Thursday, June 25, 2015

Satay Madura Sedap Di Ampang. (I love Ampang)

Assalamualaikum…

Semalam masa on the way nak pergi ke Flat Taman Dato’ Ahmad Razali tu, I dah berdebar-debar sebab takot kalau Abang Motor jual Satay Madura/Satay Indon tu takde. Masa nak masuk simpang I dah menjerit melompat dalam kereta, pastu Sazli kata, ‘Bubu adaaaaa!’ Eh, tetiba Sazli sama excited. Kelmarin masa orang ajak eksyen bukan main. Cakap nafsu la apa la. Pui! Tak sempat nak berenti kereta betul-betul I dah terjun keluar. Hahahaha. Bongok giler. I tanya abang satay tu, dia ada hari-hari ke? Kata dia, dia memang ada hari-hari. Open business dari pukul 4.00pm sampai 9.00pm every day. I tanya dia, naper tak jual dekat Bazaar Ramadhan, kata dia nanti regular customer dia carik dia dekat sini, kalau tadek kecewa pulak. Betul jugak kan?

Abang tu orang Indonesia. Dia meniaga guna motor yang dimodified jer. I tengok dia buat kerja pantas. Zup zap zup zap dah siap. I duduk je dekat sebelah dia tak gerak-gerak. Walaupon kena simbah muka dengan asap pon takpe. I redha.  Sebab I memang nak sangat-sangat makan Satay Madura ni. Dah kat tekak dah. Memang semalam kata la kalau tadek, I memang nanges and taknak makan menda lain dah. Kitorang beli Satay Kambing 15 cucuk. Satay Ayam 10 cucuk. Satay Kambeng for me and Sazli and Satay Ayam for Mak and Bapak. Harga dia RM1.20/cucuk untuk Satay Kambing and RM1.00/cucuk untuk Satay Ayam.

I agak, harga dia agak mahal tapi bila makan, puas hati giler! Kuah dia pekat, rasa dia perfect! Yang Satay Madura dekat Ukay Perdana dia letak asam limau kasturi, yang ni tadek. Tapi still rasa dia untuk tekak I is superb! Yang penting, harini nak repeat lagi beli. Lagipon John terliur tengok I letak gambar dalam FB pagi-pagi. Dia kata kalau letak petang boleh la tahan. Ni pagi-pagi dah letak. Berbuka kan lambat lagi? Hahahahahha. Lawak la hang John. Macam budak darjah satu. Satgi Lie bawak kat hang Satay ni, hang bagi aku upah. Aku tak kira. Hang bagi la apapa, janji ada. Kalau hang tak bagi upah, lepas ni aku takmau dah tapau makan kat hang. Ok?

Satay Kambing Madura di Flat Taman Datok Ahmad Razali, Ampang


Yang ni Satay Kambing. RM1.20/cucuk. I mintak nak pedas, Memang ummppph!!!


Yang ni pulak Satay Ayam. RM1.00/cucuk. Untuk Mak and Bapak so pedas mild. Also sedap! Ayam dia lembut jer.


Made to order. Maksudnya bila kiter nak, baru dia bakar. Tengok la satay dia debab-debab. I makan 10 cucuk semalam. I memang hebat.


Ni satay yang dah siap diperap and tinggal nak bakar jer.


Kuah dia ialah kacang yang di blender halus. Campuran dia I tak sure. Nanti dia letak dalam kertas minyak tu, campur bawang dengan cili blender tu and kicap satay. Mix mix mix lepas tu done! Satay dia letak terus dalam kertas minyak tu so nanti dia campur mesra dengan kuah. Mak hai, sedap. I tulis ni pon telan ailio.


Ni la motor Abang Satay tu. Dia meniaga atas motor jer. Intan, Dyba, Sarah, 'Izah jom la kiter meniaga satay macam ni. Kaksu tukang cashier. 'Izah tukang bakar. Intan tukang amek order, Dyba tukang kemas meja. Haha. Kiter punya bisnes up la sikit. Ada meja tempat makan. Sini sapa nak makan kena duduk tepi longkang. Sian sangat.


01116821904 Satay Kambing/Ayam. Kalau korang nak datang and taknak kecewa, call la dulu. Tanya dia bukak ke tak kedai. Ok?

Lokasi Abang Satay Madura ni dekat Flat Taman Dato’ Ahmad Razali. Dari Ampang Point, terus je. Belah kiri nampak De Palma Hotel, lepas tu Tiara Condo. Straight lagi. Lepas traffic light kedua, korang akan nampak Flat ni. Pastu masuk kiri and carik la Abang Satay ni dekat sini. Sazli dari semalam tak puas hati sebab Flat ni ada reban ayam dekat luar. Sesuka hati buat reban ayam dekat tepi jalan. Ini Ampang la! Bukan Jakarta. Sini ramai orang Indonesia duduk. Tu yang tetiba ada reban ayam dekat tepi jalan. Boleh? Cleaner baik dekat office ni pon duduk sini.

I suka sangat makanan Indonesia. Ayam Penyet pon lagilah I suka. Pempet pon I suka. Nanti nak pergi Indonesia, nak makan jer. Kaklong haritu masa pergi Bandung, makan macam-macam makanan dekat sana. Kata Kaklong, Bakso dia lain dengan yang dekat Malaysia. Blardihell. Dah teringin Bakso pulak. Eeeeee Stress!!! Takper sabar sabar. Lagi 8 jam nak berbuka. Tak lama pon lagi. Chaiyoook!!!!

-eNd-

3 comments:

Mimy Hamid said...

alaaa ni dekat ngan umah ko le..sobssssssssss

Wizana Arbain said...

Bakso sedap kat kota damansara sue. Nama kedai Rakshee sedap sgtttt bakso dia! Gi la try kompem x nyesal

Chooyaya! said...

mimy : ha a, area rumah aku. ampang mmg thorbaeeeek!
wizana arbain : ala, jauhnya dr ampang. tp sebab sedap, mmg kena carik jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...