Showing posts with label Shein Iskandar (3 tahun). Show all posts
Showing posts with label Shein Iskandar (3 tahun). Show all posts

Friday, December 9, 2016

Assemoga Sheindong - Part I

Assalamualaikum..

Minggu depan of Friday InsyaAllah I nak buat Shein punya Birthday Lunch dekat sekolah dia. Last day before end of Term I. Among schoolmates je. I pon tak join. Sehari sebelum tu ada Year End Concert dekat YAMAHA GE Mall. Kata Shariffah ada a few student yang dah start cuti awal, tapi takper la. Mana-mana yang ada jer la. The reason kenapa nak buat ni sebab I tengok Shein suuukaaaaaaaaa sangat blow candle, belah cake and nyanyi Birthday Song. Last 2 weeks masa vacation dekat Villaku Residence Shein sebok nak blow the candle and potong cake. Padahal bukan birthday dia. Dulu dia nyanyi macam ni, 'Apitay yuyu' maksudnya Happy Birthday To You. That was masa birthday I. Now dah improve lots. Dah bunyi 'Happy Birthday To You.....' Alahai, sedapnya suara anak Mama menyanyi. I dah mintak Shariffah ambik video dia nanti. Untuk makan, goodies bag semua I dah setelkan. Tinggal cake je. BBI memang strict bab makan. No MSG, NO process Foods, NO sugar semua. So makan I order dekat NZ Delicacy my favorite Catering. For teachers I order Nasik Dagang Kelantan lauk Ayam and Ikan and for the kids Spaghetti Carbonara Ayam. Ada buah pisang emas (Shein's favorite) and ada Salad (Lettuce + Cucumber) for all. Simple je kan? Cake pulak is a Fruit Cake. Bukan Kek Buah tau? Tapi Kek yang diperbuat dari buah. Dah mintak Huda buat, dia cakap ok tapi dia lupa yang dia ada dekat London time tu. So sampai sekarang taktau nak order Fruit's Cake ni dekat mana. Huwaaaaa. Sesapa ada suggestion boleh bagitau I. I nak yang macam bawah ni sahaja ok? Bukan fruits bouquet. Yang tu dekat IG ada banyak I tengok. Tapi kek buah macam ni takde.



Kek Buah. Ada Watermelon, strawberry, kiwi and pineapple. I nak macam ni. Sapa boleh buatkan?

Wednesday, November 2, 2016

Shein at school and Building Blocks International School

Assalamualaikum..

Last week Shein join school activity. Learning program ke Butterfly Park KL. This is Shein punya second time ikut school activity tanpa I dengan Sazli. Masa first time dulu school bawak pergi Taman Tasik Ampang Hilir je. This time jauh sikit. Masa Shariffah bagi email tu, I dah sebak-sebak rasa. Boleh ke Shein pergi kalau I takde? Ok ke dia? Sapa nak jaga? I risau macam-macam. Boleh ke dia jaga diri? How if Shein nanges? How itu how if ini. Rasa macam nak cakap kat Shariffah I nak ikut sekali. Hahaha. Macam-macam dalam kepala tapi sebab I know Shein akan dijaga dengan baik oleh Shariffah, Mr David and Teachers at BBI so I think, I patut bagi Shein chance to join this learning program. Lagipon Shein dah nak masuk 4 tahun, rasanya dah ok kalau nak join activity macam ni. Shein sangat-sangat happy at school. I know Shein had a great time everyday at school. Happy tengok Shein berdikari dekat sekolah, ada discipline, ada kawan, seronok semua. I really can see that bila sesekali I ada chance hantar/jemput Shein dekat sekolah and Sazli pon cakap Shein memang happy at school + Mr D and Shariffah pon memang close dengan all the kids. Dorang tak garang pon tapi tegas. Happy bila tau ada orang lain yang jaga dan sayang anak kita. Sebab tu I senangggggggggg hati sangat Shein dekat Building Blocks International School ni. Was thinking untuk Shein ambik O level je dekat sini nanti. Tak payah masuk Sekolah Kebangsaan. Biar dia dekat BBI ni sampai berbulu la senang cerita. Haha.


Ni masa otw ke Butterfly Park. Suka eh Kau Shein takde Mama? I selalu fikir, kalau tetiba I mati, Shein ingat I tak? Ke dia tak kisah pon I ada atau takde? Sebab I tengok dia ni happy semacam je. Hahaha.

Thursday, October 6, 2016

Farm In The City Seri Kembangan

Assalamualaikum..

