Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Friday, May 22, 2020

Resepi Koko Krunch Cookies Yang Sedap!

Assalamualaikum..

Semalam dalam pada busy with MS Meeting pagi jejak ke petang, sempat jugak buat 1 jenis Cookies lagi dengan Dyba and Intan. Plan nak buat another round Choc Chips Cookies tapi stock choc chips dah takde and nak beli kat mana-mana pun dah takde so I buat Koko Krunch Cookies je. Resepi ambik dalam internet but I improvise sikit sesuai dengan tekak I and letak dalam paper cup. I teringat dulu masa sekolah, pernah makan Cookies macam ni. Dulu ada la cari dekat penjual Cookies serata KL but memang takde jumpa. Semenjak dah poyo ala-ala Bakers ni, I decide untuk cuba sendiri. Try and error. Saspen jugak takot biskut ni kembang sebab ada letak baking powder. Lepas tu I nak dia rasa rangup. Base on previous resepi yang I try buat time buat Cornflakes Cookies tu, I tengok dia letak tepung jagung and only egg yolk lepas tu dia rasa rangup. So search-search I jumpa resepi macam yang I imagine. I ubah sikit letak oreo crumb and chocolate powder (sebab ada 2 kg I beli haritu hahahahaha). Turn out rasa sangat sedap! Shein pon suka. Ask untuk buat more. Dapat la 5 balang kecik, harini tinggal 1 balang je. 2 balang bagi pada Dyba and Intan. Perrrghhh laku keras. Mentang-mentang la sedap. Cheeewah! 


Koko Krunch Cookies. Yummy!

Friday, May 15, 2020

Udang Kamheong and Cerita Pasal Gemok

Assalamualaikum..

Harini bukak puasa apa tu nkorang? I jarang benar makan nasi and masak lauk-pauk untuk bulan puasa ni sebab Sazli tak makan nasi. Rasanya dah banyak kali bagitau sure korang pon dah naik hafal hahaha. Wei, serious I dah takde idea nak update apa dalam blog ni. Hari-hari cerita pasal makan je. Korang tak boring ke? Lepas tu kan, I pon confident berat tak naik, sekali timbang dengan penimbang baru (Beli kat Shoppee) terus rasa nak pitam. Tak naik berat konon sepanjang CMO. Pui! But gemok boleh je kurus, yang penting determination and takde yang mustahil cumanya dah kalau Chocolate Chips Khairul Aming sekali hadap 6 keping sebesar penampar kokodai so celah mana yang nak dietnya kan? Secara rasminya harini N0 Sugar back to Day 1. Hari-hari pon InsyaAllah dia akan sentiasa Day-1. I dengan Mira and Intan ada Group Kurus. Konsep dia hari-hari kena update makan apa lepas tu sapa yang makan sedap dia akan kena kecam or sapa yang makan sedap tapi tak ajak pon dia akan kena kecam. Nampak kan macam mana seriousnya group Intan, Mira and I ni journey to weight lost? Hahahahahaha. 

Takperlah slowly. Nak target kurus sempena Hari Raya dah tinggal seminggu. Nak turun 3kg dalam masa seminggu rasa macam tak logik so I target nak lose weight sebelum masuk kerja totally bulan June nanti je. Yang tu tampak lebih realistic. Si Intan selamba letak nak turun 5kg dalam masa seminggu. Kemain. Tengok makan kusssss semangat. Lepas makan Lasagna boleh lagi makan Nasi 2-3 suap. Lepas tu munch lagi Kerepek, Rempeyek semua. Hahahahahha so celah mana yang nak turun 5kg Intan? Anyways....


Kamheong Udang. Favorite Sazli dengan Shein. Resepi dia google je. Memang sedap.

Friday, April 24, 2020

Selamat Berpuasa Semua!

Assalamulaikum..

SELAMAT BERPUASA SEMUA! Alhamdulillah dapat lagi puasa tahun ni walaupon suasana sangat berbeza. I rasa Covid-19 ni berlaku dalam masa yang sangat-sangat tak kena. Puasa, Raya. Memang waktu yang orang nak balik kampung, keluar cari persiapan Raya semua. I pon sedih jugak especially bila fikir pasal GF. Sian dia. Biasa kalau puasa ni, at least I cuba berbuka dengan dia 2x. So dua kali I balik Pahang. Kaklong and De pon akan balik kampung jugak. So dia takde la sunyi. Anak-anak selalu ada je dengan dia. Dia pon dah tua, I pon taktau ada lagi ke kesempatan nak berbuka sama-sama lepas ni. pastu tahun ni Covid-19 pulak. Semalam pon masa PM announce yang CMO ni kena extend, actually I dah expect dah and I rasa raya ni pon memang kita tak dapat balik kampung and memang no open houses and all. Sedih sangat.

Sebenarnya bagus extend lagi CMO macam tu. I mean, look at the bright side kan? Kalau la semua dibenarkan balik and all, macam no point la buat CMO ni for 1 month over dah sebab nanti confirm akan ada jangkitan lain sebab orang terdedah kepada virus ni. Naik bas, keluar dekat shopping mall and all. So lepas tu nak kena start all over again. Now memang kena focus on elakkan kes-kes baru. Dalam pada buat CMO, social distancing, stay at home semua ni pon, new cases everyday macam tinggi je. Semalam pon ada 71 kes baru dekat Malaysia. Imagine kalau takde CMO berapa ramai yang kena. Macam USA, setakat semalam dah almost 900k cases and kematian almost 50.2k dah. Singapore pulak dah 11k cases and kematian pon dah ada 12 orang. Cases dia berganda dari Malaysia. Imagine dalam masa 2 weeks, graf dia naik mengejut macam tu. OKlah, macam reporter pulak rasa. Hehe. Macam biasa, I nak share apa yang I masak. Harap korang jangan boring. Yerlah. Amenda lagi nak buat kan? Tapi ni bulan puasa, I agak akan relax la sikit. Cuma petang karang I nak buat Kuih Keria Gula Melaka. Keledek ada ni. 


