Showing posts with label Shein Iskandar (4 tahun). Show all posts
Showing posts with label Shein Iskandar (4 tahun). Show all posts

Monday, December 11, 2017

Esok Shein 5 Tahun

Assalamualaikum..

Dengar cerita harini ada orang kena denda tak boleh pegang iPad at all. Hahahaha. Padan mukeeeee. Rindu pulak dekat Shein. Now dah la makin garang. Dengan Mama lagi lah garang. Kadang-kadang Mama tak salah apa pon kena marah. Perangai menjadi-jadi. Kalau cenggini punya perangai, Mama ucapkan good luck la pada bakal isteri Shein nanti. Hahahaha. Tapi dalam garang dia, Shein also rajin (but ikut mood). Dah boleh harap la kalau nak mintak tolong apapa. Mintak tolong ambik air ke, tutup lampu ke, ambik remote ke semua dah boleh harap. Tapi sampai perangai SamDol, blanket dia sejengkal pon sanggup nanges yang tak keluar air mata sebab nak suruh Mama ambikkan jugak-jugak. ‘Mama, take that blanket. It’s Shein. S H E I N’. Siap eja nama dia, macam Mama taktau Shein tu sapa ewah engkau? Esok 12 December Shein 5 tahun dah. Alhamdulillah… Tak sangka dah 5 tahun dah ko Shein. Rasa macam baru je semalam Mama lahirkan Shein. Now dah 5 years dah. Lagi 2 tahun masuk darjah satu dah dia. Baba punya cita-cita nak masukkan Shein Sekolah Kebangsaan. Biar dia hidup macam mana Baba besarkan Abah dia dulu. Abah and Mama pulak tak harap takot dia kena buli. Abah lagilah risau. Abes kalau dah vocab Melayu pon very limited macam mana? Tanak, busuk, sakit dengan mana je dia tau acane? Hahaha. Shein kan speech delay, so dia banyak cakap/learn dalam English. Lebih mudah untuk dia and dekat BBI pon memang ramai kawan from different country so kena la cakap English. Hari semalam masa pergi kedai dekat kampung risau jugak orang cakap Poyo ke apa sebab Shein mana nak cakap Melayu but then, orang tau ke apa masalah anak kita? I ada pernah terbaca status friend list dalam FB ‘Sian aku tengok Mak beria cakap English dengan anak, padahal anak entah paham entahkan tak. Diam je aku tengok’. Mudah benar orang nak judge kan? Dia tau ke masalah orang lain macam mana. 


Last week did a haircut dengan Abah. Mama cakap, ni last buat macam ni punya hairstyle. Style tempurung ni. Nanti next, kita buat haircut yang matang sikit sempena Shein dah 5 years Old.

Tuesday, December 5, 2017

Go Berangan Now - Pesan Abah Shein To Mama Shein

Assalamualaikum..

Shein’s Birthday is just around the corner. Lagi 8 hari je pon 12/12/2017. InsyaAllah untuk tahun ni, Mama beliau macam ada plan nak buat something special sikit involve Shein’s close friends and schoolmates for his birthday + dia pon macam dah faham sikit kehidupan so boleh la celebrate birthday dia so berbaloi sikit usaha haha. Memula Mama beliau fikir nak buat macam outdoor dengan theme Army yang ada meniarap-niarap atas tanah and was thinking nak buat dalam hutan macam Kemensah tu ke. Maybe naik ATV or main Paintball ke tapi macam too little time to plan and susah nak cater foods masuk hutan + hutan itu sendiri tak sesuai dengan jiwa Mama beliau sebab you know Princess kan? Hahahahaha. So angan-angan seolah-olah terbehenti disitu until recently dia dapat call dari Kak Kiah, cakap dia baru je experience naik Fire Truck dengan anak-anak beliau. I dengar macam exciting je naik firetruck and dah start survey and ask around pasal nak buat birthday dekat Fire Station. Nak pulak Fiezul memang Officer Bomba so lagi senang kerja sebab dah ada contact… 


Huda Baby, Please buat Cake ni for Shein (^_^)

I dah check date and all, January ni ada available so nanti InsyaAllah for 5th Birthday Shein kita buat lain sikit and special lah sikit. Wuuuuuu excitednya! Tadi masa call Sazli dia cakap Ok je. Dia leave it to Mama untuk handle semua siap sebelum letak phone dia pesan 'Ok Mama, pergi la berangan dulu macam mana Mama nak buat Birthday Shein'. Dia tau Mama suka buat semua ni and I pon rasa excited macam nak buat kenduri kawen je. So now dah boleh pick date and choose theme lah. Was thinking Black + Orange sesuai dengan warna Bomba. Catering dah Ok, Clown kena carik yang boleh buat Magic Show + Face Painting. Goodies Bag Upah je. Photographer dah ada list, Cake by Huda (Mandatory) and guest list pon dah ada cuma need to finalized je. Mama is EXCITED! Doakan Mama Shein berjaya untuk her prince 5th Birthday Party ok? 

-eNd-

Tuesday, October 31, 2017

Shein's Costume Party

Assalamualaikum..

