Showing posts with label Shein Iskandar (Setahun). Show all posts
Showing posts with label Shein Iskandar (Setahun). Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

Apa Yang Perlu dibuat Sekiranya Anak Anda Ada Speech Delay Problem

Assalamualaikum…

Haritu masa I up status dekat FB macam ni,

‘When you're tired of being asked when your child is going to talk, remember that these successful people didn't begin talking until they were at least 2—and, in some cases, 4!

Gary Becker, Nobel Prize-winning economist
Albert Einstein, theoretical physicist
Julia Robinson, the first woman president of the American Mathematical Society
Arthur Rubinstein, piano virtuoso
Edward Teller, physicist and nuclear power pioneer
’

Lepas tu Asma komen macam ni pulak.

‘Sometimes it’s not wrong to consider other people's concern so as to compare your child's development with others similar to his age. Some parents esp those with a firstborn child may not be as sensitive regarding their child's developmental milestones. Some kids (esp boys) may have undiagnosed mild learning disorders, that are easily dealt with if detected early. It may not be easy to accept but if no specialist (paeds with special interest (or subspecialty) in children with learning disability) has been consulted then maybe it is time to do so.

I have seen a few cases (boys) 1) 3 years old boy having difficulty in understanding instructions, very temperamental, unable to engage in playing with other kids, unable to talk yet - advised mother to seek professional advice, mother declined, saying she doesn’t think child has learning disability. 2) 7 years old boy, started schooling this week, learned to speak words at 5 years old, currently only able to speak 2 words sentences, unable to understand or communicate beyond basic needs, temperamental at home and in public, Mother started having suspicions since he was 2/3 years of age but teachers, friends and family kept saying "child is normal, give time etc".

Only consulted me yesterday when 2 parents of children in her son's class pointed out that her son is not "normal" and having difficulty coping in school. Upon seeing child noted that he does have autism characteristic - referral to paeds given. Mother is very sorry that she did not act on her suspicion earlier. Conclusion: if you have any doubt on your child's milestones, seek professional help first before wanting to settle on waiting and being very accepting. Hope this helps kak su. Only sharing through working experience....i do agree that some of the great people you mentioned had delayed milestones but during those days, autism or other learning disorders go undetected as there were less awareness in the public.‘. 


Me and my Shein Iskandar

Wednesday, December 10, 2014

Shein. Dah kenapa yang tido siang only 30 minutes sekarang ni? :|

Assalamualaikum.

Shein kan? Kata Maktok, dia punya tido siang sekarang kekadang 30 minutes je ok? Sebok lagi nak main dari tido. I saspek, nanti Shein mesti lose weight sebab dah kurang tido. Masa Isnin haritu, dia tido 30 minutes SAHAJA time siang. Lepas tu dari rumah Maktok, dalam kereta dia dah tido. I pon macam ada little bit frust sebab balik kerja tak sempat main dengan dia, blakang dia dah tido. Masa Isnin tu, Kakyang, Kaseh and Sasha ada datang rumah I sebab nak mandi kolam, so maybe dia dengar bising-bising dekat luar, dia jaga.


Siang waktu I dengan Saz pergi kerja, Shein akan duduk dengan Maktok and Baba. If ada hari Maktok and Baba ada hall, so dia pergi schoool. Ni baju Bapak belikan masa dia pergi Chiang Mai haritu. Dorang suka pakaikan Shein baju besar-besar. I suka yang muat-muat jer. Sesekali Shein pakai baju besar macam ni nampak macam abang-abang sangat. Kan?

Ok. Sambung cerita atas tadi.

Tapi tu la. Meleset-leset. Mata nak taknak bukak. Dia besarrrrkan mata dia. Makanya mata ngantuk, hati nak main. Tu yang jadik macam tu. Sazli kata, kesian kat Shein. Takperla, dia tidokan Shein. Lepas Kakyang semua balik around 9.30pm tu, I take over. Dia pejam tapi tak tido pon. Orang Kedah cakap, rudui/ghudui. Kan? Pastu around 10.00pm dia tak tido lagi I bangun goreng sosej roll yang Siti bagi haritu. I suruh Sazli tengok Shein, dah tido ke dia. Kata Sazli, Shein senyum je kat dia masa selak blanket atas muka. (Shein jenis tido tutup muka dengan blanket or bantal kecik dia).

Last-last I panggil dia. ‘Dah la Shein, taknak tido jom teman Mama tengok Lucy’. Pastu dia ngesot-ngesot bontot dia macam suster ngesot terus turun katil ikut I pergi hall. I beli ‘Lucy’ dekat Astro First. Korang tengok la. Best! Cerita pasal perempuan tetiba ada super power sebab peket dadah dalam perut dia pecah. Lepas tu dia jadik hebat boleh baca fikiran orang, boleh memorized semua menda yang dia dah buat bermula dari dia dalam perut emak dia lagi. Perrghhh hebat! I punya kagum macam rasa real puak cerita ni. Pengaruh tv memang boleh buat remaja rosak fikiran. (Remaja ke kau masalahnya? Haha)

Shein pon teman I tengok tv sampai la almost 1.00am kot? I tutup lampu semua lepas tu panggil dia, ‘Shein, dah. Jom tido’. Dia lari kedek-kedek geli hati macamkan I nak ajak dia main kejar-kejar. Dah atas katil pon, dia still ketawa-ketawa bila I main cak-cak dengan dia. Lambat giler tido.

I ingatkan esok paginya bangun la pukul 8.00-9.00am tapi kirim salam. Sebok I bangun nak bersiap pergi kerja, sebok jugak la dia bangun.

Tetiba masa I nak iron baju, dia datang dengan ibu jari dalam mulut tangan belah kanan. Tangan kiri heret blanket busuk dia. Lepas tu hulur tangan dekat I. Suruh tengok. Biasa memang macam tu. Habit dia. Asal bangun je dari tido tak kisah la tido siang ke malam ke, mesti hulur tangan. Macam nak mengadu menda entah. So lepas I kiss tangan dia yang masam ailio basi tu and tiup-tiup sikit, then baru dia gerak pergi kat sofa and terus aktif.

Esoknya…!! Kata Mak tok, Shein tido setengah jam lagi. Ya Allah budak Shein ni. Memang sebok nak main dia sekarang sampai tido pon tak kisah. Kan semalam I ada dinner company kan? So Sazli je dengan Shein dekat rumah. Kata Sazli, dalam kereta otw balik rumah dari rumah Maktok dia dah tido. Around 7.00pm macam tu. Kali ni terus tido sampai pagi tadi. Puas hati dia dapat tido 12 jam.

I tanya Dyba, Sophie macam mana. Kata Dyna Sophie pon tido lewat. Ajak main. Kekadang pukul 1.00am baaaaru la nak tido. Makanya esok ni nak kerja. Tak koyak pulak mata kan? I rasa bebudak nak masuk umur 2 tahun ni memang tak heran kat tido dah. Sebok nak main jer…

Kan?

-eNd-

Monday, December 8, 2014

Minion Cake For Shindong!

Assalamualaikum...

