Showing posts with label Intan. Show all posts
Showing posts with label Intan. Show all posts

Friday, August 10, 2018

Mandela Vs Medela (Dalam pandangan Intan)

Publish : 12/6/2013
Re-Publish : 10/8/2013


Assalamualaikum.

Semua tau kan yang Mandela dah passed away pagi ni? Melimpah dekat Instagram artis-artis yang up pasal ni and habes kena sekolah dengan fans sebab sebut Rest In Peace. Tak boleh sebut katanya sebab kuatir salah dan berdosa bagi orang Islam yang cakap macam tu. I suka Mandela since Sazli banyak bercerita dekat I pasal Mandela. Bapak pulak ada buku Biography pasal Mandela and dia ada cerita jugak macam mana Mandela ni ajar rakyat-rakyat dia supaya tak racist between white and black dulu masa dia jadik president. Pastu ada satu filem ni nama Invictus. Lakonan Matt Damon and Morgan Freeman yang memainkan watak sebagai Nelson Mandela. How Mandela (Madeeva) unite rakyat Africa by Rugby. Very inspiring. Serious korang kena tengok. Bagi I, bila Mandela passed away, we have lost one of humanity's greatest treasures.
Mandela

Friday, July 27, 2018

Intan Dan Hafiz

Publish : 8 Mei 2014
Re-Publish : 27 July 2018

SAPA INGAT KISAH HAFIZ AND INTAN ANGKAT TANGAN!

Assalamualaikum.

Kat opis kitorang ni ada la sorang driver ni. Al-Hafiz nama dia. Comel demok. Berat 120kg. Umur 27 tahun. Dia kan? Dalam ramai-ramai muda remaja dekat office ni, dengan I sorang je yang dia segan nak cakap. Kalau I panggil dia, Al-Hafizzzzzzzzzzzzzzz nanti dia sengih-sengih je. Nak tau tak? Al-Hafiz ni kawan baik Si Intan tau? Dia memang rajin la melayan Intan. Kang kejap dengar la Intan gelak-gelak dari tempat dia. Ingatkan apa. Rupanya Si Al-Hafiz tengah ambikkan gambar Intan pakai henpon dia. Sebab dia pakai I-Phone 5s. Melampau kan?  Handphone nak I-Phone jer. I rasa Al-Hafiz ni comel kelakar and lurus. Kitorang pon layan dia, tanya dia soalan pon macam tanya budak sekolah tadika.

Haritu dia datang dekat Intan. Kata dia, ‘Akak, Apis lapar la’. Pastu Intan kata, ‘Apis nak apa? Akak tadek apa ni. Biskut ada la. Nak?’ Pastu kata Hafiz, ‘Taknak la’. Intan apa lagi, buntang la mata dia, ‘Dah tu Apis nak apa?’ Kata apis, ‘Pizza’ T___T

Pagi-pagi nak makan pizza. Memang melampau dia ni.




Tengok la Intan ni. Berangan pwincess tak habes-habes. Dia kembangkan kain dia pastu suruh Hafiz ambik gambar. Sabar jer la.

Thursday, March 1, 2018

#intancelebration7.0

Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas kitorang makan-makan dekat Aseana sempena #intancelebration7.0 sebab dia pass exam. Kata Intan result dia paras-paras hidung and tak boleh dibanggakan sangat pun tapi kena celebrate jugak untuk menaikkan semangat dia habeskan study and dapat Degree. Celebrate memang penting pada Intan sebab tu dia abes je exam zaaaappppp terus pergi Jepun. Boleh je dia join entah sapa-sapa dekat sana. Takde kawan takde apa and main snow sorang-sorang ambik video selfie (pon boleh). Lepas tu I cakap kat Intan, ‘Intan nak ambik Master ke? Kalau Intan ambik Master memang Kaksu akan terajang Intan. Tak cakap banyak dah’.  Sedang sekarang pon takde life, lagi nak amek Master. Lepas Master ambik la phD je terus. Hahaha. I tanya Intan, ‘Intan ni beria sampai nak ambik Master kenapa? Nak jadik GM ke?’ Intan ketawa je. InsyaAllah awal tahun depan Intan habes la study dia. I pulak yang excited and tak sabar nanti nak pergi dia punya Graduation Day. Tingat dulu kita borak-borak masa mula-mula Intan decide nak ambik Degree 3-4 tahun lepas, ‘Agak-agak nanti time intan Grad, apa jadik eh Kaksu? Sapa la eh suami Intan time tu? Ada baby dah ke Intan eh?’ Nampaknya memang tak jadik apapa laaaa and still yang akan pergi Graduation Ceremony tu is Kaksu, Dyba, Kaklong, Izzah and Izzy. HAHAHAHAHA. Yang bertambah cuma anak-anak kitorang je la nampaknya. Anyway Intan, congrats! Kaksu tau dah Intan sure akan pass exam ni sebab tengok Intan study macam apa je. Nanti bila dah abes part time study ni, sure Intan akan sunyi and rasa missing. Lepas tu Intan mesti rasa ok je kalau nak ambik Master. Kan? Ambik la kalau nak kena terajang. Hahahaha. 


Sempena #intancelebration7.0 ni Intan request nak pakai baju Maroon + tudung gold. Sekali sampai KLCC semua jalan jauh-jauh sebab malu. Dah macam kumpulan Nasyid dah bergerak segerombolan. Agak-agak la kalau nak kaler tema. Next time jangan nak kaler beria macam ni Ok? Malu kat oghang. Hahahaha.

