Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, September 8, 2020

'Hotel House' Staycation For Sheindong

Assalamualaikum.

Last week kan Shein dah start masuk new term? Hari-hari dia tanya bila nak duduk 'Big Hotel House'. Taknak 'Small Hotel House'. Kalau Small Hotel House tu rumah kitorang la. Abah beliau pon cair. Shein cakap nak 1 2 3 4 5 days dekat Big Hotel House. Kira punya kira, Sazli ajak check in Jumaat, check out Isnin. I cakap tak boleh la sebab I nak basuh kain, nak siapkan tempahan kek. Cecece semenjak try-try buat cake ni kemain kan? Margin untung tidak la banyak mana tapi kepuasan tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kekadang I rasa macam penat sangat sangat sangat. Especially hari kerja. Start baking dalam 930pm. Siap semua dalam 1230am sebab nak prepare, tunggu kek masak, kemas dapur semua. Lepas tu  if nak pulun sehari 4 biji, pagi 345am dah kena bangun sebab nak kasik siap ngam-ngam untuk I hantar Shein pergi sekolah. Kekadang terfikir, amenda aku buat ni? Hahahaha. Seriously margin untung buat kek marble ni bukan la banyak mana. Kalau guna pure butter tu, lepas tu chocolate pulak nak guna Hershey's, lepas tu drizzle dengan Nutella ada la RM8-RM10.00 je untung satu kek. Dah tu pulak ada yang mintak discount. Huwaaaaa. 

Sapa eh haritu tanya I, 'Kaksu, Kaksu tak cukup duit belanja ke?'. Hahahah siot je! I buat sebab I happy.. Penat memang penat tapi I puas. Nanti I calculate la macam mana nak maximize kan keuntungan. I pulak taknak kalah beli bahan. Nak premium je semua. Orang Kek Marble letak dalam bekas plastic transparent je tapi I nak letak board, kotak. Tu naseb baik I tak kasik pisau sekali. Hahahahahaha.

Anyways, back to the stay-cation, kitorang pilih Double Tree Hilton dekat sebelah Intermark tu je. Jalan Ampang. Jarak dari sini ke rumah kitorang kalau tak jem dalam 10 minutes macam tu je. Punya la dekat. Tapi lantaklah. Janji hotel. Hahahahah. I pon suka la sini. Senang nak makan, tak payah bawak keluar kereta sebab Sheindong nkorang cakap 'Eat, Sleep and Swimming only Mama'. Dia taknak jalan, taknak keluar makan apa semua taknak. Nak baring tengok TV and mereput dalam bilik. Naseb baik la sini connect dengan Intermark, takde la I pening sangat memerap dalam bilik. Boleh la keluar pergi Jaya Grocer. Tu yang tetiba bawak balik Pisau Pizza, Food Coloring semua. Hahahahaha.

Best friend dua orang ni. Sazli la melayan Sazli swimming. Sejak dah besar ni, makin senang la nak handle. Suka la Shein dapat duduk Big Hotel House cuma tu lah, taknak keluar. Ajak beli ice-cream pon taknak. Kalau turun makan kat Intermark tu, muka ketat je. Tak abes-abes tanya 'Bila nak go to the room Mama'.

Tuesday, August 11, 2020

Cerita Aidiladha

Assalamualaikum.

Masa seminggu sebelum Raya Haji tu ada la I saspen sebab takot macam mana kalau tiba-tiba PKP tak boleh  keluar daerah lagi? I nak raya dekat kampung sob sobs. Ada jugak I dapat a few updates dalam WhatsaApp cakap roadblock dah start ada semua. Tapi naseb baik finally boleh balik. Kitorang janji untuk Raya Haji ni nak pakai kaler Biru. Tak kisah tone macam mana. Janji Biru. Ngammmmm! I dah ada baju biru yang Raya Puasa punya sampai harini tak pakai, so OK lah tak payah beli lain. Sazli dah ada Baju Melayu Biru yang 2018 punya, Shein punya pulak dah sendat so kena la beli lain. I malas nak beli beria sangat yang mahal-mahal sebab Shein pakai Baju Melayu pon rasanya setahun 2 kali je pon. I pon pergi la Jakel, beli Baju Melayu Johor Yusuf Iskandar. Selamat murah RM70.00 je sepasang. Material jenis cotton lepas tu size 11-12 tahun lol. Besar giler Shein. Pastu tetiba eh, kenapa ni baju kurung macam cantik je? Less banyak pulak tu. Dari RM450.00 jadi RM 230.00 tak silap I so terpaksa ambik sebab dia offer hahahha. Ngam pulak kena sama tema dengan Abah and Shein. Hehe. I tengok baju dekat Jakel ni macam cantik-cantik jugak. Cuma size je yang takde. Ada size terlalu kecik or terlalu besar. Size ngam-ngam takde. Biasa sangat kalau baju yang kita suka, tapi takde size ni. Menyam.

Balik raya ni, Along sekeluarga takde. Now dia bertugas dekat Johor. 3 bulan kot? So Raya pon tak balik. I balik Rabu pagi dalam 8.30am dari KL. Alhamdulillah takde jem. I agak la takde jem sebab sebelum Tol Gombak, I dah sampai Hongkong. Pastu sedar-sedar dah dekat kampung. Maksudnya takde jem la tu. Haha. Sazli cakap, kalau bawak I pergi roadtrip rugi sebab I end up tido je. Tak tengok scenery. I ni memang penyakit suka tido dalam kereta. Jangan kata jadi penumpang, jadi pemandu pon selamba terlelap. Itulah keistimewaan I.

Selamat Hari Raya Aidiladha dari The Sulatin! Tengok la Sazli, suka benar dia nganjing posing perempuan yang bengkok-bengkok kaki tu. Si Rara taknak pakai baju raya. Berasap je Kakyang. Haha. I fasa-fasa Shein taknak ambik gambar dah berlalu. Now dia OK je ambik gambar. Kasik kerjasama. Siap posing lagi. Tapi kalau banyak-banyak pon dia boring jugak, lepas tu cakap 'Enough la Mama'

Friday, February 21, 2020

Assemoga Mak!

Assalamualaikum..

