Friday, August 21, 2015

Resepi Cheesekut Milo Yang Sedap!

Assalamualaikum..

Semalam I try buat Cheesekut Milo. Sebenarnya dah lama teringin, cuma kerajinan jer yang takde. Tapi semalam lepas tengok blog Namee Roslan terus gigih dan bersemangat nak buat. Padahal nak buat cheesekut jer, tapi dia punya study tengok gambar dekat Internet seharian sampai nak termuntah. HAHAHAHA. Actually ada banyak resepi and cara. Ada yang jenis down to earth, guna bahan yang murah-murah. Also ada yang jenis belagak siap ada strawberry, blueberry and siap drizzle dengan chocolate ganache and sprinkle dengan chocolate rice. Ada yang letak Horlicks and Oreo as well. Tapi bahan utama dia tetap kena ada biskut, susu pekat manis dengan cream cheese. Biskut tu pulak ada yang guna biskut cream crackers biasa empat segi tu also ada yang guna biskut marrie. Yang ni terpulang la pada korang nak buat jenis macam mana. I pon semalam, banyak alter-alter sendiri bahan-bahan sebab POYO. Lulz.



Not so down to earth my kinda Cheesekut Milo





Bahan-bahan
  • 1 peket biskut Cream Crackers. (I guna jenis Hup Seng cap Pingpong) – RM4.90
  • 1 kotak susu segar. (Nak sedap guna full cream. Tapi semalam I guna jenis Good Day Fresh Milk) – RM3.80
  • 1 bar Philadelphia Cream Cheese. (Nak guna jenis lain pon tadek hal. I guna jenis ni sebab Namee Kata kalau jenis lain kurang sedap. So I ikut nasihat dia) – RM13.70
  • 1 tin susu pekat manis. (Ada yang guna ¾, ada yang guna 1 tin terus. Ikut korang nak manis macam mana. I guna setengah tin je sebab Intan and Sazli jenis tak suka yang manis sangat) – RM3.30
  • Sedikit milo untuk tabur – RM5.90
  • 1 peket fresh strawberry – RM7.90

Total cost : RM39.50. Semalam I tengok, ada yang buat dengan cost sebanyak RM17.00 jer, tapi dia guna semua jenama yang tak berapa popular and beli bahan dekat Kedai Kek, so jadik lebih murah. I malas nak carik dekat tempat lain sebab jauh. So apa yang ada depan mata ni, guna je la.




Bahan-Bahan untuk membuat Cheesekut Milo


Cara Membuatnya




Memula putar 1 bar cream cheese dengan setengah tin susu, 3 sudu fresh milk and I guna jugak semalam 1 sudu kecil vanilla essence. Kalau tak letak pon takpe. I guna sebab ada lebih masa buat Oreo None-bake Cheese Cake last time. If tadek mixer, korang boleh guna blender. If tadek blender boleh guna kuasa tangan je. Bagus untuk membentuk muscle. Tapi kalau tadek tangan, guna kaki. Tadek hal.



Lepas tu letak susu dalam mangkuk macam ni. Tak payah banyak sangat. Sebab guna untuk dip biskut jer.




Rendam biskut dalam susu ni dalam kiraan 3 saat. Jangan lama sangat nanti biskut tu jadik terlalu lembik. Ada yang panaskan susu ni sebelum dip biskut, tapi I tak panaskan pon. Jadik jugak pon. InsyaAllah.



Susun dalam bekas. I guna tray macam ni ngam-ngam letak 9 keping biskut untuk buat 4 laipsan. Korang nak guna Tupperware biasa pon takpe. Just makesure yang biskut ngam-ngam and tadek gap sangat. Kata kalau ada gap, patahkan aje biskut tu, tadek hal. Bukan nampak pon biskut ni nanti. Janji nampak dia punya layered.


Lepas tu, lapiskan dengan cream cheese  + susu yang kiter buat tadi. Lapisan pertama ni takyah tebal sangat. Lapis manja-manja je. Lapisan kedua baru buat tebal, lapisan ketiga nipis balik and lapisan atas tebal balik. Ok?



Taburkan milo. If suka milo la. Kalau nak tabur Horlicks akan jadik cheesekut horlick. Kalau nak letak oreo crush pon boleh. Ikut suka la korang nak letak apa. If suka plain pon boleh, tadek hal. Kalau ada yang suka manis tahap potong kaki, atas lapisan ni boleh la tuang susu pekat manis pulak. Ikut suka ekau, tadek sapa yang marah. Be creative. (Tetiba garang)

Lepas tu lapis la biskut balik and ulang langkah sampai jadik 4 lapis biskut. 4 lapis je dah cukup ok? 3 terlalu nipis, 5 terlalu tebal. 4 lapis is just nice. Untuk sebungkus cream cracker ni cukup cream cheese 1 bar. If korang nak buat banyak for open house ke apa, just double the ingredient.





I belah strawberry kepada 2 lepas tu susun-susun macam ni. I guna yang size kecik sebab nanti bila potong, I nak bite size je. So guna la strawberry kecik. 1 tray size macam ni cukup-cukup guna 1 bekas strawberry. If korang nak guna buah lain, I suggest guna buah masam sebab nak bagi balance dengan rasa manis cream cheese + susu. Macam makan pavlova la, kena makan dengan buah masam. Geddit?

Letak dalam peti ais at least 5 jam, lepas tu dah boleh potong and ngap! I suka I punya version sebab tak terlalu manis. If Kaklong, I rasa dia akan guna ¾ tin susu sebab dia jenis suka makan manis. Terpulang la pada tekak korang macam mana. Senang je nak buat Cheesekut Milo ni. Bahan sikit, tak mahal and sedap. Shein mesti suka ni. I tak bagi dia rasa lagi malam tadi sebab tak siap lagi. Ngendengggggg je tepi I. Sebok orang nak buat, sebok dia nak tolong. Berkuntau jugak la I dekat dapur semalam. Sazli tadek, pergi gym. Member sekarang semenjak kurus dah suka nak buat badan pulak. Cecece.


Si Shein ni pon sebok la nak tolong. Pastu nak suruh diam, I umpan letak 2 sudu milo. Suka la dia. Terus tak kacau dah. Tapi tengok je I buat kerja. Dari ko mengadap Mama ni Shein, baik la layan Upin Ipin tu.


Selamat Mencuba!

-eNd-

13 comments:

Dyba Dbuh said...

TERPALING SEDAP..NK ORDER UTK BDAY SOPHIE NANTI BOLEH?
HEEEEE:)

lia ummiirfan said...

sedapnyaaa... nak try buat gak.. sebab before this buat cheesekut takde letak milo., :))

Chooyaya! said...

dyba dbuh : TAK JUAL! hahahahahaha

lia ummiirfan : cuba la. bak uweeeet haha

Wizana Arbain said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Haha,x sabar nk try.rase nye lau guna kuasa tgn ni naik muscle.dah x yah gi gym

Ct Nur Aiena said...

wahhh .. sedap nye.. nak tanye , awak pakai loyang saiz berape yer

Ct Nur Aiena said...

wahhh .. sedap nye.. nak tanye , awak pakai loyang saiz berape yer

Hidayati Hamdan said...

Mcm best..tq

Hidayati Hamdan said...

Mcm best..tq

Hidayati Hamdan said...

Tq...mcm sedap nak try

Hidayati Hamdan said...

Mcm best..tq

Syahira Zakaria said...

Terliur dahhhh. haha. Love your recipe posts sub senang sgt nak buat. Takde la terbalik dapur. hihi. <3 <3 <3

Fara Rozana said...

thanks awak.. kite nak ikut resepi ni.. try try ni.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...