Showing posts with label Emotional. Show all posts
Showing posts with label Emotional. Show all posts

Thursday, November 3, 2022

Goodbye FGV

Assalamualaikum..

Perrghhh punya lama entry ni ada dalam draft. Now baru ada masa nak sambung balik tulis entry ni. Sorry for my absence dalam menulis, OK? I menanam azam untuk at least tulis blog seminggu sekali. Cita-cita macam tu lah. Kadang-kadang jadi kenyataan, kadang-kadang jugak tak jadi apapa. Tapi sebenarnya cita-cita ni terpulang pada empunya diri nak buat macam mana. Nak work for it, or nak stay negative forever lepas tu semua tinggal kenangan. Perrghhh mendalam. Hahahaha. 

Rasanya yang follow I punya IG tau kan yang I dah start to have my own staff and office? Now tengah work out untuk expand the business. Ada a few dalam bucket list tapi tengah pilih mana untuk start dulu. Macam I kan minat makan, masak, baking so cita-cita teratas untuk ada my own baking studio. Tapi nak kena tengok jugak location, operation cost semua. I mampu nak handle or tak. High risk sebenarnya nak start F&B business ni tapi kalau fikir risk boleh la duduk je dekat office, kerja makan gaji, lepas tu cukup bulan gaji masuk. Tak payah fikir company making money or not sebab gaji tetap jalan. Satu masa dulu I macam ni la. Selesa dalam my own comfort zone. Hidup macam tu je takde perubahan. Tapi OK je kalau pilih jalan macam ni. Sebab ada orang yang pilih untuk hidup tenang-tenang saja. Ada time untuk anak-anak and family. Weekend boleh jalan-jalan. Kepala tak pening, musuh pon tak ramai.

Believe me, business ni pon boleh buat friendship musnah tau? Sebab berbeza pendapat lepas tu rasa macam masing-masing buat kerja lebih. Macam I sekarang takde la nak fikir bab business partner semua sebab Continuo Ventures ni I punya sorang-sorang. So takyah nak gaduh apapa. Memana kawan-kawan baik yang ajak JV pon I cakap I taknak. I taknak ada masalah kemudian hari lepas tu lost friendship. Kawan rapat dah la tak berapa nak ramai, pastu hilang pulak lagi. So better avoid tu. Business sorang-sorang ni hati lebih tenang, InsyaAllah.


Ni kitorang lunch masa minggu-minggu terakhir sebelum berenti kerja and focus 100% pada business. Sedih jugak sebenarnya nak meninggalkan bebudak ni dekat office tapi nak buat macam mana. But InsyaAllah sampai sekarang at least seminggu sekali atau dua kali kitorang keluar makan sama-sama. Friendship remains. Jumpa sesekali baru manis. Kalau jumpa hari-hari kadang-kadang menyampah. Haha.

Wednesday, June 26, 2019

Haters Gonna Hate. It's OK.

Assalamualaikum..

Masa hari Isnin tu, I cuti sebab kepenatan sangat. Pagi tu buat Mee Goreng sebab ada balance Mee Kuning dari Mee Kari yang order dengan Kak Pah NZ Delicacy. I masak je la dengan apa bahan yang ada dekat dapur, turn out sedap pulak. Biasa macam tu la, dengan limited bahan yang ada tu la yang menjadikkan makanan tu sedap. Macam nkorang kan, nanti bebila pergi Giant ke kan, beli je Paste Sambal Segera or Paste Padprik. Nanti boleh buat Mee Goreng. Macam Mee Goreng yang I buat hari Isnin tu, I guna perencah paste padprik. Lepas tu tambah la dengan Sos Tiram, Sos Cili, Sos Tomato, Stok Ayam Pekat (Dalam Botol Jenama Maggie) and Kicap Manis. Sayur letak carrots potong julienne and lada hijau. Ada ayam jugak so lebur masuk dalam tu. Pastu makan pakai Chopstick Sazli beli dekat Ikea. Sedapnyaaaaaa!! Ni berbulu la Cari Forumers dok baca I tak habes-habes puji pasal I masak. Hahahaha.


Nampak dah tau sedap. Lalalalala. Masuk bakul angkat sendiri.

Tuesday, April 9, 2019

Random Talk

Assalamualaikum..

Harini kita borak random je la eh? I nak cakap pasal ujian-ujian yang kita akan terima sebagai manusia. Setiap orang ujiannya berbeza-beza. Kecik besar, tetap ada. Kaya/miskin/cantik semuaaaaa orang akan didatangkan dengan ujian. Ada yang kita boleh solve, ada yang tak. Ada yang kita boleh control, ada yang kita tak boleh buat apapa. But whatever it is, kita kena kuat and kena percaya Allah uji mengikut kemampuan kita. He knows better....Ada orang yang lambat sampai jodoh, sedih, rasa macam masa dah tak cukup, rasa macam sempat ke nak pregnant etc but ada orang yang kawen awal tapi Allah uji dengan rumahtangga yang tak bahagia. Ada yang semuanya perfect, isteri/suami yang baik, anak-anak yang comel dan bijak tapi financially pulak tak OK. Ada yang kawen awal, bila masa tengah bersengkang mata jaga anak while kawan-kawan lain masih bersuka-ria so rasa menyesal kenapa la tak boleh happy sama-sama macam orang lain. Sedangkang yang masih bersuka-ria tu, bila dah cukup tempoh taknak dah berjimba and tengok kawan yang kawen awal dah ada anak, rasa macam untungnya kawen awal...


Wednesday, August 15, 2018

Hi awak, why so sedap?

Assalamualaikum..

