Showing posts with label Kek Huda. Show all posts
Showing posts with label Kek Huda. Show all posts

Friday, March 15, 2019

Pre-Order For Raya - Tart Nenas Huda Yang Gemok Lagi Debab

Assalamualaikum..

I paksa Huda ambik order Pre-Raya untuk Tart Nenas Huda yang gemok lagi debab ni. Yang Pre-Raya ni I cakap kat Huda I nak lagi 2 weeks which is 25 March ni I akan dapat la. Tapi tu I la. Korang I taktau la Huda nak layan ke tak hehe. Kata Huda, untuk Raya Order, dia dah start ambik now and akan deliver 2 weeks before raya. Huda pon buat tak banyak, ni semua special untuk peminat tart dia je. Tachiu Baby! I nak warning siap-siap yang Tart Huda ni memang sedap. So jangan nak pergi order sebalang jer. Bila dapat tu, makan masa bukak puasa lepas tu habes, aku pandang engkau - engkau pandang aku lepas tu menyesal kenapa order sebalang je HAHAHAHAHA. Nak order lain Huda cakap lepas raya, So ni I dah war-war kan order Tart debab ni, korang jangan la order 1 bekas je. Order 8 bekas kalau boleh. Paham? Nak cakap pasal sedap ke tak, I pon malas. Menda makan Tart Huda ni bukan setahun dua. Dah bertahun and pengajaran yang I dapat is JANGAN ORDER SEBALANG sebab usually sekali hadap memang akan makan 2 baris terus. Nak makan sampai habes pon OK sebenarnya tapi tak sampai hati. Huda punya tart ni rapuh, rasa manis sedang-sedang and susu-susu sikit. Inti dia pulak takde manis meleting and tak hapak. Takde serabut-serabut tali tu lepas tu rasa macam buttery cis blardihel! Ni aku taip, aku pulak yang terliur. Dah tu nak dapat lagi 2 minggu ko ghaser? Hahahahaha.


Tart Nenas Huda Yang Gemok Lagi Debab. RM35.00 sebalang (Dalam ada 40 pcs)

Friday, March 9, 2018

Huda Glory Kembali Mengganas

Assalamualaikum..
Huda memang paling suka buat I punya diet failed. Dia suka feed I dengan kuih sedap-sedap yang jenis kalau makan, tak cukup sekeping/seketul and mesti mau berketul-ketul takpon abeskan aje sekali hadap. Haritu dia bagi I makan Tart Nenas dia sampai I makan tak boleh berenti Ok? Satu balang gone tak sampai setengah hari. Berebut lagi dengan Sazli. Lepas tu tadi dia bagi I Marble Nutella Cake. I makan dengan Dyba, Intan, Izzah dalam masa less than 5 minutes, abes setengah bekas. Banyak tu makan. Ada sorang 5-6 pcs. Intan je cakap dia makan 2 padahal dia kira lepas dua, dua lagi. Walaupon dah banyak kali tetap 'Intan makan 2 eh?' YERLAAAAA. Hahahaha. Ya Allah amenda sedap sangat kek ko ni Huda? Letak sependa ke apa? Hahahaha. Rasa manis dia just nice. Ngam-ngam je. Dah la lembut. Takde peroi apa, memang sedap! Kepada Kaklong diucapkan jangan la sedih melihat kami semua makan cake sedap ni dalam Instastory and WhatsApp sebab Kek Huda ni lagi sedap eh dari Kedai Kopi Favorite aku? Yang kat sana tu macam heavy sikit. Tapi yang Huda punya ni alahaaaaai ko dah kenapa sedap sangat Huda? Butter cake je pon. Hesh! Kaklong cuti harini sebab Kakyang bersalin bedah harini dekat Pusrawi. Tambah lagi sorang cucu I menjadikkan I nenek kepada 3 orang cucu. Perrrrghhhh!! Dah bercucu dah I OMG. Meanwhile meh tengok Kek-kek Huda yang dia buat sekarang.


Marble Nutella 7"x7" RM35.00

Wednesday, February 14, 2018

Tart Nenas Debab by Huda and Shiendong !

Assalamualaikum..

Tachiu Huda Baby, akhirnya dapat jugak I makan Tart Nenas Debab dia selepas seminggu menunggu. Tadi Huda datang deliver dekat I sengsorang sebab dia cakap Shinta tengah menggentel inti tart nenas. Bagus Shinta, multitask tau dia? Semua menda boleh buat. Masak pon sedap. Tingat dulu dia punya Ayam Penyet. Perrrrghhh I memang sejenis pantang jumpa dengan Ayam Penyet pulak tu. I tengok Huda kemain sekarang makin cantik semenjak masuk gym ni. Jeles I. Jeles in a good way la sebab kasik inspirasi untuk kurus jugak. Bukan sejenis jeles tengok orang cantik lebih sikit lepas tu busuk hati unfriend dekat FB. Tu nama dia busuk hati. Hahaha. Kaklong, Dyba, Intan and Izzah dah rasa and dorang cakap sedap! Kata Kaklong ‘Dik, dulu aku buat Tart Nenas macam ni la Dik. Sedap macam ni lah. Aku nak order, bila boleh dapat? Aku nak dengan kadar segera’. Ewah engkau? Dia ingat dekat ke jarak Setia Alam dengan KL ni macam Menara Felda – KLCC jalan kaki sekentut dah sampai? Dah la confident cakap Tart Nenas dia sedap sama macam ni. Haahaha. Kata Huda, next order sapa nak dia boleh deliver area KL Tuesday/Wednesday Ok? So sapa yang terlepas order this time, boleh order next batch. Kumpul la order banyak-banyak kasik berbaloi sikit untuk Huda delivery. Ok?  Tachiu kepada readers Chooyaya yang selalu support Huda punya business. On behalf of Huda I nak cakap TQ sangat. Reader’s ke, hater’s ke semua dediam order dengan Huda. Dengan aku taknak kawan, dengan Huda nak pulak. Pundek. Hahaha.


