Showing posts with label Baby Shein Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Baby Shein Iskandar. Show all posts

Tuesday, December 12, 2017

Pengalaman Berada Di OT - Part II

Publish : 18/12/2012
Re-Publish : 12/12/2017

Assalamualaikum

Harini 12 Dec 2017 anak Mama and Abah, Mohamad Shein Iskandar bin Mohamad Sazli dah 5 Years OLD! Dah besar dah dia… HAPPY BIRTHDAY SAYANG! Malam tadi Sazli and I nyanyi birthday song pada Shein tapi dia cakap ‘No song Mama. Stop it’. Daaaaaah taknak pulak. Dok bergulung-gulung dalam blanket dia. Malu la tu. Tak sangka sangat Allah dah bagi this precious to Mama 5 tahun dah. Tak lama lagi dah darjah satu dah dia. So, for today I nak share balik pengalaman I dekat OT masa bersalinkan Shein dulu. Maybe some of you ada yang dah baca, but new readers maybe takde baca lagi. Nanti bila Shein dah boleh read, Mama want you to read this and think back if you ever want to hurt Mama or smack Mama walaupon Mama innocent. Dah la mabuk big time. Aduhhhh phobia kalau ingat. Tapi bila tengok Shein depan mata, all the morning sickness drama dulu, Mama rasa berbaloi. Alhamdulillah…. TQ Sheindong sebab comel, sihat, debab and sudi jadi anak Mama and Abah. We love you so much! Untuk birthday tahun ni, kita buat lambat sikit but Mama promise, you gonna like it. InsyaAllah…. Love you Son!



Mama and her precious. Mohamad Shein Iskandar.

Thursday, August 6, 2015

Shein Dulu-dulu

Assalamualaikum...

Belek balik gambar lama, I jumpa gambar ni. Masa ni Shein only 30 days (nak ambik injection dekat klinik Dr Adrian). Muka pon toye suci murni jer. Sekarang ko ghaser?? Haha. Gewam nak tunjal je. Masa ni macam tak sangka yang Shein now dah boleh buat lawak, main peek-a-boo dengan I and Sazli also boleh gurau-gurau, merajuk guling atas lantai. Macam baru sekejap je jaga Shein, tak sangka he almost 3 years old now. Huwaaaaaaaa sedihnya... Hope Allah izinkan I untuk spend time dengan Shein lagi lama. I nak tengok dia membesar and ada anak jugak. Tingin nak timang cucu pulak. Kata orang, sayang cucu ni melebihkan sayang pada anak sendiri.

Kemain Shein umur tak sampai 3 tahun, I dah cakap pasal tak sabar timang cucu. Hahahahaha.

I pun masa ni masih dalam pantang. Rambut panjang! Tu la rambut paling panjang I dalam tempoh almost 3 tahun ni. Lepas rambut I gugur dengan gembira bersuka-ria, I memang tak boleh nak simpan rambut panjang lagi dah. Bra-length jer. If panjang more than that I mesti potong. Akar rambut tak kuat and I jenis rambut tebal so nanti dia gugur sebab rambut berat. Kalau cuci rambut dekat Salon, mesti shampoo girl ugut kena charge lebih sebab rambut tebal. Kalau Shampoo girl Cina, nanti dorang cong ceng cong ceng ngumpat I sambil tunjuk-tunjuk rambut. Nyampah je. Hahaha. Tapi tu dulu laaaaaaaaaaa, sekarang tak boleh nak simpan panjang dah. Gugur. Naseb baik I tadek masalah keguguran rambut kronik yang sampai dahi pon berkilat tu. 

So, tudung bila nak pakai betul-betul? Kbye.

-eNd-




Halololo Anak Mama!

Tuesday, December 10, 2013

Apa lagi susu yang bagus selepas Enfalec A+ (Step 1)

Assalamualaikum.

Tajuk entry macam good-good jer. Macam ada info pasal susu. Padahal... Haha.

