Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Wednesday, October 23, 2019

Birthday Lunch with Fifie

Assalamualaikum..

Hi. Memang hari-hari ke nak kena update pasal birthday? Hahahaha. Sabar eh? Setahun sekali je pon. Kasik chance la please. Memang macam ni lah every year. So harap supaya saudara-saudari sekalian dapat bersabar dan tabah. Harini turn celebrate dengan Fifie pulak. Dengan dia I tak kira celebrate yang group. Kena individual. Fifie pon redha je la. Masa Jumaat 11hb tu, dia cakap awal-awal dengan I yang esoknya dia takde dengan I. So semalam baru ada chance nak lunch sama-sama. Fifie tanya nak makan apa, I pon taktau dah nak makan apa. Rare ni kejadian jarang nak makan apapa. Biasa pantang hulur. Zaaaaapppp I akan terima. Hahaha.

I sebenarnya macam teringin nak makan Momotalo or Gyutaro tapi sebab dekat Ampang takde, so I decide nak makan Gol Gappa je la dekat Delhi Royale. Lagipon dah lama tak makan. Last month masa makan dekat Sunway Putra Mall tak sedap langsung. I suka jugak Indian Foods. Kalau Briyani, I paling suka dekat Asif. Dia punya Lamb Karahi is to die for. Memang sedap giler! Shein pon suka jugak. Dia is no 1 Kari Fan. Every day is a Kari Day. Dengan I pon terpengaruh. Tapi kalau compare Indian dengan Japanese, I lagi suka Japanese foods. Tapi kalau compare Japanese foods dengan lipat kain, I pilih Japanese Food jugak. *tetiba.


TQ Fifie for the birthday lunch. Dah la dia stressed je semalam. Kek takde lilin la, lagu birthday tak kuat la, video 2 kali take la. Hahahahaha. Boleh pulak mintak semula.

Monday, October 21, 2019

Birthday Lunch With Dyba Love

Assalamualaikum..

Last week on Tuesday, Dyba dah cop I awal-awal sebab dia nak ajak lunch sama for my birthday. The next day sampai la Friday memang I takde dekat office sebab ada outside program for company. I cancel semua dengan orang lain demi Dyba yang paling disayangi. She is my priority that day. Sekarang dia sensitive lebih sikit. Selalu rasa Kaksu tak sayang dia. Hehe. Cute je Dyba ni. Mestilah Kaksu paling sayang Dyba. Takkan pernah lupa and always dalam hati tau? I dengan Dyba takde nak merajuk lama-lama. Dia merajuk ke, I merajuk ke, tetap I yang dulu cari dia balik. Dia tak layan hari Isnin takpe. Selasa Rabu Khamis Jumaat hari-hari I tetap akan whatsapp dia. Walaupon dia reply 'ok' 'dah' 'tq'. Hahahaha. Sian I. Tapi I tak give up on her. I tau dia merajuk ada sebab...

I pon sebenarnya rasa macam sedih bila kitorang dah tak sama macam dulu. But fate kan? Nak buat macam mana. Allah always have a better plan. Macam I dengan Intan ada jugak deal sebab kitorang sama cluster. Izzah sesekali jumpa sebab dia tu macam-macam business buat. Apa dia jual, semua I beli je. Hahahaha. Ni aku mintak keropok lekor, dah sebulan tak nampak-nampak bayang lagi. Tahun ni birthday I jatuh hari Sabtu, so semua orang terselamat la. Tahun depan pon selamat sebab hari Ahad pulak. Naseb la Saz and bebudak Perth ada buat small birthday party for October Babies, so ada jugak something on my birthday. Semua orang tau I take my birthday seriously. Walaupon dah tua macam ni. Hahahaha. My birthday month, I princess OK? Sampai habes bulan 10. Anyways...



Tachiu Dyba belanja Kaksu makan dekat Rakuzen.

Monday, April 22, 2019

Saz's Birthday Weekend

Assalamualaikum...

Happy Birthday Papa! Tahun ni yang ke 18. Macam tak caya pulak makin hari makin remaja dia jadik. Tetiba eh dah 18 tahun pulak. Macam The Curious Case of Benjamin Button pulak. Hehe. Kata Birthday Boy, dia taknak apapa untuk birthday dia tahun ni (tapi I nak jugak bagi). Dah pesan dah taknak hadiah, taknak surprise semua. Ajak check-in hotel house pon taknak. Kata Sazli, duit simpan untuk rumah je.. So semalam I bayar deposit langsir buat dekat Baagus time Homedec RM3,000 kira tu je la hadiah birthday. I kasik you langsir! Hahahahaha. Sazli macam biasa la, bila birthday dia, dia akan sebak lebih. Bangun awal dia solat subuh. Lama dia doa.. Doa apa lettew. Hehe. Pagi tu, siap-siap siram rumput, dia pergi bawak Mak Azizah ke Taman Kosas makan Laksa Johor. Biar la dua beranak tu spend time sama-sama dating berdua. Nanti Mama and Shein pon macam tu. Betul la apa Sazli buat. Bila birthday dia, first thing first is Mak dia. Ucap banyak-banyak terima kasih pada Ibu yang melahirkan kita, yang bertarung nyawa nak bawak kita keluar and face the world. Jangan mengada nak jadik macam BBNU, bila birthday cakap tenkiu GF dulu, sepak nak? Hahaha. I kemas-kemas rumah boleh tahan semput, turun naik tangga pon rasanya macam boleh kurus jugak ni. Kata Sazli, nanti kita pergi early dinner lepas tu bawak Ayang (Shein) tengok movie citer Upin Ipin. Sebab : Shein lagi enjoy tengok Upin Ipin. Eeeeee tanak laaaaaa. Naseb baik Upin Ipin dah habes. Untuk Papa Sayang, Mama doakan semoga Papa sihat tubuh badan, murah rezeki, dipelihara Allah selalu and segala impian Papa akan jadi kenyataan. I really want you to be happy. You are my best-friend, my brother and semua-semua la. I know I can rely on you and most important you always support me, apa yang I suka, help me out to make all things easy and always put Shein and me punya happiness as priority. Nobody's perfect.. Me, you, life and everything but we learn to accept kekurangan and flaws dalam life kita. Thank you so much sebab being so understanding dekat I.  So Spain tahun ni jadik ke :D? I nak sangat pergi oversea tengok pokok. You know how much I love to see pokok dekat oversea kan? I doa Papa murah rezeki. Lepas tu Mama, Papa and Shein boleh jalan-jalan tapi pinjam poket Doraemon lah. Senang tak payah naik kapalterbag. Hahahaha.



I pilih nak makan dekat Ben's KLCC. Konsep dia birthday dinner dekat tempat yang I pilih. Best kan? Hahahaha. Yang ni is Creamy Tomato Spaghettini.