Throwback sikit entry harini. Time ni kitorang balik kampung last 2 weeks. Kebetulan semua adik beradik ada, so boleh la potong kek untuk Mak sempena birthday dia. Pastu I kena kutuk dengan Kakyang sebab beli Kek kat Pistachio. Dia kata now Jengka dah ada Secret Recipe, apesal tak beli kat sana? Mana tawuuuuuuuu. Hahahaha, Plan pagi tadi nak balik 10.00am dari KL, so Secret Recipe tak bukak lagi. Belasah je la Pistachio. Konsep dia asal ada kek. Sekali gerak dari KL tetap 12.30pm. Kah kah kah. Anyway, Happy Birthday GF! Kata dia yang ke 37. Kasik chance dia nak rasa muda. Hehe. Alhamdulillah Mak sihat lagi. Dah 73 tahun dah dia tahun ni. So far so good je. Alhamdulillah. Dia takde sakit-sakit kaki ke apa sebab dia pon tak gemok. Slim je. Pakai apa pon cantik, pakai tudung Indon pon cantik je sebab muka jenis kecik. Pakai foundation pon lambat habes sebab muka kecik. Kalau Kaklong, bedak dia paling cepat abes suka muka dia lebar. Haha. Dorang semua slim-slim je, tak tau apesal yang aku paling pendek, paling gelap, paling debab among all siblings. Mana la keadilan dalam dunia ini. Sobs. Naseb la Mak pon pendek, so kita ada geng lah. Hahahaha. 

Dah lama dah jugak Mak single (cecece single). Since 2007 lagi lepas Arwah Ayah meninggal. Dulu tanya Mak bila nak kawen dia cakap dia target dua orang. Nik Aziz dengan Pak Lah. Nik Aziz dah meninggal, Pak Lah dah meninggalkan dia kawen dengan Jean so tinggallah Mak keseorang sampai harini. Sesuka hati je target Nik Aziz dengan Pak Lah. Hahahahahahahha. Tau Mak gurau je. Actually kita pon pesan dengan Mak, takyah la nak kawen dah tuwe-tuwe ni. Kang nanti kena layan laki. Mana nak masak, nak teman borak. Nanti stressed. Nak beribadat pon susah. Dapat pulak nanti cucu-cucu dia datang rumah kita, lepas tu sepahkan rumah Mak acane? Tak Mak, kitorang yang heart attack. So tak payah la kawen. Tapi kata Mak, 'Buang tebiat ke nak kawen lagi dah senja-senja ni?' Hahahahaha. Kitorang saja je sakat dia.


Anak-anak Mak. Dari kiri : Kaklong, Mak, Siti Nohaliza and De.  Ada iras tak kitorang? Kaklong tu banyak ikut muka Ayah. Macam Cina. 

Tuesday, December 10, 2019

Balik Kampung Last Weekend

Assalamualaikum..

Hari Sabtu Ahad haritu I balik kampung. Cita-cita nak balik lepas Subuh tapi biasalah, cita-cita tak selalunya menjadi kenyataan. So, dalam 11:30am macam tu baru lah kitorang gerak dari KL. I tak sure jalan jem ke tak, sebab I sedar setakat Tol Gombak je, lepas tu gone sampai Hongkong dah. Hahahaha. Sampai kampung GF dah ada masak tapi masa pergi dapur, I nampak ada Cendawan, terus la masak. I suka giler cendawan ni. Dia macam bermusim and orang kutip dekat dalam ladang. Yang ni ada jiran Mak jual. Seplastik RM5.00 kot? Usually I akan masak Sambal and buat Sup Lada Hitam. This time, elok-elok cendawan dia. Tak kembang lagi. Yang kuncup-kuncup ni sedap. Kalau yang kembang tu dia tak berapa sedap dah, kurang manis.

Balik kampung kalini, kitorang je yang ada. De dah balik Shah Alam last week. Kaklong pon tak balik. Si Shein masa ajak balik kampung, dia happy la sebab dia ingat ada Amsyar and Kaseh. Tapi masa dekat kampung, dengan Atok pon boleh jadik kawan gaduh. Si Shein lawan pedang dengan Atok dia, and Atok dia guna sudip melawan balik. Yang tua ponnnnnnnn. Rimas I dengar Shein jerit-jerit. Tak sampai 5:30pm, Si Shein dah ajak I ronda naik motor. Dia ajak pergi kedai nak beli eskrem. Dah sampai kedai, eh ada pulak nampak toys. So dia mintak nak beli pedang. I pandai bawak motor, so masa kat kampung kita ronda dua orang, Shein bonceng dekat belakang. Besar dah anak Mama. I bawak motor keras je sebab dah lama tak bawak, so tak berapa cekap sangat. Lepas Sazli bangun dari nap, kita naik motor 3 orang. Dah la semua debab-debab. I sampai duduk dekat besi belakang tu. Sakit bontot.


Sambal Cendawan. Resepi sama je macam sambal lain cuma I tambah dalam dua sudu santan. Lepas letak, menyesal sebab rasanya kalau tak letak lagi sedap.

Thursday, December 5, 2019

Yer. Kita Orang Kampung.

Publish : 30/1/2018
Repubish : 5/12/2019


Assalamualaikum..

Weekend minggu yang lepas-lepas (ada ke term macam ni?) I balik kampung and kebetulan Kaklong pon ada, apa laaaaagi? Projek masak + makan la. Kita suka masak masakan kampung kalau get together macam ni. Macam masak cendawan kikir, terung telunjuk and traditional lauk-pauk. Sambal memacam jenis sambal buat. Pedas toksah cakap la. Kalau ada buasir, memang kelopak lapan terus. Hahahahaha. Petang Sabtu, I dengan Kaklong pergi Pasar Malam. Sini ada banyak jual ulam-ulam kampung. Tu hari ada jumpa petai kampung so beli lah sebab Sazli suka. Petai kampung ni mata dia kecik-kecik tapi sedap! Harga pulak 5 papan RM10.00 kira mahal ka kan? Dulu ada reader’s jual petai hutan sepemeluk pokok balak baru rm70.00 je. Tachiu awak! Masa time pergi tu hujan tapi kitorang gigih jugak nak pergi. Singgah B5 beli Payung RM11.00 sorang satu. I dengan Kaklong berpayung dekat sini belakang Si Sendong korang dekat rumah Atok dia bedal main hujan. Sazli la citer. Masa dia tidur, Shein datang cakap ‘Abah, I’m wet’. Sazli tanya why? Dia cakap ‘Rain’. Kata Sazli, dia nak tergelak sebenarnya tapi dia tahan. Shein rasa bersalah la tu sebab dah basah lencun.