Lagi 2 hari Shein genap setahun. Macam sekejap jer kan? Macam baru je rasa mabuk merana nak mati and drama bersalin dalam OT tup-tup dah nak setahun. Ok. Macam ni la. Entry emos nanges cembeng tunggu la birthday dia betul-betul la eh? Nanti mummy tulis panjang-panjang. (Padahal Shein panggil Mama jer. Ngada nak Mummy bagai)

Setakat harini memang tadek pon I plan nak buat fancy birthday untuk dia ker apa. Rilex-rilex jer. Except for nanti Khamis malam tu kitorang nak gi family dinner. Bapak belanja la. Macam biasa. Haha. Ingat nak pergi KL Tower tapi humang aih kemain sekarang satu kepala RM180++ giler ke apa makan mahal sampai macam tu? Masak guna garam emas ker apa?

Tapi yang rilex-rilex tu valid setakat harini la. Haha. Sebab ada jugak la rasa tingin nak bagi Shein potong kek sempena setahun ni. WALAUPON dia tak paham apapa tapi ini sentimental value ok? Esok lusa dia dah besar nanti belek album tengok ada dia potong kek Shein Is 1 kan ker syok? Nanti dia kata, ‘Mama, thank you. Nanti Shein besar Shein belikan kilang Prada terus’. Haha.

Tuesday, November 19, 2013

Shein Admitted

Assalamualaikum.

Shein still kat hospital lagi tau? Dia admitted dari hari Jumaat petang lagi sampai la harini. Dia kena admit sebab bila dia makan antibitotik pon dia still demam so kata Dr. Adrian better masuk ward sebab kalau kat rumah, kiter sendiri kekadang ada skip ubat bila tengok baby yang kiter suap ubat tu muntah. Kan? So kalau kat hospital, rawatan lebih rapi. 

Minggu ni jer I bawak Shein pergi Gleneagles sampai 4 kali. Dari Ahad, Selasa, ke Khamis and last skali Jumaat. Kata Dr. Adrian, patut hari Khamis Shein kena masuk ward dah. Takper la. Dah lepas kan? Asalkan Shein ok, cukuplah.

Memula kitorang dapat 2 bedded punya bilik. Tak selesa. Limited space and I sorang jer boleh jaga Shein. But Sabtu malam tu kitorang dapat single room. Tenkiu Dr Adrian sebab arrange Shein untuk tukar bilik! Baikkkkkkkkkk sangat! Sebab memang bilik semua penuh. Hatta nak amek Suite pon penuh jugak. Cane? Memang sekarang orang semua sakit ker apa?

Alang pulak masa petang Sabtu tu takutkan I, sebab time tu katil sebelah dah kosong. Nanti malam tetiba ada orang selak langsir ajak borak takpon tetiba ada mayat atas katil sebelah yang dah kena kapan. Babi. Naseb baik dapat bilik single. Kalau tak, memang I paksa nurse teman I. Kalau dia taknak teman, I balik. Nanti kalau I balik, jawab la dengan doktor. Haha.

Tingat masa arwah ayah sakit dekat Hospital Temerloh dulu, kitorang nak antar makanan dekat Mak. Time tu malam. Kalau nak hantar makanan, boleh seorang saja. So lepas bertolak-tolak dengan Kaklong, dia la kena hantar sebab dia kan kakak sulong? Pastu Kaklong kata dekat Jaga. ‘Encik ada dua pilihan. Teman saya naik lift sampai ward and turun balik ataupon Encik hantar makanan ni dekat emak saya’. Haha. Bongok kan? Sebab masa tu kecoh la kata Hospital temerloh dia banyak hantu lift. So memang tak arr kitorang nak masuk lift sorang2 time malam. Last-last Pak guard tu yang hantar makanan dekat Mak. Bongok Kaklong.

Cakap  pasal nak ambik darah Shein masa memula yang nak admitted tu kan? Air mata I merambu keluar bila nurse nak ambik darah Shein and bila nak masukkan tempat untuk drip antibiotic. Seriously I tak kuat nak face. Memula ok la. Sapa yang tahan boleh tengok, memang I respect giler.

