Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Thursday, February 9, 2023

I Miss London

 Assalamualaikum..

Quick one. Selepas sebulan lebih I balik dari Europe, baru nak share new entry harini. Itu pon entry pendek je. Tapi now dah mula rindu pada Europe. Especially the weather lah sebab you know, your country so hot! Hehe. I rindu Switzerland lah especially tapi kalau dapat repeat London pon dah OK sangat dah. Sini senang sikit nak naik train sebab guna bahasa English, so senang nak faham. Tempat makan pon kita dah tau la mana yang sedap and halal. Malaysian biasa duduk area Bayswater atau Paddington sebab kat sini senang nak cari makanan halal and kedai jual bahan mentah pon cuma walking distance je. I ni berangan la kan, kot ada rezeki nanti, kita nak pergi London setahun sekali. Ewah!! Takyah la shopping apapa (tak janji). Cukup la sekadar kita kat sana, lepak minum kopi kat small cafe. Jalan-jalan dekat Portobello Market, sambil berangan masuk kedai buku dekat Nothing Hill and makan donut. Portobello Market cukup la sebab Borrough Market tu macam sesak padat sangat la. Nak bergerak pon susah. 

Masa kat sana, kitorang ada a few jumpa dengan Malaysian punya celebrity. Jumpa Scha and Awal, Eina Azman and family (tapi tak tegur la sebab dia macam feeling orang kenal dia, sambil Live beli DIOR kat Harrods) and jumpa kembar football player yang kawen dengan Ayu Raudhah tu. Rizalman pon stay tak jauh dengan kitorang. Masa yang kitorang dekat Hyde Park tu, dia pon kat sana, tapi takde pulak terserempak. Kat London kitorang stay 10 hari. Memang best sangat kat sana, walaupon apartment Felda yang kitorang duduk tu berlaga bontot kalau selisih tapi actually, London punya stay la yang kitorang relax sikit. Pagi breakfast dekat hotel, makan sosej dengan roti paratha jenama Kawan also orange juice. Shein balik Malaysia, dia taknak makan Nasi Laymaks (according to him) and Roti Canai sebab dia kata itu bukan breakfast. Amboi.


Kedai Buku Noting Hill. Jacket I pink giler kan? Masa pakai ni, Aliah dengan Sazli taknak jalan dengan I sebab dorang cakap I Guangzhou. Cina Guangzhou je pakai color block macam ni. Orang sana pakai earth color je. Hahaha. Dah la mata I kat sana sepet (sebab sejuk). Memang ada dah tu iras-iras. OK la. Kita tak lupa asal usul. Hehe.

Wednesday, December 14, 2022

Bye Bye Malaysia

Assalamualaikum...

Setelah 6 bulan Shein meratib 'Bila ke nak pergi Home Alone vacation Mama?' Akhirnyaaaaa petang ni InsyaAllah kitorang akan berlepas ke Switzerland dari KLIA transit dekat Abu Dhabi. Itinerary penuh actually I pon taktau lagi hahaha. Sebab yang sediakan ialah Aliah and Khatig. Kitorang pergi ni sendiri punya arrangement. Kalau nak harap I dengan Sazli, memang kitorang taktau apapa. Naseb la ada personal travel agency ni, so dapat la merasa private tour. Hahaha. Actually, kalau pergi sendiri ni kena ada banyak knowledge tau? Takat macam I ni, memang takkan jadi apapa. Ikut je la mana-mana travel agency. I rasa kalau nak ke Switzeland ni ada macam pass ke amenda entah. Kan? Nantilah kalau I rajin, I share apa yang patut OK? Tapi tak janji la bila. Ingat tak yang Korea punya trip dulu I janji nak up kan? Sampai kesudah tak siap pon entry tu. Hahahah.

Anyways, jap lagi aku nak naik kapalterbang ni macam mana? Huwaaaaa. Dah la total dalam 15 jam macam tu. Keras la I dalam plane ni nanti. Jangan la ada turbulence ke apa, ada yang I pengsan terus ni kan? I dah standby dah ubat tidur ni. Sejam sebelum depart, I telan la ubat. Dengan harapan nanti atas kapalterbang I ngantok and tido je. Shein nanti pepandai la Sazli nak handle macam mana. Doakan semua OK untuk I ye? Yang penting biarlah smooth je perjalanan I. Jangan la nak turbulence ke apa ke. I tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nak fikir OOTD memang syok. Ni yang nak naik kapalterbang ni kang macam mana? Ya ampun.... 


6 jam nak packing ni semalam. Masa memula packing rasa macam takde harapan je. Alhamdulillah siap jugak. Kata Aliah, ingat ni rombongan Cik Kiah ke siap ada reben? Ah lantaklah. Janji senang nak cari bag nanti.

Si Shein ni, lagi nak pergi ni, lagilah kerap tanya. Malam tadi pon awal dah dia tidur sebab tak sabar nak naik kapalterbang and nak main snow. Mintak bungkus sikit snow nak bagi Maktok and Baba dia rasa. Hahahahha. Dia ingat snow tu akan kekal jadi snow ke apa? Lepas tu ni baru dia tanya, 'Bila nak pergi snow Mama? I nak snow' Ya ampun Shein, berapa bulan you boleh sabar, ni lagi berapa jam je nak gerak dah cranky macam ni. Dia taktau yang Mak dia semput nak naik kapalterbang ni. Halaaaaah. So, OKlah. Orang Malaysia please take care sementara I away ni. InsyaAllah nanti tahun depan kita jumpa lagi. Jangan lupa follow Instagram I untuk tengok my update masa dekat sana OK? Bye!

-eNd-

Friday, December 2, 2022

Home Alone Vacation

 Assalamualaikum..

Lagi 2 minggu InsyaAllah kitorang akan ke Europe. We call it as Home Alone Vacation. Ni Shein la cakap sebab dalam cerita Home Alone kan ada snow? Dia cakap nak celebrate birthday dia dekat tempat ada snow. Macam tu je dia mintak guys. 'Mama can I celebrate my birthday dekat tempat ada snow?' Hahahaha. Sembarangan je dia. But kebetulan pon kitorang plan nak pergi Europe Trip since dah lama tak berjalan jauh. Last was Korea rasanya. Eh, ke Phuket eh? I pon dah lupa. Tapi Oversea memang dah lama la tak pergi. Covid lah apa lah kan? I pon suka je takyah travel jauh ni. Aku takut naik kapalterbanggggggggggggggggg. Huwaaaaa. Ni dah la 14 jam segala. Ya Allah, mati la I. Hahahaha. Trip this time kitorang akan ke Switzerland, Paris, Amsterdam and 10 days dekat London. Kitorang lama dekat London sebab I nak X'mas and New Year dekat sana. Mesti best sebab ada parade and all. Sesapa yang ada plan ke tempat-tempat yang I pergi ni, kita jumpa kat sana eh? Nanti boleh picnic dekat Hyde Park and shopping sayur dekat Borough Market. Kita Malaysian kena bersatu hati! *tetiba

Si Sheindong nkorang makanya hari-hari la tanya bila nak naik aeroplane. Halah... I pon dok counting days. Bukan excited nak holiday, tapi takot nak naik kapakebang (according to shein). So far preparation 70% dah siap. Kitorang pergi time winter so baju-baju memang kena beli yang baru lah. Dengan winter jacket segala. Ini semua cost! I banyak beli dekat SHEIN je. Kemain dengan skirt, leggings and boots. Boleh la perasan macam Anne Hathaway dalam Devils Wear Prada. I suka kat SHEIN ni. Murah pon murah. Ni tinggal nak carikan Shein Winter Jacket je. Susah-susah kita share je la Shein sebab size pon sama dengan Mama. Senang. I punya baju, seluar, kasut semua now sama size dengan Shein ye? Kekadang I pakai shirt dia, dia pakai shirt I. Senang. Hahaha. Ya Allah besar dah Shein. Sikit je lagi nak sama tinggi dengan I tapi dia punya manjaaaaaaaaaaaaaaaaaa subhanallah. Kita kalau baring tengok TV, meleset-leset. Si Shein ni kalau boleh dia nak masuk dalam perut I je.