Shein ni apa dia buat dia akan mintak izin. If kitorang bagi, baru dia buat. Haritu yang tetiba dia main hujan kan tak mintak izin? Tu datang menyerah diri je. Elok pulak mintak nak mandi terus. Biasa kalau suruh mandi puas berkuntau (jenis Mama la becinta nak mandi hahahahahha). Lepas mandi, Sazli suap nasik abes sepinggan terak kata Orang Johor, mintak pulak Karipap setel 4 ketul, dia punya lapar lepas main hujan. I balik tengok dia dah selamat tidur. Nampak la Sazli sidai baju dekat tembok basah lencun. Hahahaha. Sian anak Mama. Takper la nak, mandi hujan tak salah. Apa ada hal? Jadik la orang kampung sekali sekala. Itu la manisnya hidup dikampung dapat mandi hujan. Mama dulu bukan takat mandi hujan, mandi longkang pon ada. Siap siram dari atas kepala macam buat mandi sungai. Kata Mak I, sabun bilas 2 3 kali pon tak keluar buih. Punya kotor I. OMG tak sangka I mandi longkang masa kecik. Selenga giler. Dah besar elok pulak Siti Nohaliza. Naseb baik.


Tu nampak tak keladi? Namanya Keladi Lambuk. Boleh masak lemak and tak gatal. Nak makan raw pon ok buat ulam. Ni kalau Kaklong tipu I, I tipu la korang. Keladi jenis lain dia bergetah and gatal, tak sama macam Keladi Lambuk.  Ada Asam Keping and Lada Solok  as well. Tingat Tok Mek Nadia buat Lada Solok sedap giler!

Wednesday, December 4, 2019

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak by De yang TERPALING SEDAP DALAM DUNIA

Publish : 1/6/2015
Re-Publish : 4/12/2019

Assalamualaikum..

Takyah cakap banyak, nah I belanja 1 gambar Ikan Patin Masak Tempoyak resepi paling simple, paling basic, paling sedap dengan konsep ‘Less is More’ gittewwww.  Siap ada konsep resepi ni. Ko ada? Kah kah kah. Ni resepi De I ni. InsyaAllah kalau korang guna resepi ni, memang makan sampai menjilat pinggan. Kalah la Restoran Ikan Patin Pak Usop dekat Temerloh tu. Dah la eskyen, ketat jer muka time cedok lauk. Mementang la dia masak sedap. Geram jer…. Orang bayar la!

Now dengan De jadik tukang masak Ikan Patin ni, kitorang takyah dah susah payah nak makan kat kedai Pak Usop sebab De masak 10 juta kali lagi sedap. Bak kata Sazli, ‘Ikan Patin Tempoyak De ialah yang paling sedap dalam dunia’. Nothing fancy dalam resepi ni, just make sure semua bahan-bahan yang digunakan fresh, InsyaAllah sedap! Sebelum masak kena selawat dulu. De pulak time masak kali ni stressed lebih, sebenarnya each time dia stress sebab dia tau harapan orang nak makan ni tinggi. Benchmark ‘Ikan Patin Tempoyak Pak Usop’, mana member tak 8 juta kali tanya, ‘Sedap ke tak, sedap ke tak?’ Don’t worry De, so far your cooked never failed us. Especially Ikan Patin Masak Tempoyak ni. Jom check resepi.

Bahan-bahan
  1. Kunyit hidup - seinci
  2. Lada kecik - segenggam
  3. Tempoyak fresh – 5 sudu
  4. Garam
  5. Serbuk perasa (optional)
  6. Timun Cina/Belimbing Buluh/Batang Keladi
  7. Ikan Patin
  8. Daun Kunyit & Daun kesom

Cara Membuatnya
  • Tumbuk kunyit dengan garam. Nak bagi kunyit cepat hancur
  • Bila dah hancur kunyit hidup tu, masukkan cili padi. Tumbuk kuat-kuat kalau boleh biar sampai lesung batu pecah. Haha
  • Dah hancur kunyit + cili padi, scoop 5 sudu besar tempoyak fresh masuk dalam lesung
  • Gaul-gaul-gaul semua dalam lesung batu. Tu yang buat sedap. Seriously
  • Lebur dalam periuk, masuk air dengan ikan patin sekali
  • Ambik air, masukkan dalam lesung batu tadi, gaul kasik bersih and masukkan air tu dalam periuk. Petua ni.
  • Masukkan sayur yang korang nak (batang keladi/timun cina/belimbing buluh). Masukkan salah satu je, jangan masukkan berjenis-jenis pulak. Nanti tak sedap
  • Masukkan daun kunyit and daun kesum
  • Masukkan serbuk perasa (optional)
  • Bring to boil and tadaaaaa siap!



Ni Ikan Patin Masak Tempoyak De masa dalam periuk. Telan air liur nampak memasing?

Monday, December 2, 2019

Kampung

Assalamualaikum..

Dah lama dah tak balik Jengka. Minggu ni nak balik kampung I ada Netball pulak. Takpe, InsyaAllah kalau ada rezeki, minggu depan I balik la. Now pon ada De kat kampung dengan Aiman, Sasha, Amsyar and Rizki. 4 orang anak nko De. Punya ramai. Hahahaha. So Mak takde la sunyi sangat. Minggu depan I balik, and minggu satu lagi Kaklong pulak balik. Mak ni dia ada mood. Kalau dia dah datang KL, dah susah nak balik Jengka. Tapi bila dah dekat Jengka, taknak pulak dia turun KL. Kekadang nak ajak dia datang KL punya seksa. Kang nanti ayam dia la, kucing la, pokok bunga la, mengaji la.... Sekarang ni pulak kat kampung ada tanam macam sayur-sayur tu. I pon excited. Haritu ada tanam kobes. Tapi kemetot je kobes tu. Cup A. Hahahaha.

Masa Kaklong balik last week, dia ada bawak balik Kacang Panjang Ular tu. Tau tak macam mana? Dia macam Kacang Panjang biasa tapi gemok sikit and macam ropol-ropol. Google je la sendiri. I ingat nanti I nak buat Masak Lemak Udang Galah campur dengan Kacang Panjang tu. Cita-cita la. Kesampaian or tak, taktau lagi. Ni I nak share gambar masa I balik yang last month punya. Tak plan pon nak balik dengan Kaklong and De sekali, tup-tup masa dekat kampung tetiba semua ada. Meriaaaaahhhhh macam raya terus. Now balik kampung dah best sebab bilik semua dah ada aircond. Takde dah la panas-panas macam dulu. 


Kita gerak awal dari kampung. So singgah la breakfast dekat Bandar Pusat. Ada kedai jual masakan Pantai Timur. So  I ambik Nasi Berlauk. Kemain breakfast makan nasi terus. Mana la tak debab.

Thursday, September 26, 2019

Lost World of Tambun. Terbaik!

Assalamualaikum..