Bila Shein dah nanges sampai gigil-gigil, I pon naik skali gigil. Pastu nanges. Blakang rupanya nurse dah ngadu kat Dr. Adrian lepas ni tak boleh dah I yang pegang Shein time amek darah lagi. Itu I tau masa kali kedua ambik darah Shein semalam. Tetiba Bapak datang kata Dr. Adrian suruh I keluar. Sebab dia mengadu macam tu kat Bapak I declare taknak kawan dia lapan bulan. Tapi tak kawan mulai esok la. Sebab esok kan baru discharge? Haha.

So, InsyaAllah kalau malam ni Shein tak demam and semuanya ok, Shein akan keluar esok. Alhamdulillah. I rasa, body I pon dah tak boleh nak handle dah kepenatan ni. Letak kepala sekejap kat bantal time kat opis  semalam pon I dah berdengkur giler siap ngences and ngigau. Penat sangat. 

Nasib baik ada Baba and MakTok yang jaga Shein dekat ward time I kena pergi office. Kebetulan pulak BOD Meeting hari Selasa and Khamis ni. Memang cirit la. Sebab I jer yang ada access nak masuk Blueprint untuk buat BOD Paper. Giler la. Esok tetiba kalau I nak mati sangat dah tu acaneh? Memang kena datang office jugak naik wheelchair ker apa?

Okla. Tu je nak cerita. Detail pasal demam Shein semua, I cerita lainkali la eh? Doakan Shein cepat sihat. Nak uweeettttttttttt!!

-EnD-



Poor my baby. Kena ambik nab sebab nak bagi batuk elok cepat sikit and kat tangan tu balut sebab nak letak tempat drip antibiotik. Get well soon Shein. Lepas Shein sihat kiter pergi spa ok? Urut sedap.

Wednesday, November 13, 2013

Shein Demam. Kesian Dia (Part II) And Tips Macam Mana Nak Handle Baby Demam

Assalamualaikum.

Ok. Kesinambungan yang I malas nak cerita sampai habes pasal Shein demam semalam tu kan? Cerita dia macam ni. Pagi Isnin tu lepas makan, mandi semua I bagi dia makan ubat. Dipendekkan cerita (sebab malas nak cerita panjang. Biasa la pemalas. Haha) Shein tak boleh makan ubat dah petang tu. Makan ajer muntah. Syringe jauh sedepa lagi dah muntah. Dah tu acaneh? 

Sebab badan dia still panas Selasa pagi tu so I bawak la Shein jumpa Dr. Adrian pulak. Dr. Adrian bagi antibiotic lain nama Augmentin yang kalau nak makan tak la banyak sangat macam Zinet tu. Augmentin 3ml sekali makan, Zinet 6ml. Macam mana la Shein tak muntah and later I tau yang Zinet tu very hi dose. Ko tengok? Paed sendiri pelik kenapa MO boleh bagi hi dose antibiotic dekat 11 months baby. 

Sebetulnya baby mana la boleh makan ubat-ubat sangat. Antibiotik Augmentin tu pon Dr. Adrian cakap cuma bagi kalau after 24 hours Shein tak ok jugak sebab dia risau yang merah-merah dalam tekak Shein tu sebab dia tak makan complete Zinet tu. So since Shein dah sihat I pon tak bagi la Augmentin tu dekat dia.

Tuesday, November 12, 2013

Shein Demam. Kesian Dia (Part I)

Assalamualaikum.

Hectic life dua tiga hari ni. Poor my baby Shein. Demam since Ahad malam. Sampai harini tak kebah-kebah totally. But ada la improvement. I pon cuti teman Shein kat rumah. Demam macam tak demam pon. Makan laju. Susu memang banyak dia minum (dahaga kot, badan dia panas kan?)

