Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Wednesday, September 2, 2020

Picnic at Sungai Congkak

Assalamualaikum..

Actually plan nak picnic ni sebelum PKP lagi. Only recently baru ada chance nak pergi picnic. Bestnyaaaaa! I suka picnic. Shein pon suka. Lagi best sebab pergi dengan Fifie. Dia semua pon ada. Khemah, tempat BBQ, tikar, dapur gas portable pon ada. Nak coffee? Zaaaaaaaaaaap siap! Pendek kata, kalau dengan Fifie ni boleh la hidup dua minggu dalam hutan. Cecece. Bab makan pon Fifie pandai la nak budget macam mana. I failed. Kalau dah banyak, sampai berlebih. Kalau sikit, rasa macam tak cukup. Haritu bawak kambeng perap 2kg, memula rasa macam sikit, tapi bila dah makan and campur dengan makanan lain, cukup je sebenarnya. Dyba bawak nugget tapi tak sentuh langsung. Patut tu untuk kanak-kanak tapi kanak-kanak sebok nak makan sosej yang bakar time panas-panas. Kata Fifie, Nugget tu semua patut bawak yang mentah je. Kita boleh goreng panas-panas sebab ada portable stove ni. OK next time lah. Masa bakar kambeng and rasa macam tak cukup tu, I panic la rasa macam tak cukup makanan lepas tu suruh la Hamirah datang bawak ayam. Tapi dia pon sampai pukul 2.00pm jadahnya la kan nak bakar ayam? Orang dah kenyang semua.

Foods alhamdulillah cukup semua. I pon ada bawak nasik. Masak 6 pot kecik, ada lebih sikit. Kita layan makan dengan kambeng, udang, sambal ketok and cicah kicap yang I buat untuk kambeng tu. Ulam pon I dah beli tapi boleh tertinggal. Selera je. Sedaaaap! Imagine makan bertemankan bunyi air sungai, bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Macam Udang and Sosej, Fifie cucuk dengan lidi. Udang tu fresh. Marinate dengan garam je pon dah sedap. Sekilo RM60.00 sebab udang gemok. I cakap, Udang tu sorang makan 2 je. Tapi Dyba diam-diam makan sampai 4. Ingat Kaksu tak tau? Memula cakap nak pegang je sebagai prop ambik gambar. Tetiba dah dalam pinggan dia. Hahahahaha.

Monday, August 24, 2020

Shein and Golf

Assalamualaikum..

Shein kan dari kecik lagi dah di dedahkan dengan golf oleh Baba dia? Baba dia ada la belikan Shein kayu golf untuk dia pukul-pukul depan rumah since dia 3 years old lagi. Makin lama kan dia makin besar? So makin kuat swing. Now it's time to bring Shein to Driving Range. Biasa dia pukul dari laman rumah Baba ke kawasan lapang sebelah rumah je. So haritu Saz bawak Shein pergi Driving Range. Masa first time tu OK la dia. Mood OK, so swing apa semua cantik je. Masa kali kedua Saz pergi dengan Shein and Baba dia, mulalah serba tak kena. Tak pandai la, sakit tangan la, sakit kaki, sakit perut, cat scratch lah, thirsty lah apa lah tok nenek semua keluar. Hahahahaha. Shein ni, time dia ada mood semua OK. Time takde mood, buat apa pon tak boleh but now semenjak dah remaja nak kawen ni, banyak dah la dia tolerate and dah banyak la dia mengalah. Boleh di bawak berbincang dah. Kalau tak dulu, tak puas hati baring terus tengah jalan. Takde bincang-bincang dah.

So haritu masa Saz, Shein and Baba ke KDE. I decide nak pergi sana tapi jogging. Boleh tahan gigih sebab actually kalau 5.30pm ni memang panas lit-lit lagi. Nak pulak jogging kat kawasan perumahan yang takde pokok, memang panas lah kan? I pon taktau dari mana datang kegigihan I untuk jogging sampai ke KDE. Hahahaha. Jogging ni padahal boleh tahan la tragedy dalam hidup I but alang-alang dah menyusahkan diri/perasaan sebab menda-menda bodoh and tak masuk akal dek penangan jogging ni, baik kita kasik sampai kurus. Tapi masalahnya sekarang, bilanya yang nak kurus? Hahahahaha.


Incik, perut tu cover sikit pwease? I love you Shein. Abah dia kalau siapkan gini la jadiknya. Pakai Tshirt sekolah. Aci boleh je. Hahahaha.

Monday, July 27, 2020

Hiking Bukit Dinding With Fifie and Miera

Assalamualaikum..

Mira kan, dia eksyen giler sebab tak habes bulan July lagi dia dah dapat 100 KM run. Kalau weekend kan, kita (Read : Mira) bedal jogging pagi petang. Balik kerja pulak almost setiap hari Mira jogging, paling busuk pon dapat 4.5km. Itu yang ada sekali I geram, I try jugak nak dapatkan weekend run 20 KM. Tak sempat buat pagi and petang, I bedal buat pagi sampai 8 KM hahahahaha. Kurusnya tak jugaaaak. Dah nak kurus macam mana kalau weekend Pavlova habes 10 biji telur (2 biji size besar). Sekarang I tengah mabok Pavlova, so sementara nak tunggu I bosan, memang pagi-petang Sazli and Shein mengadap Pavlova je laaaaa. Hehe. Berat I pulak, dah 2 minggu static je taknak gerak-gerak. Tapi takpe, static pon OK jangan naik-naik dah. Actually berat I turun/naik dari 2015. Diet beria, lepas tu dah dapat desire weight, bedal makan. Lepas tu gemok semula and diet balik. Tak kisah la static macam mana pon berat, I OK je. Positive. Sebab I tau losing weight is not impossible. Berat macam mana pon, umur berapa pon, semua tu tak mustahil untuk turunkan berat badan. Yang penting usaha, consistent and tak give up.

Turun sikit lepas tu static is OK. Jangan drastic sangat berat turun. Sebab usually drastic ni very tough sebab very strict diet. I pon tak mampu. Bab makan macam nak potong carbs tu takpe, tapi sugar memang I kalah teruk. Tekak memang jenis nak makan manis je. So I makan je la. Pavlova ke, Brownies ke, Caramel Latte ke, semua I bedal. But untuk nak mengelakkan rasa bersalah ambik sugar, I cuba maintain exercise. Weekend so far memang I akan jogging and latest, I cuba hiking pulak sebab jogging dah jadik a bit boring. I nak tengok scenery. Tapi KLCC balik-balik tengok menda yang sama. 3 KM run sekarang takde keluar peluh pon. So nak kena buat 5 KM keatas baru rasa puas. Kata Intan, I ada penyakit sebab 3 KM lari tapi tak berpeluh. I memang susah nak berpeluh beria. Nak dapat air-air halus dekat dahi, first 2 KM I tak boleh stop lari at all. Kalau tak nanti memang takde rasa apa. I saspek, lemak I jenis tak paham bahasa kita tak suka dia. Orang dah tak suka, cuba hapuskan dia, dia tetap kat situ taknak gerak-gerak.