Jumaat ni dah 12/12 maknanya tak lama dah Shein nak 2 years old kan? Rasa macam sekejap je tetiba Shein dah 2 years. Macam baru je besengkang mata bila Shein kembung dalam pantang tu, tetiba now bila I marah Shein, dia dah pandai marah I balik. Haha. Haritu masa I tengok gambar Shein baby rasa macam sebak pulak. Terus Google, 'When toddler starts memorized' and I found this.

Article tu cakap, ‘What's your earliest accurate memory? Chances are, it occurred after your third birthday, and until recently, scientists assumed that this was because children do not form accurate memories until the ages of three or four. But a new study from New Zealand suggests that children can correctly recall experiences from when they were two years old.’

Bila baca jer macam tu, I terus la emos. Well, perempuan mana ada masa yang dia tak emos kan? Ke I je sorang yang selalu emos lepas tu nak tuduh semua perempuan? Haha.

I kalau tengok orang tukang isi minyak dekat stesyen pam tapi kerja tekun lepas tu muka baik pon sebak. Ada satu masa tu, I suka beli celop-celop steam boat dekat depan Ampang Point sebab Abang yang tukang jual tu senyum jer kalau kiter beli. Dia cakap ‘Assalamualaikum’ and sangat helpful tolong amikkan bakul nak isi celop-celop terus I rasa ‘Haih Abang, saya beli satu lori jer la’. Haha. Lagi pulak baca menda macam ni memang la I nanges. Mencurah-curah air mata keluar. Ni mesti orang meja depan I ingat I ada masalah rumahtangga.

I doa, biarlah kalau I mati, Shein dah boleh ingat I. Yang I ni emak dia. Paling sayang dia and dia ada memory pasal I. Main-main dengan I. Bergurau, holiday, I tidokan dia. Dia himpap I. cakar muka, korek hidung etc. I nak dia ingat I. Supaya dia tau, I ni Mama dia and I sayang dia terpaling sayang dalam dunia.

Tapi yer ker they can correctly recall experiences from when they were two years old? Sebab yang I ingat, I start to remember things when I was 5/6 years old. Tetiba I rasa I hidup. Time tu I main kereta polis mainan dekat rumah jiran I. Rumah Dik La. Itu first thing yang I ingat dalam hidup I. Lepas tu lagi banyak dah memory bermula dari sekolah rendah sampai sekarang. Lagi la dengan bantuan diary yang I suka tulis, lagi la banyak memory. Lepas tu bila baca balik mula la saiko sakit hati tak pasal-pasal dengan orang yang pernah buat cilake dekat I. Haha.

Hurm. Sebenarnya entry ni I nak cakap pasal cake birthday je tetiba panjang pulak intro. Hahah. Nampak sangat suka melalut. Soooooooooooo memandangkan Shein dah nak 2 tahun ni, I dah bagitau Huda awal-awal yang I reserve dia untuk buat birthday cake Shein. Nothing fancy pon this year. Sama macam tahun lepas, Kiter makan sama-sama dengan Baba and Maktok lepas tu amek gambar and potong cake. Tu jer.

I plan nak buat birthday Shein bila dia dah start appreciate things. Maksudnya dia boleh cakap, ‘Thank you Mama for the prezen’ or bila I boleh nampak muka dia bercahaya bila dapat hadiah yang dia suka. Macam tu. Ni nak potong kek pon huru-hara kena perambat lagi buat sakit jantung je. Lagipon tu semua kos! Hahaha. Naseb la ko Shein dapat emak macam ni. Well, you cannot choose your mother. Kena terima Mama seadanya ok?

Memangdangkan Shein suka cerita Despicable Me sebab dalam tu ada minion yang comel-comel, I suruh Huda buat Minions cake. Cake coklat yang sedap. Takyah nak fondant cake sangat. Yang penting sedap. Shein kan suka chocolate cake? Letak je 3 4 ekor minions atas tu pon dah ok.

Tapi tu la, bila tengok Minions Cake dalam Google ni terus perrrrghhhhhhhhh. Lawa siot! Ni bukan takat Shein happy, Mama pon tumpang sekaki. Korang tengok la ni. Comel-comel kan? Takper Shein, tahun depan kiter buat Minions cake lapan tingkat terus ok?

-eNd-



Carl


Phil


Tom


Dave!


Jerry

Pasal Shein

Assalamualaikum..

Tengok la dua beranak ni kemain sedondon pakai. T-Shirt biru kosong dengan seluar askar-askar pergi berperang. Jeles je I tengok. Shein punya rambut tu pon ropol-ropol macam Sazli jugak cumanya tak panjang macam Sazli je. Kalau kena air, memang dah bra length rambut dia tu. Ikut Sazli memang dia nak biar rambut Shein panjang macam dia, tapi Majlis Jemaah Tertinggi tak approve, so redha la. Potong jugak kasik pendek. Dia pulak jenis rambut cepat panjang. Cukup 2 bulan dah kena potong.. 




Budak Shein ni dia memang pantang nampak ada ruang. Mesti nak menyelit. Kalau tak belakang, depan. Apa entah faedah dia. Melesettt jer kerja.

Si Shein now dah 15kg. Badan dia sedap nak peluk, tapi tak la obese. Balance dengan ketinggian dia. Shein punya makan pon I tengok-tengok jugak. Dia kan jenis kalau hulur tak pernah tolak. Kenyang pon tangan laju je amek makanan. Macam sapa tu Shein perangai? Ok la. Tak payah jawab. Haha.

Time baby ni comel la debab-debab ni, kot dah besar nanti jadik macam Abam Bocey tu tak ok jugak. Shein ni I nampak ruas-ruas badan besar and tinggi macam Bapak and Sazli jugak. Tak dapat imagine, lagi 10 tahun entah-entah Shein lagi tinggi dari I T____T

Badan je besar Shein ni, tapi manja nauzubillah! Kekadang geram je I nak tunjal. Perangai manja makin menjadi-jadi. Ada orang cakap, nanti kalau dia ada adik, kurang dah la manja dia. Yerrrr kerrrr??? Dia sekarang kan? Kata la kalau dia buat apa-apa yang I tak berkenan, I cakap, 'No Sheinnnn'. Nanti dia campak je apa yang ada dekat keliling dia. iPad, sikat, wallet, remote macam semua tu takde harga. Mana yang dan je dia capai. Haritu sesambil je nak amek henpon I nak campak. Banyak cantik? Bila dah campak nanti dia pandang I and angkat jari telunjuk cakap, 'A, a!' Macam warning tu. Padahal dia yang buang lepas tu nak warning I.. Poyo.

Aritu masa dia bukak peti ais I cakap 'Shein, No... Danger'. Member dah tinggi, so dia capai telur baling dekat I. Seb baik sempat sambut. Kusss semangat! Shein memang jenis penyibuk. I kat daput nak basuh botol dia pon, nak jugak menyelit celah kangkang. Semua menda nak menyibuk. Ada masa, mandi pon I kena bukak pintu bilik air. Dia nak tengok. Pastu nanti I cakap, 'Shein, Mama kan Girl? Mana boleh you tengok Mama mandi'. Nanti dia gelak notty. Haha. 

