Showing posts with label Sukan Menyihatkan Badan. Show all posts
Showing posts with label Sukan Menyihatkan Badan. Show all posts

Tuesday, November 15, 2022

Hi. Newbie Cyclist Here.

Assalamualaikum..

Actually, dekat setahun jugak la I try to convince Saz untuk bagi I cycling. Dia tak bagi I MAYBE dia rasa I akan hangat-hangat taik ayam. Lepas tu macam-macam la masalah lain seperti tak harap untuk tinggal Shein dekat maid kalau kitorang keluar sama-sama cycling and also maybe dia malas nak semak-semak I menyebok ikut dia cycling dengan kawan-kawan kot? Hahahaha. I ingat lagi masa I mintak last year, time tu I tengah sebok baking and handle order Avenys. Padahal I sendiri pasti yang I takkan ada masa punyalah sebab baking pon kadang-kadang lebih 12 jam sehari, celah mana pulak yang I nak cycling kan? Tapi time tengok dia macam seronok sangat jeeeee. Pagi petang weekend Sabtu Ahad pon keluar cycling, mana boleh jadi. I ni jarang-jarang la nak jeles-menjeles tapi apesal macam seronok sangat cycling ni I tengok? Meh I nak try jugak! Hahaha.

Dalam 2 bulan lepas, si Aliah dapat dia punya basikal. Eh mana boleh jadi kan? I nak kena ada jugak ni. Selepas sesi memujuk Saz berjaya, zapppp terus kitorang pergi ke Cyclelogy Bangsar untuk beli basikal I. I nak jugak jenis Trek sama macam Saz (Taknak kalah) tapi jenis paling basic punya. Jenis Domane AL 5 entry level. Kata Saz paling kalau dalam TREK ni jenis paling cikai la. Jahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat! Tapi cikai-cikai pon RM4k jugak. Ke berapa eh? Entah. I tak sure berapa harga. Hahaha. I ikut je apa Saz pilih. Dia cakap tak payah beria nak jenis carbon ke apa sebab dia takot membazir and I nak naik sekali dua je. Basikal ni dia punya accessories yang mahal. Macam haritu I beli helmet, spek, glove, bib, jersey semua dah boleh dapat seketul lagi basikal. I punya concept, tak minat takpe tapi mesti with style. Baju seluar kena MAAP. Poyo kan? Padahal malam tu first time I try cycling dapat 8km je pooooon. Dah la sakit bontot. Aduhhhhhh. Memang hampir-hampir dah give up tapi I kena kuat semangat demi menjaga imej I sebagai seorang athlete. Haha.


Ni second time I try route Bahulu Klasik. First time dengan Aliah and Atig. Ni kalau memula nak main basikal, untuk Langat area kena datang sini. Pergi balik sampai simpang nak ke Peres tu dapat la dalam 23km. Nampak dalam gambar macam tenang kan? Ni padahal I baru lepas muntah first round. Ada ceria kelakar time ni. Cita-cita tinggi, konon nak sampai simpang Tekala dalam 16km lagi, tapi time ni perut I tak kasi kerjasama. Time ni la aku nak berak. Cis!

Monday, July 27, 2020

Hiking Bukit Dinding With Fifie and Miera

Assalamualaikum..

Mira kan, dia eksyen giler sebab tak habes bulan July lagi dia dah dapat 100 KM run. Kalau weekend kan, kita (Read : Mira) bedal jogging pagi petang. Balik kerja pulak almost setiap hari Mira jogging, paling busuk pon dapat 4.5km. Itu yang ada sekali I geram, I try jugak nak dapatkan weekend run 20 KM. Tak sempat buat pagi and petang, I bedal buat pagi sampai 8 KM hahahahaha. Kurusnya tak jugaaaak. Dah nak kurus macam mana kalau weekend Pavlova habes 10 biji telur (2 biji size besar). Sekarang I tengah mabok Pavlova, so sementara nak tunggu I bosan, memang pagi-petang Sazli and Shein mengadap Pavlova je laaaaa. Hehe. Berat I pulak, dah 2 minggu static je taknak gerak-gerak. Tapi takpe, static pon OK jangan naik-naik dah. Actually berat I turun/naik dari 2015. Diet beria, lepas tu dah dapat desire weight, bedal makan. Lepas tu gemok semula and diet balik. Tak kisah la static macam mana pon berat, I OK je. Positive. Sebab I tau losing weight is not impossible. Berat macam mana pon, umur berapa pon, semua tu tak mustahil untuk turunkan berat badan. Yang penting usaha, consistent and tak give up.

Turun sikit lepas tu static is OK. Jangan drastic sangat berat turun. Sebab usually drastic ni very tough sebab very strict diet. I pon tak mampu. Bab makan macam nak potong carbs tu takpe, tapi sugar memang I kalah teruk. Tekak memang jenis nak makan manis je. So I makan je la. Pavlova ke, Brownies ke, Caramel Latte ke, semua I bedal. But untuk nak mengelakkan rasa bersalah ambik sugar, I cuba maintain exercise. Weekend so far memang I akan jogging and latest, I cuba hiking pulak sebab jogging dah jadik a bit boring. I nak tengok scenery. Tapi KLCC balik-balik tengok menda yang sama. 3 KM run sekarang takde keluar peluh pon. So nak kena buat 5 KM keatas baru rasa puas. Kata Intan, I ada penyakit sebab 3 KM lari tapi tak berpeluh. I memang susah nak berpeluh beria. Nak dapat air-air halus dekat dahi, first 2 KM I tak boleh stop lari at all. Kalau tak nanti memang takde rasa apa. I saspek, lemak I jenis tak paham bahasa kita tak suka dia. Orang dah tak suka, cuba hapuskan dia, dia tetap kat situ taknak gerak-gerak.


Last week, for the first time I cuba hiking pulak dekat Bukit Dinding. Hiking yang paling tak mencabar sebab track jalan tar je. Hihi. Tapi bolehla kan? Ada kawan I cakap, kalau Bukit Dinding dia naik turun 2 kali untuk 1 session. Power power.

Thursday, October 3, 2019

Badminton Piala En Azman Ahmad (Yang Kalah Tu)

Assalamualaikum..

Last week Sabtu, I main Badminton untuk team Downstream - Badminton Piala En. Azman Ahmad. Satu team 5 kali main. Double Lelaki, Double Pempuan, Double Veteran, Double Open and Mix Double. Ye ke macam tu susunan dia? Memandai je I. Yer la kot? Hahahaha. Kita training dua kali je. Sebab star, tak payah training banyak-banyak kali. Gitu. Confident. Hahahaha. Actually Badminton is not my forte. I punya konsep, pukul tu janji lepas net je. Takyah nak main beria konon ada skill bagi depan ke, belakang ke. Tak payaaaaaaaaaah. Kalau nak buat macam tu jugak mesti tak menjadi punya.  Its either out, or tak lepas net terus. Kitorang masa grouping dah dapat team power. Imagine eh, I satu group dengan Kaklong. Kaklong I dah la main untuk Team National Company KSRF wakil Kuala Lumpur. I pulak main badminton kekadang ada skill tanduk, tepis guna bahu, bontot dah kat belakang, tapi tangan dengan bola tangkis tetinggal kat depan lagi. So boleh imagine tak macam mana I main? Kelakar la jawabnya.