Tuesday, December 5, 2017

Assemoga Intan 2017 - Part III



Assalamualaikum

Masuk bulan doblas dah ni. Baik setelkan Intan punya birthday sebelum masuk 2018. Kemain birthday dia sampai ada Part III tau? Melampau lawan Tauke. Tapi takper la, birthday setahun sekali je so kita kasik chance. Janji jangan sampai 7 Part macam birthday I dah. Untuk Dyba tahun depan kita buat 5 Part pulak Ok? Hahahahaha. Tahun ni I rasa birthday Intan paling meriah compared dengan tahun-tahun lepas. Dulu dapat bunga + cake jenama King je (Lepas tu Intan cakap – Ni je?) Hahahaha. Sekarang dah makin tuwe, baru la meriah sebab now pon dia ada peminat jugak walaupon bukan blogger. Hope Intan happy apa yang kita arrange untuk dia and jangan nak jeles dengan Kak Ani dah. Kak Ani mana ada photoshot tetengah hujan macam ni? Ni kalah Amelina dengan Ewan dalam lagu Memori Daun Pisang. Photoshot guna camera phone Izzy ni kita buat dekat area office I je. Dekat assembly area tingkat 1 kalau tak silap. Tengok kawasan luas ni if arrange ala-ala candle light dinner memang cantik, tapi kalau hujan nanges la nko kat situ. Ada jugak I berangan if I buat concert dekat sini pon ok ni. Concert yang tak tahan tu. Padahal ada anxiety ada hati nak buat concert. Suara pon ala kadar tapi dia punya cita-cita kemain. Anyway, TQ to husband Izzy, Mr Ady Lazarus sebab tak pepasal terlibat. Dia la yang menyelamatkan kitorang haritu. If takde Ady, maka nanges lah tak dapat nak amek gambar cantik-cantik. Baju + Seluar dah baru ni melibatkan kos beratus RM, kalau takde gambar rugilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Bila tengok dalam gambar cantik pulak combination baby blue + white + purple ni. Memula dia request tudung corak, tapi kata Dyba tak cantik sebab tak sama so kita tukar tudung purple. Purple macam mana pon tak kisah janji purple. Hasilnya cantik! Caption untuk each gambar is from Intan. Enjoy reading peminat Intan semua.
 

Tak sangka umur dah 33 ni kawan-kawan masih setia treat Intan macam princess walaupun sementara… Bolehhhhhh la…

Wednesday, September 13, 2017

DearJ Flowers, Intan and Dyba

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari entry sini. So, pagi tu bila Intan dapat delivery bunga dia memang terkejut and tak boleh nak agak dari sapa until la dia baca card tu and nampak dari I. Hahahaha. Semua dekat HR macam tertanya-tanya lah sapa yang bagi dia. Semua ingat BF dia kasik, padahal ternyata BF dia tak seromentik I sebenarnya. Dah 2 kali Intan dapat kiriman macam ni dari I. First masa I menyamar dalam BB Messenger dulu sebagai Mr S sampai I dah deal nak lepak minum coffee dengan dia and lepas tu cancel kan. Tuan punya badan teruk kena jeling dengan Intan, padahal dia tak tau apapa time tu. Intan taktau DP and Nama memang purposely I tukar and belakon jadik Mr S time tu. Ayat manis jugak Intan ni. ‘Maybe we can have some coffee?’ Pui! I dah tak tahan dah nak gelak time tu sebab meja I dengan Intan sebelah-sebelah je tapi akhirnya terburai ketawa and kantoi. Intan taknak cakap dengan I 3 hari kot tak silap. Hahahahhahahaha. So ni kali ke dua lah. Masa I nak bagi bunga pada Intan, I kena refer bini muda dulu (Dyba). Cakap kat dia I nak kasik bunga dekat Intan. Kang nanti kalau dia tiba-tiba tau and nampak Intan post dalam IG/IG Story kang daaaaaaaaaah sorang lagi merajuk. Susah bini dua ni. Hahaha. Dyba cakap ‘Untunglah, merajuk dapat bunga’. Dia taktau yang untuk dia pon I also got one. Tapi taknak cakap lah, nak surprise kan dedua. Kata Intan, masa dia bagitau Dyba, Dyba also cakap yang sama. Untunglaaaaaaaaaaa. Panjang harakah dia tu. Kalau depan-depan maybe package rolling eyes agaknya. Time tu Dyba dekat Hospital jaga Aurel demam and kena admitted.



Bunga Intan. Cantik kan? Ada Lily, her favorite flower. Padahal fav flower I. Sebok nak sama. I suka Lily and Tulips dari Roses… Cantiknya this flower arrangement. Nampak soft je, sesuai la dengan jiwa Intan yang lembut tu. Jiwa ye? Bukan character. Beza tu.

Monday, March 13, 2017

Weekend with Intan

Assalamualaikum..

Puas hati I minggu ni dapat conquer si Intan dari Sabtu sampai la Ahad. Muahaha. Susah sangat Intan ni nak datang rumah Kaksu lepas dia jadik orang Gombak. Eksyen betul dia. Padahal Gombak tadek lagu pun lagi nak eksyen. Lain la Ampang ada lagu. ‘Nak tackle awek Ampang pakai topi KL lagi senang diorang pandang’. Ada dia nyanyi, ‘Nak tackle awek Gombak, duduk Taman Rowther. Blik ada 6, papa kerja askar’. Ada??? Takde kan? Hahaha. Tapi kata Intan, ‘Kaksu, rumah Intan ada 6 bilik tau? Dekat rooftop siap boleh BBQ’. Okla Intan menang sebab rumah dia ada rooftop boleh lepak karaoke and BBQ. Hahahaha. Sabtu tu dari tengahari I lepak dengan Intan. Dia datang dah 60 kali tetap tanya, ‘Kaksu unit rumah please’. Subhanallah budak ni gerammmm je nak tunjal. Kata exam hebat sangat berkampung dekat Library sampai library tutup. Mandarin dapat A tapi no rumah Kaksu tak jugak dia ingat. Lepas Intan park kereta, kitorang gerak naik satu kereta menuju ke Jalan Ampang. Kitorang makan dekat VS sempena dengan Intan lulus exam. Yang tu dia deal dengan Sazli. I ikut je. Bila masa dia deal entah. Hahaha. Kata Sazli, next if Intan lulus exam makan dekat Hadramawt je. Takyah VS sangat dah. 