One of Shein punya favorite activity at school is Costume Party. Shein (and Mama always looking forward to this Costume Party selain dari perayaan lain macam CNY and Deepavali sebab nanti also need pakai traditional punya baju). Untuk this year Costume Party BBI dah buat dah on Friday last week. This year Shein jadik Puss-In-Boots which is one of the character dalam Shrek. Last year Shein jadik Ultraman. Ikutkan Shein, every year pon dia nak jadik Ultraman tapi Mama beliau tidak happy untuk dia always jadik Ultraman so yeah jadik la kau Kucing tahun ni tapi kucing handsome lah sebab pakai macam Musketeer. Shein punya suka pakai this costume sampai Abah ada difficulties untuk mandikan dia malam tu sebab dia taknak lucut baju. Pakai dari pergi sekolah sampai la balik sampai naik kepam dah. Seluar tu sampai koyak la dekat celah kangkang punya ganas kau Shein. I sewa costume ni Costume Shop somewhere dekat Melawati. Sewa RM70.00 je, deposit RM150.00 ni dah koyak nampaknya burn la segala deposit Mama huwaaaaaa. Cost ni semua Shein, cost! Tapi nak try repair dulu lah. If boleh jahit, Alhamdulillah… If the Costume Shop tak accept, Mama redha je la. Takde rezeki nak buat macam mana. As long as Shein happy sebab duit boleh cari *dan air mata bercucuran. Nanti next week untuk Salma Birthday party also theme Costume. I ingat dah bagi Shein jadik Pirate pulak lah. Sure dia happy. I nak try to avoid Super Hero. Kang pakai baju Super Hero dengan I sekali lah sakit habes Shein karate kan. Hahahaha.


Thank you Abah tolong siapkan Shein. Hensem anak Mama siap bedak capok-capok macam pakai tepung gomak.

Thursday, September 28, 2017

Off Shein and BBI

Assalamualaikum..

Dah lama tak citer pasal Shein. Dia sekarang makin debab. Berat last timbang 2 bulan lepas 24kg and now I saspek sure dah makin berat sebab I memang dah tak larat nak angkat dia. Kalau dia mintak ‘ngukong’ I buat derk je. I cakap ‘Shein, no more ngukong Shein. You’re so heavy’. Lepas tu, dia tanya pulak ‘Why?’ Why menda pulak? Dah ko kuat makan memang la heavy. Kekadang makan Nasi dengan Lauk Kari 3 kali tambah. Siap makan first trip cakap ‘More eat Mama. Nice’. Dah dapat dua pinggan ask for ‘Three Mama’ T___T Hahahaha. Lepas tu dia akan angkat baju dia, tekan-tekan perut dia to check if dia really full. Sama macam Teacher David selalu buat if nak check Shein dah cukup makan ke tak. Dia tekan-tekan perut dia. Kata Miss Ainur (Shein’s Teacher), dia memang selalu mintak tambah makan. Lepas tu jenis begging. ‘I want more, pweaseeeeeeeeeeeeeeeeeee?’ HAHAHAHA. Belajar begging tu dari Rihab la. Rihab kawan Shein dekat sekolah. Setiap kali I datang sana mesti cakap ‘Wow, you’re pretty. Can I be pretty like you’. Mulut manis kan? Hahahaha. This new term Shein ada kawan baru nama Abdourahmen. Asal dari Tunisia and Rihab pulak asal dari Morocco. Buliding Blocks International (Sekolah Shein) ni memang multiracial and come from different country. Ada Chinese, Indian and Melayu. Dari Thailand, Iran and Jordan also ada. Bebudak dekat sini semuaaaaaaa very warm and friendly. Sopan and ada good manners. Tak malu untuk approach orang. Nampak sesapa datang nanti semua datang say Hi and Hello. Lepas tu introduce diri. ‘Hi Miss Sue. My name is Rihab. How are you?’ Lepas tu salam. I found, susah jugak nak ajar bebudak Melayu macam ni. Ada, tapi susah nak dapat la. Takyah cakap orang lain, Si Shein tu pon kekadang kalau takde mood, suruh salam pon taknak. Sibuk menyelit celah kangkang. Tapi kalau dekat Sekolah elok je perangai. Hesh!


Ni Shein ikut Mama buat photoshot. Sebelum habes, drag dia sekali but shot ikut suka hati dia. Masuk dalam bakul, bakul atas kepala, nak masuk dalam bakul. Hahaha. 

Tuesday, September 12, 2017

Zoo Negara!

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu kitorang pergi ke Zoo Negara woo hoooo!! Amboi suka benau dia pergi Zoo Negara hahahah. It was Sazli punya idea la. Dia cakap masa Shein pergi 2 tahun lepas dia macam tak berapa enjoy sangat datang Zoo so ni dia dah runjau boleh bawak lagi sekali lah. Shein memang suka la binatang-binatang ni. Kekadang binatang yang tak familiar macam Hyena pon dia tau. I pulak yang tebangang-bangang amenda pulak Hyena ni ha. Shein tengok dalam National Geographic lah and bagitau I, ‘Mama, Hyena’ Lepas tu Mama cakap ‘Yes, clever boy’ and cecepat Google amenda Hyena, berdebar I takot Shein tanya lebih kang aku taktau. Hahahaha. Macam Mentadak Mentadu tu dia ada tunjuk I dalam youtube. I dok fikir amenda in English so belasah sebut ‘Mentadu Shein’. Lepas tu dia correct I, ‘Mama, Mantis!’ Oooooo kisahnya Mantis ke nama beliau in English? Hahahaha. Tak boleh jadik ni. Bebudak zaman sekarang tau eh binatang memacam. I dulu tau Gajah, Singa, Kerbau, Lembu, Kambeng tu je tau. Hahahaha. Ongkampung gitu la. Dulu I jumpa katak bersepah lari, Shein jumpa katak dia kejar. Takde sapa takot-takotkan dia so bebudak ni lebih enjoy explore animals. Bagi I, bagitau yang bahaya je. Yang tak bahaya biar dia berani sikit. Lagipon senang la Mama nanti kalau Shein nampak katak, tak sempat katak kejar aku dia kena deal dulu lah dengan Shein debab. Lagipon anak jantan kena la berani, ye dak? Cuma lipas tu je lah tak boleh buat apa. Pengaruh Upin Ipin. Shein nampak cockroaches memang panjat belebas terus *rolling eyes. Kata Bapak ‘Orang pekan macam tu la takot lipas’. Hahahaha. Ishk tapi lipas sapa pon yang tak takot? I pon takot. Kita panggil dia Karim. Jangan sebut nama betul dia, nanti dia datang. Macam dalam kereta kan ada karim kecik-kecik? I kekadang cakap ‘Babi babi babi!’ Sebab spontan lantas ada la yang tukang correct. ‘No Mama, cockroach!’ Sambil naik jari telunjuk dekat I. Hahahaha. Shein shein… Membesar dengan bijak ye sayang? Nanti jadik Dentist. Abah cakap jangan jadik Architect ikut Abah, dia taknak Shein stressed. Biar jadik Ahli Muzik takpe. (Lantas mendapat jelingan padu dia isteri beliau).