Saja gatal try. This one dekat Mark & Spencer KLCC. Winter Jackets I dah beli 3 dah. Ni untuk dekat Swiss je. Nanti dekat Paris, Amsterdam and London pakai Jacket biasa je. Kata Aliah, baju nanti kalau tak cukup boleh beli dekat London je. Sana murah-murah. Best kan kat London? Boleh pakai cantik-cantik 3 layer. Baju berubah ikut musim. Kat Malaysia sama je fashion dia. So nak kena pindah London ke macam mana sekarang ni?

Tuesday, September 8, 2020

'Hotel House' Staycation For Sheindong

Assalamualaikum.

Last week kan Shein dah start masuk new term? Hari-hari dia tanya bila nak duduk 'Big Hotel House'. Taknak 'Small Hotel House'. Kalau Small Hotel House tu rumah kitorang la. Abah beliau pon cair. Shein cakap nak 1 2 3 4 5 days dekat Big Hotel House. Kira punya kira, Sazli ajak check in Jumaat, check out Isnin. I cakap tak boleh la sebab I nak basuh kain, nak siapkan tempahan kek. Cecece semenjak try-try buat cake ni kemain kan? Margin untung tidak la banyak mana tapi kepuasan tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kekadang I rasa macam penat sangat sangat sangat. Especially hari kerja. Start baking dalam 930pm. Siap semua dalam 1230am sebab nak prepare, tunggu kek masak, kemas dapur semua. Lepas tu  if nak pulun sehari 4 biji, pagi 345am dah kena bangun sebab nak kasik siap ngam-ngam untuk I hantar Shein pergi sekolah. Kekadang terfikir, amenda aku buat ni? Hahahaha. Seriously margin untung buat kek marble ni bukan la banyak mana. Kalau guna pure butter tu, lepas tu chocolate pulak nak guna Hershey's, lepas tu drizzle dengan Nutella ada la RM8-RM10.00 je untung satu kek. Dah tu pulak ada yang mintak discount. Huwaaaaa. 

Sapa eh haritu tanya I, 'Kaksu, Kaksu tak cukup duit belanja ke?'. Hahahah siot je! I buat sebab I happy.. Penat memang penat tapi I puas. Nanti I calculate la macam mana nak maximize kan keuntungan. I pulak taknak kalah beli bahan. Nak premium je semua. Orang Kek Marble letak dalam bekas plastic transparent je tapi I nak letak board, kotak. Tu naseb baik I tak kasik pisau sekali. Hahahahahaha.

Anyways, back to the stay-cation, kitorang pilih Double Tree Hilton dekat sebelah Intermark tu je. Jalan Ampang. Jarak dari sini ke rumah kitorang kalau tak jem dalam 10 minutes macam tu je. Punya la dekat. Tapi lantaklah. Janji hotel. Hahahahah. I pon suka la sini. Senang nak makan, tak payah bawak keluar kereta sebab Sheindong nkorang cakap 'Eat, Sleep and Swimming only Mama'. Dia taknak jalan, taknak keluar makan apa semua taknak. Nak baring tengok TV and mereput dalam bilik. Naseb baik la sini connect dengan Intermark, takde la I pening sangat memerap dalam bilik. Boleh la keluar pergi Jaya Grocer. Tu yang tetiba bawak balik Pisau Pizza, Food Coloring semua. Hahahahaha.

Best friend dua orang ni. Sazli la melayan Sazli swimming. Sejak dah besar ni, makin senang la nak handle. Suka la Shein dapat duduk Big Hotel House cuma tu lah, taknak keluar. Ajak beli ice-cream pon taknak. Kalau turun makan kat Intermark tu, muka ketat je. Tak abes-abes tanya 'Bila nak go to the room Mama'.

Monday, December 16, 2019

Shein's Birthday Vacation - Part II (STG Tea House Cafe)

Assalamualaikum..

So masa first day sampai tu, malam dia kitorang keluar la dinner. Petang tu masa mandi dekat kolam, dah order makan beria. So takde la lapar sangat malam tu sebenarnya. Tapi mengada nak keluar jugak sebab dah kata Ipoh, kena la keluar meladi. Si Shein, masa malam ni dia tak 100% sihat lagi. Sian pulak tengok dia tak berapa aktif. Tapi masa Jumaat pagi tu, dia dah OK dah. Mintak nak mandi pool and makan pon dah banyak. Dah back on track. Siap cakap dekat Sazli. 'Abah, no small hotel house (small hotel house tu rumah kitorang). I want big hotel house, swimming, watch tv, swimming, watch tv and eat at kedai'. Shein ni memang kaki meladi la. Hahahha. Kalah Mama. Dah tu, kalau nak balik KL bermasalah sikit. Ni I update time ready nak check out. Sementara Sazli siap mandi. Si Shein dah tanya 'We not go home kan Mama?' Si Sazli dah goyang. Dia ajak sambung check in dekat KL pulak. *slapforehead. (Tapi tak jadi sambung check in. Sebab I yang taknak. Mengada la ko Shein manjang nak tido hotel).

Untuk malam ni, kitorang try dekat STG. Taktau STG tu stand for what. Kalau dekat kampung I, STG tu Sungai Tekam Getah. Hahahahaha. Konsep STG ni macam ala-ala English Colonial. Dia punya specialties is tea. Lepas tu makanan dia is western la opcoz. Since tak berapa nak lapar, I order sikit je. Tak beria sangat. Konsep dia, makan ni sebab nak kill time and try tempat makan baru la. Untuk ambiance I kasik 5 star sebab memang cantik. Dessert dia pon sedap. I tried dia punya Tiramisu but makanan lain, so-so je. Salad dia tu, bila makan terasa macam 'Eh, I ni manusia ke kambeng?' Hahahaha sebab dressing dia almost takde. Dia letak smoked salmon dengan salad semata. Geram je.


Actually order ni sebab Si Shein ingatkan ni Milo Dinosaur. Hahaha. But sedap la Tiramisu ni. Harga dia RM16.00

Thursday, December 12, 2019

Shein's Birthday Vacation - Part I

Assalamualaikum..