Lepas makan, kitorang pergi GE Mall pulak sebab nak carik Shein punya Nerf Gun. Nanti Sabtu/Ahad ni ada perang nerf gun dekat rumah Mr Lee di Bentong. Petang tu sementara nak tunggu 9 Kedondong siap setting meja kitorang lepak makan Laksa and Keropok Lekor dekat Tasik Ampang. Ahad pulak seharian I dengan Intan dari tengahari sampai ke midnite sebab dia join Makeup Workshop ANS Beauty and Kaay Cosmetic tu. Lepas habes kelas terus balik rumah I duduk kat sana saaaaaaaaaaampai la midnite baru dia balik. Bagus la balik. Serabut kepala Intan gaduh dengan Shein atas katil. Dah macam ada anak 2 pulak nak kena jadik referee.


OTW ke VS. Sazli bawak kereta. Dah macam naik Uber sebab semua duduk belakang. Hehe.

Friday, March 3, 2017

#Intancelebration 5.0

Assalamualaikum..

Tahniah @Intanloveu sebab dah pass exam. Ni dah Intan Celebration 5.0 dah. Sedar tak sedar dah lebih 2 tahun Intan further study. Dulu bizi tolong Papa dia meniaga dekat Uptown, lepas tu sekarang bizi dengan exam pulak. 24 jam mengadap buku kalau nak exam. Kata Dyba, ‘Orang lain pon exam jugak takde la macam akak cuti sebulan nak baca buku’. Hahaha. Patut buat compilation dah dia punya #intancelebration ni. I pon dah lupa sebelum ni dekat mana dia punya celebration. Yang I ingat, 1) Intan celebration nanti Intan nak pilih baju apa and warna apa nak pakai eh? 2) Intan nak makan pitzah 3) Intan takde duit tau? Ada RM100.00 je so makan tong-tong. Jangan tempat mahal tapi Intan nak makan sedap 4) Intan nak jadik ketua and pwincess. Memacam syarat! Layaaaaaaaaaaaaaaaaaankan ajer la. Ongtue kalau lulus exam ni dia lain macam sikit. Hahaha. I ingat macam sebelum ni ada makan Pizza Hut dengan Capricciosa Pavilion. Tu pon sebab makan pizza, memang la I ingat. Ishk Intan ni dengan pizza takkan mudah jemu kot? I yang bosan. Kalau dia cakap nak makan pizza serentak cakap taknaaaaaaak!! Hahahaha. Tadi pizza dekat Franco ni ada muak sebab dia guna puff pastry untuk dia punya crust. Muak rasa sebab terlalu rapuh. Sekeping ok la, tapi kalau masuk 2 keping rasa muak. Tapi makan lain semua sedap! Kitorang ambik 2 pasta, 2 pizza, and dessert 3 jenis. Share makan 6 orang cukup. Tak membazir and takde pulak tak cukup. Just nice. Kepada Intan, tenkiu belanja RM100.00 untuk Intan Celebration ni. Next kita nak makan kat mana? Kata Intan nanti lepas Raya baru dia exam. Maksudnya ada masa lagi 3 4 bulan ni. Kena plan dah ni mana nak makan tapi harapnya jangan dah la dapat waiter macam dekat Franco tadi, ketiak dia punya pahit sampai rasa masuk dalam tekak!


Tahniah Intan sebab pass exam. Masa dia exam and nak tunggu result, muka habes crack sebab stressed punya pasal. Dengan mata panda, rambut dawai. Dah tak terurus Intan. Kekadang pergi kerja pakai jubah and tudung yang takyah gosok. Sebijik macam kena tinggal laki. Now dalam recovering process.

Monday, November 7, 2016

ASSEMOGA INTAN - PART II

Assalamualaikum..

Kemain, ada je peminat Intan yang mintak entry sambungan Assemoga Intan – Part II ni cepat-cepat. Part I baca dekat sini. Memang I pon nak up cepat-cepat supaya tak kena pressure pada diri sendiri. Si Izzy punya entry Hens Lunch and Wedding pon sampai sekarang tak update, ko ghaser? Entry II ni actually takde apa sangat pon, tapi I saja la nak bagi Birthday Girl happy and rasa special skek so petang tu melayan dia ambik gambar dengan hadiah-hadiah dia. Saspen jugak takot kang tetiba Dato’ datang dari belakang lepas tu kena sergah tak pasal je. Heart attack ok? Haritu dah kena dah. Boleh baca dekat sini. I takot dengan Boss Intan tu. Dia tu kang entah dari mana tetiba je keluar macam magic. Kalau dengan Boss I, boleh compromise sikit, dengan Boss Intan ni memang takde. Dia macam Guru Besar sikit. Tapi ni hujung tahun dengar dia dah nak retired and tak sambung contract so lepas ni no more Dato’ and Intan akan masuk HR. Suka la dia banyak osstesen lepas ni. I nak cakap dekat Boss I, lepas ni kalau Intan Stock Take dekat mana-mana kilang, I nak ikut. I kena escort Intan sebab Intan tak boleh dipercayai. Dekat office ni yang paling takde osstesen memang Secretary je. Sian kan? Paling sian Intan la. Dah 8 tahun kerja, 1 kilang pon tak pernah pergi.