Ok group photo sebelum masuk Zoo. Ni semua nak paksa beli la ni. Lantas kami terjebak. 12 keping gambar save dalam android, 6 keping print out RM135.00 kata Sazli beli je la, buat sedekah untuk makanan animals dalam Zoo ni. Cuba tengok mana kedudukan Intan? Tetiba sebelah Sazli. Hahahahaha.

Monday, August 28, 2017

I Love Weekend

Assalamualaikum..

Tahniah Malaysia dapat masuk final Bola Sepak untuk KL 2017 ni. I baru je bercita-cita nak pergi tengok final tetiba buat dekat Shah Alam pulak, so jadik la susah sikit. Kalau buat dekat Bukit Jalil memang I pergi dah naik train (cerita macam gempak nak naik train, pandainya idak). Huwaaaaaaaa. Sedihnya… Dah lama tak tengok bola dekat Stadium. Last rasanya 2010 waktu Suzuki AFF yang zaman Apek Khairul tu tengah popular. Lepas tu takde dah. Masa semi final Sabtu haritu, I dah promise dengan Sazli, Semi Final dia pergi tapi kalau Malaysia masuk final I pulak nak pergi. Sekali menang la pulak Malaysia. Terus I text Sazli. Dia cakap Ok, dia dengan Shein dekat rumah. Dah kalau buat dekat Stadium Shah Alam jawabnya selamat tinggal la. Tapi I nak tengok sangat. KJ la ni. Dah elok dah buat dekat Bukit Jalil pergi tukar venue kenapa? Naseb baik kau tall, dark and handsome tak jadik I nak marah. Hahahaha. Anyway, Ahad tu kami tiga beranak keluar pergi lunch dekat Sushi Zanmai (Last week 3 kali makan dekat sini). This time pergi MyTown pulak sebab nak carik barang sikit dekat IKEA sebelah tu. Kitorang keluar dari tengahari jejak ke petang naik sakit kaki berjalan tapi al-hamdulillah mission accomplish. Dapat lunch, dapat belikan Shein toys, dapat beli bekas besar nak letak mainan Shein tu and dapat trim rambut Shein. Balik rumah lepak memasing. Shein je yang tak reti-reti penat. Boleh dia bertahan tak tido seharian pelik betul. I sampai rumah, dalam pada penat terpaksa buat laundry and lipat kain. Bibiiiikkkkkkk!! (Berangan ada bibik sian sangat I)


Si Shein makan ramen. Dia suka ramen. I ambik small punya, tapi dia mintak lagi. Lepas ni kena order yang size besar pulak la. Kuat kau makan Shein, patut la 24  kilo.

Tuesday, August 22, 2017

Shein's and Mama Outing - Part II

Assalamualaikum

Sambung entry Outing Part I so dari KLCC kitorang terus ke GE Mall. Ceh, Ge Mall jugak sudahnya. Ingatkan sampai la ke Bangsar hahahahah. I called Shariffah kot dia ada around tapi dia cakap dia takde. Dia kat Shah Alam but Mr David is there. Ok la, kasik Shein jumpa Mr David. Dah seminggu tak jumpa sebab term break. I pon tingin nak makan Ayam Penyet dekat Kidz Sports and Gym tu, so boleh la bawak Shein main dekat sana sementara Sazli tak bangun tido ni lagi. Makan kat sana sedap. Ada Nasi Ayam Penyet, Mee Kari, Laksa and many more. Semua pon sedap and murah. Memula I offer Shein if dia nak buat Art & Craft dekat sana tapi he said No. Nak main dalam Gym. So ok lah, boleh I makan dulu.. Makanan baru sampai and I baru 3 4 suap makan, Si Shein cakap nak ‘Color Mama’ sambil point finger dekat Art and Craft area. Caaaaaaaisssssssssss! Kau memang pandai manipulate Shein. Gym weekend charge is RM38.00 and Art Craft tu RM55.00 exclude GST. Total dah RM98.58. Ko ni Shein, main order je. Bila tanya ada duit ke tak, dia tunjuk dalam handbag I. Ewah, tu duit Mama. Tu la eh, I tingat Mak I cerita ‘Dengan budak-budak ni, kalau nak berjalan kena ada duit. Budak-budak mana tau kita ni berduit ke tak. Yang dia tau mintak. Tak dapat nanges’. Betul pon. Now I understand. Cuma I takde experience struggle macam Mak nak handle I and De masa kecik dulu sebab kita pon bukan orang senang. Naseb la Mama and Abah rezeki lebih Shein. Bila teringat zaman kecik-kecik dulu, bezanya kehidupan Shein and Mama. Baju baru bukan selalu dapat. Sesekali je bila raya. Mainan pon apa je yang ada. Makan pon tak mewah mana tapi al-hamdulillah rezeki Shein murah la. Ada bicycle, ada scooter, ada iPad, dapat holiday. Kekecik dah pergi Korea, Phuket. Mama dulu umur 23 tahun baru naik kapalterbang. Sobs. Nanti one day, bila Shein dah paham I nak cerita pada dia kenapa I marah bila dia rosakkan toys, membazir makanan and all. I nak bagitau dulu I susah macam mana. Biar dia hargai sikit life dia (especially toys dia yang dia suka rosakkan).


Shein pilih nak buat lorry. Nanti nak masuk sini korang bayar RM55.00 (exclude GST) lepas tu chose la nak buat apa. Nanti yang the kid buat, kita boleh bawak balik. I ikut Shein masuk sini sebab biasalah menyebok. Lagipon ada 3 orang je masa time Shein buat tu. I ada baru la meriah.