Happy 7th birthday Shein sayang! Semoga Shein membesar jadi anak yang baik, sihat tubuh badan, dalam lindungan Allah selalu, sayang pada semua yang sayangkan Shein. Semua doa yang baik-baik Mama doakan untuk Shein. Sayangggggg you sangat tau? Walaupon kadang-kadang rasa geram tapi teringat Fifie cakap, 'Berapa lama je budak-budak nak meleset dengan kita.. Paling lama pon sampai 10 tahun je, lepas tu dorang dah taknak dah tidur sekali dengan kita. Masa kecik-kecik ni, kitalah cinta hati and orang yang paling mereka sayang sekali. So kena hargai waktu sekarang ni. Lepas tu, kita memang takkan dapat dah'. Seriously macam a slap dekat muka I tau? Sebab kadang-kadang bila I buat kerja rumah especially, I jadik geram dekat Shein sebab mana kita nak buat kerja eh, situlah dia duduk. Kekadang nak tolong sama. Dah Mama beliau jenis becinta dengan penyapu. Kalau orang kacau, memang la berasap. Tu bila I nak lipat kain cepat-cepat eeeeeh dia boleh mintak izin nak duduk atas riba. Takpon nak main iPad dekat betul-betul tempat yang I bentang kain untuk lipat. Geraaaaam je.

Shein pulak jenis suka tanya kenapa kenapa kenapa, why why why. Peramah like that. Kekadang kelam kabut kita nak bersiap, kemana-mana dia mengekor je. Halang laluan kita nak lalu sampai nak tersungkur bila jalan. Terus I jerit sampai nak terkeluar anak tekak. Sazli memang dah paham sangat dah I memang tak suka 'semak-semak' bila tengah buat apapa. Takyah tanya/peramah. I memang takkan layan. Kalau jawab pon macam nak carik gaduh. Hahahahha. Anyways, untuk birthday Shein tahun ni kitorang bawak dia pergi 'Big Hotel House' dekat Ipoh. Dah bagitau advance 2 hari so hari-hari-hari dia tanya bila nak pergi big hotel house. Tapi a day before nak pergi, boleh pulak dia demam. Asalnya batuk sebab over makan anggur sampai membawak ke demam. Now pon tak kebah lagi. Sian pulak tengok Shein tak enjoy mandi kolam. Tadi Sazli tanya, nak mandi kolam tak. Dia cakap taknak.. Sian anak Mama.


Boss dia kenalah duduk belakang. Shein sekarang dah naik pangkat. Dia duduk depan dengan Sazli. Kecuali bila dia nak tido, dia mintak nak duduk dengan I lah dekat belakang.

Thursday, September 26, 2019

Lost World of Tambun. Terbaik!

Assalamualaikum..

3 weeks ago masa cuti 3 hari tu, kitorang pergi Lost World of Tambun. Family Kaklong, Family I, dengan Family Ayang. Mak dengan De pulak ke Penang. Kebetulan date yang sama kitorang nak ke LWOT ni. I pergi Sabtu, balik Ahad while yang lain balik KL Isnin tu. Kitorang nak elak dari jem Isnin tu, tapi masa balik KL Ahad tu, jem jugak. Naseb badan. Yang Kaklong semua balik tengahari Isnin tu jalan smooth takde apa pon. Hahaha. Salah percaturan. Pengajaran : Kalau cuti sambung-sambung takyah la ngengada nak away dari KL. Kang elok dapat berehat tak pepasal habes masa atas jalan je. Kitorang datang sini pon impromptu plan je. Kebetulan Kaklong nak ke Penang sebab ada wedding so kitorang plan la nak jumpa dekat Ipoh. I pon excited la sebab memang target nak makan Nasi Ganja. Now jadik rindu balik nak makan Nasi Ganja. So acaneh, nak kena pergi Ipoh soon ke apa?

Tiket semua, Kakyang yang setelkan. But, kalau korang nak murah, boleh beli dekat sini through Wonderfly Asia. Actually LWOT ni activity dia sampai malam. Nanti next time datang sini, baru la kitorang nak stay sampai malam, sampai mabok main semua game. Hahahaha. Dekat LWOT ni ada Amusement Park, Water Park, Tiger Valley, Petting Zoo, Hot Spring, Trail, Animal Care Center, Lupe's Adventure and Luminous Forest. Memang mandatory spend whole day kalau nak datang sini. Kitorang dapat pergi most of the Lost World Trail punya tempat. Cuma Hot Spring je yang tak pergi sebab by 5.00pm Sazli dah nak keluar dari sini. Basically concept dia lebih kurang je dengan Sunway Lagoon cuma sini, kawasan dia kecik sikit. Macam Sunway Lagoon tu kena 2 hari kot baru boleh explore semua. Selain dari yang U sebut kat atas tadi, ada jugak macam Spa, Swan Lake and many more lah.



Lepas je breakfast dekat New Hollywood, terus kitorang datang sini. LWOT bukak at 10.00am, parking dekat luar.

Thursday, August 1, 2019

Impromptu Plan to Gambang Water Park

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu kitorang gerak dari KL untuk ke Bukit Gambang Resort City dalam 11.30am and sampai Tol Gombak dalam 12.00pm sebelum I terbang sampai ke Hongkong. Sedar-sedar eh apeni dah sampai Gambang? Ada masa I terjaga sebab rasa macam Sazli bawak kereta laju. Saz tu dia memang, kalau travel mana-mana dia suka kalau I tido. Senang dia nak tekan minyak. Hahahaha. Hari Sabtu haritu bawak kereta I. I tanya Sazli, 'Betul ke Papa nak bawak kereta I?' Kata Sazli kena bawak kereta I sebab kalau tak kereta I jadik lembap. Biasa bawak area KL je mana nak laju? Nanti jadik macam kereta Kembara Bapak. Tekan minyak sampai lantai, perginya 60km je hahahahha. Sampai hati samakan Snow White dengan Kembara Bapak. Ooooo haritu cakap kereta I boring, tak boleh sambung Youtube lepas tu asyik-asyik dengar lagu KRU. Haahahha. Tunggu la nanti I tukar kereta... U cannot borrow. Anyway, ni kali keberapa entah I pergi Bukit Gambang ni. Punya banyak sampai lost count and I perasan, each time I datang, layout dia jadik lain and kali ni agak surprise sebab tiket masuk RM12.00 je seorang. Dulu rasa macam RM30.00++. Pelik jugak, tapi bila masuk sini, tengok banyak game dah tak boleh guna dah. Dorang tak maintain. Slide pon ada berapa je boleh guna. Kolam renang pon dah tak boleh guna. Kolam yang ada wave tu OK lagi and most of the time, kitorang banyak main slide dekat tempat kanak-kanak je. Itu pon dah happy dah. Kita dah tuwe ni nak guna slide yang tinggi-tinggi tu rasa macam kejang leher. Despite games banyak dah takde, makanan pon ala kadar belaka but we had fun. Masuk pukul 2.00pm, keluar 6.30pm but puas. Most important Shein happy. Mama, Abah tumpang-tumpang je.... Tachiu Kasih sebab banyak layan Shein. Harap Mama memang tak larat la nak berendam je dalam air. Tu pon sorok-sorok carik makanan. Makanan dekat sini pon tak banyak variety sangat macam dulu. Datang sini, terfikir pulak nak repeat ke Sunway Lagoon. Ambik annual pass. Baru puas hati dalam explore semua tempat. 



Water Gun mesti la pau Mama. Setiap kali swimming wajib beli goggle baru. Kena beli 3 sebab sorang satu. Walaupon dah ada melambak, kena jugak beli. Shein ni memang tau?

Thursday, May 16, 2019

Kasturi Cabin - Part II

Assalamualaikum..

