagi la. I pon bila masuk sini baru tau banyak jugak yang company I keluarkan. Sebelum ni I familiar dengan Susu Pekat Manis, Margarine Pelangi, Adela and Mee Segera je. Kalau Mee Segera favorite I is Ayam Kampung. Korang kena cuba tau? Nanti ada masa, I try share resepi and review makanan-makanan yang company I keluarkan OK? I rasa memang bagus I masuk sini, sesuai dengan hobi I yang suka makan ni. Hehe. BTW, korang tau tak yang Minyak Masak Saji ialah minyak masak No 1 di Malaysia berdasarkan pada survey yang dibuat? Kitorang menguasai lebih dari 30% pasaran minyak masak di Malaysia. Jauh tetinggal jenama-jenama lain. Macam Mak I pon, kalau minyak masak kena Saji. Taknak jenama lain. Kenapa? Sebab kita confident Saji ialah minyak masak keluaran FGV and dijamin halal. Orang tua-tua kan biasa semua nak syarikat Melayu yang keluarkan. So dengan Saji takde dah was-was. Ni dah kenapa aku tetiba skema ayat buku text? Haha. I perasan semenjak masuk company baru, I punya sense of humor macam dah berkurang dah. Sini semua orang focus buat kerja je. I pon kekadang nak pergi toilet kena postpone sebab busy je nak menyelamatkan dunia. Tetiba je pening sebab gas tak lepas. Tingat dulu Intan citer, Mekda pernah pengsan sebab tahan berak. Hahahaha. Kekadang dah balik rumah pon fikir kerja. Amenda yang aku bizikan sangat pon entah la. Takpe, I bagi time untuk diri I. InsyaAllah lama-lama I akan biasa la dengan routine sekarang. Best jugak bila bizi ni sebab I tak perasan masa berlalu. Tiba-tiba je dah nak balik. Lunch pon kekadang skip. Kaklong suka la bila I cakap I busy. Kalau tak dulu asyik kacau dia je. 12.20pm dah call ajak lunch sebab lapar. Sekarang 12.45pm dia call I pon, I cakap 'sekejaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap'.


Dengan Dato' GP and team. Kemain semua happy. Ama tu berani dia buat muka cantik sorang-sorang? Nak kena ni.

Wednesday, July 17, 2019

FUTSAL yang menang dapat No 3

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu I joint company baru (lepas ni I akan sebut DOP) main futsal for company tournament. Masa training dah cakap dengan kawan-kawan, eh silap. Adik-adik yang kita target Juara Kumpulan and akan masuk final lawan dengan team Kanik. Juara kumpulan dah dapat cuma main final dengan team Kanik je tak dapat. Kitorang kalah masa semi final lawan Prodata and main lagi sekali dengan FASSB untuk tempat Ketiga/Keempat. Alhamdulillah menang la. Terkilan jugak tak dapat masuk final sebab masa First Half tu dah mendahului 1-0 tapi masa suku masa kedua, kena attack bertalu-talu, lepas tu kaaaaaaaaaaaaaalah 2-1 kentot betul but takpelah, kita kalah, kalah bermaruah. Hahahaha. Dah kalah tu kalah je la, banyak alasan. But then, I happy je. Walaupon ni Ibu Jari dedua kuku dah biru sebab darah beku, tapi happy jugak. Lepas ni memang buruk la kaki I 3-4 bulan sementara kuku nak keluar baru ni. Huwaaaaaaaaaa. 

Masa main dengan DOP ni I rasa happy.. Kenal dengan kawan-kawan baru but at the same time teringat je company lama. Teringat main Futsal dengan Dyba, Intan, Ezy, Dee, Tikah semua. Teringat Nape, Wan, En Khairi... Ya Allah rindunya.... Sebak sangat rasa but adik-adik lelaki kat DOP pon semua supportive.. Sokong masa kitorang main. But dalam hati tu tetap ingat Rubber. Ingat lagi dulu I pesan pada Dyba 'Dyba, Dyba lari kawasan ni je tau? Dyba jangan lari tempat lain. Duduk je sini'. Lepas tu terbayang Dyba macam anak ayam kejar bola tapi tak dapat. Hurm... Entahlah. Taktau nak cakap macam mana. Happy ke tak kat sini, susah nak cakap. I hari-hari rindu opis lama, boss lama. Kekadang terfikir, betul ke keputusan I ni... But then, I take it in positive ways. Bukan I mati, bukan Dyba mati. Kita tetap ada sama-sama kerja dekat same building. Although semua tak sama macam dulu but I believe that everything happens for a reason. Maybe Allah nak I kenal orang-orang baru ke... I pon taktau but I believe in Him. He know the best. Macam I, dekat company baru, takde la nak cakap kuat-kuat ke, or buat perangai berangan macam Stewardess ke, or main kedai-kedai ke. Takde. Setakat ni la. Haha.

Masa budget meeting semalam, masa kuih sampai I ada la nak main jual-jual kuih cakap 'Abang, nak kuih apa? Yang ni 2 singget'. Tapi dorang tak paham lawak I. So yeah. Mesti dorang cakap I sewel. Hahahahaha.