Semalam I buat Ikan Tenggiri Masak Hitam. Lebih kurang dengan tiga budak gemok je resepi ni. I haritu masak Daging Masak Hitam. Kuah dia buat extra, lepas tu semalam goreng ikan, lebur masuk dalam kuah tu. Tambah Kacang Buncis and Tomato Cherry. Settle. Asal ada kari-kari ni selera la Shein makan. Semalam settle dua pinggan.

Wednesday, May 29, 2019

Buka Puasa at Dewan Perdana Felda With The Sulatin's

Assalamualaikum...

Dah nak sipi-sipi puasa habes, baaaaarulah Abang Long belanja kitorang sekeluarga berbuka dekat Dewan Perdana Felda. Memang tiap-tiap tahun Abang Long belanja kitorang dekat sini. Sazli la paling suka sebab dia boleh makan Kambeng Golek puas-puas. Kambeng dekat DPF ni paling sedap yang I pernah makan sebab daging tak dry and keras... Memang puas hati. No 2 sedap dekat Menate kalau cakap bab kambing. Actually memang payah la nak dapat Kambing Golek kualiti macam ni dekat mana-mana Ramadhan Buffet. Kambeng Golek, mana-mana pon boleh dapat. Ye dak? Tapi nak dapat yang sedap memang susah sangat. But sejak 16 tahun lepas since I first work here, Kambeng Golek kat sini memang tak pernah mengecewakan. BTW aku dah kerja namblas tahun ke? Pheeewwwwwwwwwwwwwwwwwwit punya la lama. Hahahaha. Tua takpe, yang penting apa? Caaaaa apa? Cantikkkkkkkkk! Pandaaaaaai (Hahahahahahah ayat pujuk hati taknak mengaku tuwe). Anyways, TQ Abang Long belanja kitorang makan. I puas hati dapat makan banyak Kambeng from Saz's punya plate, makan goreng-goreng tempura tu ulang 3 kali, makan Laksa, Eskrem and Kuih Tepung Pelita sikit. Tak pernah I makan macam ni punya banyak. Ni la first time makan banyak macam ni time berbuka, tapi memang puas hati giler. I tengok balik gambar yang I ambik lepas tu wonder, macam mana keropok and tempura tu I boleh ngulang 3x padahal makanan lain punyalah banyak dari hujung sini sampai hujung sinun... Hati tu ada macam nak makan Bakso tapi hurmmmm jauh sangat so takper la. Tapi kalau yang jauh tu ialah Nasi Ayam Penyet, ku gagahkan diri Jebat. Memang I akan makan jugak walaupon dah kenyang. I memang pantang sikit dengan Ayam Penyet. Taktau lah kenapa. Kaklong naik bebulu dah. I kalau nak makan dekat Food Court kan, first thing I tengok dulu ada ke tak Ayam Penyet. Kalau ada zaaaaaaappp I pilih Ayam Penyet. Kalau takde, baru la I ambik lain. BTW, rindu pulak nak makan dekat KLCC punya Food Court. I miss the memories there with the girls. Tak sangka kita semua terpaksa berpisah dengan KLCC.



Kambeng. Sedapnyaaaaaa....

Thursday, May 23, 2019

Buka Puasa at Fatty Crabs Ampang

Assalamualaikum..

Korang, kalau korang ada plan nak bukak puasa berdua or bertiga boleh la datang Fatty Crabs Ampang. Dorang ada package makan 2-3 person for RM118.00 je. Dapat Special Curry Crabs (2 ekor), Kangkung Belacan, Sizzling Tofu, Daging Black pepper, Nasi putih for 2 pax, sirap selasih 2 gelas and dapat kurma. Wei, murah sangat ni. Ketam tu biasa 1 ekor dah RM90.00. This one is really value for money la. Set ni for me, nak makan 4 orang pon boleh je... Macam semalam I bukak puasa dekat Fatty Crabs tapi kita tak ambik pon set tu sebab tau dah kalau kitorang 3 beranak makan, takkan der habes semua tu... Tengoklah nanti kalau GF nak datang KL, I nak bawak dia bukak puasa, dekat sini and ambik set ni. Lagipon semalam Sazli tingin nak makan Salted Egg Squid. Untuk more more info tengok dekat IG Fatty Crabs Ampang dekat sini. Bagi I, set ni amat-amat berbaloi kalau tingin nak makan ketam gemok. Fatty Carbs ni is Chinese Muslim restaurant. Korang nanti try dia punya Kam Heong Series. Memang sedap! My favorite is Lala Kam Heong. Setiap kali datang sini, sure order punya. Haritu sekali I dah order online. Order, lepas tu pick up je dekat sana. Tahan 3 hari lah, baru habes. Shein pon suka makan Kam Heong dia sebab ada rasa kari. Si Shein memang hantu kari. Malam tadi Sazli suap dia makan Salted Egg Squid tu, pon dia suka jugak. Sama naik dia makan dengan orang yang puasa. Dah la sejenis perangai, kalau dia offer kita apapa makanan, if taknak nanti dia merajuk. Dah cakap PUASAAAAAA sampai keluar suara jantan pon eh, tidak dia give up untuk offer. Hahahahaha. Comel la Shein ni. Dah la debab. I suka perah-perah tangan dia tau? Debab dia tu eeeee geram! Jari dia pon cute sangat. I love you Shein. I hope, you love Mama too. Mama tau you suka makan chicken, nanti Mama buatkan Grilled Chicken for you ok Shein? BTW, Kitchen Cabinet dah siap dah. Al-hamdulillah... Next target nak beli barang-barang dapur macam baking tray and all. Tak sabar nak buat Brownies sendiri, grilled chicken and all, letak rosemary bestnyaaaaaaaaaaaa. Nanti kalau I jual Brownies, I paksa korang beli OK? Anyways, nah tengok gambar makanan semalam yang kitorang makan dekat Fatty Crabs. 


Sedap sangat Salted Egg Squid ni. Small plate ni RM28.00. Memang puas hati. perfect and sedap. Makan ni sahaja dengan nasik pon dah ok. Tapi tercekik padan muka la. I jenis makan tak berkuah pon takpe.