Main, begurau, beronggeng dangdut kemain sampai kata Sazli Shein ni mabuk ubat atau apakah? Kalau tak kerana panas badan memang tak macam demam pon. Bila dia bejaga dia tak demam tapi bila dia tidur and lepas tu bangun meeeeeeeeemang suhu mencanak naik.

I dua malam ni tido-tido ayam jer. (Cecece. Padahal.). Sebab nak monitor suhu badan Shein. Masa Ahad malam tu, memula dia tido molek jer. Ada la bunyik macam mengerang tapi kata Sazli sebab dia manja. (Boleh? Ni  teori mana entah dia ambik. Haha) Menjelang midnite makin panas badan. I cek suhu dia dalam  38.4 (wow entry ni nampaknya serius kawan-kawan) Bertabah.

Letak cool fever kat kepala dia tarik. Letak kat belakang dia gesel-gesel sampai tertanggal. Bukak baju and letak towel basah dekat dahi and badan ketiak celah kelangkang semua memang dia mengamok marah sampai menghempas badan. Tido nak berpeluk jer. Romentik sangat anak Mama ni. Letak je nanges. Letak jer nanges. 

Pastu I gagah la jugak mencarik 24 hours Klinik Kanak-Kanak. Google result ada nama Klinik apa entah dah lupa dekat Taman Permata. Tawaf dua pusingan and tak jumpa. Pastu Sazli bawak kereta macam tanpa arah sebab gigih nak carik Klinik Kanak-Kanak. I memang a bit skeptical nak pergi klinik biasa. Paranoid. Sebab ada kawan baik time baby dia below 6 months old doktor bagi aspirin. Paranoid kan I? Tapi I tau semua doktor pon pandai sebab tu mereka seorang doktor. Cuma kekadang kiter ada buat silap jugak. And I risau kalau kesilapan yang 1 dalam 10 juta tu jadik pada Shein.

Lepas pusing-pusing tak jumpa Klinik kanak-kanak 24 jam, kitorang decide nak pergi Emergency Department Gleneagles jer. Sampai sana tengok ada budak kepala dah berbalut sebab jatuh dekat longkang. Umur 3 tahun. Baju dah basah dengan darah tapi elok pulak main kejar-kejar dengan angin. Kejar apa entah. Tak nampak apa pulak aku. Mak. Seram.

Lepas amek number semua and sementara nak tunggu turn Shein, nurse check temperature. 39.4. Gulp. Tinggi giler. Lepas tu jumpa doktor. Nama doktor tu Dave. Young Indian guy. Kata dia Shein kena throat infection. Dapat 3 jenis ubat. Zinnet (Antibiotik) makan 2 kali sehari, sekali makan 6ml (banyak giler), Ventamol (Ubat batuk) makan 3 kali sehari, sekali makan 2.5ml and Progesic (Ubat demam) makan 4 kali sehari every 4 hours, sekali makan 3 ml.

Sebelum tu Shein dah kena masukkan ubat ikut vontot. Memang hebat giler. Within 5 minutes memang turun la suhu badan. Oh. Untuk peringatan, kata Kak Liza (Nurse dekat Klinik Dr. Adrian) kalau amek ubat ikut bontot ni, tak boleh ambik apapa ubat lain yang ada paracetamol dalam tempoh empat jam. Sebab apa tak boleh, pergi google sendiri. Haha.

Lepas dah  siap ambik semua ubat-ubatan yang mahal tu (Antibiotik saja harga RM134.00) kitorang pon balik. Shein happy as always. Pukul 4.00am masih meloncat-loncat dalam kereta but ada nampak la mata dia kuyu, tak larat dia tu tapi buat-buat larat.

Sampai rumah member tido nyenyak giler. Pukul 6 pagi dah tending-tendang I ajak main. Sabar jer la anak. Mak kau ni baru la tido 2 jam jer T____T. Masa tu I rasa badan dia ok, but bila dia sambung tidur and lepas tu jaga balik, suhu dia naik ke 38 pulak. 

Ishk. Sambung esok boleh tak? Malas pulak aku nak taip.

