Friday, January 2, 2015

New Year Lunch at Bubba Gump Shrimp Co.

Assalamualaikum.

Semalam memang terisi la masa I and Family punya New Year. Kata Sazli, jom kiter bawak Mak makan udang nak? Mak kata dia makan udang lada kering paling sedap dekat Hong Kong. Eksyen betul. Geram jer Sazli. Haha. Dia taktau kat Malaysia pon ada restaurant yang menu udang dia superb? So kitorang pon bawak la Mak pergi Bubba Gump The Curve.

Bapak takde. Dia balik Kedah jaga Tok. Masa dalam whatsApp group kitorang bakar-bakar dia bagi gambar, lepas tu bila dia tanya, 'Syoknya, hangpa kat mana tu?' Semua orang tak sampai hati nak jawab. Haha. Bapak pon dia bukan berapa nak enjoy keluar lepak makan macam ni. Dia suka golf je. Vacation takde golf pon dia kata chemuih. Naseb ada Shein je. Mau la Bapak join kami jalan sekali-sekala. Kalau tak sekian harapan la dia nak pergi shopping mall macam ni. Ongtueee sangat Bapak! You kan hensem lagi. Jangan la ongtue sangat tak suka shopping mall!

Jangan Sazli dah tua macam tu jugak dah la. Kena la dia redha dapat isteri kaki jalan. I sama macam Mak Azizah and Mak Naemah (GF). Kitorang woman rulesssss. Demam ke apa, janji shopping InsyaAllah semua boleh bawak bincang. Hahaha. Lepas tu konsep kalau pergi Mall, kena bawak balik sehelai baju paling koman. Kalau tak macam sedih dan sesia. Orang lelaki tak perlu paham konsep ni. Ok? Jangan tanya kenapa nak kena beli, kenapa kenapa kenapa. Redha je tak boleh ker?

Kitorang sampai dalam 12.30pm just nice memang waktu tengah lapar. So apa lagi, order tak hengat. Mak kata dia nak makan nasik and nak makan banyak. Sazli kata, 'Take your sweet time Bubu, jangan kalut. Makan je. Nanti I jaga Shein, You teman Mak shopping'. Ya Allah, suami sapa yang sweet sangat ni? Baaaaaagusssss. Sekian dimaklumkan sebab Shein huru-hara kalau dekat Shopping Mall. Jakun sikit perangai dia. Original People sangat Shein ni. Haha.

Sementara nak dapat makanan drama Shein dah macam-macam keluar. Orang peratikan aje kitorang tapi lantak ahhhhhhh. Bebudak memang la macam ni. Dia kalau duduk serumah dengan Shein, baru dia tau la perangai Shein macam mana. Takyah nak jeling-jeling kitorang. Jolok bijik mata tu baru tau.


Must order tiap kali datang ni. Sedaaaap sangat udang ni!


The best tacos yang I pernah makan. Lagi sedap dari Chilli's punya. Korang kena order ni ok?


Mushroom stuffed with crab-meat. Perrrrghhhh. Kegilaan apakah ini? Dengan mushroom tu size debab macam Shein. Pengsan.


Ni complimentary. Maknanya dapat free for kids. Yang ni is Fish & Chips. Lepas tu dapat jelly kaler biru. Shein makan dengan dipping sos. Apa rasa entah. Asalkan dia bahagia. Air kitorang pilih apple juice. Shein tak minum pon. Dia buat kacau-kacau dengan straw lepas tu buat experiment masukkan sos la apa la. Headache Shein, headache!


Thank Sazli and Mak belanja makan. Semalam I jadik adviser Mak untuk beli baju. Dia kata nak pergi holiday nanti bulan 2. Tapi tempat dirahsiakan. Suhu dalam 10 darjah macam tu. Vacation ni dirahsiakan sebab sekarang Sazli kata, dia taknak naik flight. Takot terhempas. So plan holiday tahun ni kira gone ke macam mana? T____T


Sepet sangat mata. Kesian.


Budak ni nak bagi dia diam, hulur je la eskrem milo. Setel. Cuma I la tak larat nak lap lap lap. Belemuih la. Kesah pulak dia kalau restaurant kata, 'No outside food allowed'. 