Thursday, December 20, 2018

Ellis's Birthday Dinner at Jogoya Starhill Gallery

Assalamualaikum..

Happy Birthday Baby! Actually dinner me with Ellis ni on 5th Dec lepas. Tachiu baby coz spend time with me on your birthday night. I really appreciate that. Dah banyak tahun we dinner sama-sama for our birthday kan? Macam-macam restaurant dah we tried. Hope kita dapat do this for many more years to come and sampai la sama-sama warga emas and berjalan pun pakai tongkat. Promise? Actually few more years dah boleh dapat tiket warga emas dah ni baby hahahahah. Nak pecah perut kitorang gelak dalam kereta bila cakap pasal Ellis dah tuweeeee and soon dapat title warga emas. OMG. Tapi takpe, tuwe at age but young at heart kan? Ellis ni pon petite kecik molek mana yang nampak tuanya. I tengok pon macam budak sekolah menengah je. Bilanya yang nak besar, aku pon taktau. Usually bila kitorang makan sama-sama nanti ada je yang cakap muka sama and nampak macam adik-beradik (^_^) Eh? I tak perasan pulak part mana yang nampak sama. For Ellis's birthday kali ni, kitorang makan dekat Jogoya Japanese Buffet dekat Starhill Gallery. Si Nora yang suggest tempat ni. Dia kata untuk ladies ada less 50% macam tu and bayar dalam RM60++ je, so I terus ON! Hahahaha. I rasa promo for ladies 50% tu dah end kot? Tak sure sebab Nora yang buat reservation semua. Kalau korang nak confirmation call je Jogoya terus. I datang dengan Ellis, goyang tetek je tinggal makan. Tachiu Nora! Nora sampai awal dengan Hanim. Kitorang pulak a bit late sebab jemmmm boleh tahan la masa nak sampai ke JW Marriot. I memang sengaja biar lapar sebab nak makan banyak sekali masssssukkk OMG macam Food Paradise. Makanan dari hujung sinun sampai la hujung sini. Inilah Buffet paling meriah, paling besar, paling variety yang I pernah makan. If kena bayar RM60.00 sepanjanggggg keretapi macam ni memang la worth every penny. Si Ellis nampak eskrem Haagen Dazs satu peti lepas tu dia cakap 'Tu mesti imitation punya tu baby, takkan la dia letak Haagen Dazs betul'. Eh helloooooooo sini Starhill la, merajin pulak kan orang nak buat Haagen Dazs imitation. Nampak dessert semua berbaris macam Pengakap tingat Shein. Ni kalau dia ada ni, sampai-sampai je terus baring atas lantai mulut dah berbuih sebab sewel tengok cake and iceream. Tengok Dimsum tingat dekat Saz. Kalau dia ada ni, sure dia akan makan slow-slow menikmati makanan. Tengok Sushi berbaris dengan sashimi tingat kat diri sendiri. Ni kalau I ada ni, sure I makan salmon sashimi 30 ketul. Eh, tingat dekat diri sendiri pon boleh ke? Hahahahaha. Bongok.


Birthday Girl ni. Malam ni pakai tudung Neelofa kemain tau? Ellis pakai cantik je, I kalau pakai macam ni samadengan kuali terus muka hahahaha. Orang kurus, kecik ni pakai tudung saji pon cantik.

Thursday, December 13, 2018

Shein's Celebration

Assalamualaikum..

Happy Birthday Shein! Semalam puas dapat gomol dia, gigit bontot dengan lengan dia. Masa tu I pakai lipstick so melekat la dekat kulit dia and dia ingat darah. Nanges yang kuat giler 'Huwaaaaaaaaaaa blooooooood! Hahahahaha. Why you bite me Mama? Why????????' Sampai je Sazli dekat rumah, dia mengadu la dekat Sazli mintak simpati sekali Abah dia join I gomol dia hahahahaha. Sian Shein kena buli dengan Mama and Abah.. Shein ni good boy. I hulur lengan, suruh dia bite I balik tapi dia bite slow je. I tau dia taknak I sakit. Tapi I gigit dia sampai berbekas HAHAHAHAHA geeeram! Sorry Shein... Lama dah nak tengok dia ceria macam ni. 2 minggu demam melepek je. Ajak fight apa semua taknak. Nanti weekend we go to Genting Highland OK? Abah and Mama treat you for your birthday. Tak sempat nak pergi jauh-jauh sebab Abah busy with new house. Nanti we buy the Ultraman Ginga thing dekat ToysRus for your birthday although Mama rasa menyirap tak worth it sebab RM370.00 tapi dapat macam gun je. Amenda la... Semalam lepas makan-makan, masa dia cakap nak menda tu pon dah nanges huwaaaaaaa, maka Maktok dah kesian, so dapat la Shein. Untung la jadi Shein... Mama dulu masa kecik, anak patung pon guna beluti kayu je. Lepas tu bungkus dalam kain batik - jalaaaan... Anak patung pon kalau dapat yang dekat kedai cina jenis plastik pink tu je. Baju dia Atok akan jahitkan sendiri. Mainan lain memang takde la. Si Shein punya toys ni kalau kumpul-kumpul semua mau dapat handbag Celine kot? Mainnya sekejap je. Paling lama 2 hari lepas tu simpan buat tukun. Bukan dia berminat pon. Palingggg lama dia main is Ultraman and Monster punya collection. Yang segala mala Tobot yang besar-besar tu main sekejap je lepas tu good bye forever. Malam tadi tetiba ajak pergi Zoo nak tengok Giant Cat Fish lepas tu nak main Football with Kanik T____T hahahaha. Macam-macam dia mintak nak buat bila badan dah sihat ni. I ingat nanti bila dia bebetul fit, nak bawak pergi Sunway Lagoon lah. Sure di suka.


Semalam balik kerja I singgah KLCC beli cake and balloons for Shein. Saja je makan-makan ambik gambar dekat rumah Maktok. I beli satay jugak. Shein macam biasa la nak ajak bergambar sikit punya seksa. Kita nyanyi birthday song dekat dia, dia menyorok bawah meja. So takde la proper photo kitorang sekeluarga. Mama + Abah + Shein pon takde gambar.

Thursday, November 15, 2018

Happy Birthday Siti Nohaliza 2018 - Part VI

Assalamualaikum..