Nak sambung entry Kasturi Cabin lah sebelum semua menjadik kenangan macam entry-entry vacation lain. Hahahaha. Part I boleh baca dekat sini. Haritu ramai yang call and text I tanya pasal Kasturi Cabin ni. Takot ke tak, worth it ke tak. OK ke tak... Pendapat I kalau korang half adventurous punya orang, boleh datang sini. Kalau jenis nak 'sepes' untuk mandi, takyah la datang. Nyamuk boleh tahan la banyak, biasa lah dah kata hutan? Taknak nyamuk pergi tido dekat Hyatt sana tu. Untuk I if tanya, will I come back? Why not? Kalau tanya Aliah dengan CT memang tak la dorang nak datang semula. Kena pulak haritu masa kitorang datang dengan Kekatu melambak. Terpaksa bergelap sebab kena tutup lampu, baru Kekatu pergi tempat lain yang ada cahaya... Dah tengah-tengah struggle masak, belawan dengan Kekatu dah trip pulak habes begelap satu rumah. HAHAHAHAHAHA. I tengok muka Aliah and CT dah macam kura-kura. Tu Sazli tu, kalau dia rasa bini dia Princess, dia kena check balik bini Khatig dengan bini Zairie macam mana. Haritu masa sampai kan, CT muka dah penyu. Dia cakap toilet tu kecik, dia tak boleh mandi. Sanggup eh limitkan air minum supaya takyah kencing? T____T Subhanallah anak orang kaya sorang ni. Hahahahaha. 

Si Zairie tanya kat Khatig dengan Sazli, 'Wei, aircond bilik aku tak sejuk la. Macam mana CT nak tido?' Si Aliah cakap, 'Yanggggggggg, U tak pernah pon kisah kalau aircond bilik I sejuk ke tak. U kena bersyukur tau dapat bini macam I. Kalau dapat bini macam CT ha, padan muka U'. Cecece kekonon dia nak cakap dia OK sikit la dari CT. Padahal yang paling bersyukur sebenarnya ialah Sazli dapat bini macam aku, bukan macam nkorang berdua. Cerewet, manja. Hahahahaha. Si Aliah konon up sikit la dari CT, konon dia tak berapa Princess, ko tengok kalau lantai nak pijak basah, macam mana muka dia. Kalau asap BBQ kena kat muka, memasing macam mana. HAHAHAHAHAHA. Macam I, apa pon tak kisah... Cececece. Sebab tu lah Allah tu buat, Suraya tu kawennya dengan Sazli, Aliah kawennya Khatig, CT kawennya Zairie. Bak kata Aliah, 'Khatig kalau kawen CT, 3 bulan cerai la. Tak tahan. Hahahhahaha'. Pastu CT cakap, 'Tahan 3 bulan. Aku kalau kawen Saz, 3 hari je lepas tu aku ceraikan dia'. Lepas tu Saz cakap 'OK la tu. Aku Duda kaya la. Yahooooooo!' Hahahahaha korang tengok semua perangai masing-masing macam mana. Tapi apapa pon, menda-menda vacation macam ni kalau aku dengan Khatig takde, memang nkorang semua kebulur la tak makan. Kan? Naseb la haritu ada Lilis PA si CT. Kitorang cakap PA. Padahal helper. Saja bagi Up sikit, sebab CT now dah kerja office pakai cantik-cantik. Kata CT, 'Aku dah lama tak tido tengahari'. Yerla sebab ko dah kaya, kalau tido tengahari takde projek, takde duit. Bila dah kaya otomatik kurus. Ya Allah apa berbunyi duniawi sangat entry ni? Hahahaha. CT la ni. Dia tu asyik duit duit duit. Pening laaaaaaaaaaaaaaa. 


CT, aku letak gambar Kek ni no 1 saja bagi ko seteres. AKU PUNYA KEK BILA NAK DAPAT? Kek ni CT order dekat Lets.Eat.Cakes. Sini premium punya cake tapi sedap la. Carrot Cake SEDAP GILER WEI. I tengok yang order semua golongan hartawan je. Segala anak raja order dekat sini. I tanya CT berapa harga pon dia tak sampai hati nak jawab. I syak 1 cakes RM200.00

Thursday, May 9, 2019

Kasturi Cabin - Part I

Assalamualaikum..

Masa cuti Labour Day haritu, kitorang pergi ke Kasturi Cabin dekat Hulu Langat. Check in sehari je pon. Hahahaha. Jadiklaaaa dari takde apa. Patut minggu tu plan nak gather dengan John, Apit, Pidaus and Cikgu Khairy punya family dekat Utara tapi lupa yang Shein ada Concert Peter Pan Sabtu tu.. Memula fikir, takperlah... Concert tu takde apa kot? Pergi je lah ke Utara but tengok Shein excited practice semua so kitorang decide to stay in KL and pergi Peter Pan Concert Shein tu. Nanti dengan depa, kitorang plan lain lah. Anyways, harini nak share pasal Kasturi Cabin. I buat partly la eh? Kang gambar cecah lantai kang, korang bukan baca pon. Scroll-scroll je, penat I bebel bulan-bulan puasa ni. Dahaga tau? Cecece. Actually kitorang plan nak ke Gerimis Senja Villa. Tapi Agent CT cakap, sana dah full. Dia pon dah takde masa nak cari tempat lain. Agent CT now dah kerja office hour. Siap ada assistant laagi tau sekarang ni? Kemain. So tugas di serahkan kepada Agent Khatig the picky hairy bak kata Apai. Hahahaha. Apai, jangan la merajuk. Nanti next time kalau kitorang jalan-jalan, kitorang ajak la Apai (by invitation) HAHAHAHAH. So Agent Khatig pon pilih Kasturi Cabin untuk kitorang stay. Dengar je Cabin, si Aliah and CT dah buat muka. Princess dua orang tu mana la boleh kan nak stay dalam hutan ni semua tapi demi nak bagi support pada Sazli yang excited bagitau yang Kasturi Cabin ni dia and Architect Firm dia punya design and project, so kita semua macam yayyyyyy OK lesgo to Kasturi Cabin! Nak jugak stay dekat tempat yang Sazli buat selain dari Rumah Shein. Yang si Atig dah tumbuh tanduk dah. Ready je nak kutuk Kasturi Cabin ni. Masa dalam group Aliah cakap 'Eeeee apeni toilet macam ni? Takde dinding ke? Eeee taknak la. Arkitek mana ni buat? Taknak la datang sini, Arkitek kaki songlap duit ni. Kang tak cukup simen'. Hahahaha bongok kan? Tu baru conversation dalam group, ko tunggu sampai sana macam mana kisah dia pulak. Malam tu ada Kekatu tau? So bising la si CT dengan Aliah.' Apeni ada Kekatu??? Apeni Arkitek? Tak reti design ke???? '. Hahahaha pasal Kekatu yang takde kena mengena dengan design pon Arkitek kena jugak. Bongok la dorang ni. Conversation kitorang memang nampak bangang macam ni. Tapi CT belajar dekat London tau? Tapi tu la. Perth sebut Pet, Space sebut sepes, Secret sebut sikeret. Eh tu Altaav. 