Malam tadi tetiba tingin nak makan Steak dekat VS sampai rasa sebak nak nanges. Sampai termimpi-mimpi la. I memang macam tu, bila teringin nak makan apapa kadang-kadang boleh jadik emotional menanges or moody bila tak dapat. Memang menda berkaitan makanan, I a bit emosi sikit. Over kan? Hahaha. Bila jaga tu I menung je lepas tu macam sedih. ‘Ya Allah, terima kasih bagi aku hidup lagi. So harini dapat la makan Steak’. Terima Kasih Allah sebab bagi hidup lagi tu dah betul and bagus dah tapi yang hujung tu memang melampau la tapi takpe, kata Kaklong kalau kita nak mintak apapa dengan Allah or nak mengadu apapa, cakap direct je. Jangan kias-kias macam Ya Allah, bagi la aku jumpa jodoh dengan orang yang baik dan boleh jaga aku. (Padahal masa tu dah ada crush). Tak payah. Cakap je ‘Ya Allah kasik la aku kawen dengan Yusry KRU (contoh)’. Haaaaa terus mintak specific jangan malu jangan segan.  Malam tadi masa borak dengan Intan pasal nak makan steak, kata Intan ‘Kaksu, kalau esok hidup lagi dapat la makan steak. Sekarang macam-macam boleh jadi’. Dia nak cakap sebenarnya ‘Kaksu, kalau malam ni Kaksu mati, tak dapat la makan Steak’. Hahahaha. Imagine makan Steak dekat VS yang medium rare tu, ambik pulak Sirloin ada lemak-lemak manja. Makan with Asparagus (Kata Intan Aspagarus) + Wedges dip Sos Chili Lingam Ya Allah sedapnyaaaaaaa!! Hahahaha. Ada kawan-kawan I yang cakap Steak VS ni tak sedap and spoil, ahhhhhhh lantak lah. I suka jugak-jugak. 



Kau tunggu Kau tunggu

Friday, March 23, 2018

I tadi nak cakap pasal satay. But then…

Assalamualaikum..

Pejam celik rasanya macam sekejap je masa berlalu kan? Rasa macam baru je masuk January, tup-tup ni dah nak abes bulan 3. Rasa macam baru je Isnin ni tetiba eh dah Jumaat ke? Sabtu Ahad laaaaaaaaaaaaaaagilah cepat, kang tetiba je dah Isnin kena pergi kerja pulak dah. Ko dah kenapa? Haha. Ni rasa macam baru je mabok mengandungkan Si Shein, tup-tup tahun depan dia dah nak masuk Darjah Satu lepas tu I macam nak kena pregnant balik. Kalau anak 1 je ok tak? Rasa macam dah tuwe-tuwe ni macam merajin pulak nak jaga anak kecik. Macam Siti Nurhaliza takper la, dia maid je dah berapa… Tapi fikir balik, takkan cukup anak sorang? At least kena ada 3. I hope kalau Allah bagi rezeki kali ni I nak kembar je la. Senang sekaligus ada 2 terus baru dramatic sikit hidup. Lepas tu kalau boleh biar la kembar tak seiras sorang laki sorang pempuan ke? Sebab kalau kembar seiras nanti rasa macam anak sorang je sebab muka serupa. Hahahah. Macam Sarabanon (Hi BB, I miss you) now pregnant lagi untuk kali kedua. Anak ketiga lah sebab dia dapat anak kembar masa first pregnancy. Ika kawan I pon pregnant dua kali, anak dah 3 sebab second pregnancy dapat kembar boys. Hadry and Linda pon best, anak now masuk 4 dah. Selang setahun bersalin. Yang 3 boy’s tu sama besar je semua punyalah comel kedek-kedek je jalan and now Linda pregnant lagi baby girl pulak. Al-hamdulillah. Majority kawan-kawan I ramai yang anak more than 1. Masuk 3 la mostly… But ada jugak yang still takde rezeki and yang tak jumpa jodoh lagi sebab banyak sangat hashtag seperti #yanghandsomesahaja #kalaubolehlah #peruttakboroi #khatamquran #kelakar #wangi #kemas #takgelabah #rational #bijakdariintan #penyabar #cukupsolatlimawaktu #adaplanb #takpanasbaran #tausemuajalan #noneedwaze #uptodate #shave #keretamyviponok #kalaukayabonus #pandaimasak #buluketiaktakbolehpanjang #buluhidungkenatrim melambak sangat hashtag acane? Wujud lagi ke lelaki yang dia senaraikan tu sebab rasanya yang dia sebut tu semua dah taken. Hahahah. Kata kawan I si Hanisah, kalau bulu hidung tak trim tu macam Octopus. Bongok! Hahahahaha.




Iklan : Tetiba gambar satay

Thursday, October 19, 2017

Jangan Sombong Awak..

Assalamualaikum..

Orang cakap, kalau nak buat baik mesti ikhlas dan jangan mengharapkan balasan apapa. Sebab bila kita buat baik dan mengharapkan balasan or at least kita mengharapkan orang mengenang budi kita serta ingat apa yang kita dah buat untuk mereka and kata la lepas tu apa yang kita terima tak macam yang kita expect, kita jugak yang akan kecewa, frust (eh bukan sama ke kecewa dengan frust). Jangan sampai emosi kita take over sebab time tu lah nanti kita akan mula ungkit-mengungkit, give up, lose faith, dendam and paling teruk berniat untuk berhenti buat kebaikan sebab rasa sia-sia so masa tu lah habes dah semua pahala yang Allah dah bagi pada kita semasa niat asal kita untuk berbuat kebaikan dengan mengembirakan hati orang lain sebab kita dah tak ikhlas. Sebab kita ni kalau dah namanya manusia level-level I yang kekadang emosi suka ambik alih disebabkan rapuhnya jiwa dan longgarnya iman so kita akan selalu nampak apa yang kita dah buat untuk orang tetapi selalu lupa apa yang orang pernah buat untuk kita. Paling tidak pon kita merasa diri kita lebih baik dari orang lain. Bila kita rasa diri kita lebih baik dan hebat dari orang lime, time tu lah kita dah masuk kategori sombong. Jangan sampai sombong. Walaupon kita tak pernah tinggal solat, meninggalkan perkara haram dan yakin tak melakukan dosa, bersedekah setiap hari, berbuat kebaikan setiap hari tapi bila dah terdetik rasa diri lebih hebat dari orang lain maka pada masa itulah automatically kita sebenarnya dah masuk kategori sombong. Kita akan rasa diri kita lebih menonjol, kita bangga diri and tiba-tiba hati pon dah macam keras nak terima nasihat. Kita rasa semua orang salah and kita sorang je betul WALAUPON kita yakin dengan amalan kita tapi kalau dah tercalit sombong tu dalam hati, cepat-cepat isitfar dan bertaubat.


