Monday, December 28, 2015

Resepi Ayam Bali, Tenggiri Kicap and Peria Telur

Assalamualaikum..

Semalam kitorang sampai KL awal. Dalam pukul 8.00am macam tu. Memang purposely kitorang balik awal sebab nak elakkan jem. Kata menyahut saranan Menteri kan? ‘Keluar la awal pagi untuk elakkan jem’. Gitu. Sazli kejut I pukul 5.00am. Sebok I bangun, sebok la Si Sendong tu nak bangun jugak. Naseb dalam kereta dia tido balik so aman la Mama nak tido balik. Haha. Dekat highway, memang sebijik sebijik je kereta ada. Woo Hooo!! I suka giler. (Suka dia macamkan dia yang drive, padahal membuta je all the way). Lagipon kalau sampai KL awal, boleh la rehat-rehat betulkan urat. Sebab tu la semalam, langkah I panjang balik. MIL ajak teman beli langsir. Sipi-sipi dia nak tempah dekat Ampang Point, naseb I ingat Moon ada buat sale langsir dekat Sarah Hughes Globe. So semalam, kitorang ke sana je la beli langsir.

Thank you Moon sebab memang murah giler babas langsir dekat sini. Ada yang semeter RM49.90 jadik RM15.00 je palotak dia la. Paling mahal pon RM20.00 semeter. Kain yang after less RM5.00 pon dah cantik sangat-sangat dah. Korang nanti jangan lupa Follow Blog Moon and Instagram Moon untuk tengok perkembangan terkini Moon pasal VIP sale Blog Reader Moon dekat Sarah Hughes Globe. Nanti kalau dia ada buat sale, terus pergi beli ok? Sebab memang jimat giler! Semalam Mak sayang I lebih sebab I berjaya sep duit dia dalam RM2500.00 jugak la. Banyak tu! Imagine kalau dia tempah dekat Ampang Point, jadik double the price.

Balik dari beli langsir, I cakap kat Mak kiter makan dekat rumah je la. Sebab I ternampak dekat FB sekarang viral pasal Ayam Masak Bali ni. Tengok gambar macam sedap je. Tanya Mak bahan-bahan semua ada. Ayam ada 2 ketul T___T jadik la. Potong kekecik, nampak la banyak. Lepas tu ada Ikan Tenggiri so I mintak Mak buat Masak Kicap. Sayur pulak ada peria. Cantek! Boleh goreng campur telur. Tapi kan? Ayam kalau potong kecik-kecik lagi sedap la wei. Seriously. Sebab Mak Jengka kalau goreng ayam or masak ayam memang potong besar-besar, (kite ongjawa memang makan ayam potong besar) so lepas ni I mintak dia potong kekecik macam I buat semalam. Lagi sedap!

Sazli, Bapak, Mak and I makan bertambah-tambah. Pukul 5.00pm jugak la baru kami lunch. Hahaha. Semalam konsep dia, masing-masing jaga diri masing-masing. Bapak pon dia dah makan lepas habes golf. Sazli je la last breakfast dekat O’Brien pagi tu. Tu yang masing-masing menggigil suap nasik. Sazli cakap dia suka makan macam ni. Simple tapi sedap. Kalau sedap hulur la duit barang seratus dua sebagai pemberi semangat. Hahahaha. Anyway, jom tengok lauk-lauk yang kitorang masak semalam. I bagi sekali resepi kot ada yang nak cuba. Tapi Seriously Ayam Masak Bali (Yang I improvise sendiri dari resepi asal ni) memang la sedap hoi! Korang kena cuba ok? Sedap lain macam.


Ayam Masak Bali (My Way)


Cara Membuatnya

Memula garam kunyitkan ayam yang dipotong kecik (Semalam I masak 2 ketul ribs). Goreng half cook. Ketepikan.
Blender 7 ulas bawang merah, 6 labu bawang kecik, 1 inci halia, sebesar ibu jari belacan and segenggam lada kering (Semalam I guna cili boh je. Sedap jugak pon)
Ketuk 5 batang serai and goreng sampai kaler tukar kuning. Guna minyak yang goreng ayam tadi tu je.
Lepas tu masukkan 2 tangkai daun kari. Goreng lagi sampai garing
Masukkan bahan yang diblender and masak la sampai sambal masak. Nak ada kuah, boleh lebihkan air
Lepas tu perasakan dengan gula, garam, serbuk cukup rasa, 2 sudu besar kicap manis and 4 sudu air asam jawa (Air asam jawa ni resepi asal takde, and resepi asal kata 4 renjis je kicap. I tambah jadik 2 sudu besar)
Last sekali masukkan ayam and hirisan bawang besar
(Yang bawang besar tu takde pon dalam resepi asal, I letak sebab Sazli suka makan bawang)
Siap! Makan dengan nasik lauk ni je dah cukup. Sedapnya lahai. Jangan menyesal la kalau tak try. Haha.



Ikan Tenggiri Masak Kicap (Cara Mak)

Cara Membuatnya

Garam kunyitkan ikan tenggiri. Goreng and ketepikan
Hiris bawang besar dan lada besar. Panaskan minyak lepas tu tumis. 
Masukkan kicap 4 sudu
2 sudu air asam jawa
Perasakan dengan sedikit gula, garam, serbuk cukup rasa
Last sekali masukkan tomato hiris. Siap!
Bapak la simple resepi. I kalau masak kicap, mesti mau letak bawang putih, halia hiris lepas tu kulit kayu manis, bunga cengkih semua. Siap masuk sos tiram sesudu. 
tapi ni resepi Mak. Memang simple bapak punya simple tapi magiknya SEDAP



Peria Telur

Cara Membuatnya

Peria potong ikut suka engkau lepas tu rendam dalam air garam supaya dapat kurangkan pahit
Panaskan minyak, tumiskan sedikit bawang besar
Masukkan peria tadi yang ditoskan. Masak sampai lembut
Tabur serbuk cukup rasa dan sedikit garam
pecahkan 2 bijik telur. Jangan kacau. Sebab nak biar telur tu chunky
Masak la sampai telur tu masak. Siap!
Again, resepi Mak memang simple. Kalau I, I akan letak bawang putih, bawang merah, lada and ikan bilis as well. Tapi simple macam ni la kekadang yang jadik sedap

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resepi Mak memang simple-simple. Memang takde fancy belaka. kekadang dia goreng Mee pon letak sesudu je sos tomato/sos cili tapi sedap jugak pon. I jenis kalau masak apa pon kuantiti mesti banyak. Perencah je sampai mee pon hilang. Haha. Konon lagi banyak perencah lagi sedap la. Makan 2 orang dengan Sazli pon, ayam kena separuh eh? Jangan buat pasal. Tapi semalam masak 2 ribs je, berlebih-lebih kitorang makan. Siap boleh ulang makan. Family Sazli memang macam ni. Dorang memang bertiga je so masak apa memang kuantiti sikit. Mak pon kalau pergi Pasar, dia beli sikit je tapi cukup seminggu. I beli satu peti masak 3 hari je. Hahahahaha.

Kepada yang terliur, korang boleh la masak tengahari ni guna resepi yang I bagi. Combination 3 lauk ni pon memang kena sangat-sangat. Jangan lupa cuba. OK? Nak uweeeeeet!

-eNd-

2 comments:

mama tisya said...

lapar tgk ayam maska bali tu...yummmm

Cik Sar said...

dah cuba ayam bali tu .. sedap !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...