Friday, March 8, 2019
Pasal Pindah
Friday, January 18, 2019
Progress Rumah Mak Di Jengka
Friday, December 14, 2018
Progress Rumah Mak di Jengka
Now boleh kata dah siap 90% dah, alhamdulillah. Kaklong and Abang Long memang kerap balik nak tengok progress. Rumah ni punya design asal from Kaklong and Abang Long la. Lepas tu Sazli lukis plan. Rumah Mak ni bukan la design ikut suka lukis atas tanah je or sesuka hati roboh lepas tu agak-agak je nak buat macam mana. Sazli siap buat plan 3D, pandangan depan atas belakang sisi semua siap. Dorang la pening kepala ukur-ukur semua sebab susah nak cantum dengan rumah Mak yang belakang. Ruang tamu taknak nampak dapur la, taknak nampak belakang la. I tak berapa paham sangat and tak boleh nak imagine sebab tu I tak jadik Architect macam Sazli. Hahaha. Contractor pon kitorang ambik dari KL yang ada team dia. Kena explain macam ni sebab ramai sangat yang concern dekat family kitorang pasal rumah ni. Hahahaha. Jangan risaaaaaaaaau, kitorang laaaagilah nak rumah ni cantik and siap sempurna. OK? Masa memula roboh and baru nak naik tiang, Mak memang stressed out la sebab ramai reporter dok report dekat dia rumah tak serupa rumah orang la, tak elok la, naik tiang tak betul la and macam-macam lagi lah. Sian kat Mak tak pepasal risau sampai tak boleh tidur. Hadoiiii memang I angin time tu. Now dah siap 90% ni alhamdulillah nampaknya masyarakat dah boleh terima design rumah ni hahahaha. Sabar ajer la nak handle over concern people ni alahaaaaaai. Anyways, TQ la jugak sebab prihatin. Dah jom tengok rumah Mak macam mana.
Tuesday, September 18, 2018
Projek Pilih Suzuka Stone Untuk Rumah Shein
Monday, August 20, 2018
Hi, Kerja Lagi Ke Harini?
Wednesday, August 15, 2018
Projek Pilih Tiles and Floor untuk Rumah Shein

Tuesday, February 2, 2010
Mencarik Carpet Biar Sampai Kelubang Cacing
Carpet merah tu menggoda sanubari. Harga RM118.00 Tu carpet untuk alas kaki jerk kot. Pasal kecik jek pon. Yang sebelah dia tu harga RM58.00. Nadia, tu ada carpet purple tu... Lekas carik dekat SSF. Kalau tak cukup besar, pinjam lampu suluh doraemon kasik besar..jpg)
.jpg)
I suka yang kaler kelabu tu, tapi kaler merah dah habes. SSF biasanya kalo dah habes stok, dia takkan ambik corak dan warna yang sama pasal nak menda tu exclusive. Lagipon sofa, tv, langsir semua dah hitam, kalau carpet hitam jugak memang hidup dalam kegelapan la. Harga RM1180.00, yang kat atas dia hina-hina sikit tu, lagi mahal. Around RM2k. Rupa takder, tapi bila pijak, kaki tenggelam.. Best best.
Yang ni pon kacak weh! Tapi gambar hina pasal ambik gambar guna henpon hina jugak yang kekadang tetiba off tanpa sebab kalau cuaca sejuk.
Cantik giler kaler merah tu, tapi jenis rag ker rags hentah. Jenis kalau duduk pakai seluar hitam nanti melekat habuk dekat seluar. Tak sesuai dengan rumah I pasal sofa jenis velvet. Bukan velvet AF.
Syurga carpet.. Bestnyer kalau dapat semua ni. Nanti dalam lift pon I boleh sponsor letak carpet jugak. Kat parking pon. So, end up Saz ambik carpet kaler merah jenis shaggy. Yang macam iklan shempo Herbal Essential yang rambut dia ala-ala rasta bila pakai shempo tu, terus rambut jadik lurus. Tau? Carpet tu berukuran 8 x 5.5 kaki. Tadek patern. Kosong, merah dan garang.
Bila nak bayar, amoi tu suruh cukupkan RM1200.00 supaya boleh spin ala-ala macam roda impian. Cuba nasib jerk, mana tau sekali putar dapat RM100 ker? Nak putar menda ni, kalau pembelian RM200 entitle untuk sekali putar. So, I dapat 6 kali putar. 3 kali I putar semua RM10.00, Saz putar dapat RM30, RM10, RM10. Total dapat RM100.00, dia kasik dalam bentuk voucher. Bagus sangat dah.