Dah sebulan dah birthday I, jangan disangka takkan ada dah entry, nampaknya masih ada. Aaaaaaahahaha. Balik kerja tu singgah umah Bapak sebab Mak request suruh datang. I tau dah sure ada makan-makan and cake ni. Sekali sampai, memang ada cake coklat, Nasi Beriani Udang and siap ada bunga lagi atas meja. Kata Mak, dia gubah bunga ni and buat simbolik 3 kuntum bunga putih dengan 7 kuntum bunga merah sama dengan I punya umur awwwwww so sweet. Time tu Shein tido, so kitorang je la berempat ambik gambar and makan-makan. Sunyi pulak bila Shein tido ni. Tapi kalau dia bangun, birthday ni akan bertukar tangan jadik dia punya birthday lah. Bukan birthday I. Hehe. Shein sekarang kan ongtueeee sangat. Kalau I sampai rumah Bapak nanti dia panggil I datang kat Maktok and Baba lepas tu cakap ‘Baba, Matok ni Mama. Mama, salam Baba, salam Matok’. Sambil dia ikut dari belakang macam Guru Besar make sure I salam both. Ewah, dia pulak suruh kita salam semua hahaha. Shein ni memang such a sweetheart sangat tau? Dah besar dan debab sangat dah dia. Sazli selalu pesan ‘Mama jangan marah-marah Shein tau? Dia ada perasaan dah sekarang ni’. Kalau I balik dari kerja dia bagi salam dari dalam rumah (Dia yang bagi salam) lepas tu cerita la apapa. Kadang-kadang mengadu. Selalu now sakit kaki mintak urut. Paling best bab urut, dia selalu nak Abah dia. Sekarang mendengar kata banyak la sikit. Suruh slow kan volume iPad now mau la dia mengikut dah. Banyak baik dah dia now, good boy sangat. I rasa sekarang macam I dah ada new best friend. Now, keluar berdua dengan Shein pon I dah OK Cuma makesure duit kena ada namblas juta la haha. Sedih pulak nanti new house, Shein ada bilik dia sendiri. Macam mana nak tido bepelukan sebab kita best friend. Now kalau tengok movie dekat cinema pon kena peluk pegang tangan semua. Anak I romantic lah. Adoi, rindu pulak dekat Shein. Tapi sekarang ni kan entry birthday I, ko tengok senang je dia nak hijack I punya entry. Cis!


TQ Mak and Bapak for the cake. Sedap! Cake sekarang memang kena coklat la, sebab Shein suka Kek Coklat. Tak kisah la birthday sapa, cake flavor kena apa yang dia suka. Fine.

Monday, November 12, 2018

Birthday Ani and NZ Delicacy

Publish : 14/11/2017
Re-Publish : 12/11/2018


Throwback sikit last year punya entry... Happy Birthday Ani!
Assalamualaikum..

Office I now party je. Harini makan free, esok makan free lagi. Untuk minggu ni takde pulak tu birthday sesapa tapi semalam boss I baik hati belanja satu office makan Pulut Kuning sempena dengan anak dia tengah ambik SPM. Thank you Boss! Belanja selalu la, InsyaAllah murah rezeki. Macam last week on Friday, kita buat Potluck sempena birthday Kak Ani and Atiqah. Saja je suka-suka. Mintak contribution Boss sorang sikit, lepas tu daaaaaaaah dapat buat makan. Kata Dyba, dia organizer. Hahahaha. Haritu kita buat brunch la. So menu ialah Nasi Dagang and Nasi Putih (Sebab ada Ongtue nama Intan tak boleh makan pulut – angin) and lauk Gulai Ikan and Gulai Telur Kelantan Style. Lawan dengan Sambal Cuka + Jelatah. Pastu kuih kita order Seri Muka Durian and Kuih Koci sebab tak boleh nak move on dengan dua-dua jenis kuih ni dari Nz Delicacy. Masa petang tu Boss I tanya ‘Esok takde Ayam ke?’ Daaaaaaaaaaah kacau. So malam tu kitorang bincang dalam Group lepas tu I tanya la Nina (anak Tauke NZ Delicacy) boleh ke nak order Ayam Gulai? Terus dia cakap ‘Kaksu, BATU BELAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH’. Hahahaha. Ala, sorry la Boss. I tanya je. tak boleh kalo, takper la… Pastu Nina jawab ‘Ok, Boss Besar cakap boleh. Dia kataaaa naseb baik Siti Nohaliza order. Last minute pon boleh buat’. ALHAMDULILLAH. Thank you Kak Pah sudi layan Su.. Hehe. Su tak bersalah. Bebudak ni yang request suruh order jugak. Segan nak susahkan sebenarnya tapi kita cuba nasib. Naseb baik dorang boleh buatkan so esok ada 3 la lauk. OMG Sedapnyaaa Nasi Berlauk oii! Punah diet.            


Gulai Ikan Tongkol – Kelantan Style.

Saturday, November 10, 2018

Assemoga Intan Part I - Caffe Abnomal

Assalamualaikum...

Happy Birthday Intan! Assemoga!!! Sorry lambat update. Dah 2 minggu dah kejadian birthday Intan ni tapi I pon busy je menyelamatkan dunia, tak sempat nak update. Anyway, ni baru Part 1, I nak share tempat kitorang celebrate Intan punya birthday ni dulu. Nanti gambar lain, dalam next entry la eh? Dalam pada taip entry ni I rasa sedih jugak sebab this is kali terakhir celebrate birthday Intan under one roof sebab start 1st November haritu Intan and Izzah dah tukar department. Maksudnya dah tak sama company la. Let say lepas ni ada makan-makan ke, sukan ke, joget ke dekat office I (kalau ada lagi la) maknanya Intan dah takde. Fikir memang la sedih, terasa jugak I sebab among us, kitorang la paling lama kerja sama-sama. Biasa mana ada I, situ la ada Intan. Vice versa. Teringat sama-sama berbual toilet sebelah-sebelah update current situation, berangan dekat meja, makan sama-sama dekat pantry, gaduh berebut makanan time ada jamuan etc of coz I feel missing. 10 tahun kitorang kerja sama tempat dari hitam sampai la sekarang bila ekonomi dah kukuh sikit maka kulit pon bertambah cerah. Dari pergi kerja pakai baju kurung asal boleh now dah tambah collection dalam wardrobe. Time flies sangat... But takpe, I taknak fikir bab sedih je. Intan bukan mati pon. Still boleh jumpa time lunch.. Cuma sekarang susah sikit nak jumpa sebab I tak pindah office lagi. Still dekat Menara F. Company lain dah pindah new building dekat Jalan Raja Laut. InsyaAllah lagi 2 more months, kitorang akan get back together. As for now, dah promise nak jumpa twice a week macam tu. So far memang always kitorang jumpa. Walaupon sekejap-sekejap. Hari semalam dapat jumpa Izzah, Kaklong and Intan dekat Avenue K with Dyba sekali, memang happy sangat. Dyba pon ketawa keluar suara jantan. Dia tu kalau dengan I tetiba jadik pendiam, macam tade menda nak borak tapi kalau dengan Izzah and Intan kemain lagi T____T. Izzah pon tukar jugak department tapi dia happy je nampak tu. Hahahaha. Untuk Intan, Kaksu hope Intan hang on there. Kena tough and as time goes by Kaksu yakin Intan akan dapat adapt dekat tempat baru. Soon, Intan akan rasa happy sebab dapat learn new thing with new friend at new place with new environment, InsyaAllah. Most important, kita semua will always have our back and will stick together as ONE. OK?  Dah macam lagu pulak hahahahaha. Drama lebih laaaaaaaaa. Pindah department je pooooon. Bukan migrate pergi oversea. Ceh!