Tapi kata Kaklong, I dah improve banyak dah. Pukul pon dah kuat. Dulu kelaut biru. Dia cakap kalau main tiap-taip hari boleh lagi tu lagi pandai. Makanya main pon setahun sekali, acane kan? I takde cita-cita pon nak main beria Badminton ni. Saja suka-suka je pon. Macam I, asal namanya sport yang berpeluh, I suka je. Pandai ke tak, itu belakang cerita. Main pulak, tak pernah pon fikir nak menang ke apa. Penyertaan yang penting (cecece sembangggg). Haritu masa dekat sana, Shahril tanya I 'Eh Suraya, nko pandai main badminton ke?' Lepas tu 2 game I menang, keluar court terus I cari dia nak bagitau menang. Geram je. Pastu sapa entah tanya, I tak ingat. 'Eh Su, Kaklong you pandai giler main badminton kan?' Lepas tu senyum kambeng. I terus tanya, 'Apa maksud you?' Nak mengata aku la tu. Haha. Grouping tu, dari 3 game 2 I menang kira OK la kan? Korang taktau pulak time game I, penyokong semua macam mana. Kalah final OK? Hahahaha.



Team Downstream. Baris depan dari kiri : Intan, Wahida, Fida, Ummi and Siti Nohaliza
Baris belakang tak payah la intro. Tak penting. Haha.

Wednesday, July 17, 2019

FUTSAL yang menang dapat No 3

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu I joint company baru (lepas ni I akan sebut DOP) main futsal for company tournament. Masa training dah cakap dengan kawan-kawan, eh silap. Adik-adik yang kita target Juara Kumpulan and akan masuk final lawan dengan team Kanik. Juara kumpulan dah dapat cuma main final dengan team Kanik je tak dapat. Kitorang kalah masa semi final lawan Prodata and main lagi sekali dengan FASSB untuk tempat Ketiga/Keempat. Alhamdulillah menang la. Terkilan jugak tak dapat masuk final sebab masa First Half tu dah mendahului 1-0 tapi masa suku masa kedua, kena attack bertalu-talu, lepas tu kaaaaaaaaaaaaaalah 2-1 kentot betul but takpelah, kita kalah, kalah bermaruah. Hahahaha. Dah kalah tu kalah je la, banyak alasan. But then, I happy je. Walaupon ni Ibu Jari dedua kuku dah biru sebab darah beku, tapi happy jugak. Lepas ni memang buruk la kaki I 3-4 bulan sementara kuku nak keluar baru ni. Huwaaaaaaaaaa. 

Masa main dengan DOP ni I rasa happy.. Kenal dengan kawan-kawan baru but at the same time teringat je company lama. Teringat main Futsal dengan Dyba, Intan, Ezy, Dee, Tikah semua. Teringat Nape, Wan, En Khairi... Ya Allah rindunya.... Sebak sangat rasa but adik-adik lelaki kat DOP pon semua supportive.. Sokong masa kitorang main. But dalam hati tu tetap ingat Rubber. Ingat lagi dulu I pesan pada Dyba 'Dyba, Dyba lari kawasan ni je tau? Dyba jangan lari tempat lain. Duduk je sini'. Lepas tu terbayang Dyba macam anak ayam kejar bola tapi tak dapat. Hurm... Entahlah. Taktau nak cakap macam mana. Happy ke tak kat sini, susah nak cakap. I hari-hari rindu opis lama, boss lama. Kekadang terfikir, betul ke keputusan I ni... But then, I take it in positive ways. Bukan I mati, bukan Dyba mati. Kita tetap ada sama-sama kerja dekat same building. Although semua tak sama macam dulu but I believe that everything happens for a reason. Maybe Allah nak I kenal orang-orang baru ke... I pon taktau but I believe in Him. He know the best. Macam I, dekat company baru, takde la nak cakap kuat-kuat ke, or buat perangai berangan macam Stewardess ke, or main kedai-kedai ke. Takde. Setakat ni la. Haha.

Masa budget meeting semalam, masa kuih sampai I ada la nak main jual-jual kuih cakap 'Abang, nak kuih apa? Yang ni 2 singget'. Tapi dorang tak paham lawak I. So yeah. Mesti dorang cakap I sewel. Hahahahaha.


Ni la team Futsal I. Jap I try ingat nama memasing. Berdiri dari Kiri, Wani, lepas tu yang lelaki tu semua I tak kenal (I bet GMC company I kecuali yang baju kelabu tu, tu GCEO FGV and sebelah GCHRO tu is Airin. Duduk depan dari kiri : Nurul, Erna, Miza and Ina. Time ni Wanie Da'i dah balik. Yahooooo ingat semua nama! Semua ni I rasa lagi muda dari I. Hahahaha.

Wednesday, July 3, 2019

Amboi Dia Besukan

Assalamualaikum..

Minggu ni back to back sports activity. Patut malam ni ada training Futsal lagi tapi I macam segan pulak dengan Sazli nak pergi sebab esok pon ada lagi Futsal. Lusa pon. Lepas tu semalam ada Friendly Netball. Kemain belawan-lawan dengan Sazli. Dia pergi bola Isnin, Rabu, Jumaat ehhhhhh I taknak kalah. Selasa, Khamis I bersukan. Melawan kan? Friday ni taktau macam mana. Kita tengok sapa yang menang. Gitu la laki bini sesama naik main bola semua tapi debabnya macam tu jugak pon. I ni lepas raya stendet la naik. Sama naik la dengan Shein. Semenjak dah beli penimbang ni I macam saiko sikit. Padahal timbang samaaaaa je tapi bila makan malam, lepas tu seharian tak berak tetiba I rasa gemok. I rasa I kena minum banyak air la. Tadi dalam HOD Meeting I tengok semua Manager sorang satu Tub Water. Pastu ada yang depan meja segelen air I wonder how eh people can drink lotsaaaaa plain water? Macam I ni, nak dapat 3-4 gelas pon seksa. Harini I rasa memang tak sampai 2 gelas I minum. Yerla. Tadi tengahari makan Ayam Goreng Kunyit dengan Dyba, lepas tu I teguk la sikit air dia. Nak minum dekat office, lepas tu tengok mug and bekas air I dekat office bawah lagi so yeah, takyah minum la senang. Tapi balik tadi, I buat air sirap yang Ellis bagi tu. Sedapnyaaaaa. If nak bagi I minum air, dia kena ada lemon slice. Ngada kan? Ala tapi apa nak heran. Kata Ain, 'Kaksu nak minum air pon malas, inikan pulak nak kunyah apple'. Betul. Pelik kan? Ada tak orang macam I malas nak minum air? Actually minum air la paling bagus sebab boleh menten berat badan, boleh detox and cleanse kidney and boleh keep skin hydrated. I ada masa merajin, ada masa memalas minum air but most of the time memang memalas memanjang. Tapi kalau Ice Americano with 2 pump simple syrup, 2 thermos Starbucks tu pon boleh habes. I saspek I suka minum air yang selain air kosong kot but start dari esok, I nak try habeskan minum 3 thermos esok air kosong. Kalau berjaya I nak celebrate. Hadiah apa untuk celebrate I tak fikir lagi, tapi was thinking macam nak beli Bubble Tea tu. Haritu minum dengan Dyba, ada rasa macam angin. Kejap sendawa, kejap sendawa. Ongtue sangat.



Ni semalam petang masa friendly Netball dengan Team Felda. Macam biasa, kalah.

Tuesday, October 9, 2018

Sabah SUFMA Trip : Kundasang

Assalamualaikum..