Kata Saz, I mulut macam itik, tu pasal tak dapat yang RM100. Siot jerk.
Dah alang-alang tu, Saz pon sign up jadik member SSF, bayar RM50.00 and dapat collect point yang I redeem terus sebanyak RM200.00, so total kami dapat RM300.00. Terus I ambik carpet merah yang kat atas tadi and bantal putih 3 bijik. Sebijik RM50.00, ada belen lagi RM30.00 I ambik bunga ros tiga batang. Cukup!
Gambar carpet dan living hall nanti la I update eh? Tetiba I jadik segan. Hehe.
-EnD-
Monday, January 4, 2010
Lain Kali Bawak Pembaris


I orang mesken. Beli set bilik tidur yang murah-murah jerk. Ikutkan nak beli yang lagi murah, tapi risau takot katil patah, maka beli la yang kukuh sikit.. Maklumla, size I dengan Sazli ni L. Kang nanti elok-elok tengah tidur, katil roboh.
Ni la cadar merah yang salah beli tu. I guna untuk katil single bilik lagi satu. Macam main pondok-pondok jerk kan katil ni. Takper... Nanti kalau ada rezeki lebih, I beli la comforter yang santik-santik bubuh kat katil ni.. Juga pemberian In-Law. Terima kasih mak! Ok la.. Kasik berisi sikit bilik ni... (Tetiba ada bantal hijau sesat)
Rak kasut. Satu kotak ni boleh isi 2 kasut. Macam tak cukup jerk... Tapi takper, kiter kena belajar bersyukur dengan apa yang ada.. Tssk tskkk....
Sofa sampai tengah bulan ni, pasal custom made. So sementara waktu duduk atas lantai dulu. Lepas tu kalau nak goreng bihun, ambik jerk cover lampu tu.
-EnD-
Demam Kura-Kura
Tempat carpet masih lagi menjadik tempat kegemaran untuk berehat sebentar bersama kit-kat. I layankan ajer Sazli dengan carpet ni. Dah la sekarang memang I ter'drag' dengan Saz yang obses with white t-shirt. Dah la haku ni tembum, pakai pulak putih makin meriah la spare-spare tyre dekat pinggang.
Lampu ni memang Saz dah berkenan since pertama kali nampak, terus dia ambik. I suka jerk, tapi bila tengok harga, I rasa macam... 'Ada eh orang
Ok. Masa untuk membayar. Beratur la Saz sorang-sorang dekat situ pasal masa ni, I dah menggelupur kebulur, so terus carik karipap dengan hotdog. Makan kenyang-kenyang dulu sorang-sorang lepas tu baru tolong Saz dekat kaunter. Haha.
Muka tak puas hati pasal dah terlebih spend untuk kitchen. Haha. Sian sayang. Tu la, mana U tau pasal dapur... Manyak menda nak pakai tau? Kuali goreng telur lain, goreng ayam lain, goreng keripap lain tau? Tengok laki aku punyer kerja pergi susun sos-sos macam tu.. Haha.-EnD-
Thursday, December 24, 2009
Aktiviti Memasang Langsir
Sayang dengan tekun memasang besi penyangkuk pada langsir. Masa ni keluar la vavi 2 3 ekor. Haha. Muka serius taknak kalah!
Ni langsir dalam bilik. Fabrik dia macam berat sikit, pastu keras. So langsir nampak kejong jerk. Macam kain tudung celop dalam tepung kanji. Kata Kaklong, nanti lama-lama dia nampak elok la.. (pujuk hati)
Astro pun baru petang semalam dorang pasang. Sambil layan pasang besi dekat langsir, I tengok tv. Terlupa giler nak tengok 'Cinta Balkis'. Bila alih siaran dah dekat-dekat last dah. Sakit jantung I tengok watak Mimie tu. Urrgh! Kalau aku jumpa, memang aku ludah! Haha. Emos.
Ok dah siap! Tadek apa pun lagi dekat rumah. Sofa pun tak sampai lagi.. Pastu day curtain pun tak sempat pasang. Dalam bilik lagi 2 pun tak sempat jugak. Rak tv tu mungkin akan menghuni dalam bilik jer nanti pasal bila dah pasang dan sampai dekat rumah, Sazli macam tak gembira. Gasak la sayang. Janji U happy... Aritu nak sangat yang simple. Tetiba makan bersila 1 Malaysia. Giler. Haha
-EnD-
Flat - Apartment - Condo
I tak la memandang rendah pada orang-orang yang duduk rumah-rumah flat, low-cost apartment or else, tapi selalu sangat I tengok, mereka-mereka yang duduk dekat tempat-tempat macam ni, mentalitynya a bit low. Suka abuse. Dekat koridor-koridor dah penuh cop tapak kaki, dalam lift dah kena conteng, lantai kotor, pool kotor, sampah main campak jer dari atas rumah jer.