3 weeks ago masa cuti 3 hari tu, kitorang pergi Lost World of Tambun. Family Kaklong, Family I, dengan Family Ayang. Mak dengan De pulak ke Penang. Kebetulan date yang sama kitorang nak ke LWOT ni. I pergi Sabtu, balik Ahad while yang lain balik KL Isnin tu. Kitorang nak elak dari jem Isnin tu, tapi masa balik KL Ahad tu, jem jugak. Naseb badan. Yang Kaklong semua balik tengahari Isnin tu jalan smooth takde apa pon. Hahaha. Salah percaturan. Pengajaran : Kalau cuti sambung-sambung takyah la ngengada nak away dari KL. Kang elok dapat berehat tak pepasal habes masa atas jalan je. Kitorang datang sini pon impromptu plan je. Kebetulan Kaklong nak ke Penang sebab ada wedding so kitorang plan la nak jumpa dekat Ipoh. I pon excited la sebab memang target nak makan Nasi Ganja. Now jadik rindu balik nak makan Nasi Ganja. So acaneh, nak kena pergi Ipoh soon ke apa?

Tiket semua, Kakyang yang setelkan. But, kalau korang nak murah, boleh beli dekat sini through Wonderfly Asia. Actually LWOT ni activity dia sampai malam. Nanti next time datang sini, baru la kitorang nak stay sampai malam, sampai mabok main semua game. Hahahaha. Dekat LWOT ni ada Amusement Park, Water Park, Tiger Valley, Petting Zoo, Hot Spring, Trail, Animal Care Center, Lupe's Adventure and Luminous Forest. Memang mandatory spend whole day kalau nak datang sini. Kitorang dapat pergi most of the Lost World Trail punya tempat. Cuma Hot Spring je yang tak pergi sebab by 5.00pm Sazli dah nak keluar dari sini. Basically concept dia lebih kurang je dengan Sunway Lagoon cuma sini, kawasan dia kecik sikit. Macam Sunway Lagoon tu kena 2 hari kot baru boleh explore semua. Selain dari yang U sebut kat atas tadi, ada jugak macam Spa, Swan Lake and many more lah.



Lepas je breakfast dekat New Hollywood, terus kitorang datang sini. LWOT bukak at 10.00am, parking dekat luar.

Thursday, May 30, 2019

Beli Baju Raya Di Jakel

Assalamualaikum..

Last week, I pergi Jakel dengan Sazli and Shein sebab nak cari Baju Melayu. Kitorang gerak dalam 9.30pm macam tu lepas berbuka puasa. Tengok Jakel meriah giler! I ingat I dah last minute sangat beli baju raya tapi rupanya orang lain pon ada jugak last minute macam kitorang. Kata Sazli, lambat-lambat baru la dramatic sikit. Rasanya dalam tempoh 10 tahun kitorang kawen ni, ni la first time Sazli beli Baju Melayu yang siap jahit macam ni. Biasa dia tak suka beli yang siap jahit sebab dia a bit particular dengan cutting. Paling pantang kalau leher baju melayu besar. So memula I macam nervous la jugak, buatnya nanti cutting tak OK, aje mampos dia nak pakai Kurta je pagi Syawal. I cannooooot!! Bagi I, Hari Raya Aidilfitri and Aidiladha WAJIB pakai Baju Melayu. Kurta tak boleh diterima. Lepas tu kena lengkap dengan Kain Samping and Songkok please. So, untuk this year Sazli request taknak kain licin satin tu. Dia nak kain Linen. Kata Sazli pakai Satin macam nak kawen pulak. Hahahaha. I dah saspen, ada ke Baju Melayu siap jenis kain linen dekat Jakel?? Sekali masa sampai dekat sana, tanya-tanya Promoter tu cakap ada. It's Awal Ashaari punya collection. Yang paling best sekali, ada warna Hijau. Tahun ni tema kitorang Hijau. Actually Emerald Green tapi kalau dah takde Emerald Green, janji Hijau pon jadikla. Masa budak tu cakap ada Linen, Sazli dah macam 'Aiseymaaaaaan, ada la pulak!' HAHAHAHAA so tak boleh lari la. Kena beli jugak. Bila dia try, dia suka. Cutting cantik, leher dia ngam and of coz sebab kain Linen. Harga pon dalam RM200++ je so kalau ikutkan beli yang siap ni lagi murah dari beli kain and jahit sendiri sebab kain Linen ni dia macam mahal sikit. Tau tak baju British India? Haaaa macam tu la kain Linen. Korang mana yang takde baju raya lagi, still sempat kalau nak pergi Shopping Baju Raya dekat Jakel. Berkualiti kain dia, jahitan pon kemas and ada macam-macam variety. Kalau nasib baik, korang dapat murah giler dalam RM150.00 sepasang if masa beli tu dorang announce 'Happy Hour'. Macam haritu, time kitorang pergi Collection Nabil tengah Happy Hour. Memang I tengok sorang sampai 2-3 pasang rembat. Ada banyak collections artis macam Wak Doyok, Hairul Azreen, Nabil etc. Semua lain-lain cutting. Kalau tak tau nak pilih yang mana, takpe sebab dekat Jakel ni I tengok staff dia semua helpful je. Layan sama rata. Beli mahal ke, murah ke sama je dia bagi layanan.


Sazli bertuah di layan oleh Dato' Feroz Jakel terus. I pon tak notice sebenarnya Dato' Feroz ni. Memula terfikir, Helpful betul Supervisor ni, ikut je mana pergi. Singgah sana orang tegur, singgah sini orang tegur. Rupanya Tauke dia sendiri turun padang, buat sales. Bagus kan?

Wednesday, May 29, 2019

Buka Puasa at Dewan Perdana Felda With The Sulatin's

Assalamualaikum...