Semalam dia main himpap-himpap I. I cover la tetep dengan tangan, pastu Shein marah. Dia suruh I alih tangan I. Kalau letak jugak tangan kat dada, nanti dia guling-guling dekat lantai. Lepas tu dia boleh buat akrobatik, duduk bebetul dekat perut. Sazli kata, 'Biar la.. Shein nak gurau dengan Bubu'. I diam jer, tak jawab cuma bila Shein berdiri kat atas perut I, I cakap macam ni.' Shein, yang Shein berdiri tu, kat situ la Shein keluar dulu. Sian Mama. Shein kan 15kg?'

Terus Sazli cakap, 'Shein, jangan buat Mama'. Haaaaaaaaaaaaaaa tau pon. Shein pon satu hal. Perut Mama jugak yang dia nak berdiri. perut Abah dia taknak.

Jap. I tau naper dia taknak.

Sebab perut Abah kan macam pregnant 4 month. Susah nak balance kot? Hahahahahhaha

-eNd-

Tuesday, December 2, 2014

Kehadapan Sheindong

Assalamualaikum.

Kepada Sheindong yang tersayang. Anak Mama yang bushuk bacham.




Mintak maaf sebab semenjak dua menjak ni, Mama memang suka menyakat Shein. Yang semalam tu masa Mama masuk bilik, sebenarnya Mama sengaja je tutup pintu. Bukan pintu tertutup sendiri. Mama saja pura-pura macam terperangkap dalam bilik. Saja Mama suka bila Shein nanges kuat-kuat sebab bila Mama open the door Shein terus peluk Mama taknak lepas. Terus Mama rasa macam Mama paling best dimata Shein. That feeling is awesome! Sorry for that.

The truth is, bila dekat office and Mama teringat muka Shein time gelabah kena tinggal kat luar bilik, Mama rasa menyesal sakat you but I bet ada golongan Ibu yang macam Mama yang happy to see their son cry sebab kena tease. Again, sorry for that. Mama gurauuuuu jeeeeeeeee. Jangan la marah.

Ingat tak malam kelmarin bila Shein tantrum and secara tak sengaja Shein jatuhkan diri kebelakang and kepala Shein masuk dalam daging salai masak lemak yang Abah looking forward sangat nak makan tu, Mama sebetulnya rasa gerammmm sangat. But then bila tengok kepala Shein dah half kuyup dengan kuah lemak kuning tetiba jadik kesian. Sorry sebab ketawa tak henti time syampukan rambut Shein yang dah jadik keras tu? Hahaha. Dalam hati Mama cakap, ‘Haaaaa nakal lagi. Padan muka’. Haha. 2 3 kali Mama syempu sebab your hair smell like kuah lemak.

Masa tu Abah was very mad at you. Mama diam je tak cakap apa tapi dalam hati Mama ketawa. You and Abah both tak puas hati. Mama rasa macam comel. Abah tak puas hati sebab lauk favorite dia dah berendam dengan kepala Shein and Shein tak puas hati sebab idontknowwhy. Memasing macam taknak mengalah. Masa tu Shein dah siap mandi. Tengok Upin Ipin dekat iPad but kaki tetap nak tendang-tendang perut Mama. Tetap nak gurau. Macam tak pernah kena marah pulak sebab still nak bergurau.

Mama dapat rasa, bila Shein besar nanti, mesti Shein jenis suka bergurau. Macam Mama. Macam Arwah Atok Ayeh. Semoga membesar jadik anak yang baik ye sayang? Always buat orang lain happy. Mana-mana perangai Mama yang elok tu, ikutla.. Yang tak elok, letak tepi ok? Jangan selalu tantrum yang melampau-lampau sebab Mama ni orangnya tak la sesabar mana. Kot nak rasa kena cubit ke apa silakan. Try me. No problem.

Oklah. Tu je nak cakap untuk kali ni. Akhir kata, ‘Apa perasaan awak mandi kuah lemak malam semalam? Best kan?’ P A D A N M U K A.  Haha.

Love,
Mama

Wednesday, November 26, 2014

Shein vs Garfield

Assalamualaikum...

Shein kan? Kalau lepas mandi dia sukaaaaa kalau I balut dia dengan towel yang ada hoodie. Nanti bila I cakap 'Ok Shein, finishhhh!!' Nanti dia menyerah diri dekat I. Lembikkan badan. Lepas tu I balut badan dia macam baby lepas tu nanti I akan bawak dia pergi kat Saz macam tunjuk baby baru lahir. Lepas tu kena cakap 'baby baby babyyyyy'. Nanti dia nganga mulut and jelir lidah. Mengadaaaaa sangat. Dia bajet dia baby sangat la. Padahal dah 14 kilo.


Balut macam ni. Dia sukaaaa sangat.

Anyway, Intan pon buat yang sama dekat GarfieldAmanda. Dia kata Garfield pon suka. Sama manja macam Shein.


Naseb ko la Garfield. Haha.

-eNd-

Tuesday, November 25, 2014

Shein at examination hall


Assalamualaikum...
Shein at Examination Hall


Ishk apa soalan matematik susah sangat macam ni?
Takpe. Ambik nafas... lepas.... sedut... lepass.... Ok. Baca balik. Emak bagi saya 10 bijik rambutan yang harus dibahagikan sama rata kepada 5 orang kawan. Suraya, Intan, Ira, Dyba dan Sarah. Ishk. Apa pulak semua nama perempuan ni? Tak macho la aku nak kawan dengan perempuan. Sapa la buat soalan macam ni. Hesh!



Ok ok. Sekarang rambutan ada 10 kena bahagi 5. 10/5 = ????



Aik?? Kalau bahagi lima dah tu aku macam mana? Tak payah ambik ke rambutan tu? Aduh... Tak adil la macam ni. Aku nak jugak rambutan tu. Ni nak bahagi lima dengan kawan-kawan 5 orang tadi ke atau aku sekali? Kalau aku sekali kena bahagi 6 la eh? Ke macam mana ni? Aduuuuuuhhhh!! Aku nak jugak rambutan tu. Mana adil kalau aku tak dapat.


Jap. Tiru la jawapan Sarep kat blakang ni. Haha. Dia pulak letak kertas atas meja tak tutup. Cantekkkkkkk boleh tiru!


Sarep jawab : Tak payah bahagi rambutan tu. Semua kiter makan sorang je sebab masa dorang datang rumah tadi, dorang dah kenyang makan durian. So dah tak rasa nak makan rambutan. CANTEK!


Kikiki. KACANGGGGG!! Sarep pon satu hal. Dah tau nak pergi toilet tu, tutup la kertas jawapan tu. Bongek sangat! Dah aku dapat tiru. Hahahaha.

-eNd-

Friday, November 21, 2014

Iyannn Iyerrr...

Assalamualaikum…

Shein demam malam lately. Asal malam je dia start la demam. Bila makan paracetamol nanti dia ok la. So time ok tu macam biasa la kalau sebut jer ‘hiyarrrkkk’ terus dia melompat ajak lawan. Haha. Orang lain demam melepek, dia demam aktif macam biasa. Kata Sazli, ‘Shein is a fighter!’ Yerla.. Fighter la sangat. Fighter Ultraman vs Resaksa.


Iyan Iyer Gemammmm....