Happy Birthday Intan! Untuk Intan punya birthday kitorang laaaari jauh dari KLCC and buat dekat Caffe Abnomal, Platinum Walk Setapak

Thursday, October 25, 2018

Happy Birthday Siti Nohaliza 2018 - Part V

Assalamualaikum..

Ok, kembali lagi ke entry birthday yang ke-5. Selagi tak habes kan? Hahahaha. This time celebration dengan my small family. Sazli, Shein and I. Nothing fancy pon… Makan bertiga je. Kata Sazli kita take our own sweet time here. Makan relax-relax je. Makan pon dekat Tamarind Spring Taman TAR Ampang. Actually kalau kitorang datang sini jogging pon boleh, takyah naik kereta hahahah. Punya dekat. Sazli cakap, up to me nak makan dekat mana. Ikut suka hati I. This time, I pilih Tamarind Spring sebab nak makan dalam hutan, romantic bertemankan nature with Indo-Chinese cuisine. Bunyik cam gempak je Indo-Chinese cuisine kan? Padahal aku nak makan nasik! HAHAHAHAHA. Eh, sini memang best la makanan dia seriously. I boleh makan every day dekat sini. Cuma first day datang cantik la. Masuk hari ketujuh macam biasa, tinggal sependa je kah kah kah. Datang pon pakai selipar jamban. Tamarind Spring ni always jadik pilihan untuk couple-couple nak beromentik sebab sini memang romantic sangat. Light pon malap-malap je. Memang mood suasana romantic tu really strong. Cumanya 1 pesanan I. Kalau datang sini, nampak ada sorang Mamat rambut panjang kenteng dengan anak dia yang debab-debab nama Shein tu cecepat la pilih table lain sebab mungkin dengan kehadiran mereka boleh memotong mood romantic Tuan Puan sekalian. Tu hari Shein mood tak OK. Mood kelaut habes. Dengan nak letak pinggan dekat lantai, sekejap nak nasik sekejap taknak. Lepas tu marah-marah nak slap Mama adooooi Shein… Meja sebelah ni makanya dah siap tabur-tabur petals atas meja, dapat pulak Shein cranky sure menyirap je. Ko ghaser? Last-last tukar meja hahahahaha. Shein pooooon halahaaaaaaaai. Memula dia cakap nak letak pinggan dekat lantai. Mama cakap OK. Lepas tu dia taknak napkin, campak ke bawah hutan sana, last sekali nak makan atas lantai, suruh letak lauk semua kat bawah. Kononnya apa ni Shein yang tetiba nak makan besila atas lantai? Urut dada Mama. Naseb Abah pandai handle.  Tapi macam biasa, Fairy Tales dia biasa happy ending, begitu jugak dengan kisah Dinner kami disini. Akhirnya kami makan dengan aman damai dan gembira. Shein pon setel Nasi  2 pinggan siap tambah tu yang tak tahan. Tadi eksyen taknak makan. Haaaaaa.



THE BEST EVER. I seriously boleh makan 'Salmon' ni 3 plate alone. Bawah dia ada shredded mangga muda. Ala-ala New Style Sashimi dekat Ozeki tapi yang ni sejenis fusion la. Rasa tangy from the sage and garlic.. Masam manis semua complete and perfect or should I say a brilliant dish?  RM38.00 harga dia.

Monday, October 22, 2018

Happy Birthday Siti Nohaliza 2018 - Part IV

Assalamualaikum..

Yaaaayyy dah Part III, InsyaAllah ada lagi 2-3 part untuk birthday I ni tapi mungkin akan ada 18 part jugak hahahaha. This time special sikit sebab on malam birthday I tu, I dapat special dinner dekat  CÉ LA VI KL located dekat Ilham Tower Jalan Binjai sebelah je dengan Menara F tempat kerja sekarang with Ellis. Sekarang eh? Bukan office yang akan datang haha (carik pasal). I yang pilih tempat ni sebab I nak dinner with breathtaking KL view. Kat sini konsep dia sama macam dekat Cantaloupe, Strato dengan Feugo dekat Troika (depan je dengan Ilham Tower). It's Sky Dining concept la. Yang Celavi ni baru je recently bukak. Dia ada 2 bahagian. Fine Dining and Bar. Yang Bar tu boleh la lepak makan tapas dekat outside and kena angin sepoi bahasa sambil dengar music. Kalau tengok Sunset memang cantik sangat. Korang kena datang dalam 6.45pm macam tu. View KLCC memang cantik. Padahal dekat office sekarang pon selalu je kitorang makan view KLCC hahahahahaha. Choices of foods pon not bad dekat sini. Ada Japanese, Western and Asean. All in one. Kan bagus macam tu. Kata la husband you nak makan western, you nak makan Japanese so takyah la gaduh sebab sini semua ada. Kalau tetiba nak makan Char Kway Teow pooooon ada, takde hal. Harga dia a bit mahal from Tony Roma's, Chilis semua tu sebab dia exclusive. Dah nama pon Sky Dining. Untuk special celebration rasanya OK la nak datang sini tapi kalau nak datang saja-saja buang masa sebab taktau nak makan kat mana pon boleh jugak, nanti pergi kerja pakai la sependa je, takyah pakai baju hahahah. Approx makan untuk 2 orang with 1 appetizer, 2 main course and Still water dalam RM250-RM350.00 macam tu depends on apa yang nkorang makan. Tapi kalau ambik dessert tambah la sendiri dalam RM50.00++ depends jugak on Dessert apa yang nkorang nak makan. Haritu I macam dah nak order dah Pulut Mangga tapi rasa macam 'Ko dah kenapa nak makan Pulut Mangga dekat sini?' So kensel la. Lagipon dah kenyang jugak sebab petang tu masa dekat rumah Bapak, Mak ada masak Nasi Briyani Udang. Dah jom tengok gambar.


TQ Baby for your treat. I maafkan you sebab you lambat. Lain kali lambat la lagi. Sini kalau nak ambik gambar, susah la nak dapat a good lighting sebab lampu pon suram-suram romantic. Puas adjust nak kasik nampak cerah. Tengok la view belakang, cantik kan?

Thursday, October 18, 2018

Happy Birthday Siti Nohaliza 2018 - Part III

Assalamualaikum..