Tart Nenas Debab by Huda. Kemas je buatan dia. Pastry dia rapuh, rangup, cukup rasa semua. Perfect! Inti dia pon sedap. Jangan menyesal Cik Salmah. Yerla, dengan Mah pon dia cakap macam tu. *Tetiba dialoq filem P Ramlee.

Thursday, February 8, 2018

Pre-Order Tart Nenas Huda Yang Gemok Lagi Debab

Assalamualaikum..

Since Huda dah pindah dekat area Setia Alam ni I makin susah nak rasa air tangan dia. Huwaaaaaaa sedihnya. Tingat kesedapan Kek Pisang Moist Huda, sambil makan berjujuran air mata. Ada this one time, rasa tingin sangat nak makan Pavlova Huda tapi apakan daya Setia Alam nak sampai KL memang agak becinta la kan? Tapi baby, I kasik chance dekat you sekarang. Later I pregnant, I nak Pavlova zaaaaaaaaaap you kena hantar dekat I ok? Okbye. Haha. Hari kelmarin, I nampak Huda upload gambar the making of Tart Nenas and tak lama lepas tu dia open order terus I zaaaaap comment dekat IG 8, FB 8 and WhatsApp dia terus cakap nak order nak order nak order. Sebab apa? Sebab I tengok Tart Nenas Huda gebu gebas, debab dan menyelerakan. Besar harapan I Huda ada ready stock and hantar dekat I the next day tapi kata Huda Rabu depan dia masuk KL so boleh la delivery KL area.. Batu Belaaaaaaaaaaaaaaaaaah. Tapi takper la, Rabu pon tak lama lagi. Tak lama dah dapat rasa Tart Nenas Huda ni. Kata Huda dia guna butter premium jenis Scs, telur, tepung and sugar untuk kulit tart nenas ni. Sure sedap rapuh ni masuk mulut. Tengok gambar dah tau sedap lagipon I percaya pada hasil kerja tangan Huda sebab memang tak pernah yang mengecewakan. Each time kebabom je. Eh, malas la nak explen more. Korang yang dah pernah rasa air tangan Huda sure tau kan macam mana sedapnya kek-kek dan biskut Huda. 


Tart Nenas Huda gemok debab macam sapa? (Tak payah jawab. RM30.00 untuk 40 pcs.

Monday, April 10, 2017

Kek Malar Segar dari Huda Glory

Assalamualaikum..

Last week Huda ada bagi I rasa kek-kek baru yang dia dapat banyak order recently. Macam Brownies and Congo bar tu memang dah lama lah dia buat and dah ada cop sirim kesedapannya tapi kek-kek ongtue/malar segar macam Kek Sarang Semut/Gula Hangus, Marble Nutella and Kek Pisang Moist tu dengan sentuhan Huda OMG kenapa yang sedap sangat haaaa???? Macam Kek Pisang Moist tu alahaaaai sedapnya… Lembap je kek dia and kena je dengan tekak I lepas tu Marble Cake and spesis kek jenis macam tu bagi I dekat Coffee Beans je yang sedap tapi bila rasa Huda punya, ternyata boleh saing la dengan Coffee Beans. Kek Gula Hangus pon sedaaaaap jugak. Bak kata Kaklong, sedap-sedap Kek Huda ni bubuh sependa ke apa? Hahahaha. Sedap tu kerana Huda buat dengan penuh kasih sayang. Memang la sedap. Ni bila buat entry ni macam teringin pulak nak makan lagi Kek-kek Huda. Now pon Huda dah pindah Setia Alam dari TTDI. Sian pulak kat dia kalau nak cakap teringin ke apa sebab nanti dia confirm akan hantar punya dekat office I walaupon sikit. Setia Alam tu jauh kot? Untuk orang-orang Shah Alam senang la. Tingin je Kek Huda zzzaaaaapppp start motor lepas tu pergi umah Huda terus. Tetiba start motor. Hahaha.


Congo Bars. Rasa macam Brownies tapi takde coklat. Paham ke tak? Kalau tak paham kena rasa. RM50.00 untuk ukuran 9’x9’ and RM90.00 untuk ukuran 12’x12’

Thursday, August 11, 2016

Durian Crepe Huda Kembali. Woot Woot!

Assalamualaikum..

Geram je tau Huda ni? Dia tetiba keluar dalam Facebook tanya sapa nak ada 4 pack balance Durian Crepe. Apa lagi? Meroyan la I dekat comment. Haha. Siap M E R A J U K terus. Huda dah gelak-gelak masa call. Cakap ‘Hello’ dah ketawa terus. Kata Huda, ‘Baby, I dah agak dah U mesti merajuk. I tak sengajaaaaa’. Lepas tu umpan nak bagi Swiss Meringue. Macam tu la Huda ni kan? Umpan je dengan makanan, tau je kelemahan I. I ni baru la nak fe-feeling kurus. Kang makan banyak, Makcik Anny bising membebel rimas jugak kadang-kadang. Tapi ikut jer la. Kata dia Co-founder Zenia Beauty kena la cantik. Baiklah. Kata Huda, dia buat ni pon sebab Puspa la nak sangat. So terpaksa buat sebab taknak mengecewakan orang yang order. Daaaaaah takder. Dah letak dalam FB kira declare war la. Mana boleh kan? So I paksa Huda untuk bukak order and korang semua boleh start order dekat Huda mulai SEKARANG but only akan dapat on Tuesday minggu depan. Order jangan nak peningkan kepala Huda. Kalau office tu, kumpul 1 order je. Biar sorang je ambik order. Sapa asing-asing sebab tak kawan yang tukang amek order (ehem-ehem) collect sendiri dekat rumah Huda TTDI sana tu. (Mohon Terasa) Kah kah kah. Ingat Huda, Felda ni order melalui I sahaja. Sapa taknak, U jangan layan. Paham? *flip hair.