Last week, for the first time I cuba hiking pulak dekat Bukit Dinding. Hiking yang paling tak mencabar sebab track jalan tar je. Hihi. Tapi bolehla kan? Ada kawan I cakap, kalau Bukit Dinding dia naik turun 2 kali untuk 1 session. Power power.

Friday, July 17, 2020

Main Layang-Layang di Kepong Metropolitan Park dengan Sveta and Hamirah

Assalamualaikum..

Dah lama dah tengok dalam Facebook pasal orang main Layang-layang dekat Kepong Metropolitan Park. Kebetulan memang Mira memang biasa jogging dekat sana so I pon bawak lah Shein pergi sana. I pergi lepas musim PKP2 and tengok orang ramai macam biasa je. Takde sosial distancing and tak pakai mask. Konsep dia redha je la (not good). Actually yang naik main Kite ni Shein tapi yang berusaha keras is Sazli la. I memang failed main Kite. Tak maunya naik. Sama la macam Hamira. Penat je lari, last-last tak naik pooooooon. Hahahah. Habes semua orang kitorang lamnggar. Dah macam Badut pon ada. Eeeee tak faham la macam mana nak bawak naik Kite ni tapi Hamira dengan I nampaknya masih tak give up. Haritu masa beli Kite, siap cakap dekat Nyonya tu 'Kalau tak naik, boleh tukar ke?' Dia cakap boleh. Lepas tu Nyonya tu cakap, 'Kalau tak naik juga, saya tolong you naikkan'. Hahahahahaha.

Masa yang first time pergi tu, Si Sveta pon redha je Mummy dia tak berjaya bawak naik Kite sampai dia cakap 'It's OK, We play invisible Kite'. Lepas tu dua beranak tu buat tangan macam konon-konon kite naik lah. Macam tarik-tarik benang lepas tu Sveta cakap 'Tengok mummy, Kite kita dah naik tinggi'. Sian kan? Tapi yang masa datang first time tu, Alhamdulillah Kite Hamira lagi suka berenang-renang di tanah dari di Udara. Hahahaha. Dia confuse dia punya function. Sebab dia ada tail, so dia fikir dia ikan. Tak payah terbang, berenang je dekat rumput. Hamirah salahkan Kite tu, tapi orang lain pakai yang sama, naik je pulak? Sazli memamg pro and take the flying kite as serious business. Berjaya naik sampai atas paling tinggi dalam dunia. (gitu exaggerate). Si Shein pon sangatlah happy, tapi lepas tu dia lagi seronok main Bubble dengan Sveta. One thing eh, nak datang sini kena bawak RM100.00 S E B A B - dekat sini macam Pasar Malam. Ada jual makanan, air, ice-cream, keropok dan macam-macam lagi. Lepas tu ada Bubble lima hengget sebesen, ada Bubble Pistol, Ada aeroplane and macam-macam lagi. Dapat anak sejenis Sveta semua menda dia nak, so bawak duit lebih tauuuu?


Dah bosan main Kite, main Bubble pulak. Kalau cuaca baik, angin laju semua, memang best la datang sini. Fun sangat. Jangan lupa bawak tikar sebab nak duduk. Kalau takde tikar, boleh beli dekat sana. RM20.00 satu. I pon boleh jogging. 1 full tasik dapat dalam 4km. 

Friday, January 31, 2020

Live From Utara

Assalamualaikum..

Hi, I dekat Penang ni. Gila merajin update blog sementara Sazli pergi Solat Jumaat. Impressed ke tak? John and Cikgu Khairi datang jemput dia dekat hotel. Kitorang ada kat sini sampai Ahad and tujuan datang sini sebab Sazli and 'Adik-beradik Teknik Kulim' dia ni nak menziarah kubur Kasyfi and nak tengok anak-anak Kash. Sesambil tu singgah la dekat rumah memasing. Takde specific agenda pon. Cuma nak jumpa je semua (and semestinya nak makan sampai gemok). Kat sini ada John, Cikgu Khairi dengan Paklah ja. Apit takdak. So actually tak cukup quorum sebenarnya. Takpalah, ada rezeki nanti bila-bila boleh jumpa pulak. I ni dah kenyang giler ni. Makan tengahari tak lagi. Tapi tadi dah bedal Masi Timah punya Capati 3 keping lepas tu pekena Ais Sagat Sunquick dengan Maggie Goreng dekat kedai Kak Azam.

Rindu jugak nak balik Utara. Rasanya lama dah tak mai sini. Last was masa Tok meninggal rasanya. 2 years ago. Pastu takde dah. Now kat Umah Tok pon kosong, takde sesapa. Dulu masa Tok ada, rasa seronok balik kampung. Makan Maggie kat rumah Kak Azam and buat macam-macam activity dengan Irah, Fizah, Apit. Naik motor keliling kampung tengok Bendang. Seronok sangat! I sukaaaa suasana macam ni dekat kampung. Kampung I ada Kelapa Sawit, kampung Sazli ada Sawah Padi. Tapi tadi I tengok Padi kat tepi jalan macam tak hijau sangat lagi. Kitorang gerak dari KL dalam 430am and sampai sini dalam 8.30am macam tu. Dalam perjalanan I 2 kali je jaga. Dekat Ipoh Sazli berenti solat Subuh dengan bila dah sampai sini. Shein lagi hebat, takde jaga langsung. Hahahaha.


Rinduuuunya nak makan Capati Masi Timah. Macam biasa la, kalau I uli dia akan jadi macam Map. Jarang nak elok bulat. Susah eh nak jadi bulat. Bukan senang.

Friday, January 17, 2020

An evening at Eco Ardence With Mira and Sveta

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu, I ikut Sazli pergi main bola dekat Eco Ardence. Situ Shein suka la sebab macam-macam menda boleh buat. Situ ada park, ada tempat makan etc. I pernah cerita dalam blog dekat sini. This time lagi best sebab ada Hamirah as well. Dia bawak Sveta, I bawak Shein. Cuaca pulak sangat cantik. Last time masa datang tu hujan so leceh la jugak sebab habes basah sependa semua. Kali ni cerah je. Pulak tu ada Lion Dance, Nyanyi-nyanyi sempena dengan CNY, memang meriah! Game pon I tengok makin banyak. Dalam hati 'Cukup ke bawak RM200.00 ni?' By the time nak balik duit tinggal limablas ringgit. Tu pon naseb baik masa beli Eskrem dekat Jaya Grocer guna Debit Card kalau tak minus duit. Nak bawak manusia nama Shein kat sini kalau takat ada RM50.00 je tak payah la sebab confirm takkan cukup punya. Dah la dia jenis lepas makan nak kena dessert. Dessert dekat Cafe/Restaurant eh, bukan yang beli dekat Flea Market. Ikut perangai sapa ko ni Shein? Eh. Hurm. Okbye. Hahahaha.

