Friday, July 11, 2014

Happy Birthday Kaklong!

Assalamualaikum.

Happy belated birthday Kaklong! Semoga panjang umur dan murah rezeki. Birthday Kaklong 9th July bebaru ni. Biasa birthday dia I belanja makan time lunch. Tapi sebab jatuh bulan puasa, so tadek makan-makan. Postpone sampai lepas raya ok kan Nyonya?

Kata Kaklong, dulu masa kecik-kecik dia yang jaga kami adik beradik. Arwah Kak Ngah, De dengan I. I paling kecik. Beza umur I dengan Kaklong 14 tahun. Maknanya time dia remaja dalam 15-17 tahun tu, dia kena jaga I yang baby lagi. Kata Kaklong, dia tadek life sebab nak jaga adik-adik. Mak dengan Arwah Ayah pergi menoreh so dia la kena kemas umah, masak and bagi adik-adik makan.

Untuk adik-adik yang besar, kata Kaklong senang nak bagi makan. Goreng telur pastu buat sambal tumis. Hari-hari makan sambal tumis sebab kan dulu susah? Pastu blender mana ada. Kalau buat sambal kena la giling. Naik pijar tangan. Mesih basuh pon takde so kain baju semua dia basuh tangan. Umur 14 tahun dah pandai buat semua menda. Sebab adik-adik beratur 3 orang dekat belakang untuk disuap.

Kata Kaklong, kekadang dapat la dia jalan sekejap main dengan kawan-kawan. Baru 10 menet nanti Mak tarzan panggil dari rumah. ‘Linaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa balikkkkkkkkkkkkkkkkkk!’. Asal lambat sampai rumah tali pinggang higgap dekat badan. GF I dulu garang woooo.

Kata Kaklong, dulu selalu masa I baby, dia bagi makan biskut mayat tu. Sebab I tadek gigi, so kena kunyah-kunyah dulu biskut tu and later suap I. Dia cakap I macam burung. Tak habes kunyah I dah nganga. So kejap kang Kaklong kunyah biskut, kejap kang Arwah Kak Ngah. Geleman I bila ingat balik. Haha. Dengan De dorang tak kawan sangat sebab beza Kaklong dengan De pon jauh. 8 tahun. Dia kamceng dengan Arwah Kak Ngah. Lagipon De kuat mengadu. Sikit-sikit, 'Makkkkkkkkkkkkkkkkk tadi kannnnn, Kaklongggg kannnnn, dia kannnnnnnn'. Macam tu.

Dulu kan tadek permainan? Kiter orang susah untuk beli permainan. So Kaklong nak main-main dengan I dia bawak la I naik kereta sorong yang Arwah Ayah guna untuk angkat kelapa sawit. Bila langgar akar pokok kuini yang Mak tanam tepi rumah, nanti I ketawa sebab terhentak. Entah macam mana, tolak punya laju sampai terhentak kuat langgar batu. Berdarah la mulut I, so Kaklong pon berbirat la dapat tali pinggang kena libas kat belakang.

Kaklong sebagai Kakak Sulong banyak sacrifice untuk kami adik beradik. Mostly sebab jaga kitorang la. Bila malam, I nanges nak susu. Kata Kaklong punya la ngantuk. Mak suruh buat susu. “Lina, buat susu adik”. Lepas tu kata Kaklong dia mengantuk so pejam mata je buat susu. Kekadang air ada semut pon hentam je. Masukkan susu pon terkeluar-keluar. Lepas bancuh susu, dia baling je dekat dinding. Kedegangggggggggg bunyik. Nanti I merangkak la carik susu. Lepas tu minum crooot croott crooot. Lepas angin. Hahaha. Sian I kan?

Kata I, ‘Sampai hati ko kak baling je susu dekat aku’. Kaklong cakap, 'Naseblah. Aku pon ngantuk. Kira ok la aku bangun jugak buat susu.' Hahahha. I pon dah pandai dah. Asal Kaklong baling susu, kena dekat dinding and bila I dengar, I pon akan merangkak carik susu.

