Tuesday, April 12, 2016
AYANG AND EDDY'S ENGAGEMENT - PART II
Friday, July 10, 2009
Preparation Untuk Kenduri & Majlis Berinai Kecik
Yang ni plak nasik ayam yang siap di pack. Abg long buat ala2 Hainan Chicken Rice. Guess what, yang tukang susun-susun bekas ini ialah kesayang Makcik, Aiman, Sasha & Kaseh. Sebok nak tolong jugak. Sasha especially, sangat rajin menolong tapi sama laju dengan mulut tanya macam-macam sampai terasa macam nak sumbat mulut dia dengan buah manggis yang banyak kat depan rumah tu.
Pada malamnya pulak, lepas orang dari Butik Pengantin pasang pelamin & bilik perantin, I kena pakai inai. Purposely mintak yang tak huru hara sangat pasal memang tak suka la, nampak shomot. Kalau boleh tanak pakai yang ukir-ukir tu tapi kena sound ngan makcik-makcik kat sini. Pasal tanak huduh sorang2 so paksa kakak-kakak kesayangan buat jugak. Maka inilah hasilnya... Tara..!!!
Hari Jumaat malam pulak, ada Majlis Berinai Kecik yang dibuat kat rumah I. Sazli datang ngan parents dia dari Bandar Jengka. Dowang dok kat Mercu View Resort. Dapat bilik suite yang siap ada hall, dining and 2 bilik dengan harga RM160 satu malam. Hebat-hebat. Owh sayang, kan I dah cakap, jangan la sengih sangat, nanti mata U boleh menjadik magis dan menghilang serta terlalu cepet
Amboi, merahnya liptik. Nasib baik I cinta rambu pelsu tu...
My niece Ayang yang dipaksa menjadik jurugambar tak rasmi untuk snap photo masa sebelum wedding. Ni semua hasil kerja dia la. Orang suruh tangkap gambar suasana dia pi tangkap gambar bunga-bunga Atok Emah dia ngan gambar lalat serta katak yang I benci giler.
Sayang, pelamin kiter kaler hijau dan baju kiter kaler purple. Mungkin kiter sangat kreatif semasa memilih baju atau apa yer?
Half of my family and friend. Yang lain sebok kat dapur la.. Ngumpat la.. Gossip la... Dan jugak berkaraoke serta berpoco-poco kat bawah. Nanti kalo dapat gambar dari camera man, I letak aksi I dan keluarga yang berpoco2 secara hentam keromo yet sangat fun!
Nadia sangat cintakan karaoke. Tp Intan memang macam parasit. Pantang orang nyanyi, musti sebok nak nyanyi sama. Kalau teringat kes karaoke session last time, terasa sangat benci dan annoying la Intan ni... Bayangkan la, Intan sajer kalo pilih lagu sampai 7-8. Pastu tak kasik orang potong q dan pulak, kalau orang nyanyi, dia sebok nak pegang mic dan jugak cakap 'test 1 2 3' and sebok2 nak nyanyi sama.. Sabar Sue... Sabar... Sumpah takkan berkaraoke dengan Intan lagi kerana 80 % dia yang kongker tapi masih perlu membayar 60 hengget, sama macam yang dia bayar padahal dia yang banyak nyanyi. Sangat kagum keada kesabaran BF Intan melayan dia berkaraoke. Salute lu bro! *Tetiba emos kejap
Yang ni pulak siang Jumaat tu. Kena buat signboard atas kertas manilakad pasal canopy perantin di pasang di tengah jalan didepan rumah
Tengok ni. Korang pandai ker? Pandai, pandai??? Ha.. Jawab!!
Owh, Kasih pun nak tolong buat nasik impit segera. Sangat rajin
Ni bekas bunga telur untuk diberi kepada tetamu sekampung yang tak direbenkan lagik
Ni Ayang yang tangkap gambar semua pokok-pokok bunga ni... Mungkin kurang kerja atau nak menghabiskan masa atau test power untuk tangkap gambar nature. Ada jugak gambar katak. Tapi I geli la. Tak kuasa nak letak kat sini.