So, untuk #surayacelebration takde la element surprise beria sebab I sendiri pilih nak makan dekat BLVD ni ha, dah lama tak makan dekat sini. Nanti pon dah nak pindah kan? So makan la dekat sini untuk kali terakhir sob sobs. I dah bagitau Intan awal-awal nak makan dekat sini sebab usually kalau birthday makan-makan ni, memang I dengan Intan la yang beli belon, bunga and buat arrangement semua. This time dia kena buat sorang sebab memasing bizai, kebetulan hari Jumaat lepas ada Audit ISO dekat office kitorang. Siannn Intan. Tapi actually I dah pesan awal-awal dekat Intan takyah la beli bunga and belon. Susah nanti Intan nak gerak, tapi degil. Nak jugak. Haaaa ikut suka ko lah. Semalam baru la Intan and Kaklong cerita masa Intan dekat KLCC tu dah macam orang giler dengan pegang belon, bunga lagi 2 bouquet. Last-last dia call Kaklong suruh turun dekat KLCC tolong dia. Kaklong pulak boleh tahan bendul, masa nak ke restaurant, dia pergi tunjuk gambar dia pegang bunga yang nak bagi dekat I hahahahaha. Konon nak tunjuk gambar dia cantik. Dah la beli belon, tak boleh bawak masuk BLVD sebab kat sini memang no balloons allowed. I lupa nak bagitau dekat Intan. Yang kelakarnya masa turun dekat Lobby Menara F, I nampak je belon dorang sorok dekat tepi tu tapi buat-buat tak nampak aje la. Lepas tu I jalan deeeeepan and tak toleh-toleh dah belakang sebab tau nanti sure Intan nak bawak bunga untuk handover dekat BLVD punya staff hahahahaha. Nanti kalau I sebok-sebok kang nak jalan sama susah pulak. Sampai-sampai sana, terus order makan. Yang order pon I jugak. Hehe. Cenggilah kalau kakak kawasan punya birthday, tetap bertugas masa birthday diri sendiri. Haritu plan asal nak makan kenyang-kenyang lepas tu nanti dekat sini kita makan dessert je tapi macam biasa semua tu tak menjadi kenyataan sebab kita akan order makan jugak kah kah kah. Kitorang order makan untuk sharing and alhamdulillah semua kenyang and makanan takde membazir. Pizza je ada satu yang tak abes, tapi Intan and Kaklong dah korek semua inti dia. Setel jugak, crust je yang tak makan. Sabar aje lah.


Dengan tema Baju Kurung Kedah, kitorang spend time makan dekat BLVD. TQ Girls...

Monday, October 15, 2018

Happy Birthday Siti Nohaliza 2018 - Part II

Assalamualaikum...

Haritu ramai yang tanya sapa pemenang pertandingan baju paling banyak vote untuk Birthday I. Jawapannya ialah Kaklong! Kaklong la menang sebab warna baju dia paling menyerlah. Pink ang-ang terus dia pakai. Kata Kaklong dia beli kain, lepas tu tempah dekat Pakistan yang charge upah mahal. RM150.00 dia bayar upah. Naseb baik menang hadiah makeup Sephora RM200.00 kira balik modal la. Berani dia lagi menyerlah dari Birthday Girl? Hahaha. Kata Intan 'Kepada siapa yang menang, siap eh?' Dyba dari awal macam nak give up dah. Padahal dia punya vote sama banyak dengan Intan pon. Hahaha. Kepada Kaklong tahniah sebab menang. Suka la tu kan? I buat ni pon saja-saja je bagi happy. Dorang pon put efforts nak ikut theme walaupon semua menyentan-nyentan jalan hentak kaki. Si Izzy lagi kelakar, dia boleh clip je baju dia dekat belakang pakai paper clip besar kaler hitam tu. Sapa suruh beli size besar sangat. Baju I pulak ada yang tanya beli siap ke? I tak beli siap. I beli kain kosong dalam RM120.00 untuk 4 meters dekat Gulati's Ampang lepas tu upah kat Pakistan rumah I RM60.00 je. Patut RM70.00 tapi I cakap 'Ni I tempah untuk birthday I, kira RM60.00 je OK? OK deal. TQ Baiya'. Aku yang letak harga terus. Pakistan tu pon senyum-senyum kira OK lah. hahahaha. So, selesailah sudah birhday I untuk tahun ni. My most awaited day. Bak kata Dyba 'Someone who still waits for her birthday like a child every year'. Although I dah 37 years old this year but still excited for my birthday. Alhamdulillah panjang umur, tahun depan entahkan ada entahkan tidak we never know kan? Doakan umur I panjang sampai dapat tengok Shein naik pelamin OK. BTW, I nak ucapkan takziah pada CT dan family atas kehilangan Ibunya malam tadi. Sian sangat dekat CT. Baru je touch down KL semalam petang from Umrah and patut jumpa dengan Mak dia harini lepas Mak dia sampai dari Taiwan, tapi tak sempat. Mak dia takde sakit apa pon.. Meninggal dalam tidur je. I nak mintak semua yang baca ni sedekahkan al-fatihah untuk Arwah Mak CT... Alfatihah...


6 of us with Baju Kurung Kedah. Last untuk I sambut birthday dekat Menara F ni. Huwaaa sedihnya.... Lepas ni kita photoshot dekat Globe. Kah kah kah.

Friday, October 12, 2018

Happy Birthday Siti Nohaliza 2018 - Part I

Assalamualaikum…

Happy Birthday! Assemoga Chooyaya. Hehe. Harini birthday I yang ke 37 tahun. Tuweeeeee dah pon. Rasa macam baru je Celebrate Birthday last year, tup-tup dah setahun. Cepat je masa berlalu. Probably ni tahun terakhir I celebrate birthday dekat Menara F ni. Lepas ni kitorang kena pindah area Jalan Raja Laut. So lepas ni I shopping dekat Sogo dengan Globe jer la. Kah kah kah. Anyway, tahun ni I pilih tema Baju Kurung Kedah. Sopaaaaan je ala-ala Perempuan Melayu Terakhir. Takde idea dah nak buat tema apa sebab semua dah kena amek. Nak buat tema kaler dah boring, lagipon nanti macam Kumpulan Nasyid. I don’t want. Bebudak ni bising la cakap cost semua hahahah. I request, Baju Kurung kedah plain tak kisah warna apa + tudung dull satin from @be_anggun also plain. Lepas tu nak kasik semangat sikit, I buat pulak competition sapa paling banyak dapat vote, nanti menang Sephora punya make-up worth RM200.00. Ada yang dah mengalah sebelum bertanding sebab tak boleh terima kekalahan, ada yang dah dapat tahniah awal-awal. Cumanya penjurian I tak tau nak buat macam mana lagi. Kalau suruh Sazli jadi Judge, kata Intan sah-sah la Dyba menang tanpa bertanding sebab Abang Saz sayang dia lebih. Nak suruh readers or IG follower yang vote, Intan la menang sebab dia paling popular among readers, nak suruh GF pulak, sah-sah la Kaklong menang sebab tu anak dia kan? So I decide I will pick my closest friends yang takde kena mengena dengan Office/Readers jadik Judges untuk mendapat keputusan yang adil dan saksama. So by the end of this day InsyaAllah kita akan ada pemenang. Hehe. Saspen pulak nak tunggu sapa menang. Nanti boleh dapat Eyeshadow pallet from Tarte, Bronzer + Highlighter + Blusher Sephora and Sephora Travel Brush set. Kata Intan ‘Siap la sapa yang menang nanti’. Hahahaha. Dia dah marah awal-awal sapa yang menang padahal pemenang pon taktau sapa lagi.