Monday, August 21, 2017

Shein's and Mama Outing - Part I

Assalamualaikum..

Si Shein dah pandai dah suruh Mama janji. Suruh mandi, dia cakap ‘Ok…. But…’ after shower nak Ultraman, Ice-Cream, Amsyar, Ibu, Monster semua and the list goes on. Hahaha. Manja bukan main. Tinggi suara sikit merajuk. Bila kita buat lawak and gurau-gurau dia cakap ‘Not Funny’ amboi dia tu... Bila tanya banyak-banyak kali, dia cakap ‘Enough’, bila kita ajak dia joget-joget and nyanyi tapi kadang-kadang Mama dia terover dia cakap ‘Stop it Mama’ T___T Walaupon ada unsur melawan tapi I am more than happy. Shein kan lambat cakap sikit? So bila dia respon pada I tak kisah la macam mana dia punya respon I sangat happy. Hari Sabtu haritu, Sazli ada run. Pukul 5.30am dah keluar rumah sebab flag off pon pukul 7.30am kot, entah. So, I berdua je la dengan Shein dekat rumah. Siap susu, sarap, layan semi-final Netball dekat TV2 terus I ajak dia mandi and promise nak bawak dia jalan-jalan. By the time nak siap, Sazli pon sampai rumah.. I date berdua je la dengan Shein sebab Sazli boleh rehat. Dia pon masuk RUN 5KM badan tak berapa fit. Demam dah 3 hari so biar dia mandi, rehat. Kalau I ada dekat rumah dengan Shein kang mesti bising gaduh la apa la manakan dapat berehat yang solid. So baik kitorang keluar and Sazli dapat la rest aman sikit dekat rumah. Sazli cakap ‘TQ Mama bawak Shein jalan. Nanti by the time Papa bangun, Mama dah ada kat rumah ye? Jangan lama-lama nanti Papa sunyi’. Sudahnya keluar pukul 1.30pm, sampai rumah 7.00pm Hahahaha punya lama. Shein and Mama sama naik, kaki meladi – Ni ayat Sazli lah. Shein tu, dia tau je jalan nak balik rumah. Nampak jalan macam nak balik sebok ajak pergi sana pergi sini pulak. Tu I kena cakap ‘After shower, we can go play outside’. Outside tu bagi Shein is keluar dari rumah. Tak kisah la memana janji outside. 


Memang I takde arah tujuan. Taktau nak pergi mana. Ikut hati macam nak pergi Jungle Gym dekat Bangsar tapi I punya dahi dah cop Ampang sahaja so I ikut naluri

Wednesday, August 16, 2017

Shein and 'Baikel'

Assalamualaikum..

Haritu masa I balik kerja, nampak Si Shein tengah main basikal yang plastik zaman dia muda remaja dulu dengan Baba depan rumah. Tau kan basikal yang tayar plastik 1 roda depan, 2 roda dekat belakang tu? Kesian je tengok Bapak tolak Shein terbongkok-bongkok. Bapak tu tinggi orangnya, kena membongkok boleh tahan la seksa. Dah la Si Shein 24kg. Hahahaha. I cakap dalam hati, esok lusa ni sure Shein dapat basikal untuk remaja yang baru. Sekali esok, Baba send video dalam WhatsApp Group tengah melayan Shein main beskal DALAM RUMAH. Hahahaha. Si Shein siap suruh Baba 'Open' the wall sebab dia tak boleh bergerak laju kot, ewah engkau kan? Kebetulan haritu hujan masa petang  2 3 hari maka tabah je la main basikal dalam rumah. Semalam petang, I nampak Shein bawak basikal keluar dah. Main depan laman rumah. Happy la dia. Kaki dia pon sampai elok dekat tanah tapi mudah sangat nak distracted by plane la, bird la, tengok kucing bergaduh la. Sudahnya dia carik pasal pergi main dekat kereta Abah dia and nak main dalam Garaj yang sempit tu. Tu kalau terlanggar kereta mau bercalar, meroyan la Abah engkau Shein. Haha. Mama haritu pon calarkan rim beliau, rasa macam nak demam masa nak buat pengakuan. Semalaman tak dapat tido lena. Kah kah kah. Pengajaran untuk semua pemandu wanita. Kita kalau bawak kereta tak boleh terlalu berhati-hati dan tak boleh terlalu confident. Dalam kes I, I terlalu confident lah kononnya. Lupa bawak kereta Sazli. Kalau kereta I, divider semua I dah biasa naik. Nanti kumpul-kumpul calar lepas tu buat la sekali. Yang windscreen tu retak kena kepala Shein, sampai sekarang tak repair padahal insurance cover je. I kan bizi sentiasa. Kata part time Power Rangers Kuning?


Abah tengah bagi tazkirah dekat Shein.  Lepas tu ajar dia guna break tangan tu. Sazli jadik Traffic Light time ni. Kata Shein, 'Green Go. Red Stop. Yellow Ready'. Bagus Shein. Tapi kalau kat jalan sebenar, Shein dia belasah je tengok lampu yang belah lain. Suka kasik Mama confuse. Padahal betul dah lampu depan I merah, dia cakap 'Mama, Green Go!' Sekali traffic light belah sana. Kusss semangat. 

Monday, August 14, 2017

S H E I N D O N G

Assalamualaikum..