Semalam kepala I nyaris-nyaris bocor kena bekas telur yang badigol soot mana ntah main campak-campak jerk dari atas. Sibet sungguh! Pastu I tengok, management dekat sini tak tegas. Basikal yang kurang-kurang hensem tersidai ditepi koridor. Durh! Sumpah menyesakkan pemandangan mata.
Sayang sangat... Sayang pasal apartment ni baru, security guard pon siap pakai pakaian seragam, ada facilities tapi semua nak jahanamkan, dah la sewa mahal, range from RM1200 ke atas not include extra parking okeh?
Mereka tak sayang ker tempat tinggal mereka ni? Kenapa ada rasa macam nak rosakkan pemandangan dan rosakkan kemudahan itu sendiri? I yang miskin ni, terasa duit RM1200 keluar tiap-tiap bulan tu
I dapat tau, baru ada 90 keluarga jer yang tinggal disini out of 200++ unit apartment yang ada. Macam mana tu? Bayangkan kalau semua unit dah penuh? Apa akan jadik dengan tempat ni. Luckily, I tak plan lama nak stay here. Penat memang penat nak pindah randah. Saz pun dah cakap, later on kalau nak besarkan keluarga kami akan carik landed property.
Lagipun kat sini, I just sewa jerk.. So takper la.. I terima situasi yang berlaku ni pasal I bukan nak settle down dekat sini. So selalunya itulah yang I akan pujuk hati I whenever I sakit mata + sakit hati tengok keganasan dan penderaan fizikal yang dilakukan oleh penduduk disini terhadap tempat tinggal mereka sendiri. Sungguh pathetic dan tidak cool seperti eskrem Mat Cool.
Teringat masa duduk dekat Villa WangsaMas sehingga Jun lepas. I suka tempat tu walaupun guard kerek, sombong giler, kadang-kadang bau hanyir dan bajet bagus. Tak kisah la. Janji bersih. I tengok pon, tadek cop-cop tapak kaki or conteng-conteng dalam lift. Pool pun bersih giler. Ah! Bensi bensi bensi bila mengimbas kenangan lalu!
Tempat tinggal lama yang kacak dan bergaya. Tiap-tiap hari terasa seperti tinggal di Resort sahaja. Dekat sini mini market dia bersih. Tak letak pun sayur diluar premis.
Tempat tinggal sekarang yang sewa mahal tetapi penuh dengan manusia tidak bertanggungjawab. Mini market dia suka taruk sayur, penyapu dan rempah ratus diluar kedai. Sesak mata dowh!
Swimming pool lama pandangan dari koridor rumah.
Intan mengabdikan kenangan dirumah lama.

I dengan Sazli semasa shopping barang bertunang di Pavilion pada April lepas. Eh apa ni? Keluar tajuk kejap. Haha. I mestilah dengki pada Intan. Apa hal pulak gambar dia ada, gambar I takder???
Kesimpulannya - I bukan la tak bersyukur dengan tempat tinggal baru sekarang ni. Malahan berterima kasih sangat-sangat dekat Sazli pasal sangat bersungguh-sungguh nak mencantikkan rumah kami sekarang.
Lagipun tak adil la I nak bandingkan rumah lama (Condo) dengan rumah sekarang. Haha. Macam la I komplen kenapa naik kereta I, Wira Aeroback 1.3 dengan naik kereta bapak. Tapi apa yang I nak cakap, apa guna naik kereta import tetapi kotor. Lebih baik naik kereta tempatan yang absorber haus tetapi wongi dan bersih.
Kalau la penduduk tempat tinggal sekarang semuanya berfikiran sama dengan I. Haih....
-EnD-
P/s : Yup, U can say that.. And I totally agree. Just make the best of what U have k? The place might suck, so make your apartment as nice as u can make it - Message dari Nadia sebagai pembakar semangat..
Monday, December 21, 2009
Tak baik tau??
