Friday, September 15, 2017

Dotty's with the bendul

Assalamualaikum..

Haritu I ada jumpa dengan Nayang Wana, Yashie Si Perempuan Mengandung (Dia blame Hana sebab Hana jual baju tidur sexy sampai dia mengandung. Bongok Yash) and Ema dekat Dotty. Ema, dia duduk Melbourne tak sampai setahun kot tapi dia claim sekarang ni dekat Malaysia yang dia Tourist sampai gaduh-gaduh la dengan Yash sebab Yash taknak mintak chili flakes. Kata dia ‘Kan aku Tourist, ko la mintak chili flakes’. Tapi Yash sejenis degil, nak pulak dia dengar cakap Ema? Ema mintak kat dia, dia mintak dekat Ema balik last-last Si Wana aka Daud jugak yang kena mintak dekat waitress. Now Wana dah cantik seeeeeeh. Dia pakai lipstick kaler bold + siap pakai eye-liner ala-ala awek Korea now. Naseb baik Apis dah kawen kalau tak I agak dia ngorat Wana la kot? Hahahaha.  I saspek Wana dah ada BF tapi dia merahsiakan dari I. Kata Shanom memang Wana dah ada BF and nak kawen tahun depan tapi Shanom punya statement tak la semua boleh dipercayai. Hahahaha. Ni nak makan dekat sini, Yash ada hati nak suruh I belanja. Dia yang Agent Insurance dah aku pulak client nak kena belanja APERHAL? Mana dia belajar konsep macam ni? Dia cakap dia belajar dari Mentor dia lah sebab Mentor dia biasa kalau jumpa client nama Apai, Apai yang kena belanja. Aku pon tak paham la konsep macam ni. Hahaha. Si Yash pulak kena la tabah nak masuk arena Insurance and Takaful ni. Haritu dia suruh Apai ambik dengan dia pon, Apai cakap kalau dia nak ambik pon, dia akan ambik dengan agent dia (Wana) padahal Apai tu suami Yash. Complicated la hidup bebudak ni, susah nak faham. 


Ema ni macam muka Fathia Latiff kan? Tapi version Mok la. Selalu la gaduh-gaduh dengan Wana + Yash pasal issue berat badan. Sebab dia susah nak reveal berat badan sebenar dia. Hahaha. Kata Yash pulak, dia nampak lawa dalam gambar ni (Dia kata la).



Ko tengok dia punya filter macam mana. Ema la ni, dia suruh guna filter sebab dia baru balik dari Tioman lepas tu sunburn. Dalam gambar kena dia nampak cantik, orang lain tak penting.

Kata Ema dia lapar. Nak makan banyak. Baru je cakap pasal berat badan tapi order kemain nak macam-macam. Dah la banyak komplen cakap Malaysia panas la apa la OMG mengada giler. Dalam pada Malaysia panas tapi dia jugak yang homesick. Asyik cakap je nak balik Malaysia dah, taknak duduk Aussie. Balik la Ma, Malaysia ni kesunyian lah nko takde. Tapi sebelum balik, bagi aku datang sana dulu la. Nkorang rakyat Malaysia kalau nak datang Melbourne carik la Ema ok? Dia ada restaurant dekat sana + dia buat tourist guide jugak. Boleh follow Instagram Ema @irmashahadah untuk contact dia ok? Tapi IG dia bukan official Tourist Guide pon. So takde info sangat. Takyah follow pon takpe. Hahahaha. 


Ema order Salted Egg Spaghetti.


Yash order Seafood Olio


Cronut ni Ema order


Yang ni sebenarnya Affogato. Tapi dia pesen lain. Double shot Espresso + ice-cream and doughnut. Korang try la bila datang sini. Boleh tahan sedap.


Susah betul la nak ambik flatlay.


Ada je gemok ni nak mengacau.


Yashie, Wana, Ema and Siti Nohaliza. Terus aku nampak gemok angle ni. Ema happy la dia nampak kurus.

Happy sangat jumpa bebudak ni. Memang sampai lengoh-lengoh la mulut sebab ketawa non-stop. Ema kalau dia bergabung dengan Yash memang menjadi-jadi sebab sesame bendul. Kata Shanom, Berkabung Meletop. Berkabung tu untuk orang meninggal la Shanom. Hahah. Tapi ni 6 tahun lepas la yang dia cakap berkabung. Shanom sekarang dah pandai melawan dah. So dia up sikit dari Ema and Yash. I harap Wana tabah la melayan pempuan-pempuan ni. I love them. My happy pills. Bergurau, membahan but no heart feelings. Tambah Si Aliah, I agak memang boleh meletop Dotty’s ni. Entah bila la dapat berkumpul macam ni lagi. Si Ema pon dah balik Ostolia dah pon harini. Bye bye Ema. See U in Melbourne!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...