Sunday, September 23, 2012

Europe Tour - Day 7 (Venice Part II)

Welcome back!

Setelah sekian lama delay entry Europe Tour yang pergi Venice kerana kesihatan suami yang tidak memberansangkan, maka hari ni I dengan penuh semangat cuba menunaikan janji untuk sambung entry Europe Tour ni walaupun takder saper yang tuntut pon. Nampak sangat aku yang syok sendirik. Ah. Lantak la. Haha.

Day 7 terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Visit Venice, Verona (Tempat Romeo & Juliet) dan jugak pergi Milan. Hamek nko! Tak patah pulak kaki pergi sampai 3 tempat kan? Takper. Kiter cerita part yang pergi Venice dulu yer?

The most exciting day at Venice I tell U.. Sebab...Who doesn't wanna go to Venice? Angkat ketiak..! Mesti la ramai yang nak kan? Mekah pon memang la semua orang nak pergi, tu tak payah cerita. Tapi ni yang I nak cerita bab vacation. Tempat yang terkenal dengan suasana romantik dan elok untuk menghasilkan bayi. Yeah Bebeh!

One most IMPORTANT tips yang I nak bagi kalau pergi Venice ialah... Kalau anda berniat untuk mendapatkan barangan berjenama bila visit Europe, sila lah beli di Venice. Harganya murah la sikit kalau nak dibandingkan dengan Milan. Ala. Takat seratus euro jer. Tapi kena ingat. Seratus euro sama dengan RM400 ok? Ada nilai jugak kan? Berapa kali boleh pergi Sushi King dah tu kan? Well. Makan jugak yang diingat.

So!

Malam sebelum visit Venice, kiter semua menginap di Move Hotel. dekat Venice. Tapi dekat land la. Sama la macam kiter pergi Langkawi la. Ada land, ada island. Ke sebenarnya Langkawi takder land sebenarnya? Memandai jer aku kan?

Di hadapan Move Hotel. Nama Hotel Move jer. Haha. Tak dapat melupakan peristiwa seorang nyonya kaya yang pergi sekali dengan group kitorang sudah hi mabok minum arak, lepas tu masa dekat sliding door, selamba je langgar kuat-kuat. Bajet takder cermin dekat situ. Sazli ketawa sampai terduduk.  Menda jadik depan mata dia. Sabar jer la tau.. Oh. One thing pasal Chinese yang pergi sekali dengan kitorang punya group ni, kaya nak mampos ok? Selamba beli Chanel, Prada, Gucci, Zegna sampai kiri kanan beg dekat tangan. I peramah tolong kirakan harga and tolong convertkan ke RM, ada la sorang habes dalam RM30k  agaknya. Yang nyonya langgar sliding door tu beli jam  Rolex harga RM60k. Gulp. Nyonya rambut kerinting macam model bedak batu tu. Dapat bayangkan tak muka macam tu beli jam Rolex. Ha....

Ok. Dah sampai dekat Jeti. Time ni tengah nak tunggu bot untuk pick up from land to the island. A sunny day yet sejuk sangat-sangat. Suhu dalam 12 darjah. Takyah nak tunjuk teror  sangat la bukak leather jacket. Tengok Mak. Dia omel jer selamba pakai jacket time winter. Haha. Oh. Masa dekat Venice ni, kalau nak beli fridge magnet ker, t-shirt ker, beli je dekat land. Dekat booth buruk-buruk tempat parking bas tu. Sama jer dengan the one yang jual dekat island.  Orang yang dapat bukan tau kiter beli kat land atau island sebab sama jer rupanya. Harga dekat island jer yang mengada-ngada up sampai sekali ganda. Lesson learned dari beli souvenir dekat Pisa.

Masa kat dalam boat. Air  sungai ada la macam hanyir sikit. Tapi Venice kot? Takkan mengada nak komplen air hanyir bagai. Ada yang kena penampar pulak kang. Tingkap boat pon takder saper yang peramah-peramah nak bukak sebab dikhuatiri ada yang kencing dalam seluar sebab dah la sejuk, pastu bertiup angin pulak. Kan?

Serba sedikit tentang Venice ok? Ni cikgu sejarah nak ceritakan. Chewah! Venice atau disebut juga sebagai Venizia oleh orang Itali merupakan Ibu Kota rantau Veneto. Pada tahun 2009 terdapat kira-kira 270,000 orang yang tinggal di Venice termasuk di pulau dan tanah besar. Ramai jugak tu. Pulau ini dinamakan dengan Venizia/Venice oleh penduduk asal yang tinggal disini semenjak dari kurun ke 10 masihi/ 10th BC. 

Dah sampai dalam pulau! Yay! Memang best sangat.... Orang ramai giler...  Semua pelusuk ada orang agaknya.. Time ni semua orang dah menggelupur nak naik gondola. Mercu tanda Venice. Seriously Venice memang romantik, pendek kata, jejak je kaki dekat sini terus rasa macam nak mengawan. Gitu.