Dah seminggu lebih dah I balik dari Sabah for SUFMA and dah rindu pulak nak makan Kepak Ayam dekat Kundasang. Yang sedap is dekat Kundasang je. Yang KK macam tak power lah but I manage to bring back sebotol Sabah Chili beli dekat Pasar sebelah Pasar Philiphine tu. Sebotol RM5.00 je wei. Korang la ni memberi harapan palsu pada I cakap nak post la apa la, geram je. OK, citer bab Kundasang this is my second time datang sini. Last masa tahun 2011 dulu. Tapi masa tu kitorang tak pergi Desa Dairy Farm. But kalini dapat pergi memang best la! So sesapa yang datang Kundasang wajib datang sini tau? Ni lah dia main attraction here. Tempat ternakan lembu tapi memang cantik sangat pemandangan dekat sini. Lepas tu kitorang pergi Kundasang Memorial Park. Ni pon I tak pergi lagi. Basically ni je dua tempat yang rombongan van I yang 14 orang tu pergi. Kaki Gunung Kinabalu tak pergi, tempat strawberry tak pergi and rumah terbalik dekat Tamparuli pon tak pergi jugak but still fun! Fun sebab dapat makan Kepak Ayam Sedap, Layered Tea and Bakso didalam kesejukan + dapat ambik gambar lompat-lompat dekat Kundasang. I pon naseb-naseb je dapat pergi sini tumpang Kaklong. Tu pon van kitorang 14 orang naik termasuk driver van + dia bawak wife dia. Orang Terengganu but buat business tourism dekat Sabah. Selamba je masa naik van, I nak duduk depan padahal yang duduk depan tu wife dia hahahahahaha. Masa nak naik sampai ke Desa Dairy Farm tu I dah saspen sebab rasa macam tak larat je van ni, tapi naseb la lepas. Dalam van I duduk dekat belakang dengan Nik and ada sorang ni dari Wilayah Segamat. Yang I kenal is Kaklong, Siti Babe dengan Nik je. Entah sapa-sapa je la dalam van ni. I ikut je Kaklong sebab arrange by Badminton team. Van satu lagi terpisah dengan kitorang. Yang van tu ada Abang Syed, Abang Reen, Wawa, Bik and Raf also a few from Futsal team.


Kitorang gerak dari apartment (Marina Court) dalam 6.30am and perjalanan ke Kundasang dalam 2 jam macam tu la kot? I banyak mengabiskan masa dalam van dengan tidoooooo. Layan duduk belakang van goyang-goyang macam cradle pulak. First stop, makan Kepak Ayam sedap dekat sebelah Kundasang War Memorial. Kedai ni hujung sekali tau lepas tu sebelah dia ada kedai runcit.

Thursday, September 27, 2018

Live From SABAH

Assalamualaikum...

Good Morning. I bersiaran langsung dari Yayasan Sabah untuk Netball game pagi ni. Kalau masuk final, kitorang akan main sampai pukul 5.00pm lepas tu malam saringan joget pulak dekat One Borneo. Maaaaatilah. I harap kalah la sebab kalau menang nanti malam esok nak kena perform untuk Dinner pulak bertemakan Baju Corporate hahahhaha. Semalam pon masa Malam Perasmian kitorang pakai Baju Corporate dah sama macam perhimpunan UMNO dah. I pulak salah konsep, pergi bawak heels macam mana nak perbarisan, kata Siti dah macam Stewardess dengan seluar kembang lagi  lepas tu dia siap cakap 'Hi, can I have a coffee please?' kahkahkah. I mana tau... Ingat kalau pakai baju corporate kena pakai heels. Nanti I share gambar OK? Kaklong pulak dia dah kena diarrhea malam tadi sebab makan Seafood semalam dekat Todak Waterfront. Housemate I dekat sini dua orang kena cirit-birit sebab first night tu Udang yang kitorang makan tu macam tak fresh. I setakat ni alhamdulillah OK. Jaaarang nak kena sakit perut sebab salah makan kecuali saiko dengan Ikan Talapia and Betik. Yang lain semua OK tolak batu dengan kayu je. Harini dah 2 malam makan dekat Todak Waterfront tu bapak lah murah! Tak dapat la harga macam ni dekat Semenanjung. Puas hati I sangat makan ketam. Imagine makan ketam, udang, scallop, ikan segala mala haiwan untuk 8 orang baru RM180.00 jer... Syarat dia jangan order air sedap sebab air sedap mahal. 2 restaurant I try dah. Tak sabar nak share dengan nkorang. Kalau la murah makan macam ni dekat Semenanjung I agak, I la nombol 1 kena gout. Tapi sebelum tu layan dulu gambar yang I share harini OK?



Sebelum berlepas. Flight was smooth la jugak. Ada sikit langgar-langgar awan. Kata Kaklong, dia kalau naik kapalterbang tak dengan I dia OK je. Tapi naik dengan I jadi takot pulak. Masa nak landing tu kata Kaklong, 'Pilot ni boleh tak bawak elok-elok?' Lepas tu Abang Syed cakap 'Ni Pilot practical ni'. Hahahahaha Sesuka hati je Pilot Practical.

Tuesday, September 25, 2018

Live From KLIA 2

Assalamualaikum...

I bersiaran langsung dari KLIA 2 ni. Flight 1.50pm tapi Urusetia Sukan kata kena ada dekat Airport pukul 9.00am hahahaha. Adoi. Sazli ketawa je bila I cakap I dah check in luggage pukul 10.00am tadi. So now I lepak dekat OldTown sementara nak tunggu pukul 12.30pm untuk check in masuk kapalterbang matilaaaaa. Tu poooooon awal jugak hadoooi. Sini takde aircond la wei, panasssss. Lepas tu harini kita pakai jersey semua sama sebab athlete kan? Hahahaha. Ni panas-panas ni, jap lagi ketiak I bau Bangla la ni confirm. Anyway, harini I rasa hebat. Nak tau tak kenapa? Ke taknak tau? Taknak tau pon I tak kira, I nak bagitau jugak. Tadi I park dekat Putrajaya Sentral. Parking kereta dekat sana lepas tu terus ambik KLIA Ekspress sampai KLIA 2. Parking dekat Putrajaya Sentral tak sampai RM10.00 pon sehari. Bapak la murah! Kalau parking dekat KLIA/KLIA dalam RM46++ macam tu. Kalau 5 hari dah berapa? Haaaaaa kira la sendiri. So I rasa macam I hebat harini sebab boleh jimat. Tadi dari Ampang I lalu Mex terus ke Putrajaya lepas tu exit dalam 5 minutes dah sampai Putrajaya Sentral. Imagine kalau naik Uber one way dah RM70 x 2 dah berapa, kan? So korang nanti bebila kalau nak pergi mana-mana dalam 5-6 hari boleh la parking dekat Putrajaya Sentral. OK? Actually cara ni semua orang dah tau ke, ke I baru tau? Hahahaha. Nanti kalau kitorang sekeluarga nak pergi holiday mana-mana nak buat macam ni la. Rasa macam best pulak macam ni. Shein mesti suka dapat naik ERL. Hope tahun depan bila rumah dah siap, Sazli bawak I pergi Spain. I nak bagitau Shein, dulu masa dia ada dalam perut, dia pernah datang Barcelona. Tapi nak pergi Europe flight berapa jam pulak. Haih. Kalah betul la I dengan kapalterbang ni. Taaaaakot. Taktau la sampai bila I dapat recover dari takot naik kapalterbang ni. Kata Nik, I excited sebab tu malam tadi tak dapat tido. Sebenarnya kalau nak naik flight I memang cuba not to sleep malam dengan harapan nanti naik kapalterbang tido. Setakat ni, cara menahan mata ni tak berjaya pon. Atas kapalterbang mata I memang luaaaaaas terbukak. Pundek betul.


Tengok, Kaklong pon ada. Dia main badminton. Sebelah dia yang manja lentok-lentok tu Nik. Dia Polis tau? Sebab tu dia garang. Dulu dia eksyen dengan I. Depan Nik tu nama dia Sima. Comel and kelakar orangnya. Orang ebab-ebab ni biasa memang comel. Sebelah Sima tu Tomato. Taktau apa entah nama dia, orang panggil dia Tomato and yang depan Tomato tu Siti Babe. Ganas, tapi handbag dengan sweater kaler pink. Tak simetri dengan Imej

Monday, September 24, 2018

Bye KL, Hello Sabah!


Assalamualaikum..