I beli kain dekat Gulati’s. Mintak yang RM30 je semeter terus dia tarik muka. Suruh I ambik yang RM68.00 semeter memang tak la. Hek ko! Hahaha. Lepas tu upah jahit kat kedai Pakistan RM60.00 je sebab I cakap untuk birthday I hahahaha. Ok kan? Beli siap lagi murah sebenarnya.

Monday, October 8, 2018

Izzah Celebration. Assemoga Izzah!

Assalamualaikum..

#izzahcelebration kitorang buat on 7 September lepas. Nak dekat sebulan dah lepas tapi taaaaak berupdate-update. I kan bizai menyelematkan dunia? Sukan la, joget la. Hehe. Sapa nak baca pasal Tragedi Izzah Celebration boleh baca dekat sini. Menyirap je bila ingat balik. Kita dengan besusah payah basah ketiak usung belon setting meja cantik-cantik semua, elok pulak tetiba ada orang lain duduk. Ewah. Sebab tu la, never trust the staff especially yang Nepal/Bangla ketiak busuk ni bila nkaorang arrange untuk birthday. Kena learn a lesson from my own experience. Bila kita cakap angguk-angguk buat head nodding (sikit lagi nodding dah jadik konsert Metallica) tapi bukan paham pon padahal. Eeeee geram je. Naseb I cepat cool balik. Kalau tak, nak je I terbalikkan meja dekat Franco that time. Anyway, Happy Birthday To You Izzah... Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki, Business makin maju and most important dapat kurus balik macam dulu. Hope Izzah suka denga n prezen and surprise dari kitorang untuk Izzah. Jangan kata Izzah, dengan kitorang sekali surprise. Hahahaha. Dia mintak tema Denim shirt and pants. Izzy dengan Kaklong pakai jacket tapi tak butang sebab tak muat. Sikit lagi nampak macam Bangla. Hahaha. But demi Izzah, mereka redha. Kaklong tak join lama makan dekat Franco sebab dia ada latihan Nasyid. Beria je nak latihan nasyid. Kalah jugak pon. Hahahaha. Naseb la this year company kitorang tak masuk. I sekali je masuk Nasyid. Lepas tu takde masuk dah. Kitorang punya motto 'Biar tak masuk dari kalah'. Hahahha. Padahal tak dapat terima kekalahan. Untuk Izzah tahun ni kitorang belikan dia purse Coach. Kesian sangat dah tengok purse lama dia. Ada zip yang dah loose tapi kata Izzah 'Takpe, OK lagi purse ni. Boleh lagi pakai 2 tahun ni'. HAHAHAHA. 



Petang tu Izzah requeast nak ambik gambar sama dengan Kaklong sekali. Sebab masa kat  Franco Kaklong balik awal. Ni dekat tingkat 2 office kitorang, sebelah dengan Klinik. Nampak tak background dia TAR punya building? Cantik kan? Lepas ni kita amek gambar dekat Chow Kit lah pulak. T___T

Wednesday, September 12, 2018

Tragedi #izzahcelebration

Assalamualaikum..

Sebelum entry #izzahcelebration yang bebetul keluar, I nak share dulu menda yang tak best yang jadi pada hari kejadian… Menyirap je OK? Memang spoilt sangat mood I rasa. Rasa macam error yang bodoh giler la. Elok nak buat surprise dekat Izzah, kita pulak yang kena surprise. Hangen satu badan I. Kata Izzy, muka I merah time tu punyalah I bengang and nak marah. I punya tangan pon menggigil-gigil dah. Ni kalau gaduh ni, memang I lantakkan aje. I dah imagine dah terbalikkan pinggan dengan meja. Hahahaha. Muka memang tak boleh senyum dah. Deal dengan manusia yang tak berapa nak ada commonsense ni kekadang mencabar jugak keimanan I yang tak berapa nak tebal ni. The girl’s yang lain duduk je dekat belakang sebab taktau cerita. I dengan Intan yang arrange semua ni. But naseb baik la lepas tu I OK balik…  Kisahnya macam ni. Hari Jumaat tu, lepas siap dah belon and bunga untuk Izzah, kitorang pon gerak la ke Dotty KLCC (Depan Melur and Thyme). Ingat nak buat dekat sana tapi Dotty tak boleh reserve, hanya walk in. Ben’s pon sama. Fikir punya fikir I teringat Franco. OK la. Lagipon bebudak ni cakap nak makan dessert je (kononnya). So bila call Franco, dorang cakap boleh setting meja letak balloons. Dari KLCC kitorang pon menuju la ke Franco. Happy la ni kan sebab plan menjadik. Nanti Izzah sampai ni sure dia suka ada nampak belon kaler biru. Sure dia happy. Izzah pulak jarang amek gambar duduk tengah (biasa yang 2 orang paling pendek tu suka duduk tengah) hahahahaha. Kali ni kasik Izzah chance rasa macam Princess. Harini pon kita semua lawa je pakai denim punya theme. So sampai Franco, pilih meja and I pon start la pasang belon dekat kerusi. Sini semua waiter Bangla ye? Original Body Odor yang piaaaaaaaaaaaang punya. But Izzah punya pasal, sis redha. Masa nak naik tangga Intan dah bulatkan mata and telah air liur. Itu kitorang punya sign language bau kepak ayam pizza hut. HAHAHAHAHA.


Belon and bunga tu beli dekat Lynna Florist KLCC. Bunga tu dia boleh buat ikut kita punya budget. Belon RM6.00 satu belon kira OK la kan?

Monday, September 3, 2018

Izzy's Celebration

Assalamualaikum..