Altaav, memahal Mummy Daddy ko hantar International School, pronunciation tu jangan nak mengidolakan Auntie CT ko eh? Hahahaha. Kata Aliah, 'Aku nak check betul ke CT ni belajar dekat London. Sebut Perth pon Pet'. Skali zaaaaappp Zairie bawak keluar student card. Kepada Aliah, ko jangan nak persoalkan macam-macam. Kang nanti Condo 17 tingkat yang Bapak CT buat tu, dia taknak bagi kat kita sorang satu kang, sapa yang rugi? CT. Ko ni kaya macam dalam TV la. 'Wei, nanti Bapak aku nak buat Condo 17 tingkat, mana aku nak carik ID eh?' Ko tau CT cakap tu macam takde apapa. Macam kita kalau tanya mana nak beli pasu bunga. Cerita Nak buat Condo 17 tingkat tapi straight face je muka dia. OMG apeni CT? Kalau la I kaya macam CT, taktau lah macam mana dia punya eksyen. Hahahaha. I OK lagi, Aliah tu. Hahahahahhahahahah.



Welcome to Kasturi Cabin! Sini style Cabin tau? Ada 3 rooms. 1 room is extended dengan living area so boleh bukak jadik besar. 1 ruang menonton tepi kolam, ada dapur and dining area with kitchen. Tempat BBQ pon ada jugak. Bagi I, Kasturi Cabin ni sesuai untuk 3 family yang anak tak lebih 2 orang, kalau tak memang dah jadik sempit. Memperkenalkan Agent Khatig. Jangan tersalah dengan Black eh?

Monday, December 31, 2018

LIVE from Cyberview Lodge Resort and Spa

Assalamualaikum...

I Live from Cyberview Lodge Resort and Spa ni. I tengah depan kolam ni, Shein and Sazli tengah mandi pool lepas tu I duduk tepi kolam je la update blog. Gigih aku. Ni semua korang la punya pasal. Semalam kita nak share pasal Resort ni dalam IG lepas tu ada je yang comment and DM 'Kaksu, blog jangan lupa update pulak'. Eeeee seteressssssss! Hahahahah. Tapi takper la, I tak mandi kolam pon ni sebab semalam masa nak mandi tengok ada bebudak 2-3 orang yang tengah peluh-peluh main kejar-kejar lepas tu gedegus masuk kolam. Pakainya pulak T-Shirt biasa. Siap ada yang basuh be-bird lagi lepas kencing huwaaaaaa whyyyyyy. Terus turn-off. Sini dia punya kolam takde strict sangat pon. Takde orang jaga. Tak pakai swimming attire pon takpe. More to family punya tempat. Sazli suka je sebab sini ala-ala resort. I pon duduk bilik Deluxe mengadap taman. Ada jugak yang bilik direct access to the pool. Harga dekat Agoda RM420 macam tu include breakfast. Macam I, I lagi suka hotel. Takyah jalan jauh nak pergi breakfast. Hehe. Dasar pemalas nak jalan. Tapi sini best la makan dia. Ada this one Chinese Restaurant sedaaaaaaap. I a few time makan dengan Ellis. Dimsum dia sedap and murah. Malam tadi kitorang makan kena tak sampai RM100.00 pon. Yang tu nanti I share later. Actually dekat KL ni macam susah kan nak cari tempat ala-ala resort. Ingat tak last time I pergi Villa Samadhi. Yang tu bapak la cantik and puas hati taaaaaapi Sazli cakap takde ketenangan hati sebab mandi kolam tak boleh jerit. Kids below 12 tahun is not allowed actually. Kalau korang nak bawak family datang dekat Cyberview Lodge ni pon OK jugak. Breakfast buffet dia pon tak mahal sangat. Around RM40++ macam tu je. Shein OK je dia. Mana-mana pon dia OK. Janji hotel houze. Haritu pernah sekali bawak dia pergi De Palma (RM130 semalam without breakfast) poooon happy hahahahahha. I macam tingin nak pergi St Regis tapi tengok dekat Agoda harga starting from RM800 macam tu. Maaaahal ala-ala Samadhi jugak tapi tingin. Ko la ni Shein punya pasal. Melayan dia punya kehendak tak pepasal Mama involve jugak. Minggu depan ingat nak balik Jengka. Dah 4 bulan tak balik. A week after tengok la kalau Abah Shein baik hati, maybe dia bawak pergi hotel house lagi heeeeeeeee.


Bilik kitorang mengadap bangunan lain. OK je. Pagi rasa fresh je. Malam tadi pulak huzan. I letak je kepala terus gone. Tak sedar apa.

Monday, December 24, 2018

Live from The Majestic Hotel KL

Assalamualaikum...

Hi, tengah kerja ke tu. Siannnnn sesapa yang kena kerja. I sambung cuti. Rabu baru masuk kerja lepas tu ingat Khamis and Jumaat nak sambung cuti balik sampai tahun depan tak payah masuk-masuk kerja dah, terus melingkup. Hehe. I LIVE from The Majestic Hotel ni. Bawak Shein datang sini. Dari last week dia cakap nak datang hotel houze. Tapi Abah was busy with new house so postpone minggu ni la. Last week bawak dia pergi Sunway Lagoon skali dengan Kanik. Macam biasa, entry tu taktau la bila yang nak siapnya hahaha. I busy menyelamatkan dunia sampai diri sendiri pon keadaan tak berapa nak selamat pon masih tak sedar-sedar. Ni nak balik ni kang satu hal. Si Shein ni dia ada penyakit kalau datang check in hotel, dia count jari dia kekadang sampai seven. Maknanya nak ajak tido sini sampai 7 hari 7 malam la tu. Banyak cantik muka? Bila tanya ada duit ke tak, dia cakap 'Abah money'. Takpon tunjuk ATM and dia bajet kat situ, kalau takde duit semua orang boleh cucuk and dapat duit free. Hahahaha. Tak lama dah dia nak masuk sekolah, but takde bawak dia decent holiday pon. Sian Shein. Takper, nanti kalau ada rezeki lebih, Abah bawak kita jalan jauh-jauh sikit next year. Dia dah janji tu. Tulis dekat sini biar kasik dia tekanan sikit. Hahahaha. Actually ni first time kitorang check in dekat The Majestic. Biasa dekat Concorde je. Balik-balik situ so kelmarin masa nak check harga semua, I cakap pada Sazli ubah angin la. Tengok harga Agoda dengan Booking.com pun tak sampai RM400.00 so OK la. Tapi rasa macam kena tipu je dengan Agoda sebab dia tulis with breakfast, but bila dah bayar and dapat confirmation rupanya without breakfast. Sini pulak per head breakfast dalam RM68.00 macam tu and Shein pulak half price. Malam tadi pulak kitorang makan dekat Colonial Cafe so campur-campur semua tetiba eh jadik mahal pulak stay dekat sini. Kalau dekat Concorde lagi murah hahahaha OMG berkiranya. Tengok Spa dekat sini macam layan jer sekali sejam pon paling murah RM400++ Okbye. But bilik memang cantik, service memang tiptop and decoration dekat dalam memang cantik la. Gym 24 hours and pool 7.00am - 7.00pm. Malam kalau dekat Colonial Cafe tu dia ada performance orang nyanyi-nyanyi semua. For me, The Majestic ni perfect untuk Couple la. Nak celebrate anniversary ke, or nak celebrate birthday ke memang best. Nak lagi best bawak duit dalam RM3-4k baru best layan Spa yang sekepala RM1,000 tu perrrrrghhhh...