Ni la team Futsal I. Jap I try ingat nama memasing. Berdiri dari Kiri, Wani, lepas tu yang lelaki tu semua I tak kenal (I bet GMC company I kecuali yang baju kelabu tu, tu GCEO FGV and sebelah GCHRO tu is Airin. Duduk depan dari kiri : Nurul, Erna, Miza and Ina. Time ni Wanie Da'i dah balik. Yahooooo ingat semua nama! Semua ni I rasa lagi muda dari I. Hahahaha.

Wednesday, July 3, 2019

Amboi Dia Besukan

Assalamualaikum..

Minggu ni back to back sports activity. Patut malam ni ada training Futsal lagi tapi I macam segan pulak dengan Sazli nak pergi sebab esok pon ada lagi Futsal. Lusa pon. Lepas tu semalam ada Friendly Netball. Kemain belawan-lawan dengan Sazli. Dia pergi bola Isnin, Rabu, Jumaat ehhhhhh I taknak kalah. Selasa, Khamis I bersukan. Melawan kan? Friday ni taktau macam mana. Kita tengok sapa yang menang. Gitu la laki bini sesama naik main bola semua tapi debabnya macam tu jugak pon. I ni lepas raya stendet la naik. Sama naik la dengan Shein. Semenjak dah beli penimbang ni I macam saiko sikit. Padahal timbang samaaaaa je tapi bila makan malam, lepas tu seharian tak berak tetiba I rasa gemok. I rasa I kena minum banyak air la. Tadi dalam HOD Meeting I tengok semua Manager sorang satu Tub Water. Pastu ada yang depan meja segelen air I wonder how eh people can drink lotsaaaaa plain water? Macam I ni, nak dapat 3-4 gelas pon seksa. Harini I rasa memang tak sampai 2 gelas I minum. Yerla. Tadi tengahari makan Ayam Goreng Kunyit dengan Dyba, lepas tu I teguk la sikit air dia. Nak minum dekat office, lepas tu tengok mug and bekas air I dekat office bawah lagi so yeah, takyah minum la senang. Tapi balik tadi, I buat air sirap yang Ellis bagi tu. Sedapnyaaaaa. If nak bagi I minum air, dia kena ada lemon slice. Ngada kan? Ala tapi apa nak heran. Kata Ain, 'Kaksu nak minum air pon malas, inikan pulak nak kunyah apple'. Betul. Pelik kan? Ada tak orang macam I malas nak minum air? Actually minum air la paling bagus sebab boleh menten berat badan, boleh detox and cleanse kidney and boleh keep skin hydrated. I ada masa merajin, ada masa memalas minum air but most of the time memang memalas memanjang. Tapi kalau Ice Americano with 2 pump simple syrup, 2 thermos Starbucks tu pon boleh habes. I saspek I suka minum air yang selain air kosong kot but start dari esok, I nak try habeskan minum 3 thermos esok air kosong. Kalau berjaya I nak celebrate. Hadiah apa untuk celebrate I tak fikir lagi, tapi was thinking macam nak beli Bubble Tea tu. Haritu minum dengan Dyba, ada rasa macam angin. Kejap sendawa, kejap sendawa. Ongtue sangat.



Ni semalam petang masa friendly Netball dengan Team Felda. Macam biasa, kalah.

Friday, July 27, 2018

Intan Dan Hafiz

Publish : 8 Mei 2014
Re-Publish : 27 July 2018

SAPA INGAT KISAH HAFIZ AND INTAN ANGKAT TANGAN!

Assalamualaikum.

Kat opis kitorang ni ada la sorang driver ni. Al-Hafiz nama dia. Comel demok. Berat 120kg. Umur 27 tahun. Dia kan? Dalam ramai-ramai muda remaja dekat office ni, dengan I sorang je yang dia segan nak cakap. Kalau I panggil dia, Al-Hafizzzzzzzzzzzzzzz nanti dia sengih-sengih je. Nak tau tak? Al-Hafiz ni kawan baik Si Intan tau? Dia memang rajin la melayan Intan. Kang kejap dengar la Intan gelak-gelak dari tempat dia. Ingatkan apa. Rupanya Si Al-Hafiz tengah ambikkan gambar Intan pakai henpon dia. Sebab dia pakai I-Phone 5s. Melampau kan?  Handphone nak I-Phone jer. I rasa Al-Hafiz ni comel kelakar and lurus. Kitorang pon layan dia, tanya dia soalan pon macam tanya budak sekolah tadika.

Haritu dia datang dekat Intan. Kata dia, ‘Akak, Apis lapar la’. Pastu Intan kata, ‘Apis nak apa? Akak tadek apa ni. Biskut ada la. Nak?’ Pastu kata Hafiz, ‘Taknak la’. Intan apa lagi, buntang la mata dia, ‘Dah tu Apis nak apa?’ Kata apis, ‘Pizza’ T___T

Pagi-pagi nak makan pizza. Memang melampau dia ni.




Tengok la Intan ni. Berangan pwincess tak habes-habes. Dia kembangkan kain dia pastu suruh Hafiz ambik gambar. Sabar jer la.