Happy Birthday Izzy! Padahal dah belated dah pon. Kitorang celebrate birthday Izzy ni before Raya Haji lepas pada 10 Ogos 2018 dekat Melur and Thyme KLCC. Ko tengok dekat sebulan baru nak up entry. Sorry sebab now I memang busy menyelamatkan dunia. Part time Power Ranger Merah (Dah naik pangkat dari Power Rangers Kuning) Hehe. Birthday Izzy sebenar 9 Ogos 2018 (yang ke 30 tahun) tapi sebab nak #izzycelebration so kita buat the next day lah Friday rehat lama sikit. Birthday Girl dah bagi notice awal yang dia nak theme 'Everyone have to look like me'. Baju kemeja kotak-kotak, tudung bawal RM5.00 tak boleh selempang belakang (kena pin depan or bubuh ring), tak boleh pakai accessories, seluar jeans dengan sport shoes. Lepas tu ada pulak yang menambah cakap tak boleh mekap la. Abes seluar jeans kena pakai seluar jeans besar la? Pastu berat badan pon nak kena sama dengan Izzy ke acane? Aje mampos. Hahahaha. Dyba takde masalah la nak pakai baju kotak-kotak sebab dia memang suka. Yang lain kena la mencari, tapi dalam banyak-banyak Kaklong la paling kesian. Rabu tu kitorang pergi cari baju kotak-kotak dekat H&M lepas tu dia nampak dah macam orang nak pergi menoreh dah. Tinggal pakai topi sawah dengan ikat ubat nyamuk dekat pinggang je hahahaha. Si Intan dah terkepit-kepit dah ketawa tahan kencing dalam H&M. Dalam banyak-banyak design, yang putih tu je sesuai dengan Kaklong. I pulak taknak mengalah nak jugak yang tu (sebab tak sampai hati nak pakai kotak-kotak macam Intan) so kitorang pon pakai la sama.  Pakai je la sama dari I nampak macam Bangla. Eeeeee cost la bebudak ni punya Celebration. Ni nanti Intan, dia request nak pakai Sari. Si Izzah taknak kalah, request nak pakai Denim Jacket YA ALLAH SEMUA TAKNAK KALAH. Hahahaha. Dyba kalau dengar je theme terus jerit. COST LAAAAAAA!! Hahahaha.


Happy 30th Birthday Izzy. Kitorang panggil Izzy CEO, last week dah naik pangkat jadik GP, lepas tu semalam Izzah cakap nak suruh Izzy jadik Chairman company terus. Hahahahaha.

Wednesday, August 1, 2018

Assemoga Kaklong! (Birthday Lunch Tema Kuning)

Assalamualaikum..

Happy Birthday Kaklong! Assemoga!! Dah dekat sebulan baru dapat update entry birthday Kaklong sebab I bizai menyelamatkan dunia. Happy dia tahun ni dapat banyak surprises dari family. Berapa kali tiup lilin tahun ni kak? Hehe. Kata Kaklong dah tuwee baru la meriah sikit time birthday. I ada hantar bunga untuk Kaklong masa birth date dia (9 July) lepas tu on Friday tu The Girls bawak pulak dia makan-makan dekat Brycg Green House. Dah lama dah tak makan dekat sini. Kitorang berpecah la. I dengan Intan pergi awal sebab nak ambik balloons dengan bunga dekat GE Mall lepas tu Kaklong, Izzy, Izzah and Dyba come later dengan driver (Grab Car) Hahahahaha. Tema kali ni Kuning ye? Kuning ang-ang yang takde belas kasihan punya. Cuma Dyba je la kuning lembut. Tu Atinten tanya dalam gambar ‘Dyba ketua ke?’ Tapi sebenarnya ketua is Izzy sebab dia sorang je pakai tudung Kuning. Si Intan kan, dia tanya la orang lain (kecuali I), nak pakai tudung apa sebab dia nak pastikan I tak ketua sekaaaaaaaali Izzy sorang pakai tudung kuning. Hahaha. Si Izzah pulak dalam gambar nampak baju dia biasa je kan? Kalau depan-depan kuning dia memang membunuh la. Jenis kalau campak baju dia dalam sungai nanti ikan semua timbul sebab buta kaler bright sangat. Izzah memang tau? Dia tu kalau kita letak warna tema memang dia ikut sungguh-sungguh. Kata la kita kata Pink kan? Nanti dia pakai Pinkkkkkkkkkk, if Hijau nanti dia pakai Hijaaaaaaaaaaaaaaaaaau yang sebatu dah nampak. Hahahaha. Bagus Izzah ni. Kaklong happy sangat sebab dia tak sangka ada lagi bunga and cake untuk dia. Masa tengah makan tetiba je ada lagu Happy Birthday version kanak-kanak lepas tu Waitress datang bawak bunga and prezen. Actually kitorang pon taktau kat sini siap ada lagu, tu yang dalam video kalau korang tengok (slide yang paling last) Si Intan pulak yang beria terkejut. Jangan kata Kaklong, kitorang pon surprise jugak. Glad that you happy Kaklong. TQ sebab selalu menceriakan kitorang dengan lawak-lawak bangang P Ramlee and slang Pahang Hulu nko tu. Tu kalau Orang Pahang dengar tu, dorang sendiri tak paham. Dia punya pekat sampai ke pon jadik ke’eh. Hahahaha. 


Happy Birthday Kaklong. Assemoga! Ni kalau Jamal Pak Tongkol nampak kitorang ni, sure dia suka. Eh jap, dia Geng Kuning ke Geng Merah eh? Hahahaha.

Friday, July 13, 2018

Finally.... Dyba Celebration!

Assalamualaikum..

Yayyy finally ada #dybacelebration. Rasanya dah makan 3-4 tahun birthday Dyba kena time bulan puasa. So takde la celebration untuk dia. Makan hati je each time celebrate kawan-kawan yang lain. Setahun dua ok lagi, ni dah makan tahun dah kah kah kah. Masa tahun lepas I cakap 'Oklah, nanti birthday Dyba tahun depan kita makan dekat Burger and Lobster terus dekat Genting Highland. Sebulan simpan RM30.00, by the time sampai bulan Jun 2018 ada RM240.00 so cukup la nanti nak celebrate dekat sana'. Gitu cita-cita terus nak makan Burger and Lobster siap kena simpan RM30.00 sebulan sedih sangat hidup ini. Hahahaha. Untuk Dyba tahun ni, kita celebrate dekat Alexis GE Mall sebab dia dah lama cakap nak makan Pavlova dekat sini. But, takkan la sesenang tu je kan dia dapat? Behind that kitorang dah plan baeeeek punya sampai Dyba nanges-nanges la. Hahaha. Sian dia. Konon-kononnya hari Jumaat yang nak celebrate makan-makan untuk dia tu, Intan kena pergi Shah Alam ada jumpa Lecturer, Izzah ada jamuan raya Downstream, Izzy pulak meeting kena sambung lama and kebetulan Kaklong baru keluar hospital and tak kerja, so tak boleh la join. Yang available I sorang je. Masa dalam kereta, Dyba moyok je. Lepas tu I pon Makcik bawang 'Sian Dyba, time birthday Dyba takde orang pon available nak celebrate. Time birthday orang lain, Dyba ada je'. Time tu dia dah ketar-ketar suara cakap 'Takpe Kaksu, Dyba Ok je'. I tanya dia nak makan apa, dia cakap dia tak lapar. Tadi dah makan. Nak makan Pavlova je. (Padahal dah takde mood). I pon pegang tangan dia and cakap 'Dyba cukup kan kalau ada Kaksu je?' Dyba jawab 'Cukup lah Dyba ada Kaksu'. Anyonyonyo. So dari office terus kitorang gerak ke GE Mall.