Kitorang sampai dalam pukul 6.00pm and sampai umah dekat lewat malam jugak la. Saz ada bola. Lepas siap bola, dia makan and mandi lepas tu baru gerak balik. Tachiu Mira sebab sanggup datang jauh-jauh sampai ke Eco Ardence ni. Dah pesan siap-siap kena bawak duit sebab dekat sini kalau nak main-main semua pakai cash and kat sini takde ATM (Sorry, ada ATM. Dekat dengan Kedai Mamak sebelah Pharmacy). Korang kalau duduk area sini, boleh datang bawak family. Best tau? Dekat sini, Shein incharge. Kita semua kena ikut je cakap dia, mana dia nak start dulu. Sveta tu dia panggil 'Adik' and dia bahasakan dia 'Abang Shein'. Awwwww Shein. Sweet sangat dia ni. Dah ready nak jadi Abang ke tu?


Sampai-sampai memula main panjat-panjat dekat playground lepas tu sewa basikal, pusing keliling taman. Sewa RM15 kot untuk satu basikal. Shein ambik satu, Kitorang semua ambik satu basikal naik 3 orang. 

Friday, November 15, 2019

Review PUSAKA yang Seram!

Assalamualaikum..

Last week kan Shein tak berapa sihat? So memang dia banyak duduk kat rumah je. Masa Sabtu tu, kesian pulak tengok muka dia macam Penyu dah so Sazli ajak tengok movie cerita Pusaka tu. Kitorang tengok show 8.30pm dekat KLCC. Siang tu rehat jer la kat rumah. Shein pon macam dah OK sikit, so boleh la bawak dia keluar. Dia pon asyik tanya bila nak go to Shopping Mall. Hahahaha. Naseb takda nak pau apapa. Dia tu kalau pergi KLCC heret terus ke Toys R Us. Tapi malam tu dah promise, keluar watch movie je and no toys. Bagi Shein kalau KLCC dia kena package. Buy Toys + Eat First (Chili's) and Watch Movie. Itu konsep outing bagi Shein. Kena complete semua kalau tak nanti dia cranky tak puas hati dengan semua orang. 

Yang nak tengok Pusaka ni pon Shein la jugak. Dia tengok iklan dekat Astro and suruh Saz bukak banyak-banyak kali dalam Youtube yang the making of tu. Shein memang suka citer hantu. Tapi ni I tengok hantu dia macam seram je. Usually Syamsul Yusof punya cerita hantu je yang tak boring and tak merapu bagi I. But this one nampak macam not bad and dari review ramai cakap best. Ada jugak cakap tak best, tapi takper lah... Boleh jer kalau nak tengok and support filem melayu. Kang kalau takot, pejam je la mata dari mula sampai akhir (Macam Airin. Baik takyah tengok hahahah). Shein pon cita-cita tinggi. But most of the time selubung kepala dengan blanket busuk dia tu. Piiraaaaaah!! Tadi dia yang beria nak tengok.


No photo pleaase Mama. Before the movie start. Usually kitorang akan ambik seat hujung row paling belakang sebab Shein kalau boring, boleh watch ipad

Wednesday, July 17, 2019

FUTSAL yang menang dapat No 3

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu I joint company baru (lepas ni I akan sebut DOP) main futsal for company tournament. Masa training dah cakap dengan kawan-kawan, eh silap. Adik-adik yang kita target Juara Kumpulan and akan masuk final lawan dengan team Kanik. Juara kumpulan dah dapat cuma main final dengan team Kanik je tak dapat. Kitorang kalah masa semi final lawan Prodata and main lagi sekali dengan FASSB untuk tempat Ketiga/Keempat. Alhamdulillah menang la. Terkilan jugak tak dapat masuk final sebab masa First Half tu dah mendahului 1-0 tapi masa suku masa kedua, kena attack bertalu-talu, lepas tu kaaaaaaaaaaaaaalah 2-1 kentot betul but takpelah, kita kalah, kalah bermaruah. Hahahaha. Dah kalah tu kalah je la, banyak alasan. But then, I happy je. Walaupon ni Ibu Jari dedua kuku dah biru sebab darah beku, tapi happy jugak. Lepas ni memang buruk la kaki I 3-4 bulan sementara kuku nak keluar baru ni. Huwaaaaaaaaaa. 

Masa main dengan DOP ni I rasa happy.. Kenal dengan kawan-kawan baru but at the same time teringat je company lama. Teringat main Futsal dengan Dyba, Intan, Ezy, Dee, Tikah semua. Teringat Nape, Wan, En Khairi... Ya Allah rindunya.... Sebak sangat rasa but adik-adik lelaki kat DOP pon semua supportive.. Sokong masa kitorang main. But dalam hati tu tetap ingat Rubber. Ingat lagi dulu I pesan pada Dyba 'Dyba, Dyba lari kawasan ni je tau? Dyba jangan lari tempat lain. Duduk je sini'. Lepas tu terbayang Dyba macam anak ayam kejar bola tapi tak dapat. Hurm... Entahlah. Taktau nak cakap macam mana. Happy ke tak kat sini, susah nak cakap. I hari-hari rindu opis lama, boss lama. Kekadang terfikir, betul ke keputusan I ni... But then, I take it in positive ways. Bukan I mati, bukan Dyba mati. Kita tetap ada sama-sama kerja dekat same building. Although semua tak sama macam dulu but I believe that everything happens for a reason. Maybe Allah nak I kenal orang-orang baru ke... I pon taktau but I believe in Him. He know the best. Macam I, dekat company baru, takde la nak cakap kuat-kuat ke, or buat perangai berangan macam Stewardess ke, or main kedai-kedai ke. Takde. Setakat ni la. Haha.

Masa budget meeting semalam, masa kuih sampai I ada la nak main jual-jual kuih cakap 'Abang, nak kuih apa? Yang ni 2 singget'. Tapi dorang tak paham lawak I. So yeah. Mesti dorang cakap I sewel. Hahahahaha.


Ni la team Futsal I. Jap I try ingat nama memasing. Berdiri dari Kiri, Wani, lepas tu yang lelaki tu semua I tak kenal (I bet GMC company I kecuali yang baju kelabu tu, tu GCEO FGV and sebelah GCHRO tu is Airin. Duduk depan dari kiri : Nurul, Erna, Miza and Ina. Time ni Wanie Da'i dah balik. Yahooooo ingat semua nama! Semua ni I rasa lagi muda dari I. Hahahaha.

