Friday, October 14, 2016

Assemoga Suraya - Part II

Assalamualaikum..

Ok, sambung balik entry semalam ok? Ni kalau peram lama-lama ni memang akan peram forever la nampaknya. Kisahnya macam ni. Sebenarnya dari Isnin lagi dah Dyba and Intan cakap nak puasa straight dari Isnin – Jumaat. I diam je la. Takde cakap apa. Tertanya jugak, takkan tak makan sama-sama untuk birthday I? Dyba dan la nak puasa sampai Jumaat lepas tu Jumaat pulak Intan cuti travel ke Kelantan nak beli emas. OMG Intan sampai sanggup pergi Kelantan. Dia ni memang gila emas. Dapat je kumpul duit, memang dia akan beli emas. Ongtue sangat. Haha. Birthday I kan Rabu? On Selasa tu I dengar la Dyba and Intan berborak. Dyba cakap, ‘Dyba nak puasa laaaaaaaaa’. Lepas Intan sampai kat tempat dia, I cakap pada Intan. ‘Intan takyah la paksa-paksa Dyba. Kalau dia nak puasa biar ajer la’. Kata Intan, ’Takper la Kaksu. Nanti kita lunch berdua je la. Intan belanja. Cakap je nak makan apa, tapi Intan takde duit. Macam biasa advance duit Kaksu dulu, nanti gaji Intan bayar’ T___T. So esoknya pon I buat biasa je la. Takde la frust ke apa sebab dah tuwee ni tak kuasa la nak beria time birthday. I pergi dekat Intan lepas tu cakap, ‘Intan, boleh tak ajak Kaklong sekali lunch ni. Sian dia takde kawan’. Lepas tu Intan cakap taknak. Dia nak berdua je dengan I. Anny pulak ada la call tanya lunch mana. I cakap I nak lunch dengan Intan, esok (Khamis) baru kita lunch sama. Kata Anny, ‘Ooo maknanya Intan lebih penting dari aku la?’ Terus I rasa serba salah. Yang si Anny ni pulak memang jenis takde drama-drama. Harini pulak dia cakap pasal penting tak penting dah kenapa? Tebiat ke?


Ok letak gambar dulu. Kisah selanjutnya sambung dekat bawah ni. Tengok Intan nak jugak dia pegang pasu. Si Anny dah tak nampak muka.


Pukul 11.30am mcm tu I ajak Kaklong pergi Doppio sebab nak tapau Salted Egg Croissant and Donut. I nak belanja dia. Tengahari ni kan tak dapat makan sama? Lagipon memang tradisi setiap kali birthday I, I akan belanja dia. Bukan dia belanja I. Konsep apa yang Kaklong pakai ni pon I tak paham macam mana. Lepas siap beli, I ajak Kaklong alih kereta sebab pagi tadi I park dekat tempat bayar, dah lewat. Biasa I park dekat season parking level 5 keatas. Lepas alih kereta I ajak Kaklong masuk office I pulak. Masa Dyba jumpa Kaklong, dia tanya lawa-lawa ni nak pergi mana? Kata Kaklong dia ada kelas mengaji. Waktu ni memang I tak perasan langsung yang Intan, Dyba and Kaklong semua pakai merah. Si Dyba dia pakai pashmina balut badan sebab kata dia harini sejuk so I pon tak ambik la port. Rupaaaanya Merah+Hitam ialah theme color.

Dalam pukul 12.30 Intan ajak I turun makan dekat Doppio. Masa OTW nak ke Doppio (Bawah office I) Kaklong call lagi, dia tanya boleh tak join lunch? I cakap tak boleh. Intan  tak bagi. I dah rasa bersalah time tu. Haih. I feel bad. Intan tanya, nak makan kat luar ke kat dalam? I cakap kat dalam la sebab ada aircond. Sampai dekat counter, I pon bergerak ke belakang lepas tu nampak meja dah siap decorate siap ada nama I SURAYA. Tapi time tu blur lagi, ni sapa buat ni? Sekali Anny, Kaklong, Izzah and Dyba datang dari belakang sebur ‘surpriseeeeeeeeeeeeeee!’ Tengok Lin and Kerol pon ada. Terus la sebak dada. Dah la hias meja lawa, siap ada cake semua. Ya Allah… Speechless sangat.


Sebelum makanan sampai, jom ambik gambar dulu.