Dah penat duduk, nak berdiri. Tu yang depan dia tu tempat baked mushroom stuff tu. Dia campur dengan dipping sos and eskrem milo. Nampak bahagiaaaa sangat Shein. Takper la. Asalkan kau bahagia anakku, emak jugak tumpang bahagia. **Tangan kebahu, mata keatas.


Bubba Gump Shrimp Co still dalam mood Christmas


Dekat tetengah lobby ada performance. Seronok la Shein sambil mulut tak habes-habes bebel bahasa German.


Tengah-tengah melayan Shein tetiba ada orang cuit dekat belakang. Aisyah rupanya! Kurusnya Aisyah.... Korang kena la cuba Rejuvy yang I promote tu, sebab Aisyah ni pengguna tegar Rejuvy. I tengok dia slim, makan hati sangat.

Habes makan, I teman Mak shopping. Sazli pulak jaga Shein. Shein main kereta la apa la. Lepas solat Zohor hujung waktu, tengok Sazli tengah tolak Shein dalam stroller. Shein dah tidooo. Kata Sazli, dia biarkan je Shein main puas-puas. Sampai dia pandang orang menung je maknanya dah ngantok sangat. Letak dalam stroller, sumbat susu and gone case. Hahaha. Sian sangat Shein. Lepas Sazli solat Mak ajak coffee and ice-cream pulak.

Siap makan ice-cream boleh lagi dia berenti kedai jual baju kat lobby tu. Perrrghhh Mak lagi dasyat dari I. Kata Sazli, I dengan Mak pantang nampak 'pekan' (cakap Kedah). Mesti meroyan. Hahaha. Sampai Ampang kami tapau nasik arab for dinner lepas tu baru balik rumah.

I had a great time with them, Macam ni la I suka. Boleh makan sedap, anak Sazli jaga, shopping sesambil. Hahahahhaha. Sazli la asyik cakap penat. Anjerrrr angat... Malam tu lepas maghrib, Sazli gone case. Terus tido. Tapi bangun pulak pukul 10.00pm sebab lapar. Hahahha.

Sorang jer yang tak reti penat. Sapa lagi kalau bukan Shein? Jalan seharian pon selamba je tido pukul 11.30 malam. Betul punya Otomen Shein ni. Fengsan emak dengan abah kau berkuntau Shein. Semalam kena cepuk sekali dekat tangan sebab dia silatkan mangkok nasik goreng yang I suap dia. Nanges la kejap. Lepas tu bersilat balik. Haha.

-eNd-

7 comments:

Aishah Kamal said...

Shein comel.. Comel je tgk dia diam duk tgk show tu. Stended la tu sue budak2 melasak..(tula satu sebab kenapa i kurus..wakakaka).

Amanda Suria said...

lama x makan kat situ...lama jugak x singgah sini...dah besar dah si bujang tu...

rini.borhan said...

haha.. kan..orang laki selalu tak faham kenapa kita keluar mesti nak kena ada beli something.. kalau kita tak beli pape memang balik umah rasa penat gila..kalau dapat beli rasa tiap mggu kene kuar gi mall..

shein ni cute la..

@rini.borhan

Chooyaya! said...

aisyah kamal : yerla... hope lepas ni dapat baby girl. kalau lepas ni baby boy n macam shein jgk, mmg la i kurus mcm u chah. haha

amanda suria : ha a. dah besar lonjong nak tawen dah. hehe

rini borhan : haaaa exactly!

eda said...

masa kasu up kat fb kabo mkn kat bubba gump , eda dh nekad kan hati tanak bukak blog kasu , nak tggu lama lama sket biar entry bubba gump neh lepas ke belakang .. i hetchu ... eda suka udang tuuuuuuu !!!!! huwaaa

intan , jom kita g mkn bubba gump berdua nak ?

p/s : eda upload gmbo sushi kat kasu, kasu buat tatau je .i hetchu u lagiiiii !!!!!!!!
sambil mkn sushi tu , sambil eda teringt kasu tau ... i hetch u !!!


p/s/s : rerasa haters kasu tu kata eda neh haters jugak tak ?????

Mimy Hamid said...

lain kali aku gi bubba gumpa aku take note entry ko ni

Chooyaya! said...

Eda : takyah la kau nak buat cerita sedih eda. kaksu tak kesian ponnnnnnnn

Mimy Hamid : Ok, ko memang kena try. sebab sedap udang dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...