Bilik Deluxe pon cantik macam ni, kalau Superior ke, Suite ke entah macam mana cantik dia. Interior hotel ni memang cantik, but exterior biasa-biasa je. Kata Sazli Mat Saleh memang macam ni la, depa suka la bangunan lama-lama nampak buruk dari luar tapi dalam cantik. Yeeeeeee je.

Friday, November 30, 2018

Villaku Residence 2018 - Part II

Assalamualaikum..

Berakhir dah kitorang punya Vacation 3D2N dekat Villaku Residence Kuantan. Now I tengah baring dalam bilik dekat Rocana Hotel Kuantan. First time duduk sini, OK laaaa. Ala-ala Cathayana Hotel jugak. Hotel baru, bilik spacious tapi takde Swimming Pool, Rate dalam RM250.00 macam tu untuk per night. Memula tadi tengok The Zenith, tapi I fikir esok nak check out awal, takde plan nak pergi Swimming Pool etc so takyah la spend banyak sangat for hotel. The Zenith harga lebih kurang dalam RM350.00/nite macam tu la. I pon tak biasa sangat dengan hotel kat Kuantan ni. Ada la duduk a few hotel dekat sini macam Grand Continental, Vistana and Shahzan Inn. I macam tingin sangat nak duduk Boutique Hotel tapi each time mesti gatal Google pasal Boutique Hotel lepas tu ubah fikiran sebab takot Momok and tersaiko sebab kata Yatie kalau hotel bukan-bukan nanti badan naik gegata hahahaha. Lepas tu Cikgu Ros pon cakap sama jugak. Dia kata, dia pernah duduk Boutique Hotel yang dekat Shop Lot, lepas tu bangun pagi habes kaki gatal-gatal semua taknaaaaaaak. Eeee imagine nanti kalau keluar gegata besar-besar dekat kaki sebesar penampar kokodai macam mana? I kenot. Kitorang tadi berpisah lepas makan dekat Go'Bang. John stay dekat rumah kawan Cikgu Murni. Apit pulak pergi rumah kakak dia dekat sini jugak. Paklah sekeluarga terus ke Kelantan sebab ada sedara dia ke sapa entah kawen, lepas tu terus gerak baik Kedah. Lusa dah nak pi Medan 5 hari. Sakan bejalan depa. Cikgu Khairi pulak tadi dari Villaku terus gerak ke Melaka sebab ada Majlis Nikah adik Nadirah. So semua dah buat hal masing-masing la and kitorang continue duduk Kuantan for one more day and InsyaAllah esok lepas breakfast kitorang akan gerak balik KL. Boleh je nak balik terus tadi sebab Kuantan - KL takde lah jauh mana tapi saja je lah kan take our sweet time here. Dah sesekali sampai Kuantan lepak la lama sikit. Tapi duduk Rocana ni memang betul punya relax. Takde dah nak keluar malam ni pergi Tanjung Lumpur etc sebab P E N A T. Dinner semua I dah siap tapau dekat Kuantan City Mall (depan je dengan Rocana ni) so malam ni rehat je la dekat hotel. Meanwhile I compile semua gambar untuk this trip, kita layan la dulu gambar makanan yang kitorang makan sepanjang berada dekat sana. OK?


Ni first cooking kitorang dekat sini. Konon first day sampai nak masak simple-simple je, tapi tetiba eh meriah pulak. Punya meriah sampai Lunch pukul 4.00 petang hahahaha. Ada Gulai Ikan Duri, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar and Sambal Petai Air Mata. Sup Ayam untuk budak-budak takde dalam gambar.

Thursday, November 29, 2018

Villaku Residence 2018 - Part I

Assalamualaikum..

Sorry dah dua hari I tak update blog. Ada yang rindu I tak? Ke tak rindu pon sebenarnya. Ok tak payah jawab. Hehe. I, Shein and Sazli semua down with fever.. Dah la plan nak ke Villaku Residence dengan kawan-kawan Teknik Kulim Saz ni since forever, punyalah frust tetiba demam pulak. Shein a day before kitorang bertolak pon suhu naik sampai 40 macam tu and Saz bawak dia pergi jumpa Dr Adrian on Tuesday. Dr Adrian bagi permission untuk holiday tapi first day tak boleh mandi swimming pool lagi (tapi ko ghaser?) Hahahaha. But today, Al-hamdulillah he's getting better. I pon dah macam OK sikit ni, cuma tekak je la tak berapa sedap. Bagus jugak tekak tak sedap ni kalau tak possibility nak makan banyak memang sangat tinggi. Yerla, makan ramai-ramai ni memang best. Anyway, kalini kitorang ke Villaku Residence dengan John, PakLah, Cikgu Khairi and Apit semua with family. Pidaus memula nak join, tapi cancel pulak last minute sebab ada hal lain. Kitorang akan berada di sini  from Rabu - Jumaat and maybe akan continue lepak Kuantan pulak sampai la Sabtu. So Sabtu lah baru balik KL. Kalau jadik duduk Kuantan, I nak makan dekat Kula Cakes la. Dah lama tak makan Mango Cheesecake dekat sana. Anyway, I update ni live from Villaku la. Gambar dah ada banyak tapi I masukkan sikit-sikit la eh? Ni sebenarnya depa tengah buat sukaneka dekat luar, tapi anak I biasalah... Suka buat bebal. Memula OK, bila nak start game tetiba eh moody. Lepas tu daaaaah kitorang berdua je dalam Villa ni layan Tobot, why????? T____T Kata Shein 'I don't want go outside, it's very hot, Danger!' Sejak bila pulak taknak main panas kan? Kalau dekat Sekolah tu, time rehat bukan main lagi berminyak-minyak main bola tengah padang takpe pulak. Hahahahaha. Tadi last acara untuk Sukaneka is for Mak Pak pulak. Lari Ikat Kaki Couple. Macam biasalah I menang. Kata bebudak ni depa bagi chance je kitorang menang sebab takot I nanges kalau kalah. Hahahahaha. John cuba menipu dalam game tapi biasalah yang kuat ngelat ni susah nak menang hahahahaha. Oh, kalau korang perasan, this is my 3rd time here. Memula dulu pergi dengan Shariffah, lepas tu kawan-kawan Apartment on 2016 and latest dengan bebudak SMKT ni lah. Ni pon si Aliah dengan CT dah menyebut nak datang sini lagi, InsyaAllah sampai la kami ke sini lagi tahun depan. Kalau ada member card, kitorang dah layak dapat Platinum Card dah ni.



Kau masih cantik, seperti dulu..... Saat pertama ku jumpa denganmuuuuuuu. Tetiba nyanyi. Hahahaha. Takde apa yang berubah sangat except furniture dia ubah tempat and katil dia ada cadar baru. But still cantik tempat ni, sama macam dulu.  I datang first time debab, second time kurus, 3rd time debab balik. Hahahaha.

Tuesday, October 9, 2018

Sabah SUFMA Trip : Kundasang

Assalamualaikum..