Hi Durian Crepe Huda yang debab. Welcome back!

Thursday, May 12, 2016

Kek Huda Yang Sedap

Assalamualaikum..

Huda ni kan? Dia makin lama makin melampau. Memang kohajo. I menyirap je tengok dia masukkan kek sedap hari-hari dalam Instagram and FB dia. Paling buat air mata I bergenang ialah Green Tea Cheesecake dengan Chcocolate Ganache dia. I memang kepantangan dengan Green Tea  ni. Memang I sukaaaaa. Lawan dengan chocolate ganache perrrrghhhhh I boleh imagine macam mana dia punya meletup dalam mulut macam mana. Sekarang ni pakkal la tengah cuba nak cut sugar selagi mampu, kalau tak memang I paksa Huda buatkan I jam jam tu jugak and I nak makan sorang, taknak share. Nak buat macam Dyba, makan sorang-sorang and kunci pintu duduk diam-diam dalam bilik. Hahahaha. Now I ada rasa tak puas hati makan mile crepe pulak. I nak paksa Huda buat satu yang sesuai dengan tekak I. Ada yang I makan kurang manis, ada yang manis tahap potong kaki. Harap Huda baca ni, lepas tu nanti minggu depan dia datang office I buat surpise hantar Caramel Vanilla Crepe yang size 9 inch. Ameeeeeeen.


Green Tea Cheesecake with Chocolate Ganache

Wednesday, May 4, 2016

Mini Bundt Combo yang sedap nak mampos dari Huda Glory

Assalamualaikum..

Semalam Huda hantar I product baru keluaran Huda Glory. Nama beliau didalam surat beranak ialah Mini Bundt Cake. To make it korang paham, bundt ni ialah kek yang ada lubang dekat tengah dia. Ada jenis besar, ada jenis kecik. Yang Huda buat ni jenis kecik. So Mini Bundt la. Resepi dia pon lain dari buat kek biasa. Rasa macam kek, tapi lebih padat and rich and lebih sedap. Ingredient yang Huda guna pon semua yang high quality dengan butter, pistachio, fresh blueberry etc. No wonder la semalam masa makan memang sedap sangat. Kitorang share 4 orang. I, Dyba, Intan and Kaklong. Dapat jamah sorang sikit. Sebab sedap sangat, kitorang tak pelawa orang lain pon. Hahaha. Semalam makan, harini dah rindu. Tak sabar nak makan untuk second trip. This time, I taknak share. Intan tu kalau dia taknak beli, dia takyah makan. Dia tengok je. Kali ni Kaksu takkan kesian kat Intan.



Deep Chocolate Bundt with Ganache and Caramel Drizzle

Thursday, March 24, 2016

Kek Tunang Ayang, Huda and FIKCLES

Assalamualaikum..

Thank you Huda sebab merealisasikan Kek Pertunangan Ayang and Eddy Sabtu lepas. Puas I fikir nak kek yang macam mana (Biasa la… Makcik yang over macamkan I yang bertunang haha). Kata Kaklong dia taknak Fondant Cake sebab bertunang je. So I pon Google-google gambar and end up ternampak Korean Flower Buttercream Cake dekat blog mana entah, terus send gambar tu dekat Huda and mintak dia buat. Kata Huda dia tak pernah buat kek bunga lebat-lebat macam tu tapi dia akan cuba. I encourage Huda untuk buat and I yakinkan yang dia boleh buat as always sebab dia ni memang tangan berseni and banyak idea nak deco cake.

Tema cake is pink and baby blue and I bagi Huda a few contoh and finally below is the result. Lawa and sweet sangat nampak kek ni. Thank you Baby! I know you can do it! Cantik sangat sangat sangat (^_^)

Harga kek ni, Huda pon taktau nak letak berapa. Dia suruh I yang letak harga. Asal boleh je ko ni kan Huda? Haha. Kata Huda kalau Korean Flower Buttercream yang bunga 4-5 kuntum is RM150.00 tapi yang lebat macam Kakyang punya tu, dia kata taktau nak letak berapa RM. Haha. So sapa yang tanya berapa harga ke Kakyang last time, tak dapat la I nak menjawab. Yang tu korang kena tanya Huda terus. Pada sapa yang berminat, korang boleh Google gambar kek korang or bagitau apa warna tema, nanti Huda buatkan. I love both cake. Yang sarat bunga pon cantik, yang simple sekuntum dua pon cantik.

Korean Flower Buttercream Cake by Huda for Ayang and Eddy's Engagement

Thursday, March 10, 2016

Kek Huda Kembali

Assalamualaikum..

Sapa rindu Kek Huda angkat tangan! Korang dah boleh la rasa balik cake Huda sebab start dari sekarang, Huda dah baking cake semula and dah aktif ambik tempahan as anak bongsu dia Nouman pon dah besar sikit so tak renyah sangat macam dulu. Huda pon dah boleh handle balik her hectic life so InsyaAllah dia boleh terima order cake/cupcakes for any occasion. Untuk saja nak makan sebab nak naikkan berat badan, birthday, wedding, open house, door gift etc. Cakap je nak kek apa, macam mana rupa, jenis apa, besar mana zaaappppppp InsyaAllah Huda boleh buat. Huda bakes her cake with love so cake dia memang sedap dan buatannya kemas. Dia memang ada lotsa idea untuk decorate cake and let say korang ada any specific cake, boleh tunjuk pada Huda and dia boleh realisasikan impian kek nkorang.