Gambar takde kena mengena dengan entry but I suka tulips.

Wednesday, July 26, 2017

Pasal Shein and Pasal Housewife

Assalamualaikum..

Rasa bersalah pulak pagi tadi mandikan Shein tapi dia half sedar sebab time tu dia tengah tido lagi dalam pukul 7.15am. Memula dia kasik je kerjasama bukak baju seluar semua. Dah masuk toilet, tetiba mintak blanket and cakap ‘Mama… Sleep…’ Sambil air mata berjujuran. Alahai…. Sian Shein. Sudahnya lepas mandi, dia dah taknak sambung tido. Yerla sebab dah segar, celah mana nak tido balik? Hahahaha. Cranky la sikit dia. I nak pergi kerja pon dia tak bagi. Suruh masuk balik and ‘Sit here Mama. Stay’. Muka garang lepas tu I kawtim cakap ‘Mama need to go work Shein’. Dah lama baru dia tolak je dengan kaki (sebab dia belunjur kepala belah sana), ‘Mama, Go work now’. Lepas tu I cakap I love you dia geleng kepala and cakap ‘No’. Huwaaaaa sedihnyaaaaaaa. I sebenarnya start nak train Shein bangun awal dari biasa. Mana tau lepas ni masuk sekolah pukul 8.00am pulak ke bila dah 6-7 tahun. Usually dengan Sazli dia bangun around 8-15am – 8.45am macam tu so puas la dia tido. Masuk sekolah pukul 9.00am. Actually kalau dia tak meragam, sekejap je nak siapkan dia. Tak sampai 10 minutes pon. Jadi lama tu kalau dia banyak condition. Nak mandi dengan shark, otomen and dengan drama taknak bukak baju, taknak masuk bilik air segala. Lepas tu nanges guling depan bilik air. Sabar pon kekadang ada level, nak pulak kalau kita nak cepat tu kekadang daaaah kena marah. Sampai office, menyesal marah anak. Fikir balik, kesian jugak pada Sazli nak handle Shein all these while untuk pergi sekolah sebab I at least by 7.30am dah kena keluar rumah. By that time Shein pon tak bangun tido lagi. I pulak tak boleh lewat pergi kerja. Macam Sazli, dia lebih flexible sebab tu Shein pergi sekolah dia yang handle. Syukur sangat-sangat at least dekat part tu ada dah kesenangan kitorang. But each time especially bila Sazli mengadu cakap Shein buat hal (Seminggu sekali at least) I rasa bersalah sebab tak membantu. Padahal I ni Ibu.


Last week masa baru balik dari Aeon Big. Main dekat indoor park dengan Amsyar. Kepenatan dia. Dalam kereta dah tido. BESARNYA ENGKAU SHEIN.

Thursday, April 20, 2017

Viral Oh Viral Mencuri Lagi? Hati Kau Keras Roy.

Assalamualaikum…

Kekadang tengok dalam FB ni seronok jugak sebab ada banyak quotes yang membina, kisah sarcasm kepada kisah troll, kisah tauladan, kisah kelakar, kisah viral panas, kisah seram dekat Fiksyen Sasha and macam-macam kisah lagi la. Kisah Viral oh Viral yang curi gambar Keria Gula Melaka I pulak, jadik malas aku nak layan. Tak cukup dengan cilok resepi  Shell Out sampai I kena block (boleh baca dekat sini) dah ni kita punya gambar Keria Gula Melaka pulak dia kidnap. Bak kata seorang FB Friend. ‘Senang eh Kaksu Viral oh Viral ni. Orang susah payah buat, dia tinggal mengangkang je’. Hahahaha. Betul! De I pon lagi la marah giler sebab dia kata dia buat 2 3 kali baru menjadi Keria Gula Melaka dia dengan mabok mengandung lagi sesenang je Viral oh Viral nak ambik tak kasik kredit. Kata VOV dia dapat resepi ni dari anak saudara tokey keria melaka. Resepi anak sedara Opah kau la?? Padahal cilok entah dekat mana-mana lepas tu claim dapat original resepi lepas tu ramai la share and page VOV pon popular la. Senang je guna jalan mudah nak popular eh? I malas dah nak cakap apa. Bagi I senang je, sesiapa pon yang aniaya I tak kisah la aniaya dengan cara memfitnah, mengata belakang, purposely menyakitkan hati, tag team cuba menjatuhkan I dengan segala macam cara atau apa saja lah I doakan semoga Allah membalasnya. Tolonglah takotkan kifarah ye? Doa orang teraniaya makbul. Buat la tahajud straight seminggu, mintak dengan Allah dengan seikhlasnya InsyaAllah Allah akan bantu.


Resepi dari anak saudara tokey keria melaka dia kata. Cuba tanya apa nama kawan office dia tu, confirm tak boleh jawab. Tak cukup dengan resepi Shell Out, gambar kuih keria kita pulak dia cilok. Hati kau keras Roy. Hahaha.

Thursday, March 30, 2017

B.U.G.S

Assalamualaikum..

Korang tau tak kalau dekat FB tu kan, dia ada satu application nama ‘On this Day’. Dekat situ dia recap balik masa tahun sebelum-sebelum tu, apa yang kita update dalam FB. Pukul 12.00am nanti dia akan keluar la. I sukaaaaaaaaaa tengok. Tetiap hari check hehe. Best jugak reminiscing back old memories dari tak kawen, sampai la dah ada anak ni. Kekadang ada la yang menyentuh jiwa macam posting-posting dari friend list masa buat some activities dedulu. Sebab ada yang satu masa dulu rapat, now dah tak rapat. Tak rapat tu pon ada banyak sebab. Sebab memasing dah sebok dengan life memasing, sebab dah tukar tempar kerja, sebab dah rasa macam friendship tu tak menarik so malas dah nak beria, sebab ada pihak ketiga yang kacau, sebab dah passed away…. and macam-macam sebab lain. Biasalah kan, dalam dunia ni friends come and go. Yang tu kena accept. Ada kawan yang jenis effort takde, kita carik dia, dia ada la. Kita senyap dia seribu kali senyap sudahnya renggang. Ada yang jumpa setahun sekali, tapi bila berjumpa tu rasa seronok sangat. Macam-macam menda nak share and takde simpan rasa kecik hati sebab payah nak jumpa. Still care, perati dari jauh tapi cuma tak dapat nak jumpa selalu. Ada kawan yang nampak macam rapat tapi sebenarnya Bugs but play innocent... Haaaa,.