Dah nak sipi-sipi puasa habes, baaaaarulah Abang Long belanja kitorang sekeluarga berbuka dekat Dewan Perdana Felda. Memang tiap-tiap tahun Abang Long belanja kitorang dekat sini. Sazli la paling suka sebab dia boleh makan Kambeng Golek puas-puas. Kambeng dekat DPF ni paling sedap yang I pernah makan sebab daging tak dry and keras... Memang puas hati. No 2 sedap dekat Menate kalau cakap bab kambing. Actually memang payah la nak dapat Kambing Golek kualiti macam ni dekat mana-mana Ramadhan Buffet. Kambeng Golek, mana-mana pon boleh dapat. Ye dak? Tapi nak dapat yang sedap memang susah sangat. But sejak 16 tahun lepas since I first work here, Kambeng Golek kat sini memang tak pernah mengecewakan. BTW aku dah kerja namblas tahun ke? Pheeewwwwwwwwwwwwwwwwwwit punya la lama. Hahahaha. Tua takpe, yang penting apa? Caaaaa apa? Cantikkkkkkkkk! Pandaaaaaai (Hahahahahahah ayat pujuk hati taknak mengaku tuwe). Anyways, TQ Abang Long belanja kitorang makan. I puas hati dapat makan banyak Kambeng from Saz's punya plate, makan goreng-goreng tempura tu ulang 3 kali, makan Laksa, Eskrem and Kuih Tepung Pelita sikit. Tak pernah I makan macam ni punya banyak. Ni la first time makan banyak macam ni time berbuka, tapi memang puas hati giler. I tengok balik gambar yang I ambik lepas tu wonder, macam mana keropok and tempura tu I boleh ngulang 3x padahal makanan lain punyalah banyak dari hujung sini sampai hujung sinun... Hati tu ada macam nak makan Bakso tapi hurmmmm jauh sangat so takper la. Tapi kalau yang jauh tu ialah Nasi Ayam Penyet, ku gagahkan diri Jebat. Memang I akan makan jugak walaupon dah kenyang. I memang pantang sikit dengan Ayam Penyet. Taktau lah kenapa. Kaklong naik bebulu dah. I kalau nak makan dekat Food Court kan, first thing I tengok dulu ada ke tak Ayam Penyet. Kalau ada zaaaaaaappp I pilih Ayam Penyet. Kalau takde, baru la I ambik lain. BTW, rindu pulak nak makan dekat KLCC punya Food Court. I miss the memories there with the girls. Tak sangka kita semua terpaksa berpisah dengan KLCC.



Kambeng. Sedapnyaaaaaa....

Tuesday, August 7, 2018

Family Outing On Weekend - Part II (Edisi Emos)

Assalamualaikum..

Life ni always ada naik dan turun. But apapa pon I always remember this simple quotes ‘Fikir Positive Yang Lain Akan Ikut’. True that. Tapi tak semudah tu kita nak positive sentiasa kan? Sure akan ada satu masa yang kita menung, fikir kenapa ujian ni kita dapat, kenapa Allah uji macam ni, kenapa kita, kenapa bukan orang lain and macam-macam jenis kenapa lagi. Tapi kan setiap manusia tu ujiannya berbeza-beza? Allah uji setakat mana yang kita mampu. I pon sama jugak kekadang rasa kenapa eh dulu aku tak belajar betul-betul kalau tak sekarang dah kerja Doktor agaknya (hahaha), kenapa tak start business cepat-cepat, kenapa tak kawen awal and ada 4 anak before 30 and many more lepas tu down. Sentiasa ada yang tak puas hati, padahal orang lain nampak  hidup kita sempurna and sapa tau, dalam diam orang adore life kita sedangkan kita kalau boleh nak more and more. Tamak. I pon sebenarnya ada rasa macam tu jugak kadang-kadang. Bukanlah tak bersyukur tapi rasa I can do better than this. I can have better than this. Macam-macam better than this la. But, bila-bila kita ada rasa perasaan macam tu, cuba compare life kita dengan orang yang lebih susah. Nanti kita akan insaf. Korang baca tak KRT dekat FB? I baca! Hahaha. Tergelak pulak tapi situ kekadang confession macam kelakar pon ada but also ada yang bila I baca rasa bersyukur. Dekat KRT tu ada yang tak kerja, suami pulak tak bagi nafkah, sudah tu pula kaki judi, kaki perempuan, kaki pukul, mulut longkang, kaki busuk eh macam-macam lagilah. Ada pulak yang cakap belanja tak cukup. Makan pon bercatu, baju pon tak berganti, rumah pulak tumpang saudara-mara, simpanan langsung tak ada, anak pon tak cukup makan. Kekadang dalam tangan itu lah ada RM15.00 nak belanja sampai hujung minggu sedangkan I, RM15.00 tu hari-hari bayar tol and parking je. Tak pernah risau tak cukup makan, tak pernah merasa susah yang maha hebat, apa nak makan dapat, makan pulak hari-hari sedap, hujung minggu suami bawa jalan-jalan, melayan anak dan wife boleh becantik-cantik jalan dekat mall tapi tengok cerita Tiada Cinta Sepertimu bila Bella dapat Handbag Chanel dari Hazran I pon rasa nak jugak kalau boleh, tak bersyukur tu apa yang dah ada sebab rasa apesal wanita lain boleh dapat handbag dari suami, kenapa I tak dapat (Sebab nak Chanel je hahahahaha). Tak bersyukur kan? Padahal I know Sazli tu work hard nak bagi anak dan isteri dia hidup senang. Setel semua bills, bayarkan lagi kereta, bagi lagi duit belanja, sediakan lagi tempat tinggal yang selesa. I betul-betul goyang tetek je tak bayar apapa. Eh jap, ada. I bayar Internet RM160.00 sebulan. Tu je. Hahahaha. Ya Allah, bersyukur sangat. Semoga Allah murahkan rezeki you Papa. I doa. InsyaAllah….


Sabtu pergi Pavilion, Ahad Sazli ajak pergi The Garden sebab nak beli selipar dia dekat Adidas. Dia kena pakai selipar yang tapak lembut sebab dia ada sakit kaki/tumit. Suka la I sebab memang jarang-jarang tu dapat pergi area Midvalley. Parking dah la sejenis hazab. Nak valet pon tak boleh sebab full. Setengah jam jugak la memusing carik parking.

Monday, August 6, 2018

Family Outing On Weekend

Assalamualaikum
Shein now kan memang kaki meladi la. (Tau ke Meladi tu apa). Kata Abah, sama macam Mama la. Eh, yer ker? Heeeeeeee. Lepas tu kan kalau dia tersepak apapa lepas tu dia sakit nanti dia over ok? Padahal sikit je tapi dia punya drama. ‘Aduh aduh aduh sakeeeeeet’. Hahahaha. Yang ni ikut Abah la sebab Mama jenis strong tahan sakit. Jarang la nak merengek apapa. Macam Sazli lain, dia manja. Demam pon mengerang geram nak lempang. Hahaha. Now weekend usually kita akan bawak Shein keluar la sebab kalau tak nanti gerak sikit nak buang sampah pon ‘Mama, Shein follow Ok?’ Hahaha. Ambik selipar terus yang tak tahan tu padahal nak buang sampah je pon. Tu Abah beliau kalah. Kesian dekat Shein kalau tak pergi mana-mana. Takpon nanti dia ajak pergi outside or Car.  Lesgo to Car Mama! Ni ha last week punya outing la yang dia sebok ajak ‘Hotel House’ sebab keluar dari Pavilion dia nampak hotel baru sebelah Pullman tu, lepas tu dia cakap ‘Mama, we go Hotel House ok? I want sleep, shower and swimming at Hotel House. It’s awesome Mama!’ Ajak pergi hotel. Bila tanya ada duit ke tak, dia cakap Abah Money. Selamat. Hahahahaha. Seminggu jugak la hari-hari tanya pasal Hotel House. Baru weekend lepas dapat bawak pergi check in. Suka la Shein. Dah tu, sebelum balik pepandai buat perjanjian nak pergi Hotel House lagi weekend ni ewaaaaaaaaaah banyak cantik muka? But now pon Shein dah banyak boleh tolerate. Toys pon usually dia nak yang murah-murah je macam Ultraman dekat Toys’ R Us tu baru RM35.00 sekor. Yang mahal tu biasanya yang Abah Shein yang nak. Hehe. So sebelum makan, pergi dulu Toys R Us biar dia pilih nak apa. Takyah risau sangat dah sekarang sebab kalau dia nak menda apapa merapu nanti Sazli cakap ‘That’s for Baby Shein’. So dia akan OK. Lepas tu baru la makan and kalau Mama Abah ada menda nak carik, dia dah takde masalah apa. Sabtu Ahad lepas Shein puas la berjalan. Sabtu bawak pergi Pavilion makan dekat Kyochon and Ahad pergi The Garden pulak. Puas hati Mama. Eh tak. Shein. Haha.