Kek Huda ada macam-macam flavor. Korang boleh customize nak macam mana. Ada vanilla, magnolia, pandan, chocolate segala mala jenis chocolate dry wet and nasty semua ada hahahaha. Ada banana walnut, red velvet, blue velvet, rainbow and many more. Macam I, I suka chocolate moist + peanut butter cream with blueberry jam. Perrrghhh. Pengsan ok? Kek Huda memang sedap. I semenjak makan Kek Huda dah malas nak pandang kek lain. Sama la dengan Kaklong I. Kitorang memang letak Huda punya cake as a benchmark. So far memang tadek lagi la dapat lawan. Tu tak kira dia punya pavlova, brownies and durian cake segala.

Pada sapa yang pernah makan Kek Huda, I bet dah payah nak except cake orang lain kan? Once order, memang jatuh cinta. Rumah Huda dekat TTDI Damansara so korang boleh pick up dekat sana and Huda also boleh buat delivery area Klang Valley. Sapa yang duduk dekat luar KL alamatnya boleh jilat screen ni je la eh? Hahahaha. Selain dari cakes and cupcakes, Huda also buat fancy cookies, cookies and mana more. I pon tak larat nak taip. Apapa korang tanya la Huda sendiri. Boleh WhatsApp/Call dekat 019-7165687 atau check out Facebook and Instagram Huda Glory. Jom check out kek-kek Huda. Ni sikit je ni. Ada banyak lagi dalam IG dia. Pergi la tengok sendiri.


Chocolate Ganache Cake With Maltesers
RM150.00 Size 9 inch

Thursday, October 22, 2015

Pandan Cake with Swiss Merengue Buttercream and Gula Melaka by Huda

Assalamualaikum..

Dulu dekat Ampang Point ada Cupcake Chic. One of my favorite cupcake ialah Kek Pandan Dengan Gula Melaka. Tak ingat apa nama specific dia. Tapi I memang suka giler kek pandan tu. Kata Intan, ongtue je suka kek pandan, kek kelapa ni. Senang lenang je dia cakap I ongtue macam umur dia 18 tahun. Makan Kek Pandan takpe lagi, kurang tuwe dia. Kaklong tu makan Coklat Bounty yang ada kelapa tu lagi ongtue. Hahahahaha. Anyway now Cupcake Chic dah tadek dekat Ampang Point jadi susah la I nak makan kek tu dah, so macam biasa I mintak Huda merealisasikan impian Kek Pandan I. I suruh dia buat balik and ubah sikit-sikit macam yang I nak. Selang 3 hari, zaaaaapppppp dah siap dah kek Huda buat and dia bagi I dalam bentuk cupcake 12 ketul. Makan macam nasik la. Apa lagi? Sapa suruh sedap sangat.


So this is the cake. Pandan Cake with Swiss Merengue Buttercream and Gula Melaka.

Friday, September 4, 2015

Combo Pack from Huda Glory

Assalamualaikum..

I sekarang masuk lift dah tahap sampai nak tutup muka dengan kain dah sebab bebudak opis ni (different department) asal nampak I je, ‘Wei, aku nak brownies. Wei nak Durian Crepe’. Asal nampak I je cakap pasal makanan. Sabau ajer la. I pon semalam call Huda and paksa dia amek order jugak-jugak. No excuses. Huda kata ok. Lagipon now dia ada buat Combo Pack. Sesuai la untuk yang suka makan kek macam Kaklong and Dyba. Combo Pack ni packaging besau, lepas tu murah. RM50.00 untuk 4 jenis cake macam gambar bawah ni. Dalam Combo Pack ni ada Red Velvet, Victoria Sandwich, Banana Walnut and Brownies. Semua cake yang rich ok? Bukan kek span basuh pinggan. Bila makan, memang puas hati. Sesuai jugak untuk buat hadiah pada kawan-kawan yang suka makan biar dia gemok terus or sebagai buah tangan bila melawat saudara mara. Mereka pasti gembira menerima this kinda thing.



Combo Pack from Huda Glory
On top is Banana Walnut, bawah tu Victoria Sandwich. Sebelah dia Brownies and atas Brownies is Red Velvet. Combo Pack ni is only RM50.00 SAHAJA ok? Boleh makan sampai mampos. Hahahaha

Sesiapa yang nak order boleh terus contact Huda (019-7165687). Budak-budak opis, boleh email I. Kata Huda boleh order now and delivery Selasa (8/9/2015) ni. Ok? If banyak order Huda boleh deliver dekat tempat korang. Kalau tak, korang boleh collect dekat rumah dia area TTDI Damansara, dekat dengan Rasta tu. Lepas tu boleh la terus pergi singgah Fikcles lepas tu makan Lontong Goreng perghhh perghhh perrrghhhh. Huda ambik order untuk semua jenis cake macam biasa, cuma korang jangan mintak la Durian Crepe sebab now hazab sangat nak carik Durian D24. Huda kata kalau guna durian jenis lain, dia tak puas hati. So sapa nak makan DC tunggu la sampai musim durian baru la dia boleh buat.

Korang jangan la susahkan Huda cakap tingin makan DC sebab mengandung la, dah nak mati la apa la. Mementanglah member jenis cepat cair kalau dengar orang ngidam. OK? Dah. Order lekas. Sesapa yang duduk JB pon boleh place order sekarang sebab weekend ni dia balik JB so boleh bawak sana sekali. Sekian Terima Kasih.

-eNd-

Thursday, June 18, 2015

DURIAN CREPE HUDA IS BACK!

Assalamualaikum.

