Tuesday, July 18, 2017

Yang Paling Dirindui

Assalamualaikum..



Banyak benar makan ketupat lemang rendang segala musim raya ni. PENDEK kata, time Syawal ni kita memang mewah dengan makanan. Seram bila fikir berapa banyak lemak dah kita ambik sepanjang Syawal ni. Dengan sambung dari Ramadhan lagi imagine betapa badan kita bekerja kuat untuk proses segala makanan yang kita dah makan. Tak caya esok pergi buat blood test, confirm segala cholesterol naik. Hari-hari pon mewah makan sebab now office everyday pon buat Open House. Tak masuk jemputan kawan-kawan lagi. Dah kalau hulur kambeng golek depan mata takkan tak tengok je? Hahah. Tapi kekadang kan, dah puas makan makanan raya, lauk simple and kering macam dekat atas ni menjadi pilihan. Kan? Layan giler makan Nasik Putih dengan Telur Mata Kerbau, Ayam Goreng, Sambal Gesek dengan Ikan Bilis Kicap. Perrrrrghhh!! Thank you Kakyang sudi layan permintaan Makcik. Kaklong pulak asal dia masak nasik, rasa sedap lain macam. Masak Nasik Putih pon sedap yang tak tahan tu. I ada kenal sorang ni dulu, dia suka makan Nasi Impit Kosong. Makan sampai 4 5 ketul macamkan sedap sangat tak payah cicah apapa. Tak paham aku. Zaman dulu orang buat Nasi Impit dalam dulang tu kan? Tu mesti leceh nak buat. Now ada ketupat segera senang nak buat. Kita dulu raya, mesti buat ketupat daun kelapa. Now tukang anyam dah sadakallah, so makan la nasi impit segera. I wonder dalam masa 10 tahun lagi, still wujud ke lemang yang masak dalam buloh tu? Tak kena gaya, lemang pon lepas ni orang buat frozen je. Ke dah ada sebenarnya lemang frozen?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...