Ni bila ni kejadian impromptu visit to Farm In The City - Seri Kembangan ni? Rasanya 2 weeks ago kot? Tak plan pon nak datang sini. Kalau plan, tidak le Sazli and Shein pakai baju lengan panjang nak pergi outdoor activity and I pulak takde la beria pakai dress labuh bagai. Kot ye pon nak pwincess agak-agak la. Masuk Zoo pon nak pakai wedges bagai, Ko dah kenapa? Haha. Sebenarnya pagi tu memula plan nak breakfast dekat Kubur sebab nak makan Mee Bandung tapi hujan pulak so Sazli cakap jom la breakfast dekat O'Briens GE Mall je. Dah nak pergi Mall, kena la mandi wangi-wangi. Lepas tu ingat nak beli Dinosaur untuk Shein dekat ToyR'us so kalau dah siap mandi, takyah nak kelam kabut balik. Mandi pagi time cuti ni malas sikit. Tak Zohor time, tak mandi. Haha. Eh, tu I la. Abah Shein memang jenis bangun pagi mandi. I je la M A L A S. Kata cuti? Kah kah kah. Si Shariffah and Mr David semalam beria la plan nak morning walk dekat KLCC Park plan dengan family Reham, sudahnya pukul 10.00am whatsApp bagitau morning walk dekat atas katil je. Haha. So kitorang meet up dekat O'Briens for breakfast lepas tu terus plan nak pergi outing since takde buat apa-apa. Rayyan nak pergi Planetarium Negara tapi Shein sah-sah la tak berapa paham and I suggest Farm In The City since Dyba pernah pergi and dia cakap ok kat sana. Redup. Tak berapa luas so tak la penat. Kata Dyba best! So boleh la try pergi. Lagipon tak berapa jauh dari Ampang pon. Sekentut kera je.


Masuk-masuk je, terus Shein pergi dekat kura-kura besar ni. Besar nak mampos ok? Shein pulak hulur tumbuh-tumbuhan tu dekat jer dengan mulut kekura tu. I pulak yang risau.

Friday, September 30, 2016

Shein dan U L A R



Assalamualaikum..

Shein ni kan, dia memang kemain berani dengan katak, ular and segala mala jenis binatang. Haritu kitorang bawak dia pergi Farm in The City dekat Seri Kembangan. Kat situ kan boleh feed kura-kura, arnab, kambeng segala mala binatang? Kemain dia suka. Kalau pegang kangkung tu sipi je lagi I rasa tangan dia nak kena ngap dengan kura-kura gergasi tu. Seriau I. Dia boleh selamba relax. Kambeng pon dia kasik makan selamba. I tak takot, tapi geli vontot. Rasa macam kambeng tu nak panjat je. Masa duduk dekat kambeng ni, ada la sama bau Shein masa lepas dia berpeluh main. Hahahaha. Sian Shein Mama cakap sama bau dengan kambeng. Time nampak ayam dia cakap kokok. Dia pegang selamba anak ayam. Masa bagi itik makan, ada la drama sikit sebab itik taknak makan dari tangan dia. Macam mana itik nak makan sebab tangan dia banyak rompong-rompong je walaupon debab-debab. Orang suruh rapatkan jari dia renggangkan jugak. Acane makanan tu tak jatuh? Hahahhaha. Ular poooooon dia selamba pegang. Idok ler teman. Itu pon dia selamba letak pipi dia kat badan ular. I tanya pada Mr David, izzit normal for Shein sebab tak takot semua binatang ni? Kata Mr David it’s normal. Nanti masuk 6 7 tahun mesti dia dah takot unless girl la. Biasa girl dari kecik dah drama queen, mmg dah takot binatang. Jom tengok gambar Shein dengan ular.


Shein, itu ular. Ko tau tak U LA R ?? Hah. Tengok tangan dia tu pegang ular macam mana. Comel jer. E!

Monday, September 5, 2016

Shein Si Budak Hutan

Assalamualaikum..

Semalam masa duduk dengan Sazli, dia cakap dia rindu Tanah Aina. I pon… L Rasa macam seronok sangat dekat sana. Friends, activity, nature, river, food and buah durian. Semua best. Paling seronok sekali mestilah Shein. Dia memang budak hutan la. Seronok tengok Shein enjoy buat trekking. Budak tu bukan pandai takot ok? Masa dekat Leap of Faith tu, dia selamba queue nak terjun dari atas platform yang 15ft tu OMG. I almost nak bagi sebab kesian tengok mata dia and dia asyik point his finger dekat platform. Tapi risau dia terminum banyak air sebab probably dia tak pandai hold his breath lagi.  Mengamuk la dia sebab tak dapat buat free jump. Dah la tak pandai penat, dah buat semua activity, lepas tu boleh lagi main dengan Rayyan, Adrial, Haiya and Selma. Memang tak peduli dah I and Sazli. Mulut sebok tunjuk bird, fish and bufferfly! (Butterfly). Hahaha. Tak peduli dah nap ke apa. Masa first day lepas buat trekking, I terus mandikan dia sebab baju dah basah masa masuk sungai, and masa kitorang dinner, dia dah tersengguk-sengguk sebab mengantuk. I pon dukong la badak 22 kilo tu naik dorm, sekali masa dia almost nak tido, dengar suara si Rayyan, ‘hidup’ balik. Hahahaha.


Trekking to the Leap of Faith. Turun je bawah tu sikit, nanti akan lintas sungai then only masuk dalam hutan. Jalan memang mencabar dengan akar-akar kayu and all. Pergi balik dalam 3km.