Throwback Shein masa umur 6 bulan. Omelnyaaaaaa (aci ke puji anak sendiri omel?)

Semalam Maktok jaga Shein. Harini dah kena sakit urat sebab Shein kan 14kg lepas tu manja nak berdukong jer. Mana la Maktok tak sakit urat.

Semalam kata Dr. Adrian bawak je Shein pergi klinik harini. Sebab dah lama demam. So tadi bila cek, lung semua clear. Demam biasa. Dapat antibiotic Augmentin, Aerius (Selsema and Batuk), dengan Paracetamol untuk demam. By esok petang, InsyaAllah Shein akan totally recover from fever. Sekarang ni memang musim  bebudak demam. Tadi pon kat klinik ada 2 3 orang yang demam malam. Demam malam ni usually tak berapa teruk macam demam biasa. Nanti slowly dia akan ok sendiri. And baby tetap aktif macam biasa.

And kena jugak hati-hati kalau baby demam lama sebab takot kena denggi. Now pon also ada kes denggi. But usually yang kena denggi ni, dia takkan selsema dan batuk. So kalau baby dah demam more than 3 days lekas-lekas bawak pergi klinik ok? Jangan ambik ringan.

Kata Kak Ina (Kawan dekat office I ni), kalau bebudak demam malam biasanya orang-orang tua ajar, ambik air dekat surau sikit lepas tu campur dengan air biasa. Nanti mandikan baby 3 kali InsyaAllah akan ok. Time dia demam ni, I pakaikan dia seluar and baju yang sejuk. Kalau malam badan dia panas, I tanggal semua tinggalkan pampers je. If fever more than 39 dah boleh bagi sub-voren (masuk ubat ikut bontot) and boleh buat spongy kasik temperature turun. Bahaya kalau suhu tinggi sangat. If dah sampai 40 temperature terus proceed ke E&A ok? Bahaya if temp terlalu tinggi.

Yang paling penting always simpan ubat demam dengan sub voren dekat rumah. So bila baby demam, kiter dah ada ubat standby with us. Ok?

Malam semalamShein jaga pukul 4.30am and I pon terus tak tido sampai pagi. Harini pulak berjaga dari 3.30am also tak tido sampai la sekarang. Pencapaian terbaik sangat. Kalau lagi 3 malam Shein macam ni, memang I jadiki zombie la. Haha. Tapi biasa lah kan kiter emak-emak, time anak demam sikit-sikit pon risau je rasa. Tido pon tak lena (tipu) sebab sentiasa berjaga-jaga. Cecece. Skali Sazli komen kat entry ni, ‘Yerkerrrrr tido tak lena?’ Hahaha. Dah Papa, malam ni you tido luar!

Untuk Shein mekayang metayang mama taaaayerrrrrrr, get well soon. Mama sayang Shein banyak sangat. Love you Son!

-eNd-


Tuesday, November 18, 2014

Pasal Shein Lagi. Blog ni kan memang diwujudkan khas untuk dia.

Assalamualaikum.

Weeeiiii!! Takper ke kalau nak citer pasal Shein lagi? Hahahah. Ah tak kiraaaa! Nak cerita jugak. Maafkan lah I sebab ni kan anak tunggal jantan cowang. Cenggila la… Kot lepas ni dah ada lapan belas anak, takder der semua nak cerita dekat blog. Heeeeee.


Atok Emah kata, dia dah tak larat nak dukong Shein. Sakit belakang. Tu yang kalau Shein mintak dukong kat Atok, I cakap, 'Mak jangan Mak. Jangan dilayan. Kang buat pasal je sakit belakang'. 


Air milo ice Sazli. Yang berpindah hak milik kepada beliau. 


Kata Syikin, Shein kena pakai bip lagi. Supaya tak la susah sangat nak menyental baju dia. Baiklah Kin.

Shein kannn??? Aritu masa kat kampong dia memang bebetul buat perangai. Masa pagi Ahad tu, I buat nasik goreng tau? Nasik goreng bodoh je. Hiris-hiris bawang merah bawang putih. Goreng sampai garing skek, lepas tu pecahkan telur. Masukkan nasik pastu masukkan ikan bilis goreng. Perasakan dengan garam and cube ayam. Siap. Shein suka nasik goreng macam tu. Tapi kot ye pon suka, share la makan. Sebab Sazli pon suka and unfortunately Atok dia pon suka. Kena la rasa sorang sikit kan?

So Mak hidang la dalam mangkuk besar. Letak pinggan siap so sapa nak makan cedok je sendiri nasik masuk pinggan. Kitorang makan dekat beranda Mak dekat rumah dapur. Shein pon sebok sama nak makan. Bagus. Tak sesia la Mak dia yang cantik ni bertungkus lumus masak (padahal nasik goreng jeeeee poon). Dia dah siap bersila depan nasik. Bagus anak Mama. Bila Atok dia cedok nasik masuk dalam pinggan, Shein nanges. Ingatkan nak buat sendiri. Sekali dia nak makan dalam mangkok. Ok takper. Urut dada sekejap.

Lepas tu Mak bagi dia sudu, dia campak. Ok. Senyum lagi. Lepas tu Mak ambik la senduk lain, cedok nasik nak letak dalam pinggan bagi orang lain, dia marah jerit-jerit guna bahasa German. So jawapannya sekarang ialah dia nak makan dalam mangkuk besar, guna senduk and orang lain tak boleh ambik nasik tu. Perrrrrghhhhh heart attack sangat ni.

Malas nak dengar dia nanges, Mak kata biar je la. Sementara budak nak makan tu. Biarkan aje. Perrghh. Dengan Baba and Maktok pon cenggini perangai, dengan Atok Emah dia pon sama. Pergh Shein. I bagi U 5 markah. (Sebetulnya 5 bintang tapi Jalaludin Hassan dalam MLM suka bagi 5 markah. Haha). Shein pon makan dengan gembira. Dah tu kiter semua yang lain menitis air mata je sambil makan donat coklat Kak Sha. Tu pon share-share je.

I memang membara ni dalam hati. Geram je. Kecik besar kecik besar I pandang dia. So Shein pon makan dengan gembira. DALAM MANGKOK BESAR GUNA SUDIP. Best sangat. I memang tak layan dia. Bila nasik dah sepah-sepah (sebab dekat lantai lagi banyak dari masuk mulut) Si Setondel Shein ni pon tak puas hati. Marah lagi. Campak sudip. Maka bertebaran la nasik atas lantai seperti pasir di pantai. Dia marah-marah semua I buat bodoh je. I pesan dekat semua orang, ‘Jangan Pujuk’.

Lama-lama dia slow down tapi muka tak puas hati. Dia bangun pergi dekat I. Sambil cakap German lepas tu menyelit dekat sebelah kerusi kayu yang I duduk tu. Ingat nak buat apa. Rupanya carik bahagian kerusi yang dia boleh hantuk kepala. Boleh tak????? Lepas hantuk kepala dia tunjuk kepala dekat I lepas tu cebik mulut. Hahahahah. Ko ni memang drama la Shein.