Friday, May 10, 2019

Baking With Aliah (Resepi Florentine Cookies Inside)

Publish : 28/5/2018
Re-Publish : 10/5/2018

Assalamualaikum..

Haish, tekak ni macam tak boleh nak sabar-sabar dah makan Florentine Cookies. Semalam carik dekat GE Mall and Avenue K takde pulak. Kalau time  kite taknak melambaaaaaaak ada. Geram je. Tingat buat dengan Aliah and Ct the other day, best giler walaupon version hangit sama banyak dengan version jadik (hahaha) almaklumlah kitorang amateur. Tapi time buat tu ada la rasa menyesal waktu half why - why aku terlibat (hahaha) sebab buat cookies ni renyah la wei. Tu yang tak sempat siap I dah masuk bilik tidooooooo. Si Aliah and Atig yang setel kemas dapur. Tak tahan la mata. Kita ongtue kalau bulan puasa pukul 10.00pm mata dah tak boleh nak bagi kerjasama. Dia punya ngantuk level kalau hantuk kepala dekat dinding pon tetap nak tido jugak sampai rasa nak termuntah dok tahan mata. Hahahaha. Korang, lepas ni takde dah eh nak complain kalau orang jual cookies mahal ke apa sebab nak buat memang renyah la hatta Florentine Cookies yang tinggal campak-campak je ni pon rasa macam ‘Wei, bila nak siap ni?’ Dah siap buat alahai suku bekas pon tak dapat hahahah. Kata Aliah, dulu dia pernah jual Biskut Cornflakes RM15.00 je tapi dia punya penat Ya Allah! I feel you Lia sebab ada setahun ni, Kaklong ajak I buat cookies for raya lepas tu dah, memang sekali tu je buat. Tobat taknak dah. Baik beli je senang. Selalu sangat time nak buat berkobar-kobar, lepas tu half way menyesal especially bab nak kemas balik. But for this Florentine Cookies if korang nak try, yes boleh cuba. Lagipon bahan simple. Cuma jangan nak buat adunan banyak sangat. Buat-buat bertenang kot yer pon bersemangat kang nanti ada yang tido depan oven. Ikutkan kalau buat sendiri beli bahan semua lagi murah dari beli tapi tu la P E N A T. Nak pulak yang oven jenis boleh masuk 1 tray je, dah tu satu adunan kena 10-15 tray pukul berapa nak siap? Unless ada Industrial punya oven yang tu lain citer. Kan?


Ni la Florentine Cookies kitorang. Yang ni second batch buat dalam paper cup, dapat la bentuk comel macam ni. Nak patah-patahkan pon boleh tapi tengok CT buat macam cantik, kita pon dengki, terus tiru.

Wednesday, June 20, 2018

Resepi Soto Terpaling Sedap. Assemoga!!

Publish : 24/7/2015
Re-Publish : 20/6/2018

Untuk sesiapa yang nak buat Open House or ajak kawan-kawan makan, boleh try resepi ni. CONFIRM sedap!

Assalamualaikum…

Harini rasa lapar lain macam. Scroll-scroll gambar nampak pulak Soto Ayam yang I masak masa sehari sebelum raya. Sambil telan air liur, terus rasa macam menyesal tak makan puas-puas. Blardihel. Sedap nak mampos! Lantak la kalau ada yang kata ‘Apa menda perasan sendiri masa, sendiri kata sedap’. Hahahaha. Tapi serious memang sedap kot Soto Ayam guna resepi ni? Resepi dari Kaklong I sebenarnya. Kaklong memang terror giler kot masak. Masa haritu I tengah nak masak, asyik call dia je. Ada la 12 kali kot sampai ada satu masa Kaklong jawab je call terus gelak and cakap ‘Ko nak apa lagi ha syaitonnnn?????’ Hahaha.

Yerla, memang la I gelabah sebab ni first time kot masak sorang-sorang? Tadek sapa assist langsung. Mak kat umah Tok. Sazli, Bapak and Shein besenang lenang je tido bawah aircond dekat hall. Nak terkeluar bijik mata I jeling Sazli time tu. Dah la penat neh! Haha. Korang kena try. Lepas korang try guna resepi ni, lepas tu confirm korang takkan ada hati nak makan soto ayam lain dah. Lagi la kalau order dekat Kedai, kuah jernih jer. Walaupon bahan sampingan dia ada cukup tapi tak kick macam yang ni. Yang ni I bagi resepi untuk seekor ayam. Ok? I beli yang peha sampai pinggang ayam tu. I ambik 4 ketul. Lepas tu menyesal sebab patutnya ambik 5 ketul. HAHAHAHA.

Bahan-Bahan

Blender
  • 1 bijik bawang besar
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang kecik
  • Halia 2 inchi
  • Serai 3 batang
  • Buah Keras 4 bijik
  • Perencah sup Adabi (size kecik)
  • 1 bunjut sup ayam
  • Air
Bahan Tumis
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • ½ inchi halia – dimayang halus
  • 2 batang Kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 6 biji buah pelage
  • 10 tangkai bunga cengkih
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan-Bahan Lain
  • Seekor rangka ayam
  • Seekor ayam dipotong 6
  • Setengah cawan susu cair
  • 2 ketul cube ayam
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Bergedil
  • Bawang Goreng
  • Daun Sup
  • Ketupat Segera
  • Suhun Goreng
  • Kacang Goreng


Sambal Kicap
  • Lada kecik 20 bijik
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Gula
  • Kicap Manis Cap Kipas Udang



Bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia, serai, buah keras, perencah sup and sup bunjut (keluarkan dari kain pembungkus) and blender. Blender sampai bebetul hancur semua. Guna dalam dua cawan air untuk blender. Sambail blender, sambil buat tarian kipas untuk menghiburkan hati. Haha.


Tuesday, June 12, 2018

Berbuka at Beriani Asif M Suites

Assalamualaikum...