Thursday, July 26, 2018

Open House Syarikat Kita

Assalamualaikum..

Open house Syarikat I tahun ni ialah penanda aras kepada segala KEGEMUKAN I and tempoh dimana I terpaling gemok dalam 2 tahun ni. So a bit menyampah nak share gambar semua sebab I gems gils serta mampu membunuh bisnes corset aku. Hahahahaha. I taktau la kenapa yang jadik macam ni but probably sebab jamuan hari raya back to back la. Itu yang menyampah. Imagine eh? Weekend Sabtu Ahad memang Open House 2 3 bijik rumah, office lagi... Dah tu satay tergolek depan mata takkan I nak tengok je? Dalam pada ambik sana sikit, sini sikit daaaaaah jadik beribu calories ambik dalam tempoh sehari. Dessert lagi, air manis lagi tu yang sampai merekah kain Lily Petuna I masa Open House Syarikat last day hahaha. Bulan puasa turun 3kg dalam masa sebulan lepas tu masuk seminggu raya dah naik 5 kilo. Dia up lagi 2 kg dari berat asal yang tak tahan tu. Hari Isnin 9 July tu ialah hari terakhir yang I makan beria. Lepas tu terus insaf and today after 18 days, I dah dapat 60kg balik and target nak lose another 3 kg baru senang hati I. U know, when U fat U can feel peha berlaga, bontot melimpah ruah, pakai baju semua tak kena, muka sebesar dulang lepas tu down. I pon pakai baju office semua rasa macam tak selesa dah. Dari kena keluar duit beli baju lain, baik la diet. So I cut nasi terus, and dessert. Air manis still minum but bekadar la. Teh O Ais paling favorite sekarang ni. Nak coffee dah tak boleh sebab I dah ada gastric. Level minum 1 sip pon boleh angin memulas nak muntah semua. Memula rasa la hidup kesepian sebab tak boleh dah minum Ice Americano With 2 Pump Vanilla Syrup tapi nak buat macam mana kita dah tuwe kena la jaga makan and ikut nasihat doktor. (Tuwe sangat bunyinya). Kekadang bila craving nak bau coffee, I ajak la Kaklong or Intan pergi Starbucks and paksa dorang minum coffee. Hehe.


Tachiu Linda mekapkan I.  I kena datang awal sebab kena ushered. 11.00am dah sampai dekat Tasik Titiwangsa ni dengan Izzah lepas tu berangan buat fashion show hahaha. Intan takde sebab dia exam and I jumpa The Girls later dekat petang dah. Untuk staff is 2.00pm onward. 

Wednesday, July 25, 2018

Open House Port Klang Office

Assalamualaikum..

Last Open House Raya tahun ni kitorang pergi Port Klang punya office. I, Dyba, Intan and Izzah naik satu kereta. Sorang kena bayar RM3.50 dekat I sebab upah drive. Tu pon menyentan-nyentan Intan nak bagi I RM3.50, dia kata I kaya pon kedekut. Eeeeeh mestilah. Ni bizniz OK? Hahahahhaha. Sebenarnya I memang jenis berkira kalau I yang drive. Sebab rasa macam Driver. Tu pasal kalau naik kereta I ada undang-udang. If nak turun, kena I dulu turun baru semua orang boleh turun lepas tu kalau naik, I dulu naik baru orang lain boleh naik. If not I marah la. Dorang ni bila dah seronok sangat berborak nanti selamba turun, sapa yang perasan dah langgar undang-undang memang menjerit la. Sapa turun jugak, memang I takkan turun selagi dorang tak masuk balik kereta hahahahha. Si Dyba plak kongang. Haritu ex-boss I ada naik kereta I sebab kitorang pergi makan dekat Dolly Dimsum farewell lunch Dee, lepas tu masa nak  parking I suruh dorang turun dulu sebab sempit nanti nak bukak pintu lepas tu Dyba tanya 'Boleh ke ni nak turun dulu?' Hahahaha. One more, kalau I drive semua orang tak boleh tido, tak boleh busy dengan handphone. Kena talk to each other and alert I drive. Berbulu je kan? Banyak giler undang-undang. Tapi bebudak ni semua dah redha dah. Paham dah perangai I macam mana. Masa pergi Port Klang ni I rasa macam bangga sangat sebab drive dari KL sampai Port Klang. Semua orang bukak waze tu yang tak tahan. Tukang baca waze jangan bagi Dyba sebab dia selalu confuse kiri dengan kanan. Nama jalan pon main sebut je. Masa kitorang pergi tu ikut Kesas rasanya. Lepas tu lalu ikut jalan Kewajipan. Semuaaaa excited sebab Jalan Kewajipan kan selalu masuk dalam radio? Hahaha. I dok terfikir, masa dulu takde Waze dengan Google Map macam mana la eh orang nak pergi ke satu tempat. I cannot brain. I ni keluar je Ampang zaaaaaap Waze. Kalau tak, memang tak sampai. I tau area Ampang je. Ampang - Pavilion - KLCC HAHAHAHAHA.