Ya Allah rasa macam hectic sangat lately hidup I. 24 hours rasa macam tak cukup sebab I ada Netball game untuk SUFMA start esok dekat KK Sabah. Every day ada training. Kalau takde hujan buat fitness dekat Gym pulak. Kurusnya tak jugak. Kekadang sakit kangkang makan 4-5 hari baru nak OK. Lari atas treadmill I OK lagi. Yang kena buat squat, jumping jack, planking semua tu memang hazab la. Tak sukaaaaaaaa. Rasa muscle sakit giler. Dah tu, tak cukup dengan Netball kena masuk Kebudayaan pulak. Kena menari Sumazau. I ni menari Traditional jadik Dangdut, buat Sumazau dah jadik Hindustan kah kah kah. Macam biasa, Kak Nira la yang ajar. Bajet professional, practice baru 3 hari wei. Adoi, macam mana la nanti ni nak masuk pertandingan. I doa kalah je la sebab kang kalau menang daaaaaaaaaaaaah Dinner nanti kena buat persembahan lagi.  Katanya ada Menteri Besar Sabah ada sekali. Adoiyaaaaaai. Bab Netball dengan Kebudayaan tu takpe lagi tapi daaaaaah nak kena naik Kapalterbang aje mamposssss. Naseb la Kaklong ada. Macam la kalau naik dengan Kaklong selamat sangat hahahahahahaha. Kali ni focus untuk bersukan je and memang taknak beli apapa kecuali macam nak beli T-Shirt je dekat Hard Rock KK. Ikan Bilis semuaaaa I taknak. Biarlah mata biru ke, mata purple ke I taknaaaaak. Yang ada dekat rumah ni pon still ada sepeket lagi tak guna. Kitorang nanti stay kat mana pon I tak ambik tau sangat sebab bebudak Netball ni cakap je stay kat mana, terus Google cerita hantu, terutamanya Nik. Anyway, despite my hectic schedule, I enjoy jugak sebenarnya. Kenal kawan-kawan baru dalam Netball team. Adik-adik semua. Maklumlah I dah 5 tahun tak join SUFMA. I decide, ada je Shein, I nak focus pada dia. Acewaaaah. Now dia dah besar, dah masuk sekolah biar Abah yang setelkan dia pergi Sekolah. Good Luck Papa!


Last week buat friendly dengan team Farah Faiz dari Maybank. Semua sama size je kemain lincah. Result : Rahsiaaaaaaa hahahaha

Wednesday, September 19, 2018

KEEP CALM and Play Netball (Edisi Kelakar)

Publish : 22 April 2015
Re-Publish : 19 September 2018

Throwback sikit pasal Netball. One of the funniest memory masa Company kita ada sukan duluuuuu. Tengok kat komen Dyba tulis apa. Tak paham-paham position. Dia cakap dia nak kena bagi bola dekat GK ke? So GK masukkan gol. GK tu kan defender, mana boleh masukkan bola dalam gol hahaha. Last-last taktau nak jawab macam mana dah, I cakap je, 'Dyba bagi je la kat sapa2 dyba nak, asalkan dyba happy. hahahaha'


Assalamualaikum…

Ingat tak dalam entry ni I cerita pasal sukan tak lama lagi tu kan? So bebudak ni semua la semangat waja. Semua macam excited nak main. Excited nak main tu memang bagus. Siap tanya bila nak training la apa la. Kasut nak beli kasut apa, jersey nak kaler green lime yang striking giler biar semua orang nampak segala, padahal ada yang seumur hidup TAK PERNAH main netball pon. Takat tak berapa tau undang-undang tu takper, ni position apa, macam mana nak main pon taktau acane?

Dyba : Kaksu! Nanti Dyba nak main position apa?
Kaksu : Dyba badan kecik mesti lincah. Dyba main WA la.
Dyba : WA tu apa?

Ira kebetulan masa tu lalu. So dia pon jawab

Ira : WA tu Wing Attack Dyba. Pernah main netball tak sebelum ni?
Dyba : Tak pernah. Tapi Dyba pernah tengok. Dyba rasa dyba tau.
Ira : Masa sekolah ker, kolej ker, memang tak pernah main?
Dyba : Tak pernah. Tapi boleh cuba. So Dyba main WA la?
Ira : Yer, Dyba tolong Ira la. (Ira I bagi dia main Center), Ira bagi bola pada Dyba, Dyba pas pada Gol Shooter
Dyba : Dah tu Dyba tak boleh jaringkan Gol la?
Ira : Tak boleh laaaaaaaaaaaa. Kan Dyba main WA? WA tu Wing Attack
Dyba : Wing Attack? Nak attack sapa? (Muka ikhlas nak mampos tanya soalan. Geram jer nak tunjal)
Ira : ………………………………………….. T_____T


MATILA

Monday, April 9, 2018

Netball Yang Dapat No 2.

Assalamualaikum..

Lama giler tak main Netball yang menang. Biasa main memang kalah je manjang. Hahahaha. Kali ni dapat Naib Johan woo hoo!! Jaaaaadikla dari tak menang apapa. Naseb baik la bebudak Palm ajak join dorang main under Upstream Cluster, kalau tak mereput la I each time main Netball lepas tu kalah. Usually yang main kalah tu time office I punya sukan yang lawan kilang-kilang tu. Makanya yang main GS Intan, Dyba pulak main WD jenis kejar je bola mana bola pergi - comel sangat. Dulu Si Ross ada, tangkap bola lepas tu bola lobos ikut bawah last-last peluk angin. Undang-undang pon taktau memang di ayam-ayam je la dengan orang-orang Kilang. Hahahaha. Nak harap ke Izzah je la yang boleh laaaa main sikit level-level I. Kita kalah memang biasa tapi player HQ semua cantik-cantik and muda remaja + baju kita biasanya cantik. Kira bab appearance dah menang dah la. Hahahaha. Aci je puji diri sendiri. Uweeek!! Kali ni game main untuk Kelab Sukan Inter-Dept. Ada 8 team semua. Meriah jugak main tengah panas. Kepam I balik tu. Terus kulit kaler Bronze. Bagus jugak sebab fe-feeling Beyonce aaaaawwww. Hahahaha. Main tengah panas takpe, yang penting 1) Baju meletop sampai Kak Zah taknak pakai. Kata dia macam baju nak pergi Disco. Hilang akal ape beli baju singlet kat dalam lepas tu suruh Kak Zah pakai? Hahahaha. 2) Padang view KLCC walaupon panas. 3) Dapat Naib Johan and dapat la duit hadiah + allowance makan RM60.00 (Breakfast Starbucks RM20.00 so masih ada balance keuntungan RM40.00). Most important I had fun. Seriously. Seronok sangat! Ila, Iyra nanti jangan la serik ajak Kaksu main Netball sama-sama eh? Walaupon tak berapa hebat sangat main tapi Kaksu pencetus suasana gembira. Kan?


Yang I hug tu, tu la Kak Zah. Guru Besar. Makan banyak before game tak bagi, minum ais tak bagi. Dia macam halimunan la wei. Memula ada dekat tengah padang. Elok I bersila mintak Izzah ambik Air Sirap Ais, eh tetiba dah ada bawah khemah. Hahahaha. Nak terkeluar bijik mata Kak Zah marah I minum ice. Dia ingat I bodoh? Dia blah I minum la. Hahahaha.

Wednesday, March 15, 2017

5-2-5 kot????? (Edisi Futsal)

Assalamualaikum..