Monday, August 29, 2016

Cerita Pasal Shein (Kalau Ada Yang Rindu Dia)

Assalamualaikum..

Lama dah kan tak cerita pasal Shein? Ada ke yang rindu? Kemain now kalau dah lama tak cerita pasal Shein, tak cukup dalam IG and FB, dah ada yang comment entry yang takde kena mengena dengan Shein. ‘Kaksu, dah lama tak dengar cerita Shein. Rindu’. Haritu I tanya Shein, ‘Shein, do you want me to put your photo at blog?’ Lepas tu dia jawab. ‘No’. HAHAHAHAH. Shein ni memang, semua soalan pon jawapan dia No. Tapi No tu ada banyak version. Ada yang bunyi No?? ada yang No mendatar or kalau dah tanya banyak-banyak kali No!!! Yang menjerit terus. Hahaha. Nanti I try record and lepas tu boleh la share dalam Instagram I. So far takde la percubaan untuk rakam lagi. But kalau I Facetime dengan Shein, I suka la tanya dia soalan. Saja nak dengar dia jawab No banyak-banyak kali. Lama-lama dia pon tau agaknya I suka dengar dia jawab, nanti baru ‘Shein….’ Dah dijawabnya No. Hahahahahha. Ngek la Shein! Dia berat ok? Dah 22kg. Imagine masa last time ada event dekat Aquaria KLCC, kitorang park dekat KL Convec, lepas tu Sazli ajak makan kat Madam Kwan KLCC. Blakang, masa makan Shein dah tertido. Ha, jenuh la nak mendukung Shein dari KLCC ke KL Convec. Bapak la berat. Tapi Sazli la lebih banyak dukong dari I. Sebab I kan wanita yang lemah, mana la daya nak mendukong Shein. Dia best la, dengan blanket, hisap jari. Mana nak sedar apa.

Time ni Sazli babysit Shein sampai tengahari. Dia cuti sem now, so tak pergi sekolah. Maktok and Baba pulak busy pagi tu, so Sazli jaga half day – dekat rumah Maktok and Baba half day.

Friday, June 17, 2016

Shein and His Very First Yellow Belt

Assalamualaikum..

Congrats to anak mama Mohamad Shein Iskandar sebab dapat his very first Yellow Belt dari White Belt semalam. Siap ada ceremony lagi by school and Grandmaster Taekwondo. I tengok muka Grandmaster tu pon I takot. I seriously macam tak percaya Shein pass test. Dia tu paham ke instruction? Hahahaha. Masa Sazli tanya Shariffah betul ke Shein lulus test, Shariffah cakap don’t underestimate Shein. Shein did follow the instruction and the Grandmaster is very serious during exam as this Taekwondo program is under WTF (World Taekwondo Federation). Shein ada kelas Taekwondo every Monday and Thursday. Seminggu 2 kali. Masa mula-mula dulu Shein tak pandai apa. Lepas dia dapat baju, semangat la skek dia nak belajar. Kata Shariffah, Shein kadang-kadang orang tak tunduk hormat lagi, dia dah dulu tunduk. Hahahaha. Pon boleh. Jom tengok gambar. Sebak pulak rasa. Shein dah besar sangat ni!


Masa majlis penyerahan belt. That one is Mr David. Alolo Shein, so cute (^_^) Sebak sebak.

Wednesday, May 25, 2016

Shein the Mr Cat and Raising Young Khalifah with Autism Program di Gleneagles

Assalamualaikum..

I nak cerita pasal Shein punya perkembangan sekarang. Macam lama pulak tak bercerita pasal Shein. Now, dia dah banyak improve especially on speech. Count one to five dah betul, animal’s banyak dah yang dia kenal, call a person by name, ask for susu, air etc. Memang dah banyak dia improve but yet, I takde la terus rasa happy and tak buat apapa terus. Keep on usaha untuk dia boleh bercakap sama macam peer dia. Keep on research cara macam mana nak bantu Shein untuk bercakap dengan lebih baik. Slowly takper, but surely InsyaAllah… I just follow the flow, taknak terlalu push Shein takot dia stressed out pulak but I banyak sama-sama buat activity dengan dia. Sing along while shower. I sabun you, U sabun I. Haha. I baca buku sama-sama dengan Shein. Ada masa Shein buat-buat tak paham apa I cakap tapi tidak la I scold dia. Cakap elok-elok walaupon kekadang macam mengundang kakiku ke bontotmu. Hahahahaha. Sabar ye Cik Sabariah?


Shein jadik cat!

Wednesday, April 27, 2016

Pasal Shein (Kalau ada yang rindu)

Assalamualaikum..