Parking jauh sikit sebab kat tepi sana tu ada anjing. Izzah je yang garang dengan anjing. Sini la wei office Port Klang. I imagine, macam mana la kalau I kerja Port Klang. Nanti lunch nak makan dekat mana? Sini macam takde mall je.

Thursday, April 12, 2018

Cerita Pot Luck Office

Assalamualaikum..

Last week ada Majlis Silaturrahim/Birthday untuk office kitorang. Majlis ni memang buat 3 bulan sekali. Kitorang buat makan-makan and exchange hadiah. Kali ni bajet RM10.00 tapi kalau sesapa nak bagi lebih mahal OK je cuma kekadang yang spesis kedekut ni, hadiah nak bagi dekat orang beli dekat Kedai Dua Ringgit lepas tu yang dia bakal dapat nak yang best-best je tak adil sungguh perangai macam ni. Dyba amd Izzah pernah nanges pasal exchange hadiah ni hahahahah. Memang bad luck. I tak kisah sangat sebab memang tak letak harapan apapa nak dapat hadiah best dari Bosses (Dorang beli biasa yang ratus-ratus) sebab I Lucky Draw mana pernah dapat. Pui! Kalau Lucky Draw yang semua dapat pon nama naik last-last punya hanat number I susah jugak naik. Hahah. Seronok jugak sebok-sebok macam ni sekali sekala. Kalau ada makan-makan majlis macam ni memang lambat la sikit gear up nak buat kerja. Kitorang pulak beria pakai baju warna sama tapi this time lupa nak ambik gambar. Eh ada! Tapi sebab gambar buruk, malas nak letak. Yang ambiknya Kaklong. Senget sana, senget sini sakit je mata I ni. For this time banyak makanan and semua pon sedap-sedap? Kitorang collect sorang RM10.00 lepas tu each department bawak la makanan apapa. Macam I, I sponsor Kuih Keria and Mee Goreng yang wife En Zul Hanif buat lepas tu lupa nak makan, kentot betul. Lagipon too many foods la. I dah la nak diet ni, acane nak berat 55kg kalau macam ni punya bedal makan hari-hari. Hahahahah.


Kek Chocolate 2 tingkat by Ana wife Nape. Tak sempat nak makan jugak. Eh banyaknya yang tak sempat makan ni?

Thursday, March 8, 2018

Cerita Makan Office

Assalamualaikum..

Opis I kalau ada birthday sapa-sapa usually nanti department akan belanja makan. Kumpul duit sorang sikit lepas tu order la apapa. Takde beria mana pon. Kekadang ada Nasi Lemak, Mee Goreng, Kuih-Muih etc. I kalau tau ada yang belanja makan nanti I tambah makanan apapa kasik lebih meriah. I kan suka tengok orang makan? Usually I order dengan wife En. Zul Hanif punya Mee Goreng. Dia masak sedap!  Bagi I, Mee Goreng dia paling sedap I pernah makan. I masak pon tak sedap macam tu. Biasa I confident I masak paling sedap. Hahaha. Mee dia macam kering tapi full of flavor. I suka makan dengan cili potong + kicap. I can really eat Mee Goreng. Sukaaaaaaaaaaaaaa. Tapi tu dulu la. Zaman I kuat makan. Now tengah diet, so hanya mampu memandang sepi. I peratikan aje Izzah and Intan makan beria bukan main. Abes Mee, makan Nasi Lemak pulak. Tak cukup tu makan pulak kueh macam takde perasaan bersalah langsung. Minum pulak Air Teh Tarik Subhanallah sugaaaaaaaar. Dah la kuih ada macam-macam jenis. Menyirap je I. Nanti kalau I dah kurus 55kg, I dah promise myself nak makan Mee Goreng sebungkus tu makan sorang je taknak share dengan sapa-sapa. HAHAHAHA. Lepas tu nak makan Nasi Kandar kuah campur letak Ayam Madu + Telur Sotong + Papadom sedapnyaaaaa. Huwaaaaaa. Kesian sangat I hari-hari makan overnight oats. I suka la office I ni. Semua orang baik. Abang-abang, Kakak-kakak, Bosses, Colleague. Semua baik. SEMUA. Office I takde Makcik Bawang. Kita semua macam hidup harmoni je. Semua pon baik. Lagipon I selalu rasa semua orang dalam dunia ni baik. Kalau dia jahat pon, dia mesti ada sebab kenapa dia jahat and kita tak boleh judge orang. Ok?


Semua ni order dengan Kak Siti. Kakak office I jugak. Dia punya Nasi Lemak makin lama makin sedap. Semua-semua ni dia masak sorang Ok? Ada  Sambal Tumis, Rendang Ayam, Sambal Telur Puyuh, Telur Dadar and Ulam Timun. Sedap! Ni kalau I yang masak, mau bangun pukul 2.00am

Thursday, January 4, 2018

Restoran Pengkalan Ikan Bakar, Pelita and Game Bangang

Assalamualaikum.