Tak sangka Raya is just around the corner kan? Harini pon ada dah yang sampai kampung. Yang dah sampai kampung tu is Kaklong I la hehe. Dia cakap semalam pon dia dah malas nak kerja dah sebab kepala fikir nak masak macam-macam for raya. Bestnya! Kaklong dah la masak sedap. Macam kat office ni pon meriah, everyday ada je yang buat Raya Photo-shoot pakai baju raya. Office I pon tahun ni kemaaaaaaaaaain meriah gantung ketupat dengan lampu lip-lap segala. Korang tau kan yang kertas kilat-kilat tu kan? Yang tu penuh dekat office. Tukang deconya Si Robynn lepas tu I cakap dekat Robynn, ‘Ni Raya Aidilfitri eh Robynn, bukan Deepavali’. Hahahaha. Last week kot I pergi Chow Kit dengan Intan beli barang-barang semua sekali kena tipu. Yang gantung-gantung bulan tu kitorang beli RM12.00 tapi Along officemate kitorang beli RM5.00 je. Sampai hati tipu I harga mark up melampau – I no fren you. Dah la penat jalan dekat Chowkit. Sudahnya bukan setakat ketupat, dengan segala Ikan Bilis, Ramekin pon I beli. Beli Ramekin tu yang tak tahan. Tinggi cita-cita nak masak dessert tu. Hahahah. But seronok la I jalan-jalan Chowkit cari barang office. Terserempak pulak dengan Pak Megat suami Mimy Hamid. Dah tu I beli pulak Cucur Udang dekat Pasar Chowkit dengan Murtabak sedapnya lahai. I ada la ambik a few gambar dengan cita-cita nak share with readers yang tak pernah sampai Chow Kit but bila yang nak sharenya taktau la. Seronok jugak jalan-jalan Chowkit and tengok sisi lain of KL. I memang rasa excited although ada rasa takot sebab muka orang dekat sini macam garang-garang pon ada. Maybe sebab puasa. Kot? 



Intro punya panjang pasal Chowkit padahal nak citer Ahad lepas kitorang bukak puasa dekat Restaurant Beriani Asif dekat M Suites Jalan Ampang. Sini dorang punya 2nd Branch.

Monday, June 4, 2018

Berbuka With Sazli and Shein at Sushi Zanmai

Assalamualaikum..

Last week on Sunday first time kitorang bukak puasa bertiga anak beranak. Until Sunday tu, takde lagi pon kitorang berbuka dekat rumah sendiri sebab most of the time kitorang berbuka biasanya dekat rumah Bapak. Tapi last week Bapak balik Kedah sebab dia nak buat moreh and visit kubur arwah Tok so baru lah kami berbuka bertiga. Yang paling lapar walaupon tak puasa ialah Shein la. Balik sekolah mintak rice. Mama masak nasik, lepas tu dia saja tambah 2 kali. Dah tu, time kita berbuka dia pon sama makan. Lagi lambat tido, nanti mintak Soup pulak. Sepesen mama Shein ni, suka makan soup. Now pon nampak dia selera la makan pedas macam Mama. Nanti dia mintak put some chili dekat nasi dia. Kalau biar dia letak sendiri memang banyak la dia letak, macam takde belas kasihan. Nanti bila pedas, dia akan garu la lidah dia hahahahah. Shein makan sekarang kussssssssss semangat. Growing up boys. Sebanyak portion Abah dia makan. Tak campur dengan snack lagi. Haritu bukak puasa dekat Sushi Zanmai dia saja makan Miso Ramen 2 mangkok, Tempura 1 portion, Waffle Ice Cream 2 set and now dah pandai mintak Orange Juice and Ice Water. Punya banyak makan. Ni kalau Mama makan pesen Shein ni, alamat Raya memang pakai baju size L la. But dia active. Lepas makan, burn la calories sebab Shein active. Berenti main time tido je. Mulut pon sama naik memang peramah giler sekarang sampai Sazli suruh tido je sebab banyak sangat tanya. ‘What’s going on Mama and Abah?’ Ni dia tanya kalau dengar kitorang borak. Busy body kan? I pon kekadang ada je marah dia sebab jenis apapa semua nak main. Ajak mandi nak dukung, bila mandikan dia jirus-jirus air. Dia rasa dia kelakar kot? Lepas tu buat apapa kadang-kadang dia tak focus maka keluar la suara Tarzan I. Hahaha. But usually bila nak tido kita akan becinta la hug each other. Biasa memang Shein tido atas lengan I, I hug dia lepas tu time dia mamai-mamai I cakap ‘I love you Shein. I’m sorry I’m shouting at you Ok?’ Nanti dia reply ‘I love you too Mama. It’s Ok’. Huwaaaaaaaa sedih pulak. Sedih time malam la. Esok pagi menaga balik.


Dah jom layan gambar makanan pulak. This one Summer Roll. Wajib order yang ni. RM20.80

Saturday, May 26, 2018

Sedapnya Cucur Ikan Biis Naili's Place

Assalamualaikum..

Yay, finally today ada menda yang I tingin nak makan for berbuka. Biasa makan apa ada je tak kisah janji kenyang. Tadi tengah merenung nasib fikir amenda la yang buat excited to eat tetiba tingat Cucur Ikan Bilis dekat Naili's Ampang. Perrrghhh sedapnya.. Cicah dengan Sos Chili Thai. Dah lama tak makan. Dulu rasa saiko masa tengah zaman suka makan cucur ikan bilis ni sebab rasa macam kalau makan selalu nanti gemok. Tingat last time Kaklong pernah buat Cucur Ikan Bilis macam ni la, sedap! Makan dengan Sardin Masak Kari. Peeeeeerrrrrghhhhhhh. Nanti I share gambar. Both sedap tapi kalau diberi pilihan nak yang mana mesti la nak yang senang kalau yang tinggal makan jer la hahahahaha. So petang karang InsyaAllah I akan tapau dekat Naili's Ampang and later bukak puasa dengan Mr D and Shariffah dekat Hakka. InsyaAllah. Kat sana I nak makan Curry Veggies dengan Telur Dadar. Sedapnyaaaaa!! Dah kalau hari-hari makan sedap macam mana nak kurus time puasa, ye dak? Hahaha. Tapi I puasa confirm turun badan probably sebab penat kot? Pagi bangun sahur takde dah tido, nanti lepas berbukak pukul 9.30pm pon I dah mengantuk and tido. Now kain I basuh pagi time sahur tu, tak buat malam sebab dah penat. Pagi pon ok jugak kalau basuh kain. In between masak and clean up semua, kain dah siap tinggal nak sidai je. Ishk, tak sabar nak ada dryer sendiri. Takde dah masalah nak sidai-sidai kain. Bestnya! Anyways, ko tengok betapa senangnya kisah kain dah kena overtake dengan kisah Cucur Ikan Bilis Naili's hahahahahaa.