Dah lama tak cerita pasal Shein kan? Dia sekarang makin debab. Dah almost 20kg pon. I mana nak larat dukung dia. Kekadang bila balik dari sekolah dia dah letih and buat perangai taknak jalan masa keluar dari kereta. Tetiba belakon sakit kaki la, nanges tapi mata bukak sebelah nak check on us bagi attention dekat dia atau tak. Paling tidak pon nanges beria tapi air mata takde. Nak pulak sekarang dah pandai sebut ‘Ouuchh’ or ‘Adoi’ mana la Abah dia tak panic? Hahah. Sebab Sazli mana kan boleh nak tengok Shein sakit sikit. Kalau I, I buat bodoh je. Tengok la keadaan macam mana. Kita tau kalau dorang ni sakit betul or drama semata. I mengamalkan konsep ‘no drama’ ni include Shein dengan perangai dia. Nak nanges ke apa ko kat situ sebab tak puas berendam dalam besen, I lantakkan ajer. Sampai dia berhenti sendiri. I boleh continue tengok Grey’s Anatomy Season 3 yang download dekat Astro peacefully. Haha.


Mama and Shein

Thursday, April 7, 2016

Pasal Shein Lagi

Assalamualaikum..

Nak cerita pasal Shein la harini. I nak update Shein punya perkembangan macam mana.

Shein dah 3 tahun 4 bulan masuk bulan April 2016 ni. Still limited vocab dia boleh sebut but banyak improvement and dah banyak kenal colors, things and arahan semenjak I masukkan Shein dekat BBI since last year on April. Compared dengan dia punya peer of coz la Shein tak boleh nak kejar tapi kalau ikut size badan, portion makan and rambut, Shein la menang. Hahaha. Dekat BBI memang macam tu, lagi besar badan, lagi muda umurnya. I tengok Shein mix well dengan dia punya peer. Sebab to be frank, walaupon Shein tak diagnose with autism, but ada masa I keep on cari menda yang boleh relate dia pada autism. Unfortunately memang takde.

Bak kata Yash, ‘Maksu ni banyak sangat tengok Juna anak Fynn Jamal sampai nak tuduh Shein autism jugak’. Haha. Bukan la paranoid ke apa, tapi biasalah perasaan emak-emak macam kita ni. Mudah la nampak perkembangan anak yang kita rasa tak berjalan seiring dengan peningkatan usia dia. Dekat Villaku last time, I tengok bebudak lain macam Yusuf, Bryton, Qaseh, Safiya kalau suruh naik dari kolam, dorang naik. Jangan tembak air dalam rumah, dorang ikut arahan, suruh move a bit dari TV screen they move but Shein dia buat keras je. I pon wonder, dia ni bebal buat degil or tak paham sebenarnya?


Shein and Mama

Wednesday, March 30, 2016

Iron Rosak Lagi

Assalamualaikum..

Rasanya macam baru je lagi iron rosak waktu yang I pergi UO Ampang yang sesat barat dan seram tu. Kisah full baca dekat sini. Tetiba ni iron rosak balik. Tenkiu kepada Kak Fieza my neighbor yang always jadik penyelamat meminjamkan iron pada I. Pukul 6.30am I ketuk je rumah dia mintak iron. Hahaha. Suruh Sazli pergi ambik iron dekat rumah Kak Fieza terkemut-kemut nak bangun siap pura-pura ngigau. Dia lepas Subuh, boleh je deep sleep balik. Siap snoring. Sabau ajer la. Sama naik dengan Shein. Shein tu kalau pagi, kalau tak dibetulkan kepala dia, meman bejuntaian tepi katil macam bunga layu tak kena siram. Pesen menda entah tido kepala macam tu. Sabar ajer la.

Actually rumah kitorang ni memang ‘makan’ iron. I agak dari mula duduk sini, dah more than 5 iron jahanam. Hadiah kawen ada 2, lepas tu menang hadiah sukan yang main badminton macam tangkap ayam tu tu ada 2. Rosak 2 so semua total 6. Hahahahaha. 6 sebenarnya, bukan 5. Dah la iron rumah I ni banyak mengorbankan baju Sazli. Baju Sazli je tu yang tak menahan. Haha. Seluar baju melayu berlubang ada, baju kurta cair ada, baju polo ada kesan cair pon ada. Kain tudung I berlubang also ada selai. I pon tak sure iron apa yang bagus. Kalau korang tau, sila share. Yang beli bebaru ni jenis apa pon I tak ingat. Konsep dia, harga jangan below RM100 sebab kalau below konon cepat rosak la. Padahal sama je ponnn mak enon.

So Ahad lepas, Sazli ajak pergi beli iron (I yang ajak sebenarnya) dekat Aeon Big Wangsa Maju. Dulu nama dia Carrefour. Sekarang dah lain. Dah la besar giler now. Yang dulu tempat parking tetiba dah jadik kedai. Semenjak duduk Ampang, I dah jarang pergi area Wangsa Maju kalau tak iya iya ada hal. Sekali pergi masa haritu, dah besar dah. Asalnya nak beli iron, tapi tetiba beli pelampung Shein yang macam jet ski tu. Lepas tu beli mainan robot. Shein yang ambik sendiri. Robot 2 orang (ke 2 ekor?) RM25.00 je. Murah! 




Senang masukkan ajer Shein dalam trolley. Lagi dia happy. Tak payah guna stroller.

