Assalamualaikum…
Selepas 24 juta
tahun tak jumpa dengan bebudak ni, finally Jumaat malam kitorang dapat lepak
sama for dinner. So Jumaat malam tu ada Aliah+Atiq+Altaav, Kidd+Hani,
I+Saz+Shein. Rish tak dapat join sebab kata dia Fruz ada hal dekat luar, nak
jumpa orang malam tu. I tak percaya Rish! You memang sengaja taknak datang kan?
Hahaha. Rish poyo giler, kata dia. ‘Ala, I nak jugak jumpa Su. Sebab Raisa pon
nak masuk jugak dalam blog’. Poyo. Dia bajet blog I follower 23k macam Yuyu
Zulaikha agaknya.
Esoknya baru
la kitorang lepak lagi sekali plus Fruz+Rish+Raisa. Tapi itu esok la baru I
update. Harap Rish bersabar untuk tengok muka Raisa dalam blog I ni. Kepada
Mira jangan nak kecoh kelapa remind I kononnya I taknak makan sedap dalam
tempoh 2 bulan. Ini semua kejadian sebelum peristiwa rambut kenteng Shein kena
potong dengan Mamak Aney Barber Ampang Jaya. Grrrr. Sakit hati pulak kalau ingat
lagi sekali. Nyampah.
Kitorang
memula plan nak makan dekat Daidomon Ge Mall (Japanese BBQ Buffet). Tapi kalau
dah kitorang pon sampai pukul 9.00 malam, lepas tu restaurant last order 9.30
malam and close at 10.00 malam acaneh nak makan? Dah la BBQ. Tak melecur pulak
tekak memasing kan? So tukar tempat. Ingat nak makan dekat Alexis tapi malam tu
ada performance artist so dorang close kitchen ke apa entah maka tak jadik
jugak.
Bebudak ni
berbunyi nak makan dekat Espresso Lab I tak setuju sebab coffee kat situ poyo
mahal nak mampos. Lagi mahal dari Starbucks. Geram jer yang nak mahal-mahal
sangat kenapa? Nak makan dekat Cozy House always la penuh and tak baby friendly
so kitorang plan nak makan dekat Penang Village.
Bila naik
tingkat atas tetiba Sazli nampak Kiku Zakura, maka kensel la Penang Village and
terus ke Kiku Zakura. Yayyyy!! Makan Jepun jugak. Jadiklah dari tadek. Dekat
Kiku Zakura ni makanan dia sedap jugak it just tak banyak sangat variety. Tapi
boleh la dari tadek. Kan? Bagus GE Mall banyak tempat makan, lain kali mohon
letak Delicious, Sakae Sushi, Madam Kwan, Sould Out etc. Lagi bagus. Nak lagi
bagus letak Fikcles terus. Haha. Senang skek kitorang. Balik lewat pon takper,
tido sana je terus. Haha.
Dah. Layan jer
la gambar ni. Tunggang terbalik. Malas nak susun. Naseb laaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Hahahaha.
Aliah bebel-bebel marah dekat anonymous yang komen kasar dekat I pasal home-birth. Lepas tu kata I, 'Takat pung-pang kat sini baik takyah la Lia. Pergi la komen dalam entry tu'. Tapi dia tak layan. Terus macam ketapi bercerita dekat Hani. Nyampah. Haha.
Altaav dengan Shein bila jumpa Kidd, takyah ada Daddy memasing pon takpe. Takde hal. Sebab Uncle Kidd dorang ni rajin melayan.
Amboi dua orang ni siap bersuap-suapan. Jeles Mama.
I dengan Hani makan Ajisai Bento. Sedap and puas hati. Semua ada dalam set ni. Mak Bapak je yang tadek.
Ini sashimi ikan apa ni? Tanya Saz. Kata Atiq, 'Ikan Talapia'. Hahaha. Sesuka hati jer. Yang ni Atiq bagi Saz rasa. Dua helai jer. Hahahaha.
Hana Maki dekat Kiku Zakura ni thorrrbaek! Berhelai-helai salmon dia. Puas hati giler. Yang ni harga dia RM20.00
ABC Jepon. Ni Shein punya je ni. Bukan makan pon. Dia buat main masak-masak. Blasah la Shein, janji ko tak meragam.
Sekapal ni Atiq makan sorang. I tak rasa pon ikan ni. Ngeri.
Ni favorite. Aliah ni Mana-mana Japanese Restaurant dia akan order ni. Apa entah nama. Saisaki ke? (Sesuka hati)
Hani and Kidd. Kelakar bila dengar Hani cerita Kidd takot naik kapalterbang. Sebenarnya sekarang semuaaaaaaaaa orang takot naik. Atiq dengan Lia je yang tak takot. Dorang nanti bulan 4 nak pergi Europe. So korang sapa nak kirim handbag boleh contact Lia. Dorang jual dengan harga sebenar boutique jual. Tadek mark up. So apa lagi, kumpul la duit dari sekarang.
Muka redha Saz dapat ikan dua helai dari Atiq. Hahaha.
Kitorang
paling last balik. Waiter Cina tua yang selalu carik pasal dengan Aliah dah
jeling-jeling kitorang tapi kisah pulak la kitorang kan? Hahaha. Kitorang buat
keras je. Shein dengan Altaav plak performance bagus giler. Dua-dua behave maka
seronok la mak bapak masing-masing bercerita hal masa muda remaja. Sazli blah
awal sebab dia ada nak jumpa kengkawan Teknik Kulim pulak. So I balik dengan
Kidd and Hani. Shein ok jer. Tadek pulak dia nanges time Abah dia balik dulu.
Lepas tu elok
je jalan pimpin tangan dengan Kid. Ewah engkau? Menyirap je I tengok dia. Dalam
kereta Shein dah half settle. Balik rumah, I layan Maharaja Lawak Mega.
Sedar-sedar Shein dah sampai Hongkong. I had a great time with them. Patut lepak
macam ni buat sebulan sekali pon takper. Ni 23 juta tahun baru nak jumpa. Nyampah.
Nanti Sabtu minggu depan kitorang ada make up party dekat rumah Ongkaya (Aliah)
Hope ramai la WAGS Wakdan yang dapat join.
-eNd-
2 comments:
Tadek sorg pun comment pos ni maksu. Ternyata readers u x hingin nk tau psl kitorg. Hahahaha.. hamboiii siap tulis psl i xnak komen kt blog ek.. bkan xnak komen.. ustaz i ckp jgn layan org bodoh.. nnt kita pn sama bodoh. Hahahah
Btw nama makanan i tu beef SUKIYAKI. Sesedap rasa jekk saisaki. Hahaha.. tp sukiyaki kt sini i x recommend. Sbb daging dia x sliced n kuah dia pn so-so. dia x letak pn lilin mcm masak2 tu Means after a while dia sejuk. Lg sedap kt zanmai. So korg yg belum try bole la try sukiyaki ni. Dlm set ni ada telur yg belum masak. Korg jgn la letak telur tu rebus dlm bowl tu. Cara mkn dia is amik daging sliced dr bowl tu, celup dlm telur x masak tu (kacau dulu telur tu) pastu ngaaappp... sedap kawwww...
Eh aku dh buat post review sukiyaki kt blog org eh? Sorry maksu... nk uwetttttt
Post a Comment