Kbye.

-EnD-

Time ni tak demam pon. Gambar hiasan jer. 


Thursday, November 7, 2013

Pelampung Baby

Assalamualaikum..

Sekarang kan tengah sales kat Mothercare? So last week on Friday I pergi la ke KLCC dengan Intan, Dyba, Ira & Sarah. Jakun Makkon naik LRT dari Damai ke KLCC. Kitorang naik LRT sebab Friday biasa car park full. Malas nak pusing-pusing parking sampai lapan round. Bukan dapat point pon.

Si Dyba eksyen ok sebab dia kan otai LRT? Yang jakun semestinyalah yours truly. Haha. Kecoh giler Intan. Kitorang kan masa elok naik tangga, pastu train sampai. Intan kata macam ni, ‘Korang naik la dulu, jumpa Intan kat KLCC’. Hahaha. Sebab dia takot tak sempat sebelah kaki lagi naik, train dah jalan. Nanti dia jatuh. Bongok kan? Padahal sempat jer semua. Ingat ni bas ker boleh cicir-cicir macam tu? Intan ni banyak sangat tengok drama kat tv ni. 

I excited giler nak beli baju mandi dengan pelampung Shein dekat Mothercare sebab nak pergi Kuantan esoknya. Tengok harga baju mandi kat Mothercare boleh tahan la mahal. Sampai hundred over. Yang murah sikit ada pelampung kat pinggang. Macam baju cacat jer. Pastu sependa renang RM50++ tak silap I.  Dah la sama jer pesen dia. I tengok baju mandi baby girl comel giler rasa macam nak gigit-gigit2 jer. 

Pelampung I tengok ada yang jenis untuk 2-3 years. Ok. Beli jer la. Padahal Sazli pesan suruh beli yang kaki masuk celah dia tu. Yang ada lubang kaki sebab kalau yang pelampung kosong macam tu jer mesti la bahaya kepada baby kalau tetiba kiter termeroyan dalam kolam and terlepas pandang nanti baby boleh lemas kot? Sebab baby mana nak pandai control bergayut kat pelampung lagi. I pon Mak Ngek tak fikir apa ambik jer la pelampung tu. 

S E K A L I masa nak bayar tengok barisan panjang giler sampai kat department stroller tu. Tak kuasa nak beratur terus keluar kedai sambil hentak-hentak kaki. Skali Intan yang hebat cakap, ‘Kaksu, mesti ada kan pelampung Shein dekat Toy R Us?’  Eh. Betul jugak. Boleh pakai jugak Intan ni kadang-kadang. Haha.

Kitorang pergi la kat sana. Sekali hamek kau lapan puluh juta jenis pelampung alat mandian tok nenet siap kolam ada dekat situ. Yang perlu ada sekarang ni duhet je. Pilih punya pilih Ira besungguh suruh beli yang katak. Padahal I suka Penguin. Masa I cakap nak beli pelampung yang siap macam rumah ada atap tu semua bantah. E! itu impian I masa kanak-kanak nak pakai pelampung tu. Nak la turun pada Shein tapi mendapat bantahan pulak. Takper. Nanti diam-diam I nak beli jugak. Kalau Shein taknak masuk, I masuk. Kalau muat la. Hahaha.

Kejap. I Google pelampung baby tau? Sekali keluar image ni. Hahhahahahahah. Kesian giler ok? Hahahhahaha. Nanges aku gelak dalam office ni. Tak sampai hati pulak nak bagi anak berenang macam ni. Badan semua dalam air. Kepala je keluar. Dah macam kura-kura. Hahahha.

 Hahaha. Omel giler! Pelampung ni memang sangkut kat kepala jer eh? Tu tengok yang pelampung pink tu Ya Allah. Ko mari sini aku gomel sikit!

Friday, November 1, 2013

Sombong Kan?

Assalamualaikum.