BUGS

Tuesday, March 21, 2017

Viral oh Viral PEROMPAK !

Assalamualaikum..

Nak taip ni pon masih ada lagi sisa-sisa bengang sebab kes semalam, I found out yang entry I bertajuk Resepi Homemade Shell Out Sedap yang I share telah digunakan tanpa izin dari I and lepas tu taknak bagi credit pulak oleh Facebook Fanpage Viral oh Viral. Pundek punya Admin. Dah la plagiat orang punya karya lepas tu dibahasakan kita pulak. Eeeee menyirap ok? Kisahnya bermula dari ada seorang readers yang tag I dalam satu post resepi Homemade Shell Out ni. Memula I nampak la yang dia letak credit surayasulatin.blogspot so I pon PM dia mintak dia tukar url complete link entry shell out tu and terus Admin dia cakap yang dia dah tukar resepi tu. Ewah. Dia ingat semua orang bodoh macam dia ke? Kata dia dah tukar sebelum I PM lagi sebab ‘takot kes yang macam ni la’. Dah kalau dia tukar, how on earth masa I PM dia masih lagi dia guna resepi I dalam post tu? A moment after that PM baaaaaaaaaru la dia tukar. Sanggup eh dia tukar resepi rekaan dia tu yang entah sedap entahkan tak sebab kedekut nak bagi kredit pada I and blog I. Hahahaha. Macam-macam jenis manusia dalam dunia ni. Yang I tau, orang yang ‘takot’ nak bagi credit ni dia rasa macam nanti dia bagi FREE PUBLICITY pada kita and at the same time risau traffic kita naik. Sebab tu sanggup taknak kasik link, Subhanallah. Padahal rezeki tu kalau dikongsi lagilah Allah bagi more. Bab kongsi rezeki ni I dah banyak kali sangat dah cakap.  Tapi biasalah kalau dah ada dalam hati tu perasaan ‘tamak’ memang tak boleh nak buat apa. Ni sebenarnya case yang kedua involve entry Resepi Homemade Shell Out I ni.

Last year ada jugak I mintak this one high rating pageview cooking blogger untuk cuba resepi tu with a deal. End up dia ignore the deal, whatsApp and PM dalam Facebook pon dia taklayan lepas tu resepi I yang dia cuba tu kredit ala kadar je dia bagi. Kredit : Suraya Sulatin tu je. Kah kah kah. Takde  blog link, takde apa. I pon taktau dah nak cakap macam mana. Anggap rezeki I sampai situ je la tapi untuk manusia-manusia tamak ni, I harap one day dia akan dapat balasan la. Sungguh I rasa teraniaya. If that cooking blogger tu tanya I sekarang apa I nak, I nak dia remove entry tu and buat la entry lain and jangan guna resepi I. Deal lain tak payah, disini taknak! As for now, untuk kedua-dua person ni, I tak halal. Tu je I nak cakap. Tau tak hukum dia kalau berhutang macam mana? Nanti bila mati, roh keatas tak, kebawah pon tak. Tergantung. Tak takot ke? Bak kata Admin Viral oh Viral, ‘resepi tu bukan boleh bawak ke kubur pon’. So? Ko dapat share sampai more than 20k dari resepi aku yang tak boleh dibawak kekubur tu, lepas tu kau dapat paid review by that, ko rasa macam mana? Ko guna penat lelah usaha orang untuk ko buat duit… Tak malu ke?


Ok. Memula I komen, dia delete. Lepas tu I pon PM. As yang korang boleh baca, kasar ke bahasa I pada dia? I mintak letak complete link je. Bukan mintak remove or mintak duit ponnnnnn.

Monday, November 21, 2016

TRAGEDY TEMPAH BAJU DI HIASNI DESIGN ARKED MARA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Ayang and Eddy dah selamat menjadi suami isteri yang sah pada 19/11 Sabtu lepas. Majlis nikah dia pagi tu dekat Dewan Merak. Lepas tu emcee dia ialah I la. Cayalah Suraya! I sangat berbangga dengan diri I sebab berjaya handle majlis (boleh je kan bangga dengan diri sendiri kahkahkah). Tak sangka I langsung takde anxiety masa tu cuma suara Mak Tiri garang bagi announcement tu tak dapat nak elak. Rasa macam dah Siti Nurhaliza habes sekali orang komplen kata emcee garang. Mana tak I menyirap? Bila cakap Majlis Pernikahan akan berlangsung sebentar lagi tapi macam bercakap dengan diri sendiri sebab tengok orang macam buat taktau je. Tu yang dua kali bagitau, ‘Harap semua dapat masuk ke dalam dewan sekarang kerana majlis pernikahan akan diadakan seeekaaaaraaaaaang’. Hahahaha. But overall ok je. Kalau Dato’ Jalaludin Hasan jadik judge ni mesti dia cakap, ‘Saya bagi awak 5 markah!’. Sesuka hati je 5 markah padahal patut 5 bintang tapi biasalah, ongtueeee mana dia kisah apa janji maksud sampai. Ye dak? (Tu Ain tu nak cakap la tu, sama macam Kaksu la ongtueee)

Actually untuk entry harini, I taknak cerita pasal wedding Ayang and Eddy #AyangEddyAssemoga. Tu tunggu dulu la eh? Kasik dapat gambar dari official Photoghrapher la baru kita borak panjang. 1 thing I regret is tak jamah langsung makanan masa hari tu sebab maklumlah bizi? Kata Mak Pengantin? Dengar cerita ada Nasi Tomato, Rendang Ayam, Rendang Daging, Daging Tetel Masak Hitam, Dalca Sayur, Ayam Masak Briyani, Pajeri Nenas, Isi Ikan Masak Sweet Sour, Nenas Masak Lemak Kuning and many more lauk pauk siap buah, ulam and sambal belacan. Ada pulak station Teh Tarik lepas tu ada memacam jenis kuih-muih sesedap macam popia basah, seri muka dengan Apam Balik Rangup segala siap Kambing Golek, Laksa Johor, Mee Sup. Perrghhhhh telan ailio nak cerita. Lepas tu terkilan tak dapat layan sangat tetamu especially yang I jemput and PALING TERKILAN AMONG ALL IS BAJU I. Ramai yang puji cakap cantik kan? Meh I cerita apa cerita disebalik baju ni. Sebelum tu, tarik nafas… hembus nafas… Tarik… Hembus….