Last week yang I pergi outstation office dekat Kedah dengan Intan tu, kitorang makan dekat a few tempat. Entertain by orang-orang Kilang. Dorang, if HQ datang mesti bawak makan tempat sedap-sedap. Nanti if I rajin, I share la eh? Biasanya memang tak rajin la. Kah kah kah. Macam yang I share today is makan Makanan Panas/Ikan Bakar. Dalam area Sungai Petani. Nama restaurant tu is Restoran Pengkalan Ikan Bakar. Sedap! Tomyam dia semua pon sedap tapi jenis masakan tu limited la. Ada la steam, 3 rasa, celup tepung, goreng kunyit macam tu je. Was expecting ada salted egg dengan kam heong tapi dah nama pon kedai Ikan Bakar, celah mana nak kam heong kan? Ishk. Tingin la pulak nak makan. BTW, sini ada orang SP ka? (Kecuali Ira). I rasa SP ni besar la. Luas! Mall ada jugak a few yang besar. Manhattan Fish Market pon ada. Tak ingat apa nama mall tu. Macam haritu kitorang stay dekat Emerald Puteri hotel. Depan tu ada bowling tapi dia eja 'boling'. Comel sangat ni orang SP eja bowling macam tu. Hehe. Dekat SP ni, Khamis malam Jumaat semua hiburan takde. Cinema and Karaoke pon bukak sampai 10.00pm je. So takde la midnight movie semua. Maybe dia suruh duduk rumah baca Yassin je kot? Tinggalkan dulu hal-hal dunia yang melalaikan ni. Hehe. Malam lain operasi macam biasa tapi tak macam KL la berjaga sampai 3.00am. SIni by 1.00am semua tutup. Pi balik umah tidoq sana!


Siakap 3 Rasa. Sedap! I kekadang suka masak steam. Tapi siakap ni sedap. Tingat Izzy cakap ada satu kedai makan kat Johor ni, Siakap tu dia goreng lepas tu renjis kicap atas dia dengan serai + lada kering + bawang. I rasa sama macam yang dekat Pegaga tu kot? Ikan tu dia letak tepung jagung je bagi rangup. Takyah garam kunyit.

Friday, December 29, 2017

Live from Teloi Timur

Assalamualaikum..

Hi semua, rindu I tak? Sorry lama away and tak cukup masa nak update blog. I dekat Kedah since Selasa sebab Arwah Tok Chak meninggal. Alhamdulillah urusan pengkebumian smooth and Tok Chak dah selamat di kebumikan pada Hari Rabu before Zohor. TQ pada semua yang ucap takziah over whatsApp, email etc. Sazli pon cakap terima kasih jugak. I will be in Kedah sampai esok sebab now I continue buat stock take pulak dekat Kilang Getah Teloi Timur for my office. New experience untuk I. Best jugak sebab this time memang I take part, naik forklift nak check stock getah SMR dalam peti and panjat bin. Korang tak paham kan? Takpe nanti tengok gambar maybe boleh paham sikit-sikit. Sampai ke kilang getah ni I ada mixed feeling. Sedih, insaf semua ada. Kena selalu bersyukur kerja dalam office yang ada aircond, everyday makan sedap and pakai cantik-cantik. Pekerja dekat sini everyday bergelumang dengan getah yang bau tak berapa wangi and pekerja bergaji hari yang bahagian process tu, nak dapatkan handbag LV, Prada semua maybe kena guna 5 months gaji baru dapat. I menung je masa makan dekat kantin kilang ni and rasa bersyukur banyak sangat. Patut datang sini bawak Shein. Biar dia tau susahnya orang lain bekerja untuk sesuap nasi. Dia jenis suka menjahanam harta benda, tak suka campak buang. Perangai sangat. E! Tapi kata Intan kalau bawak Shein sekarang datang sini maybe dia tak insaf. Mungkin lagi happy ada. Entah hilang kemana-mana entah. Sini dengan lori besar-besar dengan segala forklift, backhoe ada memang samadengan dia suka la. Takde der dia nak insaf. Haha.


Yang I berdiri atas ni is getah sekerap. Banyak kan? Kata Intan kalau bau busuk macam mana pon Kaksu jangan tutup hidung nanti orang kilang terasa hati. Memula je I tak tahan tapi lepas tu dah ok dah. 

Friday, November 17, 2017

Melaka Trip - Bandar Hilir

Assalamualaikum..