AKHIRNYA Huda mengalah dengan pujuk rayu I and dah start ambik order untuk Durian Crepe. Sesapa yang pernah makan Durian Crepe Huda jer yang tau betapa nipisnya kulit DC dia like a real durian, betapa fluffy dia punya cream, and betapa manis dan sedapnyanya durian yang Huda guna. Quality durian Huda paling jaga. Dia tak guna sembarangan durian cap ayam yang layak jadik tempoyak ke apa. Untuk batch harini/esok Huda guna Durian Udang Merah and lepas ni, dia akan guna only Durian D24. Memang mantop bergegar!


Durian Crepe Huda is back! 
RM12.00 pack (Dalam ada 4 pcs)


Yang ni ready stock. Ada dekat rumah Huda. Cais! Menggoda debab kau eh? Geram nak jotos!

Korang dah boleh place order korang bermula dari SEKARANG. Yes. Sekarang. Kalau korang teringin nak makan, dah boleh datang ambik dekat rumah Huda. Dia ada ready stock. Tapi call dia dulu [019-7165687] sebelum datang Ok? Untuk delivery dia ambik for 10 pax keatas. Kalau less than that, kata Huda pepandai la datang amek dekat rumah dia. Eskyen betul. Hahahahaha. 

Untuk yang kerja sama tempat office dengan I, (Ida, Ila, Acu and The Gang) korang pergi kutip order sekarang and bagi pada Kaksu by esok petang. Nanti Isnin dapat Ok?  Pada Rish, I agak now you mesti tengak call Fruz suruh merempit ambik durian dekat rumah Huda kan? Dia tu memang minah teringin pon. Hahahaha. So, wait no more, Durian Crepe, come to Mama!


-eNd-

Thursday, May 28, 2015

Birthday Party Ayeisha and Suffiah at Fikcles

Assalamualaikum..

Ahad lepas Huda invite kitorang anak beranak pergi Birthday party anak dara dia yang dua orang tu, Ayeisha and Suffiah dekat Fikcles. Senang ada restoran, buat kat kedai sendiri jer. Kata Huda party start at 3.00pm. Pukul 2.00pm kitorang dah gerak dari Ampang. I kata pada Saz, ‘Sampai je sana nanti sedang elok tinggal makan jer’. Hahaha. Busuk sangat perangai, I know. Pagi tu kan kitorang makan kat Kubur Ampang tu, I cakap pada Saz nak makan Ciken Cop, tetiba tauke tu lambat bukak. By 9.30am kot baru dorang nak set up. Kitorang dah lama dekat situ dengan unlimited meja kalau lama-lama sangat macam tak fair dekat orang lain. So makan je la Mee Bandung. Sedap jugak. Letak sambal kicap. Perrgh perghh perrghhhh. Menyirap je Sazli tengok I makan Mee Bandung siap Milo Dinasor. Member now tengah diet, air pon teh o jer. Kah kah kah.

Sampai Fikcles sekali orang baru nak start pasang candy booth. I dah ketar kepala lutut kelaparan. Ada dalam 30-40 minutes kot I berdiri paling dekat dekat meja makanan dengan semangat berkobar-kobar. Lepas birthday girl sampai, Pengerusi Si Dino bagi ucapan lepas tu kata dia jemput Ustaz baca doa. I dengar Dino kata, ‘Ustaz ni kalau doa lama’, I sikit lagi nak menitis air mata sebab dah lapar sangat. Haha. Shein dengan Sazli masa ni, sikit I tak peduli. I berdiri tak gerak-gerak dekat tepi counter bebetul sebelah bubur jagung dengan fruit salad.


Cake for Ayeisha


Cake for Suffiah. Dedua tak sempat nak makan, sebab by the time Abang Taufik bagi kek, Shein dah tukar uniform. Takot nanti belemuih balik. 


Banner ni Candy Buffet team yang buat


Bila boleh makan? Haha.


Princess!


Candy Buffet.


The crowd.


Goody Bags

Lepas tu Dino kata, ‘Ok children can queue up for foods’. Huwaaaaaaaaaaa dah yang tua kalau lapar kena tunggu ke acane ni? I bengkak je tengok. Dah la barisan panjang. Takper la, makan buah dulu. Sunnah Nabi kan? Dan dan la time ni nak sunnah Nabi segala. Padahal hati dah bengkak tengok ada budak tu amek chicken drummet sampai 4. I peratikan jer. Dah la bebudak ni jenis tak boleh decide nak ayam ke nak fish fillet. Geram jer.  Kalau sampai turn I habes, memang I nanges dekat situ jugak. Haha.

Tak tahan nak tunggu bebudak kecik tu amek makanan, dah la semua terkemut-kemut, I masuk queue jugak. Tetiba I sorang jer orang besar. Haha. Lepas tu I amek pinggan and cakap, ‘I take for my baby. See over there with his dad’. Beria explen dekat Abang yang tukang ambikkan makanan tu sebab I sorang je orang besar time tu. HAHAHAHAHAH. Lepas amek 1 pinggan Aglio olio and 1 pinggan Bolognese, I letak pada Sazli and Shein. Bangun lagi ambik chicken drummet (sebab takot habes) dengan pita bread + salted egg squid. Lepas tu duduk tak pandang kiri kanan dah. Kata Sazli, ‘Takper, Bubu makan dulu, Papa kawan dengan Shein’, terus zaaaapppp makan habes 3 pinggan semua sekali. Puas hati aku. Tak pandang kiri kanan dah. Rish datang pon I ‘hi’ sekejap lepas tu sambung makan. Sungguh tak kisahkan orang dah. I sangat lapar. Hahahah.