Kata Dyba, nanti masa Farewell Dato’, kita kena buat persembahan Bollywood. Kalau takde orang nak masuk, kitorang je la 3 orang joget. Dyba ketua. HAHAHAHAHA.



Ni hadiah Intan dapat dari I, Izzy and Dyba. Macam biasa, dari Event4U la. Coklat tu sampai sekarang taktau apa nasib beliau. Takde pulak Intan offer apapa. Lain kali bagi bunga je. Biar sama-sama tak dapat makan. Hahahaha.

Friday, November 4, 2016

Assemoga Intan - Part I

Assalamualaikum..

Happy Birthday Intan! Tahun ni Intan 32 tahun. Single macam biasa. Takpe Intan single sebab the best is yet to come. Sebab usually dalam hidup kita ni, yang indah-indah tu sampai lambat sikit sebab konsep dia, 'save the best for last'. Lagipon Intan nampak muda je dengan mengamalkan makan Zenia Collagen, Transgluta dan Transbella (Sesambil iklan) Hahaha. Intan cakap, tahun ni last la dia single sambut birthday. InsyaAllah tahun depan celebrate dengan suami. Tapi masalahnya tak tau sapa lagi sebab calon pon takdak. Hahaha. Intan pon bizi dengan study dia. Dia kan ambik degree? I naik menyampah tengok dia buat notes semua. Tahun ni Boss dia tak sambung kontrak so Intan dah tak jadik Secretary dah la. Dia nak masuk HR. Lepas tu pesan awal-awal dekat Abang Azza (HR Manager) kalau dia masuk HR jangan bagi kerja susah-susah sebab dia bizi dengan study dia. Boleh? Sesuka hati je. Intan ni memang aci boleh je. Beza dengan I, Intan ada la usaha nak kerja Department lain. macam I, I forever nak jadik Secretary sebab I tak suka kerja banyak-banyak sangat. Haha. Dah, jom kiter tengok gambar Surprise Lunch Intan yang kitorang arrange kan untuk dia masa 27/10 lepas dekat Imperial Chakri Palace, KLCC.


Ni dia dapat surprise ni masa kitorang lunch. Macam biasa package surprise dari Event4U. Takyah bagi bunga, sebab bunga tak boleh makan. Kata Dyba bagi la Chocolate Bouquet, nanti boleh makan sama-sama tapi haram sampai sekarang tak nampak kelibat. Haha. Intan taknak share ok? Kedeks Intan!

Wednesday, August 24, 2016

Intan Celebration Vol 3

Assalamualaikum…

Sebelum Intan pressure I bila nak letak entry #IntanCelebration Vol 3 (Sempena dia lulus exam) ni baik I update now. Dia tu bukan boleh kira. Hari Jumaat tu I peratikan ajer perangai dia masa dari office sampai la ke Tony Roma’s, asyik la amek gambar dengan Kaklong semua dekat seat belakang kemain begembira bergelak ketawa like a bausssss. I pon cakap, ‘Ambik gambar beria buat apa? Kalau Intan cantik tapi Kaksu nampak gemok, Kaksu tak masukkan jugak dalam IG or Blog Kaksu’. Lepas tu Intan ketar-ketar suara tanya, ‘Tapi kenapa???’ I kata ada IG dengan blog sendiri kan? Buat apa nak sebok dekat Kaksu? Hahaha. Down terus member. Masa sampai dekat Tony Roma’s kan, kitorang duduk dekat seat 6 orang. Tapi hujung both side ada kerusi so table for 8 la. Si Intan boleh duduk dekat kerusi chairman. I tanya dia, ‘Intan macam mana eh boleh fikir nak duduk kerusi tu sorang-sorang jadik Chairman, kan kita 6 orang ni?’ Lepas tu dia menjawab. ‘Ni kan Intan Celebration? Biar la Intan jadik Chairman’. Lepas tu I jeling dia sampai pening kepala sebab beria sangat lantas Intan pon bangun hentak kaki duduk dekat kerusi belah sana. Hahahaha. This time kitorang order je makanan and share ramai-ramai. Senang nak kira nanti bill divide je by 6.00pm. Tapi Intan punya majlis tapi go dutch. Aku pon tak paham kenapa.


Kick Shrimp ni memang sedap. RM28.90 harga dia.

Thursday, August 4, 2016

Sometime I Also Stupid (Edisi Kantoi Dengan Boss Main Snow)

Assalamualaikum..

Si Intan bongek ni memang kurang kerja. Lately dia suka main apps ‘Snow’ dekat handphone. Semua bermula masa dia sewel nak exam last month, konon nak release tension so dia main la Snow ni. Lepas tu nak drag I sekali. Snow ni lebih kurang macam Snapchat and MSQRD la. Boleh swap face, boleh jadik binatang. Eh apa kasar nau bunyik cakap binatang. Boleh jadik cute animal, jadi tok bomoh (witch) and many more. Ada satu hari ni, Intan ajak I datang meja dia dekat office. Nak main snow dia kata. Kata dia, Dato’ H takde sebab ada outside meeting so begembira la kitorang dua orang amek gambar macam-macam. Memula rasa macam office bising tapi tetiba diam je. Eh, apesal pulak ni? Tapi lantakkan ajer la sebab tengah naik syeh kan? Kitorang siap amek video jadik anjing la. Siap keluar lidah jilat-jilat tu. Ada la dalam 10 minutes, masa Intan adjust handphone jauh sikit tetiba ada entity ketiga dalam gambar and guess who? Hahahahahhaha. Dato’ H! Hahahahahha bongooooook! I menjerit kuat giler sebab terkejut. Masa tu muka Dato’ H serious je lepas tu dia cakap ‘Ni kerja korang eh? Takde kerja ke?’ OMGGGGGG I menggigil badan sebab terkejut. Intan pulak dah duduk dekat kerusi dia muka pucat lesi. Hahhahahahahahah. I tengok muka Dato’ sebenarnya nak tahan gelak jugak. Dia cakap dia dah dekat 10 minutes dekat belakang kitorang. HAHAHAHAHAHA