Semenjak ada Shein, jarang dah duduk depan. Sazli la driver. Mama and Shein Boss la. Hikhik. Tengok tu Blanket Shein yang biru tu, dah 2 minggu dia berkepit dengan yang tu je. Dia ada dua blanket actually. 1 brown, 1 blue. So pakai tukar-tukar but nak menukar tu memang a big problem la. Kekadang dia nanges sampai menggigil. ‘Why you do that Mama, why?’(Bila I tunjuk kat dia, blanket dah wet sebab I basuh).

Tuesday, July 17, 2018

Resepi Home Made Shell Out Confirm Sedap

Publish : 23/8/2016
Re-Publish : 17/7/2018


Assalamualaikum..

Korang pernah makan Shell Out tak? Kat area KL je rasanya ada. Kalau kat Kulai, I tak sure. Tapi untuk orang Kulai kalau teringin nak makan Shell Out, lepas ni masak sendiri je la ok? Tak payah nak kutuk kata Jengka takde Shell Out, sebab kat Kulai pon I agak takde jugak. Haha. Eh, ke ada sebenarnya Shell Out dekat Kulai? Kbye.

Ni I share resepi yang rasa dia confirm sedap. Korang boleh ikut sebijik macam ni. Jangan memandai kurangkan and tambah apapa. Except for yang allergic dengan belacan tak boleh buat apa la kan? Memang rasa sama sebijik dekat Shell Out tapi macam lagi sedap je sebenarnya. Sebab bila buat sendiri dekat rumah, kita tak kedekut kuah so every seafood’s tu salut puas haaaati punya. Kalau kat kedai macam kedeks sikit kan? Cost dalam RM300.00 boleh makan puas 10-15 orang. Puas giler sampai tak habes la. If makan 10-15 orang dekat Shell Out tak dapat der RM300.00 ni so baik korang buat sendiri. Kata Abang Long next time buat la 3 jenis perasa pulak. Kicap pedas and cream. Tapi haritu kitorang buat sejenis je. Tu pon makan memula bersila, lepas tu naik syeh kaki naik atas satu macam orang main daun. Besilang-silang tangan padahal masing-masing dah ada portion depan mata sebok tangan nak menyeberang jiran sebelah punya.


Home-made Shell Out by The Sulatin's

Thursday, July 12, 2018

Happy Birthday Bunda!

Assalamualaikum..

27/6 haritu selain dari birthday Dyba, birthday Ibu Martuaku jua. Happy Birthday Maktok! Tahun ni Bapak bawak Mak pergi Melaka 3D2N time birthday dia. Depa check in dekat Equatorial dari 25-27/9 so petang tu sempat la jumpa Mak time birthday dia dekat rumah. Mak dok cakap kat Sazli, takde apapa pon harini... Dia ingat nak order la pizza ke boleh makan sama-sama tapi kitorang semua kekenyangan. But macam biasa, I memang takkan biar birthday someone that I love, berlalu tanpa ada apapa. Busuk-busuk pon I bawak cake. Saja la... Nak kasik special sikit. So untuk Mak haritu, I mintak Lin @Event4U buatkan flower bouquet. Mintak malam tu, naseb Tauke dia mau melayan. Tachiu Lin! Cantik sangat bunga tu...  Lepas tu sebelum balik, singgah KLCC beli la square coklat cake. Kecik je. Cukup la kami 5 beranak makan. Beli chocolate cake sebab Shein suka, tapi masa hari kejadian dia tido tak ingat dunia so takde lah gambar dia harini. Masa I dekat pintu, tunggu Mak bukak tu dia nampak je bunga and kek terus menjerit suka. 'Suuuuuuu, ada jugak ka untuk Mak? TQ Su... I Love U'. Bergenang air mata dia. Aduh.... Of coz la ada Bundaku... Selagi Su ada Su akan buat birthday girl, birthday boy rasa special InsyaAllah... Happy la Mak tok terus ajak ambik gambar sama. Sampai sekarang I tengok Mak still letak bunga ni dalam vase dekat hall. Hehe. Dia memang jenis appreciate apapa yang orang bagi untuk dia. Sama la dengan Sazli. Ishk, tak sabar la bulan 10 ni apa la Sazli nak bagi I. Harap-harap la dapat Evoque. Heeeeeeeeeee.



Birthday Girl. Happy Birthday Maktok! Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan dalam lindungan Allah selalu... InsyaAllah...

Tuesday, June 5, 2018

Happy 66th Birthday Baba Shein

Assalamualaikum..

