Tuesday, June 25, 2013

Home Made Puree VS Process Food

Assalamualaikum.

Jeng jeng jeng! Harini I nak share topic pasal solid food. Tapi sebelum I cakap and bercerita dengan lebih lanjut I mintak semua emak-emak yang baca ni boleh baca dengan hati yang terbuka eh? Sebab I tau of coz topic solid food untuk baby ni sama la jugak sensitive dengan susu ibu vs susu lembu. Heeeee. :D

Ok. Macam ni. Shein punya first solid food yang I bagi haritu ialah labu. I bagi dia makan puree labu. Macam yang I ada update last time kan? Penerimaan Shein? So-so jer. I cuba la nak buat yang term 4hari–4hari untuk tengok Shein ok ker tak dengan labu or kot-kot kalau dia alergik ke apa kan? Haaa.

I ada la rasa sesudu puree yang I buat untuk Shein tu. Lepas tu mendapat la I batuk kokol-kokol sampai mengalir air mata. Labu tu sebenarnya ada getah kan? So maybe I gatal tekak. But one thing yang bagus pasal labu ialah makan labu ni sunnah Rasulullah. Nabi Muhammad suka makan labu :)

To be frank I ada la rasa frust bila Shein tak berapa suka makan labu. And ada la jugak yang cakap labu ni kalau baby makan nanti angin. Naseb baik Shein ok jer. Semua ok, accept for dia tak la lalu sangat nak makan. But I perasan lepas I bagi Shein labu, dia batuk and selsema. I bagi pon ada la 2 hari setengah kot? Bila tengok dia batuk macam tu, I pon stop bagi puree labu.

Next I bagi dia puree pisang. I campur dengan susu sikit and puree kurma yang I buat sendiri jugak. Yang ni laaaaaaaaaaaaaagi la membazir. Sesudu pon Shein taknak. Masa I suap dia geleng-geleng kepala. Ada la setitis dua masuk dalam mulut dia, dia buat-buat nak muntah. Sebab I rasa Shein tak suka la makan something yang masam. Sebab pisang tu I guna pisang montel. Nak carik pisang emas kan susah bebenor kat KL ni.

Dah la I kompiden Shein suka. Maka membazirlah puree pisang tu. And Mama dia pulak tak agak-agak nak buat. Habes sesisir aku buat. Semangat bukan main. Tak per ah. Puree pisang tu I buat la cekodok pisang jer. Yang ni version up sikit sebab ada susu Enfalec A+. Haha.

Maka tak menyabar-nyabar I beli pulak avocado. Tapi kali ni terror sikit la. Tadek dah I borong sampai selori macam hari kelmarin. I amek sebijik je. Kali ni I buat puree avocado dengan fm Shein. I bagi sesudu terus buat muka muntah. Memang terseksa sangat I tengok Shein nak makan. Kesian sangat-sangat. I rasa. Ooo tawar. Maybe Shein tak suka sebab rasa dia tawar. So I campur dengan puree kurma yang I buat tu. I letak la hujung sudu. Shein gigih la makan. Tapi sikit bebenor. Shein! Tau tak avocado tu mahal. Bak balik duit Mama! Haha.

Selit sikit pasal puree kurma. Ada jugak yang cakap puree kurma ni tak bagus untuk bagi baby awal sangat. Sebab too sweet. Walaupon I bagi untuk buat perisa jer and bukan bagi makan sampai kenyang, but explanation tidak diterima. Puree kurma hanya boleh bagi pada baby 8 bulan ke atas. Maka I down and I feel stupid and I rasa I tak cukup baik untuk Shein. Serius. I feel down sampai macam tu.

But sekejap. I ada explanation pasal puree kurma ni nanti. Teruskan membaca anak-anak.

Memandangkan batuk Shein berterusan and selsema sampai dia tak selesa nak tidur sebab hidung sumbat, so on Saturday I bawak la Shein jumpa Dr. Adrian. Cek dada memang ada kahak sikit. Dia pon nasihatkan dalam keadaan cuaca yang macam sekarang elok la kalau letak Shein indoor jer. Sebab tak bagus for him.

And dia jugak cakap, kalau Papa smoke, elok la kalau berhenti. Sebab walaupon kiter rasa kiter tak smoke depan baby tapi when we smoke, asap rokok akan melekat pada baju. ITUPON dah kira merbahaya pada baby sebab kiter mesti ada dukung dia kan? Take note smokers. I serius ni. Sayang baby tak? Do something ok? **cekak pinggang dekat dada.