Meeowwwwww 

Wednesday, November 11, 2015

Menate Lagi. Sapa Kata Steak Dekat Sini Mahal? Mana Ada!

Assalamualaikum..

Hari Ahad bebaru ni, Si Intan datang Ampang sebab nak visit anak boss dia dekat Ampang Puteri. Dah alang-alang datang Ampang Puteri yang jaraknya sekentut monyet dari rumah I, takkan la tak jumpa pulak kan? Intan semenjak dah jadik Orang Gombak ni kemain susah nak lepak rumah I. Dulu masa duduk dekat Wangsa Maju, sebok nak tolong Mama dia jual perfume dekat Danau Kota, now dia further study pulak. Dahhhh bizi lagi. Boring je Intan ni. I kalau tengok Intan menyentan-nyentan buat assignment, I lantakkan ajer. Malas nak layan. Sekarang ni dia sebok belajar bahasa Cina. Haritu masa kitorang pergi Pavilion, ada la 2 orang Chinese ni tengah borak, lepas tu Intan cakap, ‘Intan paham tu dia cakap apa, nak menyampuk la’.  Hahahaha bongok Intan. Tu baru paham sikit, kalau boleh cakap fasih macam Sarah entah macam mana belagak dia.

Anyway, lepas balik dari visit anak boss Intan dekat Ampang Puteri, Intan ajak la I makan dekat Menate Steak Hub sebab dah dekat dengan rumah I. Tapi malang naseb seorang Intan sebab Menate branch Ampang tutup for renovation. I suggest pergi Victoria Station je, tapi Intan dah nak meleleh air mata. Kata dia nak Menate jugak jugak jugak so demi untuk tidak mahu mengecewakan Intan, I pon bawak la dia pergi yang branch Wangsa Maju dekat belakang Wangsa Walk tu. Naseb baik bukak. 

Menerpa Intan pilih daging. I cakap kat Intan ‘Intan, amek yang murah je’. Hahahahaha. Sebab kat sini ada steak yang harga sampai RM300 over untuk 1 portion. Tapi korang jangan risau, pergi je peti ais and tengok sendiri daging mana yang korang nak. Ada harga siap-siap tulis atas daging, just be careful ada yang RM50.00/100 gram. Kang kalo sekeping 400 gram kira sendiri la dah berapa. Taktau tanya. Jangan main amek je ok?


Yang ni I punya. Grain Strip-loin. RM58.00 je. This time I mintak medium. Also sedap! Still juicy and tender. Besar ni memang just nice untuk I. 

Wednesday, October 28, 2015

Kisah Hot Dog and Susu Pisang Binggrae (Korea)

Assalamualaikum..

Kisah Pertama - Hotdog

Kat opis kitorang ni, I dah taktau dah nak makan apa. Seriously… Haritu kitorang selalu order goreng-goreng macam Nasik Goreng, Mee Goreng semua tapi portion dia terlalu besar so kenyang sangat. Kalau kenyang sangat kuatir menjadik gemok pula. (Portion sikit pon salah, portion besar pon salah). Kekadang kitorang makan nasik berlauk. Lauk pon amek telur dadar, sayur taugeh dengan kuah apapa jer la. Dah taktau dah nak makan apaaaaaaa. Kesian sangat. Ayam penyet pon tak sedap. I ingat nak suruh Huda bukak la Fikcles dekat office ni, senang hidup I. Hari-hari makan Lontong Goreng pon tadek hal. Ada la kedai kecik-kecik jual macam waffle, jagung dengan hotdog. Tapi kalau makan tu je, mana nak kenyang kan? (Pulak dah).

Ada one day I dengan Intan nak makan hotdog. Kiter lawan sapa punya lagi cantik. Intan beria la nak rahsia tak bagi tengok dia punya (Ingatkan lawa la sangat). Kata dia tunggu sampai dekat meja. Time tu dia dah siap sebab dia amek hotdog cheese, I amek black pepper. Black pepper kena tunggu lama skek sebab baru nak masak. Dah la budak yang jual tu garang. Tapi kelakar la. Dia jenis melawan ok? I kan suka minuman yogurt. I tengok dekat sebulan, peti ais tu tak jugak refill dengan yogurt drinks. So I tanya la dia, ‘Dik, ni bila yogurt ni nak ada balik?’ Dia jawab, ‘Eh, suka hati la bila nak letak…’ OMG Melawan! Hahahaha. Tapi I tak kecik hati pon. Sebab tau dia gurau. Kitorang pon kekadang suka hingaq-hingaq dekat situ.




Yours truly punya

Tuesday, October 27, 2015

Assemoga Intan!