Ok. Nak mengadu sikit ni. Shein kan dia ada peel yang mekalau dia buat keras macam tu geram I nak tunjal. Peel ni jadik semenjak dia baby kecik lagi tapi akhir-akhir ni makin berleluasa sangat dah. Biasa dia… E!

Dulu Kaklong pernah cerita, Kaseh masa kecik kalau Kaklong ambik dia dari nursery mesti dia taknak pandang muka. Macam merajuk. Kiter tala la muka kiter kat muka dia dua inci jer jarak tetap dia kedip pandang lain. I pon cakap dalam hati, ‘Aik, baby pon pandai merjauk ker? Biar betul’. Gitu kekdahnya.

S E K A L I skarang ni Shein pon sama jugak eh? Kelmarin paling obvious la. Biasa kalau I ambek dia, kalau buat mood sombong dia tu, memang dia buat tak layan tapi bila I agah-agah buat peramah dia senyum la walaupon paksa. Tapi masa hari kelmarin boleh dia buat ketat jer sampai kesudah. Bila Sazli call, I cakap ‘U, lekas datang playground. Bubu dengan Shein ni. Tapi dia taknak kawan’. Sazli gelak jer. Mangkali dia tak percaya.

Bila dia sampai dekat I dengan Shein dekat playground memang Shein buat bodoh ok? Langsung tak dipandangnya muka Sazli. Hahaha. Kiter setarap ! Masa I nak naik dulu sebab nak pasang ubat nyamuk, I kata pada Shein.’Shein, Mama naik ni, Sebab Shein taknak kawan Mama’. Pastu dia pandang I dua saat and terus pandang lain. Omagad omagad Shein. Tak payah la nak peel Abang Kawasan sangat dengan Mama. Ini Mama ni ok? Ini Mama ni empunya tetep yang Shein tergila-gila kan ni. Eh. Okbye. Hahaha.

Lepas dah naik rumah memula dia sambung sombong dengan I. Tapi kejap jer la. Mana dia tahan nak sombong lama-lama dengan I. Berani dia? Haha. Takper la Shein. Bila Shein macam ni, I tau yang dia have feelings. Marah, sedih, takot etc. Ni gigi dah ada 4 batang. Bila I taktih dia 2 3 4 tapak nak la. Lepas tu dah buat lembik badan. Pemalas. Pungkok berat!

Dah. Tu jer nak ngadu. Ok bye.

-EnD-

 Apa apa?


Tak kawan sudah, nama ko Bedah. Tetek ko. Errr...

Tuesday, October 29, 2013

Kalau Baby Kurang Minum Susu. Acane?

Assalamualaikum.

Lately ni, yang I perasan. Shein macam kurang sangat-sangat minum susu. Biasa kalau I hantar dia pergi nursery, lima kali punya minum susu settle. Sekarang ni hantar empat pulang lagi dua. Ada sekali tu, sekali minum jer sepanjang-panjang dari pukul 7 am ke 6 pm tu. Nasib baik sampai rumah time dia layu-layu nak tido tu dia mau menyusu . Sekali dalam pukul 7.30 pm and sekali lagi midnight.

Semalam Baba ambik Shein dekat sekolah around 5 pm. Kata Sazli, dia minum sekali jer susu  tadi T___T sampai dekat rumah dorang, baru la Mak Tok bagi Susu. Haih la anak. Jangan la buat macam ni. I tak la blame Nursery (yang maybe lack of time nak melayan Shein seorang) sebab I tau Shein dengan I pon nak minum susu payah. Puas bergomol. Tapi kalau suap makan laju pulak.  Apa pesen ni Shein? Awak tu baby lagi. Kena minum susu. Paham?

But ingat pesan Dr. A, Untuk 8-12month baby, at least make sure kena ambik 20oz sehari. Kalau kira Shein punya ambik dalam 15oz jer. Acaneh?

Friday, October 11, 2013

Happy 10 months old Shein (Esok la tapi)

Assalamualaikum.