Bermula dari hari ni maka bermulalah episode bersuka ria dan merdeka untuk Shiendong sebab beliau tak payah pergi sekolah. Now tengah cuti term. Ada 3 weeks jugak la cuti. Bila dah cuti sekolah ni I takde la nak paksa dia sangat suruh tido awal. Kalau untuk hari sekolah, lain pulak routine dia. Shein ni I tau dah, if dia tido before 11.00pm InsyaAllah boleh bangun pagi and senang nak uruskan. Kalau tak nanti dia akan jadik cranky. If cukup tido, nak bersiap tu akan jadik mudah lebih-lebih lagi kalau Sazli siapkan. Dengan Mama beliau, tido 18 jam pon nanti nak mandi pergi sekolah confirm la drama sebabak. Dia kena salah sorang nanges baru selesai masalah. Hahahahaha. I ni takde masalah pon nak bangun awal untuk biasakan Shein bangun pagi pergi sekolah. Pukul 5.30am bangun pon I ok. Nanti kalau rumah baru siap I berazam nak buatkan breakfast/bekal untuk Sazli and Shein everyday cecece. I akan bersemangat nak masak kalau dapur cantik (alasan engkau kan). Now tak boleh la sebab Shein ni ikut kepala/mood dia je. Yang menjadik masalah ialah diri Shein sendiri and bukan sebab I tak willing nak bangun awal. Kekadang I andau-andau ada 15 minutes untuk siapkan dia sebelum 7.30am (itu paling lewat untuk I gerak dari rumah untuk ke office) tapi time tu jugak la dia nak shark, nak let it go (frozen) and macam-macam lagi. So good bye. Ada sehari tu, ok dah beliau bangun awal tapi taknak keluar dari bilik air maka I tinggalkan ajer dia dalam tong air tu berenang dengan shark doo-doo-doo. Lepas tu Sazli call, ‘Mama, U tinggal Shein tak siap mandi eh? Tu tak siap lagi tu?’ I cakap, ‘Time UP! I dah kena pergi kerja’. Hahahaha.


Semalam suka la dia dapat main bubble dekat Taman Tasik Titiwangsa. Dia bawak scooter dia pergi sana. Sebelum balik, dapat prezen jatuh tersembam. Berdarah la bibir sikit berlaga dengan gigi. Dia punya syarat nak bagi kita tunjuk luka tu memang macam-macam la. Dedecor 2, otomen 2, ajak masauk tunnel etc. Hahaha.

Thursday, August 10, 2017

Dinosaurs LIVE in KL

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas, Kakyang tag I dalam FB pasal Dinosaurs LIVE in KL. Tengok macam best je sebab dinosaur dia besar-besar and boleh gerak-gerak. Shein sure suka ni. Dia ni sejenis pelik. Dia tak suka sangat Superhero tapi lebih suka yang watak jahat. Macam cerita Ultraman, dia lebih suka Monster. Kalau binatang-binatang ni suka semua yang ganas je. Dinosaur’s kat rumah tu ada yang kecik, besau, ada suara, takde suara, plastic, getah semua ada. Dia memang suka. Lagi satu dia suka Sharks. Pet tak main lain. Yang comel-comel dia tak suka sangat. Hahaha. Bagus Shein. Senang hati Mama. Kot kekecik ni suka melawa seram jugak nanti masuk geng kunyit. Geng Kunyit tau ke tak? I pon baru tau semenjak follow FB Page Kisah Rumah Tangga (KRT). Stressed aku baca. Memacam hal. Macam drama pon ada. Lepas tu now popular la gelaran Makcik Bawang la apa la. Kah kah kah. Ok back to cerita Dedecor bak kata Shein ni ha, kitorang 3 beranak pergi la Sabtu lepas ke MATIC Jalan Ampang dalam pukul 3.30pm macam tu. Ampang ok, Ampang. Tu pasal la gua sayang habes dengan Ampang. Hahaha. I Google dulu sebelum datang sebab nak tau tempat ni bukak and tutup pukul berapa lepas tu berapa harga ticket dia. Tengok-tengok bukak 10.00am – 10.00pm Monday to Sunday. Bagus. Tengok harga ticket affordable so joooommmmmmm! Time sampai ni Shein tengah tido, naseb baik dengar suara Dinosaur mengaum senang sikit dia bangun. Tak cranky tak apa. Happy! Tapi nak dukong and memula macam malu-malu kambeng la. Tak lama lepas tu dia dah naik syeh. Jom tengok gambar.


Ni dekat depan kemah Dinosaur tu. Kemah eh orang panggil? Sebab dia memang macam Khemah pon tapi besar la. Pau Mama sekor Dinosaur and satu pedang. Ada la buat perangai sekejap sebab nak lagi sekor, tapi kena tazkirah dengan I. Serious I memang tazkirah je Shein sekarang. Naseb mendengar. Hahahaha.

Thursday, July 27, 2017

Shein dan Bag

Assalamualaikum.

Haritu I ada share dalam Instastory beli bag pack Minion Puma ni. Ramai pulak berkenan and tanya beli dekat mana. I beli dekat Stadium Pavilion. Baru jer release Bag Pack and T-shirt Puma with Minion ni. Korang boleh cari sendiri dekat mana-mana Stadium. Tempat lain I tak sure ada ke tak. I beli Bag Pack ni untuk Shein (nak letak mainan + susu + towel shein) and suruh dia bawak sendiri la. Sebok nak galas bag jugak. Bag Pack yang I punya tu, Shein suka la kendong. Sampai kelutut jatuh dia. Dah la bag perempuan kaler purple. Tak macho la Shein (Tapi Shein peduli apa). Kalau tak bagi galas bag pack I yang letak khazanah dia tu, dia ambik handbag I sling buat macam bag pack jugak. Geram je. Lepas tu jalan dah tekengkang-kengkang. Gigih jugak tu nak bawak. Nampak macam sweet tolong Mama bawak handbag tapi kalau bawak pon seret-seret lantai tak la berapa sweet sangat. Geram menyirap je I tengok. I wonder apa la dalam kepala dia yang besungguh sampai macam tu. Hahah. Bag susu Shein ni ada banyak dah I beli. Tapi semua yang murah-murah je. Sekejap dah jahanam. Ada 1 tu, beli baju dekat Cotton On Kids, lepas tu dia offer beli bag pack  jenis kain and dapat discount. Yang tu just nice muat letak 2 ekor Rasaksa Ultraman. Shein ni pelik sikit, orang suka Ultraman, dia suka Rasaksa. Tapi yang tak bagusnya, lagi besar bag lagi banyak la dia nak angkut. Yang pegang lain, yang masuk bag lain T___T dengan blanket dia lagi nak sumbat. Sabar je la Cik Sabariah. I ni kalau berjalan window shopping pon bag kena bawak lapan kot baru Shein puas hati.