Cucur Ikan Biis Naili's

Monday, May 21, 2018

Puasa Ke Tu?

Assalamualaikum..

Amacam semua orang yang berpuasa, OK semua? I Ok je. Takde la beria lapar sangat. Tapi macam ada dahaga sikit. Haritu ada sapa entah hantar video air sirap bandung ice cream soda, I rasa macam nak nanges pon ada. Telan ailio. Lepas tu semalam masa balik kampung, Shein tu makan Butterfly Ice Cream macam sedap je. Dia kekadang saja nak bakar I tu. Jilat bunyik slurrrrrrrrrrrrrrrp macam tu. Lepas tu I tanya dia ‘Izzit nice Shein? It sour right?’ Lepas tu dia jawab ‘Its nice Mama, you want some?’ Huwaaaaaaaaaaaaaa!! Lepas tu Sazli tengok I dah gelak-gelak. Dia cakap ‘Siaaaaaaaaaaaaaaaan Mama’. Sian pon tak ikhlas tu. Sian nganjeng. Hahaha. Nanti petang I nak beli la Butterfly Ice-cream tu 4. Nak makan sorang. Taknak bagi Shein. Tapi kita ni kalau bulan puasa apa pon nampak sedap je. Nanti time berbuka minum air sebesen lepas tu dah kenyang air. Bloated. Hahaha. Now kurang panas kan? Dulu masa zaman I kanak-kanak, punyaaaaaaaaaaaaaalah panas. Dah la puasa, kekadang kena balik jalan kaki dari sekolah ke rumah dalam 3km. Panas lagi Ya Allah hazab sangat rasa. Balik rumah, mandi sebab nak pergi Sekolah Agama pulak. Sambil jirus air atas kepala, I minum sekali air. Konon tak sengaja la. Manis je rasa tu. Kekadang kumur-kumur lepas tu sekali telan. Ada hari tak tahan sangat I minum terus air kolah segayung. Legaaaaaa. Hahaha. Bongok la kalau ingat balik. Baik makan je nasi takyah puasa. Dah kalau hari-hari kumur buat tertelan samadengan tak puasa la jugak kan? Hahahah. But effort tu penting. I ingat I sorang je buat kerja minum air kolah, tapi De pon sama. Lepas mandi rasa lega and segar je. Mak cakap ‘Segar je lepas mandi? Minum air kolah ke?’ HAHAHAHAHHA. But dulu masa kecik bila bulan puasa memang mencabar sangat. Seriously panas giler. I rasa I macam cool sikit puasa pon lately je. Dulu masa tak kawen lagi pon perangai boleh tahan jugak time puasa. Melepek je. Ya Allah sabar je la Pwincess sorang ni tau?



Mahal kan Cherry ni? Ni dekat Cold Storage ni. I tingin nak makan Soup Ikan Merah. So sebelum beli ikan, cuci mata la dulu tengok buah-buah. I suka jugak Cherry ni. Usually beli time sale dekat iSetan je. CS ni kekadang mahal melampau. Geram je.

Friday, March 16, 2018

Resepi None-bake Oreo Cheesecake Yang Simple dan Sedap

Publish : 22.7.2015
Re-publish : 16.3.2018

Assalamualaikum..

Haritu masa malam raya, I buat None-bake Oreo Cheesecake. Kata Mak, nak bawak buah tangan untuk bawak pergi rumah Tok esok pagi, yang I buat sendiri. Memula I nak buat Trifle. Lepas tu tak dapat pulak jumpa kek gulung, so terus ubah plan buat None-bake Oreo Cheesecake ni la. Bahan pon tak banyak. Lagipon senang je nak buat. Takyah guna penimbang pon. So confidence la skek nak buat kan? Tingat dulu I buat 'cream puff' tak guna penimbang. Sukat guna kulit telur. Boleh? Terus cream puff I jadik macam kura-kura. HAHAHAHAHAHA, Korang baca dekat sini. Janji jangan gelak ok? Heeeeee.

Bahan-Bahannya

1. Whipping cream 200ml. I guna jenama Arla
2. Cream Cheese  250 gram (any brand)
2. Biskut Oreo 2 pack. I ambik yang biasa punya
3. 1/4 Buttercup (atau 2 sudu). Nak guna margarine pon takpe. Tadehal.
4. 3 sudu icing sugar
5. 1 sudu teh essence vanilla

P/s: Yang this time, I guna this ingredient. hasilnya sedap tapi lembik la. Nak makan kalo, kena makan straight from peti ais, kalau tak dia lembik dah macam tiramisu. If nak yang jenis boleh slice and serve, korang kena masukkan gelatin. So dia akan keras texture dia macam agar-agar. If guna gelatin, korang boleh la letakkan fresh milk. Ok? I guna this version sebab can't find any gelatin haritu. Tadek hal. Sebab still sedap jugak.


Antara bahan-bahan yang digunakan.

Thursday, June 22, 2017

Dyba, Intan, Anny, Raya and Friendship

Assalamualaikum..