Esok 12 Oktober 2013 Shein genap 10 bulan. Mama genap 32 tahun. (Hint-hint. Sebenarnya sesambil nak bagitau esok birthday I) Haha. Eh OMG dah 32 tahun I. Giler tuaaaaaaaaaa! Untuk Intan. Intan memang ngek kan? Betul  la Kaksu kata tahun ni Kaksu 32, Intan kompiden kata Kaksu 31 tahun. Gigih aku bawak keluar calculator tadi. 2013 tolak 1981. 32 la ngek! Mati la. Selama ni kalau orang tanya I umur berapa, I confident bagitau bulan 10 masuk 31 tahun. Hahahahah. Mintak maaf. Mak Incik lupa!

Untuk Shein Iskandar aka Abang Kawasan Ampang aka Metayang Mama, Kopopot, Ketopot, Ketapang, Kokopot, Mementet Songken, Ashein Belashin Lashin…  Tenkiu Sayang for this wonderful 10 months. Mama happyyyyyyy sangat-sangat bila ada Shein. Ala. I tau. This may be sound cliché but trust me, bila ada anak ni happy lain macam. Sekarang ni, dia kalau dengar lagu Hindustan dah pandai geleng-geleng kepala. Jap. I copy video dari Instagram I. (Tengok kat entry ni bawah sekali)



Haha. Kata Sazli. Shein memang kuat lagi darah Mengali. Dengar lagu Hindustan, pastu joget. Sebab I masa mengandung, manjang dengar lagu Hindustan. Sampai la sekarang. Si Fizul yang duduk belakang meja I ni tanya, ‘Kaksu, kenapa eh?’ Pastu I jawab nada belagak ‘Entah’. Pastu sambung goyang-goyang bahu. Intan, Dyba dengan Ira dah naik meluat dah. Hahaha. Lantak ah.

Oh. Bapak Sazli, anak kacukan Mengali. Tok Sazli memang asal Pakistan sana. Pakistan jual kain. Ha. Yang Pakistan jual kain tu I sengaja buat cerita. Tapi kalau pergi belah Kedah sana, yang sedara mara belah Bapak memang pure Pakistani. Sebab depa kawen Pakistan sama Pakistan. Memang pakai Punjab semua. Tingat masa kenduri kawen I belah Sazli, kemain ramai orang Pakistan. Dah macam kenduri kawen bangsa tu pulak. Ishk. Patut masa kawen tu I pakai macam Kajol dalam Kuch-Kuch Hota Hai kan? Ok. Nak kawen balik ah. Haha.

Esok I ingat nak bawak Shein pergi jumpa Dr. Adrian sebab semenjak balik dari kampong Kedah last week, dia macam off sikit. Bangun pagi suara a bit husky. Pergi pi la check. Just to make sure everything is ok. I saspek berat Shein macam dah turun skek la sebab dia kan dah melasak. Mana duduk diam. Diam time tido jer pon. Yang lain tadek. Manjat sana, manjat sini.

Semalam I baca dalam suratkabar. Pasal ada baby boy 10 months kena lenyek dengan kereta Mak dia sendiri. Mak dia tak sedar, anak dia ikut dari belakang. Meninggal lepas 15 minit dalam bilik kecemasan. Nauzubillah. I seriau kalau fikir. Ya Allah, jauhkanlah segala bencana Mu Ya Allah. Semoga Shein dan semuaaaaaaaa babies yang Mama dia baca blog ni dalam lindungan Allah selalu. Amin..

I lepas baca paper, terus ajak Intan pergi tengok Shein sekejap dekat Nursery. Bial tengok muka I, Shein happy jer. Walaupon lambat skek panas sebab dia baru bangun tido. Lepas dapat main, gomol and bagi makan, I pon balik. Haih. Bila fikir balik. Nak je benti kerja, jaga anak dekat rumah. Boleh tengok Shein 24 jam depan mata tapi tu la. Keadaan masih tak mengizinkan. I kena kerja jugak lagi. Ongmiskin. Cenggini la.

-EnD-

 Dah macam Abang-Abang sangat Shein ni kan?