Dr. Adrian tanya apa diet Shein. I bagitau la yang Shein makan puree labu haritu. Puree pisang. Puree avocado and sedikit puree kurma.

Dia kata macam ni. I paham Mama mesti excited nak bagi puree yang Mama masak sendiri untuk Shein kan? But we need to understand yang some of raw fruit and steam fruit/veggie yang kiter buat puree ada certain bacteria yang MAYBE ada baby yang tak boleh tahan. And tengok pada keadaan Shein, Shein one of the baby yang akan ada certain situation buat dia batuk or selsema. Pasal puree kurma tu pon ok kalau nak bagi Shein sebab I bagi bukan sampai dia kenyang. Untuk tambah perisa jer. Bagi dia selera sikit nak makan. Small amount = OK.

So. I have to change dia punya diet. Dia suggest I bagi Heinz. Puree and jugak Farley’s Rusk. Yes. It is process food. Kan process food tak bagus untuk baby kan? But baca label, do some research sikit. Puree Heinz is free from pewarna/perisa tiruan and salt free. Siap di sterile so selamat untuk baby and bebas dari kuman. It is safe.

Kalau nak bagi Farley’s Rusk pon ok. But better ambik yang original flavor. Nak bagi nestum pon ok but again lagi bagus yang original flavor. Sebab kalau perisa lain tu dia ada add some sugar. Sebenarnya apapa makanan pon dari baby ke ongtua, apa pon kalau kiter ambik secara berlebihan memang la tak bagus kan?

I share menda ni dengan Dyba and tetiba Dyba pon bagitau I yang Paed Sofea, Dr. Cheng pon bagitau menda yang sama. Pasal puree yang kiter buat sendiri ni sometime tak bagus sebab ada bacteria yang tak bagus untuk baby. Bukan sebab cara penyediaan yang tak bersih or whatever but bacteria tu memang dah ada dalam sayur/buah tu sendiri yang maybe akan bagi side effect pada baby. Dia taknak bagitau I sebab I kan dok cakap proses food tak bagus etc, so dia diam jer la. Sekali rupanya our Paed pon cakap menda yang sama + I punya kawan paediatrician pon also cakap the same thing.

Tiga doktor pakar kanak-kanak cakap menda yang sama. Acaneh? Nak argue jugak ker?

Harap bertenang semua. Haha.

But. Kiter kena take note yang semua baby tak sama kan? Sebab tu ada baby yang alah pada susu ibu. Padahal susu ibu tu la yang terbaik untuk baby kan? And baby kena consume susu lain supaya tak kelaparan :) Macam tu jugak dengan baby yang macam Shein. Batuk-batuk bila makan puree yang I buat sendiri dekat rumah.

Lepas pada Dr. Adrian cakap macam tu, I pon terus la carik puree Heinz untuk Shein. Ni kira try and error la. I tatau Shein suka makan yang perisa apa. Almost semua jenis I beli. Egg custard, Vanilla custard, pumpkin puree, banana puree, apple puree, pear puree yang organic tak organic semua I amek. Ada la dalam 30 botol I beli. Tatau la sebab excited tak payah nak masak ke apa. Ambik macam takot stok habes. Paranoid like that. Yes. Haha.

Iye. banyak sampai boleh buat mandi.

So far Shein memang suka giler makan puree Heinz. Baaaru la I enjoy tengok dia makan and kalau I suap lambat sikit macam nak carik gaduh dengan I. Marah-marah dia. Tak menyabar-nyabar. Pagi lepas mandi I bagi dia puree Heinz ni and petang I bagi dia Farley’s Rusk original flavor 2 keping campur dengan susu. Pon dia suka. Dah takder dah drama-drama nak termuntah ker apa. Seriously I rasa happy tengok dia makan macam tu.

I kekadang taknak share menda ni dengan orang. Sebab bila ada yang tanya I bagi Shein makan apa. I jawab jujur. So far I bagi puree Heinz dengan Farley’s Rusk and cambiaso la. What? Tu kan process food. Tak bagus. Kiter kena bagi dia makan makanan yang kiter buat sendiri. Process food pusing mana pon tetap tak bagus. Kalau baby tak suka, takper. Cuba jer. Jangan putus asa. Lama-lama nanti dia akan ok jugak.