Like I said earlier, air busuk. Sebab mungkin air dia bertakung jer kot? Tak pon  sistem kumbahan dia tak bagus but pedulik ketahik kan? Bot bersepah-sepah dekat sini. Sebab kalau ikut jalan darat macam susah nak sampai. So pengangkutan dia, ialah bot. Bot parking belakang restoran wa cakap lu! Time ni tourist guide sebok nak cerita pasal sejarah church lagi. Tapi gua sudah muak. Baik ambik gambar lagi best. Keadaan sudah tidak dapat dikawal sama sekali. Semorang macam hilang arah tujuan. Macam jakun sangat. Serius jakun dekat Venice. Ke aku je yang lebih-lebih jakun padahal orang lain rilex jer taktau la. Haha.

This is the time! Bestnya..... Satu gondola tak silap I, limit dalam 5 6 orang jer. We manage to naik menatang ni satu family. 4 orang. Duduk kena diam-diam, nanti abang taxi Itali ni marah. Ciri-ciri keselamatan seperti memakai jaket keselamatan langsung tidak dititik beratkan. Berdoa jer la supaya bot tidak karam.

Mak duduk diam-diam jer. Penakot. Gondola goyang sikit sebab kena air berkocak yang bot lalu dah cuak. Rilex la Mak, 'abang' kan ada. 'Abang' tu I la. Bila berlagak hero, kiter mesti menggunakan nama lain untuk nampak macho seperti 'abang'. Auuu geli. Tetiba terbayang macam mana kalau one day Sazli suruh panggil dia Abang. Mati aku. Haha.
Ok next. Kiter pergi ke acara paling best! Shopping!!!! Ala. Tak la shopping banyak mana pon untuk barang-barang branded. Naseb la Bapak berbaik hati bila kesian tengok muka seposen I dengan Mak. Bapak pon dah bosan tengok kitorang keluar masuk Gucci. Baik dia lepak layan minum coffee dengan Sazli sambil memberi kata-kata semangat. 'I leave U both here and just pick anything U like. I'll pay.' Terus dekat mata keluar tanda dollar kcing kcing king! Rambang mata oi! Rasa macam nak beli satu kedai. Tapi melampau la pulak kan? Dekat sini I tengok wallet and purse memang murah dari Malaysia. Kalau dekatMalaysia RM2k baru dapat purse or wallet, tapi kalau beli dekat sini dalam RM900 jer satu. Menyesal tak beli. Like seriously menyesal giler. T____T

Tapi terubat la kekesalan bila I dapat satu handbag dekat sini. I ambik yang kecik dari Mak. Segan la kalau nak ambik sama besar dengan Mak punya. Takkan nak lawan tauke kan? Mak punya beg, same size, same model last week I tengok dekat Gucci KLCC dalam RM12,000. Humang aih! Mahal dalam RM4,000 compared dengan beli dekat Venice and I punya mahal dalam RM1,700. So tambah harga dua-dua beg kitorang beli untung dalam RM5,700. Bayangkan la. Banyak toooooo!!!! So, kalau pergi Venice jangan lupa rembat jer terus purse or wallet. Sebab murah ok? Murah. Dalam 200 euro jer. 

Hati sudah berbunga riang, nak makan apa pon dah tak lalu. So kiter lepak dekat square ni yang tidak dapat dikesan sehingga sekarang apa nama tempat ni. Haha.

Sazli ni memang baik sangat tau? Bukan kaki pau. I respek dengan cara Mak Ayah dia didik dia dan tak spoil kan dia dengan material. Walaupun dia anak tunggal. Masa I dengan Mak dah dapat handbag, Bapak also offer dia untuk ambik whatever he wants but dia taknak. Semua taknak. No wallet, no belt, no glasses, no nothing. Satu pon dia taknak. Ishk. Memang respect giler. Sekarang I rasa sangat berbangga kerana Sazli macam tu. Never took the offer for granted. Rendah diri sekejap dengan sikap dia. Ishk. Sedih pulak tetiba. Bukan sedih. Tapi rasa terharu dengan sifat-sifat Sazli yang banyak I adore dalam diam. Lantak la kalau orang nak kata I ni memuji suami sendiri ker but itulah dia. Baik and very very down to earth. I love U Kayang!

Bapak yang hemsyem! And wangi as well. Heeeeeeee. Dan dan la puji Bapak kan? Padahal I la paling kuat merajuk, bergaduh ngan Bapak. Tak kira la kat KL ker, kt Venice ker sebab dia ni kan memang suka giler sakat I. Kadang-kadang muncung I sampai boleh ikat. I mandi dia kata tak, I dah lawa-lawa dia kata tak. Pendek kata, memang Bapak suka giler carik pasal dengan I. Paling bodoh pon, I diam tak kacau dia, dia boleh sengaja pijak kaki I. E!