Lama giler tak main Futsal. Duluuuu masa zaman muda remaja memang I selalu la main futsal. Main untuk company sampai Liga Kebangsaan. Cecece. Bunyik mcam hebat kan? Bunyik je hebat tapi takde apa pon sebab most of the time I simpanan je kah kah kah. Tu masa sebelum kawen la. Bila dah kawen, ada main dengan bebudak Wakdan WAGS. Time tu Fouziah Gous (I call her Poja) pon ada join and Yash lagi la drama siap pengsan-pengsan time game. Mengada je. Dah tau nak main futsal, taknak makan memang la pitam. Time tu la I kenal dengan Ejie and unfortunately Ejie pon kawan jugak dengan Anny. Anny memang kaki Futsal la. I dah tengok dia main, takde la hebat mana pon hahahaha. Bab kutuk kita kemain. Dia tu main Futsal dengan I pon tak pernah tapi dia cakap I main macam Kuda Kepang. Amboi amboi amboi, amboi amboi amboi.  Yep yep (style King Coco). I pon memang la tak pandai mana main. Sama la macam Intan, poyo je lebih. Kasut nak Nike je walaupon company sponsor RM50.00 untuk beli kasut tapi dengan botol air kaler pink habes semua I beli. Haha. Taknak kalah. Tapi I jenis semangat memang lebih sikit. Sebab I suka sports kan? Biasa orang sports ni, bagi la sukan apa dia boleh je main semua. Cecece. I sepak pola pon jenis tonjol memang la kuat pergi dia. Usually yang betul sepak kuat and pandai Futsal dia guna sisi kaki. Kedebush bunyik dia. Kaklong I sepak kuat guna sisi kaki. Dia memang pandai main Futsal cuma dia ada masalah tak boleh bendung nak terkucil dalam seluar je la. Hahaha.


Last 2 weeks main dengan Intan and Kelab sukan company. Kening I on point. Tu yang penting.

Thursday, February 18, 2016

Netball Inter-Dept 2016

Assalamualaikum..

Last week, I join company I combine dengan department lain buat satu team untuk perlawanan Netball Inter-Dept AND macam biasa la, tak kalah tak la Suraya nama dia. Wahaha. Sampai boss I dah saspen, ‘Su I hope you menang sebab I tau you jenis tak boleh terima kekalahan. Nanti kalau kalah jangan merajuk lagi ok?’ Hahahaha. Nasyid kalah, Netball PUN kalah apa la nasib. Batu belaaaaaaahhhhh batu betangkupppppp. Kepada bebudak Palm tak payah nak poyo sangat dengan Kaksu sebab menang. Kalau poyo jugak, ready la memang aku remove dari group macam Iyra. Wahahahahahaha.

Tapi walau apapa pon, I puas hati sebab team kami main smooth and game cantik sebab semua tau position and semua tau main. Cuma takde luck je sebab masa semifinal shooter kitorang maybe under pressure sampai tak boleh nak jaringkan gol and kalah 1 point jer, bapak la frust. Kalau tak dah boleh masuk final pon. For Grouping, team kitorang menang dengan Champion. So kepada team Champion tu jangan poyo sangat eh? Hahahahaha *Padahal dengki.

Kali ni I main Goal Defend. Main GD you alls. Naseb baik la tak katik sangat so tadek la look stewpid bila Shooter tinggi-tinggi macam galah. Kata Kaklong, I main macam ribut. Kitai je tangan janji bola tepis. Kena tak kena belakang kira. Mata pejam time defend. I pon agak memang I main macam ribut. Hahahahaha. I bukan berapa pandai main Defend sebab usually netball I main attack tapi syok jugak main defend. Sebab tak penat sangat.

Naseb baik la main dalam hall so tak panas sangat. Kalau tak memang hitam la I. Nak kena makan Transgluta 3 botol balik kasik putih. Hahahahaha. Tapi main dalam hall pon panas sebab udara tak keluar so macam stuffy and berkuap. Tapi kalau nak cecantik taknak berpeluh semua, tak yah la bersukan. Duduk je rumah dalam bilik layan kucing macam Intan tu. Sama la macam Rozita Che Wan tu. Bila masa yang dia tak cantik, all the time cantik je. (Tetiba Rozita Che Wan pon masuk dalam ini cerita)


Team-mate I. Izzah, Siti Nurhaliza, Farrah Liza and Mimy. Mimy ni dulu I close dengan dia masa memula masuk kerja. Kita janji nak pregnant sama semua tapi now anak dia 4, anak I satu. Cane nak kejar ko sila kasik tau sekarang?

Wednesday, October 7, 2015

Aerobic Dance (Video pon ada)

Assalamualaikum

Sekarang ni every Wednesday, I join kelas Aerobic Dance by Group Woman’s Club company. Actually ada dua jenis kelas. Aerobic Dance and Body Combat. Intan, Dyba, I and Izzah join Aerobic Dance. Sarabanon sorang je yang join Body Combat. Kaklong meleleh je la ailio tengok kitorang dari jauh sebab dia takde dekat Menara so tak boleh la nak join. Kitorang perempuan sejati memang suka la kelas joget-joget Hindustan and Somtam (Samba sebenarnya, tapi Si budak paling kompiden Dyba sebut Somtam). Hahaha. Bangang.

Si Sarah kan dia Alien? So dia suka la yang ganas and extreme peluh lencun macam Body Combat ni. Dia pergi dengan Fiza 2 orang sebab bab exercise dorang geng. Padahal dedua tu kurus keding, tapi gym extreme. Dorang memang jenis exercise yang serious. Siap beli treadmill dekat rumah lepas tu sign up gym siap ada gym instructor lagi. Padahal dah kurus. Aku pon tak paham konsep orang kurus beria nak pergi gym, yang debab-debab macam I and Intan suka kelas joget-joget je. Acane? Hahahaha.



Sebelum masuk kelas, berangan dulu. Kitorang dekat Gym Tingkat 12. Wellness Club ni pernah sponsor AF 2014 tak silap I. Besar Gym ni. Ada tempat exercise and ada tempat lapang untuk joget-joget jugak.

Friday, June 26, 2015

Lagi Gambar Sukan. Harini Tadek Gambar Makan.

Assalamualaikum…

Harini kiter berbalik kepada cerita Hari Sukan eh? Hari-hari cerita pasal makan kang korang jugak yang meroyan. Lulz. I tadi macam ada banyak gambar makan nak share tapi kesian kat korang. Dengar cerita untuk bulan puasa ni ada yang nak hide I punya FB Feed sebab takot tersiksa jiwa dan raga. Nanti lepas raya baru tengok balik. Hahahaha. Tu kalau budak darjah 2 punya statement tu takper lagi, ni budak besor ok? Sabar je la Mak Jemah. So gambar makanan nanti minggu depan la I baru share ok? Hari Jumaat semua orang kena insaf dan tak boleh riak pasal makanan. (Tetiba).

Ni I dah dapat gambar dari official photographer. Semalam dapat 7 cd’s. Boss I taknak tengok, kata dia banyak sangat. Malas. Sebab penat bulan puasa. Anyonyonyo. So I pon tengok la. Lepas tu sakit hati sebab balik-balik gambar Dyba dengan Intan. Ooo ni kerja dorang? Ngorat Fitri lepas tu gambar dorang banyak. Padahal ni aku ni yang bermati-matian bersukan, gambar semua buruks. Dengan muka macam jilake sebab pipi menggelendut masa lari, lepas tu bila snap kulit dia macam tak simetri melayut-layut. Hahaha. Lepas tu memang SEMUA gambar buruk. Si Dyba dengan Intan, tengah lari pon lawa. Boleh senyum kejip mata slow motion lambai macam Miss World. Aku pon tak paham kenapa. Mana la keadilan dalam dunia ni. Dah la masa Marathon, Sarah dapat number 5, I number 7. Yang ada gambar time ambik hadiah is Dyba, number 10 and Intan number 16. Go ghaser??