Assalamualaikum…

Harini 27 October 2015 ialah birthday Intan yang ke 25 (+6) hahahahah. Untuk Intan, semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya didunia dan diakhirat serta dipercepatkan jodoh. Korang kena aminkan doa I ni. Sebab kalau 44 orang yang amin, InsyaAllah doa Intan akan makbul. Mana tau kan? Takper Intan, jangan sedih. Bak kata Abang Isman Hijjaz, Ziana Zain kawen pon umur 34 tahun. So Intan ada banyak masa lagi ni. Nanti kawen-kawen jer zaaaappp terus mengandung kembar 3. Potong terus Dyba dengan Sarabanon. Hahahaha.

Birthday girl pagi-pagi dah bagi dalam group. ‘Intan nak makan pitzzzzaaaaaa’. Maka Izzah pon sentap. Bosan dah dia denga pitza so birthday girl dengan hati yang sedih offer nak belanja pitza dengan syarat tak lebih RM100.00, konsep dia memang sapa punya birthday dia kena belanja. Gitu. Hahaha. Tapi I ada jugak la contribute 30% sebab teroder melampau. Order dengan nafsu biasa la, semua menda nak. Semua menda sedap. Dah la harini ada Hari Puspanita dekat office ni, so kitorang pon turun tadi dekat dewan. Janji taknak beli, nak window shopping tapi sekian harap maklum. Segala Kicap, Wonder Cheese, Air Limau Kasturi siap Ayam Penyet dengan Keropok Lekor Cheese pon kitorang beli. Kah kah kah. (Kitorang tu sebenarnya I sorang jer kbye).

Anyway, harini kitorang order Domino’s Pizza. Kitorang ambik Cheese Burst Pizza Deal. So nanti akan dapat 2 large pizza. Crust boleh pilih yang ada extra cheese. Mesti ambik yang thin crust. If not rasa macam makan tepung je. Intan pilih Meat Mania and I pilih my all-time favorite, Spicy Bilis. Lepas tu ambik lagi Dynamic Duo dengan Cheesy Breadstick serta Banana Kaya Dessert yang kesudahannya I sorang je cakap sedap. Buta rasa dorang ni.


Meat Mania. Extra cheese. Semua orang suka yang ni. 

Monday, August 17, 2015

#IntanCelebration at Capricciosa Ristorante Italiano- Pavilion

Assalamualaikum..

Bersempena dengan Intan pass Exam Part 2 seperti yang dia tulis dekat sini, kata Intan dia nak belanja kitorang makan. Yayyyy!!! Tenkiu Intan yang murah hati. TAPI jangan nak happy sangat la sebab dia kata dia boleh bagi RM100.00 jer, so minum kena share yang bottomless or minum air kosong je. Haha. Air mineral pon tak boleh. Yang tu mahal. Lepas tu makan pon kena share je. Kalau lebih dari RM100.00 kena la bayar sendiri. Nak makan ni macam biasa la, MESTILAH PIZZA HUT KALAU INTAN PILIH. Maka, I pon dah meroyan sebab I benci giler Pizza yang crust dia tebal tu. Sebab I rasa pizza macam tu penipu. Dia buat tebal sebab nak bagi orang kenyang cepat. Lagipon dah bosan la dengan topping Pizza Hut.

Naseb la pagi ni baca review pasal Ristorante Italiano CAPRICCIOSA Pasta &Pizza dekat Blog Dayu, so I bagitau dekat dorang, jom kiter makan dekat sini je la. Taknak Pizza Hut. Kalau tak cukup duhet, I tambah dengan Izy (Buat decision tanpa refer pada Izy, tapi Izy ok jer LOL). So kitorang gerak ke Pavilion. Restoran ni ada dekat Level 1, sebelah dengan Pepper Lunch (Sekarang Pepper Lunch dah takde). Orang pon tak ramai. Baaaagus. Service cepat, pizza sedap and tak mahal. Selama ni pandang Capricciosa ni sebelah mata je. Rupanya lagi la bapak punya sedap dari Pizza Hut. Lepas ni kalau tingin nak makan Pizza yang sedap and murah, datang sini je la. Next time nak try dorang punya Pasta pulak.

Dah jom layan gambar #intancelebration ni. Over minah ni. Asyik suruh ambik gambar dia jer. Lepas tu I cakap, ‘Intan nak suruh ambik gambar Intan banyak-banyak ni kenapa?’ Intan kata suruh I letak dalam blog I. I cakap suruh dia letak dalam blog dia la yang reader 15 orang sehari tu. Sebok nak letak dalam blog I kenapa? Lepas tu dia paksa ok letak dalam IG? Siap special hashtag la apa la. Padahal Law dapat C jer, dia punya celebrate macam birthday dia. Siap nak kek bagai. Kecik besar kecik besar je I pandang muka Intan tadi. Nak je aku tampar muka dia ni. Haha.




Ni Bolognaise Pizza. Family Size. 12 inch. Sedap gilerssssss. I suka pizza dekat Capricciosa ni sebab dia punya crust nipis. Cheese dia banyak and salad dia segar. Urugula salad on top tu is one of my favorite. I rasa this salad paling sesuai makan dengan pizza. Harga dia RM28.90 untuk Family Size.

Monday, April 6, 2015

Lobster, Pyjama and Intan

Assalamualaikum..

Intan kan dia memang jenis konfiden. Masa dia cakap dengan mata bulat semua tu macamkan menda yang dia cakap tu betul. Dah la sekarang ni bukan main lampi. Kata Intan, dia otak sewel sikit sekarang ni sebab busy dengan study. I tanya dia, ’Bila yang nak abes belajar Intan?’ Terus Intan nak muntah. Kata dia jangan tanya pasal study. Dia stressed sampai kekadang boleh muntah. Hahaha. Over sangat.