Lama tu, lama mana eh? And macam mana pulak kalau dia batuk makan puree yang kiter buat sendiri kat rumah? Eh…. Cannot be.. To sajer jer tu baby drama sebab taknak makan. Kena sabar. Takkan la sayur/buah pon ada bacteria T____T

So cane? I diam jer la. Senyum. Again. Semua Mak nak yang terbaik untuk anak. Kalau anda Ibu kental yang sanggup cuba sampai 2 3 minggu and paksa jugak baby makan puree home-made. Silakan. I tak. I lagi suka tengok Shein selera and enjoy makan sebab I taknak Shein jadik phobia nak makan. Sebab dia tau. Makan = tak best. So. Dah taknak makan. Nak minum susu jer. I taknak tu.

Base on true story. I have a friend yang baby dia now setahun setengah dah. Cuma minum susu ibu jer. Kurang nutrisi kata doktor. Kurus keding. Mak dia cuba bagi dia puree yang dia buat sendiri dekat rumah. Anak dia taknak. Try buat bubur, bagi. Taknak jugak. Sebab berkeras taknak jugak try bagi process food sampai la anak dia lebih ringan dari berat Shein sekarang. 8.5kg. Sebab terlalu obsess dengan home-made food. Sanggup dia tengok anak dia keding.

But takper la. Anak dia kan? Kiter nak cakap apa. Terpulang. Sebab dia jenis memang taknak jugak jugak jugak bagi anak process food.
Plus I dapat nasihat dari Paed Shein. I trust my doktor. Betul. Doktor is not always right. Tapi kiter dengan baby kan macam ada magic connection. Ikut kata hati and always remember yang every baby is different. It might be good for your baby but not to the other baby. Gitu.

Dah. I rasa lega bila I share ni. Sebab kekadang cam takot jer nak up gambar apapa kat FB/Instagram. Kot nanti kena sekolahkan dengan Mak-Mak lain pulak. I sentap. I cepat rasa down. Sebab kekadang cara orang tegur tu nampak macam kiter tak sayang anak jer.

Sekian
Terima Kasih.

-EnD-

38 comments:

A.L.I.N.A said...

hehehhe..k.su..
dulu pun masa saya memula nk bg solid food utk khaleef saya gigih buat sendiri..tp membazir..saya mmg nak rekemen kt k.su soh beli heinz tuh sbb paed mmg kta ok.tapi risau la kang ade mummy lain x setuju plak saya suruh beli puree heinz tu.anak saya start saya bg tuh mmg selera..dia punya feveret carrot,labu,kastart telor..yg buah masam yg lelain mmg dia xmau..pastu saya campur susu dia dgn cerelac beras ori..farleys rusk tuh anak saya x suka sgt sbb manis..maka bonda la telan sekotak..hihihihi...

Capt Lalok said...

ok la tu.., yang penting anak nak makan kan..yang lain kita doa agar anak sentiasa sihat..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

setiap ibu mahukan yg terbaik utk anak dia.. ikut je kata hati, dan berdasarkan pengalaman. janji anak sihat itu yang penting

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Ya x semua bby sm..yg paksa mkn..lg bby trauma x mo mkn..1st food tuk bby mmg bg. ...x igt brand apa..lps tu pelan2 bt bubur nasi plain..cmpur dgn telur..kuah sup..ikn..aym..tp semua nya kc lenyek..sayur bym pun..tp depends bla bby x suka..jgn bg lg..bby pn.mcm org dewasa..ada taste n mood..nm nya kn bby modern zmn ict lg la up date..like movie bby hone alone...biar la org ckp apa..asal kn bby kta sihat..kta yg jaga bby kta. .kta tau la apa yg trbaik...

ayong said...

hahah..teringat anak buah i yg gegel tu. makanan belum masuk mulut dia dah bunyi uwek2. macamkan org mabuk peknen pun ada. baru nampak+bau dia dah uwek2. nampak nau dia tak suka makan.

yg anak buah lagi sorang plak dia sumbat je semua. puding pun makpak dia suap. tapi sikit2 je la. baby tu baya2 shein je. tapi makanan dia nak ikut org tua. nasi pun bedal. makanan baby semua dia taknak.