Wednesday, March 27, 2019

Upin Ipin, Anomonis and Flaming Lamb

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu bawak Shein tengok movie cerita Upin Ipin Keris Siamang Tunggal dekat TGV KLCC. Tengok review semuaaaaa cakap best. I pon tengok best jugak. I bagi 5 bintang! Ni Shein dah promise nak tengok lagi Upin Ipin lagi weekend ni. Haritu citer Aquaman pon dia enjoy jugak tengok. 2 kali kot kitorang tengok? Second time tu kita tengok Midnight Movie dalam 11.50pm but Shein takde terlena pon. Tahan betul mata dia. Hahahaha. Bagi I, Upin Ipin Siamang Tunggal ni waaaaaaaaay bagus dari Didi and Friend. I masa Didi and Friend tu namploh kali menguap and sudahnya ke Hong Kong. Yang Siamang ni I rasa orang besar pon boleh tengok. Pack with action and kita akan tertarik dengan plot dia sebab banyak guna Fairytale Melayu punya watak macam Bawang Merah, Bawang Putih, Mat Jenin, Si Tanggang semua tu. Best laaaaaaaaa!!! If sesapa yang tak tengok lagi, korang kena tengok OK? Si Shein memang enjoy la. Kaki silang, tangan dedua dekat belakang kepala, relax and enjoy habes. Keluar Cinema, dia imitate la skrip Upin Ipin tadi siap jerit 'Upiiinnnnnnnnnn jangan pergi......!! Hahahahah. Cute la Shein. Weekend ni taktau lagi sempat ke tak tengok sebab nak setel Rumah Shein punya hal. Anyway, kemain eh ada orang tu Membawang pasal I dekat dalam Cari.my punya Forum siap cakap I pengotor bila I share pasal Spring Cleaning rumah lama. Pastu kata I tak share gambar rumah sekarang sebab rumah sepah la apa la siap cakap I way far from Perfectionist. Hahaha. So funny kan kekadang keyboard warrior ni kalau bersembang, gajah pon boleh terbang. Bila masa pulak I claim I ni Perfectionist? Yang OCD dulu tu sebab Shein baru lahir and I baru nak adapt with life ada anak baru. Takde pulak I cakap I OCD sampai rumah tak boleh ada habuk semua and susun sependa ikut kaler. Lain kali baca elok-elok. Tak paham tanya... I tak marah pon. You guys always FREE to DM or email I nak tanya apapa. I jawab je. Jarang sangat-sangat I tak reply DM tu. I mesti reply punya unless I tak perasan or terlepas pandang. Dia punya cerita macam kita ni sahabat baik yang boleh bertepuk tampar pulak. Macamkan kenal I sangat. Pelik, ada pulak tu masa nak berforum, bergosip. Takat guna Anomonis (Anonymous) - Bak kata Intan baik takyah la. Itu ibarat baling batu sembunyi tangan. Kemain diaaaaaa tu kan mengata orang? Biasaaaaa dia.... I takde apapa nak prove. Lantak la mengkome nak mengata I. Esok dekat akhirat, merangkak la dekat I mintak ampun.


Upin and Ipin - Keris Siamang Tunggal. 5 star! MEMANG WAJIB TENGOK. I beli tiket awal Online. Masa movie about to start, Full House!

Thursday, January 31, 2019

Experience at KL Forest Eco Park

Assalamualaikum..

Esok Hari Wilayah I ingat nak bawak Shein pergi Jungle Trekking dekat KL Forest Eco Park - KL Tower. Tapi tu cita-cita la. Biasa cita-cita di hari minggu yang melibatkan kena bangun awal ni, takkan menjadi kenyataan kalau tak besungguh-sungguh. Shein pulak jenis kalau pagi, nak kan I peluk dia and tak bagi bangun. Dia cakap 'Mama, The Sun is tired'. Dia yang taknak bangun, dituduhnya Sun is tired. Hahahaha. Kekadang kalau dia yang bangun awal, Mama liat nak bangun still begolek-golek dekat katil Shein akan cakap 'Mama wake up, The Sun is coming'. Hahaha. Cute la Shein ni tau? Dah la bontot debab. I geram time dia brush his teeth bontot goyang-goyang kiri kanan. Dia dah tinggi sangat and grown up soooo fast. I saspek, Darjah 5-6 ni nanti memang dia akan either sama tinggi dengan I or lebih tinggi dari I. Actually Shein suka ni buat outdoor activities macam ni. Trekking, jogging semua memang dia suka sangat. But yang menyampah bila dia penat and start cranky nanti mintak Mama dukong. Dia ingat dia ringan? Now kalau dia nak dukong pon I buat bodoh je sebab berat sangat rasa macam nak pecah dada. Ni gambar I share ni dah 2 bulan dah. I datang sini dengan Souma, Abdou Rahmen, Azeez, Kanik, Simaa and Shein. Kitorang datang sini sebab nak outing dengan Abdou Rahmen sebelum dia meninggalkan Malaysia. Abdou is classmate Shein masa dekat BBI dulu. Dia dah left Malaysia for good and back to their country dekat South Africa. Sedih sangat masa ni sebab dah dekat last-last di Malaysia, baru la kitorang keluar sama-sama. Sebelum tu takde pulak. Si Abdou ni masa dekat BBI is Shein punya shadow. Kemana-mana berdua je. Si Abdou selalu cakap 'Shein is my very best friend'. Dia selalu hug shein kuat-kuat and Shein macam biasa je, takde la beria sangat pon. Ni esok kepada bakal GF Shein, I ucapkan Good Luck lah. Please expect your BF jenis heartless OK? Hahahaha. Kalau tanya dia sapa best friend dia cakap la Abdou tapi gitu-gitu je la hahahahaha. But Abdou nampak sangat sayang Shein. Nampak je Shein, berlari dia nak hug. Shein pulak tak abes-abes cranky sebab dia ada masalah tak boleh tengok mainan. Dia akan nak jugak walaupon mainan yang sama dah ada dekat rumah. Masa dekat KL Tower ni pon banyak jugak I spend. Nak masuk Mini Zoo, nak masuk Upside Down House. Situ je berdua dah almost RM200++ kot? Mahal jugak fee's dekat sini taaaaaaaapi Lunch sedap! I suka. Kedai makan simple je, lauk pon sikit je tak banyak tapi semua sedap. Ko tengok, pusing-pusing dia declare tempat tu sedap sebab makanan jugak. Hahahaha.


Cantiknya Souma dressing nak buat Jungle Trekking hehe. Dari Kiri : Azeez, Soumayyah, Abdou Rahmen, Siti Nohaliza and Shein yang penjeles mama pegang Abdou. Ni masa half way, ada tempat buloh macam ni. Cantik sangat. I suka giler tau KL Forest Eco Park ni sebab memang bersih. Rasa fresh dapat hirup udara segar dekat sini. Tengah-tengah City tetiba ada hutan... 

Tuesday, October 30, 2018

Jogging With Shein at KLCC Park

Assalamualaikum..


Ahad haritu I plan nak bawak Shein beriadah jogging sikit sambil mengurangkan berat badan beliau yang debab tu dekat Tasik Titiwangsa. Memula plan nak pergi dengan Nik je tapi tetiba sakit hati pulak exercise berdua so I paksa Simaa ikut. Dia tu debab sama naik dengan Shein, kena kuruskan badan jugak tu. Simaa time tu tengah buat Cekodok (tak abes-abes makan) so I cakap ‘Siap sekarang, kitorang datang jemput’. HAHAHAHA. Takde pilihan Simaa kena la ikut sekali. Si Nik pulak orang dah cakap nak bersukan beria pakai cantik-cantik dah kena salin baju jugak. Naseb la rumah kitorang jarak tak jauh and nak ke Titiwangsa tu pon satu jalan. I dalam kepala dah plan, lepas jogging ni nak pergi Suraya Seafood la, nak makan Sup Ekor, Air Mangga dengan Pulut Mangga. Lepas jogging takde la rasa bersalah sangat nak makan hahahahaha. Sekali bila sampai Tasik Titiwangsa, close for renovation pulak. Cis! Simaa dengan Nik dah semangat nak naik basikal. Dorang cakap, I sorang je jogging lepas tu dorang follow la dari belakang naik basikal. Banyak punya cantik! I cakap kat dorang ‘Nampaknya tak boleh la nak exercise harini. TERPAKSA la makan je dekat Kampung Baru’. HAHAHAHAHA. Time tu pulak cuaca tak berapa nak cerah tapi Shein dah nagging nak main dekat Playground so the nearest recreation park is KLCC. Memang kuat betul jodoh I dengan KLCC ni so zaaaaaap terus kitorang ke KLCC. Sini pon actually ada renovation jugak but takde la tutup semua. Shein sampai-sampai je terus cakap ‘Mama, run runnnn!’ Si Shein memang takde masalah nak lari. I agak 5 km pon dia OK cuma bila penat dia merengek la. Pesen lari pulak is main kejar-kejar so kalau dengan Shein memang extra penat la. Kata Simaa lepas ni kalau nak buat fitness tak payah pergi gym, ajak je Shein pergi Playground lepas tu main lari-lari. Memang berpeluh lencun. Simaa cakap ‘Shein ni badan dia padat la, berat!’ Memang gigil-gigil si Nik dengan Simaa dukung Shein melayan panjat-panjat dekat Playground. Padan muka hahahahahahaha.