Wednesday, March 23, 2016

Taman Burung AVILLION

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari entry sini yang I cerita pasal Fish Pond dekat Avillion Water Chalet, Port Dickson so ni ialah last entry la. Hahaha. Makan 3 bulan nak habes cerita Shein punya birthday outing ni. Sabar ajer la. I busy menyelamatkan dunia lately. Busy doing errands here and there macamkan ada bisnes juta-juta. Kata Dyba, I busy je dekat office, dia pon takot nak tegur. Nanti kena marah. I pon taktau la apa yang I busykan sangat. Poyo jer.

Yang ni I nak share gambar Shein dekat Child Area and Taman Burung. Macam yang I cakap, Avillion ni memang paling sesuai kalau nak spend time chill lepak dengan family, kill time swimming dekat pool dia yang besar-besar also ada a few activity for kids. Memang anak-anak baya Shein ni akan happy. Duduk sini seminggu pon ok jeeeee. Bebudak ni ko kasik kolam, kasik tempat main papan gelongsor panjat-panjat lepas tu kasik Mini Zoo, memang settle. Sama macam Si Shein. Lari sana, lari sini. Happy sangat nampaknya dia. I dengan Sazli setia menunggu dia dekat tepi. Biarkan dia main sepuas yang dia nak, as long as dia happy.

Lagipon It's your birthday Shein. Anything for you. Mama menguap banyak kali pon takpe. Kejar Shein keliling sangkar burung sampai 20 pusingan pon takpe. **Mata keatas, tangan kebahu.


Si Shein ajak I naik sekali. Tarik-tarik tangan I buat tak layan. Lama-lama member give up, dia main sorang-sorang. Banyak la ko nak ajak Mama sekali.


Friday, March 18, 2016

Boboiboy with Shein and Abah

Assalamualaikum..

Viral sekarang cerita Boboiboy dekat cinema kan? I baca review semua hebat-hebat. 2 hari tayangan dah RM3 juta dapat. Sampai sekarang dah almost RM10 juta perrrrghhh. Kayoooooo la producer. Pandai dia tackle hati bebudak kan? Tengok pada kutipan banyak tu, mesti best. Masa iklan pon Shein seronok je tengok tv. Sampai berenti main dia. Lepas habis iklan baru la dia sambung kerja so maksudnya dia suka la. Sazli cakap boleh bawak Shein tengok movie so kitorang decide nak pergi on Saturday last week. Memula Jumaat tu I nak beli dekat kaunter terus sebab TGV ada priority lane untuk Maybank card user. So let say kalau korang beli dekat sini, ticket charge only RM10.00/ticket tapi dengan syarat kena beli hari yang nak tengok tu la. I kan nak tengok esoknya? So tak boleh beli murah guna Maybank card. So cancel.

I sanggup ok nak datang KLCC pagi Sabtu tu untuk beli ticket tengok petang punya show.Kedekut giler! Hahaha. Tapi jadik tak senang duduk sebab Sazli dok call-call tanya ticket dah beli ke belum so finally I beli je online ticket. Now kalau nak beli online macam leceh sikit sebab kena register la apa la. Naseb memang I dah register dengan TGV. Tu pon sebab nak dapat 2 free ticket yang boleh redeem as a new user. Hahaha. KLCC tiket mahal la wei. RM20.00 seorang. Kalau Rabu I tak sure berapa. RM10 macam tu kot? Tapi best online ticket sekarang ni kalau korang beli, boleh print terus and tak payah pergi kaunter dah. So senang la. Ke ni semua orang dah tau sebenarnya? Hahahah. Maklumlaaah ongtue dah lama tak tengok wayang macam ni la. Dulu ada jugak I ambik cuti date dengan Sazli tengok wayang berdua. Last kitorang movie double date dengan Aliah and Atiq tengok Dilwale. Janam janam janaaaaam.


Rare ni dapat ambik gambar berdua dengan Sazli. Hehe.

Monday, March 14, 2016

Fish Pond at Avillion Water Chalet, Port Dickson

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari entry sini and sini pasal Avillion Water Chalet Port Dickson, harini kiter tengok gambar Shein besuka-ria berlari berkejaran ditepi kolam mengharapkan Mama untuk mengejar dia. Kalau tak kejar, dia duduk lepas tu baring tengah jalan. Memang comel sangat perangai Shein ni. Makin lama makin dekat dia dekat kolam. Sambil pandang I, kaki sebelah nak acah-acah masuk dalam kolam. Shein ni memang dia suka test macam ni. Dia usha line, I marah ke tak. Kalau tak marah, I agak Shein akan terjun. Kalau I hepp dia, dia hepp kan I balik. Tapi still mendengar kata la. Hahahaha. Gambar ni semua I ambik masa Sazli nak ambik kereta dekat tempat parking seberang jalan sana. Sementara tu, I melayan la Shein main dekat kolam ni.