Jumaat lepas I keluar dengan Kaklong I. Intan tanya I makan apa, lepas tu I cakap la. ‘Kaksu makan Lobster Intan. Murah’. Intan tanya, ‘Dekat mana Kaksu?’ I cakap dekat Wangsa Walk.. Tak sempat jawab habes Intan terus potong.’Ooo Intan tau restoran tu Kaksu! Fish and Chips kan?’

Tak Intan.

‘Dah tu?’ Dengan muka konfiden konon nak cakap I la silap nama restoran.

‘Manhattan Fish Market la’.

Terus Intan gelak. Dia cakap, ‘Itu la Intan nak cakap. Manhattan Fish Market! Taktau macam mana terkeluar Fish and Chips’.

Hahahahah. Restoran Fish and Chips pon boleh jugak la Intan. 


Lobster dekat Manhattan Fish Market ye Intan? Bukan Fish and Chips

Friday, March 27, 2015

Intan, Diet and Nando's!

Assalamualaikum..

Intan semenjak dua menjak ni kemain diet. Makan nasik taknak, minum air manis pon taknak. Sekarang dia minum air mineral je. Makan pagi pon telur putih je eh? Ko mampu? Makan tengahari ikan singgang semata-mata. Eh jap. Tu Izzy! Hahaha. Dia kata dia gemok. Tak boleh makan banyak. Perut kembar lapan. 

Hari Isnin lepas I bawak bekal nasik dengan sambal air mata and telur. Biasanya dia la menggelupur nak makan. Skali masa tanya tuari tak sempat habes ayat dia dah letak telefon. Kwahaja. Kata dia, dia kena kuat. Kali ni kena betul-betul. Tak boleh main-main dah. Yerlaaaaa. Kiter tengokkan berapa lama dia tahan tapi I agak semenjak 31 tahun lepas, inilah diet Intan yang paling serius.

So, bersesuaian dengan diet Intan maka tengahari semalam kite tiga orang makan dekat Nandos. 3 orang je hari semalam, tak cukup corum sebab Adik Dyba mc 2 minggu. Kena chicken pox, berjangkit dengan Sophie anak dia. Dah tetua baru nak kena chicken pox. Comel sangat ni. Hahaha. Kaklong pulak ada dekat Bandung sekarang ni. Dia pergi jalan-jalan dengan kawan dia. Kata dia taknak shopping apa pon. Nak makan puas-puas je. Kiter tengokkan macam mana nanti. 


Ni Intan punya. Dia amek kepak ayam sampai ke dada. So besar la portion ayam dia. Dengan grilled veggies (cecece) and coleslaw.

Wednesday, November 26, 2014

Shein vs Garfield

Assalamualaikum...

Shein kan? Kalau lepas mandi dia sukaaaaa kalau I balut dia dengan towel yang ada hoodie. Nanti bila I cakap 'Ok Shein, finishhhh!!' Nanti dia menyerah diri dekat I. Lembikkan badan. Lepas tu I balut badan dia macam baby lepas tu nanti I akan bawak dia pergi kat Saz macam tunjuk baby baru lahir. Lepas tu kena cakap 'baby baby babyyyyy'. Nanti dia nganga mulut and jelir lidah. Mengadaaaaa sangat. Dia bajet dia baby sangat la. Padahal dah 14 kilo.


Balut macam ni. Dia sukaaaa sangat.

Anyway, Intan pon buat yang sama dekat GarfieldAmanda. Dia kata Garfield pon suka. Sama manja macam Shein.


Naseb ko la Garfield. Haha.

-eNd-

Thursday, November 20, 2014

Intan dan Garfield atau Nama Glemer Beliau. GarfieldahAmanda.

Assalamualaikum..
Buat apa tu?

Ira kan? Dia memang berbulu je dengan Intan kalau I dengan Dyba chat pasal Shein and Sophie, nanti Intan mesti menyampuk nak jugak dia cerita pasal Garfield. Garfield tu kucing dia. Kucing betina. Nama dia Garfield. Kalau nama glemer GarfieldahAmanda. Nama nak Amanda jer. Melampau betul! Btw, Garfield ni anak Scott yang dia sumbang mahram dengan Mak dia tu kan Intan? Scott ni dengan Mak dia pon dia stim. Sabar jer la.

Kalau I cakap pasal nak beli baju Shein or ada sales kat mana-mana tup-tup dia hantar dah gambar Garfield pakai baju jugak. Haritu Dyba cakap nak belikan Sophie stroller yang bebudak pempuan suka tolak tu kan? Tetiba Intan dah hantar gambar Garfield naik stroller.  Kitorang cakap pasal baby chair, lepas tu ada la gambar Garfield duduk dalam baby chair. Yang Garfield ni pon  satu. Bukan nak melawan. Redha je kalau kena apapa dengan Intan. Jenis muka tadek perasaan. Hahahaha.

Ira kalau Intan depan dia, memang kena tunjal dah. Padan la muka. Haritu kitorang bincang nak pergi Korea sama-sama. Pastu kata Ira, Kiter bagitau dekat Mok-Mok (Intan) couple je yang boleh pergi. Yang tadek pasangan tak boleh join. Hahahha. Kalau kitorang cakap macam tu depan Intan, nanti dia merajuk la. Diam je dalam kereta sebab dah tadek mood. Crisis dalaman wanita umur 30 tahun yang tak kawen. Macam tu la. Hahaha. 


Sian Garfield. Siap duduk dalam baby chair lagi. Sebab nak suapkan dia makan.


Tengok la ni. Hahahaha. Bongok la Intan! 