Tengok ni, gigih nak bawak bag pack I. Yang ni Sazli angkat dekat belakang. Kalau tak labuh sampai kelutut.

Wednesday, July 26, 2017

Pasal Shein and Pasal Housewife

Assalamualaikum..

Rasa bersalah pulak pagi tadi mandikan Shein tapi dia half sedar sebab time tu dia tengah tido lagi dalam pukul 7.15am. Memula dia kasik je kerjasama bukak baju seluar semua. Dah masuk toilet, tetiba mintak blanket and cakap ‘Mama… Sleep…’ Sambil air mata berjujuran. Alahai…. Sian Shein. Sudahnya lepas mandi, dia dah taknak sambung tido. Yerla sebab dah segar, celah mana nak tido balik? Hahahaha. Cranky la sikit dia. I nak pergi kerja pon dia tak bagi. Suruh masuk balik and ‘Sit here Mama. Stay’. Muka garang lepas tu I kawtim cakap ‘Mama need to go work Shein’. Dah lama baru dia tolak je dengan kaki (sebab dia belunjur kepala belah sana), ‘Mama, Go work now’. Lepas tu I cakap I love you dia geleng kepala and cakap ‘No’. Huwaaaaa sedihnyaaaaaaa. I sebenarnya start nak train Shein bangun awal dari biasa. Mana tau lepas ni masuk sekolah pukul 8.00am pulak ke bila dah 6-7 tahun. Usually dengan Sazli dia bangun around 8-15am – 8.45am macam tu so puas la dia tido. Masuk sekolah pukul 9.00am. Actually kalau dia tak meragam, sekejap je nak siapkan dia. Tak sampai 10 minutes pon. Jadi lama tu kalau dia banyak condition. Nak mandi dengan shark, otomen and dengan drama taknak bukak baju, taknak masuk bilik air segala. Lepas tu nanges guling depan bilik air. Sabar pon kekadang ada level, nak pulak kalau kita nak cepat tu kekadang daaaah kena marah. Sampai office, menyesal marah anak. Fikir balik, kesian jugak pada Sazli nak handle Shein all these while untuk pergi sekolah sebab I at least by 7.30am dah kena keluar rumah. By that time Shein pon tak bangun tido lagi. I pulak tak boleh lewat pergi kerja. Macam Sazli, dia lebih flexible sebab tu Shein pergi sekolah dia yang handle. Syukur sangat-sangat at least dekat part tu ada dah kesenangan kitorang. But each time especially bila Sazli mengadu cakap Shein buat hal (Seminggu sekali at least) I rasa bersalah sebab tak membantu. Padahal I ni Ibu.


Last week masa baru balik dari Aeon Big. Main dekat indoor park dengan Amsyar. Kepenatan dia. Dalam kereta dah tido. BESARNYA ENGKAU SHEIN.

Thursday, July 20, 2017

Pasal Kampung

Assalamualaikum..

Seronok pulak tengok balik gambar-gambar masa dekat kampung masa raya haritu. Now Mak buat pagar keliling rumah, so rasa lebih selamat especially untuk Shein la. Dia tu kekadang suka-suki tetengah hari buta ajak jalan kejar ayam. Now that ada pagar, so dia berada dalam compound rumah je tapi still kena perati la. I phobia jugak tengok accident yang menyebabkan kematian dekat toddler atas sebab yang tak disangka-sangka. Lemas dalam baldi, dalam kolam ikan, kena langgar dengan kereta sendiri time reverse etc. Haritu Abang Long share video budak terbalik kepala kebawah dalam kolam masa pakai pelampung. Sebab tu, walaupon with pelampung jangan sesekali ditinggalkan anak-anak tu. I ni everytime pon risaukan keselamatan Shein. Dekat rumah, sekolah, mall, jalan raya semua I takot sangat if anything happen to him. Masa malam yang I tengok video budak almost lemas dalam pelampung tu, I mimpi mandikan Shein. Time tu dia tersangat baby lagi. Masa I nak angkat dia, entah macam mana I terlepas sebab badan dia licin and dia terus masuk dalam lubang jamban. Time tu dekat kampung. I nanges menggigil satu badan. Naseb la jamban kampung, bukan jamban dalam office kalau tak macam mana nak ambik. I nanges-nanges cuba bukak tangki taik akhirnya dapat ambik Shein and dia hidup lagi. Lepas tu terjaga. Kepala I tak boleh brain pasal mimpi tadi. Puas otak I berfikir logic. Lepas tu I masuk toilet, tengok toilet I. If tak flush, apapa jatuh takkan masuk tank taik. Baru I lega rasa hati and lepas baca surah-surah pendek then only dapat lelap mata. Tak kira lagi mimpi Shein jatuh gaung, lemas dalam laut, kena tinggal, hilang, kena langgar. Nauzubillah…. Punya risaukan keselamatan dia sampai bawak ke mimpi. Korang pernah tak macam ni, ke I sorang je? T____T Padahal sebelum tido tu dah macam-macam I baca.



I cakap dekat Shein, nak ambik gambar dia dengan Amsyar. Sebok dia nak tarik-tarik Amsyar. Clingy ni Shein dengan Amsyar. Kekadang Amsyar macam rimas pon ada. Hahaha.

Thursday, July 6, 2017

Shein, Altaav, Phuket

Assalamualaikum..