Dah ada yang start cuti raya kan? (Jawapan : Kaklong). Dalam radio pon dah cakap yang traffic dah start heavy. Untuk yang balik kampung lalu tol jangan lupa top up TNG sesiap RM200.00 sebab untuk musim perayaan ni lane tambah nilai takde. Katanya untuk mengurangkan kesesakan. I wonder macam mana lah kalau tetiba 3 4 lane stuck sebab ada yang TNG Card tak boleh read atau ada yang lupa habes nak topup or tak cukup baki. Acane? Bukan makin sesak ke? Dalam seribu orang mesti ada sorang yang makngot lupa nak topap la apa la jenis selenga hahaha. Tu yang makin bertambah sesak nanti jalan. Kepada yang nak balik kampung harini (Kaklong) diucapkan semoga selamat sampai ke kampung halaman dan selamat berperang di dapur. Untunglaaaaa balik awal. I macam biasa raya KL dulu. Nanti Ahad tengahari (Raya Pertama) zaaaappp balik Jengka duduk la sampai raya Ke-6. Naseb baik dekat KL-Jengka so hari raya pertama tu dedua rumah dah boleh beraya. AL-hamdulillah. Bab Hari Raya ni kena la tolerate baru rumahtangga harmoni. Kepada para isteri yang sentiasa mahu beraya di rumah sendiri takde system giliran sebab suami jenis mengikut, kena ingat suami pon ada emak dan keluarga. Cuba bayangkan nanti kalau kita dah tetua anak lelaki semua ikut telunjuk isteri, raya takde gilir manjang dirumah isteri. Kita sebagai emak, sedih tak? Tipu la kalau kata tak sedih. Kena ingat ‘What you give you get back’. Trust me. Untuk suami pulak yang menggunakan kuasa mutlak ‘Tempat isteri disisi suami. Jangan jadik isteri derhaka’ so hari raya pertama tak pernah di rumah isteri, fikirlah perasaan isteri jugak. Bahagiakanlah Isteri yang lahirkan anak-anak untuk awak. Banyak dia sacrifice apa salahnya buat dia happy. Kan? Kena tolak ansur supaya semua orang happy. Ok? Okbye. Jom layan gambar pulak.



Melayankan si Dyba and Intan. Katanya sempena dapat ‘Duit Raya’ dari office, nak pakai baju putih and tudung Arzu. Ok boleeeeeeeh.

Monday, June 19, 2017

Berbuka Puasa di Rumah Siti

Assalamualaikum..

Tak lama dah kan nak raya? Puasa pon tinggal 6 hari je lagi. Sedih pulak Ramadhan dah nak abes. Sazli tu lagi la rasa ‘hilang’ sebab Ramadhan ni ialah his favorite month. Busy je dia dah macam YB. Trawikh Jemaah, Moreh and latest ni untuk 10 Ramadhan terakhir ada Qiamullail pulak. So far Trawikh dia takde tinggal lagi. ‘Guboy Abah’ – bak kata Shein. Bulan Ramadhan ni memang menguji kesabaran sebenarnya. Panas + lapar maka cepat la nak meroyan. Bila rasa nak maki-maki sebab orang potong lane cuba istifar sikit. Ingat, Ramadhan ni bukan selalu. Entah tahun ni jadik yang terakhir sapa la yang tau kan? So kena la fully utilized and lebihkan sabar sebab Allah pon kata orang yang paling dia sayang dalam dunia ni ialah orang yang Saaa? SABAR. Pandai. Macam I, cakap pandai la. Sikit kang cepat je nak tarik muka kah kah kah. Cita-cita nak buat Trawikh tinggi tapi kekadang 9.30pm dah tido sama naik dengan Shein sebab penat la. Pagi sahur, mana ada tido dah. Balik kerja dah sebok untuk bukak puasa. Mana kain lagi, rumah lagi nak kena kemas.. Shein pon kekadang manja dia, boleh mengundang jugak jenis taktau nak apa dalam hidup dia dok Mama Mama Mama pang baru tau hahaha. Pukul 9.30pm letak kepala dekat bantal dah gone ke Hongkong. Untuk tahun ni pecah rekod takde sekali pon kami berbuka bertiga dekat rumah. It’s either dekat rumah Mak/Bapak or dengan kawan-kawan dekat luar. Tapi boleh kira dengan jari la berbuka dekat luar berapa kali je. Macam Ahad lepas, kitorang berbuka dekat rumah Siti and Zairi parents Adriel schoolmate Shein. Bukak puasa dekat rumah ni relax la sikit… 


Gambar Ketam nombol satu la. Kasik bakar line sikit. Haha. Puas hati makan dekat rumah Siti. Semua sedap-sedap dia kasik makan. I ni pakkal la beringat baju raya semua tempah ngam-ngam je ukuran badan. Kaaaaaalau tak, kau tau la naseb kau ketam!

Friday, June 16, 2017

IFTAR at Dewan Perdana With Family

Assalamualaikum..

Dah lamanya tak bukak puasa dekat Dewan Perdana Felda. Kalau tak dulu tetiap tahun pergi. I paling suka Apam Balik Nipis dengan Laksa Penang kalau makan dekat sana out of sekampung makanan yang dorang offer. Memacam ada weh. Serious banyaaaaaaaaaaaaaaak giler makanan, mak bapak je takde. Dulu ada Sushi, now macam dah takde pulak. Sapa ingat tragedy I dengan Apam Balik angkat tangan! Hahahaha. Setiap kali tengok Apam Balik Nipis sure I tergelak sorang-sorang memikirkan perangai merajuk yang boleh tahan mengundang and Intan yang dah pandai melawan tu. Boleh baca dekat sini. Alhamdulillah tahun ni merasa jugak sebab Abang Long and Kaklong invite. Kite kan memang anak beranak semua kerja Felda? Kah kah kah. So cukup lah 10 seat. Auliyya duduk baby chair and Aiydeen duduk dalam stroller membuta. Mak dengan De takde dekat KL, kalau tak complete dah family kitorang. TQ Abang Long and Kaklong for inviting. Puas Si Sazli dapat makan kambeng. Kambeng golek sini memang one of dia punya favorite. No 1 is Menate la. Sanggup tu dia beratur 2 3 kali sebab nak puas makan. Orang dah bersandar, dia comel je beratur lagi dekat kambing. Abang Long dari dah nak gerak balik cakap takpe la tunggu Sali. Dorang panggil Sazli tu Sali sebab dulu Amsyar tak pandai sebut Sazli. Maka among family I lekatlah nama ‘Sali’. Hahaha. Sali la, assemoga la, baaaaa (bye) la, memacam hal. Yang Sheindong tu pon asalnya Kakyang dia la bagi nama. Lekat la sampai sekarang dalam Sosial Media. Kitorang sampai Dewan Perdana time tu dah berbuka. Si Shein la buat perangai taknak mandi. Geraaaaaaam je. Padahal Bapak beliau, kambeng dah kat tekak. Nasib kambeng ada banyak lagi Shein. Kalau tak Abah kau hijau la jawabnya.