Tengok balik gambar-gambar I dengan Intan and Dyba dekat Melaka ni, macam cantik jugak. Tak sangka Melaka cantik. Banyak ambik dari camera handphone Abang Azza. Dia pakai jenis jenis Samsung S8. Yang I share ni semua raw, takde edit apapa. Cantik kan?? Eh beria aku excited sampai dua kali tanya cantik ke tak. Hahahaha. Ke biasa-biasa je sebenarnya gambar ni? Kalau rasa biasa-biasa tak payah jawab. Dulu zaman I pakai Samsung, gambar semua level tahi je. Now S8 cantik giler ok gambar? Ni nak kena pakai Samsung balik ke acane ni? One more. I rasa macam difficult nak update blog pakai iPhone. Sapa iPhone user, ada experience tak nak update/edit blog? Kalau ada, korang guna app apa? Sila share and jangan buat I bangang forever. I dah forever failed sian sangat diriku ini. Kalau ada urgent nak edit entry sponsored biasa akan susahkan Ain, or I akan log in guna Samsung S5 I ni. But tu last choice la sebab kalau boleh nak Ain susah sikit hidup dia kena push dengan I. Hahaha. Anyway, tadi nak cerita pasal Melaka, ni aperhal tetiba masuk bab handphone pulak? Takde apa pon.. Office Trip ke Melaka pergi pagi balik malam je. This trip kitorang pergi MPO dengan Bandar Hilir je. Lunch lambat around 2.30pm lepas tu jalan-jalan area A Famosa/Dataran Pahlawan and kawasan sekitar dia and by 10.30pm dah sampai KL. To be frank, I had fun walaupon takde apa. Sesekali chill dengan kawan-kawan and ada 'me time' macam ni actually boleh release tension. Jalan ramai-ramai dekat A Famosa macam reminiscing back memories masa zaman I sekolah dulu time rombongan sekolah datang sini. Tahun 1992 tak silap I. Now 2017 so ada la 25 tahun I tak naik St. Paul Hill tu. Imagine now I 36 years Old and another 25 years if I umur panjang my age is 61 years old. OMG tu pon kalau panjang umur. Mau I naik hill ni dengan cucu pulak. Anak Shein. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sempat ke?


Kemain melaram spek baru. I beli dekat Focus Point MPO. Jenis Dior, after less harga tak sampai RM700.00 pon. Tingin nak pakai Aviator tapi kata Intan nanti muka I jadik sedih. I beli sebab I punya yang lama hilang dalam kereta Sazli. So beli pattern lebih kurang. Yang lama jenis Armani. Last week, Sazli cakap jumpa pulak dalam kereta T____T

Tuesday, October 31, 2017

Melaka Trip - MPO and Makan Sedap

Assalamualaikum..

Sebelum entry Melaka ni jadik kenangan, baik I masukkan cepat-cepat dalam blog time panas-panas lagi. Untuk birthday Intan ni dia tanya I, ‘Kaksu, entry birthday Intan ada berapa part? Intan nak banyak-banyak jugak macam Kaksu’. Ewah, senang je nak mintak-mintak. Pergi la update dekat blog sendiri. Yang I punya pon mau makan sampai Part 20 lagi dia pon nak banyak-banyak jugak. Hahaha. Ok sambung citer trip Melaka, kitorang masa nak pergi dah plan la nak pakai baju apa la, kasut apa la. I tanya Intan, ‘Intan, kasut Intan pakai kasut apa?’ Lepas tu dia cakap pakai sport shoes. I belagak cakap ‘Tapi bukan Adidas NMD kan?’ Kata Intan ‘Bukan, tapi Nike harga RM400.00 Ok Kaksu!!’ Terkeluar suara jantan dia time ni. Hahahah. Bongok la Intan. Baju pon kitorang pergi beli sama jugaaaaaaaaak yang tak tahan tu. Beli dekat H&M yang loose je so that nanti tak belengas and ketiak lecak sangat. Intan ambik warna lain sebab dia lantik diri dia jadik Ketua. Lantik diri sendiri, pon boleh jugak. I excited untuk this Melaka trip 1) Boleh jumpa Sarah 2) Makan sedap dekat Bandar Hilir. Selain dari tu, of coz la I happy dapat spend time dengan Dyba and Intan. Masa naik bas, ada la rasa takot sebab I kan memang penakut naik kenderaan. Memang macam tu. Kapalterbang lagi lah! Bas pon macam dah lama tak naik je. Dulu masa balik Jengka dari KL pon ada naik bas. Pon takot. Tapi yang Melaka ni, macam sekejap je dah sampai. 2 hours kot? Kitorang isi masa dengan karaoke lagu ongtue so tak rasa lama pon. Tau-tau je dah sampai.



Sebelum Bas bergerak. Photo taken by Abang Driver bas la. Dia pulak sporting je melayan.