Ni pulak aktiviti sehari selepas kenduri
Bila guna katering, yang syoknya, petang tu, habes jerk kenduri mereka terus bukak canopy. Best sangat pasal rumah pun tak nampak semak sangat. Next day, kami sekeluarga main badminton ramai-ramai.
Pakai kemeja kaler pink kotak-kotak dan skinny jeans serta berselipar jepun dan tompok-tompok di leher dan dada pasal bubuh ubat kena ruam sambil main badminton. Pasal dengan budak darjah 2 pun kalah, terus jadik penonton jerk.
Thursday, June 18, 2009
Esok Ker?
Monday, May 18, 2009
Sabtu aku yang hebat - Part 1
De ngan Kaklong tetiba seronok mencarik kain pasang dan beli banyak-banyak sampai boleh bukak kedai. Dorang sebok pilih kain, Encik Tunang suruh posing (padahal aku yang paksa dia snap pix)
Cam ni eh korang kalau mencarik barang. Kalau pasni I tanak ikut boleh tak? Mungkin ini la yang Encik Tunang pendamkan didalam hati sepanjang hari ni. Tapi dia cakap dia seronok. Korang rasa?
See? Dia jugak yang kena jadik tukang pegang barang. Aku? Aku asal jumpa kerusi jerk, musti nak duduk dan membesarkan muntot
OMG! So obvious gambar ini lakonan ok? Paling poyo tentulah Kaklong. Macam tengah melakunkan drama sebabak dalam Astro Ria
De ngan Encik Tunang yang berlakon sebagai tokei kedai
Inilah hasilnya pada hari tersebut. De punyer kain lace. Biru untuk KL dan hijau untuk Pahang
Ni pulak Kaklong punyer. Dia cakap, yang dia tak boleh glemer-glemer, pasal dia dah tak berapa muda
Lepas dah carik kain, terus menuju ke Medan Mara, tempah. 15hb ni siap
Taktik pura-pura tido pun tak jalan, tetap kena pergi Nilai 3
Kalo korang tanya aku, Heh! Itu semua pembaziran. Bunga telur dengan door gift jek dah 3.5k++. Baik bagi aku duhet tu buat beli kasut atau makan sedap-sedap. Haha. Makan jugak yang nko ingat Suraya!
Untuk table VIP (Makan beradap) semua sekali ada 30 pcs, mak nak kasik special sikit. Kaklong kata guna bakul hensem tu, tapi mak kurang gembira. Dia nak bekas bunga kaca. Suka ati korang la, malas aku nak masuk campur.. Janji cantik. Dah cukup.
1. Goreng la lada besar, lada kecik, belacan, bawang merah dan bawang putih. Agak-agak jerk la. Jangan la sampai garing pulak.
OK
- Kalau nak carik bekas bunga telur ni semua, mesti kena rajin ok? Kalau boleh pergi 2 3 kedai. Pasal aku jumpa bekas yang sama, dikedai yang berlainan tapi harga dia jadik double. Harus berhati-hati. Nanti jadik over spend kt menda-menda yang tak patut
- Jangan carik barang awal sangat, lagi setahun nak kawen, dah beli siap-siap. Tak bagus tu. Pasal kekadang harga barang yang kiter beli tu boleh turun sampai half, pulak tu dah out dated. Rugi tahap gaban hijau
- Jangan pakai heels, nanti rasa kaki macam nak patah pasal lengoh (tapi kalau nak manja mintak urut dengan tunang mungkin boleh la)
- Bawak van kalau boleh, kalau lagi bagus bawak bas atau lori, so tak payah la nak sempit-sempit dalam kereta
- Paling penting, jangan la bawak budak kecik. Banyak karenah weh! Dah la asyik nanges nak eskrem dengan rama-rama mati. Pastu pulak banyak hal. Rimas dan serabut dan potong mood
So, hari Rabu tu memang terisi dengan aktiviti yang berfaedah la dengan kata lain. Tadek la membuta jerk kat rumah. Punya la serunut sampai lupa nak makan. Pasal dah lapar sangat, aku cuma makan keropok jerk sepanjang hari tu...