Although sometimes I rasa geraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam sangat-sangat. But Demi Allah, I really enjoy every of it. Every moment Shein cranky, drama, buat perangai I enjoy. Walau marah macam mana pun, tapi bila dekat office mula la teringat dengan keletah dia. Takper la anak… Tantrum la macam mana pon yang Shein nak. Asalkan Shein sihat tubuh badan, membesar dengan sempurna, Mama dah syukur sangat-sangat dah.

Love you son! Nanti malam ni kiter main lawan Ultraman vs Resaksa lagi ok?

-eNd-

Monday, November 17, 2014

Anak Abah

Assalamualaikum.

Shein kaaaannnn? Mementang la Sazli paling rajin layan dia main ultraman-resaksa so apapa now dia memang kamceng dengan Sazli. I sedih la kalau dia lagi sayang Sazli sebab I kan Mama? I kan yang mabok mengandungkan dia, so dia kena la sayang I lebih. Ni tak, semua jer Abah Abah Abah. Takde der nak Mama Mama Mama. Time dia ingat I, time nanges je. Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Mana la keadilan dunia ni.. T____T

Semalam kan? Masa kat kampong. Dia nak mengadu apa entah kat Sazli. Dia nanges. Ni I ada ni. Jarak 2 langkah je I dari dia. Tapi nak tau sapa yang dia lari kejar menyembam muka? Tu kat Sazli yang 15 langkah dari dia. I ni kebil-kebil mata. Ko ni tak nampak Mama ke apa Shein? Geraaaammmm je. Lepas tu kata Maktok, kalau dia nak tido, dia suka peluk family portrait yang kitorang amek time raya tu, kata dia ‘Abah Abah’. Oooooo macam tu eh Shein? Mama tak sebut.

Malam tadi masa Sazli tunjuk gambar Sazli dukong dia time baby, dia sebut la Abah Abah.. Banyak-banyak kali muka happy jer. Bila Sazli tunjuk gambar I dukong dia, dia diam je tengok gambar tu. I cakap macam ni, ‘Shein, Mama tu.’ Maaa maaaaaaa. Gigih I ajar dia sebut. Selamba je muka dia rasa macam nak tunjal. Dia isap jari pandang tv. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Batu belahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!



Mama tadek kederat nak lambung-lambung Shein macam Abah buat. Dia kan 13kg? Berat kot?




Best friend sangat. Walaupon jeles, tapi I always hope yang My boys will always be a best friend. FOREVER.

Tak kira yang kalau dia buat-buat nanges only with Sazli ok? Dengan I jarang sangat and also muka excited dia kalau nampak Abah. Kalau I? Takde derr. Tengah tengok tv, toleh sekejap sambung tengok tv balik. Macam tak heran. Cuba kalau Sazli, nanti dia datang kat Sazli tunjuk itu tunjuk ini, pastu excited kemain nak dukong la apa la. Nyampah.

Ni aku malas ni kalau boys rules ada dalam rumah. Mama princess ok Shein? Jangan nak macam-macam. U kena sayang I lebih. E!

-eNd-

Thursday, November 13, 2014

Shein, Baby Nouman and Pregnancy

Assalamualaikum…

Semalam 12/11/2014 genap umur Shein 23 bulan. Happy 23 months old sayang! Malam tadi Shein teman I sidai kain. Dia bawak iPad dia sambil tunggu tepi tempat sidai kain. I cakap kat dia, ‘Duduk je dekat situ, jangan tolong Mama ok?’ Sebab Shein kalau I sidai kain memang menolong sangat-sangat. Orang nak ambik hanger, dia sebok nak ambik jugak. I sidai, dia tarik bagi I balik. Memang sweet sangat Shein.  *rolling eyes

Bagus jugak Shein teman I sidai kain kat balcony sebab I takot. Walaupon Sazli jarak dengan I 2 langkah je tapi tetap jugak nak takot tak tentu pasal. Sazli la 2 3 hari ni suka pasang cerita hantu dekat HBO. Hantu Mat Saleh, paham la. Jenis cekik-cekik orang. Poyo je. Nyampah. Lempang baru tau.

Shein memang huru-hara. I nak ambik kain kat dapur dia ikut. Lepas tu dia ambik bakul kain tu masukkan dalam kepala dia. Lepas tu jalan main jalan jer. Habes langgar dinding. Pastu gelak. Lawak la Shein ni. Sekarang dia suka tau tengok Ultraman Mevius? Nanti hiaayarrkkk hiyaaaarkkkk ajak berlawan. Yang rajin nak melayan tak lain tak bukan sapa lagi kalau Sazli.

Kekadang sian jugak I tengok Sazli. Balik kerja usually Sazli akan amek Shein kat umah Baba and Maktok. Nanti dia akan mandikan Shein. Pastu kalau I ada, I la siapkan dia. Sampai kat rumah kitorang, Sazli sapkok sebatang lepas tu dah nak mandi sebab mahgrib masuk awal now. Time bertowel tu la si Shein nak ajak Sazli lawan. Penat-penat pon dia layan jugak. Kekadang sampai 15 minutes Sazli main lawan-lawan. Yang kelakarnya Shein kalau dia kalah dia nanges, dia menang and Sazli ‘mati’ pon dia nanges. Kot kekadang kalau dah lambat sangat, Sazli dah taknak lawan dia, dia merajuk. I la pulak kena jadik resaksa gorgon.

Dengan Shein, main lawan-lawan 2 jam pon takpe dia. Kekadang sampai sejuk badan dia berpeluh. Bila nak tido, Shein suka tau landing kaki dia dekat badan I. Sebelah kaki. Duluuuuuuuuu waktu dia tak suka carik pasal nanti I tolak slow-slow je kaki dia, pastu I cakap ‘Shein, kaki Shein Mama letak kat bawah eh? Berat la sayang’. Tu dulu. Sekarang ni.. Hahahha. ‘Tepi la kaki!’ Sambil I tolak kaki dia. Hahahha. Nak tau Shein balas apa? Tangan kiri pegang iPad kan? Tangan kanan yang dia suck his thumb tu dia libas je kat I. Kecepek kena dekat muka. M E L A W A N Ok????

Hahahha. Pastu I mesti gomol dia sampai dia mengekek-ngekek ketawa. Macam tu la I dengan Shein sekarang. Gurau macam kawan. Borak pon macam kawan. Ada masa I treat dia macam kawan so that biar dia enjoy nak main-main dengan I. Ada masa bila I tengah serious and Shein buat salah, I tegas sebagai seorang emak. Cecece. I masih belajar untuk menjadik Ibu yang baik. I selalu tanya Kaklong, ‘Kak, lepas ni Shein buat apa lagi eh Kak? Sebab dia sekarang dah buat nanges sedu-sedu. Pura-pura lepas tu dia yada yada yada’. Kata Kaklong, nanti ada macam-macam lagi dia buat. Seronok!

Imagine eh macam mana nanti kalau Allah bagi rezeki, I nak kena sayang adik Shein pulak. Hope Shein ok and jangan nak jeles-jeles tak tentu pasal. Tengok perangai sekarang memang takde der dia suka ada adik. Penjeles. Haritu I visit Nouman anak Huda kan? Dia dah start dah nanges jerit kuat-kuat. I takper lagi, Sazli tu memang langsung la tak boleh nak pegang baby lain. Shein lagi jeles dengan Sazli dari I. Takpe la. Geng la dengan Abah tu. Esok Mama ada kawan babygirl, Shein takpayah manja-manja lagi dengan Mama.