Dah seminggu lebih dah I balik dari Sabah for SUFMA and dah rindu pulak nak makan Kepak Ayam dekat Kundasang. Yang sedap is dekat Kundasang je. Yang KK macam tak power lah but I manage to bring back sebotol Sabah Chili beli dekat Pasar sebelah Pasar Philiphine tu. Sebotol RM5.00 je wei. Korang la ni memberi harapan palsu pada I cakap nak post la apa la, geram je. OK, citer bab Kundasang this is my second time datang sini. Last masa tahun 2011 dulu. Tapi masa tu kitorang tak pergi Desa Dairy Farm. But kalini dapat pergi memang best la! So sesapa yang datang Kundasang wajib datang sini tau? Ni lah dia main attraction here. Tempat ternakan lembu tapi memang cantik sangat pemandangan dekat sini. Lepas tu kitorang pergi Kundasang Memorial Park. Ni pon I tak pergi lagi. Basically ni je dua tempat yang rombongan van I yang 14 orang tu pergi. Kaki Gunung Kinabalu tak pergi, tempat strawberry tak pergi and rumah terbalik dekat Tamparuli pon tak pergi jugak but still fun! Fun sebab dapat makan Kepak Ayam Sedap, Layered Tea and Bakso didalam kesejukan + dapat ambik gambar lompat-lompat dekat Kundasang. I pon naseb-naseb je dapat pergi sini tumpang Kaklong. Tu pon van kitorang 14 orang naik termasuk driver van + dia bawak wife dia. Orang Terengganu but buat business tourism dekat Sabah. Selamba je masa naik van, I nak duduk depan padahal yang duduk depan tu wife dia hahahahahaha. Masa nak naik sampai ke Desa Dairy Farm tu I dah saspen sebab rasa macam tak larat je van ni, tapi naseb la lepas. Dalam van I duduk dekat belakang dengan Nik and ada sorang ni dari Wilayah Segamat. Yang I kenal is Kaklong, Siti Babe dengan Nik je. Entah sapa-sapa je la dalam van ni. I ikut je Kaklong sebab arrange by Badminton team. Van satu lagi terpisah dengan kitorang. Yang van tu ada Abang Syed, Abang Reen, Wawa, Bik and Raf also a few from Futsal team.


Kitorang gerak dari apartment (Marina Court) dalam 6.30am and perjalanan ke Kundasang dalam 2 jam macam tu la kot? I banyak mengabiskan masa dalam van dengan tidoooooo. Layan duduk belakang van goyang-goyang macam cradle pulak. First stop, makan Kepak Ayam sedap dekat sebelah Kundasang War Memorial. Kedai ni hujung sekali tau lepas tu sebelah dia ada kedai runcit.

Friday, August 17, 2018

Shein's Hotel Stay-cation Over Weekend (Maya Hotel)

Assalamualaikum..

Actually dah masuk 2 weeks back-to-back kitorang anak beranak check-in hotel sebab Si Shein la request. ‘I want to go ‘Hotel House’ Mama Abah. Sleep, Shower and Swimming. It’s awesome Mama, nice!’ Ni dia la cakap. Dapat idea ajak pergi hotel ni masa kitorang keluar last time pergi Pavilion, dia nampak hotel tinggi-tinggi terus mintak nak stay hotel. Abah beliau memang kalah la dengan Shein kalau Shein mintak apapa hahaha. Almost nak check in malam tu jugak but I mintak Shein and Abah sabar sampai weekend. So that lama la sikit duduk hotel dari petang Sabtu sampai la Ahad tengahari. Masa first time check-in kitorang pergi Maya Hotel. Depan je Pelita Ampang tu ha. Ikutkan tak sampai 10 minutes dah sampai rumah kitorang. Kata Sazli, ‘Kenapa eh Mama kita tak buat dari dulu?’ Eh, buat la dia hilang ingatan sekejap. Duluuuu lagi I ajak dia check-in hotel dekat area KL je. Kata Sazli nak jugak yang jauh-jauh macam PD ke… Melaka ke. Now bila dah start buat baru la dia rasa best sebab lepas penat swimming melayan Shein pagi tu, badan dah penat so takde la drive jauh sangat nak sampai rumah. Best apa? Lagipon some date, harga hotel takde mahal sangat. RM350.00 pon ada. But I tengok kalau minggu ni, harga Maya dah jadik RM550++ macam tu paling murah. Now musim cuti sekolah + Middle East people pon cuti, so dorang ramai datang KL jadiknya hotel pon increase la harga. I nanti nak try hotel-hotel yang baru sikit macam 4 Season, W Hotel dengan Element hotel dekat Menara Ilham. Tu semua hotel-hotel baru tu. Nak dapat harga murah, boleh ambik time bukan peak season so takde la sampai RM600.00 – RM800.00. Kita kena bijak berbelanja. Hehe. Bijak ke kedekut? Hahahahaha. So untuk this time, I share dengan nkorang Maya Hotel eh? Tak banyak sangat I ambik gambar. Some of it, I Google je. The reason Saz nak Maya Hotel ni sebab Swimming Pool dia under roof. Kata dia, nanti Shein tak la hitam. So jom!


Ni gambar Google. I tak sempat nak snap gambar sebab Si Shein, sampai je hotel terus melompat atas katil. Nampak je hotel room terus bagi thumbs up. Hahaha. Bilik kitorang macam ni la. King size bed, lepas tu ada kerusi. Sebelah dia Bathroom boleh nampak dalam kalau selak langsir. Ngam la macam ni Sebab Si Shein boleh mandi dalam bathtub sampai konek kecut, while kitorang boleh tengok dari luar melalui cermin. Harga masa kitorang pergi ni RM360.00 net masuk breakfast for 2 person.

Wednesday, May 16, 2018

Redang Excursion Part III

Assalamualaikum..

Nak masuk puasa dah, tak setel lagi kisah Redang. Hahahaha. Sorry laaaaaaaaaaaa. I memang bizi bizi bizi bizi menyelamatkan dunia. Kain I semalam dah setel 3 trip and tu yang menanti ada lagi dalam bag OMG bila la masalah kain I ni akan selesai. Ni dah nak masuk puasa. Maksudnya Raya lagi sebulan la kan? Tak sangka macam baru je kurus raya tahun lepas, tahun ni dah gemok balik aperhal??? Hahahahaha. Oklah, untuk entry ni I share gambar-gambar kitorang dekat Wisana Village. untuk entry yang lepas-lepas boleh bacak dekat sini and sini. I ada share semua harga package dekat sana. Ok? Ingat eh? Time Monsun dorang tutup dari Oct - Mac every year. Time tu ombak laut kuat. Kalau nak fe-feeling Titanic boleh la pergi. I bagi 4 bintang untuk Wisana Village ni. Banyak kali I cakap, tak sangka Malaysia ada tempat cantik macam ni. Serious. Air laut biru Ok? Memang cantik + murah. Kalau orang KL nak datang sefamily pon berapa RM je cost sebab dekat Wisana Village ni kalau korang bayar untuk package dah termasuk makan + activities so datang goyang tetek je. Duit sesen pon tak keluar. Sediakan duit minyak/tol and duit makan kalau rasa macam tingin nak makan dekat Pok Nong on the way balik KL tu. Takyah la beria nak pergi Krabi bagai, Malaysia pon dah cantik OK? Kalau nak Honeymoon boleh duduk dekat The Taaras Beach & Spa Resort. Tapi situ mahal sikit la. Huda haritu pergi duduk sana sebab dia kaya. Hahahahaha. Takpe Aliah, CT, kita doa banyak-banyak and one day kita come back to Redang and stay at The Taaras OK? Time tu kita baru balik dari holiday dekat London and New Zealand. Gitewwwww dia punya berangan. Hahahaha. Oh, one more thing yang buat this Redang Excursion ni best sebab I have a very nice company. Atig, Aliah, CT, Zairie dorang dah macam my own brother and sister. Kita takde heart feeling apa and semua jenis easy going cuma kepala family lagi 2 orang tu I tak boleh nak ikut sangat la. Nak dinner dekat Melaka balik hari ON. Pagi turun Genting makan dekat Burger and Lobster lepas tu balik dinner dekat Melaka pulak. Gitu punya selamba hidup. I selalu la absent dorang punya activity now. Entah ada group lain apa. Pundek. Hahahahaha.