Dah siap makan, baruuuuuuuuuuuu la lega. Tengok I senyum balik, Sazli urut dada. Haha. Dia tau I kalau lapar memang boleh mood kelaut, then baru la I melayan Shein main masak-masak campur kek dengan spaghetti la apa la macam rumah dia. Tu yang dia susun pinggan dalam makanan RIsh tu. Dalam pukul 5.00pm kitorang gerak balik. Tak boleh tunggu lama sebab Shein dah rimas serba tak kena. Sana nak lari, sini nak lari. Dia buat macam Playground. Baik balik sebelum memasing tarzan. Hahaha. Nak borak dengan Kakyus pon tak sempat sangat. Huda pon bizi layan tetamu.


Kata Kak Yus, 'Jom Su, ambik gambar sebelum Kak Yus makan', ketar-ketar I suap makanan time ni. Haha.


Lovely Huda and Kak Yus


Shein, can you stay for a second?


Raisa pon pelik tengok Abang Shein dia huru-hara sangat. Haha.


'Raisa, awak taknak masuk dalam blog Chooyaya ke?' Kata Rish pada Raisa.


Macam janji je kitorang pakai kuning harini. Terus team Maskot Digi. Rish pakai kuning lawa la, I pakai terus lebam.


Budak Raisa ni baik giler... Diam jer. Suap apa pon makan. Bagi kordial sikit nak mintak banyak-banyak lagi. Dia ingat dia 2 tahun? baru 7 bulan kot? Haha.

Anyway, thank Huda for having us. Sedap semua makanan. Dah nama pon Fikcles, kalau tak sedap memang carik pasal la kan? Nanti birthday Shein nanti, nak mintak Fikcles buatkan macam ni jugak la. Simple jer. Ajak kawan-kawan party tepi kolam. Lepas makan boleh terus terjun sejukkan badan. Gitu. Tapi berangan jer la. Bila time birthday celebrate anak-beranak jer. Semua ni cost! Kalau nak buat birthday Shein, tunggu dia pandai appreciate duit, appreciate things baru boleh buat. Kang party dah grand segala, time nak potong cake pon dia guling atas lantai tak ok jugak. Kan?


-eNd-

Wednesday, May 20, 2015

Kisah Durian and Durian Crepe Huda

Assalamualaikum…

Bengkak jer hati I bila sekarang ni ramai pulak yang share gambar durian. I pandang dengan pandangan sayu jer. Sian sangat I. My favorite durian is Musang King or D24. I suka yang kaler oren-oren tu. Ada orang suka durian yang pahit kaler putih. Yang tu I tak suka. Biasa la ongkampong belagak, durian nak yang mahal jer. Kahkahkah. Tapi now  Musang King mahal giler kot? Ada yang sampai RM60.00 sebijik kecik. I ada 2 kali bad experience beli durian. Sekali masa beli durian dekat simpang rumah I yang dia bagi durian buruk and sekali lagi kena tipu penjual claim durian tu Durian Musang King tapi balik  rumah dapat durian mangkau (bukan durian mak engkau yer Upin)

Kes pertama. I jenis pemalas nak turun kereta untuk pilih durian and harap semua orang jual durian dalam dunia ni jujur (Walaupon at that time I nampak penjual tu siap ada tattoo bapak besar dekat lengan, muka memang menakotkan tapi takpe. Kiter bagi dia chance. Kena ada trust). Dia yang pilihkan. Kata dia D24, 1 bijik besar, 2 bijik kecik. RM80.00 kesemuanya. Semangat kemain berkobar nak makan sampai kembang-kembang idong bernapas. Skali bila sampai dekat rumah Bapak, masa nak kopek, 3 3 tu busuk/buruk ok? Masa yang tukang jual durian tu tunjuk pada I yang duduk dalam kereta, dia tunjuk part yang elok je. Tak puas hati, I pulang balik. I cakap pada Abang Tattoo tu, ‘Bang, tak baik buat customer macam ni, naseb rumah saya dekat boleh datang balik. Mana yang duduk jauh Abang rasa macam mana? Berkobar nak makan durian sekali SEMUA buruk. Bukan murah bang saya beli’.

Abang bertattoo masih jugak nak menegakkan benang yang basah, dia ambik durian pusing-pusing tunjuk pada I cakap mana ada buruk? I turun kereta and show to him direct tepat dekat muka dia mana yang buruk. Dia pon dah malu-malu alang kot? Dia cakap ‘Ok la. Takyah cakap banyak. Tukar yang lain’. Ewah kau eksyen. Dia ingat I takot kat dia? Dia taktau Sazli rambut panjang Abang Kawasan Ampang. Haha. Tapi kata Sazli, I berani sangat. Naseb tak kena takok dengan Abang Durian tu. Hahaha. Takper la, janji dapat tukar. I ambik 4 bijik kot? Kecik-kecik tapi semua ok. Nak dijadikan cerita, dalam lift yang I masuk sekali tu ada 2 beradik kecik-kecik cakap dekat Mak dia, ‘Mak, nak makan durian. Nak durian nak duriannnnnnn’. I tak sampai hati, hulur je semua durian tadi dekat budak tu. SEMUA.

Keluar lift I senyum. 1) Sebab puas hati dapat tukar balik durian buruk and sekolahkan Abang Penjual Durian Bertattoo. 2) Sebab dapat bagi budaK-budak happy by give them my durian. ALL. 3) Sebab sepatutnya I ambik la sebijik durian tu buat rasa. Tapi I bagi semua. Sudahnya aku makan kaki je haritu. Hahahahaha. Typical sangat perangai.

Kali kedua pulak, I pergi beli durian dekat area Ampang Waterfront. Masa tu Shein baby lagi. Beli la sebijik kononnya Durian Musang King. Almost RM80.00 kot harga untuk sebijik. Sebijik besar. Walaupon nak makan sorang tapi tamak kata kau. Yang display memang isi lawa. Balik rumah masa nak makan, durian mangkau. Mangkau eh nama dia? Yang keras macam tak masak tu. Sedih. Nak pulang balik, rajin sangat Sazli nak layan. So berjujuran la air mata jatuh meratapi naseb tak dapat makan durian. Semenjak 2 kes tu, I memang serik dah nak beli durian. If tingin sangat nak makan pon, I rather beli yang dah siap kopek macam kat Jusco tu. Puas hati. At least kiter tau yang isi dia memang elok.