Mak bangun awal, sebab nak menoreh denagn Arwah Ayah kan? I jenis tido suka pegang rambut Mak. Rambut mak smooth and silky. Rambut Kaklong dawai besi. Nanti Mak mintak Kaklong tukar tempat dengan dia. So bila I pegang rambut rasa lain, nanti I nanges la. Mak ingat teori dia berjaya. Tapi dia taktau dia gagal. Haha.

Kaklong jenis suka buat experiment. Menjahit baju la. Habes baju-baju lama Mak Kaklong gunting nak buat baju kurung. Mak kata, tau-tau baju dia hilang je. Tengok-tengok ada bawah katil. Kekadang Kaklong bakar biskut. Bila Mak balik, kelam kabut mengemas. Sebab menoreh kan kiter tak tau timing dia. Kekadang cepat siap, kekadang lambat.

Kalau ingat balik, kelakar pon ada. Sedih pon ada. Apa-apa pon Kaklong, untuk semua pengorbanan yang ko dah buat untuk kami adik-adik ni, terima kasih banyak-banyak. Kaklong mewarisi sikap Arwah Ayah. Kelakar dan sabar. Mana nak dengar dia marah? Memang tadek. Pastu dia kalau kiter tanya, jawapan dia ada-ada je. I dulu masa duduk serumah dengan Kaklong (Masa memula datang KL), Abang Long sampai merajuk la. Sebab kami memang jenis bergurau setiap masa. Tak peduli orang lain dah. Memang kamceng.

Now pon, I kerja sama dengan Kaklong. Dia kekadang keluar jugak la makan dengan kitorang. Berebut dengan Intan nak duduk dekat depan. Kalau pergi Kaklong dah duduk depan, nanti balik dia kena duduk belakang. Pastu Intan dengan Kaklong kalau jumpa memang bangang la. Sebab dorang suka main dialog-dialog filem P.Ramlee. Semua filem dorang hafal.

Haritu kata Kaklong, ada officemate dia tanya,

‘Kak, kalau bulan puasa ni kiter kumur-kumur batal tak puasa?’

‘Tak’

‘Kalau kumur-kumur dengan air coke?”

‘Tak batal. Kumur-kumur takpe. Jangan telan dah’.

Hahahahahahah bangang kan? Yang tanya bangang, yang jawab pon bangang.

Untuk Kaklong. Happy 47th birthday. Nanti tahun depan kalau ko masuk geng kitorang untuk birthday charity baru ko boleh dapat hadiah. Kata Kaklong dia nak join. Nanti boleh dapat charm Pandora. Tapi dia pesan, sapa yang dah dapat tu, kalau nak resign, tunggu la lepas birthday Kaklong eh? Kalau tak susah la nak collect duit. Hahahhaha.


-EnD-


Kaklong, Abang Long, Sasha and Kaseh.


Kaklong and GF I. Kompem eh bukan anak angkat? Haha. Kaklong ikut Arwah Ayah. Putih and muka macam Cina.


Shein and Kaklong dengan hospital. Time ni Shein admitted. Shein menonggeng, Kaklong pergi Intai. Haha.



Time kitorang main volleyball. Kaklong macam cina kan? Sebab tu I panggil dia Nyonya.


OTW Nak pergi Pasar Malam.


Tonggek lebih nampak? Sebelah kiri I tu De.


Wani, anak kazen I. Intan and Ira. Dyba tadek balik kampung. Time ni wedding Along.

6 comments:

Mimy Hamid said...

ko ni sue drama betul citer..tp aku baca sampai habis....ptt la kak long selalu dgn intan...satu opis rupnya..ko tgk aku dah hafal watak ...kekekeke

Capt Lalok said...

intan ada di mana-mana..hehehehehe

Chooyaya! said...

Mimy hamid : Hahahah. Kitorang satu opis la Mimy.

Chooyaya! said...

Capt Lalok : Dia memang. Mana-mana pon ada.

Anna Dayana said...

hahahha

kata kak su kalau ada di mana-mana namanye Wasini.. so Intan Wasini le...

Shiera Abdul Rahman said...

Hahahaha... tak tau nak kate sedih ke kelakar entry kaksu yg ni. Tp mmg best! Tetiba gelak sorang2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...