:)
Rambut panjang pon rambut panjang la. Walaupun sakit dimata tapi sejuk dihati. EH. Tetiba terkeluar tajuk la pulak kan? I tanya Sazli, kenapa taknak ambik apapa. Kata dia, Bapak dah bawak pergi Europe ni pon dia dah bersyukur sangat sebab sebenarnya hati Sazli ni more to dekat Spain. Sebab dia nak masuk Nou Camp Barcelona tu. Dia kan die hard fan Barcelona. Susah sangat nak masuk tempat tu untuk tengok game dan pulak harga tiket bukan la murah. Dalam 700 euro seorang tak silap I. beli dengan agen, naik berganda-ganda.  Pasal Spain, later I cerita eh?

Diantara penyesalan lain di Venice ialah tak beli T-Shirt Hard Rock dekat sini. *Slap forehead. Taktau la kenapa. Memang lupa sungguh-sungguh!. Hadoi la. Takper. Tahun depan pergi lagi Venice nak beli barang 8 helai. Pakai hari-hari salin. Amboih. Sembang kencang kan? Ingat senang nak sampai sini? Tiket makan hatta shopping pon semua orang sponsor, lagi ada hati nak citer pasal nak datang tahun depan. But. Sapa tau kan? Murah rezeki Sazli ker.... Dapat pergi lagi.
One more thing yang I notice dekat Europe, tak kira U pakai macam mana, selenga mana muka U, seburuk mana selipar U pakai, bila U masuk dalam branded shop, layanan sama rata. Kalau dekat Malaysia, I rasa kalau takat jinjing beg Guess masuk Prada, LV, Gucci ker, sebelah mata pon sales girl takkan pandang. Kalau pandang pon, pandang atas bawah. Cara tengok kiter tu macam butik tu dia yang punya jer kan? Padahal dia pon kerja situ. Hek eleh. Hangen pulak bila ingat.

So, kiter tinggalkan Venice - The City Of Love untuk sementara waktu. Sebab esok atau esok-esok, atau esok-esok-esok kiter nak cerita pasal Romeo & Juliet pulak :) Satu lagi tempat romantik dekat Itali dengan the most delicious hot chocolate yang I pernah rasa dalam seumur hidup I ni. Nama tempat tu Verona. Ok?

Pinggang pon dah sakit ni. Mokcik dah tua. Tak boleh nak mengadap and duduk lama-lama mengadap laptop ni ha. Baby dah flying kick suruh baring. Baiklah. Ok. Bye.

-eNd-

10 comments:

Anonymous said...

as salam kak sue..bestnyaa dpt pegi jalan2 tmpt org..untung PIL pemurah. kak sue xnk share story pregnancy ke..sy hari2 bukak blog tggu progress pregnancy..i'm happy for you :).klo bole cerita jgk ade ape2 tips or petua kak sue amalkan utk hamil..hehe.

*silent reader*

ina :)

eda said...

hehe hai bapak !!
kite pun suka org sakat2 kite ..
hai bapakk !! hai bapak !! hai bapak !! hahahahahha...

Batrisyiamommy said...

Best kan..sis..lain layanan mereka tk mcm sini..nak mengumpul duit nk p sana gak..hehe..but pergi sendiri2.. :)

Kak Jejars said...

Nampak macam best je venice ^_^.

I yang duduk rome pun x sampai venice lagek but sure enjoykan.

Salam kenal ^_^

Chooyaya! said...

ina : ala... most of cerita kaksu lately ni kaksu mesti ada selit pasal pregnancy. pasal mengah la, mabok la. or kalau rajin, klik dkt lebel pregnancy. kaksu pon taktau nak kongsi tips macam mana sakat. takat pengalaman sendiri ada ler.. hehe.

Chooyaya! said...

eda : suka kalau orang menyakat? kaksu kalau dengan bapak boleh jadik gaduh and merajuk ok? haha.

Chooyaya! said...

supermom : ha a... mmg lain layanan dia... double stendet sangat.... nak gi sendiri jer ker? kalau first time, kaksu advice pergi dengan travel agency. murah and senang.... :)

Chooyaya! said...

annie : bestnya duduk rome! org itali hensem2 kan? tp kiter kalah bab makan la. sebab selalu rindu nasik jer.... btw, salam kenal orang rome. tetiba segan nak tulis apapa, otai rome baca blog ni. heeeeee :D

Kak Jejars said...

Sue,

Kalo ckp pasal makanan bole moody hahaha.. Saya ni kalo malas msk teringin nk mkn kt luar tp apa je pun leh mkn kt kedai. Mesti nk cari nasi gak..

Tekak org melayu cmnilah. Wlwpun dah almost 2 tahun duduk sini pun masih tak bole masuk mknan italy..

NenetPenne (NP) said...

betul..eh tetiba je betul..ha ha ha
salesgirl kat kedai2 branded tu memang pandang kita semacam walhal dia tu sales girl je pun..gaji dia sebulan pun belum tentu cukup nak beli barangan kat situ... wahhh tetiba i pulak yang emo..ha ha ha...