Siap jogging dapat 1 half round = 1.5km Shein nak main dekat ‘Buai Laju-laju’ pulak. Nak tunggu turn punya lama last-last dapat jugak. Si Shein suruh tolak laju-laju, kalau jatuh ni memang macam Nangka busuk.

Saturday, September 29, 2018

Makan Sedap Di Sabah

Assalamualaikum....

Hi semua... Ada yang rindu I tak? Nak bagitau yang Netball Team I (KL1) dapat NO 3, masa separuh akhir kalah dengan Kuantan 1 point je. Frust giler. Kalau tak, dapat masuk final lawan dengan KL2. Setengah jam jugak la I taknak bercakap dengan sapa-sapa sebab sedih. Fight sangat game tu. Memang net to net. Kita gol, Kuantan gol. Cukup 15 minutes wisel tiup seri 10-10 lepas tu dapat masa tambahan 3 goal. So kita kalah dekat situ and memang takde luck lah sebab semua macam tak berapa nak menjadi main. Wawa, Nik main attack, lepas tu Kak Sakdiah and Ain main shooter pon sama-sama macam tak berapa nak menjadik jugak. Apa lagi, abes je game maka semua bertukar menjadik Neng Yatimah. Yang paling teruk nanges sapa lagi kalau bukan aku wahahahhahaha. Lagi Si Nora pujuk, lagi la meleleh air mata. Punya teruk sampai kesiku air mata I meleleh OMG padahal kalau dapat Johan sorang RM25 je pooooon. Hahhahaha. Bukan RM10k pon tapi korang tak athlete mana tau perasaan seorang wanita jelita yang kalah netball 1 point. 1 point kot??? Kalau kalah 25 juta - 0 yer la I tak sedih macam ni... Huwaaaaaa but takperlah, I dapat kenangan manis sepanjang berada di sini. Dapat makan sedap-sedap dekat Todak Waterfront, dapat kenal kawan-kawan baru yang semuanya kelakar serta selenga macam-macam jenis perangai and dapat jumpa kawan-kawan lama yang dah berzaman tak contact. It was a good memory here in Sabah (selain dari naik kapalterbang lah, yang tu memang I tak berapa nak suka). Malam tadi persembahan pun bungkussssss. Hahaha. Masa sampai dalam dewan, Nik cakap 'Kaksu, team tu pon pakai bunga la dekat kepala'. I cakap, 'Takpe Nik, bunga dia kecik. Kita punya bunga lagi besar, kita yang menang ni'. Semua sekali ada 13 team tau? Nak tau I dapat nombor berapa? 13! HAHAHAHAHAHAHAH. Pundek betul. Ni semua pasal Bunga Kak Nira bagi la ni besar sangat, kalau dia bagi I bunga kecik sure kitorang dapat no 12 hahahaha. Kelakar kan dapat number last? Hahahahah. Punya confident target nak dapat No 1 jer sekali number last wei. Hahahaha. Adoi, kelakar sungguh... Anyway, sebelum I share gambar-gambar lain, I nak share dulu gambar makanan paling best and paaaaling I teringin nak makan masa dekat sini. 


Kepak Ayam! Orang Sabah panggil Sayap Ayam. Ni paling sedap I pernah makan. Dekat Kundasang. Gerai located dekat kaki bukit nak ke Kundasang War Memorial. Kedai tu sederet dengan kedai runcit. Lupa pulak nak tanya apa nama kedai tu tapi jangan risau, kalau dekat Kundasang semua Kepak Ayam sedap. I ada jugak makan Kepak Ayam yang bebudak ni beli dekat KK tak sedap macam yang kat Kundasang. Ya Allah bila la dapat lagi makan dekat sini. Kata Siti kena tunggu lagi 10 tahun. Nak simpan duit dulu. HAHAHAHHA. Punya lama nak simpan duit macam nak pergi Europe. Hehe.

Thursday, September 27, 2018

Live From SABAH

Assalamualaikum...

Good Morning. I bersiaran langsung dari Yayasan Sabah untuk Netball game pagi ni. Kalau masuk final, kitorang akan main sampai pukul 5.00pm lepas tu malam saringan joget pulak dekat One Borneo. Maaaaatilah. I harap kalah la sebab kalau menang nanti malam esok nak kena perform untuk Dinner pulak bertemakan Baju Corporate hahahhaha. Semalam pon masa Malam Perasmian kitorang pakai Baju Corporate dah sama macam perhimpunan UMNO dah. I pulak salah konsep, pergi bawak heels macam mana nak perbarisan, kata Siti dah macam Stewardess dengan seluar kembang lagi  lepas tu dia siap cakap 'Hi, can I have a coffee please?' kahkahkah. I mana tau... Ingat kalau pakai baju corporate kena pakai heels. Nanti I share gambar OK? Kaklong pulak dia dah kena diarrhea malam tadi sebab makan Seafood semalam dekat Todak Waterfront. Housemate I dekat sini dua orang kena cirit-birit sebab first night tu Udang yang kitorang makan tu macam tak fresh. I setakat ni alhamdulillah OK. Jaaarang nak kena sakit perut sebab salah makan kecuali saiko dengan Ikan Talapia and Betik. Yang lain semua OK tolak batu dengan kayu je. Harini dah 2 malam makan dekat Todak Waterfront tu bapak lah murah! Tak dapat la harga macam ni dekat Semenanjung. Puas hati I sangat makan ketam. Imagine makan ketam, udang, scallop, ikan segala mala haiwan untuk 8 orang baru RM180.00 jer... Syarat dia jangan order air sedap sebab air sedap mahal. 2 restaurant I try dah. Tak sabar nak share dengan nkorang. Kalau la murah makan macam ni dekat Semenanjung I agak, I la nombol 1 kena gout. Tapi sebelum tu layan dulu gambar yang I share harini OK?



Sebelum berlepas. Flight was smooth la jugak. Ada sikit langgar-langgar awan. Kata Kaklong, dia kalau naik kapalterbang tak dengan I dia OK je. Tapi naik dengan I jadi takot pulak. Masa nak landing tu kata Kaklong, 'Pilot ni boleh tak bawak elok-elok?' Lepas tu Abang Syed cakap 'Ni Pilot practical ni'. Hahahahaha Sesuka hati je Pilot Practical.