Kambing Golek pujaan hati Sazli. Tapi tahun ni I tengok dia punya queue takde la teruk sangat macam dulu.

Thursday, June 15, 2017

Buka Puasa Di Kampung - Part I

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat la bukak puasa dengan Mak 3 hari untuk Puasa tahun ni. Sehari masa sambut Ramadhan 2 minggu lepas and lagi 2 hari masa balik last week. Kebetulan cuti Nuzul Quran so dapat la extend duduk Jengka lagi 2 hari. Kitorang balik Jengka Sabtu tu lewat jugak. Sebab memang plan nak sampai Jengka petang, lepas tu boleh singgah beli Air Mangga, Cucur Udang dengan Laksa Ikan Sekor dekat Bazar Ramadhan Bandar Pusat Jengka dekat gerai senior Sekolah Menengah dulu. Dah lama perati dia masukkan dalam FB menyirap je. De pulak cakap Laksa dia sedap sedap sedap sampai tetelan ailio I but akhirnyaaaaaa haritu dapat makan jugak. Norwiyana nama dia. Dulu masa sekolah I ingat dia pendiam, sekarang kemain peramah. Tapi peramah dalam FB la. Hahahaha. Sedap weh Laksa dia. Sedap gileeeeer! Jus Mangga pon sedap. Dapat rasa Mangga chunk ada dalam tu. I rasa sangat puas hati sangat dapat rasa. Masa sampai dekat Bazaar tu, Sazli and Shein tunggu dalam kereta je. I pon tak sanggup nak bawak Shein, kang dia carik pasal kang malas nak berdrama. Lagipon Jengka boleh tahan panas lepas tu lapar lagi kang ada yang dengan I sekali nanges baring atas jalan. Hahaha. Sazli mintak cari Gulai Ayam nak buat cicah dengan Murtabak Frozen kawan Bapak punya tapi boleh eh dari hujung sinun, sampai hujung sini takde? I pulak sebok mengekor Maksu kawan sekolah I nak shopping makanan dengan husband dia. Kebetulan dia sergah I time baru siap beli Air Mangga. I pegang lengan dia tak lepas sebab segan jalan sorang-sorang dengan suar senteng. Hahahaha. Sampai dekat Jengka, just nice je tak lama dah nak berbuka. Jengka ni panas jugak la wei. Tu ingat nanti nak paksa Mak pasang aircond. Kata Sazli probably sebab bumbung rumah Mak. Dia risau la Mak pergi Trawikh takot dehydrate. Mak cakap, masa dua hari lepas laaaaagi panas sampai dia baring dekat simen. Kata dia, kalau time tu I ada dekat rumah mesti jam tu jugak suruh Mak roboh rumah and buat rumah lain. Hahahahaha. Tingat dulu masa I berpantang dekat Jengka, panas dia sampai lap la peluh dekat leher. Menitis-nitis peluh… Tapi I survive.


Beli 2 mangga dapat FREE 1 air lemonade. TQ Wina!

Wednesday, June 14, 2017

Ozeki With Ellis

Assalamualaikum…

Asalnya plan nak bukak puasa dengan Anny and Ellis. Tetiba last minute Si Anny tak boleh nak join sebab car seat Ayden ada dalam kereta Alan. Dah tu takkan Ayden nak dibiarkan bermaharajalela dalam kereta? Mau kang nanti dia pulak tetiba nak drive and Anny duduk tepi jadik penumpang. Alan punya flight pulak delay, 6.30pm baru touch down Subang so Good-bye, kitorang je lah makan sedap dulu eh? Masa Si Anny cancel hati ini dah berbunga riang sebab tekak I dah lama tingin nak makan steak dekat VS tapi Si Anny bukan makan steak, Ellis pon kurang. Tetiba Ellis cakap dia tingin nak makan dekat Ozeki, terus I setuju. Hahaha. Padahal tadi beria nak makan steak, cepat betul hati berubah. Macam haritu suka dekat Zul Ariffin, ni tetiba suka dekat Fattah Amin pulak lepas tengok Cinderella tu. Memula biasa je lepas tu De la influence cakap romentik la apa la dah aku pon suka. Sekelip mata hatiku berubah. Hahahaha. I dah lama giler tak makan dekat Ozeki sampai dah tak teringat lansung. Bila Ellis cakap Ozeki punyalah I happy… Macam mana la boleh lupa. I cakap pada Ellis, I nak makan banyak and nak order menda lain pulak. Tapi sudahnya tetap order yang sama tapi ada la sejenis menu baru kitorang order. Pooooon sedap weh! Sedap giler! Kena masuk dalam list wajib order. Taip ni pon telan ailio.


Inilah dia Eringi Gyoza Hasami Age – RM19.00 harga beliau. S E D A P.

Tuesday, June 13, 2017

Kisah Shein dan Nasi Goreng

Assalamualaikum..