Theme Plum. Plum ni dia manja sikit dari purple tapi adik beradik purple la.

Thursday, November 17, 2016

BERSIH 5.0 YANG MENYUSAHKAN! ORANG NAK BUAT KENDURI PON SUSAH HATI.

Assalamualaikum..

Bersih 5 ni memang menyusahkan la. Kuning la Merah la memang 8AnG$4t! Yang Merah pulak dah beria over ko dah kenapa? Drama kena tumbuk la apa la busuk ok, busuk?? Penjilat semua tu! SERIOUSLY I don't get it. Before ni, I tak terkesan pon. I just couldn't careless. Lantak la ko nak Hijau Kuning Biru ke.. Fakop la. Habes-habes pon I elak keluar rumah and elak dari pergi tempat perhimpunan untuk elak dari trap dalam jem. But this time, I risau. Risau sebab Ayang and Eddy punya wedding 19/11 ni and ramai yang dah forward pasal jalan tutup. Kaklong pulak dari semalam tak henti-henti menanges. Risau dia orang tak dapat datang wedding sebab jalan tutup. Subhanallah team Merah/Kuning korang tau tak indirectly korang dah menyusahkan orang lain.???? Boleh tak fikir macam mana perasaan orang yang nak buat kenduri SIANG AND RAMAI JEMPUTAN BAGI ALASAN TAK BOLEH DATANG SEBAB JALAN TUTUP MACAMKAN KL NI JALAN NAK PERGI KE DEWAN MERAK KAYANGAN ADA SATU JE. Tolong la fikir perasaan Tuan Rumah and carik la jalan alternative. Dekat Waze tu melambak jalan alternative and sebenarnya SEHINGGA KE HARI INI MASIH TIADA LAPORAN RASMI YANG JALAN AKAN DITUTUP. Rujuk sini untuk laporan penuh. But Plan B, Let say ada jalan kena tutup, korang boleh guna jalan lain kan? Kalau masuk DUKE tu, turun la dekat Pusat Bandaraya/Semarak terus je boleh sampai dah ke Dewan Merak. Takde kena mengena pon dengan jalan yang ditutup. Bagi I simple, nak seribu daya. Taknak seribu dalih.


M E N Y I R A P

Tuesday, June 14, 2016

Scan Masa Mengandung Pulak Dah Dikatanya Merbahaya

Assalamualaikum..

Harini dah ramai dah share Article dekat FB pasal Ibu Mengandung tak perlu pergi scan kandungan masa dalam pregnancy period especially 3D 4D ni sebab bahaya dan tak der keperluan. Tengoklah 2 3 hari lagi, mesti viral ni and lepas tu mesti ada la community yang sokong pasal ni sama macam Home-Birth, Lotus Birth and Vaccination. Katanya zaman dulu, Tok Nenet kita takde pon scan-scan ni semua tapi survive jer sampai bersalin. Takde pulak masalah apa. Yeeeeeer ker takde masalah? Dah check the facts right before share cerita tak? Ada tak dorang cerita masa zaman dulu ramai Ibu meninggal semasa melahirkan anak sebab anak bersalin sonsang atau uri kebawah? Ada? Betul ke zaman dulu semua Ibu mudah bersalin, tak macam Ibu zaman sekarang yang dikatanya terlalu paranoid? Sebab tu sebelum share, buat la kajian dulu. Jangan main share je lepas tu bagi orang confuse. Awak dah la bukan doktor, share pulak cerita nampak bagus pendapat awak sorang je. Acane?

Monday, January 4, 2016

HOW RUDE PEOPLE CAN BE?

Assalamualaikum..

HOW RUDE PEOPLE CAN BE. Nak taip pon rasa sakit hati sebab teringat tapi takper la, I share kisah ni untuk berkongsi rasa jer la. Sebelum tu I nak bagitau bukan senang ye nak jadi Ibu? Nak mengandung dah satu hal mabok, nak bersalin sakit, nak membesarkan anak bukannya mudah. Nak mendidik lagi anak supaya anak jadik baik. Semua tu memerlukan kesabaran. Lebih-lebih lagi lingkungan umur 3-4 tahun yang tengah nak cuba semua perkara tak fikir buruk baik and usia tengah tantrum to the max. Bukan senang nak control budak tantrum and sebelum anda judge ibu-ibu yang mungkin pada pandangan mata korang ‘she is not a good mother’ atau nak melemparkan kata-kata yang tak sedap or menyakitkan hati, you better think twice sebab 1) Menyakitkan hati orang dengan perkataan dan perbuatan ialah berdosa dan Allah tu maha adil. I percaya, perbuatan yang baik akan dibalas dengan perkara yang baik.

So sebelum bercakap, fikirlah kalau korang berada dalam situasi pihak orang yang ko nak mengata tu. Apa rasa dia. OK? Easier said than done. Cakap memang senang. Sebab talk is cheap. Action speaks lauder than words. One more, untuk ibu-ibu pulak sudah-sudahla compare anak sapa paling hensem, anak sapa paling cepat cakap, anak sapa paling pandai semua ni. Please sensitive dengan perasaan orang lain. Buat apa nak compare-compare macam ni. Bukan dapat apa pon. Please be sensitive sebab kadang-kadang ada hati yang akan tersentuh dengan perbandingan. Sebab one of the reason yang buat things complicated dalam motherhood journey is S.O.C.I.E.T.Y. Semua ni berlaku dari saat melahirkan lagi SAMPAI la anak besar.