BTW, ni I nak share gambar kitorang masa Hari Perbarisan. Ada citer lawak. Masa Perasmian Sukan, ada gimik tau? Tetiba keluar lagu ala-ala Zorro lepas tu ada Zorro datang naik kuda kedekuk kedekuk kedekuk, keliling padang 3 kali pusingan. Masa pusingan pertama kitorang impressed la, huiyoooooo semua mulut dah melopong. Masuk pusingan kedua, I ketawa dengan bebudak ni sampai kepit-kepit kaki sebab nak terkucil. Zorro tu pakai topeng dekat mata. Tapi dia ikat tak ketat. So topeng tu macam melorot ke bawah. Last-last Zorro tu pandang depan bukan guna mata dah, guna lubang hidong. Hahahaha. Kesian giler ok? 


Mata mana, mata?


Tengok Si Dyba, kaki dia tu posing model je. Pantang orang tala camera, zaaappp kaki bengkok. 


Team HQ/Pasak?Luar Negara. Paling tercorot. Kami posing cantik boleh la Boss. Bersukan out. Again, tengok Dyba posing. Kali ni dia Intan sudah kalah.


Dyba kata dia pakai tudung kaler lain, patut dia yang ketua. Ketua tu maksud Dyba ialah pemegang sepanduk. Tu muka tak puas hati jer tu. Hahahaha.


Time ni la kitorang joget zapin tu. Bongok memasing perangai. Gone all protocol.

Seronok la bila ingat balik time sukan. Lagi-lagi athlete macam I ni. (Cecece). Tahun depan hope company perform la so that ada la lagi hari sukan. Hujung tahun ni ada Company Dinner. So mesti ada menari. Dah masuk 2 tahun tak menari. Harap dah senior ni, (tua in denial) jangan lagi la boss request nak joget Bollywood lagi. I segan. Dah la I yang paling tuweeee. Hahahaha. Tapi kalau traditional memang banyak lagu dah kitorang cover. Paling best tarian endang la. Tapi Si Dyba dengan Intan memang nak Bollywood je. Si Sarah je nak lagu Korea, tapi semua orang tak layan bila dia nak joget Korea. Tahun ni kiter ada ‘Izah, dia jangan nak lari. Dia kena masuk menari. Kalau dia taknak masuk, left group. Hahahaha.

-eNd-

Wednesday, June 17, 2015

Hari Sukan (Day 2) - Perbarisan

Assalamualaikum…

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semuaaaaaa pembaca blog Chooyaya Secret Garden ni daripada I dan seisi keluarga. Malam ni Trawikh jangan lupa haaaa. Ramadhan definitely is a favorite month for Sazli. Dia memang tunggu-tunggu Ramadhan every year sebab dia suka trawikh. Semoga Ramadhan tahun ni memberi seribu keinsafan dan barakah kepada anda dan seisi keluarga anda, dimana sahaja anda berada. Gitu. Ucapan bulan puasa pon nak nampak sipi-sipi macam Pembaca Berita. Yerla, itu kan cita-cita yang tak kesampaian. Tidak sesekali dilupakan. Hahaha.

Harini I nak sambung cerita Day 2 untuk Hari Sukan kitorang yang berlangsung di ILKAP pada 12-14 Jun bebaru ni. So masa Sabtu tu, semua dah janji nak masuk Perbarisan. Kena bangun awal sebab lepas breakfast semua dah berkumpul dekat padang. Semua Head ada dekat stage dengan yang tak berapa nak head pon tetiba jadik penonton. I, Dyba, Intan, Izzy, Sarah and the rest dah standby untuk perbarisan. Jangan kawan ‘Izah sebab dia cengkelat. Kata dia, dia kena pegang dulang. So takyah beratur. Untunglaaaaaaaaaaaa. Padahal pegang dulang 4 saat je. Mana la keadilan dalam dunia ni. Nasib baik la harini cuaca elok je. Tak hujan, tak panas. Kalau panas, memang I fengsan dah. Sebab badan kan tak berapa sihat sangat?

Perbarisan tahun ni enjoy la. Sebab banyak kilang buat tarian, silat and zumba. I dah cakap dekat Boss I, HQ buat la kelainan. Bolehla menang perbarisan. Dah la acara sukan harapan sangat nak menang. Sekali kilang mana entah siap buat joget lagu Sakitnya Tuh Disini. Hahahaha. Kelakar Pakcik Makcik joget dangdut. Tapi syok and fun sangat! Yang kelakarnya, tukang buat persembahan menari ala kadar. Ni ha yang dekat  belakang siap gelek sampai ke tanah. Hahahahahha. Penonton yang lagi havoc seh! Jaga ko Oghang Kilang. Tahun depan kalau bebudak HQ taknak buat group performance, Dyba cakap dia sorang boleh buat persembahan solo. Dyba kata nak buat joget lagu Hindustan, tapi I nak suggest dia buat sarkis. Confirm menang!

Tahun ni pon ucapan Dato’ tak sampai sejam (macam biasa). Dalam 30 minutes jer. Tu pon dia kata sebab tak prepare text. I asyik jeling Intan tunjuk jam. Intan cakap tunjuk la dekat Dato’. Hahahaha. Lepas perasmian kan dorang cek perbarisan? Bebudak ni bagi idea bangang. Nanti kalau Dato’, Boss I and the rest datang, kiter buat menari macam Panca Sitara yang tara kuca tara kuca tu. Ingatkan memain, skali Dyba buat betul-betul. Dah takkan dia sorang je joget, kitorang join sekaki la. Dah la lagu masuk je. Apa lagi? Disccccooooooooooooooo!! Hahahaha. Dah, jom layan gambar yang ambik guna camera henpon Sarah. Beria bawak monopod masuk tengah padang. 




Amboi yang paling belakang tu posing kemain.


Rambut Sarah macam Rosmah Mansur. You win la bb!


Dari kiri : Kak Ros, Kakak Kilang, Kak Ina, Kak Ani, Atikah, Syira and Intan. Depan tu Izy and Siti Nurhaliza version debab.

Sambung berangan. Dyba kemain siap flying kiss.


Ini jer la kontinjen kitorang. Orang lelaki duduk belakang. Pempuan depan.


Tengok yang depan tu. Kemain muka stim. Dia lupa la tu dekat rumah ada anak sorang.


Tu la 'Izah, sebok nak pegang dulang. Dah tak boleh join kitorang berangan.


Team HQ kalah perbarisan ni. Harap maklum.


Kitorang la yang paling bising sekali. Duduk paling depan. Paling bising. Paling tak duduk diam. Paling tak terkawal.

Perbarisan tahun ni best sebab tak panas. Tak la siksa sangat nak berdiri tengah padang. Lagipon bebudak sewel ni ada dengan I so tak la boring. Time nyanyi lagu Semai Bakti Felda kemain semua semangat nyanyi. Siap ada suara high pitch la, suara back up la. Berangan macam penyanyi koir sekali dengan nak poyo dengan orang Plantation dekat sebelah kitorang ni. Konon macamkan dorang tak pandai nyanyi lagi Semai Bakti. Padahal semua orang dah hafal kot? Hahahahaha. Paling best masa nak perasmian tu, ada Zorrro naik kuda keliling padang 3 pusingan. Zorro tua la tapi. Dia pakai mask, tapi mask dia dah melurut kebawah sampai nak tutup mata. Lepas tu dia pandang jalan guna lubang hidung. HAHAHAHAHA.


Gigih kitorang naik kuda ni sorang-sorang. Gambar Dyba je yang tergamak nak letak. Yang lain debab buruk serta Bibik sangat-sangat. BTW, Kuda ni busuk dan berbau kuda. 


Ni masa petang Jumaat memula sampai tu, sebelum makan durian. Saja letak gambar ni sebab gambar 'Izah tadek time perbarisan. Dia kan gadis pemegang dulang? Mengelaaaaattttttttttttttt!!