Tiada menda lain aku makan sampai malam. Makan keropok sahaja? Tak percaya? Ok la.. Tapi keropok tu 15 pcs. :D
Ini la bunga telur jenis gantung. Nampak lain dan simple tetapi kacak bergaya.
Bunga pahar merah untuk malam nikah
Ni pulak yang kaler hijau. Kacak tak kacak tak?
Mak sedang melakukan final inspection. Rajin dia kira bunga tu satu-satu padahal kat kotak dah tulis ada 50 pcs
Kaklong kata, bakul nih kalau bubuh kt main table mungkin menarik
Tapi mak lagi suka kalau yang simple macam ni jerk
Mak... Mak sangat baik.. Saya sayang mak! P/s: Mak, saper yang paling gelap? Mak ker saya? Tak sampai hati nak guna perkataan hitam dengan mak. Hehe

Kalau barang banyak nih, cukup ker nak angkut naik sebiji kereta eh?
Ini la bekas untuk sangkut bunga telur tu... Kalau pas kawen dan taknak guna dah, mungkin boleh angkut sependa. Sangat praktikal pasal banyak cabang. Lagi-lagi kalau hari hujan, lagi banyak guna sependa. Yer la... Nkorang jangan fikir yang bukan-bukan. Pasal hujan, sependa lambat kering. Bukan pasal menda lain ok?
.jpg)
Ayang, kalau boleh masa wedding makcik nanti, Ayang buat macam ni jugak ok? Tapi mungkin kena cukur ketiak la sikit, pastu makesure ketiak wangi. Boleh guna Ladystick yang perisa epal hijau. Kalau Ayang nak, makcik boleh belikan :) Baik tak makcik?
-END-
Mak, Kalau Cuaca Tak Panas Mungkin Kita Tidak Hitam.. Mungkin..
- Ayah saya sudah meninggal dunia
- Ayah saya cuma ada kakak perempuan, jadi saya tiada bapa saudara sekaligus tiada sepupu lelaki dari bapa saudara
- Saya tiada adik beradik lelaki
- Atuk saya sudah meninggal
- Atuk saudara sudah meninggal dunia juga
- Yang lain-lain waris untuk menjadik wali dikuatiri ikatan darah (tak kompiden)
- Tiada wali nasab
So, aku prefer guna Wali Hakim pasal aku takot kalau guna anak atuk saudara aku tu, nikah aku tak sah. Ntah yer ntah tak dia tu anak kepada atuk saudara aku yang sama bapak. Seram sey! Nanti sah atas paper, tapi hukum syarak tak sah. Berzina dan melahirkan anak haram sampai bila-bila. Aku taknak tu dan untuk menyelamatkan keadaan dan aku YAKIN so aku nak guna Wali Hakim jugak. Tak kira! Apa nak jadik, jadik la! Aarghhhh!!!!
:) Tetiba senyum tanpa alasan. Tak elok ni, nanti orang cakap ko giler Suraya
Masa dalam court, Hakim tu sajer jerk nak gertak-gertak aku. Dia cakap, dia sure pernah jumpa aku la, ada kes ngan aku la, kenal aku la. Giler. Pastu cakap aku ni janda and yang paling stwepid is, dia tanya aku, pesal aku tak kawen masa arwah ayah aku ada lagi? Da hell? Aku nak kawen ngan saper? Ngan ko ke? Giler.
Pas dapat kelulusan dari Mahkamah untuk menggunakan Wali Hakim, terus aku pergi ke JAWI untuk submit borang. Pilih tarikh untuk nikah and done! Alhamdulillah... Syukur sangat yang pasal dokumen nih dah setel semua. So, bagi saper-saper yang nak tau bagaimana proses untuk mendapatkan Wali Hamid, eh silap, Wali Hakim, dan berapa lama proses untuk semua ni, sila rujuk peta senarai dibawah.