Monday, October 30, 2017

Melaka Trip - Air Tembikai Depan Clock Tower

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu kitorang pergi Melaka ada Office Trip. Kata Sazli ‘Rombongan Cik Kiah’. Pandai je dia. Please ok, ni bukan rombongan Makcik-makcik hahaha. Best jugak jalan-jalan macam ni. Day trip je. Gerak dari KL 9.00am and before 11.00am dah sampai KL semula. Kat sana ada jumpa dengan Sarah and her twins. Tak ramai pon yang join, dalam 15 orang je. Bas muat ramai, so seat 2 tu sorang satu la. Boleh baring macam tido dekat rumah tapi kaki terkeluar la sikit. Lelaki 4 orang je HAHAHAHA. Pempuan dah monopoli trip ni. Dalam bas apa lagi? I dengan Intan buat concert la. Intan awal-awal dah berangan jadik Tourist Guide. Sekejap cakap English, sekejap cakap Melayu. Kekadang kitorang jadik DJ Radio. Mesti kakak-kakak ni bengang je tak dapat tido. Tapi bila I and Intan diam, dorang suruh nyanyi. Memang kitorang clown pon kalau office punya activity. I know all the Kakak-kakak suka je kalau kitorang bising-bising. Kata Sazli, ‘Papa tengok, Mama dengan Intan je sebok nyanyi. Yang lain diam je?’ Eh of coz la. Siti Nohaliza ma? Ni la masa I nak buat concert tapi Abang Bas punya collection lagu semua ongtue je. Lagu P Ramlee la, Ahmad Jais la. Acane T___T Naseb ada jugak lagu ongmude macam Jack, Ziana Zain yang Cinta Di Akhir Garisan. I lah Ning Baizura, I lah Ziana Zain. Terus giler kuasa tak past Microphone dekat Intan. Tapi takpe, this time takde perebutan kuasa sebab I dengan Intan je yang nyanyi. Kah kah kah. Harini I share sikit je dulu eh gambar? Tu pon sebab tingat Air Tembikai dekat depan Menara Jam tu. Haritu kitorang berlima, order 2. Ingat tak cukup sekali naik pecah punci kencing I nak mengabeskan sebab banyak giler.



Ni la Air Tembikai tu. Sedap and fresh giler! Tak sure berapa harga. Kata Dyba, 2 tembikai + 3 cendol RM27.00 je. Location dekat depan Clock Tower, sebelah dengan sungai yang ada orang naik cruise tu. Tepi jalan je.

Thursday, October 5, 2017

Potluck at Office

Assalamualaikum..

Last week team Department Marketing buat Potluck. I dengar la bebudak belakang ni kecoh-kecoh la nak bawak apa. Dyba paling senang sebab dia cakap nak bawak buah and kebetulan dekat bawah ni ada jual-jual so Dyba beli je la buah. Senang kerja dia kan? Orang lain semua masak-masak dia bawak buah hahahah. I yang tak Marketing ni pon take part jugak la. Biasa pon memang macam tu sebab I ni macam takde department pon sebab I VP Office so I bawak Mihun Goreng Kangkung yang dimasak dengan penuh kasih sayang gittew. Hahaha. I buat sebungkus setengah. Ingat tak cukup tapi more than cukup pon sebab ada banyak lagi makanan lain. Office kitorang memang suka buat makan-makan macam ni. Sorang bawak satu dish nanti tau-tau banyak je. Macam hari Jumaat lepas ada Mihun, Mee Goreng, Nasik Lemak Daun Pisang ada 2 type, sandwiches, roasted chicken, kuih-muih, kek and many more. Memang banyak makanan. Orang pulak tak ramai dekat office sebab ada Stock Take dekat Kilang-kilang company so masa share dalam Company punya WhatsApp group, mana yang takde dekat office bengkak je la hati sebab kitorang party makan kt office dorang bergelumang dengan getah sekerap. Hahaha. Boss I pon takde, dia pergi Palembang time tu. Intan pon takde, dia pergi ke Teloi Timur and first time masuk kilang getah selepas 8 tahun kerja dekat sini (yerla orang tu dah masuk HR). Dengar cerita dia muntah dalam toilet. Hahahaha. Sian. Kata Intan ‘Kaksu, nasib Kaksu tak datang kalau tak mesti Kaksu muntah bau getah. Busuk melekat sampai dekat baju. Tapi Ok la Kaksu tak datang sebab sekarang dekat Kilang Intan yang paling cantik. Kalau Kaksu ada, Intan tak nombor 1 dah la’. Hahahaha. Bongok Intan!


Sedap Grilled Chicken ni. I makan lepas Lunch sebab sakit perut pagi tu. Takot nak makan apapa. Masuk makanan je sakit. Sian I.

Tuesday, September 12, 2017

Sarah, Hokkaido Cheese and Stalker

Assalamualaikum..

Korang tau kan last week ada Matta Fair? Si Sarah sanggup tu datang dari Melaka untuk check offer dekat Matta Fair. Dia memang jenis kalau nak holiday, plan elok-elok. Sama macam Aliah Ongkaya la. Macam I, ground package pon tak paham amenda. Hahaha. Dalam perbincangan kekonon hujung tahun nak ke Boracay tapi kata Aliah sana banyak babi. Tak jadi. Nak pergi Disneyland kata Sazli banyak anjing pulak. Menyirap je tau dedua tu kalau bincang ada je yang nak membahan satu sama lain. Hahaha. Sudahnya I rasa memang kitorang ke Phuket balik ni. Tak puas la makan Pulut Mangga + nak pergi massage dekat Patong Beach. Sanggup tu pergi balik… Hahahahaha. Si Aliah pulak tetiba bagi cadangan pergi London. Tak dapat laaaaaaaaaaaaa aku nak naik kapalterbang lama-lama + ingat apa? Kaya raya sangat sampai nak pergi London, kasik notice 4 bulan? Kentot ko la. Apapa pon if pergi Phuket balik, I takde halangan sebab I suka Pulut Mangga. Biarlah orang nak cakap Pulut Mangga tu weird ke apa ke, aku peduli apa? Sebab tekak manusia ni kan subjektif. I suka suka sukaaaaaaaaaaaa pulut mangga. Dah la sampai kesudah takde lagi pon I sempat pergi Suraya Seafood Kampung Baru. Dorang cakap kat sana pioneer Thailand foods. Pulut Mangga and makanan semua sedap-sedap. Nanti la kalau ada yang nak melayan, sampai la I kesana. So haritu, kebetulan Sarah ada dekat KL, so kita pon jumpa sekejap dekat KLCC. Rindunyaaaaa you BB. I rasa sunyi la sikit bila you takde dengan I. Sebab sometimes, Dyba and Intan ada tinggal I. Hahaha. Please come back to me soon ok? I selalu imagine getting old dengan you, Dyba, Intan and Fiezul. Now Fiezul dah begembira jadik Bomba. Mana nak ingat I dah. Belagak betul dia. 