I suka Avillion ni sebab banyak pokok as korang boleh tengok dekat sini. So dia macam redup and tak panas. Lepas tu bangunan dia macam bertingkat-tingkat. So I suka. But I think I like Andaman more. Tu memang best. I nak ajak la Sazli pergi Andaman. 3 hari 2 malam macam ni jugak. Sana banyak pool and also ada private beach. Takpe, tu nanti boleh bincang kemudian. Sementara waktu, kita layan dulu gambar dekat Avillion ni. I wondering, kenapa dekat KL takde orang nak buat resort best macam dekat The Datai or Andaman. Kalau ada kan best? I suka resort yang banyak pokok and banyak pool lepas tu dia guna kayu buat bangunan. I sukaaaa. 

Tapi suka kalau dia resort la, kalau dia dijadikan konsep rumah I tak suka sebab seram. Haha. Macam Sazli, dia suka open concept. Dari dapur nak ke hall lalu laluan macam gambar bawah ni. Kiri kanan kosong ada pokok. Sama macam dalam cerita Munafik tu. Taknak aku. Kalau dia buat macam ni rumah, duduk la dia sorang-sorang. Hahahaha.


Ni bangunan lain tempat restaurant, activity area and registration. Chalet dekat tempat lain. Time ni ramai orang check in and check out so counter a bit busy. Shein pon sama jugak, bizi. Bizi belari. Tu kaki sebelah pon gerak-gerak tak dapat nak snap gambar.

Tuesday, March 8, 2016

Pasal Shein (^_^)

Assalamualaikum..

Bebaru ni kan? Shein baling I dengan Ultraman dia kuat giler OK? Kena setepek dekat hidung I. Sakit wohhh! Memang berair la mata. But this time I tak nanges la macam haritu yang dia baling roti canai macam topi gradution day tu. Walaupon nowaday too many drama air mata I dengan Shein lulz tapi masa malam Jumaat tu I kental la compared to before. Shein ni bergurau kasar eh? Jenis henyak-henyak atas badan orang, kuda-kudakan badan perut tetek semua siap smack down ewah kau ingat Mama ni bantal ke? So masa haritu, I purak-purak tahik kucing menanges sambil tutup muka. Memula Shein buat taktau lepas tu I tunjuk hidung and cakap ‘Shein, my nose. It’s hurts. U did this to me’. Shein muka sudah cuak gila. Dia datang dekat I lepas tu pegang hidung I and nanges sama naik and cakap German. Macam nak tanya la, sakit ke Mama? Sakit ke?

Lepas tu I nanges lagi kuat and Shein bangun, menjerit panggil Abah pergi dekat pintu. Sayu giler menanges. Hahahaha. Tau takot? I cakap, ‘Shein come hug Mama’ and continue nanges. Lepas tu dia lari sambil nanges peluk erat I dekat leher. Lepas tu I cakap it’s ok, Mama dah ok. Dia pandang I, pegang hidung I and cakap, ‘Amma… Ni ni’. Amma pon Amma la. Janji ada bunyik. Hahaha. Lepas dia sentuh hidung I, dia sambung nanges. Lama baru dia ok. So,  semenjak dari tu I buat modal la. Asal dia meroyan mengamuk tak tentu hala, I tunjuk hidung and nanges. Dia akan stop tak kira apa pun dia tengah buat waktu tu and terus datang peluk I.


Budak Bertuah

Monday, February 29, 2016

Shein's activities over weekend (Padang Matsushita with Wakdan and Mohiz Birthday at KFC JJ AU2)

Assalamualaikum..

Sabtu Ahad lepas Shein memang puas main. Sabtu ikut Sazli pergi main bola dekat Padang Matsushita Shah Alam so dia pon sama la naik, lari dekat track and main lompat-lompat dekat tempat Lompat Galah landing tu. Ahad pulak pergi birthday Mohiz (anak neighbor) dekat KFC JJ Au2 pulak and main dekat kids area yang ada slide castle angin tu. So these two days Shein berpeluh giler sama level dengan Sazli dah. Muka merah-merah sampai sembap. Hahaha. Dah la sejenis Shein ni mana reti penat dia wei. Bila energy dia nak habes pon I taktau. Dia taknak stop pon. Kalau tak ajak balik, tak angkat memang dia takkan berenti. Dah siap main, siap la nasik satu polystyrene pon boleh habes sorang. Air 500ml dia punya sorang. Dah siap mandi boleh je dia cergas semula. Takde pulak dia penat nak tido ke apa. Boleh?

Shein ni memang jenis kuat minum air kosong. Ellis la ajar suruh bagi minum air kosong sejak dari dia kecik, kalau tak dia mana suka air kosong and dekat sekolah dia pon memang dia drink lotsa plain water. Bagus la sebab berpeluh lencun kalau tak minum air takot dehydrated pulak. Macam Shein, the most important thing, lepas dia berpeluh kena bagi dia cool down and jangan bawak masuk aircond terus. Kalau tak memang dia akan demam sebab suhu mengejut dari panas ke sejuk. Baju yang dia berpeluh tu kena lekas-lekas salin supaya dada dia tak sejuk (sebab basah). Lepas lap peluh semua, biarkan dia berlenggeng dengan diapers sekejap lepas tu baru la bagi dia mandi. Sebab tu, tiap kali keluar memang complete beg Shein I bawak baju salin, towel and shower gel dia. Senang, sebab Shein ni kalau dah dapat main tak ingat dunia so anytime tengok dia dah bau udang bak kata Shanom, mandikan ajer. 