Anak ko kenapa macam tu, anak aku mcm ni. EH kenapa bagi itu, tak bagus. Anak aku bagi makan ni. Eh ko biar je anak ko makan eskrem no wonder la anak ko lembap. Eh anak kau ni lambat betul ABC. Anak aku dah sampai Z dah. Nyanyi  pon tak layan London Bridge, semua lagu Adele je. Anak aku dah tau kaler siap boleh beza merah dengan maroon. Anak aku hebat hebat hebat. Walaupoooon tak compare tapi situ pon dah ada sound nak compare secara tersembunyi. Senyap sudah la. Takyah beria nak cerita anak ko paling hebat ke apa. Udah-udah la.

Kiter emak-emak masing-masing ada cara tersendiri. Apa yang bagus pada nko, belum tentu bagus pada orang lain. Kalau tengok, and let them be boleh tak? Buat apa sebok hal orang nak jaga anak. Sendiri ada anak, sendiri buat la yang terbaik untuk anak masing-masing sebab soal penjagaan anak ni sangatlah subjektif. Takyah la beria nak berdebat sapa lagi hebat. Tak usah. OK? Kalau orang nak mintak nasihat, beri nasihat dengan betul. Agak-agak macam dah cross the line, back kepada niat asal untuk memberi nasihat. Bukan untuk jatuhkan morale orang ke apa. OK?

Anyway. Panjang pulak mukaddimah. Kisahnya macam ni.

Jumaat lepas I bawak Shein pergi Wangsa Walk dengan Kaklong and De semua. Masing-masing bawak anak sebab kitorang nak bawak bebudak ni main dengan sebelah bowling tu. Kan  ada macam tempat game bebudak. So Si Shein sebok la nak tolak stroller. Dia taknak naik, tapi nak tolak. Habes semua orang dia nak langgar. I dapat la elak dari dia langgar orang tapi puas la jadik traffic controller. Last-last dalam pada hati-hati tu, Shein terlanggar la jugak this one Makcik depan Concierge betul-betul depan Georgetown White Coffee. Lepas dia langgar Makcik tu, I tak kasik dah la dia tolak stroller. I mintak maaf dekat Makcik tu 2 3 4 kali. Dia ada la bebel-bebel. Biasalah Malaysian. Memang susah nak cakap ‘its ok walaupon politely kiter mintak maaf. Orang jenis macam ni, kiter sembah melutut pon takkan cakap baik-baik punya.


Hari Kejadian

Monday, November 2, 2015

R U D E

Assalamualaikum…

Harini nak sessi luah perasaan sikit la. Sebab rasa macam dah sebuku didalam dada. Kalau tak luahkan rasa macam menyirap and makan dalam pulak. Lepas tu I kalau marah nanti kuat makan, kalau dah kuat makan jadik geeee, ge apa? Geeemok. Pandai. So kena luahkan la untuk elak dari jadik gemok. Haha. Lepas luah ni I agak, akan ada rasa a bit relief la kot? InsyaAllah…



Kena cuba buat macam ni

Thursday, October 29, 2015

Memilih Untuk Bersalin Secara Pembedahan. SO??

Assalamualaikum..

Bebaru ni dalam newspaper kan ada citer pasal seorang Ibu yang terjun bangunan kerana kecewa  sebab failed nak susukan anak dia. Sian kan? Dah la waktu dalam pantang jiwa rapuh, if takde pengisian Makanan Rohani lepas tu akan jadi cepat stressed. Kalau tak kena gaya boleh jadi macam kes ni la. Probably dia maybe stressed out sebab mulut-mulut yang jenis kalau bagi nasihat tadek belas kasihan and buat morale dia down sampai dia ambik keputusan bunuh diri je. Kesian sangat-sangat. Imagine eh if korang silap bagi nasihat sampai boleh buat orang meroyan or worst hilang nyawa, apa korang rasa? Puas hati kan??

Jangan terlalu extreme la buat Ibu yang 100% breastfeed anak memasing. Jangan fikir korang je yang betul and kondem Ibu-Ibu yang tadek rezeki nak menyusukan anak mereka secara exclusive ni as a bad mother. You really have to know where to stop. Jangan taksub sangat. OK? If anything happen to that particular person sampai dia giler meroyan, ko nak tanggungjawab ke jaga anak dia and masa depan dia? Tak kan? So jangan nak beria sangat la. Kite ni Ibu, mestilah masing-masing nak yang terbaik buat anak masing-masing. Yang korang ni beria poyo bukan main nak kondem cara orang jaga anak dah kenapa???? Eeee hangen pulak bila baca perangai emak-emak yang extreme dengan breastfeed ni. Tapi tak semua la macam tu. Ada yang jenis ok and baik. Macam Hana and Yashie. Dorang pon memang exclusive bf anak memasing tapi supportive je pada emak-emak yang tadek rezeki nak follow cara dorang.

I taknak la cakap pasal tu banyak-banyak. Malas. Kang ada je yang komen cakap I ni mediocre mind la apa. Ego tak tentu hala jenis yang tak makan nasihat. Malas aku nak layan. But today I nak cakap pasal Ibu-Ibu yang terpaksa bersalin cara caesarean. Ni lagi satu hal.

I came across FB and nampak gambar ni. Pasal Ibu yang melahirkan anak secara pembedahan sebenarnya bukan la sebab dia taknak sakit atau dia fikir cara mudah untuk melahirkan ataupon nak senang atau whatever la bad thing or perception by someone yang menentang habes-habesan bersalin secara pembedahan ni. They have their own reason of coz. IF dia nak bersalin secara pembedahan sebab dia nak cara tu, SOOOO?? Suka hati dia la kan? Dia ada duit, lantak dia la. Bukan dia mintak duit korang pon. Try la to learn accept cara memasing untuk bersalin, berpantang or cara memasing membesarkan anak. Try to berjiwa tenang and hormat keputusan masing-masing selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama and tak membahayakan diri. Kan?


Kasik baca elok-elok

Tuesday, September 8, 2015

Apa Salahnya Jadi Orang Jawa?