Susah giler kan nak dapat durian yang betul-betul sedap. Dalam 20 bijik pon belum tentu ada yang ok. I tak suka yang masak sangat sampai lembik. I suka yang fresh and manis, and oren, and wangi. Pernah la sekali je dapat makan time dekat Jengka. Beli 3 bijik, but sebijik je yang ok. I dengan durian definitely tak boleh jadik kawan baik. Always bad luck. Sedih giler. Tapi, only ada 1 jer durian yang tak pernah kecewakan I sepanjang hayat. Durian Crepe Huda. Hahahahaha. Aci tak? Hadoi. Dalam banyak-banyak durian crepe yang I pernah makan, nothing can beat Huda punya Durian Crepe.


Durian Crepe Huda. Tengok la sendiri macam mana. Menitis la ailio ko kat keyboard.


Semua dah jadik kenangan. Haha.

Kulit dia nipis, warna pon cantik berkilat sebijik macam kulit durian sebenar. Whipped cream dia tak manis sangat and just nice also tak muak. Isi durian yang Huda guna sangatlah berkualiti and tak berair. It just perfect! Cumanya yang menjadik masalah, Huda dah tadek buat dah durian crepe dah sekarang. Kata Huda, Durian yang elok susah nak carik, lagipon mahal. Susah nak untung kata dia. Takkan nak jual 4 ketul RM15.00 pulak. Huda memang macam tu. Produk dia memang berkualiti. It’s either buat yang berkualiti and puas hati, or never. So I agak, Huda memang taknak buat dah la kot Durian Crepe.

Nyampah.

-eNd- 

Wednesday, April 29, 2015

Brownies Huda Yang Sedap!

Assalamualaikum…

Semalam Dyba bagi I brownies sepotong balut dengan tissue. Omel sangat. I tengok jer dah tau Huda yang buat. I memang hebat. Kata Dyba, itu cake untuk birthday Joesham. Kata Dyba lagi, midnite masa birthday Joe dorang makan Brownies, esoknya masa birthday dinner dengan family pulak makan Red Velvet pulak. Melampau tau Joe punya birthday sampai dapat 2 cake? Tapi sebab dia tapau jugak untuk I dengan Intan esoknya so I tak la jeles Joe ada 2 kek. Hahaha.

Oh, btw I jeles main-main tau? Kang ada pulak yang tak habes-habes nak tuduh I ni manjang busuk hati/dengki kat orang. Tak kuasa la hidup 24 jam nak dengki dengan orang lain pasal menda-menda kecik, banyak lagi menda lain aku nak buat dalam dunia ni.

Sambung cerita. Lepas tu I pon bawak la balik rumah. Makan segigit lepas tu macam OMG! Amenda sedap sangat ni? I memang tau la yang Huda punya brownies memang sedap before this tapi yang ni memang laaaaagi sedap! Baru makan segigit Shein dah berdiri depan I cakap Mamaaaaaa. Hulur tangan lepas tu angguk. I cubit sikit jer bagi dia and Shein terus cakap, ‘hurrrmmmm yuuummmmm’. Haha. Lepas tu mintak lagi, bila masuk mulut je brownies tu dia kata ‘Haaaaaaaaa’. Lepas tu gelak-gelak kecik, goyang bontot, jalan kengkang tanda puas hati. Sekecik-kecik Shein pon pandai appreciate makanan sedap. Ikut perangai sapa la tu. Hahaha.

Kata Sazli, ‘Mama bagi je la Shein semua. Sian dia. Dia kan kecik lagi’. I pon bengang la sebab dapat makan sikit tapi takper, demi Shein Mama Sacrifice. Hahah. Lepas Shein abes makan, I jeling dia sampai nak terkeluar bijik mata. Lepas tu terus meses mengadu dekat Huda yang I tak puas makan. Lepas tuuuuuuuuuuu Huda kata esok dia bagi satu box terus. Makan la sampai puas. Woo Hooo!! Tenkiu Huda. You’re the best fairy princess ever! I know it’s you Gru, but I just pretending for the other kids. (Tetiba keluar skrip Despicable Me. Kahkahkah)

I tanya Huda, macam mana yang brownies dia turn to be delicious like this? Kata Huda, dia tukar butter and improvise recipe sebab head chef Fikcles dah sound dia suruh improve tahap kesedapan kek-kek dekat Fikcles. Berani dia komen kek-kek Huda? Kata Huda ‘Suraya je yang berani komplen kek I setakat ni’. Hahahaha. Ngek Huda. So now I know kenapa yang sedap sangat, Huda dah tukar recipe dia! Sedap sampai tahap nak berguling tengah jalan.


Brownies by Huda. Sedap gilers!


Buat banyak-banyak ni, diharap dapat la bagi aku sekeping dua eh Huda?


Ni la yang DYba bagi pada I semalam. Sedap giler! Kata Dyba, masa birthday Joe, Sophie yang beria macam tu birthday dia. Hahaha.