Time duduk tu barulah dorang cerita yang plan ni dari Isnin lagi. Intan whatsApp Anny pesan jangan ajak I lunch sama. Lepas tu Anny pon cakap dia nak join sekali surprisekan I. Anny la yang suruh Lin and Kerol decorate tempat ni sampai jadik cantik macam ni. Masa ni I taktau lagi yang Sazli pon terlibat sama. Duduk 5 minutes, makanan pon sampai. Bagus la arrangement macam ni sebab time pon ada 1 jam je and sangat limited so dorang dah siap-siap order. Semua orang makan bento set, tapi I punya steak. Gile punya special. Hahahahaha. Kata Kaklong, masa I ajak turun Doppio tu, time tu la Event4U ada dekat parking. Lin and Kerol pon kena pusing 2 kali parking sebab nampak kereta I. Dengan Huda pon sampai time tu nak hantar kek. Memang semua la gelabah and Dyba sampai nak muntah. Dorang pelik la sebab biasa I duduk kat tempat je. Harini pulak nak beli donut la, alih kereta la. Haha. Kata Intan, setiap kali send message dekat group muka biru memasing sebab takot salah group. Haha. Takot hantar salah. Masa Intan reply ‘Salmon’ (Sebab dia nak order salmon) muka dia dah pucat sebab ingatkan salah group. Hahahahah. Bongok memasing.


Alas meja, bunga, belon pon semua merah. Sukanyaaaaa!


Orang lain makan bento, I makan steak. Kejap. Tu Intan punya tu kenapa tak bento. Intan ni memang selalu taknak kalah dengan Kaksu! Hahaha.


Kerol ada boleh la tolong ambikkan gambar. Tak payah suruh staff restaurant.


Anny cakap, dia kena korek almari nak cari baju merah. Nasib baik ada. Kata Intan, 'Merah ye, bukan Maroon'. Naseb baik la dia pon betul warna. Tak macam masa time Izzy punya lunch last week.


Amboi. Happy birthday girl. (Takyah nak girl sangat la)


Masa I pakai topi ni, Intan buat rampasan kuasa nak pakai crown I. Banyak cantik? Bak balik!

Tengah makan, Faizal dari Event4U datang lagi bawak balloons, cupcake dengan bunga sambil semua nyanyi Happy Birthday to You siap sekali dengan staff Brolly. Tadi masa pukul 12.00pm dia dah hantar dari Aien. Ni ada lagi. Sapa punya pulak? I memang tak dapat teka tapi si kepoh Intan dah bocor rahsia. Dia cakap, ‘Eh kat belon ni ada tulis BUBU la’. Daaaanggg!! Memang I tau la dari Sazli. Macam biasa la Faizal ajak la game teka dari siapa. Kata dia mula dari S, akhir hurup N. Sazli Ramzan! Tapi masa dekat atas, kata Faizal mula dari Y. I pon tak boleh nak teka. Padahal nama Aien mula dari S. Kata Abang Suhaime.. ‘Yintan!’ HAHAHAHAH. Ngek! Lepas dapat bunga semua tu, kitorang pon sambung makan. I dah rasa lega. Yang dapat bunga dari Ellis tu memang I dah expect sebab bentuk flower bouquet tu macam pernah kenal sebab Ellis pernah bagi sebelum ni. Ingatkan habes dah la… 

Tetiba tengah makan, Faizal masuk lagi sekali. Dia kata ada special request suruh tutup mata. So, I pon tutup mata guna tissue napkin. OMG ni kalau tetiba dapat kunci Mercedes ke memang pengsan! Time tutup mata pon semua bising-bising. I dah geli ketiak. Apa semua ni????? Dorang nyanyi happy birthday to you lagi sekali and Sazli nyanyi dekat telinga I. I terkejut giler! Semua orang masa ni dah bergenang air mata. Tak sangka Sazli pon ada sekali datang. Dia pon join lunch jugak. Masa ni I memang dah tak lalu makan la opcoz. Now teringat balik RV Event4U rasa menyesal pulak. Hahaha.





Sebak baca kad ucapan dari Sazli. 


Thank you Papa. I love you :)



Ok. Dah siap makan jom ambik gambar buat kenangan. Tudung penyet sebab kena kiss dengan Sazli tadi, takde sapa tegur. Menyam.