Tuesday, September 25, 2018

Live From KLIA 2

Assalamualaikum...

I bersiaran langsung dari KLIA 2 ni. Flight 1.50pm tapi Urusetia Sukan kata kena ada dekat Airport pukul 9.00am hahahaha. Adoi. Sazli ketawa je bila I cakap I dah check in luggage pukul 10.00am tadi. So now I lepak dekat OldTown sementara nak tunggu pukul 12.30pm untuk check in masuk kapalterbang matilaaaaa. Tu poooooon awal jugak hadoooi. Sini takde aircond la wei, panasssss. Lepas tu harini kita pakai jersey semua sama sebab athlete kan? Hahahaha. Ni panas-panas ni, jap lagi ketiak I bau Bangla la ni confirm. Anyway, harini I rasa hebat. Nak tau tak kenapa? Ke taknak tau? Taknak tau pon I tak kira, I nak bagitau jugak. Tadi I park dekat Putrajaya Sentral. Parking kereta dekat sana lepas tu terus ambik KLIA Ekspress sampai KLIA 2. Parking dekat Putrajaya Sentral tak sampai RM10.00 pon sehari. Bapak la murah! Kalau parking dekat KLIA/KLIA dalam RM46++ macam tu. Kalau 5 hari dah berapa? Haaaaaa kira la sendiri. So I rasa macam I hebat harini sebab boleh jimat. Tadi dari Ampang I lalu Mex terus ke Putrajaya lepas tu exit dalam 5 minutes dah sampai Putrajaya Sentral. Imagine kalau naik Uber one way dah RM70 x 2 dah berapa, kan? So korang nanti bebila kalau nak pergi mana-mana dalam 5-6 hari boleh la parking dekat Putrajaya Sentral. OK? Actually cara ni semua orang dah tau ke, ke I baru tau? Hahahaha. Nanti kalau kitorang sekeluarga nak pergi holiday mana-mana nak buat macam ni la. Rasa macam best pulak macam ni. Shein mesti suka dapat naik ERL. Hope tahun depan bila rumah dah siap, Sazli bawak I pergi Spain. I nak bagitau Shein, dulu masa dia ada dalam perut, dia pernah datang Barcelona. Tapi nak pergi Europe flight berapa jam pulak. Haih. Kalah betul la I dengan kapalterbang ni. Taaaaakot. Taktau la sampai bila I dapat recover dari takot naik kapalterbang ni. Kata Nik, I excited sebab tu malam tadi tak dapat tido. Sebenarnya kalau nak naik flight I memang cuba not to sleep malam dengan harapan nanti naik kapalterbang tido. Setakat ni, cara menahan mata ni tak berjaya pon. Atas kapalterbang mata I memang luaaaaaas terbukak. Pundek betul.


Tengok, Kaklong pon ada. Dia main badminton. Sebelah dia yang manja lentok-lentok tu Nik. Dia Polis tau? Sebab tu dia garang. Dulu dia eksyen dengan I. Depan Nik tu nama dia Sima. Comel and kelakar orangnya. Orang ebab-ebab ni biasa memang comel. Sebelah Sima tu Tomato. Taktau apa entah nama dia, orang panggil dia Tomato and yang depan Tomato tu Siti Babe. Ganas, tapi handbag dengan sweater kaler pink. Tak simetri dengan Imej

Monday, September 24, 2018

Bye KL, Hello Sabah!


Assalamualaikum..

Ya Allah rasa macam hectic sangat lately hidup I. 24 hours rasa macam tak cukup sebab I ada Netball game untuk SUFMA start esok dekat KK Sabah. Every day ada training. Kalau takde hujan buat fitness dekat Gym pulak. Kurusnya tak jugak. Kekadang sakit kangkang makan 4-5 hari baru nak OK. Lari atas treadmill I OK lagi. Yang kena buat squat, jumping jack, planking semua tu memang hazab la. Tak sukaaaaaaaa. Rasa muscle sakit giler. Dah tu, tak cukup dengan Netball kena masuk Kebudayaan pulak. Kena menari Sumazau. I ni menari Traditional jadik Dangdut, buat Sumazau dah jadik Hindustan kah kah kah. Macam biasa, Kak Nira la yang ajar. Bajet professional, practice baru 3 hari wei. Adoi, macam mana la nanti ni nak masuk pertandingan. I doa kalah je la sebab kang kalau menang daaaaaaaaaaaaah Dinner nanti kena buat persembahan lagi.  Katanya ada Menteri Besar Sabah ada sekali. Adoiyaaaaaai. Bab Netball dengan Kebudayaan tu takpe lagi tapi daaaaaah nak kena naik Kapalterbang aje mamposssss. Naseb la Kaklong ada. Macam la kalau naik dengan Kaklong selamat sangat hahahahahahaha. Kali ni focus untuk bersukan je and memang taknak beli apapa kecuali macam nak beli T-Shirt je dekat Hard Rock KK. Ikan Bilis semuaaaa I taknak. Biarlah mata biru ke, mata purple ke I taknaaaaak. Yang ada dekat rumah ni pon still ada sepeket lagi tak guna. Kitorang nanti stay kat mana pon I tak ambik tau sangat sebab bebudak Netball ni cakap je stay kat mana, terus Google cerita hantu, terutamanya Nik. Anyway, despite my hectic schedule, I enjoy jugak sebenarnya. Kenal kawan-kawan baru dalam Netball team. Adik-adik semua. Maklumlah I dah 5 tahun tak join SUFMA. I decide, ada je Shein, I nak focus pada dia. Acewaaaah. Now dia dah besar, dah masuk sekolah biar Abah yang setelkan dia pergi Sekolah. Good Luck Papa!


Last week buat friendly dengan team Farah Faiz dari Maybank. Semua sama size je kemain lincah. Result : Rahsiaaaaaaa hahahaha

Tuesday, October 31, 2017

Melaka Trip - MPO and Makan Sedap

Assalamualaikum..

Sebelum entry Melaka ni jadik kenangan, baik I masukkan cepat-cepat dalam blog time panas-panas lagi. Untuk birthday Intan ni dia tanya I, ‘Kaksu, entry birthday Intan ada berapa part? Intan nak banyak-banyak jugak macam Kaksu’. Ewah, senang je nak mintak-mintak. Pergi la update dekat blog sendiri. Yang I punya pon mau makan sampai Part 20 lagi dia pon nak banyak-banyak jugak. Hahaha. Ok sambung citer trip Melaka, kitorang masa nak pergi dah plan la nak pakai baju apa la, kasut apa la. I tanya Intan, ‘Intan, kasut Intan pakai kasut apa?’ Lepas tu dia cakap pakai sport shoes. I belagak cakap ‘Tapi bukan Adidas NMD kan?’ Kata Intan ‘Bukan, tapi Nike harga RM400.00 Ok Kaksu!!’ Terkeluar suara jantan dia time ni. Hahahah. Bongok la Intan. Baju pon kitorang pergi beli sama jugaaaaaaaaak yang tak tahan tu. Beli dekat H&M yang loose je so that nanti tak belengas and ketiak lecak sangat. Intan ambik warna lain sebab dia lantik diri dia jadik Ketua. Lantik diri sendiri, pon boleh jugak. I excited untuk this Melaka trip 1) Boleh jumpa Sarah 2) Makan sedap dekat Bandar Hilir. Selain dari tu, of coz la I happy dapat spend time dengan Dyba and Intan. Masa naik bas, ada la rasa takot sebab I kan memang penakut naik kenderaan. Memang macam tu. Kapalterbang lagi lah! Bas pon macam dah lama tak naik je. Dulu masa balik Jengka dari KL pon ada naik bas. Pon takot. Tapi yang Melaka ni, macam sekejap je dah sampai. 2 hours kot? Kitorang isi masa dengan karaoke lagu ongtue so tak rasa lama pon. Tau-tau je dah sampai.