I pakaikan sleeveless dengan seluar panjang sebab let say dia jatuh atas track, lutut dia tak sakit sangat. Last time pakaikan shorts, merah-merah lutut dia jatuh. Shein ni debab so impact dia kalau jatuh macam agak kuat la. Haha. Tengok Sazli, perut dah almost gone. Huwaaaa.

Thursday, February 11, 2016

Shein, Ubat and Hospital

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Shein dah recover 100% dari Influenza B yang sampai dia admitted dekat ward last week. Shein punya antibiotic Rochepine complete dekat hospital tapi antibiotic Klacid yang superbly pahit tu and ubat Tamiflu (for Influenza B), Shein kena ambik 4 more times at home. Memang agak huru-hara la I dengan Sazli nak mengumpan dia suruh makan sebab dia dah taknak. It was ok at first, tapi masa ada satu malam tu, I dengan Sazli takde dekat hospital lepas tu Baba and Maktok jaga sekejap so nurses yang take over untuk bagi ubat pada Shein. Dah la tengah on-drip, lepas tu nurse pegi paksa makan ubat jenis one shot tu, maka muntah la Shein and ever since that, Shein dah phobia nak makan ubat dah. Imagine dengan tangan berdrip, badan Shein habes kena muntah lepas tu lantai, cadar semua pon kena muntah and nurses take more than 20 minutes untuk tukar bed sheet and all.

Alasan, housekeeping ends at 7.00pm, boleh? Itu pon they only come and change the bed sheet lepas Bapak datang tanya balik dekat kaunter. Kalau tak, memang taknak bersihkan ke apa and expect us untuk duduk dalam muntah ni sampai housekeeping available esok pagi? Grrrrrrr.


Shein and Edelene last day before dia discharge 

Tuesday, February 2, 2016

Shein Admitted Sebab Influenza B and Positif Mycoplasma

Assalamualaikum…

InsyaAllah paling lewat by today Shein dah boleh discharge. Shein demam since Selasa lagi. Suhu dia naik memang gila-gila la sampai 43 macam tu. Demam berlanjutan dari Selasa membawak ke Jumaat. Jumaat tu, sebab lepas makan Zithromax dengan Paracetamol every 4-6 hours pun masih tak kebah, so I bawak Shein jumpa Paeds Shein, Doktor Adrian Goh and Doktor Adrian cakap admitted jer. Senang dia nak monitor. I frust la sebab dah plan nak pergi wedding Fiezul Sabtu/Ahad sesambil holiday dekat Bukit Merah Laketown Ressort dengan Dyba and Intan tapi terpaksa la kensel. Perancangan Allah kita taktau. Kita hanya merancang, Tuhan menentukan. Elok dah book semua bilik, dah excited semua tup-tup Shein demam. Menyam.

I cakap kat doktor nak masuk Ahad, tapi dia cakap ‘I’m not doing bargain with you. Shein is sick’. Amboi garangnya. Haha. Ok Doktor, I ikut cakap you. Jangan garang-garang sangat dengan I, sebab I takot. Hehe.

Petang Jumaat tu check darah Shein and turn out result, Shein kena jangkitan Influenza B and Ahad tu upgrade satu lagi virus, positive mycoplasma. Kata Doktor Adrian, Influenza B ni memang demam dia akan tinggi. Shein dapat jangkitan since 2 weeks ago. Maybe dekat sekolah, mall, park etc sebab virus ni dapat dari udara and takes about 2 weeks untuk budak demam and akan menyerangkan mereka yang mempunyai imunisasi badan yang lemah. Influenza B tidak merbahaya dan boleh dirawat di hospital. So Shein on antibiotic Rochepine and makan ubat Tamiflu (Untuk influenza) and Antibiotic oral Klacid untuk positive mycoplasma. Kata Doktor Adrian, biasa demam memang akan 2 virus attack together and tag team. Amboi kemain virus pon nak tag team.


Alolo muka Shein sedih je nampak. Time ni dia ada demam. Main sekejap, lepas tu berenti landing dekat peha and bahu. Nampak dia tak larat.

Wednesday, January 27, 2016

Shein Demam, Gym and Souled Out

 Assalamualaikum..

Masa Isnin bebaru ni, I bawak Shein pergi Kidz Sports & Gym dekat Ge Mall. Kemain Public Holiday charge dah kena RM40.00 sekepala untuk 2 tahun ke atas ok? Maaaahal. Pakkal la takde dah indoor gym lain dekat area Ampang ni kalau tak memang goodbye forever la Ge Mall. Sementara Sazli carik Lego set untuk Shein dekat Toy’s R Us dekat tingkat 4, I melayan la Shein. Main kejar-kejar dengan dia. I tengok Shein macam dah panjang giler. Membesar dekat dalam gym ni jer la since umur dia setahun lagi. Happy la dia main dekat sini. I agak, ada la setahun kot tak datang? Ke baru je datang? Entah, dah lost track. Shein kalau bawak sekali sekala datang sini dia happy la, tapi kalau selaluuuu bawak nanti dia boring jugak. Nak datang kena bagi main puas-puas. Takat masuk 30 minutes lepas tu dah taknak baik takyah. Ini semua cost!