Sporting semua ikut kaler tema yang INTAN tetapkan. Hahaha. Dari Kiri : Lin, Anny, Izzah, Siti Nurhaliza, Dyba, Kaklong and Intan.


ANS Beauty Team. Anny and Lin.


Thank you Anny sayang belanja makan untuk semua harini.


Mama and Abah Shein. Ni kalau Shein ada, mesti lagi seronok tapi I saspek akan ada rampasan kuasa besar-besaran especially time nak blog cake. Haha.


Lighting dalam restaurant tak cantik, jom kita ambik gambar outdoor pulak. Nampak sapa depan?


The happiest woman on earth. Happy Birthday!


Kata Dyba, dia paling saspen surprise ni tak menjadik sampai all the time berdebar and rasa nak termuntah. Dia dengan Izzah cakap, dorang penat sampai ke malam. Sebenarnya mental yang exhausted tu. Hahahaha. Sian Dyba.


Lawa pulak tu cuaca dekat luar ni. Dekat sekeliling Platinum Park ni kalau ambik gambar memang cantik! 


Permintaan dari Anny. Ambik gambar style Boy Band. Baiklah.


Amboi si Dyba, dia punya posing merewchik! Si Intan pulak dalam usaha nak caras Ziela Jalil time muda masa berlakon dalam cerita Tarzan. Hahaha.


Kaklong punya catwalk perfect! Thank you Kerol melayan je semua pempuan-pempuan ni. Hahahaha.


Si Intan ni pantang lepa, kedepan la dia. Takper, kasik chance.


Ok. Jom check dulu gambar yang kita posing tadi.


Ko nak buat tarian apa ni Anny?


Kaki tu kak, kaki. Kemain.


Lobiu Intan. Nanti birthday Intan, kita buat surprise untuk Intan, macam yang Intan nak. OK? Hahaha.


Si tinggi Izzah. Konon ada date dengan husband tengahari tu. Pandai eh Izzah?

So, macam tu la kisahnya surprise untuk birthday I Rabu lepas. Tak ambik masa yang lama tapi sangat sweet. Pandai dorang arrange time and manage untuk buat masa hari birthday I jugak. Alhamdulillah…. Thank you so so much semua. I happy sangat beyond everything. Thank you Sazli, Anny, Intan, Dyba, Kaklong, Izzah and Izzy yang tak dapat join tapi contribute cake. Also thank you pada Aien, Ellis and Michelle for the flower bouquet. How I wish Sarah ada dengan I pada waktu ni. Now tempat I ni dah macam florist dah. Penuh dengan bunga. How I wish the flowers akan stay fresh and cantik forever. I akan simpan sampai la kering. Taknak buang pon. I asyik pandang je… Happy sangat sangat sangat! Agak-agak tahun depan ada lagi tak? HAHAHAHAHAHA.

"Whether we have a small group of close friends or an expanded group of personalities, each of our friendships brings something new to our lives, inspiring us to see the world a totally different way, giving us a new shoulder to lean on, and a new cheerleader to root us on. Semoga persahabatan kekal selamanya" – I will Survive Group.

-eNd-

7 comments:

Maie said...

Adoi kaksu.. xmemasal dr ig smpai cite ke part ii ni, kite pulak yg meleleh mcm tgh potong bawang.. mata brgenang tp senyum2 situasi dia.. moga kaksu sentiasa cantik, manis, lawo, kurus, dan semua yg kaksu hajati dimakbulkn.. i'Allah.. lebiu kaksu #wlpnkaksutakkenalkitetpkitesygkaksu hihi

Buddy Bard said...

Happy for you Kak Su!!! Happy Birthday!!

Unknown said...

hahaha..keluar dengan husband lah sgt..bertuah si nizam nk dtg sini skrg sejak jd bini..hampehh..kahkahkah...
lebiuuu kaksu....we happy when you happy..xoxo <3

Unknown said...

lunch dengan husband lah sgt..bertuah si nizam nak dtg sini sejak jd bini..hampeh..kahkahkah.. lebiuuu kaksu...we happy when you happy.. xoxo.. <3

SueGinola said...

Happy Birthday Suraya!!...
Happy tengok...
Semoga success selalu...happy always....!

Adam said...

Assalamulaikum Admin,

Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my/

Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Terima kasih.

Dunia Mommy Comel said...

Happy birthday Kak, semoga dirahmati dan diberikan rezeki yang murah serta bahagia berjaya dunia akhirat