-eNd-

Tuesday, June 16, 2015

Hari Sukan - Badminton

Assalamualaikum…

Harini nak cerita pasal sukan la, kang nanti tunggu lama-lama dah basi pulak. Untuk tahun ni, tadek acara balapan sebab dekat ILKAP ni tadek track. Ishk! Bengang jer. Kalau tak mesti group HQ sapu bersih acara track (perasan). Kena pulak gandingan mantop I + Sarah + Intan + Dyba untuk 4x100 dengan 4x200. (‘Izah duduk tepi jadik penyokong jer) Haha. Ooooo I tak perkenalkan lagi ahli baru geng kitorang menggantikan Ira. Nama dia ‘Izah, single but not available. Tinggi sama macam Ira, sewel boleh tahan. Dia macam ada masalah sikit dengan orang yang minum collagen untuk putih. Kata dia kecantikan tak asli. Lepas tu yang Hanis Zalikha jual Toujours tu dia sebut Tonjos. Sesuka-suki hati jer nak tukar nama produk orang.

Yang tudung coklat tu la si  'Izah. Tinggi runjau. Selenga. Lurus bendul. HR exec. Jangan memain ok? Dia ni part-time Ahli ERT office. So kalau ada kebakaran or any emergency ker, semua orang boleh carik 'Izah. CPR boleh buat tak 'Izah? Kalau pandai melambak la orang lelaki nak lemas dekat office ni. Haha.

Ira resign sebelum sukan. Dia nak jaga Mak dia yang sakit dekat Kedah. Tadek sapa boleh jaga sebab Abah dia kerja and tak boleh cuti lama-lama. Mel adik dia pulak kecik lagi. So Ira kena sacrifice berhenti kerja and jaga Mama dia. Untuk Ira, kitorang doakan supaya Ira bahagia dengan kehidupan sekarang. Semoga Mama Ira lekas sembuh and semoga semua urusan hidup Ira dipermudahkan oleh Allah. Simpan kenangan kiter dekat office dari Ira kerja tahun 2010 – 2015 ni erat-erat. Jangan lost contact ok? Nanti jumpa Kaksu untuk ambik tart nenas. Jadik order kan? Hahahahaha.

Game I yang pertama untuk malam ni ialah Badminton. Main beregu dengan Kakak office ni. 1 group ada 5 orang. Single lelaki, double lelaki and double perempuan. Kitorang dapat masuk semi-final. Masa semi-final tu, single lelaki dah menang. Cais! Kena main la macam ni. I dah doa, biarlah kalah sebab taknak masuk final. Sebab kalau final, kena main Sabtu malam pulak. Sabtu malam tu I masuk karaoke. Memang aim nak kalah jer. (Padahal dah nervous). Well, seperti yang dijangka, badminton kalah dengan gembira. 2 2 set kalah. Hahahaha. Tapi kalah melawan la. Time I main tu dalam pukul 10.30pm dah. Dyba dengan Sarah jer yang tengok, Intan dengan ‘Izah dah balik bilik sebab ngantok. Boleh?

Time ni kitorang tengah sokong single lelaki main. Dyba ajar sorak macam ni kalau kalah. 'It's ok, it's alright, come on HQ fight fight fight!' Tu kalau kalah. Kalau menang pulak, 'Takbir!' Lepas tu jawab, 'Allah-huakbar!' Islamic sikit sorak kalau menang sebab Dyba dulu kan Sekolah Agama. Kitorang lagi suka kalau kalah sebab sorak dia lama sikit. Hahahaha.

Gambar pulak Dyba tadek ambik. Dia ambik video jer, I tak sampai hati nak share sebab gaya pukul bola tu macam pukul ayam untuk buat ayam penyet jer. Hahahaha. So kitorang dapat tempat 3 berkongsi dengan Kilang mana entah. I pon tak sure. Dapat hadiah Iron, ada dalam kereta lagi. Tahun ni beregu perempuan memang kuat-kuat la. Kata Abang Man sebab orang kilang memang main tetiap petang. Dorang latihan konsisten. Yang I ni, tak main 2 tahun, lepas tu training 2 kali jer. Memang kalah la. Tapi takper, sebab kalah melawan. I ingat lepas ni kena la konsisten sikit turun latihan. Lepas raya ni, seminggu sekali I nak main badminton. Dah cakap dengan Sazli. Dia pon sokong. Asyik je suruh I join dia jogging.


Gambar ni I screenshot jer dari video. Tu yang blur macam ni. Ni set kedua ni tak silap I. Ha yer la. Yang kalah tu. Haahahahaha.


Ni nama pukulan ni ialah 'pukulan jurus ketuk ayam'. Sekian dimaklumkan.

Takper. Kiter tunggu lepas raya la eh? Tengok macam mana plan konon nak turun seminggu sekali tu menjadik kenyataan ke tak. HAHAHAHAHAHA. Esok I share gambar masa perbarisan dengan game netball pulak eh? Jangan risau. Semua acara kitorang tapau kalah dengan bergaya. Bab sukan, HQ tapau bersih semua kalah. Tapi acara karaoke, HQ menang hadiah dari tempat pertama sampai tempat keempat. Ha, nampak tak kat situ macam mana? Acara sukan kalah, acara joget nyanyi kitorang memang. HAHAHA. Walaupon acara Karaoke bukan termasuk dalam acara sukan tapi at least menang jugak kan? Haaaaaaa.

-eNd-

Monday, June 15, 2015

I'm back!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah I takde pengsan and keep fit sampai habes sukan. Woo hoo! Athlete kan? Kena la kuat. Hehe. On Friday masa nak tunggu gerak ke ILKAP tu, I sempat balik rumah dulu untuk nap sekejap. Bangun-bangun tu suhu badan still 39 macam tu. Ada la sikit rasa dizzy tapi takde la melepek macam a day before. 

Lepas ambik Intan and Dyba, terus ke ILKAP and check in. Masa nak sampai ke ILKAP tetiba nampak gerai jual durian, tak boleh jadik ni. So kitorang decide nak makan durian. Masa petang tu badan I dah rasa ok. Kata orang, time demam tak boleh makan durian kan? Tapi I makan jeeeeee. Dah la sedap kot durian IOI tu. Berebut-rebut makan dengan Dyba, Intan and 'Izzah. Time berebut-rebut makan durian tu la memasing keluar suara jantan. Hahaha.

Kitorang makan 2 bijik kena RM75.00 macam tu. OMG SEDAP GILER!! Nah I belanja korang gambar je la. Dengan kata-kata 'Eat your heart out'. Later I sambung cerita hari sukan lagi ok? Now I tengah bizi menyelamatkan dunia. Kbye.


Durian IOI. SEEEDDDAAAPPPNYAAAA

-EnD-

Friday, June 12, 2015

Athlete Yang Tertewas

Assalamualaikum..

Seperti yang I dah mengadu pada korang pasal I tak larat and badan rasa nak demam tu, semalam petang gigih jugak nak turun netball dengan bebudak ni. Sabtu dah tournament, sapa yang main pon tak decide lagi. Semua pon hebat. So taktau nak pilih sapa. Heeeeeee. Tapi semalam tak cukup korum pulak, ada yang tak dapat join sebab nak balut and hantar hadiah dekat ILKAP. So mana yang ada jer la. Kaklong and Annie join sekaki. Lepas tu ajak bebudak remaja lelaki yang main futsal tu main dengan kitorang. Tapi main tadek law la, dorang main netball macam main bola keranjang. Pon boleh. Janji cukup orang.

OTW nak hantar Dyba ke Ampang Park, dekat depan Intermark I nampak ramai orang berkerumun tepi jalan. Allah. Ada accident. Skali tengok rupanya Si Sarah. I dah menggigil badan, terus parking kat tepi jalan. ‘Izah terus melompat keluar dari kereta. Kitorang tengok Sarah, Al-hamdulillah only minor injury. Dalam pada minor tu, patah jugak la gigi depan, calar dekat tangan, muka and lutut. I time ni badan dah rasa tak larat sangat-sangat dah. Tapi kena hantar Sarah pergi klinik jugak, sian kat dia.