Hi kawan-kawan semua. hujung bulan ni InsyaAllah Shein and Altaav akan pergi holiday ke Phuket bersama family masing-masing for 5D4N (Baik pergi Jepun kalau lama macam ni). So sesiapa yang pernah pergi Phuket and ada tempat nak suggest makan dekat mana (makan paling penting ok), nak buat activity apa, nak sewa kereta and Harley Davidson (hahaha) dekat mana boleh suggest pada Shein and Altaav ok? Flight ticket dah book and hotel pon dah ada. So hotel takyah suggest la. Takot ada yang lagi best nanti jiwa kacau pulak. Hahaha. Tapi menurut Travel Agent kitorang yang garang tu, hotel yang nak stay nanti yang paling best. Dia kata laaaaaaaaaa. Harap dia tak tipu kite la. Kata Intan, jangan lupa tengok Show Maknyah. Ni bukan sembarangan show sebab stage dia ala-ala dekat Istana Budaya. Kira professional show la.  Mama Shein nampaknya looking forward yang tu. Sebenarnya takde idea lagi nak buat apa. Travel Agent punya wife tugas dia sediakan itinerary, tengok experience dia pergi Europe 2 tahun sekali, InsyaAllah boleh percaya tu. Hehe. Naseb baik flight 1 jam 10 minutes je. Kalau lagi lama, MATI LAAAAAAAA. Hahaha. Pakkal la 1,000KM KL-Phuket. Kalau tak, memang aku ajak naik kereta jer. Takot la nak naik Kapalterbang. 


Both Minion Fans. TQ Uncle Khatiq belikan Shein binocular menan ni.

Tuesday, June 20, 2017

Scalp Treatment for Mama and Hair Cutting for Shein

Assalamualaikum..

Hari Sabtu minggu lepas, lepas Shein bangun tido, siap poo-poo semua lepas tu kita shower dengan shark and Ultraman, gaduh semua sampai Abah dia nak tido pon tak senang, lepas tu kita dua dating pergi buat hair treatment dekat Lavina’s. Baru ada time nak buat scalp treatment. Kata Ain, kepala I ada ‘kerak’. Biadap betul hahaha. Dulu masa dekat Langkawi I paksa dia carik uban. Lepas tu dia busuk hati ambik gambar ‘kerak’ I last-last henpon dia kena format ke apa entah. Hilang semua gambar. Padan muka. Hahahahaha. Ni lepas buat scalp treatment rasa la kulit kepala fresh and tak gatal dah. Korang yang mana ada masalah kelemumur and pakai memacam shampoo tak jalan, buat la scalp treatment. Usually yang kelemumur ni sebab kulit kepala berminyak. Jenis tak cuci sehari pon dah merenyam macam ada kutu’s. Lepas tu garu sampai berdarah. Kan? Ke aku sorang je buat perangai garu kepala sampai pedih? Haha. Untuk yang ada masalah kulit kepala berminyak/kelemumur/kerak whatever you call, kena cecepat buat treatment ok? Sebab nanti rambut akan mula gugur and menipis. Macam dekat Lavina’s ni treatment dia less than RM150.00 sangat la murah. Lepas treatment ni I tengok macam mana. If dah ok, I nak buat la every alternate month. Lepas buat scalp treatment rasa lega M E N Y E S A L tak buat dari dulu. Kalau tak kekadang gatal dia subhanallah. Korang nanti carik la mana-mana salon yang ada offer scalp treatment. Dulu Groupon selalu offer discount dekat salon. Now pepandai la korang cari sendiri.


Dah alang-alang tu kata Sazli potong la rambut Shein sekali. Potong depan rata macam ala-ala Kpop lepas tu belakang kenteng macam Awie. So konsep rambut Shein ni Malaysia vs Korea la. Acewah.

Tuesday, June 13, 2017

Kisah Shein dan Nasi Goreng

Assalamualaikum..

Weekend bebaru kitorang balik Jengka 3 hari. Best la dapat bukak puasa dengan Mak 2 hari. Lagi best time sahur dapat la sehari tu tinggal bangun, cuci muka terus bersila makan. Heavennyaaaaaaa. Biasa I yang bangun kejut Sazli 3 kali. 3 kali ok baru bangun? Geram je. Kata Sazli dekat Mak, ‘Takper Mak. Masa Su kejut kali pertama tu takyah bangun sebab lepas tu dia mesti datang balik hahahahha’. Eeeee jahatnya. Kekadang I cakap ‘U, dah pukul 5 suku ni. Bangunlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa’. Kekadang saja je buat gempak. Padahal tak 5 suku pon lagi. Kena cakap macam tu, kalau tak punya liat nak bangun. Kekadang geram jugak. I nanti sehari nak buat macam ni. Kejut sekali tak bangun, kejut dua kali tak bangun, kejut 3 kali tak bangun I lantakkan ajer. Biar dia tak sahur. P A D A N  M U K E. Dulu I ingat masa kekecik, I punya perangai macam Sazli la. Kejut sekali mana maunya I bangun. Padahal yang tukang kejut tu boleh tahan dia goyang sampai terkejut roh I masuk dalam badan. Goyang tak ingat punya sampai bergegar satu badan. Pundek betul. Sampai hati ko De kejut aku macam tu. I takde pon rasa nak kejut Sazli ganas-ganas. Penuh kelembutan je. Tapi masuk kali ketiga tak bangun-bangun jugak memang high pitch naik. Sazli ni kalau Bapak kejut, sekali je bangun. Takot lettew. Dengan I dia tak heran. Siap dia lepas ni memang I lantakkan ajer biar dia lapar. Hahahahah. Tapi sian jugak. Takot nanti dia bukak puasa lepak pulak. Sazli jenis bulan puasa memang bizi. Isyak and Trawikh sebolehnya dia buat dekat surau. Sebab tu dia kurang kalau ajak bukak puasa dekat luar. Kata dia sayang dengan nikmat bulan Ramadhan. Love you. **tetiba


Ni budak tak puasa ni, sebab dia tak puasa kena la masak sendiri. Hahaha.