Anonymous said...

Like entry ni 1000x..jgn taksub sgt..kita dh cb yg trbaik utk anak kita :)

Nurul Aziz said...

Perghh banyakkk nya beli stock! hahaha.. mama ekscitedddd!


tapi tulah kan, kadang tu kita macam slow-slow je nak cakap kita bagi anak fm, bagi anak proses food, bagi anak makan garam/gula.. bla bla.. segan bukan apa, sebab nanti orang pandang serong.. pastu terus terdetik dalam hati.. aku ni mak yang jahat ke.. terus down.. huhu..


ryyhan kamarudin said...

Motherhood bi mmg bnyk up and down...ada je isu..

Just try our best...sape yg x nak bg yg terbaik tuk anak2

Anonymous said...

Hi, first time i am commenting here. Tertarik dgn tajuk you cu i also fed my girls with heinz puree, but to make it worse, i am SAHM! Org assume housewife mcm i sure buat food sendiri tapi i jrg buat cuz my kids makan sikit je. So what i did was, i stocked up on organic rice porridge like bellamy and natura baby. It tastes way better than my homemade porridge kut sbb my baby makan happy je. Baby happy= mommy happy. But mcm you i pun seriau nak bagitau apa i ged my kids sbb org mesti judge. Once in a flight to NZ i fed my baby heinz puree. The lady hext to me bising cakap tak eloh la, byk msg la, coloring la... Dia sbb cakap she brought rice cooker and ayam ikan anywhere she goes sbb nak masak yg fresh saje for her baby. Whatever! Terus i tukar seat duduk dgn org lain..hahaha. Yg penting anak kita sihat dan happy

Ally

Sufi Al-Arshadiy said...

Up je kak. Mende2 mcm ni x salah share. Org2 yg taksub ni xkira kat mana pon ada. Peel taksub terlampau tu macamkan dia buat research kaw2 punye. Padehalll ramai yang menadah kat tok guru google je kan. Ye kita tak nafikan semua yg original tu yg baik. Tp lain badan lain cara terima. Anak tak nanges boleh la cakap gebang kan. Cube sekali Allah uji bagi anak yg melalak doploh pat jam, baru tau erti resah seorang mak.. Tak kisah la pasal breastfeed ke, pasal homemade ke, saya rasa ada satu rule yg kita kena paham. Kita bagi knowledge kat org boleh. Tapi kita tak boleh nak paksa org ikut buat apa yg kita buat. Situasi takkan sama..saya SAHM. Bg homemade food untuk ank2. Anak first yes. Ni ank second ni reject. Setel dgn heinz jgk.. Campur-campur. Hidup hati kena relax, pikiran kena terbuka sikit.. Kaksu toksahla rasa down ek..Nanti shein dah besar sikit, dah kirang allergy dia, akk blh la try balik masak sikit2,cuba tgk mana yg dia boleh makan, boleh teruskan. Selang seli dgn heinz.

Fara Dilot said...

Anak saya tanak heinz.. nak homemade jek.. susah tau kalo nak travel.. otel mnede dapo mekrowave bagai.. bg heinz makan sikit pastu geleng2.. maybe sbb amek perisa yg masam tapi try 2 perisa ritu dedua masam.. su meh share perisa ape yg shein palingggggggg suka smp gaduh2 nak suap laju2

Atie said...

dear kak su.....situasi kak su ngan atie sama....terus terang atie cakap....first anak atie dah start makan atie bagi dia nestum n heinz nie...ambik jenis apple....memang agak masak skit....tapi dia nak.....tapi biler buat puree sendiri dia tak nak...memula rasa sedih sbb tgk rata2 duk kutuk kata proses food tak bagus...mak tak pandai jaga anak samai sanggu bagi anak makan nestum......tak pandai nak masak makanan anak...seriesly rasa down....but ingt satu jer pesanan suami.....anak kiter...perangai anak kiter hanya kiter jer yang tau....n skarang anak atie berat badan dan ketinggian badan normal...tak obesiti....tak kurus keding........heheheh......kiter tak bleh nak paksa anak kiter makan sesuatu yang dia tak suka.....takut fobia mcm yang kak su cakap tue....kan ada kes budak yang dah skolah pun still menyusu sampai tak nak makan nasi.....pernah masuk berita kan.....so..kak su...jangan sedih k.....mak mana lah yang tak sayangkan anak kan.... :)