Semalam 4th Jun 2018 birthday Bapak yang ke 66 tahun. Happy Birthday Bapak! Semalam I asyik wish je lepas tu asyik cakap dia handsome. Lepas tu Bapak and Sazli cakap 'Bahayaaaaaaa' Hahahaha. Tapi dorang tu memang tau? Kalau I buat baik-baik je mesti cakap bahaya padahal I ikhlas. Hehe. Dah 9 tahun dah dapat celebrate birthday Bapak sama-sama, hope many more years to come InsyaAllah.. Bapak ni orangnya tegas, firm, tak suka buat popular decision. Maybe kadang-kadang rasa macam geramnyaaaaaaaaaaaa tapi apa dia buat tu usually betul lah sebenarnya kalau ikut theori sebab tu dulu masa dia still dalam business field, dia got respect by many. Tapi dalam tegas macam mana pon, dengan Shein selalu kena buli. Kata Bapak, 'My time depends on my Boss'. Sapa Bapak? 'Mohamad Shein'. HAHAHAHA. Sebab kalau Bapak ambik Shein balik dari School, Shein la yang bagi direction nak ikut mana. 'This side Baba, this side'. Tu yang kekadang nak sampai rumah dekat sejam sebab ikut jalan jauh + benti Petronas beli eskrem + berenti pulak kedai beli Banana. Kata kalau ada certain day yang Shein moody and cranky maka affected lah day Bapak and Mak as well. Haritu pon dia macam sedih jugak bila Tok Chak passed away. Dia cakap hidup dia sunyi, takde dah routine dia. Biasa 10 hari dalam sebulan dia akan balik kampung babysit Tok. Takpalah kalau Tok dah tak ingat banyak menda asalkan dia ada buat semangat untuk Bapak. Kesian jugak I tengok Bapak time tu tapi dia cakap 'Takpa lah, asalkan ada Shein, apa pon takpa'. Gitu dia punya sayang dekat Cucu sorang tu. I hope Shein nanti jangan la nak spoil dengan Baba and Maktok pulak. I mohon semoga Allah peliharalah Bapak, sihatkan tubuh badan dia dan panjangkan umur dia sebab Bapak jugak is Idol tu Sazli. Saz cakap dia also nak jadik macam Bapak. Cuma Sazli ni, soft side dia lebih banyak la compared to Bapak. Bapak tegas, but Sazli boleh dibawang berbincang walaupon ada jugak perangai tua sebelum usia dia hahahahahah tapi boleh dimaafkan lagi.


Pulut Kuning made by Mak, deco by yours truly. Kata Mak 'Cantiknya Su.. Pandai Su hias'. Hehe. I rasa macam biasa-biasa je tapi Mak tu apa pon I buat Ok. Masak pandai, pilih langsir pandai, semua lah pandai. Hahahaha.

Monday, February 12, 2018

Assemoga Atok!

Assalamualaikum..

Happy Birthday GF! Dah 71 dah dia tahun ni. Tapi bila tanya umur berapa, dia cakap yang ke 17 tahun lepas tu I cakap 'Laaaa, lebih kurang sebaya la kiter eh Mak?' Hahaha. Al-hamdulillah sihat and cantik lagi dia. Tu risau tu, takot tetiba dia mintak nak kawen kea je kacau. Dulu kata Mak, kalau dia nak kawen pun, either dengan Nik Aziz je or Paklah. Lepas Paklah kawen dengan Jane, Mak dah melepas. Tak lama lepas tu Nik Aziz pulak meninggal sebab tu sampai sekarang dia masih menyendiri. Gittew. I cakap pada Mak, takyah la nak kawen. Dari elok boleh menyapu rumah dari pagi membawak ke malam nanti ada suami dah nak kena masak, entertain semua. Kata Mak, ‘Ko ingat Mak nak sangat ke kawen? Kuasa aku’. Aik, haritu dia jugak cakap nak kawen dengan Pak Lah la apa la. Hahahahaha. Mak ni memang tau, pergi mana-mana ada jer yang suka nak borak or berkenalan dengan dia. Haritu dia pergi klinik, Doktor veteran yang check dia beria interview tanya kerja apa, umur berapa, duduk mana, anak kerja mana, berapa anak semua macam berminat je haha. Siap bagitau lagi Mak dia duduk dekat mana. Masa Mak citer dengan I, I cakap ‘Hurm, kawen Doktor la Mak lepas ni’. Hahahah. Ngek. I tau Mak gurau-gurau je cakap dia nak kawen tu sebab I tau masalah dia dengan penyapu. Mana boleh tinggal. Kawan baik. Kot kang dah bersuami, susah pulak nak kawan baik dengan penyapu. Ni lah, masalah penyakit keturunan. Macam I sekarang kurang dah sikit nak mengemas. Dah takde mood. Ambik mana yang nampak je. Habuk dekat rumah tu kalau dikumpul, mau satu plastic kot? 


Weekend haritu I balik kampung, bawak kek untuk Mak. Saja ambik gambar buat kenangan. Si Shein je la bermasalah sikit. Kek orang kek dia, kek dia pon kek dia. Puas nak selamat kan kek tu dari kena selet dengan dia.

Wednesday, December 27, 2017

Alfatihah to Arwah Tok Chak

Assalamualaikum..

I ada dekat Kg Bapak sekarang ni. Sampai dalam pukul 1.00am tadi from KL. Tok Chak dah takde. Dia meninggal petang semalam dalam pukul 4.05pm macam tu. I was in the office waktu Sazli call. I know Tok memang uzur sangat and ready for this tapi bila tengok Sazli and Bapak bengkak-bengkak mata menanges, I tumpang sedih. Bapak cakap dia redha Tok pergi dari Tok hidup seksa.. Organ dalam dia one by one slowly tak functioning. Dia pon dah lebih sebulan terlantar tak larat apa dah. Pejam mata ja. 2 weeks before dia meninggal, dia dah tak boleh manually makan and terpaksa guna tube. Kencing pon by tube jugak. Sian Tok.. Now that she passed away, Tok dah tak seksa dah. Dia meninggal pada usia 97 tahun. Cukup panjang usia Tok. Kata Irah these 2 days Tok tiba-tiba bercakap. Dia kata air manis.. and dalam 2.30pm macam tu dia cakap dia penat. Senang je Tok pergi. I nak mintak korang sedekahkan alfatihah pada Arwah Tok ye? Nama Tok is Chak binti Musa. Doakan supaya roh Tok ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin..


Alfatihah to Tok Chak. 

Friday, December 22, 2017

Selamat Menunaikan Umrah Emak and Kaklong

Assalamualaikum..