 Garfield ni buat la macam mana pon, dia memang redha je. Kata Intan kekadang dia rasa nak pijak je perut sebab Garfield ni pemalas. Dorang ada kucing lain jugak. Kucing kakak Intan. Nama dia Ghazali. 


Comelnya awak Garfield. Tapi dapat Tuan sewel. Nasib badan la.


Intan buat perangai. Sebok nak jugak cerita pasal Garfiled demam. Ira dah meluat. Haha.



 intanloveu Biar hitam sejarah hidupku... Namun aku tetap tabahkan hati.. #GarfieldahAmanda 

Melampau la caption macam ni. Haha. Memang la sejarah hitam. Kata anak hasil sumbang mahram Mak dia dengan Abang kandung dia, kan?

-eNd-

Monday, October 27, 2014

Happy 30th Birthday Intan !

Assalamualaikum..

Harini 27 Oktober 2014 ialah birthday Intan yang Ke-30! Woo Hooo!!! Semua orang lekas wish birthday dekat Intan sekarang. Lekas!

Untuk Intan, Kaksu doakan semoga Intan panjang umur, murah rezeki. Lepas tu biar sihat tubuh badan and menten ceria dan buat semua orang happy as always. Macam Kaksu selalu pesan pada semua orang yang Kaksu sayang, ‘Don’t ever change. Ever’. So kena ingat tu. Lepas tu semoga Allah percepatkan jodoh Intan. Memang ada je yang suka pada Intan tapi biarlah yang suka tu calon yang sesuai untuk dibuat suami kan? Dan Kaksu doakan semoga semua impian Intan akan tercapai KECUALI impian nak berenti kerja and jadik lady of leisure. Yang tu Kaksu taknak doakan. Sorry for that. Hahaha.



Happy birthday Intan!


Kek Satu share 5 orang. 


Amboi Dyba, posing taknak kalah


Tu Kaklong tu, dia sedar tak dia dah ada cucu? Hahahah.


Gambar ambik sendiri guna timer henpon I. Lawa gambar semua semua pakai baju merah :)


Wow


Intan and Siti Nurhaliza


Sebok nak posing mesra-mesra dengan kakak orang. Ada gambar Intan request suruh Kaklong peluk dia dari belakang. Malas nak masukkan. I is jeles!


Intan and Ira. Ira tu pangkat macam adik tapi Ira treat Intan macam dia kakak, Intan tu adik. Mengada kan Intan?


Intan and Dyba yang tak puas hati tak dapat pakai crown. Haha. Menyentan-nyentan Dyba. Tapi time amik gambar kena la gembira. Haha.


Nah flying kiss from birthday girl.

Suka la tu dapat pakai crown kan? Dyba awal-awl dah tak puas hati. Kenapa time birthday Dyba  dia tak pakai crown. Lepas tu kenapa time birthday Dyba tadek cake? Dyba jangan lupa ok? Time birthday Kaksu pon, Kaksu tak pakai crown eh? Naseb baik liptik merah time tu so outstanding la sikit. Hahaha. Kalau tak Intan always over shadow. Time birthday dia ni, kiter tak payah dah nak tarik-tarik dia suruh duduk tepi. Dia sendiri always berdiri kat tengah je. Kaksu tau Ira berbulu tengok drama jeling-menjeling Dyba dengan Intan tapi takper, kiter dah dewasa Ira. Bebudak memang suka bergaduh pasal menda bodoh macam sapa yang dapat pakai crown plastic tu. Hahahaha.

Dyba kata nanti birthday dia, dia yang pilih nak pakai baju kaler apa. Nak kek apa. YERLAAAAAAAAAAAA. Dia tau tak birthday dia bulan 6 tahun depan? Lambat nak mampos lagi. Hahahah. Makan-makan for Intan tadek buat sebab budget semua dah habes untuk wristlet Tory Burch Robinson dia. Tu pon dia  kena tambah RM30.00 sebab over budget. Haha. Paling kesian, wristlet tu pre-order so kena la tunggu barang sampai baru boleh dapat. Tadi masa pergi Ampang Park, si Dyba tunjuk MK punya wristlet imitation dekat Intan, nak terkeluar bijik mata Intan jeling Dyba. Tunjal dedua ekor ni kang baru tau.

Tadi kiter makan KFC je dengan Intan. Kaklong tadek sebab Isnin/Khamis dia belajar mengaji dengan Kak Darna. And Sarah baru ada sebab masuk lewat. Pastu dia pakai baju Hijau. Dah. Tak payah masuk dalam gambar. Sapa suruh tak dengar arahan. Hahahahah. Izzy pakai baju korporat tapi dia join by invitation je. Sebab Izzy selalu tadek dekat office. Anyway for Intan, hope Intan suka apa yang Kaksu and bebudak lain arrange for Intan. Walaupon takde any surprise tapi sebab Kaksu siap buat satu album untuk Intan punya birthday dalam FB so Intan kena happy coz it show that you are our pwincess for today. As your wish yang selaluuuuu nak jadik pwincess.

Tapi Kaksu tengok Intan macam malu-malu jer harini. Biasa dia la paling bising and beria. Kenapa? Intan sedih eh? Kenapa sedih? Tak dapat coop dengan study? Don’t worry sebab at the end of the day everything will gonna be just fine ok? Intan kan tough? Selalu buat baik dengan Mama Papa and siblings InsyaAllah Allah akan balas yang baik-baik saja untuk Intan. Ok? Just jangan give up and kena selalu berdoa. Kaksu selalu ada untuk Intan.

So, hutang aku bila nak bayar? Hahahha.

-EnD-