Abang, zip seluar terbukak tu. Kang nampak burung terbang kang.

Wednesday, November 12, 2014

Shein Dan Masalah Kemanjaan Beliau


Assalamualaikum.

Kekadang kan? Ada jugak I rasa I’m a bad mother sebab ada masa, I macam masih tak cukup sabar melayan perangai Mohamad Shein Iskandar bin Mohamad Sazli ni (Kalau dah sebut nama penuh tu maknanya apa? Haha)

Dia ni manja sangat-sangat. Semua kena ikut cakap dia. I selalu nak jadik ketua kalau I dengan Shein, maknanya he’s in control. Not me. Tapi usually itu takkan berjaya especially bila dekat luar sebab I nak kurangkan drama meroyan Shein as much as I can. Apa dia nak as long as tak membahayakan dia, I bagi jer. Pasal baju kotor ker, dia main cedok-cedok makanan dalam ice blended RM16.00 ker apa, I redha je. M A L A S nak dengar dia nanges, baling-baling garpu.


Malam waktu makan burger power.  Shein nanges kuat giler sebab taknak pakai baju sebab dia rasa rimas dengaan dia punya long sleeve. So I tukarkan sekejap baju ni sebelum pakaikan balik long sleeve masa dalam kereta time nak balik. Tu air yang dia celup tu is Ellis punya ice lemon tea yang dia tak minum lagi. Shein celup dengan tangan lepas tu happy. Harga air tu RM11.00. Lepas dah habes air tu dia nak pulak I punya caramel macchiato. Total membazir air is RM27.00 just to makesure Shein diam. Best sangat-sangat. Air tu dia bukan minum. Tapi tuang sana, tuang sini. Campur sana, campur sini buat experiment.

Tapi kadang-kadang bila kesabaran dah dekat paras  hidung I tarzankan dia jugak. Marah dia macamkan dia paham? ‘Shein? Kenapa buat macam ni? Nak apa lagi???’ Kekadang I pegang lengan dia kuat-kuat. Geram. Tau tak Shein ni jenis tak makan pujuk? So ada masa I biarkan aje dia nanges guling-guling baling sudu garpu semua. I totally ignore him cuma bila dekat luar especially restaurant I kena la pujuk terus sebab taknak ganggu ketenteraman orang lain tengah makan.

Haritu masa dekat Toran Café (Yang I will review the foods later), dia buat perangai nak main pisau yang guna untuk makan steak. I bagi sudu, dia baling. Bagi garpu, dia baling. Bagi air dia tolak and tolak semua menda atas meja. I angkat dia and dukong dia meronta-ronta nanges kaw-kaw punya. I bawak pergi keluar. Sampai kat luar lepas I nyanyi-nyanyi lompat macam onggile dia ok. I letak dia kat bawah sebab tak larat dukong, dia taknak. Cuba la 237juta kali then baru dia OK bila letak kat bawah. Buat pulak perangai lain, nak lari dekat tengah jalan. Ok takpe. Mama boleh lari sama and kawal dia to make sure tak kena langgar dengan kereta.

Tak mau. Tak mau dipegang. Meronta-ronta.I bawak dia jauh dari jalan and dia continue nanges. I biar je dia. I tengok. Dia nanges nanges nanges and finally dia baring guling atas lantai thennnnnnnnnnnnnnnnnn kuasa Mak Tiri pon terkeluar. Biasa I ignore but that time I bebel. I cakap, ‘Puas hati? Bagus kan perangai macam ni. Bagus Shein’. And dia guling guling guling atas jalan macam dalam drama Hindustan. Tak lama lepas tu Sazli keluar and datang kat I lepas tu tanya, ‘Laaa tak habes-habes lagi?’

I pon jawab, ‘U handle anak U ni. Jom balik. Hilang mood I nak makan.’ U see Shein? Sebab Shein punya perangai macam ni la yang Mama malas nak bawak Shein keluar. Thank you!’ Gitu I marah budak umur 23 bulan. Otak memang dah mendidih dah tu. Dia cranky macam ni straight 3 jam for God sake! Perghhh Shein memang juara la hari Ahad haritu. Memang paling juara dalam dunia.

I duduk dalam café, sambung makan apa yang tinggal. Dalam 10 minutes Shein datang semula. With mood yang sedikit baik, bertahan la 10 minutes lepas tu bila fries dia habes dia mengamok balik T____T WHYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY?????? Sazli kata, jom la balik. I nak singgah masjid nak Maghrib. Bagi hati sejuk sikit.

Masuk je kereta I bebel kaw-kaw kat Shein. Nak tau apa dia buat? Suck his thumb. Hug his blanket, look at me macam cakap dalam hati ‘Why Mama nak bising-bising ni?’ and lepas tu sebut ‘tu tu tu’ sambil tunjuk lampu tanpa menghiraukan I yang tengah membara ni. Datang meleset dekat I, lepas tu I tepis dia. I cakap, ‘Sapa nak kawan ko?’ Dia pandang I lama. Lepas tu ketawa. Ko tengok budak ni?????? Hahahaha.

Ya Allah.  Sabar je la. Shein mudah sangat bosan. Especially dekat café yang dekat shop lot. Kalau café dalam mall not too bad sebab dia still boleh lari-lari  sekeliling. Last time I ada update pasal restaurant yang kids friendly dekat sini. Kalau konsep restaurant macam tu not bad la for Shein. Sebab dia boleh main-main. I wonder, bila la nak ada that kind of restaurant dekat KL (At GE Mall to be specific hahaha) so that I akan dapat ketenangan jiwa each time bawak dia makan dekat luar.

If korang tau mana-mana restaurant yang Kids Friendly area KL ni bagitau la I eh? Teringin nak pergi Kidz and Cream yang Aaron Aziz punya tu tapi jauh sangat dekat Setia Alam sana. Acane nak pergi?

Anyway, GF ada ajar I sepotong ayat ni yang I perlu selalu amalkan baca diubun-ubun Shein supaya dia mendengar kata, lembut hati and tak nakal. Maybe I selalu ambik ringan and baca kalau sempat je. This time, kena bebetul ingat and baca dekat ubun-ubun Shein. I paham anak lelaki ni lasak berbanding perempuan so sepatutnya I kena get prepared dari segi mentally supaya I tak masuk Tanjung Rambutan anytime soon.


Kena selalu amalkan doa pelembut hati ni pada anak-anak yang nakal. Nakal takpe. Itu nature budak-budak. Especially boys. Biar nakal dari sakit and pasif. Allah uji, kiter emak-emak terima sebagai cabaran. Dapat pahala tau membesarkan anak dengan kasih sayang..

Untuk Shein, walaupon kadang-kadang Mama tarzan. Menjerit sama naik dengan Shein but doesn’t mean Mama don’t love you. Allah knows how much I love you. Mama still learn to be the best mother ever just for you. Tapi sebab Mama jugak manusia biasa yang kadang-kadang tak mampu nak mengawal emosi so Shein kena terima Mama seadanya sebab Mama pon terima Shein seadanya. Lagipon kan? We cannot choose our Mom. Allah dah bagi macam tu so kiter kena redha. Plus U doesn’t have any other option. U kena sayang I jugak Shein. Tak kira.