Assalamualaikum…

Kiter kan, tak baik la kalau nak kutuk someone lepas tu attack dia punya fizikal or personal. Tak bagus and sangat kejam bagi I. Sazli paling pantang kalau tengok orang gaduh-gaduh dalam sosial media etc lepas tu cakap something macam ‘Woi, ko tu dah la pendek, leher takde, hidung pulak jambu. Muka macam Jawa ada hati nak belawan dengan aku???’. Or attack personal orang macam, ‘Kau tu sedar la diri sikit. Dah la anak Peneroka datang dari Jengka tempat Jin bertendang. Belajar pon takat darjah enam. Lepas tu nak ada hati nak nasihatkan orang. Macam la ko tu baik sangat? Pakai tudung dulu la baru nak nasihatkan orang’. Gittewww.


Haaaaa nampak tak? Menyerang orang/membahasakan orang dengan attack fizikal dengan personal sangat la tak baik. I pulak, dalam banyak-banyak tu yang I paling PANAS sekali if guna perkataan Jawa or kutuk orang Jawa punya fizikal and hidup orang Jawa macam:-

‘Tak payah nak poyo sangat la nak speaking bagai. Muka Jawa ada hati nak cakap omputih. Sedar la diri sikit’ – Dah tu kalau kiter orang Jawa takyah cakap omputih la eh? Ke acane? So kena cakap Jawa je la all the time? Iso ngomong Jowo opo orak? Shadapyu la… Ra’I ye koyok ketek! Cilit Mu mambu lecit! (Paham??? Tak paham naseb la).

Or

‘Buruk sial muka balak/awek lu. Gila low class taste kau! Muka dia Jawa habes!’

Udah la dikutuknya orang tu muka Jawa, lepas tu no mercy pulak. Kalau dia Jawa so dia tak boleh pakai BMW, tak boleh duduk rumah ada Swimming Pool, tak boleh shopping dekat Pavilion, tak boleh travel ke Oversea and kerja pulak mestilah cleaner and segala mala kerja paling busuk macam bawak lori sampah, waiter gerai ayam penyet dekat Kolej Telekom AND MOST IMPORTANT jangan cakap omputih. Sehina-hina dilabelnya orang jawa.

Persoalanya… Hina sangat ke Jawa ni? Manusia jugak kot? Allah jugak yang cipta. So kalau korang berleluasa suka-suki hina orang Jawa yang langsung tak bersalah pada korang, so sama la macam korang menghina ciptaan Allah. Puteri Gunung Ledang pon Orang Jawa ok? Bukan buruk pon dia. Mestilah dia cantik, kalau tak tadek la Sultan Melaka jatuh centa dekat dia kan?  So just stop hina Orang Jawa will ya?


Bukan semua orang Jawa tak handsome


Tuesday, May 19, 2015

Kad Dari Shein For Mother's Day

Assalamualaikum…

Happy Belated Mother’s Day! Eh. Boleh ke macam tu? Hahaha.

Anyway, thank you so much Mohamad Shein Iskandar sebab sudi jadi anak Mama. Because of you, now I am a mother. Boleh celebrate Mother’s Day jugak. Yay! I love you soooo much Shein! Mintak maaf kalau selama ni Mama pernah ada kekurangan waktu besarkan Shein. Mama hari-hari berazam untuk jadik Ibu yang terbaik buat Shein, each time. (Walaupon ada masa, Mama terkeluar suara jantan, emos menghempas badan sama naik dengan Shein, but itu bukan pengukur 'sayang' Mama pada Shein Ok? Biasa la perempuan kekadang emos)

Doakan Mama ok? Mama sayang Shein since Shein dalam perut Mama lagi, since Mama tengok Shein pertama kali. Since that. Kalau Allah izinkan, Mama nak hidup dengan Shein, as long as I can. Thank you sebab sudi jadik anak Mama and bagi Mama chance to be your Mom. I love you Son. Only Allah knows how much I love you. Sooooo much!

Lagi Shein besar, lagi Shein pandai melawak, pandai merajuk, pandai show dia punya feelings lagi la I rasa hidup I complete. Happy sangat. Kiter dua gurau-gurau main geletek atas katil, peek-a-boo, main kejar-kejar, main Ultraman, tengok tv sama-sama. Seronok sangat-sangat. Now kalau Sazli keluar main bola or pergi kawan, I dah tak kisah. Coz I know I have a friend with me at home! Kadang-kadang kiter dua duduk tengok tv, hold each other hand. Quiet moment and like me and him in our own world. I kiss his hand, and he kisses mine back. It’s a beautiful feeling. I can’t imagine, how on earth I can love a person as much as I love you Shein. And I really do. I love you J

Thank you. Thank you so much for this beautiful 29 months. Mama is beyond happy. Thank you Allah sebab bagi Shein dalam hidup kami. Mama 100% sure that Abah love you too.

Anyway, I nak share Shein punya card for Mother’s Day. I yakin sumbangan Shein pada card ni cuma 0.01% tapi bila Shein hulur kad ni pada I dalam dukungan Abah dia. Lepas I sambut, dia menyorok balik muka Abah macam dia faham sangat-sangat apa yang berlaku waktu tu. Dia malu amagad! Macamkan dia yang buat kad tu. Tapi kesah pulak Mama kan? The thought that counts bebeh! Thank you Shein for that beautiful card. Mama really appreciate that. Thank you!
Alololo omel sangat kad ni.
I love you to Shein...

Sorry la harini ada rasa emos sikit. Teringat pasal video baby tadi. Poor that baby to have such mother. Sedangkan Shein melimpah dengan kasih sayang and that baby jadi macam tu. Apa la salah dia kan? Sometimes I rasa semua ni macam tak fair. Kenapa ada baby yang kena buang, kena kerat, kena dera. Why? They are just a baby. Suci. Bersih. Dorang sepatutnya dilindungi dan dikasihi. Bukan dizalimi. But Allah tentu ada ‘rancangan’ dia. I percaya, disebalik kesukaran, ada kesempatan. Kun fay a kun. I Cuma harap, jauhkan Shein dari segala musibah. Tu je… Amin...