Kitorang pergi Medivron Klinik, Ampang. Sementara nak tunggu Sarah cuci luka, I dah baring dekat peha Fiza. Badan dah rasa seram sejuk, menggigil, nak muntah and tak larat sangat-sangat. So alang-alang tu, jumpa la sekali doktor. Masuk-masuk je Doktor tanya, ‘what happen?’ I cakap, ‘I demam’… Pastu dia check suhu, 39.4. Kata dia ‘Too high ni. U pakai sportswear dari mana? ‘ I cakap I baru habes main netball. Kata Doktor, ‘Wow, demam macam ni you still can play?’ I jawab, ‘Doktor please? Athlete kot?’ Hahaha.


Halololoh

Dia check nafas. Kata dia hembus 3 kali ikut mulut. ‘Yes, good excellent, yes dear you doing great’ Eh doktor ni, kau dah kenapa? Hembus nafas je kot? Dia ingat I Shein nak cakap excellent-excellent? Hahahaha. Pastu dia pegang kepala and tekak pipi semua, dia tanya sakit tak? I cakap sakit… Lepas tu dia tekan mata. Tanya sakit tak? I cakap ‘Sakit la!’ Tergarang. Sorry doc. Hahaha. Mata I semalam rasa macam nak terkeluar. Kata doktor I dah almost kena flu and now kena viral fever.

I mintak ubat paling power rangers. Sampai je rumah, I dah tak larat apa terus baring. Sazli siapkan tilam I dekat hall sebab dia tak kasik tido dengan Shein. Takot jangkit. I pon memang tak larat apa, tido je dekat depan. Lapang-lapang dekat hall tu, I boleh je tido. Sebab tak larat dah kan? Time ni kalau ada pocong ke apa lompat-lompat menari lagu Muhjse Dosti Karoge medley, I lantakkan ajer. Hahaha. Tengah tido, my baby Shein tetiba datang dengan blanket dia, nyonyot jari and tetiba baring dekat sebelah. I dah mamai-mamai at that time but awwwww that so sweet of you Shein.

Pukul 4.00am pon tetiba je dia datang dekat I semula. Sazli buat susu lepas tu bagi pada dia. Habes susu, I dukung dia, dia peluk leher I and I hantar dia semua pada Sazli. Suruh dia tido dengan Abah dia. Poor my baby, tak dapat tido dengan Mama. Sampai pagi, masa I tengah sidai kain tetiba dia hulur tangan, nak suruh I cium tangan dia yang masam tu and dia senyum. Yang paling manis. Even though Shein tak boleh nak bercakap, tapi I tau dia tengah pesan, ‘Get well soon Mama’.

So, kejap lagi I akan bergerak ke ILKAP. Lepas tu malam ni ada game badminton. Esok ada perbarisan and lepas tu ada netball. Malam pulak kalau badminton masuk final, ada game malam tu but kalau kalah lagi bagus. Lepas tu ada pertandingan karaoke. I masuk jugak. Hahahahaha. Esoknya ada marathon 3km, lepas tu baaaaaaaaaaaaaaalik. Just hope yang badan I bagi kerjasama and I tak collapse ke apa. Sazli cakap jangan beria sangat nanti pitam. I tak pernah pulak pitam time sukan, tapi ni dengan package demam ni entah la. But hopefully not la. Athlete kan? Malu la kalau pitam. Heeeeeeeeeeeeee


-eNd- 

Friday, May 29, 2015

Netball Training

Assalamualaikum..

Semalam petang kitorang dapat main netball dengan kakak-kakak Felda yang main wakil Team HQ (yang dulu I dalam team, hanya dapat main bila terlalu menang atau terlalu kalah tu) Haha. Dorang ada training untuk Piala Datin Bibi Sharliza dekat Kuantan lagi 2 minggu so kitorang tumpang-tumpang la training. Ada 3 orang state player sekarang dalam Team Senior. Dorang punya ketinggian ialah 6 kaki. Sorang main untuk Sea Game wakil Malaysia (Gulp). Harap maklum dia punya ketinggian. Sikit jer lagi dah sama tinggi dengan tiang gol. Kalau yang size comel macam Dyba, dia kena tunduk bersungguh baru la boleh pandang mata. Haha.


Intan nak posing cantik jer

Semalam semua I bagi main. Kaklong pon I ajak, saja kasik enjoy bergelak-ketawa. Memula Kaklong main GK, dia jaga intan. Intan main GS. Bila I bagi bola dekat Intan, mesti dapat dekat Kaklong, apa lagi keluar la suara jantan Intan. ‘Intan punya bola laaaaaaaaaaaa’. Lepas tu bila Intan nak gol kan, Kaklong dah kepit-kepit tahan kencing sebab ketawa bawah tiang gol. Si Intan dah saiko so memang tak masuk la kan gol? Kaklong memang dia punya pundi kencing lose. Bukan apa, sebab kaki melawak, so buat apa mana boleh nak serius. Kerja dia nak gelakkan orang jer. Haha.

Dyba semalam main WD. Main defend (yang dia tanya, main defend ni nak defend dari apa Kaksu?) T___T and Sarah I bagi main WA. I pesan pada Dyba, ‘Dyba jaga Sarah jer, jangan bagi dia dapat bola ok? Jangan tinggal dia.’ Tapi Si Dyba ni dia pergi ikut Kakak Senior ajar, ‘Tengok bola dekat mana, ikut bola’. So jadikla Dyba main netball, serupa macam main monyet tu. Kejar sana, kejar sini bola macam onggiler tetengah padang. Orang suruh jaga Sarah jer, ni dia pergi ikut semua mana bola pergi. Hahaha. Comel sangat Dyba, tapi dia main ada improvement la sekarang. Selalu dah dapat bola. Tapi tu la, bola dah dapat tapi dia pergi hantar kebelakang balik. Cane?

Intan main GS sekejap and main C sekejap. Baru dia tau macam mana hazab tercirit segala mala buasir bunga sebab nak kejar bola. Yang paling kelakar masa I main GA, and Kak Syikin (Kawan office I) main GD. Dia kan, bila I dapat bola, dia lari dari jauh and tangan terus naik and macam nak tampar muka orang. Dari jauh lariiiiiiiiiiiii lepas tu dush! Terus tolak bola I. HAHAHAHAHHA. Mana boleh main macam tu! Si Intan pulak, macam-macam la aksi keluar, sampai meniarap peluk bola pon ada. And padang pulak licin, sekejap kang sorang jatuh, sorang kat sana jatuh kaki split macam gymnast. Hahahaha. Naseb seluar tak koyak. Kalau tak terkeluar la kedai kopi.


 Ni sikit video masa game. Intan main C, I main GA, Dyba main GD. Kaklong tukang gelak. Izah tukang rakam.

A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on




Intan tu tengok la, sempat lagi dia posing tengah padang. And Sarah jadik suara latar nyanyi lagu 'Lompat Si Katak Lompat'. Haha.

Anyway, seronok giler woh! Dah lama tak gelak-gelak main netball macam ni. Nak pulak I ada GA mantap sekarang ni. Izah nama dia. Izah pandai main netball. So tadek la nanti I dalam padang stress sorang-sorang. I dapat imagine dah nanti bila bola Dyba kena ambik dengan opponent (orang Kilang), dia cangkung peluk lutut taknak main dah, lepas tu nanges. Dah satu hal nak kena pujuk pulak. Hahahaha. Kitorang ada 3 minggu ni. Tengok susunan pemain, macam boleh menang. Cecece. Tapi I dah promise bebudak ni, sapa terpilih atau tak, I nak semua ada dekat padang and support. Nanti semua I akan usahakan bagi Jersey yang sama dengan pemain sorang satu. Sebab I sangat appreciate dorang susah payah and sama-sama turun training. I love them J


-eNd-