Weekend bebaru kitorang balik Jengka 3 hari. Best la dapat bukak puasa dengan Mak 2 hari. Lagi best time sahur dapat la sehari tu tinggal bangun, cuci muka terus bersila makan. Heavennyaaaaaaa. Biasa I yang bangun kejut Sazli 3 kali. 3 kali ok baru bangun? Geram je. Kata Sazli dekat Mak, ‘Takper Mak. Masa Su kejut kali pertama tu takyah bangun sebab lepas tu dia mesti datang balik hahahahha’. Eeeee jahatnya. Kekadang I cakap ‘U, dah pukul 5 suku ni. Bangunlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa’. Kekadang saja je buat gempak. Padahal tak 5 suku pon lagi. Kena cakap macam tu, kalau tak punya liat nak bangun. Kekadang geram jugak. I nanti sehari nak buat macam ni. Kejut sekali tak bangun, kejut dua kali tak bangun, kejut 3 kali tak bangun I lantakkan ajer. Biar dia tak sahur. P A D A N  M U K E. Dulu I ingat masa kekecik, I punya perangai macam Sazli la. Kejut sekali mana maunya I bangun. Padahal yang tukang kejut tu boleh tahan dia goyang sampai terkejut roh I masuk dalam badan. Goyang tak ingat punya sampai bergegar satu badan. Pundek betul. Sampai hati ko De kejut aku macam tu. I takde pon rasa nak kejut Sazli ganas-ganas. Penuh kelembutan je. Tapi masuk kali ketiga tak bangun-bangun jugak memang high pitch naik. Sazli ni kalau Bapak kejut, sekali je bangun. Takot lettew. Dengan I dia tak heran. Siap dia lepas ni memang I lantakkan ajer biar dia lapar. Hahahahah. Tapi sian jugak. Takot nanti dia bukak puasa lepak pulak. Sazli jenis bulan puasa memang bizi. Isyak and Trawikh sebolehnya dia buat dekat surau. Sebab tu dia kurang kalau ajak bukak puasa dekat luar. Kata dia sayang dengan nikmat bulan Ramadhan. Love you. **tetiba


Ni budak tak puasa ni, sebab dia tak puasa kena la masak sendiri. Hahaha.

Friday, June 9, 2017

Buka Puasa Makan Sedap Di 9Kedondong Harini for RM45/nett. Less RM10.00!

Assalamualaikum..

Korang harini plan nak berbuka puasa dekat mana? Kalau takde plan lagi, boleh la bukak puasa dekat 9Kedondong sebab untuk hari ini sahaja, 9KEDONDONG BAGI LESS RM10.00 UNTUK RAMADHAN BUFFET MEREKA. NORMAL PRICE IS RM55.00 NETT/PERSON TAPI HARINI HARGA CUMA RM45.00 SAHAJA. If korang nak, boleh call mereka untuk buat tempahan ASAP. Untuk booking call terus ke 016-8868311 ok? Jangan lambat sebab tak banyak slot yang tinggal. Makanan dekat sini memang semua pon sedap-sedap and sesuai la untuk yang suka makan masakan melayu sebab dekat sini dihidangkan dengan CITARASA KAMPUNG. Yang paling popular and ada hari-hari semestilah Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. I suka jugak dia punya Sambal Udang, Kambing Bakar. Perrrrghhhhh!! Semua lauk pauk citarasa kampung ni kena la dengan tekak I and memang semuanya sedap. Rugi kalau korang tak pergi lagipon harini ada discount. Dia punya Nasi Kerabu pon sedap. Goreng pisang, cucur ikan bilis and cekodok pisang made before your eyes ok? Makan panas-panas dia punya nikmat, perrrghhh!! Jangan lupa ambik cucur ikan bilis cicah dengan mana-mana gulai. Nak cicah dengan Sambal Udang pon layan jugak bro. Eh, aku taip aku pulak yang menyirap rasa dihati. Apehal???? Gerai pon ada banyak selain dari makanan utama. Pilih la mana nak. Air panas, air sejuk, pelbagai dessert yang semua pon sedap alahai, rugi rugi rugi kalau tak pergi. I kalau review makan memang ikhlas dihati. If I cakap sedap and berbaloi korang kena try. Tak caya boleh tulis dekat dada. Alip lam lam ha. Haaaaaa. Jom tengok diantara makanan yang ada dekat 9Kedondong. Harap jangan la yang ada menjilat screen. Hehe.


 Sambal Udang. Kekadang ada petai, kekadang takde. Tapi ada atau takde memang dedua sedap. Jangan lupa makan dengan cucur bilis panas-panas ok? **menyirap je….

Monday, June 5, 2017

Tomyam Seafood Spaghetti – IFTAR PACK SOHO SANDWICH

Assalamualaikum..

Berbuka puasa apa korang harini? I harini berbuka dengan Tomyam Seafood Spaghetti dari @sohosandwich. Tak tahan tengok udang sikit punya debab (macam ain) ada 3 ekor, dengan sotong clam semua siap. Murah pulak tu. RM15.00 jer. Mana nak dapat harga RM15.00 and confirm sedap dengan segala udang gemok macam tu dekat KL ni? I berani kerat jari takkan ada punya lah. Dah alang-alang tu order sekali Salmon Sandwich dengan Heritage Clubsandwich. Aduhai, dah sampai ke tekak dah rasa nak makan ni. Nak nanges rasa. Hahaha. Hari Jumaat lepas I ada beli Sandwich dekat O’Brien lepas tu tetinggal dekat office. Takde rezeki nak makan. Yang misterinya, masuk kerja hari Isnin tengok takde pula katas meja. Dah hantu mana pulak ambik bebulan puasa ni? Tapi takper la, sesapa pon yang ambik I dah halalkan sebab Soho Sandwich beganda-ganda lagi sedap. I pernah review pasal Soho Sandwich dekat sini last time. Tauke Soho Sandwich ni tak buat hari-hari IFTAR PACK. Selected Day je. Masa dia publish dalam FB Sabtu lepas, menggelupur la I order. Si Intan kongang masa kitorang dah dapat ni baru menyesal sebab tak order. Kata dia sebab tak bukak attachment. Bizi buat assignment. So tak dapat la dia rasa and I pon taknak bagi dia rasa. Hahahahaha. Korang kena sentiasa alert la dekat IG dia supaya tak terlepas IFTAR PACK ni sebab tak pernah yang tak sedap I tengok dia buat. Manjang sedap and IFTAR PACK ni kira macam special menu la. DIa takkan available every day. Ok? Jom tengok gambar Tomyam Seafood Spaghetti I. Kalau terliur, I mintak maaf eh? Ni bukan salah I. Salah Luqman (Founder Soho Sandwich)



Tomyam Seafood Spaghetti. RM15.00 sahaja sebekas. Udang gemok ada 3 ekor.