-eNd-

Thursday, May 14, 2015

I am the master of my faith; I am the master of my soul

 Assalamualaikum..

I percaya, dalam dunia ni tadek orang yang 100% dilahirkan terus jadi jahat. Dalam jahat dia tu, sebenarnya ada baiknya. And kalaupon dia jahat, ada sebab kenapa dia jadik jahat. Dia takkan jahat sesuka hati mak nenet dia je macam jahat all the time, kejam tahap mengunyah orang punya brain (eh, tu dah macam zombie). Could be dia jadik jahat sebab dia menyimpan dendam sampai dia jadik saiko, kurang kasih sayang, lack of attention from family and friends or paling tidak pon dia ada banyak masalah sampai dia jadik mental or sewel or tak betul or giler. Kan?

Melainkan kalau dia memang anak syaitonnirojim. Yang tu tak boleh nak buat apa dah. Hahaha. Contohnya. Pencuri, walaupon dia kerja mencuri I believe dalam kehidupan dia, dia pernah berbuat baik. Paling tidak pon, dia pernah mengembirakan hati mak ayah, adik beradik atau sahabat-sahabat dia. Contoh : ‘Leman, Mak tak larat ni. Tolong la urut kaki Mak’. Lepas tu Si Leman pencuri yang tengah syok tido, bangun and urutkan kaki dia. See? Baik la tu kan?

I tau susah nak accept menda macam ni. Lagi-lagi kalau kejahatan tu macam membunuh, merompak, merogol, menipu sampai buat orang merana and so on. Kiter tetap akan rasa dia tu memang jahat and I rasa dalam kehidupan orang-orang macam ni memang berkandang babi dah kot kena menyumpah dengan orang. Macam I, kekadang orang bawak motor laju-laju cilok mencilok pon I dah babikan. Inikan pulak yang betul-betul jahat. Kan? Haha. Eh jahatnya kau boleh gelak lepas babikan orang. Hesh!

In-relationship pulak. Sebagai orang yang dah dulu makan garam and tuweeeee (Tapi masih segak. Ehem ehem) I nak nasihatkan adik-adik yang dalam relationship if rasa tak boleh nak go on dalam satu perhubungan tu, just back off. Jangan be in relationship sebab terpaksa and rasa macam, ‘Ni dah tak sempat dah ni. Apa yang ada depan mata grab jer la’. Gitu. Jangan ok? Sebab nanti kata la sampai tahap korang rasa dah tak boleh nak ‘lari’ sebab dah ada simpati, lagi la akan buat things more complicated.

Contoh. I tak suka dekat Fahrin Ahmad. Tapi Sebab I rasa macam oklaaaaa dari tadek sapa-sapa, kawen jer la. (Contoh nak Fahrin jer). Mana tau lepas kawen boleh build in perasaan. Gamble. Dengan harapan lepas kawen boleh cinta, tapi ditakdirkan jugak perasaan cinta takde. Yang ada cuma simpati. Nak cakap tak suka dah tak sampai hati, lepas tu kurang pulak ilmu agama dalam hati dan syaiton pon menghasut maka dari situ mula la perangai jahat puaka tongkiat semua keluar. Time ni la kiter akan jadik jahat. Trust me. Kiter akan ada sifat sambil lewa and tak 100% memberi. Maksudnya disini ialah if Fahrin Ahmad buat berjuta kebaikan dekat I pon, I takkan menghargai dengan cara sepatutnya. I endah tak endah. Sebab apa? Sebab dah tak suka.

Contoh lagi. I dengan Fahrin Ahmad. Dia belikan I Hanbag Prada. I memang la happy tapi gitu-gitu je. I suka tapi I tak berapa appreciate but at the same time, Brad Pitt yang cuma kawan baik I jer (tapi I suka dekat dia cuma tak boleh nak buat apa sebab dah kesian nak tinggal Fahrin Ahmad). Brad Pitt bagi I henbeg Guess tapi I punya suka sampai I cakap nak masakkan dia lunch sebulan. I appreciate dia sampai macam tu sekali. And now you see? I bukan la jahat sebenarnya tapi sebab hati I tak 100% pada Fahrin Ahmad so I jadik kejam. I tak hargai Fahrin macam yang sepatutnya. Fahrin pon ada la terasa hati tapi sebab dia dah sayang I sangat, so apa I buat dia terima je. Dia tak kisah. Takper la kalau tak hargai dia asalkan I stay dengan dia.

So nampak tak dalam kes ni  tak pasal-pasal ada 2 hati yang dah terluka. Kan? Yang terpaksa terima terluka and yang ikhlas sayang pon sanggup dilukai dan terluka.  2 2 taknak back off so akibatnya 2 hati sama-sama tak bahagia. Kan?

To be fair to yourself and your partner, if rasa tak boleh nak accept someone dalam hidup, you better back off now. It’s not fair for you and your partner also. Jangan buat macam tu. Jangan main-main dengan hati dan perasaan sebab itulah punca kebahagian dan ketenangan hati. Kalau rasa jiwa tak kuat, just end it. There’s no try and error dalam relationship pipol. Just don’t. Buat la istikharah kalau rasa confuse. Allah tu ada untuk membantu ok?

Bagi yang almost terjebak, better fikirkan balik and buat istikharah. Never too late untuk membahagiakan diri sendiri. Selagi ada nyawa, selagi tu tak terlambat. Doa supaya semuanya dipermudahkan and kata la kalau dah taktau nak doa macam mana, doa je macam ni. ‘Ya Allah, Kau maha mengetahui apa yang tersirat didalam hatiku. Kau permudahkan la’. Aminnn…. Dan kalau korang terror, if rasa macam dah buntu sangat, biarlah Allah bagi korang hati yang redha untuk terima segala buruk baik yang bakal diterima. Ok?

Never too late to choose your destiny. Your happiness.
Ingat. I am the master of my faith; I am the master of my soul.
-Nelson Mandela-




-eNd-

Thursday, March 12, 2015

#apologizeaccepted

Assalamualaikum...


Apologizing does not always mean that you're wrong or the other person is right. It just means that you value your relationship more than your ego

-eNd-