Anonymous said...

pedulia la ape org nak kata, anak kita bkn diorg yg nak jaga pun... i klu bwk anak travel mmg heinz tu la penyelamat

btw if u still nak buat puree homemade, i suggest instead of u steam those pumpkin ke ape, cuba u boil it, mmg org kata klu boil x bagus sbb nnt nutrition dia masuk dlm air, but what i do is, i boil pumpkin dlm air yg sikit then boil lama2 sampai almost nak kering, then u blend semua sekali dgn air2 dia, so that xde la mbazir nutrition tu kan, it taste better than steaming yg half cooked tu. and i suggest u beli butternut pumpkin kat cold storage instead of normal pumpkin sbb dia kurang getah, x angin and taste better.. tp masa i dulu i start bg anak i apple dulu, boil lama2 sampai air kering then blend, mmg sedap. anak i plg suka apple, cuba u try...

Anonymous said...

kak su.. semua mak sayang anak dia.. mane ada tak sayang kan.. so, ape yg kite buat MESTI yg terbaik utk anak kite.. org lain nak condemn biarkan.. mmg kite sentap, tp pedulik ape kan.. sbb kite MESTI nak yg terbaik utk anak kite sendirik. sama mcm diorang tu jugak.. nak yg terbaik utk anak depa.. so, good luck kak su!! insyaAllah nnti lama2 mesti shein boleh mkn food yg kak su masakkn utk dia.. =D

- nuwul

Anonymous said...

su....akak ader 2 org anak..dua2pun aku bg mkn beskut ngan puree heinz jer...akukan pemaleh lipas...okkkkk jerrrr....ko jgn riso sangat ler ngan pepatah..asaikan baguss jer adalah sndiri buat...sendiri buatt jer bagus..tak semestinya...anak kita...pndai ler kita..do your own way su...beli ker...masak sndri ker..hanya kita yg tau aper yg anak kita nak...kalo byk komen sangattt...sekeh satu kali...kuang3

Anonymous said...

ok je bg process food tu..saya tgk mat salleh suka borong puree heinz tu kt supermarket utk anak dorg..tp anak saya xsuka puree tu..mcm2 perisa beli bila bg buat2 nk muntah..nk suruh ibu dia msk sendiri la tu

Anonymous said...

anak buah saya mse baya shein, mak sy da start bgk bubur nsik ala2 bubur lambuk gitu rsenye.. sihat membeso bagai juara.. anak buah sy mkn nestum mse umo 5 6 bulan je.. tuh cara family sy la.. hehe

Anonymous said...

hi su..jangan risau dengan tangapan orang lain..anak kite jagalah cara kite masing2..anak i umur 1 tahun 7 bulan semua kite makan dia pun nak makan.Baca bismillah dan selawat banyak2 time suap anak makan tu, InsyaAllah

Puan KN

FadMN said...

i pun bagi baby makan heinz kalau tak sempat masak.takper la,every mom nak yang the best utk anak dorang kan.janji anak sihat walafiat pun dah cukup bagus. :)

aishah jamrek said...

tak kisah, yg penting doc ckp ok, anak pun ok..baby ni memang lain2..klu my girl dulu xnak makan selain bubur masak sendiri dgn cerelac rice campur susu fm..makan yg lain sure muntah2..so kena sensitif dgn keperluan baby..tak semestinya yg terbaik, terbaik untuk semua.. :)

Mimy Hamid said...

janji dia makan ...fayel pulak terbalik yang dalam botol heinz tu dia tak nak lagi suka buah fresh...so aku jadi mata panda la memuree

Filla said...

aku lagi best.. langsung tak penah buat puree sendiri.. muahah.. aku beli je nestle beras tu campur susu, makan laju je.. dah beso sikit lagi.. aku buat bubur nasi lenyek2.. alhamdulilah dah 3 anak aku.. sihat je.. tekak melayu la katakan.. tak reti aku puree2 ni.. baguskan aku jadi mak? muahahah

mrs. rahman said...

sgt suka baca post su. anak masing2 tak sama. sy pun tak suka kalau org asek dok phsyco2 kata semua benda tak elok utk anak. kita as mak jadik down giler. yang penting, masing2 sayang anak dengan cara masing2. :)

Lenny said...

super like entry nie.. sama mcm susu ibu vs susu lembu...

whatever it is, seme ibu mau yg terbaik utk anak....

so as mom, kita lah penentu apa yg terbaik utk anak kita.... :D

muah muah skit sangat happy baca entry ni.. ahhahahahahha

SexyHippo said...