-eNd-





Tapi bila tengok video dia ketawa macam ni, macam hilang semua sakit dada menahan marah bila Shein buat perangai :)

Friday, November 7, 2014

Shein.... Pergi Tutup Pintu!

Assalamualaikum…

Shein kaaaaannnnn sekarang dah sampai dah kalau nak bukak pintu sendiri yang kat rumah ni. Lepas tu sekarang kalau sebok I masak, sebok la nak tolong. Rimas pulak rasa sebab kekadang sampai terlanggar-langgar kitorang. Kalau peti ais tu, dia boleh capai telur. Haritu dia ambik dua bijik telur lepas tu laga. Sekian retak. Pastu Sazli pon goreng je la telur yang Shein dah retakkan tu. Tak pepasal kena makan telur. Takpon nanti dia bukak yang pintu freezer tu nanti sebut ‘nyyuuummmmmmm’ maksudnya ice-cream. Dia nak ice-cream. Ice-cream = Nyummm.

I tak topap pon mini cornetto dalam peti sebab Isnin-Friday usually Shein dengan Mak Tok and Baba. So eskrem kat rumah ni kucing la kot makan sebab selalu cepat habes. Tau-tau tinggal kotak jer. Kata Sazli bukan dia makan. So kucing la kot. Padahal kat rumah ni tadek kucing pon. Sama la dengan lipat baju tu. Kalau I dah susun lawa, lawa pastu tadek orang mengaku sapa yang sepahkan so again kucing yang tak wujud dipersalahkan. Hahah. Takper la. Kiter hidup dengan 2 boys dalam rumah so kena la redha. Kan?

Shein punya perkembangan. Ok. I tengok dia macam lambat sikit cakap berbanding dengan Amsyar anak buah I. Dorang sebaya je. Macam Amsyar dah pandai borak and siap, ‘Terkejut Amsyar’, or kalau dia tengok Atuk dia sedih nanti dia tanya, ‘Nape Atok sedih?’ Mulut dah macam Pakcik-pakcik sangat. Pastu I kata kat De, ‘Senang eh anak ko De, takyah bagi susu mahal, takyah bagi makan puree, tak payah kira calories, takyah bagi flash card, takyah bagi tengok lagu ABC pon dah boleh borak macam ongtue’. Amsyar siap boleh count 1-10, and recognize all body punya part siap boleh baca doa makan. Pergh.

Dia bukan jenis nak makan. Keding je. Tapi mulut kus semangat. Lancar bercakap. Dengan Mak dia pon borak macam ongtue. Aritu I call dia siap boleh borak 2 3 minutes. Soalan I semua dia jawab. Cenggitulah kan, science kata kecerdasan otak budak, cepat lambat dia cakap base on apa yang dia learn every day and apa yang dia makan. Tapi sekarang acane konsep Amsyar ni? Semua menda De tadek bagi tengok. ABC song ke, iPad ke, Hi-5 ke, any game tadek. Cuma dia ikut apa yang De selalu sebut and borak je dengan dia.

Shein now boleh sebut a few words macam dirty, danger, nak, nyums, mama, abah, baba, meow, one two teeee, jump. Tu je. Ada la lagi 2 3 4 patah perkataan lain yang sesekali dia sebut but mostly is bahasa German macam belegho belegho, nannnnn, paceba paceba. Hahaha. Tapi kalau dalam bentuk ayat tadek lagi. Kalau order macam ‘take off your shoes, tutup pintu, sit, no’ dia paham. Yang tu I dah buat test kat dia.

Kekadang toddlers yang macam Shein ni, kiter kena tengok adakah dia paham nak buat something or dia ikut routine. Macam kalau masuk rumah, kena tutup pintu and kena lucut kasut. Bila dalam bilik air, dia kena cangkong. Sebab Shein now kalau dia berak, I cakap sit dia memang akan cangkong. So ada a few times, time dia tengah ralit tengok tv sambil bersandar dekat sofa or tengah lari-lari dekat tempat lapang I cakap, ‘Shein, sit!’ terus dia duduk. So maknanya Shein faham. Bukan sebab routine. Kalau nak tido, usually I akan biar pintu terbukak. Lepas dah baring semua, I akan suruh Shein tutup pintu.

A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on

This one I posted dekat IG I. tengok muka tak puas hati Shein bila kena suruh. Mata tu taknak lepas dari iPad. Dia suka sangat Upin Ipin.

Memang masam jer la muka. Tak ikhlas. Hahaha. Nak melawan tak pandai cakap lagi. Pastu semalam masa kat umah MakTok, time dia tengah main-main dengan kayu golf, I cakap kat dia ‘Pergi tutup pintu Shein’, dia berenti and pergi kat pintu depan yang dah tutup lepas tu pegang pintu sambil buat muka confuse dekat I. Maybe dia cakap, ‘Pintu dah tutup ni Mama, nak tutup macam mana lagi?’ Hahaha.

Kekadang ada la jugak I rasa macam kenapa Shein tak boleh bercakap macam Amsyar lagi. So I consult kawan-kawan paeds. I update perkembangan dia dengan Dr. Adrian as well. Monitor dia punya behavior and perkembangan tumbesaran dia. So far I tengok Shein Alhamdulillah ok. Yash pon ada cakap dengan I, biasanya cucu sulong lelaki yang banyak spend time dengan Atok memang lambat sikit bercakap sebab dorang manja. But at the same time, kiter as a parents kena observe. Jangan ambik mudah or sebab nak jaga hati sendiri, ktier cakap anak kiter normal tadek masalah apapa padahal dah nampak dia hidup dalam dunia sendiri, taknak berkawan, tak bercakap, and tak boleh terima menda-menda baru.

Itu maknanya ada something wrong. Yang paling penting, always consult with your doctor kalau rasa ada something wrong somewhere. Jangan always berada dalam denial stage. If rasa ada menda yang tak kena cecepat ambik langkah seterusnya sebab dalam dunia modern sekarang always ada rawatan untuk anak-anak. Yang penting jangan putus asa and kena kuat semangat.

As for now, Shein is ok. Boleh paham arahan, boleh berkawan, bercakap even only a few words, ok je kalau pergi tempat yang dia tak biasa pergi atau if I introduce dia pada something new so far Alhamdulillah. I’m a happy mother. Sebab biasa kalau kiter start compare anak-anak ktier dengan anak-anak orang lain, yang tu boleh jadik down and stress tak tentu hala.

Ingat, every baby is different. Kena always understand your baby macam mana. Ok?

Selamat berhujung minggu!

-eNd-

Thursday, November 6, 2014

Pentingnya pengambilan nutrisi yang seimbang untuk anak anda (amboi tajuk)

Assalamualaikum..

