Tuesday, May 27, 2014

Resepi Kek Batik Lazat Yang Simple

Assalamualaikum.

Semalam kan I cakap nak share resepi kek batik simple tapi sedap yang I belajar dari Kaklong kan? So here were go the resepi. Senang giler nak mampos. Sambil korek hidung pejam mata goyang bontot pon boleh buat. Korang kalau first time cuba nak buat, ikut macam yang I share ni jangan ubah apa-apa pon. Paham? Ikut sejibik-sejibik yang macam I share ni. Jangan nak derhaka pada resepi. Kang nanti lembik/keras/manis segala salahkan I pulak.

Cecece. Ko tengok la budak ni. Share resepi kek batik jeeee pon. Lagi nak poyo eksyen garang-garang. Hahah. Ni I bagi ikut I punya measurement tau? Tapi pada yang tak kuat manis, nanti boleh kurangkan kuantiti susu. Tapi kalau ikut tekak I, just nice. Paham dok?

Bahan-bahan

1. Buttercup yang 250 gram. Musti mau buttercup sahaja kalau nak sedap yang macam I punya ni. Kalau guna margerin ke, or daisy ke, or any other brand, rasa dia dah jadik lain. I penah try guna jenis lain dulu. Memang lain rasa dia. Tak sedap macam version ni.

2. Susu pekat manis any jenama. 1 tin. But kalau nak kurangkan manis boleh bubuh 3 suku tin pon ok. Tapi I, I suka satu tin. I guna F&N sebab atas dia senang nak bukak tak payah tebuk guna pisau. Haha.

3. Milo sepeket kecik. Korang pergi mana-mana kedai beli sepeket kecik tu. Guna habes. Ada orang suka tambah sesudu Nescafe segera and serbuk koko as well, tapi sebab ni kata resepi paling mudah takyah la nak serbuk koko Nescafe segala. Dah sedap dah pon.

4. 2 bijik telur. Ada beza kalau tak bubuh telur dengan bubuh. I suka yang bubuh telur sebab lagi lembut. Kalau tak, dia keras sikit macam makan milo keras masuk angin. If nak bubuh vanilla essence sesudu pon ok. Tapi I tak letak. Nak beli sebotol vanilla essence pastu guna sepenutup pon menyampah jugak.

5. Sepeket biskut merrie flavor original. Dulu I suka guna cap pingpong. Tapi sebelum nak prepare, I kena anginkan dulu bagi dia lembut, or else dia akan keras skek. But semalam I guna jenama Munchy’s lembut je. Tapi dalam gambar jenis Julie’s. Haha. Biasa la. Tamak. This time I guna Munchy’s tau?

6. Susu tepung/oats/nestum. Yang ni optional. Nak letak atas sekali je. Nak letak takpe. Taknak takpe. I suka kalau letak nestum peket 3 in 1 tu. Tapi semalam dah habes stok dekat rumah so I letak susu Shein je. Pon sedap. Lepas makan terus jadik bijak sebab sel-sel otak berhubung. Bukan macam Amran tu. Selenga je. Geram.

Banyak sangat penerangan dia kan? To make it simple. I buat summary.

1. Buttercup 250gram
2. Susu pekat manis 1 tin
3. Milo sepeket kecik 200 gram
4. Telur 2 bijik
5. Biskut Marrie perisa original sepeket 300 gram

Cara Membuatnya.

1. Memula cairkan buttercup. Tengok api. Slow je. Kalau tak nanti butter hanget.

2. Bila butter dah cair, masukkan susu pekat manis satu tin. Godak-godak sampai mesra bob mesra af2.

3. Bila susu and butter dah campur mesra masukkan milo sepeket. Kacau kacau sampai tadek bergentel. Api mau kecik ok? Jangan guna api besar nanti hanget. Dah dua kali pesan ni kalau tak ikut jugak tatau la.

4. Pecahkan dua bijik tulur dalam mangkok. Sebab takot kalau masukkan straight away sekali telur busuk ke? Nanges la ko kat situ kan? Pastu tangan kiri kacau kacau kacau and tangan kanan masukkan telur sikit demi sedikit and keep on stir sebab takot telur masak nanti jadik ketul-ketul pulak.

5. Bila semua dah sebati, masukkan biskut marrie yang korang patahkan-patahkan 3 or 4. Jangan halus-halus sangat nanti hancur. Patah 3 or 4 just nice. Biar semua bergaul sebati and menyalut every biscuit.

6. Dah siap semua, masukkan dalam bekas. Masukkan semua. And lepas tu padat-padatkan. Baru la cantik nanti time potong nampak lapis-lapis dia. I amek plastic bersih salut pada tangan and tekan-tekan bagi padat Boleh tahan panas jugak. Ada orang letak biskut selapis, adunan coklat selapis. Pastu biskut balik sampai la habes. I tak merajin.

7. Lassst sekali, taburkan la susu or oats or nestum on top. Tanak letak pon takpe. Dah cukup sedap dah. Siapppppppppppp!!!

Masukkan dalam peti and tunggu la sejuk. Nanti time nak potong kena guna pisau tajam tau? Tekan sampai kebawah. Yang ni korang akan dapat chocolate yang banyak. Meleleh-leleh coklat dia. If nak tambah lagi suku peket biskut merrie pon ok. Nanti rupa dia ok la sikit tak bersememeh dengan coklat. Tapi sebab Sazli suka yang banyak coklat macam ni, I letak sepeket je biskut.

Senang je kan? Balik ni korang buat. Nanti bagi suami makan. Kompem suami sayang. Hahahahah. **Goyang-goyang bontot. Pada yang mengada suruh I jual la apa la meh lempang nak? Jangan nak mengada. Buat je sendiri. I merajin ni sebab mood merajin sampai. Kalau mood memalas, I sanggup berlapar kunyah kaki dari masak. Serius. Tak tipu.

-EnD-



Kek batik ni I dapat buat satu bekas. Tapau untuk Saz bawak pergi office, bagi mak, bawak pergi office untuk Kaklong, Ira, Dyba, Intan and Fiezul rasa. Kata Fiezul, sedap sangat ni Kaksu, takkan la Kaksu yang buat kot? T___T Kejam. Dia sedap sebab resepi dia. Bukan sebab lain. Heeeeeee :D

Bahan-bahan nak buat. Sikit je pon. Tapi hasil dia sedap.

7 comments:

::NaS:: said...

Kaksu, susu pekat manis tu 1 tin bape gram? Kat tmpt saya ni ada jual brand indomilk je, indonesia punya, tp 1 tin tu390gram. Sama ke?

Chooyaya! said...

::NaS:: Lebih kurang dalam 450-500 gram. Yang tinggi sikit. Tapi yang 390 gram tu pon ok jugak kalau tak kuat manis

emmireld babystore said...

jom tengok baju raya comelll-comellll : BAJU RAYA 2014

Nur Zayyani Liman said...

hi there..sempoi je tulisan u..ooo baru tau kenape nak kene gune telur..bagi lembut sikit kan..yelah..kdg2 tu memang klu i buat..keras sikit..sbb tak pakai telur..anyway..nice tips..and memang senang resepi ni..thanks!!

Nur Zayyani Liman said...

nice tips dear..telur untuk lembutkan kek batik tu..yelah..sometimes memang rasa keras klu tak gune telur..

Kirana Sari said...

sedapnyaaa...bole tak susu pekat nak ganti susu segar?

thanks,
Resepi Ayana

Chooyaya! said...

kirana sari : tak boleh. mmg kena guna susu pekat

nur zayyani : ha a. kalau guna telur akan jadik lembut. next time u masak ni cuba letak telur ok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...