Thursday, July 20, 2017

Pasal Kampung

Assalamualaikum..

Seronok pulak tengok balik gambar-gambar masa dekat kampung masa raya haritu. Now Mak buat pagar keliling rumah, so rasa lebih selamat especially untuk Shein la. Dia tu kekadang suka-suki tetengah hari buta ajak jalan kejar ayam. Now that ada pagar, so dia berada dalam compound rumah je tapi still kena perati la. I phobia jugak tengok accident yang menyebabkan kematian dekat toddler atas sebab yang tak disangka-sangka. Lemas dalam baldi, dalam kolam ikan, kena langgar dengan kereta sendiri time reverse etc. Haritu Abang Long share video budak terbalik kepala kebawah dalam kolam masa pakai pelampung. Sebab tu, walaupon with pelampung jangan sesekali ditinggalkan anak-anak tu. I ni everytime pon risaukan keselamatan Shein. Dekat rumah, sekolah, mall, jalan raya semua I takot sangat if anything happen to him. Masa malam yang I tengok video budak almost lemas dalam pelampung tu, I mimpi mandikan Shein. Time tu dia tersangat baby lagi. Masa I nak angkat dia, entah macam mana I terlepas sebab badan dia licin and dia terus masuk dalam lubang jamban. Time tu dekat kampung. I nanges menggigil satu badan. Naseb la jamban kampung, bukan jamban dalam office kalau tak macam mana nak ambik. I nanges-nanges cuba bukak tangki taik akhirnya dapat ambik Shein and dia hidup lagi. Lepas tu terjaga. Kepala I tak boleh brain pasal mimpi tadi. Puas otak I berfikir logic. Lepas tu I masuk toilet, tengok toilet I. If tak flush, apapa jatuh takkan masuk tank taik. Baru I lega rasa hati and lepas baca surah-surah pendek then only dapat lelap mata. Tak kira lagi mimpi Shein jatuh gaung, lemas dalam laut, kena tinggal, hilang, kena langgar. Nauzubillah…. Punya risaukan keselamatan dia sampai bawak ke mimpi. Korang pernah tak macam ni, ke I sorang je? T____T Padahal sebelum tido tu dah macam-macam I baca.



I cakap dekat Shein, nak ambik gambar dia dengan Amsyar. Sebok dia nak tarik-tarik Amsyar. Clingy ni Shein dengan Amsyar. Kekadang Amsyar macam rimas pon ada. Hahaha.
 


Shein lahir bulan 12, Amsyar Lahir bulan 7 so sebaya la. Beza 5 bulan je. Tapi character sepupu ni berbeza. Amsyar matang sikit, Shein pulak manja…


Gaduh ada jugak. Mostly pasal mainan la. Sama je naik perangai. Kalau salah sorang boleh tolerate so biasa setel la masalah. Tak kawan sekejap, lepas tu kawan balik. I lagi suka tengok bebudak main macam ni dari masing-masing stuck dengan gadget. Frust jugak tengok bila ada parents yang rather bagi gadget to the kids waktu boleh main kejar-kejar sebab nak bagi diam. 


Macam Shein dengan Amsyar ni ada masa tengok jugak Youtube tapi kalau ada Kaseh dengan Sasha, dorang bukak Youtube untuk tengok video yang dorang boleh joget macam Baby Shark tu. Semua joget sama-sama. Kan ke fun macam tu?


Baby Shark doo doo doo doo doo.

Abang Long masa sebelum raya tu dia mintak Mak naikkan tembok dekat pagar Mak untuk dia letak pasu bunga. Nampak cantik la sikit rumah. Lepas tu start la projek Mak and Abang Long dengan pokok bunga and pasu bunga. Mak and Abang Long sama-sama suka gardening. I nanti kalau rumah dah siap pon nak gardening sama macam Huda. Nak tanam ulam-ulam ans sayur untuk makan sendiri. Macam best je. Macam dalam cerita Korea, dia makan nasik lepas tu salad ambik dekat tepi rumah je. Orang cakap, kalau berkebun ni nanti kita akan release tension. I takde pengalaman berkebun. Dulu masa sekolah ada la buat hydroponic tapi bila bekas I kena langgar dengan biawak and terbalik = Nanges. Bila pokok I kena belit dengan kangkung kawan I = Nanges. Susah la kalau asyik nak nanges. Hahaha. Tapi tu cerita 20 tahun lepas. Mungkin sekarang I lebih tough. Nanti boleh la tanam pokok organic. Free bahan kimia. Gittewwww. Lepas tu kalau kena serang dengan serangga perosak jangan nanges jugak lagi dah. I nak tanam bendi, zucchini, capsicum dengan strawberry. Hahahaha. 


Ni la dia tembok tu. Buat kiri kanan. Letak pasu bunga. Cantik kan? Kalau buat longkang elok-elok lagi nampak kemas. Tapi system perparitan dekat kampung memang gali macam ni je. Takde simen-simen macam rumah dekat bandar.


Ni belah satu lagi. Tu ada pasu besar tu, taktau la nanti Abang Long nak isi dengan apa.


Dekat tepi pagar pon penuh dengan pokok-pokok hijau. Kena selalu trim, kalau tak nanti semak.



Dekat kaki lima pon Mak letak pasu bunga jugak. Mak I memang pengemas orangnya. Rumah kemas. Sapu sampah keliling rumah. Bersih sangat… I suka kampung time pagi, tapi masuk tengahari dah panas melekit. Kata Sazli sebab atap/zink yang buat jadik panas.


Ni pulak dekat belakang rumah. 


Shein sebok la jugak nak buat macam-macam ‘kerja’.


Nampak tak susun putih-putih dekat pagar tu? Mak pergi letak botol air mineral yang dah abes. Kata dia nak letak keliling rumah T___T Hi Auliyya!

Damai je kan kat kampung? Beruntung I ada kampung. Sesekali balik kampung memang rasa damai dia. Dulu I suka jugak balik ke kampung Mak dekat Kamoung Kuala Paya, Buloh Kasap. Now Arwah Teh dah meninggal taktau la bila lagi yang boleh sampai sana. Arwah Ngah Ju and Ngah Yam dekat Kemelah pon dah meninggal. Tinggal Maklong (Kakak Arwah Ayah) dekat Serom 8, Muar je yang tinggal. Tu pon semua dah tak macam kampung dah. Dah lain. Beza dari masa zaman I kecik-kecik dulu. Kampung Sazli dekat Kuala Ketil, Kedah pon best jugak. Sebenarnya asal namanya kampung, InsyaAllah semua mendamaikan. Lebih-lebih lagi kalau masih ada orang tua, adik-beradik sama-sama dapat spend time sama-sama. Time raya la best. Macam ni kena la beranak ramai-ramai baru meriah. Sesekali bagi je anak-anak main pasir, pegang tanah, main kotor-kotor. One day nak bagi Shein chance mandi hujan pulak. Bagi dia rasa experience sliding atas tanah licin. One fine day, InsyaAllah…

-eNd-

1 comment:

Ann said...

cantik dan bersih nye laman rumah dan bunga2 itu kak sue:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...