2 minggu lepas, Saz pergi isi borang and nak daftar masuk Astro dekat rumah yang bakal I dan dirinya sendiri mendidiami ceh suraya, bahasa kau sahaja nampak seperti SPM Bahasa Melayu dapat 8
Dia pergi dekat booth Carefour jerk. I memula memang tak advice dia pergi sana, tapi sebenarnya terus terang cakap, I tak advice dia baru jerk sekarang selepas kami dah tunggu 2 minggu untuk Astro install dekat rumah tapi masih jugak tak pasang-pasang. Dasa faker la. Penipu!
Kalau I tau la begini janji-janji manismu si abang kurus pembukak booth Astro, memang I takkan rekemen U dekat hubby tau? Lahanat! Ini bukan isu main-main eh? Ini isu serius apatah lagi kalau bagaimana jika minggu depan sudah pindah, tetapi Astro tiada. Dah tu nanti nak buat apa?? Nak main pandang-pandang dengan Sazli ker atau main guli?
Tadi Saz sms mengadu dekat I pasal Astro
Suraya : Sayang, Kecik kawan I yang kerja dengan Astro Customer Service tu tengah kerja kot? I call dia tapi tak jawab-jawab.
Sazli : Oo yerker Yayang? Hmmm.. Tak pe lah... Kecik hati I dengan Astro ni. Hmmm.
Suraya : Alolololo... Tadi sayang call Astro tak?
Sazli : Call.... Tapi menyampah.
Ya Allah, comelnya suami bila mengadu macam ni. Dekat opis muka garang, jumpa client muka garang, sekali dengan I suka jerk dia kalau kena timang eh? Lagi mengada kalau dia panggil I meeeowwwwwwwww tapi jenis tak keluar suara. Mulut jerk luas. Rasa macam nak sekeh!
-EnD-
Tuesday, December 15, 2009
Meatball @ IKEA
.jpg)

Sazli tengah intai-intai carpet dengan muka hampa sambil memeluk langsir IKEA yang kalo design macam tu, I sendiri boleh buat sambil buat muka sedih kerana....jpg)
Kerana... Carpet yang dia nak tu, yang kaler merah paling tepi kat belakang tu harga sangat mahal. Around RM2k. Dah tak cukup budget. Boleh beli, tapi nanti tidur pun atas carpet, makan juga diatas carpet..jpg)
OMG! Bunga ni I jugak ada tanam dalam Farmville la Cik Yatie!
-EnD-
Wednesday, December 9, 2009
Deco Deco Deco
Idea nak cat dinding bila tengok gambar ni la.. Sejuk jerk mata tengok bilik ni bila dinding kaler biru.. Tapi kena sabar dulu. Mana U nak? Cat dinding atau makan atas lantai? Wah... Kasik pilihan macam ni yang I tensi ni.
Masa kat kedai HomeLife. Saz tengah design L-Shape sofa kami nanti. Kat sini bagus, boleh design sendiri and buat custom tau? Ikut keluasan rumah dan konsep warna apa yang kiter nak. We decide nak go for Red+Black+White. Nasib baik rumah kecik, so guna L-Shape jerk dah cukup, kalo rumah besar kena beli one set sofa. Pastu hari-hari makan megi. Isnin megi kari, selasa megi tomyam, rabu asam laksa dan seterusnya sampai mabok megi .jpg)
Pastu kami naik tingkat atas tengok ada Set Bilik Tidur yang up sikit la dari Cavenzi. Ni kakak ni kelakar giler dowh. Baik hati jerk dengan redha terima Saz kasik deposit RM20.00. Haha. Pasal kami memang out of cash haritu. Shopping barang elektrik sampai duit cash habes. I ada RM12.00, Saz ada RM20.00. Pasal kedai elektrik tu cash and carry, tak boleh guna kad kredit.
Terima kasih kat kakak tu pasal sudi terima deposit RM20.00 tu. Haha. Dia cakap, ni la first time dalam sejarah dia bekerja orang kasik dia deposit RM20.00. I mintak kurang, dia kasik sampai RM100++, siap kasik bantak golek dengan bantal free and free delivery yang sepatutnya charge RM60 kalau Ampang area.
So, pada sesiapa yang sedang mencarik barang-barang rumah yang bukan hi-end, berjimat cermat tetapi design up sikit dari Cavenzi pergi la ke Wangsa Maju. Kedai ni betul-betul sebelah Pizza Hut, tingkat dua atas HomeLife.
I harap sangat by next week semua siap. Pening la fikir hal rumah tak setel-setel. Haih!
-EnD-