Sekarang kan? Sikit punya susah nak bagi Shein makan. Dia kurang dah suka solid food. Kalau bites macam roti, biskut dia suka. Nak makan nasik dengan mee ke, macaroni ke hazabedah zabedah sangat. Seksa nak mampos. Memang boleh carik gaduh kata kau? Dah la dia bukak mulut kecikkkkkkkkkkkkk je lepas tu kunyah 40 kali ikut sunah Nabi. I pulak kurang kesabaran nak tunggu dia lelama. Tak kira drama nak makan sendiri, geleng kepala sambil lari-lari pastu langgar meja, nak makan sambil bawak basikal, nak makan sambil panjat sofa u name it. Sakit dada.

Kekadang I bagi la dia macam donut. Dulu nak la dia makan donut yang glaze dengan coklat. Sekarang dia kutil coklat je. Yang tepung dia ludahkan balik. Kentang putar KFC (without gravy) dulu selamba habes sekali hadap 3 bekas kecik sekarang dia suap I lagi banyak dari I suap dia. Seksa lahai. Shein ni I nampak yang dia suka makan senang je. Nasik+kicap. Memang selera. Kalau letak soup ke, or lauk lain nanti dia slow. Dah tu acane? Sampai hati nak bagi anak makan lauk kicap hari-hari? Mak dia nak makan sedap-sedap je. Anak ko bagi lauk kicap je?


Shein punya hobi kalau petang. Kata Baba at least 40 minutes nak pukul bola golf. 10 menet pukul bola, 30 menet pukul pokok bunga kertas maktok sampai togel. Haha. Dah nampak dah ciri-ciri golfer pada Shein. Umur 4 tahun dah boleh beli junior set. Bagus Shein. Mama dengar golfer biasa kaya. Sooooooooooooooo. Shein, nak uweeeeet!


Dalam lingkungan umur Shein sekarang (1-3 tahun) dia memerlukan lebih kurang dalam 1,000 – 1,400 kalori bergantung kepada berat badan dan activity level dia. Banyak kan calories need dia dalam sehari? I pon terkejut. Let say kalau simple punya portion nisbah hidangan dia,  dalam 1 pinggan, ¼ kena ada karbohidrat, ¼ kena ada protein and ½ pinggan kena ada fruits and veggies. Itu hidangan sebaiknya untuk 2 yo toddler like Shein.

So jangan panic kalau anak taknak makan nasik. Cek balik selain dari nasik, apa lagi sumber carbs/protein yang lain. Macam grains, tak semestinya nasik and pasta. So kalau dia makan 1 slice of bread, 1 cup ready to eat cereal macam cornflakes or coco-crunch pon dah ok. Nak bagi Shein makan coco-crunch tak payah semangkok, sebesen pon dia boleh habes. Tapi biasa la kiter dalam Melayu society akan rasa kalo tak dapat nasik, takkan cukup energy. Tu salah. ½ cup nasik sama dengan 1 cup cereal. So ok je kalau dia taknak makan nasik. Jumlah kalori dia sama. Don’t worry kalau dorang taknak makan nasik.

Pengambilan zat besi yang mencukupi (tidak lebih/tidak kurang) adalah penting bagi kanak-kanak yang membesar macam Shein. Sebab kekurangan zat besi akan menyebabkan masalah pembelajaran dan behavior problem. Kekurangan zat besi ini seterusnya akan berkembang menjadikkan kanak-kanak tersebut menghidap anemia (kurang sel darah merah dalam tubuh) **kemain bahasa buku teks terus. Pentingnya zat besi ini  kerana, zat besi yang membekal oksigen melalui sel-sel darah merah kedalam tubuh untuk bagi all parts of body berfungsi dengan baik. Top to toe. Paham?

Toddler macam Shein only needs 16-24 oz susu SAHAJA sehari. Kontrol bagi susu sebab if dia banyak minum susu AND dah kenyang susu nanti dia dah taknak makan. Itu yang kiter taknak tu. Dulu I rasa macam oklah, taknak makan nasik takpe. Janji susu nak minum. Wrong mommies. Semua kena seimbang. Kenyang tak bermaksud cukup kalori dalam tubuh badan mereka. Ok? Yang ni kena check balik. I pon sendiri silap calculate dulu.

Macam mana nak mempertingkatkan zat besi dalam badan mereka? Ok. Bagi hidangan yang kaya dengan zat besi macam daging, ayam, ikan, grains, nuts and tauhu. So sebenarnya kalau bagi dorang makan taufufa tu elok sangat. Sebab ia diperbuat dari soya. Macam mana nak bantu bodies untuk absorb zat besi dari sumber yang I sebutkan tadi dengan lebih cepat? Bagi dorang makanan yang tinggi kandungan vitamin c macam tomato, orange, strawberries and broccoli.

If rasa macam anak kiter tak cukup pengambilan zat besi, boleh talk to your doctor and mintak advice mereka macam mana nak bagi zat besi yang cukup. Now kan banyak makanan tambahan for toddler yang contain high of zat besi? Toddler kena ambik 7 milligram of zat besi (iron) sehari. So nanti kalau pergi mana-mana baby store, boleh check makanan apa yang mengandungi 7 milligram zat besi so that kiter boleh ambik if our child refuse untuk makan makanan yang mengandungi zat besi semulajadi.

Yang ni I pon kekadang sambil lewa tengok calories fact dengan kotak makanan Shein. Main taram mak enon jer. My bad.

Selain dari zat besi, Kalsium juga ialah element penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Kalsium penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Sehari mereka memerlukan 700 milligram kalsium sehari. Sapa yang taktau sumber kalsium memang carik pasal la kan? Haha. Ingat. Yang paling penting pengambulan makanan kena seimbang. Google la. Banyak information pasal pengambilan nutrisi yang bersesuaian untuk anak anda. Siap ada chart lagi. Jangan malas sangat sebab factor pemakanan jugak akan membentuk perkembangan otak dan fizikal anak-anak anda.

Kalau nak tengok nutrition guide for Toddler boleh klik sini.

Bagi I, if Shein sihat, berat balance dengan tinggi and usia. Tak obese tak underweight and tumbesaran dia sempurana hasil dari pengambilan nutrisi yang seimbang dah cukup sangat-sangat. Tu yang kiter kekadang selalu terlepas pandang. Main taram je bagi apapa. Ice-cream tu tak salah nak bagi sekali-sekala. Macam I selalu cakap, rewards ok as long as kiter tau where to stop kan?

I ada je jumpa parents yang tak kasik anak dia makan ice-cream at all. Kesian sangat-sangat. Kenapa nak break baby punya nature? Biar la dia rasa semua tu. Budak kecik kan? As long as dia tadek diabetes ok je kalau nak bagi ice-cream sekali sekala.  Bebudak punya nature memang la suka makan candies, sweets and ice-cream. Beria suruh Shein makan tempat lain. Yang kawan dia tu kedip-kedip meleleh ailio tengok Shein shomot-shomot makan eskrem. Sian sangat.

So lepas ni jom kiter cek balik pengambilan nutrisi anak-anak kiter sesame eh? If korang ada nak suggest any makanan tambahan macam kalsium or apapa yang korang rasa bagus and pernah bagi anak-anak pon I lagi happy. Kang ni aku taip, aku baca sorang-sorang. Tadek pon orang nak komen. Macam cakap dengan dinding. Nyampah!

-eNd-