I pulak kalau org beli Heinz tu I slalu suruh buat sendiri je, tapi bukan isu homemade vs. processes. Pasal mahal! Hahahahhaa. Kedekut la katekan. Pasal yg heinz tu puree jugak, sama je macam homemade, takde preservative/coloring/sugar/salt, so why spend more. Which is why, I pon bagi je heinz kat Ali, tp mostly bila travel or bila keluar. Tp ni first time dgr opinion pasal bacteria tu. Good info. Thanks!

Noorshella Jaapar said...

salam kak su,

bila jd mom ni utk mmbuat pilihan adalah sgt sukar, of coz mau bg yg trbaik tuk anak but we have to remember anak org xsma dgn anak kta, so pedulikn yg mengondem itue kak, dia tu nasib2 ja sbb ank dia mau mkn homemade food.n one thing i like to ask here about commentig ni kn, why ah org malaysia nowadays makin celupar????stress sgt ka life dorg smpi mau komen2 org yg blh sampai mnjatuhkn maruah n buat hati org teguris, apa dorg ingat yg taip blog ni robot bkn manusia????nda faham aku @_@ aiseh kak su, sori terStress pla d tmpt kak su hihi, okla kak, babai ^_^

Anonymous said...

hahaha.samalah masalah kita.sy lg best.rajin buat puree.then mil jaga.org tua2 ni manalah terima akal puree.dia xckp apa2 tp bila xhbis rasa down.rasa mcm ada org ejek xbest.then sy bg je cerelac.laju gler.tp bncuh ngan susu dia

Anonymous said...

time aku baby dulu mak aku bagi makan farley's rusk,processed food je..xde pun dia buat puree sendiri.elok je aku membesar,sihat,belajar pun pandai..hehe

Anonymous said...

Dear Kak Su,

nak tnya la.. kak su bagi Shein mkn puree perisa ape yer?

Chooyaya! said...

Kaksu bagi dia ada 3 jenis. lagu+jagung manis, sweet potato and vanilla custard. tu jer yang dia enjoy makan. yg masam2 semua dia xnak. pisang strawberry blueberry semua reject

Anonymous said...

TQ Sis, for reply.
sy baru nak try sbb mgu dpn bb sy dah bole start solid food. byk info yg sy dpt dri blog sis.. tq sis sbb bagi info psl bb.. i like..
teruskan update sis...
from : Effa Klang

Khatrine Ahmad said...

Akak, bila you prepared heinz puree, campur dgn benda lain tak? I mean dlm bubur dia ke or what? Ke bagi terus from the bottle?

Khatrine Ahmad said...

Akak, bila you prepared heinz puree, campur dgn benda lain tak? I mean dlm bubur dia ke or what? Ke bagi terus from the bottle?

Chooyaya! said...

khatrine ahmad : akak bg macam tu jer. mmg tadek campur dengan apapa

Janna Zain said...

Akk . Puree heinz ni sebelum bukak kena smpan dlm peti ais . Pastu nk bg mkn just panaskan ? Cmtu ?

umifarisfarhan said...

kite senasib, lega sgt2 first time jpe pengalaman yg same mcm u, thnx lots!! hepiiiii me :)

Mrs Sweet said...

Assalamualaikum..
salam kenal...
haaa setuju..sangat setuju..
kite tau apa yg terbaik for our baby/kids kan :-)

mohd salihin bin nadzari salihin said...

sayur n buah memang ade bacteria walau basuh bersih macam mana pun.die ade dalam buah tu sendiri.saya ambil food tech..mmg betul kate paed tu.mknn mcm farleys tu dihasilkan dgn menyingkirkan air jadi bakteria x boleh hidup.n nutrisi terpelihara.steam pun memusnahkan nutrisi.suhu steam tggi 100 drjh celcius lebih.lg lame lg byk nutrisi musnah.vitamin 60 drjh celcius pasti habis musnah ternyahasli.marketing strategi jual baby food processor..semua benda mesti ade pro n contra..trust your paed bcoz its not for marketing solution..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...