Assalamualaikum.
Sabtu Ahad kitorang balik Jengka. Dapat bukak puasa
dengan seisi keluarga on Saturday tu. HAPPY sangat! Walaupon rumah dah macam
tongkang pecah and bising giler gegak gempita dengan kanak-kanak (Sasha, Kaseh,
Amsyar, Shein and Aiman – Ketua) tapi redha. Haha. Bola ada dua bijik. Satu
kecik, satu besar. Kaseh, Aiman and Sasha main sepak-sepak bola ganas giler
guna bola kecik sebab Shein taknak mengalah dengan bola besar. Shein sebok nak
join, tak sedar yang dia terlalu kecik. Dok menyebok jugak la lari kehulu
kehilir. Dah la debab. Bila dia lari, pipi dia goyang-goyang sama naik dengan
tetek dia jugak. Haha.
I serahkan tugas monitor Shein pada Sasha je. Just
makesure Shein tak terjun tangga or membahayakan diri. Bagi upah RM5.00 setel.
Dalam pada setel tu, sempat jugak Shein curah air katira dalam mee goreng. Dah
la mee goreng tu sedap dan sikit. Haha. Tabah jer la. Sazli tanya, ‘Mee goreng
ni memang ada kuah hijau macam ni ke?’ Pastu Sasha kata, Shein curah air katira
dalam mee tu. Dia peluk bekas air tu. Sebab bekas tu besar. Haha. Nasib tak
tumpah semua. Kalau tak kempunan air katira dengan mee goreng jugak.
Shein dia kalau nampak apa depan mata, dia rasa nak
lari dia lari jer. Takde der dia nak elak ke apa. So konsep nak makan berhidang
dekat kampung bila ada kanak-kanak memang tak digalakkan la. Dah la dorang sama
sebok. Orang makan, sebok nak makan sama time berbuka tu. Macamkan lapar sangat. Tapi tu
sebenarnya yang buat meriah. Anyway Shein. I love U so much! Walaupon Shein
suka main kasar gigit badan merata tapi takper, I still love U. Thank you sudi
jadi anak Mama.
Kaseh dengan Sasha tengah tengok Upin Ipin kat Ipad. Shein tumpang sekaki. Memasing tak pakai baju sebab kampung panas. Semua ni sepupu. Kaseh anak Kaklong. Sasha anak De. Shein anak I. (Tu pon nak bagitau)
Update pasal Kelabu. Dia dah meninggal. Sedih sebab
tak sempat nak jumpa dia for the last time. Kata Mak, start dari Khamis tu dia
dah tak selera nak makan. Air liur dia meleleh je. Memang dia nazak. Kata Mak,
memang Kelabu nak jumpa Mak sebelum dia mati kot? Sabtu tu masa balik kampong Mak
bagitau dia dah tadek. And dia dah remind semua orang, lepas ni jangan bawak
any kucing dalam rumah dah. Mak taknak. Nanti bila hilang atau mati, dia sedih.
Berehat la Kelabu. Tadek jodoh kiter nak raya
sama-sama. Al-Fatihah.
-EnD-
No comments:
Post a Comment