Atig and Aliah ni kalau nak pergi mana-mana dorang setel semua dari makan + minum, tidur, accommodation semua. Tinggal sediakan duit je and tak payah dah sebok nak google apapa. Ni la agent kitorang. Hahaha. Kalau Sazli cakap 'Aaaah, agent tak bagus ni. Makan rasuah!' Lepas tu menjerit la CT, 'Wei Shaz, ko jangan laaaaaaaa. Dorang OK la'. Disokong oleh suami beliau dengan muka serious cakap agent ni Ok. Allah tu memang adil. Selenga kawen selenga. Dapat la macam Zairie and CT. Hahahahaha.

Wednesday, April 25, 2018

Redang Excursion Part II (Snorkeling)

Assalamualaikum..

Jap lagi dalam 11.00am kitorang akan gerak dari Wisana Village ke Merang Jetty. Berakhir sudah holiday with Geng Kunyit for 3 Days 2 Night. Alhamdulillah takde major casualties except for Sazli punya kaki luka sebab jatuh dekat Jetty malam semalam masa fishing dengan Zairie and Khatig lepas tu I dah gemok sebab makan banyak and sunburn. Tu dikira sebagai casualty jugak ke acane? Adoi hahahaha. Nanti next week kena puasa ni. Aliah and CT tak bagi cakap pasal diet and complain pasal gemok sebab nanti seteressssss. Hahahaha. Holiday paaaling payah nak diet. Ni kang lunch nak makan Ikan Celop Tepung dekat Warong Pok Nong dekat Batu Rakit. Sapa penah makan? Apit yang suggest tempat ni. Harap-harap sedap lah. I dah lama nak makan Ikan Celop Tepong. Last was waktu Shein takde lagi time I join sukan Makswip ke apa entah. I pon dah lupa. I memang suka makan makanan yang ada ikan inside termasuklah keropok lekor, keropok kembang semua tu. Kuah cicah kena sedap. Kaler maroon, ada rasa manis pedas. Sedapnyaaaaaa!! Anyway today I nak citer pasal activity snorkeling semalam yang kitorang buat. My first experience tengok penyu dari dekat. Ya Allah, it was an amazing experience. I seriously tak sangka Malaysia ada laut yang best macam ni. Last time pergi Phuket beria bawak Go-Pro tapi tak dapat pergi tempat Snorkeling sebab cuaca tak elok so takde la dapat ambik video with the Nemo and Fish. Ni tadi bila dapat tengok live depan mata a beautiful fish and penyu rasa menyesal tak bawak Go-Pro (walaupon Go-Pro pon pinjam Along punya padahal) hahahah. Sembang nak kencang je, pui!

Tengok la muka I berkilat bukan main. Aliah and CT menten jelita takde sunburn. Mana la keadilan dalam dunia ni. I ni cepat hitam, cepat gemok jugak. Adeh. Kitorang naik boat pukul 9.30am from Wisana Village ke tempat penyu and coral. Ada 3 stop and takes us 2 jam setengah to complete this snorkeling session

Tuesday, April 24, 2018

Redang Excursion - Part I (Wisana Village)

Assalamualaikum..

Line dekat sini punya la sentut, nak cari signal sama macam nak cari periuk api gayanya. Usung handphone kehulu kehilir hazab sungguh. Ni I dekat Cafe ada la wifi so boleh la ambik masa share sikit pasal Wisana Village ni. Yg DM lain, yang whatsapp lain, yang komen dekat IG lain. Semua tak sabar nak tau pasal Redang punya holiday ni. Seteressssssss!! Si Ain pulak remind, jangan bagi lambat-lambat sangat draf dekat dia nanti dah working hours dia bizi. I mintak Ain yang masukkan dalam blog. Tachiu Ain. Nak kena bagi upah air laut ke acane ni? Anyway, masa memula sampai sini I cakap dekat Atig rasa macam isolated je tempat ni. Sebab Wisana Village ni dia macam private beach. Ada dia je, tak campur dengan resort lain. Sini total chalet ada dalam 10 biji macam tu and ada 1 cafe and that’s it. I imagine ada la kedai souvenir, convenience store ke apa tapi takde. Tu dekat Pasir Panjang ada banyak resort and commercial sikit. Sini takde. So kira macam privacy la sikit but view memang cantik nak mampos. Air laut biru cantik giler vavi hutan, keluar dari chalet konsep dia boleh terus snorkeling kejar nemo and penyu. So so so damai and B E R S I H. This trip I boleh cakap budget trip sebab harga seorang untuk 3D2N is only RM675.00/person termasuk 2x boat transfer, makan 4x sehari, snorkeling and hiking. Kids 7-12 years old is RM295.00 sahaja. Murah kan? Takyah bawak duit pon takpe dah sebab takde menda yang nak di spendkan unless nak pergi mencandat sotong or nak fishing naik boat tu lain citer. Beach activity macam dekat Pantai Chenang Langkawi tu takde makanya jimaaaaaaat kah kah kah. Bagus. Best kan?


Cantik kan? Ni betul-betul masa turun dari boat sebelum pergi ke Lobby/Cafe

Monday, April 23, 2018

From Terengganu With Love

Assalamualaikum

Alhamdulillah I dah sampai Kuala Terengganu dalam pukul 10.30pm waktu Malaysia (bajet Terengganu oversea ke apa siap waktu Malaysia bagai) Hahaha. Woi apa jauh benar Tengganu ni? Kata Sazli dah macam nak balik kampung Tok dekat Kedah sana. Kitorang dari Jengka pon rasa jauh, yang Atig/Aliah/Zairi/Ct dari KL lagilah terasa jauhnya. Malam tadi sampai kitorang duduk dekat rumah airbnb dekat Chendering and lepas tu bangun awal-awal pagi pergi Jetty and naik boat pukul 9.30am macam tu terus ke Pulau Redang. Weh, lama giler I tak datang Tengganu. Rasanya last I pergi tahun 2010 kot masa sukan KSRF. Tingat makan Ikan Celop Tepung cicah kuah keropok perrrrghhhhh bapak sedap. This time around taktau la sempat ke tak nak makan ikang macam tu. Orang Tengganu panggil ikan tu ikang. Ye dop? I akan stay here sampai hari Rabu. Datang sini pon sebab kesian bebudak ni masuk term baru tak pergi holiday mana-mana pon. Padahal Shein je sorang yang tak pergi mana-mana dok drag tuduh Altaav and Adrieyl sekali. Ni ponteng la sehari sebab patut new term start Rabu ni. Awal-awal dah bad attendance ko Shein. Hahaha.


Sedapnya Sotong Celup Tepung