Dari Kiri : Sarah, Siti Nohaliza, Intan and Dyba. Sejenis Bangla. Dalam MNG pon nak amek gambar. Kah kah kah.

Friday, July 21, 2017

Office Hari Raya - TQ 9Kedondong!

Assalamualaikum..

Thank you to Haziq and 9Kedondong sebab sponsor prop untuk kitorang punya Jamuan Hari Raya office tahun ni. Semuanya last minute. Semalam petang baru decide. At first dorang taknak buat photobooth tapi tetiba nak buat. Memula fikir nak buat sendiri and memasing sanggup keluar duit untuk beli simple prop tetiba I tingat masa last time pergi 9Kedondong dorang ada baaaaaaaanyak prop untuk Ramadhan/Syawal yang ala-ala kampung so boleh la pinjam. Tachiuuuuuuuuuuu Haziq! Saya owe awak this time. Semua dekat office happy tengok prop ni and baru la semangat masing-masing ambik gambar. Paling Intan semestilah Pengantin, Intan Dayana and Liba (Dyba). Marah betul Dyba bila Intan panggil dia Liba. Kata Dyba, kalau Intan panggil dia Liba lagi dia taknak kawan sampai bila-bila. Hahahahah. Baaaaaanyak sangat makanan ada harini and semua pon sedap-sedap. I kalini tak bawak apa, bawak diri je. Kah kah kah. Bersesuaian dengan motto I ‘Ambik tau sikit-sikit je’.  Tapi I ada la orderkan Mihun and Mee Goreng dengan NZDelicacy on behalf of my boss so kira contribution sama-sama la tu. Hahahahaha. Today is my Boss Birthday! Happy Birthday Mr R. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat…. Harini I share sikit je la dulu gambar. Nanti next entry baru cerita detail ok? Harini pon banyak department buat Majlis Hari Raya sebab last week la. Eh tak last jugak, Isnin sempat lagi 30 Syawal. Tak sangka Syawal dah nak abes… Entahkan ada untuk sama-sama sambut Syawal tahun depan kan?


Asyik Team HR je amek gambar, mana aci! SO Liba and Lisu (Kaksu) tumpang sekaki. Dyba tu patut masuk je dalam periuk. Baru ngam. Tapi dia taknak pulak. Melawan!

Wednesday, March 15, 2017

5-2-5 kot????? (Edisi Futsal)

Assalamualaikum..

Lama giler tak main Futsal. Duluuuu masa zaman muda remaja memang I selalu la main futsal. Main untuk company sampai Liga Kebangsaan. Cecece. Bunyik mcam hebat kan? Bunyik je hebat tapi takde apa pon sebab most of the time I simpanan je kah kah kah. Tu masa sebelum kawen la. Bila dah kawen, ada main dengan bebudak Wakdan WAGS. Time tu Fouziah Gous (I call her Poja) pon ada join and Yash lagi la drama siap pengsan-pengsan time game. Mengada je. Dah tau nak main futsal, taknak makan memang la pitam. Time tu la I kenal dengan Ejie and unfortunately Ejie pon kawan jugak dengan Anny. Anny memang kaki Futsal la. I dah tengok dia main, takde la hebat mana pon hahahaha. Bab kutuk kita kemain. Dia tu main Futsal dengan I pon tak pernah tapi dia cakap I main macam Kuda Kepang. Amboi amboi amboi, amboi amboi amboi.  Yep yep (style King Coco). I pon memang la tak pandai mana main. Sama la macam Intan, poyo je lebih. Kasut nak Nike je walaupon company sponsor RM50.00 untuk beli kasut tapi dengan botol air kaler pink habes semua I beli. Haha. Taknak kalah. Tapi I jenis semangat memang lebih sikit. Sebab I suka sports kan? Biasa orang sports ni, bagi la sukan apa dia boleh je main semua. Cecece. I sepak pola pon jenis tonjol memang la kuat pergi dia. Usually yang betul sepak kuat and pandai Futsal dia guna sisi kaki. Kedebush bunyik dia. Kaklong I sepak kuat guna sisi kaki. Dia memang pandai main Futsal cuma dia ada masalah tak boleh bendung nak terkucil dalam seluar je la. Hahaha.


Last 2 weeks main dengan Intan and Kelab sukan company. Kening I on point. Tu yang penting.