Sebelum Bas bergerak. Photo taken by Abang Driver bas la. Dia pulak sporting je melayan.

Thursday, October 26, 2017

Icescape Ice Ring – IOI City Mall

Assalamualaikum..

Sabtu lepas, memula Sazli cakap nak  bawak Shein pergi hiking dekat Bukit Nenas and lepas tu boleh la pergi Mini Zoo dekat sana. Dia memang kalau takde apapa plan, mesti dia akan plan something for Shein. Sedih dia tengok muka Shein kalau terperap je dekat rumah. Jumaat malam tu Sazli cakap 'Esok pagi kita keluar pagi-pagi lah Mama sebab tak panas'. Tapi biasalah dalam kehidupan kita, cita-cita tu tak semestinya akan kesampaian. Shein and Sazli pon siap breakfast dah pukul 10.00am so acane nak ke Bukit Nenas tengah panas belenting ni? Tetiba Sazli cakap nak try ice skating lah. Shein sure suka try new thing. I pon tanya Dyba kot-kot dia nak join ke sekali Dyba cakap Ok. Intan tak boleh join sebab dia busy dengan assignment (Tu yang I cakap kalau dia sambung Master, I nak terajang je dia terus. Tak abes-abes weekend pergi Library) So tengah hari tu taraaaaaaaaaaa tetiba kitorang dah ada dekat IOI City Mall dah. Hahaha. Macam tak caya je ad hock plan macam ni menjadi. Biasa plan bertahun pon tak jadik-jadik. Contoh : Kitorang plan nak cuti hari kerja and and pergi Sunway Lagoon haaaaaaram tak menjadi kenyataan. Dari Shein takde, sampai dah nak masuk 5 tahun dah pon. Hahahaha. I suka la buat activity macam ni sebab I memang kalau tak buat apapa jadik meroyan dekat rumah. Perangai kaki berjalan dah jatuh dekat Shein tapi Shein lagi up sikit la. I kalau dah penat, rasa la rindu rumah and reti la nak balik. Shein takde der. Walaupon dah berjalan dari pagi jejak ke tengah malam, nampak je  jalan nak balik rumah kitorang daaaaah dia menggelupur taknak balik. Hahaha. Kata Sazli 'Suraya, perangai anak you ni sebijik macam perangai you. Kaki jalan. Pantang nampak pekan'. Pekan = Kedai/Mall. Hahahahaha. Naseb baik lah Shein ikut perangai Mama. Kalau tak mereput la Mama duduk rumah tak buat apa. Aku pandang engkau, engkau pandang aku. Sekian terima kasih.


Besar kan Shein? To date berat dia dah 24.7kg ok? Memang nak pecah dada kalau nak dukung dia. Ni nampak gaya ni umur 12 tahun memang dia lagi tinggi dari Mama la ni jawabnya.

Friday, October 6, 2017

Selamat Bertunang Nurul Iddurah and Imran Zahri

Assalamualaikum..

I sangat bangga dengan diri I sebab berjaya drive dari KL to Seremban ALONE untuk pergi Majlis Pertunangan anak Big Boss I merangkap I punya fav Fever Glam Lipstick agent, Iddurah dengan tunang dia Imran Zahri on 26 Ogos lepas. Ni betul punya throwback ni. Hahaha. Tahniah Durrah and tunang. InsyaAllah nanti Majlis Perkahwinan akan diadakan on April next year tak silap I. I pergi sorang je sebab Intan, Dyba semua tak FREE and Sazli petang tu nak tengok Semi Final Bola Sukan Sea yang menang tu so takot I sampai lambat kang susah pulak dia kelam kabut. Nak handle Shein sorang memang I tak mampu sebab bersesuaian dengan motto I pada hari tersebut ‘Less Drama’ sebab Mak engkau dah pakai baju traditional cecantik siap kain batik belah lepas tu nak mengejar dia je eh kurang kerja pulak kan? Bak kata Yatie, kalau berjalan bawak anak-anak ni dramatic and adventure sikit. Adeh. I kekadang nak ketenangan hati. Kata wife Big Boss I ‘Su patut bawak Shein, biar dia explore. Akak dulu pergi mana-mana bawak anak-anak. Biar dorang explore things. Macam kenduri ni, biarkan dia bermain’. Hurm, Shein kalau nampak pelamin, dia akan main belakang curtain and sama naik jugak dia nak bersanding lupa dia sunat pon belum dah sebok nak bersanding. Lupa ke masa wedding anak Boss yang pertama, disaat kompang tengah dipukul diluar, sapa atas pelamin? Jawapan : Shein. Hahahaha. Lagipon I dah promise Shein petang tu I nak bawak dia pergi tengok Dinosaur Live in KL dekat Matic tu (lagi). Kang kalau angkut dari pagi, takot sampai ke petang dia dah ngantuk and nak berdukung naik kereta, I tak larat nak angkat. Shein 24kg ok? Berat giler.


Tahniah Iddurah and Imran. Cantik pelamin, warna baju semua. Dah macam kawen kan? Zaman sekarang bertunang meriah sangat kan?


Esok zaman Shein bertunang macam mana la eh? I pon sure sama naik nak cantik-cantik jugak. Hahaha. Eh nanti bila Shein dah besar, I akan jadik kawan baik dia. Nanti apapa semua kita share la contohnya pasal GF ke. I tak rasa I emak yang garang. I sporting. Ishk, sebak pulak citer macam ni kan? Semoga Mama and Shein panjang umur so that kita boleh jadik best friend. Amin…. Ok sambung citer. I gerak dari KL dalam 11.45am kot, tak ingat. Target sampai dulu dari Boss I (En R) tapi tengok dia sampai dulu. I berdoa jangan la ngantuk and tertido sebab I memang macam tu, pantang jalan clear mula la layu je mata. Penah la telelap lepas tu istifar. Tapi kali ni I hati-hati la sebab naik kereta Sazli. Kata Sazli ‘Tu kang Mama jangan la nak langgar-langgar divider pulak’. Hehe. Haritu I dah calarkan rim beliau. Stressed ooo bawak kereta orang. Macam I kalau naik divider dah relax dah. Takde gelabah ke apa. Nak buat macam mana. Gelabah pon bukan boleh rewind. Ada sekali masa naik divider Intan dah terjerit-jerit. I cool je. Hahahaha. Tapi dalam hati berdebar-debar sebab amenda la ni nak kena repair tapi sebab kereta sendiri dia cool la.