Happy Birthday Dyba! Tengok muka baru lepas nanges. Hahahahaha.

Thursday, July 12, 2018

Happy Birthday Bunda!

Assalamualaikum..

27/6 haritu selain dari birthday Dyba, birthday Ibu Martuaku jua. Happy Birthday Maktok! Tahun ni Bapak bawak Mak pergi Melaka 3D2N time birthday dia. Depa check in dekat Equatorial dari 25-27/9 so petang tu sempat la jumpa Mak time birthday dia dekat rumah. Mak dok cakap kat Sazli, takde apapa pon harini... Dia ingat nak order la pizza ke boleh makan sama-sama tapi kitorang semua kekenyangan. But macam biasa, I memang takkan biar birthday someone that I love, berlalu tanpa ada apapa. Busuk-busuk pon I bawak cake. Saja la... Nak kasik special sikit. So untuk Mak haritu, I mintak Lin @Event4U buatkan flower bouquet. Mintak malam tu, naseb Tauke dia mau melayan. Tachiu Lin! Cantik sangat bunga tu...  Lepas tu sebelum balik, singgah KLCC beli la square coklat cake. Kecik je. Cukup la kami 5 beranak makan. Beli chocolate cake sebab Shein suka, tapi masa hari kejadian dia tido tak ingat dunia so takde lah gambar dia harini. Masa I dekat pintu, tunggu Mak bukak tu dia nampak je bunga and kek terus menjerit suka. 'Suuuuuuu, ada jugak ka untuk Mak? TQ Su... I Love U'. Bergenang air mata dia. Aduh.... Of coz la ada Bundaku... Selagi Su ada Su akan buat birthday girl, birthday boy rasa special InsyaAllah... Happy la Mak tok terus ajak ambik gambar sama. Sampai sekarang I tengok Mak still letak bunga ni dalam vase dekat hall. Hehe. Dia memang jenis appreciate apapa yang orang bagi untuk dia. Sama la dengan Sazli. Ishk, tak sabar la bulan 10 ni apa la Sazli nak bagi I. Harap-harap la dapat Evoque. Heeeeeeeeeee.



Birthday Girl. Happy Birthday Maktok! Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan dalam lindungan Allah selalu... InsyaAllah...

Friday, June 29, 2018

Assemoga Dyba and Maktok

Assalamualaikum..

Happy Birthday to Dyba and Bunda Azizah. Depa kongsi birth date yang sama on 27th Jun. Dyba memang banyak kena tarikh dengan I. Aurel anak bongsu Dyba same birthdate dengan Bapak 4th April and Ciksu Adik Dyba sama birthdate dengan I on 12th October. So Dyba memang ingat la tarikh-tarikh semua ni. Hehe. Peramah kan I semua menda nak citer. I kalau nervous memang suka la peramah macam-macam. Lepas tu nanti citer menda tergantung. Lepas tu semua menda nak citer at one time. Tu maksudnya I tengah nervous. Korang tau tak, haritu kan masa I dengan Dyba turun dekat bawah, nak pergi klinik ada la satu Singh ni macam nak scam I tau? Tetiba je dia cakap I muka bertuah. ‘Miss, you have a lucky face. U gonna have 3 good news on 26th June. One is money, one is good health and one is promotion. There’s two person 1 man and 1 women jealous on you. You like to help people, you are kind hearted. U easy to angry but after 5 minutes you cool down’. Zap zap zap ambik tarikh lahir la apa lah tambah tolak semua, lepas tu dia bagi I kertas. Suruh pick bunga apa lepas tu simpan kertas tu dalam purse dia. Lepas dia kira total number birthdate and apa number dalam kepala I from 1-9 and entah macam mana number tu sama dengan yang dia tulis yang dia suruh letak dalam purse I so I pon impressed la. Tatau apa trick dia pakai. Lepas tu suruh pick 101, 202 dengan 303 land I pick la 202 sebab paling tengah, blakang dia suruh I letak amount tu dalam purse dia. Kepundeeeeeeek! I nak kena scam ke apeni? Naseb I pandai sikit, I cakap I nak pergi klinik and come later to bagi dia duit.

Lepas tu mulalah nak termuntah sebab klinik takde pintu belakang. Nak tak nak kena jugak lalu depan dia so I call kawan lelaki I, mintak menyamar jadi husband, so masa lalu depan dia I tunjuk ‘That’s my husband’. Keras kepala I jalan. Kalau tak setel RM202.00 kena pau. Tapi dalam pada nak elak bayar RM202.00 kena pulak bayar harga satu tray kecik Mee Hun, Mee Goreng and Mee Kuah for RM620.00 Dah namanya takde rezeki kan? Yang selamat dalam purse pon boleh jadik milik orang lain. Anywaysssss hidup kena diteruskan walaupon pelbagai dugaan melanda. Most important semua orang yang I sayang selamat, sihat and masih hidup bertongkat langit yang sama dengan I. Alhamdulillah…. Adoi, banyaknya entry yang I hutang ni. Entry John mai beraya last week, entry Open House and Birthday Ameena anak Farah last week, entry Open House Office I dengan gambar-gambar Dyba punya bunga and balloons and latest #dybacelebration pulak. Nanti I masukkan la one by one. Sekarang ni I busy menyelamatkan dunia. Kadang-kadang masuk office terfikir, amenda aku buat hari ni busy dari pagi sampai ke petang sebab tau-tau dah balik je, lepas tu penat. Hahahahaha. Ni sambil buat entry, sambil makan Cherry. Now beli buah pon senang. Dah la murah. Cherry ni harga dia RM80 je sekilo. Tu pon nak kena share jugak. But meanwhile…..



Happy 30th birthday untuk Dyba. Happy dia dapat banyak bunga and dapat balloons as well. Kaksu hutang Dyba birthday prezen Ok? Nanti bila barang sampai baru Kaksu bagi. Ada readers comment cakap kenapa Kaksu paling excited. Jawapan : Entah, Kaksu memang easy to get excited. Hehe.