Kata Huda, kalau nak makan yang 1 kotak besar tu, order la dekat Huda sebab kalau beli dekat Fikcles dah jadik harga lain. Untuk 1 box 9x9 is RM40.00 and 1 box 12x12 is RM80.00. Haritu first time Kakju makan Brownies Huda kata dia, dia tak pernah makan brownies yang sedap macam ni dalam hidup dia. Biasa brownies kalau orang tak pandai buat dia akan jadik dry, tapi yang ni memang sedap Su! I pon layan cenggitu jer la sebab I pernah makan brownies Huda kan sebelum ni so I buat dek jer la. Padahal yang Kakju makan tu, yang guna recipe baru patut la dia asyik menyebut jer. Harini ajak pergi Fikcles lagi beli kek, dia ingat Platinum Park dengan TTDI tu macam jarak nak pergi Pavilion? Hahahahaha.

Bila I dah rasa malam tadi baru la padan muka I. Sebelum ni memang sedap but this time extra sedap! Brownies Huda tak la manis berdentang. Just nice. Rasa dia full of chocolate and lembut dekat dalam, atas dia rangup lepas tu drizzle pulak dengan homemade caramel sauce perrrrrghhhhhh perrrrghhhhh. Menyampah nak explen macam mana sedap dia. Korang kalau I cakap sedap, maksud dia sedap la tau? Bukan main-main.

Oklah. Tu jer nak cerita. Pasal brownies Huda yang sedap. Kalau nak order, boleh contact Huda dekat 019-7165687 atau message la dia dekat FB dia, (nurhuda Samsudin) ok? Lepas tu bila dah dapat makan, baru kau tau apa yang I meroyan sekarang ni. Haha. Jap. I rasa dalam ramai-ramai reader, Rish la yang paling terliur dengan entry ni I agak. Dia tu bukan boleh. Apapa yang I share dekat blog semua dia teringin. Kang senyap-senyap jer order dekat Huda. Bukan boleh caya dia tu. Hahahaha.

-eNd-

Thursday, March 26, 2015

FIKCLES Cakes!

Assalamualaikum..

I ni peratikan ajer perangai Huda ni. Kecik besar kecik besar je I pandang dia. Hari-hari dia upload gambar kek dalam IG dia. Sentut betul. Hahaha. I dah bergenang-genang air mata each time tengok dekat henpon. Tau jer la, kekadang bila datang Fikcles, I mesti makan nak banyak jer. Sampai 2 3 jenis entrée. Sampai tadek space anymore untuk dessert. Nak lompat-lompat setempat nak padatkan dalam perut also cannot eat anymore. Tapi time waktu-waktu macam ni, tengok Huda masukkan gambar kek rasa nak jotos jer dia. E!

Minggu depan I nak datang la Fikcles. Nak kena datang jugak! Tak boleh jadik. Dah sebulan lebih kot tak pergi? Sazli tu je yang selalu pergi. Dia kalau tingin jer zaaappp dah sampai Fikcles. Opis dia dekat area Subang so macam tak jauh sangat la kalau nak ke TTDI. Haritu kata dia, nampak Elly dekat sana. I tanya Sazli, ‘You hensem tak tadi?’. Sazli jawab, ‘I macam ni je la. Biasa jer’. Alololo. Of coz la you hensem. Kalau tak hensem I tak nak la you. Ok. Salam.

Malam tadi I garuk-garuk kepala sebab uban pendek kalau tumbuh kan gatal? I tanya dia, ‘Papa, you gatal kepala tak uban tumbuh?’ Nak tau dia jawab apa? ‘I tadek uban. So tak gatal’. Confident sangat! Hahaha. Padahal uban dia tu ada yang sama panjang dengan rambut dia kot? Hahaha. Sorang lagi yang confident ialah KakYus. Dia masukkan gambar dia dengan kawan dia dekat FB lepas tu caption tak menahan, ‘Like yang ke-100 akan dapat makan bersama Kakyus, Suraya dan Huda di Fikcles minggu depan’. HAHAHAHHAHA. Nanges I gelak. Dia ingat kitorang ni artis la yang ada orang nak makan sama?

Dah la selepas 24 jam, ada 16 like jer kot? [Ok. Tanam kepala dalam tanah]

Anyway, disebabkan I taknak only I sorang jer yang meroyan tengok kek-kek Huda yang dia letak dekat Fikcles, so I nak share dekat sini dengan korang. Dengan ucapan, ‘Marilah kiter merana bersama-sama’. OK? Kek-Kek Huda ni memang sedap. Sapa yang pernah makan, tau la macam mana. So takyah cakap banyak, jom check it out!


Chocolate Cake With Cream Cheese and Ganache



Red Velvet


Banana walnut with cream cheese frosting and butterscotch drizzles


Chocolate Cheese Cake with Belgian Dark Chocolate and Butterscotch


Victoria Sandwich


Lemon Cake with Ganache, Swiss Meringue and Lemon Curd


Chocolate cake with peanut butter frosting & shaved chocolate



Red Velvet Cupcakes


Chocolate cupcake with chocolate butter-cream frosting and drizzle butterscotch


PB and Chocolate Brownies


Double Chocolate Brownies and Rocky Roads


Bread Pudding with Vanilla Ice-Cream


Caramel Cheesecake with Crushed Cookies


Chocolate Cake with Peanut Butter Frosting

So, acane? I agak dalam ramai-ramai orang yang baca ni, Rish la yang paling merana. Sebab dia tu minah teringin. Jap lagi kang ada jer la dia bagi dalam group, ‘Korang, jom malam ni makan kek dekat Fikcles’. Confirm! Hahahaha. So pada sesiapa yang tak pernah lagi pergi Fikcles, korang kena pergi ok? Selain dari kek-kek ni ada macam-macam lagi makanan sedap dekat sana yang I kongsi dekat sini and sini. And kalau nak order kek untuk birthday, wedding or any function Huda still buat. Korang contact je dia sendiri dekat Huda punya Facebook. Bagitau korang reader’s Chooyaya nanti Huda kasik discount. Ok. Yang ni I memandai. HAHAHAHA.

FIKCLES
11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-7732 4885

-eNd-