Tak ramai kawan office yang datang haritu sebab ramai yang ada hal. Yang duduk tu Isteri Boss I. Baik sangat dia. Dia Lecturer. Kalau pergi holiday mana-mana mesti ada je buah tangan untuk I sampai I pulak naik segan. Belakang tu Dee, Siti Nohaliza and Kak Jue.


Paling Kiri baju biru, tu la CEO Office I. Encik KP. Kemain segak berbaju melayu ‘Butang baju melayu aku mana Pah’. Haha. Jangan carik pasal. I mata tak boleh nak bukak sebab silau cahaya. Dee lagi la tak boleh bukak mata tapi I letak jugak gambar ni sebab I Ok. Orang lain tak ok takpe. Hahahaha.


 Yang baju belang tu suami Kak Jue. Sama office jugak dengan kitorang. En Baha nama dia. Tukang ambik gambar is Dzarif. Last-last dia takde dalam gambar.

Thank you for inviting Su en KP and family. InsyaAllah ada rezeki, nanti sampai la untuk wedding Durrah pulak. Wife En KP cakap suruh datang malam berinai bawak Shein. Sure or not? Kang huru-hara pulak majlis Durrah. Hahahaha.  Balik tu, I guna jalan lain. Guna Federal tapi jem dekat Seremban boleh tahan hazab sebab banyak traffic light. I naik tersengguk-sengguk mengantuk. Subhanallah memang tak boleh la nak drive. Now ok jugak sikit, dulu I dekat traffic light pon ok je pejam mata sekejap. Hahahahaha. I memang pantang naik kereta, memang ngantuk. Tapi kalau naik kapalterbang taknak pulak I tido walaupon dah berjaga semalaman. Sesaat pon tak boleh lelap. Itu nak pergi London? Hahahahah. Lupakan ajer la. Phuket pon dah separuh mati nak tunggu sampai. Sampai KL dalam 3.30pm terus I bersiap bawak Shein and Kaseh ke Dinosaur Live in KL dekat Matic lepas tu protes taknak tengok bola sebab sakit hati tak dapat pergi. Dah la memang pulak tu. Siot je. Hahahahahaha. Time Sazli pergi Malaysia menang, time I pergi Malaysia kalah. I rasa betul la I takde good luck tengok bola dekat Stadium. Cis!

-eNd-

Thursday, September 21, 2017

Entry Tertunggak - Final Bola Sepak Sukan Sea Mas vs Thailand

Assalamualaikum..

Basi dah pon cerita pasal Final Bola Sepak Malaysia Vs Thailand untuk Sukan Sea KL 2017 ni ha. Saja je I update lambat-lambat sebab kang kalau awal-awal ada je yang nak membahan cakap I punca Malaysia kalah malam tu. Kentot betul. Hahahahaha. Lagipon kalah, memang la lambat update, cuba menang? Zzzaaaappppp malam tu sampai je rumah terus masuk blog. Hahahaha. Sampai hati kan Malaysia? Sampai hati kalah. Dah la I bersusah payah beli tiket dekat Ulat RM100 sekeping, boleh pulak kalah???? I rasa I memang takde luck la tengok bola sekarang. Tengok WakDan main, WakDan kalah. Tengok Malaysia main pon, Malaysia kalah????? Hahaha. Malang betul nasib. Tapi nasib malang memang berganda-ganda lah malam tu. Kalah satu hal, dapat pulak duduk dekat open area yang belakang gol tu pulak. So kena hujan… Kah kah kah. Cair mekap I tau? Intan pulak masa hujan turun tu I cakap pada dia ‘Intan, hujan la…’ Lepas tu laju je Intan jawab ‘Dah tu kita boleh balik ke sekarang?’  T____T Dia tu memang tau takde perasaan tengok bola. I cakap dah pada Intan, kalau Gol Intan buat taktau muka Mr Bean memang I tunjal dia. Sekali takde gol bebetul. Adeeeeeh… I kan, masa Thailand gol je, memang I nanges. Terkejut Intan. Dia tanya I nanges betul ke? Lepas tu gelak-gelak. I terus moody sampai la second half tu, kurang 10 minutes nak abes I dah keluar dah Stadium sebab rasa macam tak worth it dah nak besesak-sesak sebab dah kalah. Hahahaha. Takper lah… Takde rezeki I nak begembira and poyo-poyo dekat Sazli malam tu. Niat dari awal dah tak betul (sebab nak bagi Sazli bengang) sekali kalah! Kah kah kah. Pahadan muhuker!


Amboi lawa sangat tu dia pergi Stadium siap rambut kapok-kepok Mak Datin. Nanges Kak Temah tengok rambut Intan tu.

Tuesday, July 25, 2017

Make-Up Cantik by Linda and Make-up Remover GreenAard

Assalamualaikum..

Tatiu Linda sebab selalu menjadik a person behind my beautiful mekap. Dengan Linda ni senang je nak mintak dia mekapkan sebab dia dah tau dah macam mana nak buat dengan muka I. Kaler apa, shading macam mana semua. I biasa suka mekap yang sama jenis je each time. Linda tu, asal I cakap ‘mekap biasa’ dia buat la muka sebab dia kalau boleh nak experiment la kasik lain sikit look tapi I taknak sebab takot cantik sangat kang and if ada orang ngorat acane? Hehe. Biasa pesan kat Linda I ‘Takyah cantik sangat Nda. Biasa-biasa je. Tapi nak princess’. Nak princess tu maksud dia kena makeup pinkish-pinkish sikit. Biasa la ongtue yang masa muda takde chance sangat nak becantik-cantik, dia memang always nak princess je. Hahahaha. I punya favorite mekap is yang tak ubah muka I jadik orang lain but at the same time takde nampak macam mekap nak pergi office. Linda paling expert bab ni. Linda ni best sebab lembut orangnya. Dulu dia pernah kerja dengan KRU and ikut crew buat drama semua so pernah la mekap Rozita Che Wan, Lisa Surihani and masa Kak Lina Pom Pom kawen pon, dia yang mekapkan. No wonder la semua mekap dia cecantik tapi dia ada sejenis pemalas nak promote diri. Kekadang apa dia mekap pon tak masukkan dalam IG. Geram je. Masa yang Linda mekapkan last time, I paling puas hati sebabbbbbb I tak sabar nak try Make- up Remover dari GreenAard. Tengok dalam FB macam best je. I pon ada try dah memacam jenis mekap remover dekat Watson tu. Dari murah sampai ke mahal tapi semua mengecewakan. Ada yang tak kering, tapi rasa macam lumur minyak dekat muka. Minyak sampai kena pulak bersihkan muka 2 kali baru Ok. Ada yang mild sangat tapi dah kalau mascara pon tak ilang, tak best jugak. Ada yang cuci bersih perfect tapi mengeringkan muka sampai rasa tak selesa. Tak sukaaaaaaaaaa!! Tapi dengan GreenAard ni macam different experience. Barang baik je, I musti nak kongsi dengan korang semua. 


TQ Linda mekap I cecantik last week. Korang boleh tengok IG Linda dekat sini.