Masa dari Ahad I dah cakap dekat Sazli, please bawak I and Shein jalan-jalan esok. Bawak Shein main dekat KLCC Park ke… Kata Sazli, dari pergi KLCC  Park baik mandi kolam dekat rumah kita je, lagi Syok kan Mama? T____T Terus rasa sebak di dalam dada. Sebetulnya orang pempuan ni kekadang menggunakan alasan nak bawak anak jalan, tapi dia yang lebih. Haha. Ala, bukan apa pon kan? Once a month pon dah cukup bawak family keluar pergi mall. Not necessary shopping, tapi makan and window shopping pon dah ok. I cakap pada Sazli, kita bawak la Shein pergi Pavilion, KLCC, The Curve tu. Biar dia kenal mall sikit. Kata Sazli, ‘Time I bola, Bubu bawak la Shein jalan-jalan main dekat Gym’. I cakap, ‘Tapi I nak dengan Uuuuuu’.  Sekian terima kasih.

Sebetulnya I paling suka Ge Mall. Kalau Sazli bawak datang sini let say for breakfast pooonnn I dah happy giler dah. Excited bukan main. Sini kedai makan dia tak la banyak mana, tempat shopping pon tak banyak tapi I sukaaa. Sini ada Cold Storage, boleh tengok sayur hijau. Lepas tu ada Pavlova dekat Alexis and parking pon murah. Toilet bersih and baby’s room comfortable. Lagipon orang tak ramai. Actually community dekat sini sama je. Korang akan jumpa orang yang sama je each time. Kira macam sedara dah semua *tetiba.


Kemain focus

Wednesday, January 6, 2016

Weekend di KLCC Park

Assalamualaikum…

Sabtu baru-baru ni, Mak ajak I teman dia beli baju dekat KLCC. Kata dia nak beli kemeja. Dia suka Vivid. I tau Vivid ada dekat Pavilion tapi I yakin jer yang kononnya Vivid ada dekat iSetan KLCC. Sekali dah sampai sana, takdeeeee. Hahahaha. Tapi naseb baik dia ada berkenan baju lain. Banyak dekat iSetan tu. Sediakan ajer duit sebab dekat sana semuaaaa ada. Mak Bapak je yang takde. Hahahaha. Mak dia suka baju yang jenis kain guni-guni macam British India tu. Kata Mak, dia kena beli baju sebab nak pergi India nanti dengan Maksu sekeluarga. Nak visit Suraya (cousin Sazli) dia ada study dekat sana, amek medic. Tumpang bangga sebab nama sama lepas tu bakal doktor. Haha. Nama sama pon kira aci ke tumpang bangga?

Konsep wanita memang asal berjalan je, baju kena ada yang baru. Baru semangat. Kan? So, kitorang gerak la lepas Asar. Plan asal petang tu memang Sazli nak bawak Shein pergi park. Tak kisah la kat mana-mana asal park. Dah kebetulan nak pergi KLCC so Sazli cakap boleh la dia bawak Shein pergi KLCC Park sementara I teman Mak shopping. Biasanya dalam beg Shein, I memang letak sepasang baju dan seluar, pampers, wet tissue dengan towel. Tapi Sazli pergi bawak keluar towel dengan seluar lepas tu ganti dengan toys sebab berat. Always jugak jadik, time bawak bekal semua tu memang tak guna terperap dalam beg sampai 2 3 tempat lain di hari lain. Bila bawak keluar jer, jam-jam tu la yang nak gunanya. Kan? Bengangggggg jer.

Masa I dengan Mak shopping, Sazli send gambar dekat group. Tengok Shein dah bersila dalam kolam dengan baju and seluar yang datang tadi half basah. Hahahaha. I gelak jer tengok. Sebab Shein nampak bulat dalam gambar tu. Kata Sazli nampak ‘tebal’. Lepas je dapat beli baju Mak, kami straight terus ke Park. Boleh tahan jauh la dari keluar KLCC depan kolam tu nak ke tempat Shein. Bapak la jauh. Naseb la I tak pakai heels. Dari kejauhan nampak Shein meniarap dalam air cetek siap baju dah basah semua. Dia nampak je I, terus kedek-kedek datang dengan bontot tonggek. Hahahaha. Dah la tebal! Dia takde kawan pon happy je mandi air cetek tu. Kata Sazli, memula Sazli bawak main dekat tempat permainan tapi dia tak tahan nak terjun kolam. Dia yang tarik Sazli pergi sana. Kata Sazli nampak ada baju salin dengan pampers dalam beg. Redah jer la. Kasik Shein happy. Jalan pakai pampers je ke kereta tu lain citer. Hahahaha.

Ko tengok la budak ni. Asal boleh je. Gambar ni la yang Sazli send dekat group WhatsApp kitorang.