Selamat Menunaikan Umrah untuk GF I and Kaklong. Dorang ikut Felda Travel punya group so ada la yang Kaklong kenal dalam group tu and kebetulan dapat pulak satu group dengan Kak Zah Harun, ex-officemate dia. Dah pesan pada Kaklong, nanti dekat sana jangan tinggal Mak, jaga Mak. Dia cakap entah-entah Mak yang tinggal dia sebab Mak cakap ‘Ko jangan lambat-lambat Lina. Nanti Mak nak buat solat sunat dekat Masjid. Jangan kerja nak membuta je’. HAHAHAHA. Ikutkan kuat and cergas, memang Mak lagi kuat dari Kaklong. Kaklong pon ada masalah darah putih yang dia admitted dulu tu? Tu I risau sangat tu. Pesan pada dia kena jaga diri. Tadi sempat I cakap pada dia. ‘Kak, ko jangan la mati dekat sana. Susah aku nak datang nanti’. Lepas tu Kaklong jawab, ‘Kalau aku mati kat sana? Ko tak fikir kalau ko yang mati dekat sini? Macam mana aku nak balik tengok nko? Haaaa’. Lepas tu terus la dedua bantai gelak. Kaklong ni dia memang tau? Cakap apa pon ada je nak melawan. Ni ha dia cakap dekat I ‘Mak tu, Kaklong dah pesan jangan gurau-gurau main sorok-sorok atau hilang-hilang. Tapi dekat sini dia dah gurau macam tu dik. Berderau darah aku cari dia tak jumpa masa dekat Giant. Rupanya belakang tiang tengah nak sergah’. Haish la dua beranak ni memang suka bergurau. Mak pon sama kekadang menyakat tak kira masa. Kaklong tu dah la ada sakit jantung, Mak lagi nak main-main. Nak pesan-pesan dekat Mak takot dia merajuk pulak (sebab dia boss besar). Itu naseb takde Intan join sekali, kalau tak memang apa lah jadiknya dekat sana. Ada yang tak jadik umrah. Kerjanya nak bergurau je. Seronok pulak tengok dua beranak tu pack and shopping untuk umrah. Kalau la dapat pergi sekali kan best? InsyaAllah ye kak. Ada rezeki, kita pergi buat Umrah sama-sama nanti. Nko, Mak, aku dengan De. Kita ambik bilik berempat la senang nak gaduh hahahaha.


Amboi Mak, segaknya dia… Cantik la Mak ni. Petite je. Sebab tu la hurm.. Anak dia yang bongsu tu pon. Hurm… Takper lah, malas la cakap kbye. Hahahaha.

Thursday, December 21, 2017

A Day With GF, Kaklong, Kaseh and Shein

Assalamualaikum..

GF ada dekat KL now. InsyaAllah esok dia dengan Kaklong akan pergi Umrah dengan group Felda Travel. 2 -3 bulan jugak dua orang tu dorang plan and finally dapat jugak pergi untuk trip ni. Korang doakan supaya Mak and Kaklong dipelihara Allah masa dekat sana, selamat pergi and selamat balik, OK? Semalam masa Kaklong cerita itinerary dia dekat Mak lepas tu I cakap ‘Kak, tu program kalau sampai sana eh? Kalau sampai la kan? Sebab ko pergi naik kapalterbang kan kak? 8 jam tuuuuu’. Lepas tu Kaklong jawab tuttttttttttttttt *censored. Hahahaha. Huish 8 jam dalam flight OMG I cannot imagine. Lama tuuuuuuu. Tingat last time Bapak pergi Mexico naik turun flight sekali transit almost 24 hours atas langit kalau I tu taktau la macam mana. I ni dah la penakot dah naik kapalterbang tambah dengan Si Sazli pulak sama naik dengan I makanya Shein, kita bercuti dalam Malaysia je la eh Mama rasa. Memang tipis harapan ni. Hahahaha. Kata Kaklong dia punya group ni special sebab pergi 2017, balik 2018. Dua tahun. Hahaha. Yerlaaaa sebab dia pergi 22/12/2017 – 1/1/2018 memang la 2 tahun. Ceh! Semalam kebetulan I cuti babysit Shein. Baba ada meeting and Maktok punya mata dalam recovering process and Shein tengah cuti term so sesambil babysit Shein, dapat la keluar dengan Mak and Kaklong dari tengahari sampai la ke petang. Kaseh pon ada so Shein happy la ada kawan. Dia suka je kawan dengan Kaseh. Kaklong pulak suka tickle Shein dekat telinga, member tak tahan geli maka berkuntau la semua dalam kereta. Semua duduk belakang OK? I driver. Hidup ini memang tidak adil. 



Sampai-sampai terus makan dulu. Bawak Mak makan dekat Cozy House Great Eastern Mall. Yang ni Egg Foo Yung – RM14.90 punyalah sedap. Makan dengan nasik je pon dah ok. Takyah lauk lain.

Tuesday, November 28, 2017

Tok Chak, Kak Azam and Merbau Pulas

Assalamualaikum.

I had a great time EACH TIME balik kampung Tok Sazli di Kedah. Seronok. Sebab ianya kampung maka jadi double seronok. Walaupon I asal Felda and kampung jugak tapi ni we talking about Kedah wei. Kedah dia lain sebab kiri kanan Bendang. Bendang tau bendang? Ada pokok padi. Bestnyaaaaa. Tingat dulu kali pertama pegang padi time menguning seorang Suraya yang jendol tanpa berlengah terus terjun masuk bendang nak petik padi sudahnya selut sampai lutut. Hahahahaha. Bongok. Kot ye excited cuba bawak bertenang sikit. Lepas tu dekat sini Ayam Goreng seketul RM1.00 and Nasi Lemak 5 kupang. Ada pekan kecik dekat luar Merbau Pulas bangunan sangat klasik sebab guna kayu. Pekan Kuala Ketil pon best. Ada kedai jual selipar RM3.00 and ada Pasar Sabtu jual makanan yang murah-murah. Sini macam suci. Pekan. Lepak kedai minum kopi and roti canai harga 5 kupang. Best kan? Bangun pagi udara sejuk and segar. Sini orangnya warm… Ada jugak yang koya tapi most of them memang baik. Shein pon enjoy dekat sini main kejar-kejar ayam (and anjing pon dia nak kejar ko dah kenapa). Dia main dekat tanah, pegang pasir, main buai and I know Shein pon enjoy dekat sini. Mandi takde water heater and tak pernah kisahkan untuk tengok TV sebab our schedule is always busy at kampung. No time for TV or what not. Kita entertain diri kita dengan apa yang ada disekeliling. Kita appreciate the nature and bonding with each other. Tido beralaskan Toto and pakai kipas angina ramai-ramai dekat hall. Eh, memang seronok lah! One more, sini kita always makan sedap-sedap. Dah kenyang pon still nak makan Maggie Goreng and Ais Kepal Kak Azam. Belakang rumah Tok je. Jalan ramai-ramai dengan kanak-kanak lepas tu buat hingaq dekat kedai Kak Azam. Makan berpinggan-pinggang sekali bill RM11.00 sahaja.


Ni gerai Kak Azam. Bukak hari-hari dari pukul 11.00am sampai 7.00pm. Ada Laksa, Maggie Goreng, Ice Kepal. Best! Tudung biru tu Irah. Cousin Sazli. Beza umur 6 bulan je, lahir tahun sapa tapi dia panggil Sazli 'Abang Li'. Baik Irah ni. Terpaling rajin melayan I and memang baik sangat-sangat. Kaksu Saaaaaaaaaaaaayang Irah!