Thursday, May 25, 2017

Pasal Shein and Dr Farhan, Autism and Asperger

Assalamualaikum…

Harini I nak cerita pasal Shein.  Rindu pulak dekat dia. Malam tadi time Intan call mengadu masalah bakal-bakal suami dia Shein sebok la ‘Mama Mama Mama’ nak tunjuk dia ikut Atom (Real Steel) training boxing dekat TV. Time orang nak bercakap, time tuuuuuulah dia sebok nak bercakap jugak. Geram! Bila nak tido pulak macam-macam alasan. Kekadang now nak tido pon macam nak bergaduh. Dia tak kasik I bergerak dari sofa. Jangan kata bangun, angkat kepala pon tak boleh nanti dia akan cakap ‘Sit Mama, Sit’. Lepas tu suruh kepala pandang straight TV. Kekadang dia drag makan nasi bukak mulut sikit-sikit sebab nak kasik lambat habes start makan dari pukul 8.00pm – 9.45pm sebab tau pukul 10.00pm kena tido. Macam-macam akal. Paling tidak pon dia ajak kita mandi walaupon tadi dah mandi, taknak tido punya pasal T___T Bulan depan umur Shein 4 tahun 6 bulan la. Tak sangka sekejap je masa berlalu tup-tup Shein dah 4 tahun dah. Korang pon tau kan yang I pernah share cakap Shein ada masalah speech delay… Umur 2 tahun, dia tak repeat lagi apa yang I cakap and masih tak boleh nak bina perkataan. Time tu I dah start jumpa doktor untuk check kalau-kalau Shein ada problem berkenaan development dia seperti Autism etc. Al-hamdullillah lepas buat assessment Shein autism FREE cuma ada speech problem and boleh di rawat.


Dah besar dah Shein

Monday, May 15, 2017

Weekend at KLCC with Shein and Abah

Assalamualaikum..

Al-hamdulillah Shein sekarang banyak dah dia boleh sebut and dah boleh la borak dengan dia. Shein kan dia ada speech delay tapi now memang lots of improvement. Macam tetiba je dia bercakap non-stop. Walaupon takde la banyak macam budak sebaya dia tapi I sangat la happy sebab ada two way communication. Banyak dah menda dia boleh bercerita and mengadu. Tapi tu la. Kejap kang Mama kejap kang Mama. Latest ni dia belajar dekat sekolah, kalau buat salah kena la denda pukul dekat tapak tangan. So biasa kalau I buat something yang tak berkenan dekat mata dia nanti dia cakap ‘Mama, fingers’. Maksudnya dia mintak tangan I la. Nanti dia tepuk tangan I and I wajib nanges. So dia akan cakap, ‘Go cry now’. Kena la nanges fake. Hahaha. Pemalas masih boleh tahan tapi kalau I pura-pura sakit, dia akan bagi air. ‘Mama gets up, drink water’. Lepas tu kalau I minum nanti dia tunjuk thumbs up cakap ‘Guboy = goodboy’. Hahaha. Semalam masa nak mandi tetiba jalan melekat dekat dinding. Kata dia ‘Mama, crab’. Ooooo jalan macam crab. Hahaha. I nak pesan lagi sekali untuk emak-emak yang nampak ada something wrong with anak-anak nkorang punya development seawal 2 tahun, lekas seek for help. Bawak jumpa Development Disorder Child Specialist (Shein jumpa Dr Feisal dekat Prince Court) and kena dah start buat treatment and jangan hidup in denial forever and kena kuat to face the facts that your child ada masalah. If dapat trace awal, boleh buat treatment awal and kita dapat tolong anak kita untuk hidup normal macam orang lain. Penting sebab nanti if dia nak masuk sekolah, dia kena paham arahan. If dia tak paham arahan, macam mana dia nak belajar sama dengan peer dia kan? Sian dia… 


Ahad lepas, Sazli ajak keluar makan and jalan-jalan dekat KLCC. Takde apa plan pon, saja la kasik Shein happy. I rasa keluar 4 jam pon dah cukup. Makan, jalan sikit beli toys ke, lepas tu pergi park sekejap and balik. Cukup dah bagi Shein and Mama happy. TQ Papa!

Monday, February 27, 2017

Shein and Barber Ampang Jaya

Assalamualaikum..
Hari Sabtu haritu kitorang potong rambut Shein. Potong tu sebenarnya trim depan supaya kalau Shein nak melihat tak payah la dia selak rambut dia. Kalau dia selak depan tu I tengok macam Dr Rozmey pon ada dah. Macam langsir kena selak tu. Haha. Macam tu la ghupernyaaaa Shein, iyan iyer. Yang trim depan tu potong straight macam Abu Bakar Ellah tu ha. Lepas tu belakang takyah nak beria layered ke apa. Sikat letak air kasik basah lepas tu potong sebaris je dalam 1 inch. Setel. Kang kalau layered nanti hilang la kenteng dia maka hilanglah identity kenteng Shein Iskandar. Dulu ada la sorang ni nama Latipah (Bukan nama sebenar) tanya I, kenapa potong rambut Shein macam tu? Kesian dia.. Potong la elok-elok. Serius benar soalan dia masa tu. Memula I ingatkan dia memain, tapi muka macam serious je ni. Hahaha. I jawab dengan senyuman je. Alaaaaaaaaaaa comel apa? Biarlah…. Nanti Shein dah besar nanti, I potong la macam David Beckham. Ni kasik la chance dia nak rambut tempurung. Lagipon Shein happy je sebab dia kalau lari suka la libas-libas rambut fe-feeling macam iklan shampoo. Nanti ada chance I ambik video okey? Ni kalau ikut Abah nye Si Shein, memang dia nak biar panjang macam rambut si Merah anak Awie tu. Comel la kenteng panjang macam tu. Rock star woooooo!!


Ni kalau la anak pempuan rambut kenteng ikat macam ni, omelnya la kan? Tu anak rambut dekat bawah tu sebijik macam Abah dia.