Perempuan
- Kursus Kawen dulu
- Ambik borang nikah dekat JAWI
- Buat Ujian Kesihatan
- Pasal aku punyer IC kat Pahang so kena buat pengesahan bermastautin dengan Qariah Wangsa Maju (Bawak 2 orang saksi)
- Submit Borang Nikah (Aku + Encik Tunang) dan pergi JAWI lagi sekali untuk hantar borang dan sesi interview. Kena bawak diri sendiri dan 2 orang saksi
- Kalau ok, JAWI keluarkan surat sokongan guna Wali Hakim
- Pergi Mahkamah Syariah untuk angkat sumpah dan dapatkan tarikh perbicaraan. Tempoh 21 hari dari tempoh submit borang. Hambek kau!
- Bicara
- Kalau ok, dapat kelulusan dari Mahkamah Syariah pergi pulak ke JAWI dan submit borang
- Dapatkan tarikh nikah. Kalau OK semua, dah boleh kawen. Yahoo!!
Note : Semua urusan nih, kecuali Sijil Kursus Kawen, hanya sah/laku dalam tempoh tiga bulan sahaja. Tak payah la rajin-rajin dan buat semua menda awal-awal. Bukan laku pun kalau lama-lama. Expired ada la.
Lelaki
- Kursus Kawen
- Ambik borang kawen
- Buat Pemeriksaan Kesihatan
- Submit borang kawen dan serahkan kepada pihak Pengantin Perempuan (OMG! I dah nak jadik pengantin ok?)
So, nkorang nampak tak kat senarai ni, saper yang lebih banyak menguruskan hal dengan JAWI dan basah-basah ketiak nak panjat tangga JAWi yang tinggi giler tu? Yer betul, Perempuan ok? Kalau dalam tempoh nih tak bergaduh sebanyak 8 kali memang tak sah. Pressure memang ada, kalau tak, tak la adventure nak kawen, tapi jangan la sampai nak postpone pulak. Nak kawen memang macam nih. Mana ada hepi 24 jam. Yang dalam tv tu, semua tipu. Korang jangan la percaya. Kalau korang percaya, maka nkorang ialah kurang bijak atau dalam bahasa kasar, bodoh. OK. Bodoh giler.
Sekarang aku sangat hepi pasal dah boleh nikah. Dokumen ialah yang paling penting.
So, kena mengena tajuk diatas dengan cerita ni ialah, cuaca hari Rabu tersebut amatlah panas. Sampai terasa macam nak pura-pura pengsan pun ada. Dah la kena drive. I tak suka drive. When driving I feel like pathetic and I dun like driving. Driving dun like me also and I hate lipas very much.
Sekian laporan, kiter kembali ke Angkapuri. Eh silap. Angkasapuri.
Owh Mak, saya sangatlah nak gelak dalam sedih bila mak suruh berenti kejap untuk ambik gambar di tengah panas ini sebagai cara menggamit memori kita dengan arwah ayah ditempat yang sama 20 tahun lalu. Sob Sob. Tak sangka ayah dah tak ada..
Mak ni, suka tau nak tiru I kalau snap gambar ala-ala tak pandang kamera. Masa nih dia komplen, pasal cuaca panas, maka dia boleh jadik hitam. Padahal mak memang dari kecik dah kurang cerah. Itu dikira macam mana mak?
.jpg)
Sila cekidaout sendiri tangga-tangga yang berada di JAWI ini. Memang banyak. Kalau panjat ditengah hari buta dan jugak panas sampai ketiak basah dan berbau kepak ayam pizza hut, wajib bergaduh kalau ada salah sikit dengan bakal suami. Ini kisah benar. Dari kiri ialah Lela dan KakLong yang tengah check makanan dalam henbeg dia. Mak pulak jauh tertinggal kebelakang. Dia cakap, pasni dia dah taknak ikut dah pergi JAWI pasal dia malas nak panjat tangga lagi.
Gembira kan muka perempuan ini bila dah kompem boleh kawen?
-EnD-
